Sunday 5 February 2017

MAKIN DIBERI MASA, MAKIN PAS MENGADA-NGADA....


Di dalam dunia ini rasanya tidak ada parti lain yang begitu mengada-ngada selain daripada Pas. Hanya kerana menggunakan nama Islam, Pas selalu beranggapan mereka sentiasa benar dan orang lain harus tunduk kepada mereka.

Atas nama Islam, mereka boleh berjuang untuk menentang kemungkaran, tetapi dengan nama Islam juga Pas tidak kisah bersekongkol dengan pemimpin mungkar, malah menawarkan diri ingin menjadi penasihat kepada orang jahat.

Atas nama Islam, Pas menjaja hudud sejak sekian lama, tetapi kemudian menukarnya keada negara kebajikan sambil mengatakan elemem hudud turut terkandung di dalamnya.

Kemudian menggugurkan negara kebajikan dan kembali kepada hudud semula. Akhirnya hudud entah ke mana, tetapi seolah-olah sudah cukup bersyurga dengan Akta 355 saja. 

Yang menggelikan hati, Pas kini cukup berbangga dapat bekerjasama dengan UMNO yang dulunya mereka kafirkan, assabiyahkan, sembelihannya dikatakan haram dimakan, imam sembahyang tidak boleh dimakmumkan dan yang sudah kahwin pula ada yang berantakan.

Episod mengada-ngada Pas ini berterusan lagi apabila dalam masa mereka berbaik-baik dengan UMNO, ia juga terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan Bersatu.
Di sebalik mengatakan menolak keras DAP, Pas masih juga duduk dalam mesyuarat Exco Selangor yang jelas ada DAP di dalamnya.

Maka benarlah makan keliling namanya.

Rundingan dengan Bersatu dengan Pas sepatutnya sudah berakhir pertengahan Januari lalu, tetapi dilanjutkan lagi kepada 1 Februari. Walaupun selepas rundingan pada tarikh tetsebut, ada dikeluarkan kenyataan bersama oleh Mukhriz Mahathir dan Tuan Ibrahim Tuan Man, ia kemudian dikatakan hanya jumpa-jumpa, sembang-sembang dan makan-makan saja.

Maklumlah jumpa pun di Bangsar, tempat lepak-lepak dan santai-santai yang memang dikenali ramai.

Belum pun hasil pertemuan itu kononnya mahu dihalusi sebelum ia dimuktamadkan, mengada-ngada Pas muncul apabila Ketua Dewan Ulamanya, Mahfodz Mohamed mensyaratkan bahawa tiada kerjasama dapat dijalinkan antara kedua-dua parti selagi Bersatu tidak memutuskan hubungannya dengan DAP dan Amanah.

Sekali lagi, mentang-mentang berjawatan Ketua Dewan Ulama, cakapnya seolah-olah fatwa dan hukum belaka. Pengikut bawahan Pas yang tidak tinggi ilmu agama tentu dengan sendirinya akan menerima kata-kata itu sedangkan DAP di Pulau Pinang tidaklah meminggirkan Islam dan permusuhan Pas dengan Amanah pula tidak sama-sekali berkaitan dengan agama, sebaliknya hanya kerana politik dan kuasa.

Jika benar Pas ikhlas ingin bekerjasama dengan Bersatu, kenapa diletakkan syarat mesti tinggalkan DAP dan Amanah sebelum rundingan dimuktamadkan?

Bukankah lebih baik cakap terus-terang tidak mahu bekerjasama, bahkan tidak perlu pun membuang masa mengadakan pertemuan dengan Bersatu?

Apakah watak tidak konsisten dan berbolak-balik itu ciri-ciri "king maker"?

Hari ini, Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah meneruskan sikap mengada-mengada Pas dengan meminta Bersatu dan PKR meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang setakat ini dianggotainya bersama dengan Ikatan.

Kata beliau, jika Bersatu dan PKR sedia berbuat demikian, kekuatan pembangkang akan meningkat berkali ganda serta memberi lebih harapan untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Entah dari sudut mana beliau membaca sifir politik kali ini. Sesuatu yang tidak logik sebenarnya, PKR dan Bersatu kini berada dalam liga satu iaitu Pakatan Harapan, tiba-tiba diminta keluar untuk menyertai liga dua yang lebih kecil, Gagasan Sejahtera.

Siapa pula jadi ketua Gagasan Sejahtera nanti jika PKR dan Bersatu sedia menyertainya?

Bacaan paling mudah untuk menumbangkan UMNO dan BN ialah dengan Pas sedia bergabung bersama semua parti-parti pembangkang, sama ada Pakatan Harapan atau membentuk gabungan baru yang diberi nama lain dan bukannya mewujudkan dua kumpulan pembangkang.

Jika mensyaratkan Bersatu meninggalkan DAP dan Amanah pun pasti  menjadikan kekuatan pembangkang bertambah lemah, meminta Bersatu dan PKR meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai Gagasan Sejahtera, ia sebenarnya jauh lebih melemahkan pembangkang.

Katalah idea Pas itu diterima, bermakna pembangkang akan ada dua kumpulan. Satu yang dianggotai oleh Bersatu, PKR, Pas dan Ikatan, manakala satu lagi akan dianggotai oleh DAP dan Amanah.

Dengan wujudnya dua kumpulan pembangkang seperti itu, kedudukan pembangkang lebih teruk berbanding adanya Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah dan Bersatu seperti sekarang ini serta ditambah dengan Gagasan Sejahjera yang dianggotai Pas bersama Ikatan.

Rakyat akan bertambah keliru dan tidak yakin. Akhirnya, siapa yang mereka mahu pilih untuk menggantikan UMNO dan BN?

Setidak-tidaknya Pakatan Harapan sekarang, walaupun tidak disertai oleh Pas, ia lebih baik dan besar berbanding Gagasan Sejahtera. Jika pengundi yang menolak UMNO dan BN mahu membuat pilihan, Pakatan Harapan akan lebih diutamakan.

Menerima idea Mohd Amar seperti meminggirkan pengundi bukan Melayu. Ia mungkin menyebabkan mereka kembali menyokong MCA, MIC dan Gerakan kerana gabungan yang hanya dianggotai oleh DAP dan Amanah tidak mungkin dapat membentuk kerajaan.

Jika pun pengundi bukan Melayu terus menyokong DAP dan gabungan baru yang diideakan oleh Mohd Amar itu pula mendapat kerusi melebihi UMNO, apakah ketika itu Pas masih sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah?

Tidakkah disedari bahawa sekadar gabungan Pas, Bersatu, PKR dan Ikatan saja, jika tanpa sokongan bukan Melayu, adalah mustahil untuk membentuk kerajaan?

Akhirnya, sama ada Pas kekal dengan Gagasan Sejahtera bersama Ikatan atau cubaan mengajak Bersatu dan PKR menyertai mereka dan meninggalkan Pakatan Harapan, maksud tersiratnya ialah Pas ingin memberi kelebihan dan keselesaan kepada Najib, UMNO dan BN terus berkuasa serta berkleptokrasi di negara ini.

Ia dengan sendirinya memecah-belahkan lagi parti-parti pembangkang dan akan membuatkan Najib lebih tersenyum untuk menghadapi pilihanraya.

Pilihan yang lebih baik untuk menumbangkan UMNO dan BN hanyalah dengan bersatunya semua parti-parti pembangkang tanpa banyak karenah dan sikap mengada-ngada.

Sebab itu, kepada Bersatu...lupakanlah Pas ini dan tumpukan kekuatan bersama Pakatan Harapan saja. Lagi diberi muka dan ruang masa, lagi mereka mengada-ngada. Jika terus diberi muka, percayalah, Pas akan terus mengada-ngada sehingga tibanya tarikh pilihanraya.

Tun Mahathir Mohamad sudah memberi panduannya - parti yang tidak mahu bergabung untuk mengalahkan Najib, UMNO dan BN, bermakna ia sedang bekerjasama dengan Najib, UMNO dan BN.

Kenapa susah sangat memahaminya? (SH 05/01/2017).

124 comments:

  1. Macam geram pulak rasanya dengan Bersatu yang terhegeh nak bertahaluf dengan parti punahsihat ni...!!

    Lupakan Pas...tak paham² ke! Jangan sampai kami rakyat bawahan ni menyampah dengan Bersatu.

    Jangan pulak Bersatu dianggap proksi umno yang bertujuan melemahkan pembangkang...!!

    Aku mula suspek dah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tsm saya lihat sejak dulu tak layak jadi kapten. Perwatakan slow,;tapi apadaya tiada sekarang calon sesuai.
      Saya percaya TDM lebih arif dlm soal ini. Ibarat kata pepatah melayu, tiada rotan akar pun berguna.
      Sabar sajalah, kita bersatu dulu untuk menentang kezaliman.
      Fokus untuk menang dulu, jgn soal siapa presiden Bersatu skrg.

      Delete
    2. Pas hanya parti label sahaja. Label dan sticker leh bli kt Kedai sama dgn t shirt.. Org2 syiah ngaku mereka Islam Dan ahli pas sama jgk dgn Hj kohar nabi melayu juga ahli pas, mat rempit dan kaki dadah juga ahli pas... Pendek kata 99% ahli pas adalah golongan ini dan hanya 1% yg Ada belajar agama, kebanyakan hanya lulus spm atau stam tp pakai jubah dan serban,gelar diri sendiri ustaz... Baki yg cerdik tu berbahagi harta rampasan perang 90 juta... Yg nnti nk demo RUU 355 ialah puak 90% yg dpt naik bas free, t shirt free Dan duit poket 30 henget.. Atas nama Islam... Marhean di manipulasikan, golongan elit kenyang...ayat2 Allah di tafsir ikut tekak sendiri... Sedang kan belajar agama pun tak lulus.. Yg paling ampuh jaja syurga utk raih undi... Nukilan ikhlas bekas pengundi pas.

      Delete
    3. Diberitakan orang dan telah gegak gempita di kalangan ahli bawahan pas bahawa Hj hadi telah capai taraf makrifat lg kasyaf Dan menerima ilmu laduni terus Dari Allah SWT. Dan sapa dapat cium tangan dia umpama mencium tangan ahli syurga. Sebagai bekas penyokong pas, saya cabar tuang presideng ayoh chik bertanding di parlimen kepong bkn di marang... Jika ayoh chik menang mmg ayoh chik kasyaf dan makrifat tinggi... Klu kecundang ayoh chik berehat la dari politik.ayoh chik dh Ada sakit 3 serangkai
      ...bila2 masa boleh di panggil balik....

      Delete
    4. Bukannya mengada ngada, tetapi bangang..
      Bukannya maksum, tetapi mabuk ketum....,

      Delete
    5. Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyenaraikan beberapa fakta yang mengambarkan DAP sebuah parti politik anti-Islam.


      Beliau dalam kenyataan itu itu turut berhujah tentang kajian Institut Darul Ehsan milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor antara 13 hingga 15 November 2015 juga mendapati 64 peratus daripada 1,716 respondennya di Selangor bersetuju DAP anti-Islam.

      Selain itu, katanya, sikap DAP ke atas Islam itu turut tergambar dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa matlamat DAP adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal.



      Tambah beliau, Perlembagaan DAP langsung tidak mengandungi sebarang pengiktirafan ke atas peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia yang menyebut bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan.

      “Apa yang ada di dalam Perlembagaan DAP hanyalah mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi. Perjuangan para pemimpinnya lebih tertumpu kepada kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam,” katanya.

      Kenyataan Kamarul Zaman itu disiarkan semula oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Facebook beliau hari ini.

      Kamarul Zaman turut mengemukakan kenyataan terbaru beberapa pemimpin DAP yang mendedahkan sikap anti-Islam parti itu seperti berikut:

      – Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.

      – Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.

      – Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.

      – Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

      – Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.

      – Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

      – Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Mekah.

      – Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.

      – Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’

      – Datuk Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.

      – Penentangan keras pemimpin DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.

      Untuk rekod, sekutu DAP dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) turut membantah cadangan meminda akta yang dikemukakan PAS di Parlimen yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

      Delete
    6. Oleh kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng sering mencanang peningkatan bantuan kepada pembangunan Islam di negeri itu telah menimbulkan satu misteri berapakah bantuan sebenar diberikan kepada pembangunan bukan Islam di Pulau Pinang.


      “Namun amat jarang beliau (Guan Eng) menunjukkan fakta bantuan kepada sekolah-sekolah mubaligh bukan Islam di Pulau Pinang.

      “Apatah lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah membuat perbandingan jumlah bantuan kepada sekolah-sekolah Islam dengan sekolah-sekolah mubaligh bukan Islam di Pulau Pinang,” dedah AIDCNews semalam.

      Taktik sengaja mencanang data berkaitan pembangunan Islam dan dalam masa sama menyembunyikan data pembangunan bukan Islam pernah didedahkan oleh peguam dan aktivis ISMA, Mohd Luttfi Abdul Khalid.

      Mohd Luttfi membandingkan taktik mencanang data-data pembangunan Islam di Pulau Pinang oleh Guan Eng dengan taktik menyembunyikan data-data pembangunan bukan Islam di Perak oleh Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin, ketika menjadi Menteri Besar negeri itu :


      Geran 1000 Hektar Untuk 9 Sekolah Cina Perak Dan Dana RM15 Juta Untuk Sebuah Sekolah Ugama Pulau Pinang.

      Delete
    7. Apabila penasihat dan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang secara mendadak menghulurkan tangan persahabatan pada PAS setelah partinya berpatah arang berkerat rotan dengan Parti Islam ini sekian lama, sudah pasti ia menimbulkan seribu satu persoalan.


      Ramai yang hampir terpedaya dengan langkah baru Kit Siang itu dengan menyangkakan inilah peluang terbaik kedua parti terbesar di barisan pembangkang ini mengenepikan perbezaan dan bersatu untuk memberi tumpuan menumbangkan BN. Jika PAS dan DAP boleh bersatu seperti sebelumnya, sudah pasti harapan pihak pembangkang semakin cerah dan kemungkinan pertandingan tiga atau lebih penjuru dalam PRU akan datang dapat dielakkan.




      Langkah mengejutkan Kit Siang ini satu peluang baik buat kedua parti, dan ternyata Kit Siang seorang “negarawan” yang berjiwa besar.




      Itu sekurang-kurangnya pandangan mereka yang kosong jiwa politiknya.




      Namun hajat Kit Siang itu terbantut apabila Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang segera menolaknya.




      Kemungkinan penolakkan ini dilihat sesetangah pihak sebagai satu langkah angkuh dan sombong oleh PAS, tetapi mereka yang beranggapan demikian ternyata tidak memahami sejarah dan situasi politik antara PAS dan DAP.




      Menurut Tuan Guru, DAP punya agenda politiknya, begitu juga PAS dan kedua agenda itu sentiasa bercanggah mengakibatkan sebarang bentuk kerjasama diwaktu kini sesuatu yang hampir mustahil.




      Jika Kit Siang dan DAP dengan mudah boleh menerajang PAS keluar dari Pakatan Rakyat satu ketika dahulu setelah gagal mempengaruhi perubahan kepimpinan dalam PAS, dan kemudiannya menjaja penubuhan sebuah parti kononnya untuk menggantikan PAS, kenapa hari ini Kit Siang mahu memadam semua episod getir itu dan membuka buku baru?




      Ada yang mengatakan tindakan Kit Siang itu sebagai “melutut” kembali pada PAS.




      Bagi saya seorang seumpama Kit Siang yang telah terjun dan berkecimpung dalam alam politik Malaysia sejak tahun 60an lagi tidak mudah “melutut” begitu apalagi pada PAS.




      Sebenarnya Kit Siang seorang strategis yang licik, walaupun beliau pernah gagal dalam percaturannya sebelum itu, tetapi kali ini ia terlalu yakin kerana beranggapan sokongan pengundi Cina tetap berada dalam genggamannya sehingga membawa ke PRU akan datang.




      Pada PRU lalu DAP menang 38 kerusi Parlimen (walaupun kalah 1 kemudiannya dalam PRK Teluk Intan). Kit Siang yakin DAP bukan sahaja boleh mengekalkan bilangan itu malah tidak mustahil menambah beberapa lagi.




      Keputusan PRK Teluk Intan selain Sg Besar dan Kuala Kangsar gagal menggoncang keyakinannya.




      Lalu kenapa perlu bantuan PAS?




      DAP sesungguhnya telah hampir mencapai maksima kekuatannya. Dengan bersandarkan undi bukan Melayu, khasnya undi Cina itulah sekitar bilangan kerusi Dewan Rakyat yang boleh DAP menang kecuali pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu mengundinya, sesuatu yang sukar dicapainya.




      Kit Siang hari ini bukan sekadar melihat untuk mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan kembali berkuasa dalam kerajaan campuran di Selangor. Nafsu politiknya melonjak sehingga mensasarkan Perak, Negeri Sembilan dan mungkin Johor, malah ianya kini sudah memuncak hingga ke Putrajaya.




      Untuk menang dan berkuasa serta mungkin menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri, DAP perlu menang sekurang-kurangnya 112 dari 222 kerusi di Dewan Rakyat.




      Di sanalah bantuan sebuah parti Melayu yang mampu menggugat monopoli Umno di kerusi-kerusi majoriti Melayu sangat diperlukan. Mana satukah parti itu?




      Parti yang berpengalaman dan sudah dikenali orang-orang Melayu, yang konsisten dalam perjuangannya, yang punya jentera yang berdisiplin dan bergerak malah disegani pula orang-orang Melayu jika tidak PAS.




      PKR mungkin boleh juga membantu tetapi tidaklah sebesar PAS kerana konsepnya yang lebih ke arah berbilang kaum.




      Pan pula serba tidak mengena buat DAP. Suatu eksperimen untuk menggantikan PAS yang terbukti gagal. Sedang PBBM atau Bersatu masih belum diuji.




      Delete
    8. Lantaran itu demi mencapai agenda politiknya Kit Siang sanggup mengenepikan segala perbezaannya dengan PAS dan menghulurkan tangan persahabatan kepada Tuan Guru Presiden PAS walaupun ia tahu cubaannya itu tidaklah mudah dicapai.




      Harapan Kit Siang melalui pencapaian DAP antara 40 ke 50 kerusi ditambah dengan sumbangan besar PAS dari kalangan kerusi Melayu serta beberapa kerusi lagi dari PKR dan mungkin Bersatu, Putrajaya dapat ditundukkan.




      Tetapi ternyata pengalaman pahit PAS dengan DAP terlalu sukar buat PAS untuk dilupakan. Dan sebagaimana berpengalamnnya Kit Siang dalam politik, Tuan Guru Presiden PAS tidak kurang juga pengalamannya yang menjangkau hampir 40 tahun, pernah menjadi Menteri Besar, Ketua Pembangkang dan tidak pernah terkeluar Dewan sebagaimana Kit Siang sejak tahun 1982 (Tuan Guru kekal di kerusi DUN nya sejak tahun 1982 manakala Kit Siang pernah hilang taraf YB nya dalam PRU 1999).




      Menurut Tuan Guru malah DAP hingga kini menentang beberapa agenda utama PAS khususnya dalam meningkatkan hukum syariah di kalangan umat Islam.




      Agenda ini merupakan asas perjuangan PAS. Jika DAP tidak boleh menerima sekalipun janganlah sampai menentang. Mana mungkin PAS boleh berkerjasama dengan parti yang tidak hormat malah menentang dasar dan prinsip perjuangannya. Jangankan PAS mana-mana parti lain pun tidak boleh menerima parti seumpama itu sebagai kawan.




      PAS memang bercita-cita mahu menang PRU, tetapi kemenangan yang PAS mahu capai adalah dengan kebebasan dan kemampuan untuk melaksanakan perubahan. Mustahil PAS boleh mengenengahkan agendanya jika menang bersama dengan DAP.




      Kalau mengikut percaturan Kit Siang, kiranya Putrajaya dirampas, dominasi DAP kelak terlalu besar dalam kerajaan sehinggakan mana-mana parti lain yang berada dalam pakatannya terpaksa akur dan tunduk padanya sebagaimana kerajaan campuran Perak pada tahun 2008 dulu.




      Bayangkan kerajaan Persekutuan sedemikian rupa.




      PAS mahu menang PRU tetapi matlamat kemenangan itu bukanlah dengan cara yang haram dan bertentangan dengan syarak.

      Delete
    9. .
      .

      Sekarang bagi hujah pulak..

      Kenapa PAS berbaik dengan UMNO ?

      Kalau DAP anti Islam ..

      UMNO pro apa ?

      Lihat lah sekarang kehidupan rakyat semakin terhimpit. Semua di jual termasuk yang menjadi kebanggaan rakyat. Kenapa China.. China .. Semua nya China yang dapat ?

      Delete
    10. Ada rahsia dalam rahsia, jika do buka pada org awam, takut ada yg gila nnti. Hujjatul Islam ayatollah Datuk seri Dr Abdul hadi awang telah smpi makam makrifat lg kasyaf tahu ini semua adalah jalan yg akan membawa Kita ke syurga. Menentang tuang presideng spt menentang Allah dan rasulnya... Tmptnya di neraka. Ingat tu tuan2... Kata2 nya adalah kalam Allah. Ada pun najib Dan Rosmah tu maksom, ceritera ttg 1 mdb tu hanya rekaan musuh Islam terutama DAP....faham molek2 tu.

      Delete
    11. kalau dah DAP tu anti islam,..... dorang ingat MIC & MCA tu sokong islam ke
      very d bongoks punya pikiran
      org bukan islam mana yg sokong islam
      sedankgan yg islam pon macam sampah

      Delete
    12. Eddie Ah Wang tu gila. Nak ikut dia buat apa?

      Delete
  2. Sebelum PKR membuat apa2 pendirian, PKR kena pecah dua dulu
    1) PKRI PKR Islam, bergabung dg pas
    2) PKRK PKR kafir, bergabung dg dap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kau merepek ni Setan..

      Delete
    2. biasa laaa....geng2 walaunta tuang presideng baru dapat dedak...tuh yang merepek tuh

      Delete
    3. ..

      Siapa yang mengada-ganda ?

      PKR tidak memgada-gada Walaupun ada tapi tak ramai, yang mahu bersama PAS. Jarang ada keluar kenyataan begini begitu.

      PAS lah kena pecah dua sekali lagi.

      Yang mahu berunding dan bersama dengan pembangkang. Dan satu lagi yang terus bersama Hadi !

      Jika tidak jangan nak adakan rundingan. Jika ada rundingan bermakna PAS pembohong dan hanya menipu..

      Delete
    4. Dulu eddie ah wang mengkafirkan ummo kerana umno bersengkongkol dgn mca gerakan dan mic.

      Pas kata mca gerakan dan mic itu kafir.

      Apabila pas bersekongkol dgn dap dan pkr dulu bermakna pas dah jatuh kafir. Apabila pas bersekongkol dgn umno semula hari ini pas dah 2 kali jatuh kafir.

      Delete
    5. OK settled, lepas ini TIADA lagi rumdingan antara PAS dg mana2 parti pembangkang.
      Yang ada hanya rundingan antara PAS dg UMNO saja.

      Delete
  3. Ikatan ni tak payah lah nk di promosikan sangat.parti ni macam tak ujud je,macam kacau daun je.bubarkan je lah,masuk bersatu,pas atau pkr ke.buat menyemak je.

    Pas ni satu,kalau rasa nk join bn tu tak payah la malu malu.umno dah lama merisik,terima je kalau dah seiya-sekata dalam banyak hal.

    Pakatan Harapan pun tak payah lah buang masa dgn pas ni.yang penting kuatkan gabungan,persefahaman dan tiada perebutan kerusi pd Pru14 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diarang syok tengok korang suspenddddd

      Delete
  4. Kalau btol pun PAS nak tahaluf dgn Bersatu, boleh percaya ka parti makan keliling ni?. mohon buang la nama Islam dr Parti tu. terjejas teruk imej islam sebab perbuatan ahli parti begini. mgkn ada hikmah TGNA tidak ada pengganti yg setaraf.

    ReplyDelete
  5. aku dah kata najib dah bersiap siaga.pembangkang saja yang masih berlaga-laga.Yidin dan mukriz apa agenda sebenarnya.Kami rakyat dah hampir tak percaya pada hampa semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...

      Puak2 TIDAK ada ahli pun...
      Semua tu nak minta tolong PAS pasang bendera mereka saja...
      Kemudian suruh undi mereka...
      Pastu dapat le sorang sebotol air meneral dan sebungkus nasi lemak...

      Parti ciput memang top heavy...
      yang ramai pegawai...
      kakitangan zero...
      tu yang nak kontrakkan kakitangan orang...
      itu saja yg mereka tau....

      Delete
    2. .
      .

      Hadi pun memang taraf 'pekerja' tak boleh berfikir sebagai Pemimpin.

      Baik dengan UMNO terasa diri macam 'Top Heavy' lah, jika tidak tak merasa lah ..

      Hadi hanya bertaraf 'pekerja' kuli pada UMNO !

      Delete
  6. Aku yakin pas menang sbb pas kuat.....pas parti lama.....drp dap dan amanah semestinya pas akan pilih umno.......ada paham??????pas akan pastikan najib n kak mah terus berkuasa.....tk pas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tidak pedulikan parti lain.....bersatu tiada apa 2....tiada guna utk berpakat dgn bersatu....lebih baik pas terus berpakat dgn umno....umno sokong ru355

      Delete
    2. Bila RU355 diluluskan secara rasmi?? Rundingan demi rundingan bila nak keluarkan pengumuman rasmi RU355 diluluskan di Parlimen??

      Kenapa sampai sekarang tak der pengumuman rasmi?? Kalo setakat main cakap2 sokong jer tak cukop beb.....bentangkan plan RU355 di Parlimen dan luluskan........kemudian buat pengumuman rasmi secara terang dan jelas di Parlimen dan media arus perdana. Boleh???

      Delete
    3. .
      .

      UMNO akan kaji RUU di sisi undang-undang.

      Siapa pemutus dalam RUU?

      PAS, UMNO atau MCA ?

      Delete
  7. Patutnya mukriz berhentilah berangan nak berunding dengan pemimpin PAS. Memang kita tak perlu mereka. Kalau nak pupuskan PAS nilah masanya. Nampak sangatlah kita ni terhegeh2 nak sokongan pemimpin PAS yg disyaki dah pun didedak oleh Najib. Persepi rakyat kenalah ambil tau. Bila kita terhegeh macam ni akan membuatkan rakyat tak yakin dengan kita. Walhal Bersatu sememangnya disambut baik oleh rakyat. Tengok jelah sambutan rakyat setiap kali ada ceramah yg melibatkan pemimpin Bersatu. Umno pun tak mungkin dapat sambutan seramai tu. Bersatu patut tumpu membina kekuatan sendiri daripada harap PAS. Bagi kata putus aja dan berentilah berharap. Pilihanraya mungkin tak lama lagi dan sampai bila mukriz nak berunding. Tok guru yg ada dalam PAS dah komersial. Org macam Nik Aziz dah takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersatu tak kuat...
      pas parti lama umno....
      pas dh tau kemana haluan parti kami....
      Tanpa pas pembangkang akan kalah...
      umno akan menang....
      dap dan amanah akan gigit jari....

      Delete
    2. .
      .

      PAS akan berpecah.

      Rundingan dengan PPBM akan mencetuskan kesedaran mengapa UMNO ?

      Kalau tidak mengapa Muhyiddin dan Mukhriz masih teruskan rundingan walaupun tahu gagal?

      PPBM tidak akan berpecah. Pembangkang akan kekal. Mahathir sengaja kutuk PAS. Rundingan ada lah serangan pada PAS.

      Ternyata PAS menunjukkan sikap dan siapa PAS yang sebenarnya.

      Delete
  8. ini lah akibat nya bila agama islam yg amat suci d keruhkan dgn politik kepartian.

    d Indonesia imam besar FPI(habib rizieq) yg berangan hendak menjadi presiden tlh d dapati berselingkuh dgn wanita yg menjadi salah seorang pengikut nya..

    sekarang ucapan berapi rapi nya sudah jarang kedengaran lagi.

    kiai ma'aruf amin ketua MUI d dapati memberi keterangan palsu d makhamah dlm kes penistaan agama islam olih pak ahok (gov Jakarta)semata mata kerana tidak rela melihat Ahok menang pilkada gov Jakarta.


    jadi saya tidak hairan jika ulama politik d Malaysia akan terjebak dgn berbagai kepalsuan dgn menjadikan agama islam sebagai mangsa.

    berwaspada lah !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Rahman........keikhlasan PAS ni kita ragui. Dia orang punya flip-flop, sorong papan tarik papan ni kita tak paham. Ada baiknya pakatan tinggalkan saja pas ni.

      Kadang2 saya terpikir adakah ini satu strategi untuk pecah-belahkan pakatan?? Wallahu'alam nak tuduh tak boleh......tapi dalam kepala memang ada tanda soal.

      Akhir zaman ni memang akan ada orang2 yg memperdagangkan agama untuk capai agenda sendiri. Ada yg meletop2 sampai bersepai air lior kata cuma takutkan Allah saja.......tapi ekor sendiri terendam dalam taik, tak segan2 sebut nama Allah sambil buat muka bebal tak malu duduk atas hasil samun. Ini macam punya jenis manusia pon ada. Hilang malu semata kerana nak mewah.

      Delete
    2. Bila nak pasang bendera PPBM besuk boleh suruh boboy panjat tiang, Midin duduk bawah tengok....
      Kalau lagi bes kalo Anina yg panjat...Boboi & Midin duk bawah tengok hehehehehehehehehe

      Delete
    3. Wat pe pasang bendera ppbm. Pasangla bendera lanun jack sparrow Msia. Satu dunia kenal dengan bendera lanun yang kaya hasil melanun.

      Bila nak pasang bendera suruh kepala lanun panjat tiang, langsuir kepala kembang boleh duduk bawah tengok.

      Lagi best kalau langsuir kepala kembang tu sendiri yang panjat. Lanun boleh duk bawah tengok hehehehehehe

      Delete
    4. Boleh patah tiang kalau jembalang kepala kembang yang panjat bro.

      Delete
    5. Setakat itu level pemikiran mereka.

      Tentang pasang bendera.

      Terlupa bgmn bendera BN bersepah di seluruh negeri Selangor dan Pulau Pinang tapi hasilnya haprak.

      Hanya tauke bendera dan tukang oanjat yang diberi upah saja yang bersuka-sukaan.

      Delete
    6. Kita wajib beriman yg PAS tu Islam dan Islam itu PAS. Dan hujjatul Islam ayatollah datuk seri Dr Abdul hadi awang telah smpi ke makam makrifat lg kasyaf. Juga di beri ilmu laduni. Adapun pada pengundi yg undi beliau, maka mereka akan mendapat syafaat utk kesyurga, Jika tidak mengundi beliau siksaan api neraka menunggu... Bagi membuktikan yg beliau adalah insan terpilih, tuang presideng akan tinggal kan kerusi parlimen marang dan akan bertanding di kerusi parlimen kepong...takbir!!!!

      Delete
    7. Kawan2......di negara2 Islam lain khususnya negara2 arab....di sana PAS tak wujud.....ni teman nak nanya.....ate lengkap dan sah ke idak Islam deme tu??

      Di sana pon tak der 1MDB.....jadi halal ke tidak saham2 ekonomi deme tu??
      Cer citerrrr......


      Delete
    8. John Doe 10:24

      Tukang pasang bendera dapat upah? Upah tahun 2008 pun belum bayar. Tahun 2013 nasib baik Ng YY tak kena penumbuk kerana suruh pasang bendera BN. Tak percaya tanya pemuda Kg Temau, Raub, Pahang

      Delete
    9. Mana duit upah tu pergi eh??kena sorok jin agaknya.

      Delete
  9. Parti Ajaran Sesat..menjaja ayat syurga..para ulamak /pemimpin yg diutus berperangai syaitan dunia...memperjuang hudud ,mempolitikan agama..pemimpin syaitan yg bersekongkol dgn penyangak/lanun/ pencuri/racist/mengkafir sesama islam/...berlakon konon alim/suci/bersih..hati/iman busuk ...mana cerminan agama/mana prinsip parti????konon kuat ilmu @pegangan agama/beriman..tapi tunduk dgn syaitan/lanun/ pencuri...pemimpin yg mementingkan dri sendri/pencemar agama / pencemar parti...penipu rakyat,pengkafir umat..pegangan agama hanya dimulut keluar dgn kata2..tapi buta hati..rembat balak, suap dedak...

    ReplyDelete
  10. Pas ni saje je....tunggu ahjib&TM bukak hrga...siapa buat hantaran paling besau,,,itu yg dorang pilih....

    ReplyDelete
  11. Pas tak sanggup amanah dan dap menang pru akan datang.....lebih baik sokong umno kali ni atau alternatifnya pas akan lwn 3 penjuru....janji puas hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ... sokong
      bior demo rase sikit...
      cakap saja besaur

      Delete
  12. Itu lah tak faham betul dengan PKR dan Bersatu ni..apasal masih nak berunding dengan PAS? Siapa yang sebenarnya masih berkehendakkan dengan PAS ni?Azmin dan Muhyiddin ke?? Takkan takleh baca lagi permainan PAS? Dorang dua ni bukan novice lagi. Makin dilayan PAS,makin mengada ,anggap parti pembangkang paling kuat.

    ReplyDelete
  13. Selagi PAS sentiasa berkelahi dengan DAP selagi itulah pembangkang tidak kemana...teringat pulak kucing dengan anjing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing DAP... pas ANJING...

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. 6 per sen. Cian.

      Delete
  14. Tidak perlu sifir panjang lagi... makin lama semakin nampak siapa yang mengharap siapa...elakkan menampakkan kelemahan dan tidak yakin... pengundi tanpa parti akan menilai parti mana yang konsisten melawan kezaliman... pembangkang hanya menang dengan bantuan pas adalah pemikiran yang tidak tepat... insyaAllah adalah jalan nya Allah tunjukkan...

    ReplyDelete
  15. Cadagan Amar samalah seperti meyuruh Barcelona bermain dalam Liga M dan meninggalkan La Liga. Menurut Amar kekuatan Barcelona akan bertambah dengan bermain dalam Liga M dan peluang lebih cerah untuk menjadi juara dunia. Kah kah kah... Pemimpin PAS memang cekap buat lawak.

    ReplyDelete
  16. Hanya orang2 jahat dan zalim saja yang ada didalam parti PAS. Contohnya ditempat saya sendiri.....rata2 orang2 PAS yang saya kenali kalau yang peringkat tua2 kebanyakannya terlalu taksub dengan PAS yang mereka kaitkan dengan agama....bagi mereka PAS adalah agama dan agama adalah PAS.... dan bagi mereka juga kalau mereka masuk PAS bererti mereka lebih agamanya dan memandang rendah pada orang2 lain.Dan bagi mereka yang agak berpelajaran pula akan berlagak sombong dan tidak akan menoleh bila berjalan,kononnya mrreka itu sangat kuat agama dan warak....ini dapat kita lihat dengan jelas dimasjid2 ditempat saya

    Pengalaman saya sendiri pernah jumpa Haji Hadi.....sombong semacam!!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi tu dh smpi makrifat lg kasyaf... Tu yg dia Tak pandang org... Bkn dia sombong... Tp dia ada kt Alam lain. Jasad je Kita salam tp roh nya telah naik langit ke 7.minta maaf ye.

      Delete
    2. Keh3... Saya setuju sangat... Kebanyakkan diaorg nie Mase muda2 dulu jahat, pastu skng dah tua, konon2 insaf.. pastu tebalik masuk agama pas... Maaf ckp la dia org nie bukan syiah, bukan Sufi, bukan ade ilmu laduni, ilmu ape ke... tp mengamalkn aswaja versi politik... Diaorg adalah unik, abstrak dan terapung2 dlm dunia mereka sendiri...

      Delete
    3. Bro labu, kasyaf mende sampai 90 juta serbat..jgn la dipakaikan istilah yg baik kepada manusia yg tak layak..mengotorkan agama sahaja..

      Delete
    4. orang sombong tak lama, Allah akan tunjuk....wait next PRU...tak lama dah....

      Delete
  17. Yang amat2 peliknya bagi saya kenapa kalau di Kelantan N.Amar ni lebih sudu dari kuahnya kalau nak dibandingkan dengan Muhammad Yaakub Menteri Besar Kelantan sendiri??...tengok muka pun dah tahu N.Amar ni mulut manis juboq masam!!....nak tunggu Rafizi dedah tentang N.Amar dengan balaknya!!...

    ReplyDelete
  18. Kalau PAS tolak DAP kita mungkin boleh faham tapi PAS menolak malah bermusuh dengan AMANAH, lebih sanggup berbaik dengan BERSATU dan menerima mudah IKATAN. Adakah BERSATU dan IKATAN ini lebih islamik dari AMANAH hinggakan AMANAH dimusuhi mengalahkan memusuhi Yahudi Israel?. Adakah AMANAH ini lebih bahaya dari SHIAH, MCA atau MIC dimana semua orang tahu BARISAN NASIONAL terbentuk kerana 3 komponen utama ini iaitu UMNO, MCA dan DAP?. Apa yang jelas cara PAS ini bukannya mengamalkan Islam sebenar sebaliknya hanya berpolitik untuk pimpinannya mendapat habuan dan pencen sebagai MP dan ADUN saja. Sebab itu kalah menang bukan keutamaan PAS, kononnya yang penting syurga. Memberi tongkat dan nyawa kepada gerombolan dan pimpinan spesis lanun dan perompak yang sejak dulu berpaksikan perlembagaan penjajah dan terang terang menolak Islam, adakah ini ajaran Islam fahaman PAS?. Anihnya dulu golongsan inilah taghut, musuh Islam, munafik, jatuh kafir dan sebagainya, tapi hari ini lain pula hukum dijatuhkan walhal UMNO masih tetap bersandarkan perlembagaan penjajah, sekular. UMNO tidak pernah berubah tetapi hukum hakan PAS terhadap UMNO BN sering berubah ubah bagaikan pasang surut air dilaut. Boleh ke begitu. Macam macam alasan diberi dimana hukum hakam dimanipulasi demi kepentingan semasa parti dan pemimpin. Ini kah wajah Islam dan ulama dalam PAS sebenarnya?. Islam begini kah yang agama tuntut sebenarnya?. Asal bertukar saja pucuk pimpinan, hukum hakam PAS pun ikut berubah walhal quran da hadith kekal yang sama. Memamng haru biru parti agama confirm syurga ini. Hadi Muda U Turn 360% bila menjadi Hadi tua. Lawak betul lebai Marang ni, dah hampir bertukar ke lebai malang nampaknya. Tengok lah nanti.

    ReplyDelete
  19. ala...nak heran apa. Ustaz berjubah dan berserban pun diam diam kaki blue film. Tu wajah sebenar sebahagian pimpinan PAS yang berselindung disebaik jubah labuh dan serban besar. Kesian orang Temerloh...dah tersalah pilih wakil. Yer laa..orang China pun bagi sokongan dulu kerana faktor PAKATAN RAKYAT. Itu pun jangan...bongkak semacam bila berucap, tak ubah macam Taliban

    ReplyDelete
    Replies
    1. DUN dlm parlimen temerloh satu dari DAP wakil bangsa melayu dan satu kerusi AMANAH..
      Lepas ni tercabut la sorban Naksoruden tontovi.. ambik sekerap getah letak atas palo laaa pulak..

      Delete
    2. memang konfom laaa kalah next PRU si tonton pay per view tuh...kerusi tu bakal dimenangi oleh Saifuddin PKR....bukan saifuddin nasution....saifuddin ex-umno masuk PKR...

      Delete
  20. Antara orang sabar dan orang sombong siapa yg Allah kasihi.

    ReplyDelete
  21. PAS memang tak nak kerjasama dengan PH..PAS cuma nak lengahkan penyatuan PH..sementara tunggu pilihanraya..90j beb siapa nak bagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelong2...90 juta...100 juta..200 juta 300 ratus ..pas kepunyaan umno

      Delete
  22. Jangan layan kerenah nik amar... menate tu gilo..
    Si walaun pulak bangga dgn parti cop islam, ingat mulia sgt la... heiii... hizbullah (maksudnya parti Allah... lagi kaw nama TAPI sokong pres basyar yg zolim dan bunuh umat islam... bekngong menate ore pas..
    Taubat laa wei.... sesungguhnya Allah akan mengampuni orang yg bertaubat dgn taubat nasuha sekalipun dah mentekedarah dedak 90j.... hahahahaha (HAram, HAlal, HArus, HAdi, HAmpeh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib di ingat pas itu Islam dan Islam itu pas. Hujjatul Islam ayatollah datuk seri Dr Abdul hadi Adalah insan terpilih yg makam nya makrifat lg kasyaf serta do beri ilmu laduni. Undi dia dpt syafaat ke syurga.. Menentang dia neraka jahanam menunggu.bagi membuktikannya beliau akan tinggal kan parlimen marang Dan bertanding di parlimen kepong!!! Takbir!!!!

      Delete
  23. Kalau PAS join PH dan berlaku pertandingan satu lawan satu antara BN dan PH yang diwakili oleh PAS, aku dan kaum kerabat semuanya akan mengundi BN. Aku tetap tidak percaya langsung dengan PAS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mungkin 1 lawan 1....3 penjuru itu pasti...so..tak payah laaa pangkah BN yer kalau 3 penjuru...

      Delete
  24. PAS cuma mahu memporak-porandakan kerjasama PH dan PPBM. TDM mmg dah masak dgn individu2 tertentu PAS yg memperalatkan agama demi meracun pemikiran org2 melayu. Skrg mmg lebih jelas sebab geng2 yg dikatakan pengkhianat parti sudah pun terasing dlm AMANAH, jadi tinggal puak2 yg ikhlas berjuang demi Islam dan yg memperalatkan Islam. Malangnya yg memperalatkan Islam sudah pun menguasai pimpinan sejak kematian beberapa pemimpin utama mcm arwah Fadzil Noor, TGNA dan Dr.Harun Din. Cuba bandingkan pimpinan semasa kegemilangan PAS dibawah Asri Muda dan selepas beliau setelah puak2 lebai mengambil alih pimpinan. Jauh beza tu tetapi dgn adanya AMANAH seolah2 inspirasi parti itu kembali....cuma dlm bentuk lain. UMNO sudah lama mati sejak Pak Lah tetapi menjelma kembali dlm bentuk PPBM dgn aura2 yg sama semasa zaman kegemilangan UMNO dulu. DAP dan PKR semakin mengambil tempat di hati pengundi2 yg dahulunya milik MCA, Gerakan dan MIC dgn ideologi2 neutral kaum. Aku berharap dgn adanya satu lambang dan satu manifesto seluruh rakyat Malaysia akan ada peluang utk mencuba platform politik terbaru PH+PPBM merubah lanskap politik negara yg lebih pragmatik, bebas rasuah, bersatu dan tiada unsur2 feudal. Suka aku mencadangkan perkataan "YB aka Yang Berhormat" dihapuskan terus dlm budaya pakatan baru ini dan digantikan cuma dgn "WR aka Wakil Rakyat" utk memastikan setiap org yg terpilih sebagai WR adalah mewakili rakyat dan bukan diangkat kasta dia menjadi "lebih berhormat" drp sebelumnya demi mengikis elemen2 feudal dlm masyarakat terutama orang2 melayu.

    ReplyDelete
  25. PAS dulu kafirkan umno..apa korban/ sembelihan umno haram dimakan..sekarang????...Lebai Keldai dah makan dah...pemimpin stok ulamak apa lagi..lama dah mengidam...lidah / nafsu dah tk mengenal halal haram lagi ke???? nampaknya dah halal ..apalagi..makan kelilinglah....dasar anjing suruhan @ peliharaan UMnok..yg halal pegi,yg haram mari..aiyooo...yoooo..Lobai..Lobai..hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro kena paham..undang2 haram untuk org bawahan dan ahli je..pemimpin tak termasuk..pemimpin buat apa semua betul...

      Delete
  26. Saudara2 tak perlu bimbang kerana saya percaya Tun Mahathir memang sudah ada keputusan muktamad mengenai kerjasama PPBM dengan parti PAS (Parti Ajaran Sesat) ni,cuma buat masa ini Tun masih ingin melihat kelicitan mereka!!...dan saya penuh percaya sampai satu masa Tun akan membuat satu keputusan yang muktamad.

    Oleh itu kepada saudara2 yang berpendapat Tun dan kepimpinan PPBM yang lain dalam keadaan lemah kerana masih ingin memujuk PAS tu diharap dapat bersabar....tak perlulah memberi tekanan kepada Tun,sebaliknya berilah semangat dan sokongan yang ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong Anon 02:55

      Lagi banyak perbincangan, lagi jelas warna sebenar PAS

      Delete
  27. Pimpinan PAS dh meroyan. Setiap tarian dari dan pusingan bodoh yg diuat makin pamirkan kemunafikan Lobai sendiri. Ajli dah lari,malu dgn aksi hipokrasi.
    Biar PAS mati, akibat tindakan sendiri.

    ReplyDelete
  28. Najib dan hadi sedang kesipuan...

    ReplyDelete
  29. MAHATHIR DAN RAFIZI TAKUT NAJIB MENJADI BERTAMBAH POPULAR

    Orang kata kemarau sepanjang tahun boleh dihapuskan dengan hujan sehari.

    Agaknya begitulah yang terjadi kepada kedua individu yang mewakili “mode” kebencian terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    Penat lelah sepanjang hayat mencari isu dan modal untuk membuat rakyat Malaysia benci kepada pemerintah , namun sebaliknya pula yang terjadi, rakyat mula melihat hasil kerja DS Najib dan mula menilai secara positif.

    DS Najib menjawab kritikan dan fitnah dari kedua individu yang mewakili pembangkang ini dengan terus “perform” sebagai Perdana Menteri yang membuat kerja.

    Setelah pelbagai cara mengguna pelbagai kaedah seperti memfitnah dan mengutarakan isu yang bukan ‘isu” untuk memburukkan DS Najib, tetapi bukan semakin di benci malah semakin popular pula.

    Terbaru, hasil kerja dan usaha kerajaan nya dalam Tranfsormasi pengangkutan , terhasil pula MRT untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

    Penggunaan MRT fasa pertama ini hanya menggunakan masa 30 minit sahaja untuk sampai ke destinasi , menjadi salah satu dari banyak benda lain yang diusahakan oleh kerajaan DS Najib.

    Rakyat pelbagai golongan mengambil peluang mencuba dan merasai projek untuk rakyat dengan penuh teruja.

    Selain itu, kerajaan pimpinan DS Najib berjaya melaksanakan pelbagai lagi kerja kerja berpaksi kan rakyat seperti merasmikan PAN Boneo Highway untuk rakyat di Sarawak dan Sabah pula.

    Kemudian jambatan Batang Sadong pula dirasmikan untuk penggunaan rakyat.

    Banyak lagi hasil kerja kerajaan pimpinan DSNR dapat dilihat keberhasilan nya dalam masa 6 tahun.

    Atas sebab ini , usaha kedua individu seperti Tun Mahathir dan Rafizi Ramli yang politik mereka berpaksi kisah buruk dan fitnah merasai kegagalan usaha mereka seperti api disiram air.

    Mana mungkin siang malam memburukkan kerajaan tetapi hasil nya dapat di lihat oleh rakyat dengan mata mereka sendiri, ini berbanding dengan kisah buruk dan negatif yang cuba di hidang kan oleh Tun Mahathir dan Rafizi Ramli sebagai teori dan andaian sahaja.

    Mungkin ini cara Najib Razak menempelak Tun Mahathir , Rafizi dan pembangkang , ia itu menjawab cercaan dengan bukti hasil kerjanya.

    Semakin hampir PRU , pada perkiraan pihak pembangkang rakyat sudah tentu semakin benci tetapi nampak nya mereka semua harus kembali ke “drawing board” semula untuk melakar strategi baru bagi membuat rakyat membenci Najib dan BN.

    Rafizi pergi lebih jauh dalam usahanya mahu mengalih perhatian rakyat supaya terus membenci Najib dengan konon kononnya ada kes baru, iaitu pembaziran dalam projek popular MRT dari segi kosnya.

    Malah, Rafizi turut mencabar DS Najib supaya menyamannya jika dia memfitnah.

    Tentu sekali Rafizi mahu bersungguh sungguh mematikan kejayaan MRT untuk rakyat dengan membangkitkan isu.

    Pada Tun Mahathir pula, beliau cuba mengulas pelbagai sudut dari harga gerabak sehinggalah hal hutang dan cara perjanjian dengan syarikat berkaitan kerja rel dan lain lainnya.

    Yang terbaru mereka cuba mengelirukan penyimpan Tabung Haji dengan mengtakan Tabung Haji mengalamai kerugian dan tidak dapat memberi dividen tinggi seperti tahun-tahun lepas.

    Mereka pun tahu sebenarnya nilai kekayaan Tabung Haji adalah berdasarkan majoritinya, pada nilai ladang-ladang sawit yng di milikinya. Jika harga minyak sawit jatuh seperti pada tahun lepas, maka jatuhlah sedikit nilai kekayaan Tabung Haji.

    Tetapi pada tahun 2017 harga minyak sawit telah melambung naik ke RM3400 satu tan berbanding dengan purata RM2500 satu tan pada tahun lepas. Dan secara automatik juga bermakna nilai kekayaan TH juga meningkat.

    Dengan itu adalah diharapkan dividen TH pada tahun 2017 ( yang akan di beri pada awal tahun depan) akan naik juga.

    Kenaikkan harga buah sawit dari RM500 se tan ke RM700 se tan sekarang telah banyak melegakan pekebun-pekebun sawit.


    (bersambung)

    ReplyDelete
    Replies

    1. (sambungan)
      Pada hemat kami melalui pemantauan, blog Chedet semakin di pinggirkan dan mula merosot banyak dari segi jumlah pelawat dan “readership” nya. Hanya 2 minit sahaja purata pembaca melihat blog Che Det.

      Ini bukti rakyat sudah makin muak dengan cerita cerita recycle Mahathir. Malah di google trending, populariti Najib lebih baik dari Mahathir sejak bulan Julai yang lepas.

      Tentu ini mengambarkan betapa rakyat sudah lali dengan Tun Mahathir yang cakap tidak serupa bikin ketika dia menjadi Perdana Menteri.

      Barangkali juga kerana rakyat sudah tahu kisah Tun Mahathir yang lampau yang kian banyak disebarkan, di mana Tun M sendiri lebih teruk dan dashyat dalam menggendalikan ekonomi dan wang.

      Malah kebanyakan skandalnya tidak pernah disiasat dan ada badan yang pernah dapat menyiasat.

      Kali terakhir disiasat isu wang besar Bank Bumiputera pun seorang auditor telah mati di bunuh di ladang getah, seolah olah macam sengaja menghantar seorang sahaja untuk menyiasat kes besar.

      Maka , mungkin akan kesedaran rakyat sudah mula membuka minda dan melihat sendiri kerja dan usaha bersungguh DS Najib, maka apa yang kedua individu mewakili pembangkang ini cuba lakukan sudah tidak lagi mendapat sambutan.

      Jenama “MAHATHIR” sudah ranap dan musnah kerana kisah kroni dan penyelewengan di zaman nya menjadi Perdana Menteri banyak terdedah, dan jenama “RAFIZI” yang penuh dengan tewas dalam kes fitnah di mahkamah sudah tidak lagi ada kredibiliti untuk di pandang serious apa sahaja yang cuba di bangkitkan.

      Atas sebab ini semua maka ketakutan melanda Tun Mahathir dan Rafizi serta pihak pembangkang yang lain.

      Apa yang mereka mahukan lain pula yang terjadi, sepatutnya Najib semakin dibenci, tetapi sebaliknya Najib mula dinilai oleh rakyat dengan bijaksana.

      Mahathir dan Rafizi takut Najib terus jauh lebih popular selepas kejayaan lawatan ke China, PAU2016, pembinaan MRT dan jambatan Batang Sadong. Mereka kena terus hasut rakyat agar benci Najib dengan serangan serangan yang sengaja direka dan tanpa bukti yang kukuh.


      Delete
    2. Oiiii lbrahim Yahaya@ Tiger tua
      Nama saja tiger tapi suara kucing hati tikus.

      Delete
    3. 04.45........bangangnya akal ko mengadili satu2 benda ikut google trending. Jadi pada ko orang yg paling ramai followers twitter, FB tu kira dah bagus sangatlah.....tengkorak ko bladypool.

      Bukan semua orang yg masuk jadi followers tu suka kat tuan punya twitter/FB......ada yg berlambak2 jadi followers sbb nak post maki hamun. Apa kepala bana bangang ko punya analisis ni???

      Apa kejadah haram kalo popular atas dasar cerita pecah amanah....money laundering??? Popular sampai ABC Australia buat dokumentari pasal skandal berbilion2 duit haram.....itu yg ko banggakan??

      Ko bangga jadi tajuk headline overseas pasal cerita wartawan Australia dibawak ke balai dan diarah balik ke negaranya dengan hanya sebab bukak mulut tanya pasal skandal berbilion duit masuk akaun peribody???

      Paling ko bangga dengan laporan DOJ sebut MO1 rembat duit dan ada hubungan keluarga dengan Reza Aziz. Tah sape MO1 tu agaknya yg ada bau belacan dengan orang bernama Reza Aziz....??

      Aku dengar Reza Aziz tu buat filem omputih ada adegan lucah jantan betina telanjang bulat......sampai filem tu disekat masuk Malaysia sebab Malaysia ni negara Islam.......dipimpin oleh pemimpin yg takutkan Allah, amanah, bersih lagi suci.....mana boleh tengok benda2 haram macam tu.

      Paling ko bangga Malaysialah negara yg murah rezeki jadi penerima derma yg terulung.

      Jangan lupa ko mesti bangga sebab dalam bicara Bank BSI di Singapura duk sebut kakitangan bank tu terlibat dengan kerja kotor mengalihkan wang secara haram yg dikatakan berkait dgn 1MDB....syarikat berprestij yg patuh syariah......dan cerita ni jadi berita panas saentero dunia.

      Tahniah......ko mesti bangga dengan nilai RM yg menjunam ke bawah. Orang overseas tak ingin nak simpan RM. Popular woiiii......

      Errrrrr lagi satu hal......ko jangan tak tau dalam laporan CIA mukasurat 4 kata orang yg jadi PM ketika kes BMF disiasat tu tak terlibat dalam skandal tu.

      Teruskanlah bangga ko dengan populariti yg mengancam tu......jadi tajuk siasatan beberapa buah negara luar.

      Kecik2 tak nak mampos....dah tua keje nak membangangkan orang lain.
      Populaaarrrlah saaaangattt......!!

      Delete
    4. Anon 04:45 Kalau kau hebat sangat sila tunjuk laporan rating bahawa blog Tun Mahathir dah jatuh? Mana laporan ag neilsen atau kamta.

      Kau ada subscripe ker? Kalau tak ada jgn banyak cakap soal rating ni!!!

      Delete
  30. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tok landak, org yg sabar Allah Dan rasulnya kasih Dan syg. Duit 90 juta tu harta rampasan perang hanya utk di agihkan pd 1% elit pimpinan yg dh smpi tahap makrifat lg kasyaf,baki 99% tu marhean awam,mereka tak capai ilmu tinggi pimpinan. Mereka tu adalah umpama jurujual yg menjaja syurga utk raih undi bg kemenangan pimpinan mereka... Habuan atas penat lelah mereka adalah nasi bungkus dan air mineral serta jaminan lg ramai org yg undi pimpinan pas, maka taraf syurga mereka juga naik... Dr syurga paling bawah ke syurga yg lebih tinggi.... Maka marhean harus kerja kuat2 lg2 masa Pru 14 nnti... Nukilan ikhlas ketua penerangan umno cawangan.

      Delete
  31. Tun M dah kata..Tentang pas dan umno ni..tapi presiden dan tim bersatu masih lagi ketegaq nak buat mou dengan pas ..la nie apa sudah jadi sapa yang kena main..?Cukup2lah TSMY dan dato Mukhris..yang sampai akar umbi x percaya...Jangan jadi ekor kpd pas tu..Dengar sama pendapat dan pandangan akar umbi..Jangan hangpa berdua saja yang betoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah kalau BERSATU berusaha ke arah kebaikan untuk rakyat semua. Dah jadi satu tanggung jawab pemimpinnya untuk menyatu padukan semua parti parti untuk berdepan dgn umno dlm pru 14 nanti.

      Kalau Pas betul2 tak mahu merapatkan saf dlm perjuangan ni tak ada masalah. Mereka sendiri yg menolak tuah. Masa pru 14 nanti mereka yg akan menanggung bala.

      Delete
  32. Tujuan rundingan adalah untuk memastikan satu lawan satu dalam PRU 14 nanti. Kalau pertandingan 3 penjuru, agak sukar untuk pembangkang menang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa byk dah negeri yg jatuh ke tangan pembangkang masa pru 13 dulu.

      Kali ini jatuh saja sabah ranaplah umno

      Delete
  33. PAS mungkin boleh boleh jadi kingmaker. Tapi apa ertinya menjadi kingmaker kalau parti sendiri kalah teruk. Kecuali mereka menerima bayaran tertentu utk memberi kemenangan kpd parti lain.

    Kepada PAS, sila jawab dgn jujur. Apakah sumbangan dan jasa PAS kpd Islam setakat ini? Apakah tindak tanduk PAS akhir2 ini memberi kebaikan kpd Islam atau sekadar menggunakan nama Islam utk kepentingan peribadi dan parti PAS yg semakin ketara tidak islamik?

    Apakah pemerintahan PAS di Kelantan selama berpuluh tahun boleh dibanggakan sebagai kepimpinan Islam yg sebenarnya?

    Allah yg maha mengetahui.

    Bila Mahathir kritik PAS ada yg marah kononnya Mahathir menentang Islam. Tapi bila kita hayati dgn mendalam perjuangan Tun Mahathir lebih islamik dari PAS sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100% setuju dengan Tuan Permadu.

      Delete
    2. Layakkah pas samakan kelantan dgn serambi mekah? Tiang jamban mekah pun pas tak layak. Tong taik layak lah

      Delete
  34. PAS BERTANDING DLM PRU BUKAN UNTUK MENANG TAPI UNTUK BERDAKWAH......PAS TAK AKAN BERSEPAKAT DGN BERSATU....LEBIH BAIK PAS BERSAMA UMNO ....UMNO PEGANG KUASA DAN WANG....BERSATU TIADA APA2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermmm..🙄🙄🙄🙄🙄🙄nak berdakwah tak perlu pakai dedak haram 90J..nak bina "Serambi Mekah" ala Kelate tak perlu gondolkan hutan @ balak curi curian..

      Delete
  35. Ramai antara kita keliru..
    Islam bukan pas
    Islam bukan parti
    Islam adalah cara hidup atau pegangan hidup mengikut cara yg 'tuhan yg wajib disembah' mahu.
    Islam bukan milik pas atau t hanya tertakluk pada pas sahaja
    Jika dap amalkan ajaran islam maka islam terdapat dlm dap
    Jika bn/umno amalkan ajaran islam maka islam terdapat dlm bn/umno, begitu seterusnya..
    Jika pas hanya bercakap tentang islam tetapi tidak ikut ajaran islam maka islam tidak ada dlm pas..
    Islam bukan hanya pada ucapan.. Pakaian.. Dan doa.. Islam lebih pada itu.. Perkara pertama yg membezakan islam adalah akhlak yg berakidah..
    Adakah tindak tanduk pas adalah ajaran islam tentang bermusuh dgn org islam berlainan parti contoh.. Amanah dan org dap.. Dgn gelaran pengkianat dan sebagai

    ReplyDelete
  36. JIKA PAS BERPAKAT DGN UMNO MAKA PAS AKAN MENANG BESAR....
    JIKA PAS BERSENDIRIAN ATAU LAWAN TIGA PENJURU MAKA PAS AKAN KALAH TERUK....
    TAPI BIOR KALAH JANJI PUASHATI.....
    AKU BERPENDAPAT NAJIB DAN KAK ROSSY AKAN BERDENDANG SAYANG SELEPAS INI....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdendang sayang nyayian Si anak muda...waktu di landa gelombamg Asmara... Indah bunyinya...dh lupa lirik la pulak... He he

      Delete
  37. Sokong 100% tulisan tuan Budin. PAS sebenar2nya parti yang menjadikan agama barang dagangan dan demikian tidak hairanlah mereka sentiasa berbolak balik dalam segala hal.

    Cukup2lah dengan PAS ni.

    Harap Tuan Budin dapat sampaikan kepada 3M majoriti pendokong PPBM tidak mahukan kerjasama dengan PAS. Period.

    Pepatah Cina ada mengatakan orang yang terlalu nak berkawan dengan semua orang kelak langsung tidak ada yang mahu berkawan dengannya.

    Yakinlah bahawa kemenangan terletak di dalam kehendak dan kekuasaan Allah dan bukan di tangan manusia. Tinggalkan parti bolak balik agama ini dan yakinlah bantuan Allah akan tetap tiba bagi mereka yang berada di pihak yang benar.

    (Kebenaran tidak diukur dari mana2 pilihanraya umum atau negeri sebelum ini seperti tulisan Unknown).

    Ada pula kewujudan segolongan manusia yang berlakon zuhud tetapi hakikatnya mempunyai hati serigala telah pun diberitakan oleh Baginda Nabi s.a.w lebih 14 abad yang lampau.

    Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda

    “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)

    Tinggalkan PAS. Selepas itu tumpukan kepada gerak kerja pencerahan ke akar umbi tanpa PAS. Jangan buang masa lagi dengan PAS. Tolonglah.

    Percayalah selepas PAS ditinggalkan segala2nya akan kelihatan lebih mudah. Jangan buang masa dan usaha melakukan kerja yang sia-sia.

    Tolonglah....

    ReplyDelete
  38. Satu ja persoalan..... Sampai bila kuasa ditangan bertahan.. Sblum zaman najib... Lagi byk zaman2 yg lebih kuat dan zalim mendahului.. Apa kesudahan diakhir.... Nasib adalah seperti roda..
    Saya doakan semoga najib dan sekutu umur panjang utk lihat nasib diri dikemudian hari..

    ReplyDelete
  39. PAS...Let them PASt....biarlah mereka melePAS.
    PAS langsung tak ada nilai...worth less than a grain of dirt.

    Apakah sumbangan PAS dalam pembangunan negara dan masyarakat kita?...RUU355...Mengkafirkan orang...sehingga sembahyang pun dua imam...dan meharamkan sembelihan orang Islam lain...Bongkak dan mengaku mereka lebih Islam dari orang lain...Kalimah AlQuran dijaja untuk kepentingan diri...

    PAS adakah parti Munafik...Hypocrite kata omputih. Cakap tak serupa bikin, kopiah, janggut dan jubah labuh identiti "tulen" Islam konon...Otak tak ubah macam taliban...lidah bercabang. PAS bukan ISLAM sebenar...Islam PAS sama taraf dengan Islam Taliban, ISIS dan yang seangkatan. "Islam" yang menghancurkan ummah.

    Kalau betul anak "jantan"...lepaskan jawatan exco dalam Kerajaan Selangor...kerana PKR bergabung dengan DAP dan Amanah....barulah boleh dikira cakap serupa bikin...kalau dah DAP tu terlalu "Haram" bagi PAS....maklum DAP terima RM90juta dari MO1, dapat derma RM2.6 billion, tubuh dan seleweng 1MDB...itu semua angkara DAP bukan?...So...jangan duduk semeja dalam Kerajaan Selangor...Haram...tau tak?

    Sujudlah PAS kepada UMNO...dan hiruplah kencing MO1...demi dedak untuk kesinambungan parti.

    Forget about PAS...the real focus is Saving the Nation. PAS do not bring any value to the struggle...Past records in Kelantan, Trengganu and Kedah speak for itself...Is that the type of government that we aspire to be?...Hmm..Let PAS join UMNO to be passed away.

    Saving the Nation is our priority...and we can it do without PAS.

    ReplyDelete
  40. Tanpa scandal 1mdb pun najib tak menang besar Ni pulak dah ADA ppbm,amanah..Lu pk la sendiri.

    ReplyDelete
  41. Klu pas x bertanding pun bn boleh je wujudkan senario 3 penjuru dgn calun bebas. Tugas sebenar ph/ppbm adalah utk meyakinkan pengundi utk pilih calon yg diiktiraf oleh ph. Lain dari tu tolak tepi.percayalah klu pas masuk coalition lebih banyak buruk dari baik. Mulanya gaduh rebut kerusi dgn amanah. Pastu x nk support calon dap. Time election pulak akan ada letak calon utk kerusi yg dipersetujui utk parti sekutu yg lain dan lebai yg dulu tuduh umno kafir tu akan membisu seribu bahasa

    ReplyDelete
  42. In my opinion, Mahathir has made up his mind to leave PAS alone. He has sized up PAS SWOTs. He allowed muhyiddin and mukhriz to meet up with PAS to further confirm his stand on PAS that it a weak party. He knew that segelintir saja leaders in PAS liked to work with umno leaders. At members level, luka berdarah belom kering dan sembuh. Umno leaders also knew thia and RM90 mil was just a sum to keep leaders in PAS to shut up.

    ReplyDelete
  43. Pak budin metmetik pemimpin PAS mana ada fakta presiden PAS kata PAS bertanding bukan untuk menang dan mahu jadi PM tapi bila pembangkang menang baru PAS akan buat keputusan untuk bergabung dengan pembangkang lagi pun PAS hanya bertanding sebanyak 40 ke 70 kerusi saja jika menang baru nak bergabung dan akan jadi PM sebab PAS adalah king master yang jadi bodohnya bersatu terhegeh-hegeh nak berbincang cuba berpegang dengan ketegasan TUn Mahathir lupakan PAS dan berbincang sesama PH untuk dapat satu resolusi pengunaan satu logo dalam PRU14 nanti itu lebih bermakna daripada dok menunggu persetujuan PAbS yang sudah gelong dari landasan ini semua adalah agenda UMNO/BN untuk menlengahkan persedian PH buat persiapan PRU14 .

    ReplyDelete
  44. Sepatutnya orang agama lebih mudah berurusan tetapi kenapa pemimpin pas lebih susah dari dap..ada yg tak kena pada puak tu...toksahlah cakap apa, mesti ada yg tak kena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa kata PAS parti orang beragama? Mereka hanya muslim macam kita malah lagi teruk kerana mengkafirkan muslim yang lain.

      i have yet to see unequivocal action which is islamic that makes a muslim happy....show me one

      Delete
    2. Anon 12:21, org pas le yg kata, terperasan diri lebih islamik dari org lain, tak percaya tanya Hadi a. Wang.

      Delete
  45. PPBM terpaksa mengejar PAS demi untuk mendapatkan sebahagian dari kerusi DUN/PARLIMEN yg bakal ditandingi PAS.

    PPBM tidak mungkin akan diberikan tempat untuknya bertanding dari DAP mahupun PKR.

    kejayaan mendapat kerusi dengan izin PAS bakal mematikan PAN sekaligus - malangnya PAS kini seolah-olah menjadi terlalu bijak selepas "merasa" azabnya apabila bersubahat pada sekalian politikus berhati serigala (hatta seorang peliwat aka biseksual kekal diangkat sebagai pemimpinnya paling utama).

    masa semakin suntuk, gunakan ia sebaik2 dan PPBM perlu berunding@berkhianat pada PAN demi survivalnya - PPBM dan PAN perlu membahagikan 70 kerusi yg ditandingi PAS sesama mereka.

    Sejujurnya manusia itu serba kurang dan lemah sifatnya, Tun Mahathir menemui kegagalan demi kegagalan di penghujung usia, dibuka serta tersingkap sisi hitamnya sewaktu berkuasa dan kini sedang memimpin atau dipimpin tidak lagi dapat dipastikan.

    sahabatku John Doe, aku telah membaca komentar balasmu beberapa hari yg sudah dan sejujurnya kamu hanya memperbodohkan diri sendiri dengan setiap hujah yg kamu berikan.

    pertanyaanku berhubung kuasa pemutus didalam Pakatan Harapan plus PPBM - lalu kamu pernah menjawabnya Tun Mahathir sebagai pemegang kuasa pemutusnya atas asbab Tun Mahathir mengetuai "Deklarasi Rakyat" - berikan hujah ini untuk golongan yang jahil lagi menyombong diri, bukan untukku.

    Lucunya lidah penyampai (admin blog) tanpa segan sedikitpun apabila ia melontarkan pertanyaan - siapa ketuanya ? pada pelawaan PAS, yg menjemput PPBM dan PKR agar menyertai blok pembangkang yg dianggotai Parti Ikatan Sejahtera (milik zaid) dan PAS itu sendiri.

    Tetapi si empunya blog menjadi lebih bingung dari seekor keldai apabila tidak dia tanyakan siapa pula ketuanya didalam Pakatan Harapan plus PPBM ?

    selamat pagi semua
    ikhlas dari unknown aka sahabat.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Unknown,

      Kamu telah mengatakan hujahanku sebagai bodoh tapi di mana isi hujahan balasmu?

      Soalanku tentang isi ayat 81 surah al-isra dan ayat 49 surah as-sabak pun kamu masih belum jawab.

      Ingat, bukan aku yang bangkitkan isu 'apabila datang kebenaran yang bathil itu akan lenyap. Apabila ia lenyap ia takkan bermula mahupun kembali'. Ia adalah isi hujahanmu sendiri yang kamu masih belum beri pencerahan selepas ditanya.

      Sepeti biasa kamu hanya boleh melabel orang lain bodoh, jahil dsbgnya tetapi apabila ditanya kamu tak mampu pun menjawab atau membalas.

      Siapa yang jahil lagi menyombong diri dengan kejahilannya sudah amat jelas.

      Delete
    2. (round 2)

      Sdr Unknown, sebenarnya asalnya aku berniat utk tidak lagi ajukan soalan ini pada round kedua kerana aku dah tahu kamu tak boleh jawab.

      Tapi disebabkan kamu mengatakan aku telah memperbodohkan diri sendiri dengan hujahanku padahal aku belum pun berhujah, melainkan baru meminta klarifikasi sumber yang menjadi isi hujahanmu, maka adalah lebih baik aku bawa soalan yang sama ke round ke-2 untuk kamu jawab.

      Ingat, ini adalah soalan ke atas isi hujahanmu sendiri, maka sebagai orang yang tidak jahil (kerana kesukaan melabel oran lain sbg jahi), maka silalah jawab soalan mudah ini.


      Izinkanku merujuk komenmu yg berikut:-


      Anonymous2 February 2017 at 18:20

      Allahuakbar - benarlah tatkala datangnya yang Haq maka yang Bathil akan hilang dan pergi tanpa mahu kembali lagi.

      Salam petang untuk semua.
      Ikhlas dari unknown aka sahabat.

      apa khabar si empunya Blog serta sekalian penarinya ?

      Soalan:-

      Seperti biasa komenmu penuh kata2 nama Allah yang disulamkan sindiran selain dikeluarkan hukum tanpa dalil. Apa kata kita bahaskan komenmu sendiri.

      Pada bhgn akhir, kesimpulan komen kamu itu kamu telah dibuat bedasarkan dua ayat AlQuran berikut:-

      "Sesungguhnya telah datang kebenaran dan telah lenyap kebathilan. Sesungguhnya yang bathil itu pasti (telah) lenyap" Al- Isra' : 81

      "Dan sesungguhnya telah datang kebenaran dan demikian yang bathil itu tidak akan bermula dan tidak akan kembali lagi" As-Saba' :49.

      Sekiranya mengikut ulasan kamu, kamu telah meletakkan kemenangan BN di dalam PRN Sarawak kayu ukur 'kebenaran'. (Innalillah wainna ilaihi rajiun, semoga Allah lindungi kami daripada memberi komen yg sangat jahil lagi menyombong).

      Kemudian kamu katakan pula apabila kebenaran datang yang bathil itu akan lenyap, dan apabila yang bathil itu lenyap ia tidak akan bermula atau kembali lagi.

      Anehnya kesemua kumpulan yang mengaku sbg golongan yang benar berdasarkan AlQuran yang telah bertelingkah di dalam PRN Sarawak tersebut masih wujud iaitu UMNO, PAS, PKR, PBB.

      Lebih aneh lagi dua kumpulan Muslim yang juga mengaku sebagai kumpulan yang benar wujud pula selepas PRN itu iaitu PAN dan PPBM.

      Maka jelaslah isi hujahanmu bertentangan dengan kesimpulannya. Kesemua kumpulan yang bertelingkah masih wujud dan tiada siapa yang telah lenyap.

      Jelas juga isi hujahanmu juga bertentangan dengan kesimpulannya yang diambil dalil dari 2 ayat AlQuran di atas.

      Soalanku:

      1. apakah dalilmu kemenangan BN di dalam PRN Sarawak adalah kayu ukur satu 'kebenaran'. Dari mana kamu kutip isi kepada hujahanmu ini?

      2. Sekiranya selepas kebenaran datang, kebathilan akan lenyap dan kebathilan itu tidak akan bermula dan tidak akan kembali lagi, mengapakah kesemua kumpulan Muslim yang wujud semasa dan selepas PRN Sarawak masih wujud hari ini? Mana satu kumpulan dan mana satu kumpulan yang bathil yang telah dilenyapkan?

      Sila berikan dalil2mu aqli dan naqli, asal sahaja dalil aqlimu itu tidak bertentangan dengan mana2 ayat AlQuran.

      Mohon pencerahan daripada ulasanmu sendiri wahai orang yang gemar melabel semua orang lain sebagai si jahil.

      Delete
    3. salam ya salam wahai sahabatku john doe - in shaa Allah setiap dari pertanyaan mu ada jawapnya andai kamu mahu berfikir.

      benar aku meletakkan diantara UMNO bersama Barisan Nasional sebagai lebih "HAQ" berbanding dari Pakatan Harapan plus PPBM.

      benar aku meletakkan Pakatan Harapan plus PPBM jauh lebih "BATHIL" daripada UMNO/BN.

      Kedua-duanya bersandarkan satu asbab yang paling utama didalam syariat yakni perihal hadirnya seorang khalifah/pemimpin yang memegang kuasa pemutus untuk kemashalatan umat manusia.

      Masih ingatkah kamu bagaimana para sahabat Baginda saw difitnah oleh golongan kafir yg berpura2 memeluk islam (penganut agama syiah) sebagai gila kuasa dan berpakat merampas kuasa khalifah dari saidina Ali r.a, apabila urusan yang pertama sekali dimuktamadkan para Sahabat r.a yg mulia sebaik sahaja kewafatan Nabi Muhammad saw dan ditunaikan fardhu kifayahnya jenazah Baginda saw - adalah urusan melantik pengganti Khalifah.

      Bawakan hujah dari tuan2 politikmu yang bisa mengatasi hujah dari Qalam Allahswt melalui sirah Nabi Junjungan, Muhammad saw didalam urusan perlantikan khalifah aka ketua.

      Allahurabbi - tuan2 politikmu membawakan pakatan tanpa bai'ah melantik Khalifah (ketua dari kalangan mereka) bukan sekali bahkan sudah kali yg keempat.

      demi Allahswt - tuan2 politikmu itu akan terus berpakat setelah tangan2 mereka sendiri menguburkan Pakatan Harapan plus PPBM sebagaimana mereka menguburkan Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

      izinkan aku ulangi sekali lagi

      Mari bicara soal amal maaruf
      Mari bicara perihal nahi mungkar

      Malangnya tuan2 politikmu tidak layak didalam kedua-dua urusan ini sebagai pemimpin ummat islam selagimana mereka terus berdusta dan menipu daya didalam perihal urusan bai'ah untuk kuasa Khalifah.

      Menangnya UMNO/BN adalah lebih merupakan Rahmat dan Nikmat dari Allahswt pada mereka yang masih dipandu akal,iman dan ilmu lalu mereka lalu kemudian mereka bersyukur kepada Allahswt.

      satu pesanku - lantik terlebih dahulu ketua didalam Pakatan Harapan plus PPBM sebelum berbicara pada amal maaruf serta nahi mungkar didalam urusan fardhu kifayah yang lain.

      Hanya golongan yang jahil lagi menyombong diri akan memilih untuk "menyelamatkan Malaysia" dengan meruntuhkan sebuah kerajaan yg asas dan tunjangnya bersandar pada Islam dan bangsa Melayu terlebih dahulu, lalu kemudian mereka sendiri tidak mengetahui tanda kerajaan bagaimana yg bakal dibentuk kerana ia tidak lagi bersandar pada asas agama islam dan bangsa tetapi bersandar pada jumlah kuasa yg bakal dimenangi oleh parti2 politik yang bertanding.

      akhirul kalam - berfikirlah kamu wahai bangsaku dan bermuhasabah dirilah wahai saudara seagamaku sebelum kamu mencerca dan menjadi anak' panah kepada politikus berhati serigala.

      apakah kamu mengerti jawapku ini wahai sahabatku john doe ?

      ikhlas dariku
      Unknown aka sahabat

      Delete
    4. Unknown,kerajaan bertunjang islamik apa yg kamu katakan..membaca doa sebelum perhimpunan, pastu nyanyi ramai2...islam begitukah...kita sudah menggunakan sistem demokrasi yg kamu pun tahu itu bukan sistem islam..and yet kamu ikut..islamkah begitu..setahu aku, sekiranya kamu tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangan, cegahlah dengan mulut, dan jika tidak mampu juga tolaklah didalam hati..adakah kamu pikir sekiranya kita tolak pemerintah sekarang, negara kita akan huru hara..tak semestinya bro..mana kamu tahu sekiranya negara diperintah pembangkang, dasar islam akan dibuang..kamu fikir semudah itukah perkara itu boleh dipinda? Salam bro..

      Delete
    5. Sdr Unknown,

      Demi Allah aku melihat seorang yang jahil lagi sombong sedang terperangkap di dalam web kejahilan dan kesombongan dirinya sendiri akibat suka melabelkan orang lain jahil dan sombong padahal itu adalah sikap dirirnya sendiri.

      Soalanku begitu mudah tapi kamu tidak menjawabnya. Kamu telah memberi dalil mengapa UMNO itu haq dan PPBM itu bathil sedangkan soalanku berbunyi, mengapa selepas PRN parti2 yang bertelingkah yang kamu katakan bathil itu masih wujud dan ada pula yang baru wujud. Ini soalannya. Adakah BM kamu begitu teruk?

      Tentang hujahan kamu itu, telah pun ku jawab dulu dan aku tidak berminat kpd siaran ulangan.

      Ini soalan2 mudahku:-

      1. apakah dalilmu kemenangan BN di dalam PRN Sarawak adalah kayu ukur satu 'kebenaran'. Dari mana kamu kutip isi kepada hujahanmu ini?

      2. Sekiranya selepas kebenaran datang, kebathilan akan lenyap dan kebathilan itu tidak akan bermula dan tidak akan kembali lagi, mengapakah kesemua kumpulan Muslim yang wujud semasa dan selepas PRN Sarawak masih wujud hari ini? Mana satu kumpulan dan mana satu kumpulan yang bathil yang telah dilenyapkan?

      Di dalam menyombongkan diri untuk menunjukkan kepandaian yang tiada padamu, kamu sekali lagi mendedahkan kebenaran bahawa kamu seorang yang jahil lagi sombong.

      Kalau dulu kamu gunakan neraca PRN sebagai penentu haq dan bathil yang mana ini bertentangan dengan AlQuran, kini kamu keluarkan hukum baru pula.

      Di dalam ilmuku yang tak seberapa ini kalimah haq dan bathil adalah bersifat absolute atau disebut 'qat'iy' atau 'muthlaq'.

      AlQuran tidak pernah memberikan sifat qualified seperti 'lebih haq' dan 'lebih bathil' kepada mana2 perkara yang haq mahupun yang bathil. Sama ada ia adalah yang haq ataupun yang bathil. Tidak ada lebih ataupun kurang seperti katamu.

      Kini kamu keluarkan pula hukum baru iaitu 'lebih haq' dan 'lebih bathil'.

      Kamu masih belum menjawab 2 soalan di atas dan kini bagimu soalan ketiga:-

      3. Di manakah di dalam AlQuran kalimah haq dan bathil diberikan qualification 'lebih haq' dan 'lebih bathil' seperti yang kamu lakukan.

      Sila beri jawapan berdasarkan soalan. Misalnya, skiranya orang bertanya apa namamu, jawablah namamu Wan R misalnya dan bukan dijawab kamu berasal dari negeri Kelantan. Itu putar belit lidah namanya.

      Sila beri jawapanmu. Aku tidak berteka teki dengan kamu melainkan aku minta klarfikasi dari hujahanmu sendiri.

      Delete
  46. Anon 12:16 kau dah makan ubat ker???

    ReplyDelete
  47. tazkirah for admin dan golongan yg seumpamanya ...
    Jauhi Lima Golongan Yang Akan Menjadi Muflis di Hari Akhirat
    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



    Sahabat yang dirahmati Allah,

    Kehidupan masa kini dizaman ICT dan teknologi tanpa sempadan, seseorang itu boleh mencari kebaikan dan pahala dengan mudah atau menghimpun dosa-dosa besar tanpa disedarinya.

    Apabila seorang penguna internet menyebarkan informasi dan ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama dengan penguna internet yang lain, disitu terbuka ruang kebaikan dan pahala disisi Allah SWT. Satu butang di klik sahaja boleh dikongsikan bersama ratusan ribu pengguna diseluruh dunia. Inilah kelebihan dunia alam siber yang dicipta oleh manusia. Di zaman tahun 80 an atau 70 an keadaan seperti ini tidak pernah dirasai oleh generasi masa itu, kerana penggunaan talipon bimbit, komputer, internet dan sistem satilet jarang digunakan. Perhubungan masa itu banyak menggunakan surat menyurat atau perjumpaan secara fizikal. Penyampaian maklumat hanya bergantung kepada surat akhbar, radio dan television. Manakala ilmu pula di perolehi melalui kuliah di masjid atau membaca buku-buku sahaja.



    Begitu juga sebaliknya dengan kecangihan teknologi masa kini seseorang boleh menghimpun dosa besar yang banyak apabila suka melayari gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, mendedahkan aib seseorang dan mengajak kepada perbuatan mungkar dan maksiat.
    Seorang pengguna internet samaada melalui blog atau facebook hanya menulis dua atau tiga baris perkataan yang berbentuk fitnah atau berita palsu kemudian disebarkannya hanya dengan di klik satu butang sahaja maka dalam masa beberapa saat sahaja berita tersebut boleh diterima oleh ratusan ribu manusia di seluruh dunia maka pada saat itu juga dosa-dosanya datang mencurah-curah dan dicatat oleh malaikat pencatat amal (Raqib dan Atid), sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud ; "(Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya) yang satu duduk disebelah kanan dan yang satu duduk disebelah kiri." (Surah Qaf ayat 17).



    Semua pahala dan kebaikannya dicatat oleh malaikat sebelah kanannya (Raqib) manakala dosa dan keburukannya akan di catat oleh malaikat yang duduk sebelah kirinya (Atid).



    Kenapakan manusia tidak merasa takut dengan dosa dan seksaan Allah SWT yang dahsyat dihari akhirat nanti apabila dia berseronok-seronok untuk menjatuhkan maruah seseorang dengan berita fitnah atau mengaibkan orang lain? Bukan itu sahaja malahan melalui internet juga seseorang amat mudah untuk "bercinta" dengan isteri orang atau suami orang dan meruntuhkan rumah tangga orang lain, ini juga satu dosa yang besar disisi Allah SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 13:32, kira ko yg bagi tazkirah ni nak kutip pahala yg banyak melalui internet lah ye..aku cadangkan ko panjangkan tazkirah ko pada najib ngan rosmah supaya diaorang sedar dan aku rasa diaorang lebih memerlukannya dari tuan blog dan sahabat disini..berdosa tau kalo tak tegur pemimpin buat salah..

      Delete
  48. 1332, kamu tak rasa janggal bila terus2 talbiah , sudah kah anda cermin diri. Apakah talbiah anda terhadap membuka hijab mungkar, ataupun tanpa kau sedar, usaha mu itu utk hijab mungkar. Jika ia cara sengaja dan bukan tanoa sedar, maka kau 5elah tempah tiket ke Neraka. Sedar tu., tau.

    ReplyDelete
  49. To unknown clearly agama is not your faculty N so do I. Pls stop quoting texts of the Quran out of context. You have done great unjustice to our creator.

    Bila kita berbicara tentang syurga dan neraka tidak dapat tidak kita bercakap tentang Rahmat Allah.

    Saya akui saya jahil , don't take my comments seriously. But just ponder upon it. kalu ada kebenaran buat pedoman, jika salah buang saja.

    ReplyDelete
  50. Salam, anon 13:32, maaf cakaplah ye..aku rasa kamu sendiri pun tak takut dengan dosa dan seksaan Allah...

    ReplyDelete
  51. Tinggalkn pas...

    Itu saja kesimpulan dr semua tulisan yg byk di atas.

    Termasuk yg pro pas..hati mereka pun akui pas sudah jd sampah negara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...