Friday 17 July 2015

Pengarah Komunikasi Strategik BN Yang Memalukan Najib


Selama ini kita hanya tahu PKR saja yang ada jawatan Pengarah Strategik dan Pengarah Komunikasi. Kedua-kedua jawatan itu sebelum ini begitu popular dengan pelbagai pendedahan salah laku dalam kerajaan serta program bercorak komunikasi dengan rakyat sewaktu ia disandang oleh Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selepas kedua-duanya naik pangkat dengan Rafizi menjadi Ahli Parlimen Pandan, Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR manakala Nik Nazmi menjadi Ketua Angkatan Muda serta Exco Kerajaan Negeri Selangor, jawatan itu kini disandang pula oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Lim Tze Tzin dan Fahmi Fadzil.

Tetapi kita tidak pernah tahu rupa-rupanya BN juga ada jawatan yang hampir sama yang kini dipegang oleh Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sejak bila beliau dilantik memegang jawatan itu barangkali ramai yang tidak mengetahuinya.

Tetapi nama jawatannya tampak lebih gah dan gempak iaitu Pengarah  Komunikasi Strategik BN - gabungan dua jawatan yang pernah dipegang oleh Rafizi dan Nik Nazmi.

Namun,  pendedahan yang barangkali pertama kali dibuat oleh Abdul Rahman dalam skop tugasnya itu, bukan saja tidak menggemparkan, bahkan jelas mengecewakan. 

Hanya setelah beberapa jam beliau mengadakan sidang akhbar mendedahkan suatu laporan polis terhadap Sarawak Report kerana didakwa memalsukan dokumen berhubung 1MDB serta bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri,  segala-galanya seperti serba tidak menjadi akhirnya.

Dalam pendedahannya, Abdul Rahman juga mengatakan suatu klip video pengakuan bekas editor Sarawak Report mengenai perkara tersebut turut diberikan kepada pihak polis.

Beliau pada mulanya enggan mendedahkan siapa yang membuat laporan polis itu, tetapi hanya mengatakan ia dibuat di sebuah balai polis di Petaling Jaya, Selangor.

Pada peringkat awal ternampak seolah-olah pendedahannya itu amat mengejutkan dan bakal memberi impak besar kepada isu 1MDB yang semakin menekan kedudukan Najib Razak sekarang ini.

Bukan saja Rafizi yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut menafikan dakwaan Abdul Rahman itu dan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang, bahkan Sarawak Report juga tampil mendedahkan bahawa editor yang didakwa membuat pengakuan itu tidak pernah pun bekerja dan menulis walau sepatah perkataan dengan laman pembocor maklumat itu.

Sebaliknya, Lester Melanyi, editor yang membuat pengakuan itu dikatakan bekerja di sayap lain iaitu Radio Free Sarawak dan bekas pengarang Sarawak Tribune yang digantung penerbitannya kerana menerbitkan karikatur kontroversi berkenaan Nabi Muhammad SAW pada 2006 dan kemudiannya meletakkan jawatan.

Lebih memalukan ialah report polis itu sebenarnya dibuat oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, sebuah NGO mesra BN yang memang selalu tampil sama ada membuat laporan polis, mengadakan tunjuk perasaan kecil-kecilan dan membuat kenyataan untuk mempromosi dirinya.

Nampaknya hanya bersandarkan laporan polis Ramesh Rao dan tidak mengkaji dengan mendalam identiti individu yang membuat pengakuan melalui klip video tersebut, Pengarah Komunikasi Strategik BN itu sanggup mengadakan sidang akhbar khas seolah-olah pendedahannya mampu memulihkan imej Perdana Menteri.

Setelah dinafikan oleh Rafizi dan diancam tindakan saman, Abdul Rahman kemudiannya mengatakannya beliau hanya mahukan pihak polis menjalankan siasatan terhadap laporan tersebut dan dirinya sebagai penyampai maklumat tidak harus "ditembak" terlebih dahulu.

Jadi, apa sebenarnya nilai pendedahan yang dibuat oleh Abdul Rahman itu?

Sepertimana 1MDB yang dikenali sebagai syarikat pelaburan strategik kerajaan tetapi akhirnya hanya mampu meniaga tanah pemberian kerajaan sebelum dipecah-pecahkan dan membeli IPP yang hampir tamat tempoh dengan harga mahal, Pengarah  Komunikasi  Strategik BN ini juga tidak ketahuan sejauh mana komunikasi dan mantapnya strategi melalui apa yang didedahkannya itu.

Isi pendedahan, sumber maklumat dan matlamat yang mahu dicapai langsung tidak kesampaian. Pendedahannya tidak menyentuh hati rakyat, sejuk sebelum tengahari, tiada kajian mendalam dan langsung tiada kelas.

Lebih buruk ialah bagaimana Abdul Rahman sebagai seorang Islam boleh meyakini pengakuan seorang yang pernah menghina Nabi Muhammad SAW dan menjadikannya untuk membela Najib, tentu saja menghairan dan memalukan dirinya.

Ia sama ada beliau tidak mengetahuinya atau tidak membuat "kerja rumah" berkenaan dengannya. Tetapi ia jelas menggambarkan kelemahan dalam seni komunikasi dan kerja yang tidak berstrategi.

Dengan jawatan yang begitu gah, ditambah berkedudukan sebagai menteri, setidak-tidaknya nilai pendedahan yang didedahkan itu biarlah berpadanan dan mampu memberi impak yang besar.

Bukan saja pemimpin UMNO dan kerajaan yang tidak menyambut apa yang didedahkannya, malah Najib Razak yang diharap dapat digembirakan dengan pendedahannya juga barangkali  berasa malu dengan kualiti Pengarah Komunikasi Strategik BN ini. (SH 17/07/2015)

24 comments:

  1. Najib dan pecacai pecacai nya mungkin terlupa bahawa bangkai walau bagaimana sekalipun cuba ditutup dan ditudung ,busuknya akan lambat laun terhidu juga. Mereka boleh cuba mencari dan mengujudkan personaliti serta cerita cerita baru untuk menutup bangkai yang dibuat Najib tapi untuk berapa lama dan sampai bila agaknya untuk terus menipu dan melindungi Najib ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Astaga bayau...bikin malu orang kota belud saja kau ini. Jgn kau jadi wakil rakyat yg memalukan rakyat kau sendiri bah.

    ReplyDelete
  3. Ramesh Rao juga pernah buat laporan polis tentang kononnya Mafia Yakuza Jepun membantu DS Anwar..... omg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITu belum lagi tuduhan yang semua ini sebab yahudi dikepalai oleh anwar ibrahim.Najib makan tahik pun anwar ibrahim punya pasal.

      Delete
  4. Najib sedang dikonspirasi oleh orangnya sendiri supaya cepat gugur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini saya setuju. Tak mungkin semua orang di dalam BN terlalu bodoh untuk mengikut telunjuk pimpinan Najib yang jelas mengkhianati rakyat. Cuma sekarang orang2 UMNO yang membuat konspirasi kena tahan telinga lah sebab rakyat tak tengok individu, dia label 1BN 1UMNO terus. Anyway, saya pasti ini memang konspirasi orang dalaman. Apapun, semoga berjaya kerana rakyat mahukan negara yang aman bukan pemimpin yang menghancurkan tanah tumpah.

      Delete
  5. Rahman Dahlan jadi Menteri untuk cukupkan quota Sabah shj..kalau dibandingkan dng Rafizi atau Nik Nazmi...jauh panggang dari api....

    Dia hanya kaki bodek Najib shj..sila kaji semua kenyataan2 yg dikeluarkannya..semuanya nak mengampu Najib...dia satu kelas dng Ahmad maslan dan Ismail Sberi dan juga Hasan Malik..menteri2 bengong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap keabdul rahmanan dia sama dengan kemaslanan,kehasan malikan,keshaberyan..4 stooges...

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Maaf la bro.....sebenarnya dia lagi bangang pada senarai tu.....mungkin terbangang abad ini.

    ReplyDelete
  8. Maaf la bro.....sebenarnya dia lagi bangang pada senarai tu.....mungkin terbangang abad ini.

    ReplyDelete
  9. Rahman dahlan ni setaraf mat maslan je.Bodek bangang dan suka jadi barua lembu umngok.

    ReplyDelete
  10. Barangkali inilah bomb jangka yang akan meletup sebelum Hari Raya seperti diramalkan oleh sorang lagi pencacai bangang Najib. RPK menjangkakan bom ini akan menutup Ramadhan dan memberi penyucian kepada Najib dan sebagai berita terakhir akan menjadi viral dan perbualan tak henti disemua rumah terbuka. Sebelum berita itu, Husni telah menviralkan secara pra-matang laporan interim AG telah mendapati tiada salahlaku tetapi malangnya implikasi kenyataan MOF yang dibaca rakyat yalah sipesalah telah menwarwarkan dirinya tidak bersalah dan bersih dari salahlaku memandangkan AG adalah dibawah arahan MOF. Tidak perlu roket sains untuk kita melihat persamaan dengan Arthur Andersen memberi odit bersih kpd Enron dan selepas itu Enron hancur kerana salahlaku kewangan yang buruk hingga membawa kesan sistemik kpd kewangan US.

    Inilah natijahnya, kesalahan 1MDB terlampau besar dan terburuk hingga tiada spin yang mampu menutupnya dan menukar persepsi rakyat mengenai salahlaku.

    Banyak soalan, tiada jawapan!!!!

    ReplyDelete
  11. Hari raya nih...
    Selamat kahkahakah kpd macai...
    Terusan la bodoh...

    Memang susah nak tegakkan benda salah...
    Pusing la kot mana pun...

    Macai ingat sr tu bodo...
    Tak buat keje rumah...
    Bodoh mcm macai agaknye!

    Nak menyaman tu...
    Mmg takde la... tapi, dia punye gegar!
    Sampai jatuh beruk2...
    Beruk mana? Sendiri pikir!

    ReplyDelete
  12. Gegar pahlawan Bugis moden sama saja dgn gegar pak kaduk dulu kala

    ReplyDelete
  13. Salam syawal kpd semua selain najib n the team.team najib jenuh saat ini rasanya.srtelah tak berjaya menunding kpd tun m lalu menunding kpd pembangkang pula.setelah report polis drpd india mabuk samsu spt tak membawa hasil.sekarang berharap kpd justo pula.samada justo bersalah atau tdk duit dsingapore tetap menjadi unit juga.unit tak dpt dberitahu sekarang krn tak seimbang dgn duit yg hilang krn itu masa dperlukan utk mencukupkan nilai unit itu.begitu keadaannya org yg menyiasat org yg menutup lubang pwmbohongan.

    ReplyDelete
  14. Adakah orang2 yg cerdik dlm kebinet Najib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..pandikar amin.Dgn TDM dan Najib sekali dia kencing.

      Delete
    2. ada..pandikar amin.Dgn TDM dan Najib sekali dia kencing.

      Delete
  15. Tak usul periksa terus percaya dan buat sidang akhbar tergempar?? Wow, kebodohannya terus mengatasi Mat Maslan & Asan Malek ni. Kriteria untuk jadi pembodek tegar jibby & rossy adalah :
    1. Bila mem & bos kentut kena kembangkan lobang hidung dan sedut
    2. Bila mem & bos kencing kena ngangakan mulut luas2
    3. Bila mem & bos berak kena tadahkan kepala
    Yg bestnya, chief ngo mabuk todi kencing, dia terus tadah mulut dan telan kerana terlalu dahaga agaknya. Yg penting kencingnya, bukan org yg kencing ( yg penting message, not the mesengger katanya ) kahkahkah..

    ReplyDelete
  16. Bom Syawal dah meletop dag.......apo komen kau Din....entahx kau pun terpalit sikit...Menyalal lagi la,dan Jualin Ajibgor masih PM lagi,dari hari ke hari berita yg btidak menyenankan penyalakx timbul.......lepas ni tulis la saya ini cai Najib.apa aku hairan.....

    ReplyDelete
  17. Inilah contoh klasik Menteri Tong Drum Kosong. Bunyinya kuat minta disuap tuan punya nya. Tapi malang..bunyi kuatnya membingit telinga tuan sendiri. Sampai waktu tong drum ni akan digolekkan selepas di isi simen lalu akam membisu kaku. Sudah sifat tong drum kosong. Hebat nya kerana bunyi saja tapi akal tak ada. Apa nak buat, dah tempah "kemaluan" diri sendiri. Malu besar bah kitak kerana tong drum satu ini.!!!

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...