Sunday 5 July 2015

Muhyiddin Mesti Maju Selangkah Lagi, Segera Usulkan Najib Ambil Cuti


Antara intipati kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam mengenai dakwaan pengaliran masuk wang berjumlah hampir AS$700 juta ke dalam akaun peribadi Najib Razak oleh akhbar perniagaan berpengaruh, Wall Street Journal (WSJ) ialah mahukan siasatan dilakukan terhadap dakwaan itu.

Beliau berpendirian pihak berkuasa penyiasatan seperti SPRM, Bank Negara, polis dan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak menyiasat dakwaan yang menarik perhatian rakyat, media antarabangsa dan menyentuh kepentingan awam itu.

Serentak dengan itu, oleh kerana tuduhan WSJ itu bersifat peribadi, Muhyiddin juga berpendapat wajar bagi Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian dan sekiranya yakin semua tuduhan itu tidak benar dan fitnah, maka perlu tindakan undang-undang diambil demi membersihkan nama Perdana Menteri serta mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Tidak seperti kenyataan kebanyakan pemimpin lain yang menolak mentah-mentah dakwaan WSJ itu sambil berkata tidak mungkin begitu bodoh Najib membenarkan wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, kenyataan Muhyiddin menimbulkan beberapa perkara menarik yang antaranya:-

- Mahu dakwaan terhadap Najib itu disiasat oleh pihak berkuasa bagi menentukan kebenarannya,

- Tuduhan keatas Najib adalah bersifat peribadi dan wajar bagi Perdana Menteri memberi penjelasan lebih meyakinkan atau membuat penafian,

- Mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ sekiranya tuduhan itu tidak benar dan fitnah.

Hanya beberapa jam setelah Muhyiddin mengeluarkan kenyataan itu, Peguam Negara Gani Patail  segera tampil dengan mengatakan penubuhan pasukan khas yang diangggotai oleh SPRM, polis dan Bank Negara sudah pun melakukan serbuan di tiga premis yang didakwa menyalurkan wang ke dalam akaun peribadi Najib itu serta mengambil beberapa dokumen daripadanya.

Gani juga mengakui beliau turut melihat dokumen yang sama sebagaimana yang dipetik oleh akhbar WSJ itu.

Ini bermakna, saranan Muhyiddin bukan saja didengar, tetapi sudah dilaksanakan oleh Peguam Negara.

Walaupun Najib sudah menafikan mengambil sebarang dana daripada mana-mana entiti untuk kepentingan peribadinya sebelum ini, penafian itu sebenarnya tidak memadai. Sebab itu Muhyiddin mengulangi keperluan Najib memberi penjelasan yang lebih meyakinkan.

Ini kerana penafian itu tidak disokong oleh apa-apa dokumen serta bukti dan perkara paling asas yang gagal dijelas atau dinafikan olah Najib ialah berkenaan beberapa nombor akaun yang didakwa miliknya di Ambank itu.

Apakah susah sangat untuk menjelaskan sama ada betul atau tidak akaun bank itu miliknya?

Hanya sekiranya yakin semua dakwaan itu tidak benar dan berupa fitnah, barulah Muhyiddin mencadangkan tindakan undang-undang diambil terhadap WSJ.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin juga menyifatkan tuduhan terhadap Najib itu adalah bersifat peribadi.

Dalam mencari kebenaran kepada semua persoalan ini, adalah perlu Muhyiddin bergerak selangkah lagi dengan mengusulkan agar Najib mengambil cuti sehingga siasatan dijalankan oleh pasukan petugas khas itu.

Sudah tentu wujud kesukaran bagi SPRM, polis, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara menjalankan tugas tanpa sebarang gangguan sekiranya Najib masih ada sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lantaran semua agensi penyiasatan itu ada kaitan secara langsung dengan kedudukannya sedangkan apa yang dituduh itu adalah bersifat peribadi.

Hanya dengan Najib mengambil cuti, semua tugas dan penyiasatan itu dapat dilaksanakan dengan adil, licin serta tanpa gangguan.

Dalam isu  pembelian hartanah di Melbourne dengan harga lebih mahal oleh Mara Inc baru-baru ini, Pengerusi Mara Annuar Musa telah menunjukkan teladan yang terpuji dengan merehatkan sementara Mohamad Lan Alani serta Abdul Halim Abd Rahim yang merupakan Pengerusi dan CEO anak syarikat  Mara itu sehingga siasatan selesai dijalankan.

Dalam tahun 1994 pula, Rahim Tamby Chik juga pernah direhatkan daripada jawatan Ketua Pemuda UMNO berikutan ada dakwaan rasuah dan isu peribadi yang dikaitkan terhadapnya. Selepas kesnya selesai dan namanya dibersihkan, beliau kemudiannya dikembalikan semula memegang jawatan tersebut.

Ini bermakna memberi cuti kepada mana-mana pemegang kuasa yang dalam siasatan bukanlah asing dan tidak pernah berlaku.

Meskipun sebelum ini sudah ada beberapa pihak mencadangkan agar Najib mengambil cuti untuk membolehkan siasatan berkaitan 1MDB dijalankan dengan lebih adil terhadapnya, tetapi sekarang ini adalah detik dan masa yang paling sesuai ianya diusulkan kembali.

Sudah tentu, sebagai orang nombor dua dalam parti pemerintah dan kerajaan yang sedang berkuasa, Muhyiddin adalah paling sesuai mencadangkan pengambilan cuti itu kepada Najib.

Jika tidak, sementara imej parti dan kerajaan terus terperosok di mata rakyat, siasatan yang dijalankan oleh pasukan petugas khas itu juga sentiasa diragui serta tidak diyakini.

Ayuh Muhyiddin, majulah selangkah lagi untuk memberi khabar gembira buat rakyat. (SH 05/07/2015)

23 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Jangan harap lah abang Jib nak ambil cuti.....

    ReplyDelete
  3. Jangan harap PM Najib nak ambil cuti. Kita ibarat menunggu kucing bertanduk atau bulan jatuh ke riba jadinya.

    ReplyDelete
  4. Pak Din mengambil langkah yang sangat sangat berhati hati, nanti takut TPM pun hilang, lagi pun Pak Din takde sokongan mutlak from Parlimen, walaupun dapat auto PM dari UMNO..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa manyak ingat eaa aa , itu Pak Din tatak belani maa aa .

      Delete
  5. Kalau najib saman wsj dan sr janganlah guna duit rakyat kerana saman ini atas nama peribadi dan tiada kena mengena dg pentadbiran kerajaan.

    Saya percaya ada asas dakwaan yg dibuat oleh wsj. Lagi pun najib hanya menafikan tiada kegunaan wang itu untuk urusan peribadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib akan tumbang dengan hinanya kerana doa rakyat yang tertindas sudah makbul.

      Delete
    2. anon23;19....minta tambah sikit.........dengan hinanya di tambah kpd dengan sehina hinanya.....yes, baru puas rasa dihati..

      Delete
  6. Kalau dia nak cuti pun jgn bagi dia guna flight kerajaan. Biar dia naik MAS. Jgn bagi dia lari. Dulu Thailand Thaksin pernah lari. Kita takmau dia buat mcm Thaksin. Biar dia kena dakwa mcm Yingluck takpe.
    Nafi dan alasan tak cukup sbg jawapan. Patut dia yg tunjuk bukti dia tak salah. Orang yg tak salah dia yg kena tunjuk bukti. Kalau tak guna utk peribadi mana dapat duit utk shopping dgn bini?

    ReplyDelete
  7. Once a puppet always a puppet.
    You ain't no master. Complete loser.

    ReplyDelete
  8. Mummy : You jgn sekali kali berani cuti atau letak jawatan ya.. I picit picit
    telor you nanti. I belum puas naik jet baru pegi shopping dan
    melancong tau tak..?

    Puppy : I takut la sayang intan payung gunung... Dah kecoh satu
    dunia ni.. No akaun I dah naik dlm news.. Camner nak
    buat ni..??

    Mummy : You ni betul2 bodoh tau. Macai2 kita banyak biar dia org
    yg uruskan. You diam2 sudah tahulah I jeling2 macai2
    kita buat kerja.. Dia org tu mana berani dgn I. Telor2
    macai2 tu semua dlm genggaman I tau.. Hahaha (ketawa
    jahat)....

    Puppy : Ok sayang.. I dengar cakap you.. I luv u baby muah muah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama ni yg jadi PM memang mummy pun. Bukannya puppy.
      Berani puppy angkat muka kat mummy...

      Delete
    2. Tu lah puppy...makan kepala ikan patin byk2 lagi...

      Delete
  9. Sejak Najib menggantikan ayahnya sebagai YB di Pekan, Pahang, akau tak pernah percaya kepada manusia ini. Kisah penangkapan di Port Dickson dan Ms Komisyen dalam kementerian pertahanan satu ketika dulu menyakinkan aku bahawa manusia bernama Najib ini jangan sekali dipercayai. Tun Mahathir pun ikut bodoh kerana mengangkat seorang manusia yang sememangnya tidak boleh dipercayai hanya kerana "hutang budi". Bagaimana aku nak percaya kepada pemimpin seorang manusia bernama Najib ini kalau ucapan dan sebutannya tentang Rasulullan pun tidak betul. Hari ini Tun Mahathir tersedar dari tidur bahawa manusia yang dia yakin dan percaya itu sebenarnya seorang yang sangat tidak boleh percaya. Tun Mahathir setidaknya perlu bertanggungjawab kerana sebahagian sahamnya yang telah mengangkat Najib ke tempat yang tidak wajar sama sekali.

    Malangnya kesilapan dan kebodohan Tun Mahathir ini diteruskan oleh sebahagian besar pimpinan UMNO BN. Sedar atau tidak sedar manusia bernama Najib ini sedang menari alasan dan ikhtiar untuk menegakkan benang yang basah. Jawapan dan alasan yang diberi Najib berkait RM2 billion lebih yang dimasukkan ke akaunnya di Ambank sukar untuk diterima walau pun beliau berpeluang memberi jawapan yang lebih jelas dan lebih pasti. Najib sedang terdesak dan sekarang hanya mampu bersilat lidah walhal bukti bukti cenderung menunjukkan bahawa manusia bernama Najib ini sama sekali tidak layak menjadi PM Malaysia hatta YB sekali pun

    Malangnya sebahagian besar pimpinan dalam UMNO BN adalah manusia manusia yang dayus, bacul dan hanya mementingkan kantung, perut dan "anu" masing masing dan langsung tidak ada kekuatan untuk mengambil resiko dalam mengakkan kebenaran. Barisan pimpinan bacul dan dayus beginikah rakyat Malaysia mahu kekalkan untuk memimpin Malaysia. Jangan baculkan diri anda sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab demi negara tercinta ini.

    ReplyDelete
  10. Sekali terpalit skandal adalah bukan suatu pilihan untuk meletak jawatan.ini kerana mereka berjiwa punya kuasa kawalan kepada rakyat.Tidak pernah mereka berfikiran seperti seorang rakyat iaitu melepaskan jawatan supaya siasatan senang dijalankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harta, tahta, wanita......membuat lelaki menjadi buta........bukti dah nyata......................NAPE ,, TAK PECAYA.........maka pada malam QADA ini....kita doa cukup cukup bagi itu pemimpin dan penguasa zalim hapus dari bumi Malaysia ini......buang sialmelayu supaya menjadi malaysia

      Delete
  11. ini punca negara ini makin lame makin lingkup.samseng tk kene tempat https://www.youtube.com/watch?v=1NdAbk1vDvU&feature=youtu. bn dah kepanasan bimbang terlepas johor pade pr 2.0 pru 14,kahkahkah

    ReplyDelete
  12. Lim kit siang dah meroyan dah kemaruk benar tu nak jadi Perdana menteri dgn apa cara sekali pun.

    Gua sudah lama tunggu worrrr...dari zaman Tunku lagi maaaa.

    Kalau anak sudah jadi CM skrng bapa mesti jadi PM..baru senang bikin kerja. Itu Putrasaya bukan lagi Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bijak kata kata kamu, DAP tak akan mengambil risiko ni, saya percaya DAP Akan membantu dari memerintah...

      Delete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...