Thursday, 23 July 2015

Hati-Hati, Rakyat Sedang Cuba Dikelirukan Daripada Isu Pokok RM2.6 Bilion


Untuk mereka yang mungkin sudah terlupa, sengaja lupa atau buat-buat lupa, isu pokok yang sedang dihadapi negara ketika ini ialah berkenaan pengaliran wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak.

Isu ini yang didedahkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) sangat memerlukan penyelesaian segera ia kerana ia menjejaskan nama Perdana Menteri dan juga imej negara di mata dunia.

Rakyat juga ingin benar mengetahui kebenarannya supaya boleh menentukan sama ada mahu mengekalkan Perdana Menteri yang sama atau menukarnya dengan pemimpin lain.

Oleh kerana jawapan Najib masih kabur mengenai wang tersebut,  orang kampung dan makcik-makcik Felda mula menyoal, "apa nak dibuat dengan duit sebanyak itu?"

Sementara Najib tidak menafikan secara jelas berkenaan kemasukan wang tersebut, sebaliknya hanya berkata, "saya tidak ambil wang 1MDB untuk kegunaan peribadi", tetapi pasukan petugas khas  yang diketuai oleh Peguam Negara mengesahkan akaun bank yang didedahkan itu adalah miliknya dan sudah ditutup.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya seolah-olah mendapat maklumat yang sah bahawa wang RM2.6 bilion itu memang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan sebahagiannya telah digunakan untuk keperluan pilihanraya 2013 lalu.

Terdapat juga cakap-cakap dalam UMNO yang mengatakan bahawa Najib ada mengakui mengenai wang tersebut, namun menjelaskan ianya digunakan untuk mengurus parti dan perbelanjaan dalam pilihanraya.

Tetapi jika semua 222 kawasan Parlimen dalam pilihanraya lalu diberikan RM2 juta misalnya, bermakna tidak sampai RM500 juta pun wang itu dibelanjakan?

Di manakah lebihannya yang lain? 

Kiranya Najib mengatakan beliau tidak pernah menggunakannya untuk kegunaan peribadi, siapakah yang dapat mengesahkannya atau adakah sesiapa mengaudit akaun peribadinya?

Dengan ini, rentetan daripada pelbagai pendedahan mengenai 1MDB, isu wang RM2.6 bilion yang didakwa berada dalam akaun peribadi Najib adalah suatu perkara besar yang menjadi perhatian rakyat dan dunia sekarang ini.

Ia bukan sekadar boleh menjejaskan nama negara dan keyakinan rakyat, malah mencemarkan nama Tun Razak yang dikenali cukup sederhana dan berintergriti tinggi dalam memelihara amanah sebagai pemimpin.

Isu betul atau tidak berkenaan wang RM2.6 bilion ini sebenarnya cukup mudah jika Najib berani berterus terang. Kalau benar, mengakulah dan jika tidak benar, nafikannya berserta bukti-buktinya sekali.

Mengungkapkan kata-kata, "saya tidak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi" dan "saya tidak akan khianati amanah rakyat" bukan saja jauh daripada jawapan yang tepat, tetapi iuga boleh menimbulkan pelbagai tafsiran yang lain.

Oleh kerana pasukan petugas khas sudah ditubuhkan untuk menyiasatnya, kini rakyat negara ini dan dunia ternanti-nanti apakah hasil penyiasatannya nanti.

Akhbar perniagaan WSJ yang mendedahkan perkara itu juga tetap berpegang teguh dengan pendirian mereka, meskipun setelah menerima surat daripada peguam Najib. Ini bermakna WSJ sedia berhujah di mahkamah untuk membuktikan wang RM2.6 bilion itu pernah mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Jika pada awalnya ramai yang agak skeptikal terhadap pasukan petugas in kerana mereka perlu melaporkan hasil siasatan kepada Perdana Menteri yang dalam masa sama merupakan suspek, perkembangan selepas Hari Raya ini lebih caca-marba jadinya.

Serangan dan kritikan terhadap Najib nampaknya mulai dikalihkan dengan dakwaan mahu menjatuhkan Najib dan menggulingkan kerajaan yang dianggap suatu kesalahan. Selain Sarawak Report sudah disekat oleh SKMM, beberapa individu daripada pembangkang dan media juga mulai diancam untuk disiasat, terutama yang pernah bertemu dengan bekas Pengarah PetroSaudi International, Xavier Justo yang kini ditahan di Thailand.

Pemimpin politik kerajaan, pihak polis, malah Ketua Setiausaha Negara turut tampil bercakap mengenainya seolah-olah apa yang sedang berlaku ialah usaha menggulingkan kerajaan secara kekerasan. Hakikat bahawa hanya Najib yang terpalit dengan pelbagai keburukan yang mahu disingkirkan dan untuk menyelamatkan negara seboleh-bolehkan cuba disembunyikan.

Jika Tun Abdullah boleh diturunkan, apakah Najib terlalu suci untuk dihadapkan nasib yang sama? Bukankah menjatuhkan pemimpin merupakan permainan dan asam garam dalam politik demokrasi?

Tidakkah sejarah politik kita sendiri menyaksikan pemimpin bukan saja dijatuhkan ketika pilihanraya, bahkan juga di pertengahan penggal kerana kesalahan jenayah dan moral yang mereka lakukan?

Apakah Tun Abdullah yang cuma membenarkan "geng tingkat 4" menguasainya sehingga keputusan pilihanraya 2008 begitu merosot dan kemudian diturunkan dianggap telah melakukan dosa lebih besar daripada pelbagai skandal berkaitan 1MDB dan dakwaan berkaitan RM2.6 bilion melibatkan Najib sekarang ini?

Selain daripada isu menggulingkan kerajaan, pasukan petugas juga mula menahan beberapa individu yang ada kaitan dengan 1MDB. Sehingga ini dua orang sudah ditahan iaitu Jerome Lee Tak Loong dan Dr Shamsul Anwar Sulaiman untuk membantu penyiasatan.

Sebagaimana yang dipersoalkan oleh Rafizi Ramli, rakyat juga secara umumnya mulai tertanya-tanya, sudahkah Najib sendiri disiasat oleh pasukan petugas khas itu?

Menambahkan lagi caca-marba ialah berikutan wujudnya sekatan ke luar negara keatas beberapa pemimpin pembangkang seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua serta tauke media, Tong Koi Ong yang menerbitkan The Edge yang diketahui banyak menyiarkan mengenai 1MDB.

Menyusul lagi hari ini, Tian Chua, Maria Chin Abdullah, Hishammudin Rais dan Adam Adli  juga menerima nasib yang sama. Ambiga Sreenavasam pula dilaporkan hanya dilarang ke Sabah dan Sarawak saja.

Apakah sekatan ke luar negara ini berkaitan dengan 1MDB atau dakwaan menggulingkan kerajaan? Jika kerana 1MDB, apa perlunya sekatan itu dikenakan kerana mereka bukannya suspek, sebaliknya cuma lantang mendedahkan pelbagai isu mengenai syarikat pelaburan itu saja?

Sementara suspek sebenar bebas ke mana saja, sekatan perjalanan ini juga seolah-olah ingin memberi gambaran mereka ini benar-benar merbahaya dan merupakan ancaman kepada negara sedangkan pendedahan yang mereka lakukan lebih membawa kebaikan untuk kita semua.

Dalam kita menanti penuh sabar dan debar hasil siasatan pasukan petugas khas itu, isu pokok yang perlu diberi perhatian dan dicari kebenaran yang sebenar ialah berkaitan wang RM2.6 bilion itu. Tidak harus sesiapa lari daripadanya.

Itulah isu sebenarnya, bukan yang lain-lain yang muncul satu persatu kebelakangan ini. (SH 23/07/2015)

30 comments:

  1. Untuk ros pun dah dapat habuan rm2 juta?! betul ke tu?

    ReplyDelete
  2. Seperti fokus memandu, jangan kalih dengan lain2 hal.... Isu RM2.6Billion dan sedang menunggu 72jam Dari Rosmah

    ReplyDelete
  3. Anwar ikrahim lagi gentle Dari najib.....beliau mengaku meliwat cuma beliau nak betul2 bukti yang membolehkan beliau disabit kesalahan meliwat....cuma Dari segi persamaan kedua2 maklok bahlol ini....kedua2nya sudah boleh disenaraikan 30 dajal kecik sebelum kehadiran the real dajjal....jilake korang berdua

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaulah dajjal.

      Delete
    2. dajjal tu kafir

      so kau nk mengkafirkan anwar dan najib

      walaupun aku menentang umnu dn najib

      namun nk mengkafirkan mereka tidak sekali2

      sebb aku diajar oleh anwar begitu.. berakhlak dan berilmu

      hanya org yg layak dan mantap rohaninya saja yg diuji sekeras yg anwar terima

      rasanya kalau hadi jadi TPM, kirim salam lah dia nk tegur atau lawan mahdey demi rakyat... sudah pasti menagih sgt2 jawatan PM


      nk politik sila kan dgn cara yg sihat

      jgn nk kafir2kan org sebb jika tk benar, sendiri jadi kafir tanpa sedar.... sembahyang raya pun tk guna dah

      Delete
  4. anon 17.26 ni dajal yg ke 29 kot.

    ReplyDelete
  5. Kesemua isu najib adalah ISU POKOK....yg dulu pun jgn lupa!
    Berapa banyak soalan d biar tergantung dan d ganti dgn isu yg tiada kaitan langsung.
    Tiada ancaman utk negara....tiada siapa nak guling kan beliau....cuma suruh beliau LETAK JAWATAN....tu pun secara terbuka.
    Apa sudah nye?

    ReplyDelete
  6. Kesemua isu najib adalah ISU POKOK....yg dulu pun jgn lupa!
    Berapa banyak soalan d biar tergantung dan d ganti dgn isu yg tiada kaitan langsung.
    Tiada ancaman utk negara....tiada siapa nak guling kan beliau....cuma suruh beliau LETAK JAWATAN....tu pun secara terbuka.
    Apa sudah nye?

    ReplyDelete
  7. Kesemua isu najib adalah ISU POKOK....yg dulu pun jgn lupa!
    Berapa banyak soalan d biar tergantung dan d ganti dgn isu yg tiada kaitan langsung.
    Tiada ancaman utk negara....tiada siapa nak guling kan beliau....cuma suruh beliau LETAK JAWATAN....tu pun secara terbuka.
    Apa sudah nye?

    ReplyDelete
  8. Spesis seperti Anon 17:26 tidak akan melihat kelemahan dan mengaku kesilapan diri sendiri sebaliknya segala kemungkaran dan kejahilan mereka dibebankan kepada pihak lain. Sudah terserlah sifat 'kepahlawanan', 'kepimpinan' dan 'kemuliaan' Presidente Del Bugisee tapi spesis sebegini masih mahu mengaitkan pihak lain malah sengaja menambah kecelaruan dengan mengelak melakukan perkara yang betul - cuma mengakui ya atau tidak. Anwar Ibrahim sudah cukup diinaya dan dimalukan, dalam penjara lagi mahu disabit tubuh sakit itu. Tidak sedarkah bala Allah sedang bertimpa-timpa di bumi Malaysia lewat ini? Adakah semua ini hukuman Allah bahana perbuatan Anwar Ibrahim? Sedarlah jangan sampai terkena batang tubuh sendiri dan anak beranak kesal sudah tidak berguna!

    ReplyDelete
  9. Anwar salah meliwat. Dulu masa TPM pun dia sebat jugak duit taktau la jumlah berapa. Kena tanya Azmin lah mungkin dia ada info. Dia pun gang amarica juga. Najib pun sama. Dia mungkin tak minat boyish. Kabinet dia mungkin ada. Tapi kalau bab pempuan tgk bibir pun tau. Kesimpulan dia semua banyak dosa. Bila diorang menteri dan ex menteri share dosa ramai2. Semua sekali kenalah. Nasiblah korang. Siapa suruh pegi mengundi.

    ReplyDelete
  10. Anon19:04 kau tak keluar mengundi ker.??? Patutlah kau tak tahu apa tanggung jawap terhadap negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin bagi kau tanggungjawap. Bagi orang lain tak pun. Korang kutuk2 british penjajah. Bila british ajar sistem mengundi kau pegi ikut jugak. Cakap tak guna otak.
      Bila keputusan mengundi dapat pm bodoh dah nak kena menyalak balik ramai2 suruh berenti. Tak ke keje bengong tu.

      Delete
    2. sebab kau tak pergi mengundilah maka pembangkang tak menang menang sampai skrang ni.
      Kau ni lagilah bengong....bengong kau ni dah sampai tahab gaban.
      Yang dok menyalak tu anjing.Manusia tak menyalak. Manusia bercakap elok elok.
      Kalau kita hendak orang faham kita kenalah bercakap elok elok.
      kalau menyalak, orang kata kita orang gila.

      Delete
    3. Agak2 akulah mamat 19:04 ni tak pernah pi mengundi langsung. Berdaftar sebagai pengundi pun tidak. Tapi dia minat sgt dgn pilihanraya ni sebab boleh dapat upah pasang poster dan naikkan bendera. Pada masa yg sama dia buat private sapu kot....

      Delete
  11. Saekor perompak jangan biar sampai masok dalam rumah anda.Inilah yang akan berlaku, harta didalam dia buat macam mak bapak dia punya.

    ReplyDelete
  12. Tuan Shahbudin, kan wsj dah balas surat cinta najib tu kelmarin dahulu. mengapa najib belum saman lagi.takkan nak tunggu sampai kucing tumboh tandok kot.rakyat tak lupa rm2.6 billion tu.rm500 juta dah di faraidkan pada penyamun-penyamun bahagian, jadi baki rm2.1 billion tulah yang akan dicari kemana pergi.jangan bimbang mesti jumpa punya, sebab nasib najib telah ditakdirkan.

    ReplyDelete
  13. Bukan mudah PM Najib nak saman WSJ. Salah hemat masuk perangkap sendiri nanti. WSJ tentu dah buat kajian terperinci agaknya tentang kesahihan maklumat dan dokumen2 berkaitan sebelum menerbitkan berita dalam akhbar mereka. Rasanya mereka dah jangka dan telah bersedia menghadapi apa jua cabaran dan tindakan undang2 dpd PM Najib dan sekutunya.

    WSJ takkan tak tahu pepatah ini, "Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga".

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak mus memang bijak.......madet dah beritahu..''melayu mudah lupa''.......lupa dia tu bodo...melayu penasihat bugis

      Delete
  14. Kakakakakakakh....itu lah pandainya orang melayu asyik mengutuk jea..bertindak tidak.. Cakap cakap tak boleh menjatuhkan NAJIB ...pecayalah ...100% NAJIB akan didapati tidak terlibat...Najib dah paham dgn orang orang melayu Malaysia ni semua tak ada KEBERANIAN seperti dia..BERTINDAK DAN MENDAPAT HASILNYA...orang melayu Malaysia pandai buang air liur jea..

    ReplyDelete
  15. Baki RM 2.1b...???
    Hmmmm... kalau di India ada Taj Mahal sebagai lambang cinta agung Shah Jahan utk Mumtaz Mahal, mungkin di Kazakhstan sedang dlm pembinaan kut Taj Momok.. hehe..

    ReplyDelete
  16. PM paling tak guna, dasar penyamun haram jadah. Duit rakyat dibuat mcm duit kepala bapak dia.

    Jangan harap badan penyiasat akhirnya akan mendapati PM penyamun bersalah. Silap besarlah kalau hangpa harap badan penyiasat 1MDB sekarang akan mendapati Najib bersalah. Jika Najib bersabit bersalah sebat duit 1MDB untuk kegunaan BN dalam pilihanraya, kemenangan UMNO BN boleh dibatalkan dan bukan saja Najib saja akan terlungkup malah semua MP dan YB YB UMNO BN akan akwn ikut terpelanting. Hayat dan jasad UMNO BN boleh hancur berkecai. Sudah tentu ini tidak akan dibenarkan berlaku oleh Najib dan kuncu kuncunya. Maka by hook or by crook, Najib yang enggan berundur walau pun cuma sementara agar siasatan yang telus terhadap isu 1MDB dapat dijalankan, memberi gambaran kepada kita bahawa gangguan terhadap siasatan pasti akan berlaku dan hasil siasatan kelak tidak akan mampu berikan fakta dan jawapan sebenar mengenai salah urus wang1MDB. MP dan YB YB UMNO BN faham dan mengerti bahawa melindungi dan mempertahankan Najib adalah satu kewajiban kerana andai Najib selaku PM dan Presiden UMBO BN didapati bersalah menyalahguna duit 1MDB untuk parti berkenaan, sekali dengan mereka mereka itu akan ikut rebah.

    Jadi rakyat Malaysia janganlah mengharap sangat bahawa hasil siasatan akan mendapati Najib bersalah kerana perkara perkara diatas tadi. Kengganan Najib berundur selain disusuli pula oleh sekatan terhadap beberapa pimpinan oposisi oleh regim beliau merupakan penanda aras bahawa puak penyamun ini akan buat apa saja bagi memastikan Najib dan UMNO BN tidak akan berkubur. Bagi aku..badan siasatan sekarang tak lebih hanya polis polis dalam drama Yusof Haslam saja, sekadar pementasan sebuah drama saja kerana producernya adalah Najib sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hehehe........TEPAT sekali bro! Producer....penerbit pun dia....pelakon pun dia....penipu pun dia....semuanya dia!
      Pergh.....betul2 punya pahlawan sarkis!!!

      Delete
  17. Pada pendapat saya, semua bersalah dari pm sampailah ke peringkat ketua bahagian, ketua jabatan-jabatan,ketua kampung dan ketua pengarah syarikat glc.Memang mereka semua ni terima duit untuk kononnya tujuan pembaikan bangunan kerajaan,jabatan,bangunan umum,pembiayaan program,pemberian khidmat masyarakat dan sebagainya. Mereka semua tak dididik cara urus tadbir berintergriti berprinsip. Semua main jumpa makan minum cakap -cakap usul masalah tempat masing-masing,si bos kata ok nanti telefon atau jumpa orang ini itu jumpa ini itu buat kit surat (ada yg buat ada yg tak) dijanjikan dpt peruntukan. Yg ketua sekian sekian buatla. Ada yang bagus buat mesyuarat lah dengan anak buah dia (ramai yang tak) masuklah perincian dalam minit mesyuarat. Dari peringkat bawahan dah caca maba ..memang tak heran peringkat atasan tu kat putrajaya lagii teruk. Mereka semua bersalah takut malu pangkat tan sri,tan,datuk,dato,prof,dr,ir dengan jawatan kerja gah. Malu la weiii. Tu yang diaaaam menikus. Bukan salah aku. Bos yang salah. Memang bila terkena tempias sedikit lantang menepis dengan tunding salah orang lain. Ini semua perangai budak jahat yang terkantoi. Macam macam lagi nanti caca maba.

    ReplyDelete
  18. Lester kantoi sapa pulak nak jadi hero taik selamatkan najib lepas ini.mari mari dpt popular percuma dpt merasa sikit duit bilion bilion najib.encik rahman tak pepasal dpt lawak cam ahmad maselan.itu la dia jgn nak babi buta sbb nak sokong bos.buat kerja n penyelidikan sikit.sekarang siapa yg malu bos awak jugak dgn awak awak sekali.apa punya umnu

    ReplyDelete
  19. Dari mana duit itu datang, jika kita ada 2.6billion sudah tentu kena tangkap sebab kesalahan mengubah duit haram . BNM pun buat bodoh je

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. ADALAH DIMAKLUMKAN KEPADA SELURUH RAKYAT JELATA BAHAWASANYA SEMUA PENGKHIANAT2 NEGARA TELAH DIKENAL PASTI DAN DILUMPUHKAN. PM NAJIB TIDAK BERSALAH WALAU SEDIKIT PUN. RAKYAT JELATA HARUS TENANG2 DAN BEKERJA MACAM BIASA. TERUSKAN TUGAS ANDA BAYAR GHT DAN HUTANG NEGARA. INGAT, RINGGIT KITA SUDAH MENYUSUT. PERLUKAN PENGORBANAN DAN KESABARAN TINGGI KALAU TERBEBAN DENGAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN TINGGI. TAHNIAH KEPADA PASUKAN KHAS PENYIASAT KITA YANG KITA KETAHUI WAJIB MELAPOR PADA PM NAJIB. AKHIRNYA TERBUKTI PM NAJIB TIDAK BERSALAH. TENTANG DUIT DALAM AKAUN DIA, PM NAJIB MEMANG BOLEH GUNAKAN DAN BUAT APA DIA PUNYA SUKA. GABENOR BNM TELAH LAMA LULUSKAN HAL INI. HANYA RAKYAT SAHAJA BAWA FITNAH DAN JADI PENGKHIANAT NEGARA.

    Ayat2 di atas adalah teks latihan para ceramah bn semata mata. Ini teks persediaan sahaja. Buat ape lah kau baca...

    ReplyDelete
  22. Lagi berita panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...