Najib Razak barangkali merupakan Perdana Menteri Malaysia yang akan tercatat dalam sejarah kerana paling banyak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang dan media yang tidak sehaluan dengannya.
Sehingga ini, sekurang-kurangnya tiga pemimpin pembangkang iaitu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, Naib Presiden yang juga Setiauasa Agung PKR Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming telah disamannya.
Ketiga-tiga mereka juga adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Pandan dan Taiping.
Media yang disamannya pula ialah Harakahdaily dan Malaysiakini.
Jika akhbar perniagaan The Wall Street Journal (WSJ) juga turut disamannya dalam waktu terdekat ini, ia akan menjadi pihak keenam yang diambil tindakan undang-undang Najib.
Semalam tempoh 14 yang diberi oleh Najib kepada penerbit WSJ terhadap tuntutan penjelasannya sama ada laporan akhbar itu bermaksud Najib menyeleweng atau sebaliknya sudah pun berakhir.
WSJ tidak memberi sebarang respon atau "bo layan" terhadap tuntutan Perdana Menteri dan ianya secara jelas bermaksud mereka hanya ingin berhujah dan mengemukakan bukti-bukti mengenai pengaliran masuk dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib sebagaimana dilaporkan sebelum ini di mahkamah saja.
Ia adalah cabaran terbuka yang sedang dilontarkan oleh WSJ terhadap Najib sama ada berani meneruskan saman atau sebaliknya. Dan sepatutnya sebagai Pahlawan Bugis yang gagah berani, waima kononnya sehingga bumi berkeping dua sekali pun, tindakan saman tidak harus dilengah-lengahkan lagi.
Namun peguam Najib, sepertimana yang dilaporkan oleh media, sedang menunggu arahan selanjutnya mengenai perkara tersebut.
Sekarang segala-galanya terserah kepada Najib, dunia sedang menanti sama ada beliau berdarah Bugis sejati atau tidak lagi.
Menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam dan tempoh pentadbirannya juga baru melepasi enam tahun, tetapi sejarahnya telah terukir dengan enam tindakan undang-undang tentulah merupakan satu lagi "mercu tanda" kukuh segagah KLCC dan Putrajaya yang bakal diingati tentang makna sebenar kebebasan dan keterbukaan yang diamalkannya.
Tidak seperti Perdana Menteri sebelumnya, mereka juga berhadapan dengan kritikan dan serangan media, tetapi jarang sekali memilih untuk mengambil tindakan saman. Ini kerana sebagai ketua negara dalam sebuah negara demokrasi, kritikan, serangan dan kadang-kadang fitnah, adalah lumrah serta asam garam dalam kehidupan seharian.
Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Razak dan Tun Hussein mungkin tidak banyak menerima serangan, kritikan dan fitnah kerana negara ketika itu masih di peringkat awal pembangunan dan masyarakatnya belum begitu berkembang, tetapi harus diakui Tun Mahathir dan Tun Abdullah hampir sepanjang masa pentadbirannya tidak pernah sunyi dengannya.
Berapa banyak agaknya tindakan saman yang diambil oleh Tun Mahathir dan Tun Abdullah kepada pemimpin pembangkang serta media di era pemerintahan mereka?
Wibawa dan hebatnya seorang Perdana Menteri yang hampir seluruh kehidupannya ditanggung oleh cukai rakyat bukanlah dengan menutup mulut pengkritiknya melalui tindakan undang-undang, sebaliknya sejauh mana mampu memberikan penjelasan terhadap setiap perkara yang dibangkitkan.
Sebab itu, antara punca Tun Mahathir terus disanjung ialah keupayaannya memberi hujah dan penjelasan terhadap apa juga isu yang ditujukan terhadapnya. Di eranya, beliau bukan saja dituduh memiliki kekayaan luar biasa, menghilangkan wang negara, membantu kroni dan mengamalkan nepotisme - sesuatu yang tidak banyak bezanya dengan Najib, malah dituduh "maha zalim" dan "maha firaun".
Setiap tuduhan, tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya, Tun Mahathir hanya memilih untuk memberi jawapan dan penjelasan yang mampu meyakinkan rakyat saja, bukannya menyaman mereka.
Menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi ketua negara, tidak banyak bezanya dengan mendirikan rumah di tepi pantai. Deru dan pukulan ombak adalah mainan seharian. Bunyi dan mainan ombak juga adalah penyeri dan hiburan sehari-hari.
Seronokkah berumah di tepi pantai jika tiada bunyi ombak yang didengar dan dirasai setiap hari?
Orang yang memilih berumah di tepi pantai biasanya hanya perlu membina struktur rumahnya lebih kukuh bersesuaian dengan cabaran cuaca dan pukulan ombak yang mungkin boleh membawa kerosakan, tetapi tentulah amat ganjil dan "poyo" jika tinggal di tepi pantai tapi membina benteng penahan ombak di tepi laut lantaran tidak mahu terganggu dengan desirannya. (SH 22/07/2015)
Pahlawan bugis ni mmang poyo....kikiki..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeletePahlawan bugis? Betullah seperti yg dikata org sebelum ini, naj*b ni menteri atas katil. Beraninya setakat atas katil, turun katil jadi bacul atau pondan..............
ReplyDeleteTunku Abd Rahman Bapa Kemerdekaan
ReplyDeleteTun Abd Razak Bapa Pembangunan
Tun Hussien Onn Bapa Perpaduan
Tun Mahathir Bapa Pemodenan
.....
Tun Abdullah Badawi Bapa Mertua
.....
......
Apa yg sesuai utk bakal bekas PM kita...?
Bapa Penya..? Bapa Perom...? Bapa Perlanu..? Bapa Perhut..?
siapa yang makan cili, dia akan rasa pedasnya...Najib mana ada 'buah' nak saman WSJ ?? Apa yang dilapurkan oleh WSJ memang benar..WSJ bukan sebarang media, bukan seperti Utusan..Kalau najib tak 'menyamun wang seperti yang diheboh-hebohkan olehnya sebelum ini, sudah lama pahlawan bugis ni menyaman WSJ !! takkan nak tunggu sampai 2 minggu ?? ingat rakyat masih bodoh macam dia ni ke !!
ReplyDeleteWSJ Sedang Mencabar Lanun Bugis..tu sebab WSj berani...WSJ tak akan berani cabar pahlawan Bugin yang tidak melanun dan merompak...
ReplyDeleteround one dengan WSJ Najib dah kalah dan pendekatan yang diambilnya nak resmikan kekalahannya...Najib kalau saman WSJ jangan gunakan duit pembayar cukai kerana ini semua berpunca dari kelemahan dia sendiri mana bolih pakai duit rakyat...Duit Rosmah yang dia simpan diAMBANK tu perlu digunakan...sungguhpun nampaknya macam duit samun...
DeleteAda yg kata wsj dah takut sbb tu tak jwb surat najib padahal wsj mls layan surat cinta.jika surat sampul ada duit boleh jd akan dlayan.amarika tak makan duit najib ke.bg org2 dmsia sudahla
ReplyDeleteNajib pahlawan Bugis?. Biaq betoi!. Aku nampak dia ni cuma layak jadi pahlawan kobis, tu pun kalau spesis kobis boleh terima dia. Buat malu dan jatuh maruah keturunan Bugis jer Najib ni. Pandai betoi Srikandi Minang Si Ros menderam Pahlawan Bugis bernama Najib sampai juta juta masuk akaun.
ReplyDeleteMuga muga Allah melaknati para penyamun 1MDB baik di dunia mau pun di akhirat.
This comment has been removed by the author.
DeletePengarah syrkt berkaitan kes 1mdb dah ditangkap utk disiasat.tangkap anak lanun berani la.tu kepala lanun dgn bini borosnya sedang ketawa saja.entah lakunan apa tu entah ada yg sudikan diri menjadi kambing hitam lagi.kambing hitam berkeliaran dmsia.tangkap srmua buat korban.b...hitam tak bileh tangkap takut kena sondol.jd biarkan sj ia menyondol seluruh msia bakal jd gondol.
ReplyDeleteAKU SOKONG MAHATHIR....PAHLAWAN BUGIS BAPUK PONDAN.....TAKUT ROSMAH PENDEK...
ReplyDeleteBIAR MH 370 DAN MH 17 DAN LAIN LAGI DITIMPA MALAPETAKA....AKU MEMANG SUKA RUSUHAN KAUM MACAM MAY 13 UNTUK JATUHKAN NAJIB...RUSUHAN KAUM DI BUKIT BINTANG AKAN BERULANG LAGI.....HIDUP MAHATHIR.....
ReplyDeleteAYAH SAYA BEKAS PENSYARAH ITM MEMANG MENYOKONG TUN....HIDUP MAHATHIR....NAJIB PAHLAWAN BUGIS KANGKUNG......KANG! KUNG! KANG! KUNG!
ReplyDeleteapa pilot kangkung ni merapu?? anak pensyarah kangkung.....
ReplyDeleteperawan bugis lahhh
ReplyDeleteperawan apa???? ..celup sana celup sini.....dah basi dah tu.
DeleteTetuan KIDEX dan Mamak Shapee Sodomi II kaut untung tak cukup tangan ni duk jaga seme kes Najib dan 1MDB..
ReplyDeletetak layak langsung utk di panggil pahlawan bugis...coihhh..
ReplyDeletetak layak langsung utk di panggil pahlawan bugis...coihhh..
ReplyDeleteLester sudah kantoi mantoi.sudah bengkrap dpt pula keluar negara.apa undang undang dpakai msia ni.knpa si penghina nabi ni bleh lepas pula.diangkat menjadi saksi pula.i say tak ada org lain sgt ke yg nak buat keje utk najib ni.sudah hina nabi bengkrap pula.kalau ikut hukum islam ini dikira saksi merapu n tak boleh pakai.entah la kalau najib pakai hukum islam lain pula.
ReplyDeleteNajib pula cuma buat muka poyo minta kesian dari rakyat. Terlalu lemah untuk menjadi pemimpin tertinggi malaysia..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteLagi berita panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<
ReplyDelete