Wednesday, 15 July 2015

Kabinet Dan MT UMNO Yang Baik Hati

Skandal lagi...

Belum pun kita tahu apa kesudahannya dengan skandal yang didedahkan oleh The Wall Street Journal atau WSJ berkenaan pengaliran wang masuk berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, kini satu lagi pendedahan dibuat oleh media asing.

Kali ini Sydney Morning Herald (SMH) mendedahkan bagaimana Putrajaya menolak untuk  memberi kerjasama berhubung maklumat yang diperlukan Jabatan Peguam Negara Komanwel berkaitan orang tengah yang dipercayai terlibat dengan rasuah dalam urusan percetakan wang kertas polimer yang dilakukan di Australia.

Akhbar tersebut mendakwa, Putrajaya enggan memberi kerjasama itu kerana ia dianggap sensitif lantaran orang tengah yang didakwa terlibat dengan rasuah itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Najib Razak serta Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Badawi.

Siapakah agaknya orang tengah terbabit dan kenapa Putrajaya seolah-olah memilih untuk melindunginya daripada memberi kerjasama untuk sama-sama membanteras antara amalan paling keji dalam dunia itu?

Pendedahan SMH ini tentunya sekali lagi memalukan nama Malaysia di mata dunia kerana pemimpin kita bukan saja dipalitkan dengan skandal yang belum ada penjelasan meyakinkan sehingga kini, tetapi juga cuba menutup skandal yang lain pula.

Jika dikira dengan pendedahan Sarawak Report bagaimana isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mendepositkan wang berjumlah RM2 juta ke dalam akaun peribadi hanya dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, bermakna sudah ada tiga "penanda aras" yang mencemarkan nama Najib dibuat oleh media asing dalam waktu terdekat ini.

Seperti biasa, kita tidak akan dapat mendengar apa-apa jawapan dan penjelasan daripada Najib berkaitan perkara seperti ini kerana beliau lebih suka berdiam diri dan mengunci mulutnya.

Walaupun rasuah merupakan isu penting dan mencemarkan nama baik negara, Najib sebaliknya lebih suka bercerita tentang hidangan nasi goreng kampung yang menjadi kegemarannnya ketika bersahur daripada menunjukkan iltizamnya sebagai pemimpin terhadap perkara yang sedang mencemarkan namanya, negara dan rakyat Malaysia itu.

Lebih malang lagi ialah kita juga mempunyai barisan kabinet dan MT UMNO yang terlalu baik hati dalam menangani isu-isu rasuah dan skandal yang memalukan seperti ini.

Tidak ada sesiapa daripada  ahli kabinet atau MT UMNO yang tergerak hati untuk meminta penjelasan atau jawapan sebenarnya daripada Najib berkaitan isu RM2.6 bilion mahupun RM2 juta yang dikaitkan dengan Rosmah, malah percayalah, dalam skandal yang didedahkan oleh SMH ini juga, semuanya lebih selesa memilih untuk berdiam diri saja.

Seolah-olah kabinet dan MT UMNO tiada apa-apa tanggungjawab untuk menunjukkan jalan kebenaran kepada rakyat dan ahli-ahli parti, kedua-dua entiti itu lebih gah untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri.

Barangkali, di dalam dunia ini, inilah barisan kabinet dan kepimpinan tertinggi parti yang paling baik dan budiman sekali. (SH 15/07/2015).

Daripada menjawab isu skandal dan rasuah yang melibatkan kepentingan negara, Najib sebaliknya lebih selesa berkongsi cerita mengenai nasi goreng kampung yang menjadi kegemarannya untuk bersahur.

28 comments:

  1. tu laaa je yang dia pandai,..........SOLAMET ARI RAYO...ma'ap diatas mengumpet...roncah untok colek lomang

    wasalam......

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Kalo Bpk Anwar Ibrahim diberi kesempatan mentadbir Malaysia, ramai yakin dan optimis kebobrokan dan korupsi dalam pentadbiran negara Malaysia bisa dikurangkan semaksimal mungkin. Kami melihat kasus Bpk Anwar yang dipenjarakan cuma sekitar moral (pasti cuma reka yarsa dan fitnah) karena tidak pernah dia dipersalahkan oleh angkara korupsi walau pun dia pernah di posisi orang nomor dua Malaysia. Pelaku rasuah seringkali mempunyai kehidupan sosial luar biasa dan,memiliki aset dan harta tidak sedikit. Tapi sampai saat ini pemerintah Malaysia gagal membuktikan Bpk Anwar seorang yang mengamal korupsi dan pastinya tuduhan dan kasus liwat itu dicipta justru ketakutan musuh politik beliau yang punya rasa salah karena aktivitas salah laku dan korupsi.

      Malaysia cuma bisa berobah kalau seorang warga seberani dan berprinsip seperrti Bpk Anwar diberi kesempatan mengurusin sahsiah dan politik negara. Perobahan dan tranformasi total diperlukan kalau mahu Malaysia lebih baik dan aman.

      Delete
    3. Nanti bapak anu..war liwat jubur kau pulak.
      Baru itu bisa merobahkan kepercayaan kau

      Delete
    4. yes... I love che mat shabbu..... he is going to be tuang presideng of a new party and to be colloberated with his long life partner which he named as al jubbed'

      Delete
    5. Nasib hang lah Mat Shabbu...bertanding kat kawasan mana pun hang kalah.
      Apa punya sial lah nasib hang ni

      Delete
  2. En Budin.. MT UMNO dan MT dari parti2 komponen BN ni, untuk penhetahuan.. mereka bukan duduk diam. Mereka2 ini hanya sedang melancap saja kerjanya. Sedang melancap ni, nak respon macam mana? Tengah sedap melancap... sorilah yer.

    ReplyDelete
  3. Menunggu hari2.runtuhnya kota "pompei"

    ReplyDelete
  4. Ikut nasihat Tengku Razali, jangan sampai negara lain melihat negara malaysia sebagai sebuah negara yang warganya yang tiada maruah diri.Bilalah kesedaran itu mekar untuk menegakkan yang benar dan menghukum yang salah, sama2 kita menilai dengan segala sentimen bangsa, agama dan keselamatan untuk mengaburi kita dari kebenaran yang sepatutnya diperjuangkan.

    ReplyDelete
  5. Nasi goreng kampung ada kankung ke tu apa punya najib.gara-gara najib n gstnya tak merasa aku bubur lambuk yg dhulur org kampung tahun ni.nak menyumpahkan...

    ReplyDelete
  6. Kali ini giliran siapa pula berkonspirasi dengan Tun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungin juga Dolah Badawi dek kerana namanya dah pun disebutkan. mungkin Najib berasa lega kerana dah ada geng.

      Delete
  7. Kesian Negara, tak habis-habis. Pepatah Melayu, tidak ada angin (monyetpun bole), masakan pokok bergoyang.

    ReplyDelete
  8. Malaysia diperintah kambik wong monyor gemblong edan.duit te rakyat di colongi rakyat di tipuni.sampek kapan bodo nguno.

    ReplyDelete
  9. Menunggu hari2.runtuhnya kota "pompei"

    ReplyDelete
  10. Dan ada desakan mahu Muhyiddin ganti Najib? Maaf, bukan dia. Seluruh MT UMNO dan BN sedang sibuk mengaut (baca menyamun) sebanyak mungkin uwang rakyat sebelum mereka dijatuhkan pada PRU14. Malah mereka sedang usaha mendapatkan kerakyatan/suaka politik luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mustahil lari keluar negara boleh selamat.

      Hanya dengan bergantung kpd kuasa daulah terpendam iaitu jabatan2 kerajaan yg dibangunkan untuk menjaga bontot pemerintah juga kesultanan setiap negeri, dapat menyelamatkan mereka dari bakal terperangkap dgn kuasa rakyat atau pembangkang jika berkuasa.

      Ingat, dlm jabatan2 kerajaan, hampir tiada jabatan yg bebas dari segala kebejatan dan kesekongkolan dgn org2 dari parti komponen BN.

      Projek2 raja dan sultan boleh dirombak sesuka hati. Terutama berkaitan istana. Lihatlah berapa raja dan sultan makan dari projek istana negara yg baru. Mula2 projek start dgn 300 juta..kendian 400 juta.. last2 lebih 1200 juta. Projek pulak dijalankan kroni dan kompeni sultan sendiri. Tak siapa berani cakap apa2 hal ini. Nak mampos???

      Mmg dlm undang2 cakap ada peruntukan pendakwaan boleh dibuat. Hanya untuk menyedapkan hati rakyat. Hakikatnya peranan pelbagai jabatan2 daulah terpendam ini, mmg dibangunkan utk keselamatan UMNO dan raja2. Sekali sekala SPRM, POLIS dan jabatan2 peguan serta kerajaan berkokok. Malah dlm kes 2.6 billion 1MDB Najib, semuanya konon cepat siasat, akhirnya report awal cuma nak sucikan Najib.

      Mmg syok merembat duit ni.. meriah. Sistem yg sedia ada mmg kerjanya bersedia mengcover kebejatan penguasa dikalangan bangsawan malaysia.

      Delete
  11. Bagaimana Zeti darling Barat?

    ReplyDelete
  12. Bagaimana Zeti darling Barat?

    ReplyDelete
  13. Umno dukung raja ....raja dukung umno...parti selain umno jgn mimpi nak perintah malaysia....klu umno kalah raja perintah guna atm...pi mai pi mai umno tetap selamanya memerintah....uniknya sistem politik di msia....barat patut belajar dari kita dlm mengawal dan mentadbir negara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Tepat sekali ulasan Tuan Sarie Suin. Teruskan bro. Bakar lagi motivasi menyedarkan org ramai.

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Dah rembat berbilion bilion, alih2 setakat nasi goreng je yg ko bedal. Allah maha kaya

    ReplyDelete
  16. Segeralah PM diganti dengan TSMY. Malaysia tidak harus mempunyai kepimpinan yang banyak skandal.

    ReplyDelete
  17. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...