Monday, 13 July 2015

NGO Ini Sahkan Akaun Najib Di Ambank, Perlu Disiasat Oleh Pasukan Petugas Khas

Sebuah NGO baru dan kurang dikenali, Citizens For Accountable Governance Malaysia atau CAGM tampil dengan dakwaan yang mengejutkan berkaitan Najib Razak yang didakwa menerima wang berkaitan 1MDB ke dalam akaun peribadinya.

Berdasarkah dokumen mahkamah yang didakwa ada dalam simpanan mereka, NGO itu mendakwa berjuta-juta ringgit telah disalurkan daripada akaun bank milik Perdana Menteri itu kepada parti-parti komponen BN menjelang PRU 13 yang lalu.

Dakwaan ini seakan mengesahkan lagi bahawa akuan bank Najib Razak di Ambank sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal adalah benar- benar wujud.

Jika sebelum ini pasukan petugas khas hanya mengesahkan akaun bank tersebut wujud, cuma sudah ditutup, NGO ini lebih ke depan dengan mendakwa turut menyiimpan dokumen mahkamah yang membuktikan bagaimana sebahagian wang daripada akaun Najib itu dibelanjakan.

Dengan ini, NGO yang baru-baru ini turut menawarkan ganjaran RM1 juta kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai kehilangan wang negara ketika era pentadbiran Tun Mahathir, sewajarnya turut disiasat oleh pasukan petugas khas terbabit.

Walaupun Pengerusinya Md Zainal Abidin turut menyalahkan Tun Mahathir melalui pemberian bantuan kewangan yang disifatkan "sistem melancar" kepada parti-parti komponen BN, NGO ini perlu diambil keterangannya berkenaan maklumat yang mereka ada.

Katanya, sistem melancar dan "back up" parti- parti komponen dengan wang ini adalah diperkenalkan oleh Tun Mahathir dan Najib kini terpaksa menanggungnya bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya.

Selain itu, beliau yang mendakwa parti-parti komponen menerima RM30 hingga RM50 juta, parti-parti yang mesra BN serta NGO juga turut menerima sumbangan kewangan daripada Najib antara RM1 juta hingga RM8 juta setiap satu.

Dengan menyiasat CAGM ini, ia mungkin menjadi pelengkap kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pasukan petugas khas terhadap Perdana Menteri.

Antara perkara yang perlu dipastikan ialah apakah dokumen mahkamah itu sahih dan bagaimana ia boleh berada dalam simpanan NGO tersebut?

Kiranya benar dokumen mahkamah itu sahih, ia adalah petunjuk yang pasti menyukarkan lagi untuk Najib menafikan kewujudan pengaliran wang masuk ke dalam akaunnya sebagaimana yang didakwa oleh WSJ lebih seminggu yang lalu.

Kiranya tidak benar pula, CAGM sudah dipasti boleh didakwa kerana membuat tuduhan palsu terhadap Perdana Menteri.

Tetapi jika pasukan petugas khas tidak menyiasat CAGM pula, ia bermakna seolah-olah mereka cuba melindungi dalam penyiasatan yang dijalankan.

Segalanya kini terpulang kepada pasukan petugas khas membuat keputusannya, namun dengan CAGM secara terbuka membuat pendedahan ini, ia adalah tawaran terbuka agar mereka turut disiasat dan diambil keterangannya.

Najib sehingga ini tidak pernah menafikan secara tepat mengenai kewujudan akaun bank serta pengaliran masuk wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya, sebaliknya hanya berkata, tidak akan mengkhianati amanah rakyat dan tidak pernah menggunakan wang 1MDB atau mana-mana entiti lain untuk kepentingan peribadinya. (SH 13/07/2015)

13 comments:

  1. Keeangganan, ketakutan dan dolak dalih PM Najib Razak untuk saman Sarawak Report (RR) dan WSJ walau beliau dengan jelas mendakwa secara terbuka bahawa itu satu fitnah dahsyat dan hebat terhadap dirinya, MEMBUKTIKAN bahawa PM Najib ini sebenarnya cuba menyembunyikan kenyataan berkaitan akaun bank beliau.

    PM Najib telah memfailkan saman terhadap Rafizi Ramli yang didakwanya memfitnah beliau dan isterinya Rosmah kerana dikatakan boros dan kaya luar biasa TETAPI fitnah lebih dahsyat terhadap dirinya oleh SR dan WSJ cuma mampu didiamkan oleh Najib. Kenapa?. Mengapa PM Najib tidak bertindak dengan cepat menyaman SR dan WSJ sebagaimana yang dilakukannya ke atas Rafizi Ramli.

    Ianya tidak bukan kerana PM Najib memang bersalah dan cuba menyembunyikan kesalahannya seperti yang didakwa 2 buah media popular berkenaan. PM Najib menjadi pekak badak dan bacul aka dayus untuk berhadapan dan menyaman SR dan WSJ kerana jika beliau berbuat demikian, segala kepung, kurap, panau dan sopak 1MDB yang ada pada tubuhnya akan ditelanjang aka dibogelkan sepanjang sesi perbicaraan mahkamah. Ini yang amat ditakutinya. Pepatah ada menyebut "berani kerana benar, takut kerana salah". Apa tah lagi kalau bacul dan dayus..memang terang teranglah bersalah.

    Pemimpin jenis bacul dan dayus beginikan yang mahu rakyat Malaysia pertahankan?. PM jenis ini tak ubah tin kosong dan meriam buluh saja. Cakap tak serupa bikin. Rakyat perlu terajang manusia jenis ini dari menjawat jawatan PM Malaysia dan memimpin negara ini atau kehancuran akan menanti negara Malaysia di hari depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Celaka punya PM. Duit 1MDB dibuat macam duit kepala bapak dia punya. Senang senang duit tu dimasukkan ke akaun sendiri. Samada duit tu diguna untuk pilihanraya atau aktiviti kebajikan lain, yang jelas perbuatan ambil duit bukan milik sendiri masuk ke akaun sendiri adalah salah dfsri segi undang2, apatah lagi duit itu adalah duit rakyat. Betul betul celaka.

      Sampai hari ni PM Najib ni tak berani nafikan duit tu masuk ke akaun dia. Yang dia cakap hanyalah tak guna duit untuk diri sendiri. Hangpa bayangkan kalau duit tu disimpan dalam akaun dia sebulan dua, berpa banyak interest dia boleh dapat.

      Bukan rakyat bodoh. Apa kata PM Najib masukkan duit dia RM100 juta ke akaun aku selama 3 bulan. Lepas 3 bulan aku bagi balik duit tu. 3 bulan fixed interest aku boleh balun berapa banyak untung. Senang nya meneteri UMNO buat duit yer. Senang senang duit rakyat masuk akaun sendiri. Undang undang haram jadah apa yang menteri ini ikut???.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Saya berpendapat NGO ini sebenarnya lebih cenderung nak 'memutihkan' Najib. Seolah-olah nak bagitau duit tu Najib tak pakai pun, tapi bagi kat parti/BN. Itu yang saya faham melalui apa yang dilaporkan. Sepatutnya NGO ni tanya KENAPA duit tu datang dari akaun Najib (jika dakwaannya benar)? Cuba check latar belakang NGO ni, kalau tak silap saya, ia 'muncul' waktu Tun M tengah rancak 'menyerang' PM atas isu 1MDB. Dalam keadaan itu tak semena-mena ia tawarkan ganjaran pada sesiapa boleh dedahkan penyelewengan Tun M. Macam nak divert dari isu waktu tu aje.

    ReplyDelete
  3. Duit rakyat digunakan untuk kepentingan parti, Ini salah. Ini rasuah. Wajib diambil tindakan dan budaya seperti wajib dihentikan. Negara memerlukan pemimpin yang amanah dan berintegriti. Harap rakyat sedar dan boleh membawa perubahan.

    ReplyDelete
  4. didunia bila sizalim berkuasa SEMUA boleh dilakukan.....firaun pun boleh mengaku tuhan.......what do you expect, history repeats itself in its own version........apadaa politik mesia

    ReplyDelete
  5. Nampaknya semakin hari semakin banyak keluar berita negatif terhadap Umno/Bn.

    Semua ini akan merangsang org2 kampung dan felda untuk melakukan sesuatu perubahan yg drastik dn positif pada PRU14 nanti.

    Apapun, sprt kata Tun M "Org Melayu Mudah Lupa" terutama bila mendapat sesuatu walaupun tak sebanyak mana. Itu fasallah Tun M menentang keras BRIM.

    'Malaysia Boleh". "Selamat Aidilfitri" kpd umat Muslim di mana jua berada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Mustapha.. susah bagi org kampung dan makcik felda nak berubah..mmg hidayah milik Allah dan kita boleh berusaha.

      Duit kene kebas pun masih boleh ucal alhamdulillah.. mmg keimanan terhadap UMNO cukup tebal.. nyawa dan raga utk UMNO..

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...