Wednesday 8 July 2015

Surat Peguam Najib Lebih Bertujuan Meredakan Rakyat


Perdana Menteri Najib Razak akhirnya memulakan proses undang-undang terhadap akhbar perniagaan, The Wall Street Journal atau WSJ berikutan laporannya yang mendakwa terdapat kemasukan dana 1MDB berjumlah kira-kira AS$700 juta ke dalam akaun peribadinya.

Tindakan undang-undang itu, sebagaimana dalam beberapa samannya kepada beberapa pihak sebelum ini, turut dilakukan melalui firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, dan dihantar melalui email kepada penerbit WSJ.

Sudahlah tindakan undang-undang diambil lewat sehari sebagaimana yang dilaporkan sebelumnya bahawa ia akan dilakukan pada Selasa, apa yang mengejutkan surat kepada WSJ yang dihantar pada Rabu itu, sebenarnya belum lagi berupa tuntutan saman, sebaliknya hanya merupakan tuntutan penjelasan saja.

Surat peguam itu mahu WSJ menyatakan dengan jelas dan tanpa ragu-ragu sama ada ia adalah hujahnya bahawa Najib telah menyalahgunakan dana AS$700 juta milik 1MDB.

"Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti mengenai sumber asal dan apa yang berlaku kepada wang itu manakala intipati umum aktikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan wang tersebut," kata surat itu lagi.

Mereka memberi tempoh selama 14 hari kepada WSJ untuk menjawab tuntutan yang dikemukakan itu.

Sama ada Najib akan meneruskan saman atau sebaliknya bergantung kepada penjelasan yang diberi oleh WSJ nanti.

Jika dilihat dalam artikel WSJ sebelum ini, mereka hanya menyebut  mengenai kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib dan  tidak menyentuh sama sekali berkaitan dengan unsur penyalahgunaan, penyelewengan atau seumpamanya berkaitan wang tersebut.

Maknanya, WSJ hanya membangkitkan mengenai kemasukan wang dan bukannya bagaimana  ianya dibelanjakan.

Tetapi kenapa Najib mahukan penjelasan WSJ mengenai dakwaan penyalahgunaan pula sedangkan jika benar tiada kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya sepertimana yang didakwa itu, saman sudah pun boleh diteruskan?

Isunya di sini ialah kemasukan wang dan bukannya penyalahgunaan. Apakah jika benar ada kemasukan dan tidak disalahgunakan, ia bukan suatu kesalahan bagi seorang Perdana Menteri?

Kenapa tidak dikemukakan saman fitnah terhadap WSJ berhubung kemasukan wang sebagaimana yang didakwa itu?

Apakah juga tidak terus mengemukakan saman fitnah itu menunjukkan memang benar berlaku kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib?

Lebih mengejutkan, tiada langsung tuntutan meminta WSJ menarik balik dan meminta maaf berhubung laporannya yang sudah disiarkannya itu.

Ternampak di sini bahawa Najib, melalui surat peguam ini lebih bertujuan melengah-lengahkan masa dan meredakan keresahan rakyat, terutama para penyokongnya.

Dengan adanya surat peguam itu, walaupun hanya tuntutan penjelasan dan bukannya saman, akan didendangkanlah gambaran yang menunjukkan Najib sudah memulakan langkah untuk mempertahankan dirinya daripada apa yang dikata fitnah dan konspirasi terhadapnya.

Ada kemungkinan juga saman tidak diteruskan jika WSJ tidak menyatakan pendirian mengenai penyalahgunaan wang sebagaimana yang dituntut itu.

Secara logiknya pula, memang tiada keperluan untuk WSJ menyatakan sama ada benar atau tidak wang itu telah disalahgunakan atau sebaliknya. Pendedahan mereka mengenai adanya kemasukan wang sudah memadai tentang nilai moral seseorang pemimpin.

Sama ada saman akan diteruskan atau tidak hanya akan diketahui selepas 14 hari nanti, tetapi tidaklah mengejutkan jika ianya tidak diteruskan berikutan kegagalan mendapatkan pendirian WSJ mengenai penyalahgunaan wang itu.

Namun itu tidaklah penting sebenarnya bagi Najib. Yang penting surat peguam yang sudah tersebar luas ini telah berjaya meredakan keresahan rakyat dan para penyokong Najib untuk terus berdiri bersamanya dalam sisa-sisa jawatannya yang kian terancam itu.

Walaupun surat itu dihantar kepada penerbit WSJ di Amerika Syarikat, tetapi sasaran sebenarnya ialah rakyat Malaysia.

Ketika ini, itulah yang lebih dimahukan Najib sementara pasukan petugas khas menjalankan kerja-kerjanya. (SH 08/07/2015)

13 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MARHABAN YAAA RAMADHAN . BULAN YANG PENUH BERKAH

      Assalamu alaikum wr wb.

      saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH KASENG yang telah menolong saya dalam kesulitan,
      Ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,
      Sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH KASENG dan dengan senang hati MBAH KASENG mau membantu saya..,
      ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubunginya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya 4D kemarin yaitu (5502)
      silahkan hubungi MBAH KASENG DI ; (0823 1434 8847) Atau Untuk Lebih Jelasnya ; >>>>KLIK DISINI<<<<




      INILAH KISAH NYATA YANG TAK BISA KAMI LUPAKAN SELAMA INI...!!!





























































































































































      Delete
    2. TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ??





































      TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ??

      klik di sini.

      Delete
  2. Orang nak tegakkan benang basah mcm tu lah. Benang basah tu kan lembap mana boleh tegakkan. Sama jugak dgn orang yg lembap, pakai tetuan arwah Christopher Fernandes pun takleh backup. Pasal yg bodoh lembab tu orang.
    Dia bodoh taknak pikir pegi jadi double agen sapa suruh. Apa yg WSJ tu buat hanya helah tuan utk tidak membayar gaji boneka dia. Fees diorang dah kena kaut. Cuma boneka bebal je yg kena tipu. Kalau kau kene tipu sorang takpe mangkuk ni kau menyusahkan harta negara. Tobat je lah, dah nak mampos dah kau ni. Penduduk langit bumi duk laknat engkau hari2.

    ReplyDelete
  3. Surat macam hantar ke penghulu kampung jer,what kind of half past six lawyer najib engagage?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Trik melengahkan masa..kemudian senyap mcm tu je..kah kah kah..

    ReplyDelete
  6. ada berani ka pahlawan kobis nak saman wsj,saman pahlawan kobis kat m'sia pun belum boleh menang ada hati nak sman wsj.harap pahlawan kobis tido nanti boleh mimpi menang saman tu.tolong admin jangan bagi PAK.KARTA RUSDIANTO masuk dalam kantong komen ni.

    ReplyDelete
  7. Apa cerita najib ni makcik felda mana lg yg nak percaya ni.thn lepas puasa dgn cerita piala dunia sedang najib n the kroni bersenang senang mengaut duit rakyat dgn syarikat 1mdbnya.cerita 1mdb syarikat yg melanun duit rakyat tu tak siapapun dari rakyat yg tahu.rakyatpun tak kisah sgt sbb hanya minyak sj yg naik.puasa tahun ni dgn cerita 1mdb pula yg bagai bom nak meletupkan kepala najib.apakah krn tdk adil dlm kes pengeboman altantuya.wpun najib mungkin tiada kaitan dgn pengeboman itu.namun sebagai ketua negara yg mana kes itu dibicarakan.jika ianya perbicaraan yg tidak adil maka ketua negara itu akan dikaitkan sama.sama mcm kes anuar n kes yg lain juga lg.semua bkn akan dtanya kpda najib sj malahan semua rakyat juga terlibat sama.namun tentulah pertamyaan kpd ketua negara yg ddahulukan.kamu najib knapa biarkan perbicaraan tdk adil brrlaku dlm nrgara kamu.apakah kamu tdk punya kuasa utk menghalangnya lalu apa gunanya kamu jd ketua negara.soalan utk rakyat pula.ketua negara yg bagaimanakah yg tlh kamu angkat ini.ketidakaxdilan yg berlaku dlm negara adalah kesalahan kamu juga.bersedialah utk menerima hukuman kamu masing masing.bau busuk 1mdb semakin merebak.bau wangi altantuya mungkin akan jelma semula.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Lagi Bukti .... Jom Terjah !!

    http://scalar2u.blogspot.com/2014/06/smart.html

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...