Wednesday 15 February 2017

JAMAL PERSENDA AYAT2 SUCI AL-QURAN?


Sehari selepas Noh Omar mengumumkan UMNO Selangor menolak hasrat Jamal Md Yunus untuk meletakkan jawatan, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu "buat gila" lagi di Pejabat SUK di Shah Alam.

Ini adalah kali ketiga beliau berbuat demikian. Kali pertama sebelum ini dengan bertuala sambil berus gigi terselit di telinga dan kali kedua pula bersama katil dan tukang urut.

Untuk kali ketiga ini, Jamal  datang menyerbu pejabat pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor itu dengan membawa 15 van jenazah dan mengusung keranda dengan gaya seorang penggali kubur pula.

Walaupun Jamal bertujuan membuat gimik untuk menyerang kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai oleh Azmin Ali, tetapi beliau jelas semakin tersasar jauh kerana keghairahan yang melampau untuk mengaut laba politik.
Dengan membawa keranda kosong yang diatasnya diletakkan kain bertulis ayat-ayat suci Al-Quran, Jamal secara jelas telah menghina agamanya sendiri melalui perbuatannya kali ini.

Apakah keranda kosong yang tiada jenazah dan semata-mata untuk tujuan politik, masih perlu diletakkan ayat-ayat Al-Quran di atasnya?

Tidakkah perbuatan Jamal sesuatu yang tidak wajar serta keterlaluan?

Selain itu, perbuatan Jamal membawa keranda juga menunjukkan beliau tidak sensitif dengan keadaan ibu Azmin yang senang tenat dan dirawat di hospital di Shah Alam ketika ini.

Semua orang tahu keadaan ibu Azmin itu, malah majlis bacaan doa dan solat hajat memohon kesihatan juga sudah beberapa kali diadakan dan ia hampir dalam pengetahuan semua orang.

Ketika Azmin dan keluarganya sedang bertarung dengan dugaan berat dan kesedihan, adakah perbuatan yang beretika membawa keranda ke Pejabat SUK semata-mata untuk menyerang kepimpinan beliau?

Di manakah akal dan otak sihat Jamal dalam berpolitik?

Di waktu yang sama, sebagaimana tular di laman sosial, akibat perbuatan Jamal menyewa 15 van jenazah untuk menyertai demonstrasi yang dianjurkannya itu, ia telah menyebabkan terdapat sebuah keluarga yang ditimpa kematian menghadapi kesukaran dari segi pengangkutan.
Sekali lagi, apakah Jamal tidak berfikir panjang dari segi kemungkinan menyusahkan masyarakat lain sebelum memutuskan untuk menyewa 15 van jenazah menyertai demontrasi yang tidak berfaedah itu?

Kelakuan Jamal ini bukan saja salah beliau, tetapi juga salah Noh Omar yang merupakan rakan baiknya yang tidak menerima perletakan jawatannya.

Jika dua hari lalu Noh Omar memutuskan menerima perletakan Jamal, sudah pasti kejadian di Pejabat SUK Selangor semalam tidak berlaku.

Kini, UMNO Selangor mungkin terpaksa menanggung beban yang tidak boleh diperbaiki lagi akibat perbuatan Jamal itu.

Jika kita masih ingat, sebelum PRU 2008, Khir Toyo telah menghadiahkan penyapu kepada seorang Yang Dipertua PBT sehingga ia kemudiannya mengakibatkan UMNO dan BN kalah dalam pilihanraya tersebut.

Apakah tidak mungkin dengan Jamal membawa van jenazah dan keranda yang bertulis ayat-ayat Al-Quran yang bukan saja menghina agama serta menimbulkan kesusahan kepada orang lain, ia adalah tanda-tanda UMNO bakal menemui kematian dan sedang menuju tanah perkuburan? (SH 15/02/2017).

137 comments:

  1. Maaf, mufti2 harussaini, dr rahman dan shukri masih demam flu dan batuk2, tak dapat nak komen dulu. Lepas sembuh nanti report duty dengan MO1 mohon perkenan mengomen .....diminta bersabar ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan budin tolong baca talkin untuk umno la pulak.

      Delete
    2. Pecat saja imam2 yang membenarkan van jenazah untuk tujuan politik tu.

      Delete
    3. Jamal Klu nk buat stunt bg tau awal2 kt blog tuan budin ke, utusan ke, tv3.. Baru lah kami peminat unggul Jamal dpt sudi kan dia.. Ni buat serang hendap.. Tak gentle le mcm ni bro..

      Delete
    4. gengster srp tak lepas mmg perangai mcm nie ke..? tak pikir panjang... main cakap je, main buat je, dia main serondol aje... mohon meninggal dan masuk kedalam keranda tu jama...

      Delete



    5. Tuan Jamal

      Jika musuh2 kita tidak suka dg sesuatu tindakan kita, ini be erti tidakan kita adalah tepat dan mencemaskam mereka.

      So jangan pedulikan mereka...
      Kan kita 3,000,000 penyokong seumurhidup yg berjanji bersama kita pada bila2 masa dan mana2 tempat saja.



      Perjuangan yg belum tamat

      Delete
    6. Budaya bawa keranda. Hantar keranda. Sorok keranda, jamal gila ni baru nak belajar drp kerja lama MIC. Sedangkan hari ini MIC pun dah tak buat kerja mcm ni lagi. Mereka pun fah tahu malu apabila diketawakan orang.

      Si Jamal gila baru nak bawa budaya ni masuk ke dalam umno walaupun sudah ketinggalan zaman. Samy Vellu pun ketawa berdekah dekah kat umno.

      Nak hairan apa. Budak lulusan SRP dapat jadi ketua bahagian umno sg besar.

      Delete
    7. Hidup umno!!!Hidup umno!!! Hidup umno!!!

      Delete
    8. sapa lah si bebal tu panggil jamal Tuan..

      Delete
    9. Kikiki..anon 1330 Klu kail panjang sejengkal lautan api jgn di duga.. Jamal boleh buat lawak hal2 lain..tp Klu libatkan maruah Islam dan sultan Selangor.. Kami melayu umno akan turun sudi kan dia.. Krn dia, rating umno Selangor jatuh teruk.. Ingat tu Jamal, lg sekali ko buat perangai dan serang SUK iaitu pjbt kerajaan kebawah duli sultan,nnti sendiri mau ingat.

      Delete
    10. Hidup umno Selangor!! Hidup umno Selangor!! Hidup umno Selangor!!

      Delete
    11. Jamal kalau kau nak buat gimik yg paling hebat masuk saja kedalam keranda tu. Aku gerenti kau akan selamat disemadikan dgn penuh gilang gemilang.

      Delete
    12. Terbilang tertinggal bro Zack kikiki

      Delete
    13. Perangai binatang memang begitu sebab tidak mempunyai akal,,jika manusia paling tidak ada akal dan ada perasaan,,begitu cara binatang-binatang peliharaan UMNO

      Delete
    14. Guna ayat quran dan hadith utk tujuan gimik politik sudah menjadi budaya baru yg sesat dan menyesatkan....

      Apa kata Tuang Punasihat Lebai Musang Berjanggot?

      Delete
    15. Dalam umno graduan SRP pun boleh jadi Menteri Besar.
      Jamal gila tu dok mengidam jawatan Menteri Besar Selangorlah tu sebab dia masih percaya balak masih byk lagi di negeri Selangor

      Delete
    16. Apa punya balak nk datang.. Minta simpang malaikat 44,jgn le bg igaun ngeri gitu.

      Delete
    17. Betina gemok sebelah jamal ketika usung keranda tu siapa ya?

      Delete
  2. Semoga Allah swt melindungi kita semua dari kegilaan yang melampau ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg GILA tu jamal dan umno sg besar. Kita ni alhamdullilah Allah Taala berikan fikiran yg waras

      Delete
  3. Bagus tu,buatlah sampai PR14.jGN HARAP BN dapat rampas selangor.

    ReplyDelete
  4. Terlalu ramai orang gila dalam UMNO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya jamal dan pengikut2nya usung keranda tu keliling putrajaya masa hari taipusam. Kalau dia buat kat batu caves dah tentu kena baling dgn bata

      Delete
  5. Apa beza lakonan Jamal Jamban ini dengan berita di bawah ini?

    """Khaled Al Gendy, a famous Islamic cleric and a member of the Supreme Council for Islamic Affairs, stated that drinking liquor without getting drunk is not sinful.

    alcoholic drink consumed without getting drunk, it is not haram
    consumed to drunkenness makes it haram, the sheikh said
    difference between drinking liquor and getting drunk.

    During a talk show on DMC TV channel, Al Gedy said that getting drunk is haram, sinful and forbidden in Islam, and all Islamic sharia laws related to the punishment apply to getting drunk as a consequence of drinking alcoholic beverages.

    A drunken person is defined as one who cannot tell the bottom of a valley from its top, Al Gendy added.

    According to Abo Hanifa, a renowned Islamic scholar for sharia lawmaking and often called the Great Imam, drinking alcohol without getting drunk is not sinful"""

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun pening dgn puak2 ni.. Arak tak haram pulak dah, jatuh haram Klu mabuk
      ...lps ni babi la pulak kot.. Haram Klu smpi kenyang kot.. Ye lah depa ulamak donia.. Kita ada title bg sendiri je..abuya labi bin labi al buaya wal labi labi..he he kata bro. John doe.. Teman gurau je.

      Delete
    2. Abuya labi bin labi al buaya wal labi labi.....

      We salute you!!!!

      Delete
    3. Mr Labu,

      Pada aku..apa shj yg berkaitan dengan arab dan orang arab kite jangan campur
      Arab ni masalah mereka takkan ade kesudahannya sampai kiamat

      Long Padely

      Delete
    4. LOL labu labi...u made me laugh during lunch!!!

      Delete
    5. Bro labu. Nak hairan apa. Datuk Dr.Hassan Ali pun mereka sanggup pecat.

      Datuk Dr. Hassan Ali pun bekas adun pas. Beliau bersuara pasal lesen arak dan judi. Terus pas pecat dia

      Delete
    6. Tahun 2010 hassan ali ni pernah dedahakan KSU yg korup yg kena tangkap kat USJ tu tapi haram ada tindakan pihak berwajib.

      Tahun 2016 barulah ada tindakan. Tu baru ikan sepat, kena amik masa 6 tahun baru nak ada tindakan.

      Agak2 kalau ikan paus biru, lepas 60tahun la baru ada tindakan gamaknya.

      Delete
  6. BUKTI AMPUH BETAPA PIMPINAN UMNO JENIS BENGONG, BONGOK LAGI BAGHAL, tak terkecuali NOH OMAR. UMNO sedang NAZAK, sebab itu perangai pimpinannya DAH MACAM ORANG GILA BABI! Tidak syak lagi, ISIM & SASAU dah Mengganti rasional!!! Time to kick out UMNO BN forever in coming election.

    ReplyDelete
  7. Nampak gayanye,,,watak tok adi dah diambil alih oleh tok mal le pulak..bakat brlakun tu, x dinafikan memang dah ada,,tp buat krja blm Tentu mampu..

    ReplyDelete
  8. Pihak yg sanggup menyewakan van jenazah tu pun (jika tahu ianya utk kegunaan yg tidak sepatutnya) tanggunglah pembalasanNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju....kenapa pihak yg bertanggungjawab mengurus sewa van jenaxah tak ambik berat sama ada ia untuk kegunaan kematian atau lain2....

      Kalo ia menyebabkan urusan fardhu kifayah menjadi lewat oleh sebab gara2 demonstrasi bodoh ni....maka semua yg terlibat akan tanggung dosa.

      Ini soal fardhu kifayah....jangan main2 dengan bab2 agama.

      Delete
    2. Ajk masjid diperdayakan..Klu mereka tau, mereka tak bg.

      Delete
    3. Kita pun nak dengar juga dari mulut mufti harussani mengenai perbuatan jamal usung keranda ni.

      Delete
    4. duit punya pasal tok imam pun londeh kain beb..

      Delete
    5. Kalau londeh kain nampaklah jembut

      Delete
    6. Ke pak imam masjid tu nak guna alasan "keterbatasan" dalam tugas?

      Delete
    7. Anon 1708 Tak kot.. Dia nk sebut kepala bataih dh jd lain.. Bagan gedumor mike pernah dengor Tak? Sebutan nya gitu tp sebenarnya bagan nakhoda Omar..bila sebut laju2 jd le bagan gedumor.. Gitu.. Kikiki

      Delete
  9. Kuasa Allah tiada siapa boleh lawan, pemimpin UMNO sekarang ni tengah tunjuk kebodohan yang melambangkan parti, dengan niat untuk memikat hati rakyat, tetapi sebenarnya ialah rakyat semakin menjauhkan diri dari parti yang semakin tak berTAMADUN.

    ReplyDelete
  10. Umno sedang mengalami bala akibat dosa ketua2 mereka dari seri perdana hingga ke ketua bahagian di kampung2. Kita dapati umno penuh dengan orang gila, penyangak dan bodoh bila bersuara.

    ReplyDelete
  11. Meroyan gila kuasa, Rakyat dah tak muak, sistem ekit bangsawan UMNIBe End. Penipuan rakus mengkayakan diri dan kaum keluarga dah tak releven. UMNOBNPAS dah boleh dilipat dalam sejarah pahit Malaysia.
    Harap sebelum Malaysia terus bertukar jadi wilayah Nanyang PRC.

    ReplyDelete
  12. Betol kata Allahyarham P.Ramlee dalam filemnya.

    Aliff Min Nun Wau (UMNO) "bunyinya SARKIS DA!!!

    ReplyDelete
  13. Alahaiiii budinnn.... apa beza lakonan jamal usung keranda kosong dng ayat quran dengan lakonan.makan ice cream dlm jamban...?

    jamal watak kecil di sgor nak bantras judi dan rumah urut.. assmin plak beri banyak rumah urut.... rumah urut dan mkn ice cream dlm jamban kan tak jauhhh

    pada rakyat selangor klu masih ada maruah... harga diri sbgi anak jati selangor ... masih mahukan berMBkan prmimpin yg dah rosak akhlak dan akidah perjuangan pluralism PKR...?

    lu fikir la sendiri.... tepuk dada tanya la diri sendiri tolak MB yg dah rosak akhlak dan peganganya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin beraiskrim dalam jamban boleh buat jenazah
      tak dapat dikebumikan ke.............?????
      Itu dosa dia dengna ALLAH.
      Jamal Jamban bukan je berdosa mempermainkan ALLah
      bahkan dia berdosa kepada keluarga yang mengurus
      jenazah terpaksa menunggu sehingga demo jamban berakhir. Tak tahu, berapa lama kena tunggu daaa.
      Sanggup ke orang Selangor berMBkan orang gila....??????

      Delete
    2. 11.42.... minah tak beberapa nak elok...

      Dosa dia dng allah pegi melantak la... klu dah rosak akhlak dan.moral masih nak lagi ke MB mvm tu...? Ramai lagi rakyat selangor bermaruah tinggi dan ada harga diri kay Srlangor tak kan nak bagi MB yg dah rodak akhlak jadi MB lagi..... tepuk dado ko tanyo la maruah diri srndiri.....

      Delete
    3. Benteras judi konon. Dlm video dah sah samun berkumpulan dan cabul pompuan. Mcm ni pun umno sayang lg.

      Delete
    4. Jamal harus ingat pjbt SUK bkn pjbt umno tp urusan sultan Selangor.. Jgn nk derhaka dgn sultan... Ingat molek2 tu Jamal.

      Delete
    5. 11.51
      Dosa dia dgn Allah dan klu dia dah bertaubat dan mungkin Allah dah ampunkan. Tp dosa telan duit rakyat 2.6b nak kena mintak halal sorang sorang. Dulu tak sekolah ke?

      Delete
    6. Betul tu bro labu, harus diingatkan ketua agama islam di selangor ialah sultan selangor, bila jamal mempersendakan agama, dia secara tak langsung mempersendakan sultan sebgai ketua agama...abih le ko jamal, noh pun x leh bekup lg..

      Delete
    7. Jamal nak takut apa. Boss dia MOI pun tak kata apa apa.
      Kalau diam saja tu tandanya setujulah

      Delete
    8. sapa yang rosak akhlak..sendiri mau ingatlah..

      Delete
    9. Sama sama mereka tu rosak. Pomen Workshop bawah pokok pun tak boleh nak repair

      Delete
    10. Tu yg temperature Jamal tu naik gamaknya..water pump rosak atau host dia bocor..teman rasa dua2 sekali kot...patut le sblm bawak katil dgn tukang urut utk repair.. Ending nya mati pucuk.. Tu yg bawa keranda krn dh mati... Kikiki

      Delete
    11. Parti keris lekuk.....dari kepala sampai ke ekor semuanya rosak gila.

      Sorang siang malam pagi petang menyamun.....tak abes2 kira duit dari angka 1 sampai bilion2...

      Ada sorang tukang cover handalan, semua cerita bole dipioh pusing....cerita A boleh jadi Z.

      Ada yg tak sudah2 buat hal yg pelik2.....ganjei bebenor perangeinya.....3 suku agoknye. Kalo dah overdose dedak gitu le jadinya.

      Delete
    12. Idok mandang?? Apa maksudnya tu yeop/Yong???

      Delete
    13. Yang teman tau mandang tu maksudnya tak ade..

      Delete
    14. Jdnya udah Tak Ada le duit le.. Udah belayor bunga ,1mdb kesan nya kome bayor le rega ikan kembong sekilo 20 henget..2 tahun dulu baru 5 henget.. Tu yg termenung pokcik mokcik dlm tren komuter teman blk td apa punca rega brg naik melampau2...teman khabor kan gomen bg brim jd adil le.. Teman pulak kena sekolah dgn India bekas tentera renger.. Encik,gomen kasi 10 sen tp dia angkat blk 30 sen itu GST. Lg saya punya ubat kencing manis darah tinggi sendiri luar jgk kasi bili... Tp encik jgn marah, saya bkn marah encik, saya tau encik umno punya worang jgk lalu bersalam dgn teman.... Hmmm..

      Delete
  14. to unknown@sahabat, tuan politik ko dah buat gila lagi..

    ReplyDelete
  15. Apa beza najib dengan wang curi 2.6 bil dengan Jamal Jamban?

    ReplyDelete
  16. 11.25
    Nak sokong pun cari le idola yang tak memalukan diri sendiri, bangsa dan parti..kes dia pergi pusat judi dan rumah urut lebih dari kekecewaan beliau sebab resort beliau diarahkan tutup sebab tak de lesen..dah tahu tak de lesen, pergi le minta lesen..org2 macam saudara dan jamal pak tongkol tu le yang memalukan bangsa melayu..1 sebab sokong badut sarkas macam tu. Ingat matlamat tak akan menghalalkan cara. ada perbuatan yang lebih baik, sopan, tertib dan tak memalukan diri sendiri boleh dibuat. 2. menyokong MO1 yang telah menggunakan kuasa sebagai PM untuk mengalihkan wang 2.6b ke akaun sendiri. Org macam ni pun saudara sokong..

    ReplyDelete
  17. Mungkin inilah yg di maksudkan dengan politik akhirat.

    ReplyDelete
  18. Wang curi tu mahkamah dah jatuh hukum.ka blomm..?
    pada rakyat Sgor kalau masih ada harga diri.. maruah diri... masih mahukan lagi nak berMBkan yg dah rosak akhlak dan.pegamganyna...?

    lu fikir.la.sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:39

      Yang ko kata rosak akhlak tu mahkamah dah jatuh hukum ka blomm???? Ke kau seorang hakim mahkamah syariah yang jatuhkan hukum ikut sedap mulut aje????

      Pegamganyna tu ape???????????????

      Delete
  19. Tolak terus sistem elit bangsawan pembolot,warak palsu UMNO Be End yg baki sokong 2.6% skrg. Awas mainan 0.09% Lobai Kingcin PAS

    ReplyDelete
  20. Saya sarankan supaya Jamal ni dibawa berjumpa pakar jiwa,....saranan saya ni adalah ikhlas,mengikutkan pengalaman saya yang bekerja dihospital.Pada pandangan saya Jamal ni ada mengidap sakit jiwa.....selain dari asalnya lagi beliau tak berapa cerdek.

    ReplyDelete
  21. jelas jamal jamban talkin untuk umno/bn

    ReplyDelete
  22. HARI NI KAU USUNG KERANDA KOSONG

    SEMOGA KERANA TU BERKATA, 'ESOK LUSA JAMAL AKAN MASUK AKU PULA'.

    keranda kosong adalah perlambangan ketapa kosongnya jiwa, otak dan rohani yg mengusung tu.

    selepas ni kalau IWK bermasalah, kita harap jamal boleh ke SUK Selangor dgn badan berlumuran najis. tu baru power.

    ReplyDelete
  23. Yg PAS agama diperguna
    Yg UMNO agama dipersenda
    Sekarang tibalah masa utk kita
    Mengundi selain mereka berdua..

    ReplyDelete
  24. jamal jamban keranda jadi gila semenjak zuraidah pkr tidak melayani cinta nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Polis pukul saya polis pukul saya..suara mcm doreamon

      Delete
    2. Bkn doraemon tp nobita la.. Watak giant tu noh Omar dan watak adik giant.. Tu yg sebelah Jamal masa usung keranda.. Kikiki

      Delete
  25. Itulah akibat apabila ulamak bersekongkol dengan penjenayah....kes rasuah salah guna kuasa dia diamkan. Tapi RUU355 dia bikin sibuk macam dialah paling tau hal islam dari orang lain.

    Bagi undi pada UMNO BN dan PAS dalan pilihannya akan.....bertambah jahanam negeri Selangor.

    ReplyDelete
  26. Anon 11:25

    Ada beza yang sangat jelas. Makan dalam tandas, secara umum hukumnya makruh dan tidak melibatkan masyarakat umum. Mengusung keranda sehingga menyebabkan van jenazah tidak dapat digunakan untuk urusan pengkebumian (fardhu kifayah) telah melanggar syariat dan melibatkan masyarakat umum.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  27. Makan dlm tandas mme lee makruh... assmin tu makan apa plak dengan betino tu... kikiki bodoo.. bodo.. kikiki... van jenazah kat dlm negeri Sgork ni ado satu ko...? Kikikiki...klu ado 1 van ajer lam negeri Sgork ni.. ko usung la reramai jenazah tu... kikikiki...

    Masih mahu lagi ke MB yg dah rosak akhlak dan pegangan pliralsima di Selangor utk masa depan... pada rakyat Selanhor yg masih ada harga diri.. maruah diri... dan masih sayangkan agama dan bangsa... tolak pemimpin yg moral dan akhlak yg dah rosak utk jadi pemimpin di Selangor...


    JOM UBAH....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:36

      Van jenazah bukan gunanya untuk bawak keranda pi buat demo.

      Delete
    2. Kikiki kami sokong noh Omar..!!! Kikiki kami sokong Jamal yunus... Kikiki sokong bawak rebah... Kikiki

      Delete
    3. jika rakyat Selangor bermaruah.. tolak jamban dan noh.

      itu sajalah tahap pemimpin umno yg ada kt Selangor.

      kalau Selangor nk jadi Selangor Darul Jamban, undilah umno Selangor.

      itu saja perjuangan umno utk rakyat Selangor. tkde apa agenda pun utk bantu rakyat dan majukan minda rakyat.

      kalau tolak PH di Selangor, hari pertama umno menang mereka akan batalkan air percuma. sebab jamal nk pakai orang air.

      klu umno menang di Selangor, maka usunglah jenazah sendiri ke kubur sebb kereta mayat umno dh borong utk demo.

      dan akan semarak lah budaya raba pompuan dan samun oleh anak buah jamal.

      dan akan ramai lagi akan bertuala di khalayak ramai. berakhlak sangat lah mcm tu?

      dan akan diadakan pesta main perang simbah air.

      dan hotel2 serta restoran tk berkualiti dan tak berlesen akan bercambah di Selangor.

      dan akan ada pertandingan siapa makan paling pelahab dalam jamban anjuran umno.

      dan rumah2 urut akan dibenarkan dibuat secara terbuka di khalayk ramai.

      dan akan lebih ramai umno akan jadi gila kerana tergila2 dgn Zuraidah PKR di Selangor.

      maka diatas segala bala bencana di atas, maka amatlah wajar umno di kerandakan di Selangor.... kerana umno ketandusan pemimpin.. yg tinggal hanya yg gila.

      Delete
    4. Pads rakyat Selangor yg masih harga diri pertahankan Dr Selangor dipimpin olih manusia Yg gila yang bersubahat dgn perompak penipu perampas pembohong n penakut...

      Delete
    5. Pada rakyat Selangor yg masih harga diri pertahankan Dr Selangor dipimpin olih manusia Yg gila yang bersubahat dgn perompak penipu perampas pembohong n penakut...

      Delete
    6. Noh kingkong tu pun tak boleh pakai

      Delete
    7. jamal tu akhlak mulia??serupa samseng je aku tgk..ugut sana sini tp bila laporan polis dibuat x nak ngaku dia ada keluarkan statement..bila org da hantar video bukti samun berkumpulan tiba2 nak buat drama lg nak letak jawatan..tp bersyarat..klu dipersetujui oleh noh..klu dia bermaruah dia x perlu perkenan dari noh tyu..dia ikut kata hati dia utk letak jawatan...btw..ko duk backup dia ne ko salah seorg yg ikut samun berkumpulan tu ke???

      Delete
  28. Inilah akibat apabila otak menjadi sewel dan pemikiran menjadi songsang.

    Van jenazah adalah sebahagian dari kemudahan urusan jenazah dan urusan jenazah pula adalah fardhu kifayah dan demikian ia menjadi sebahagian dari hak ummat. Dari mana dia dapatkan van2 yg, banyak ini. Adakah dr qaryah2 dlm Bhgn Sg Besar? Bgmn kalau berlaku bbrp kematian dan kubur letaknya jauh dari tempat jenazah? Tidakkah ia telah menyebabkan kesusahan tidak berpatutan kepada ummat?

    Fardhu kifayah bermakna ia adalah hak umat dan bukan sekadar hak Allah. Ada pula apa2 dosa yang bersifat peribadi, ia adalah hak Allah. Sekiranya diampunkan Allah maka habislah cerita. Hak ummat pula tidak semudah itu.

    Kalau ya pun dah sewel mengapa tidak dibawa keranda kosong satu sahaja tanpa ditutup kain bertulis ayat suci? Dan kenapa sampai 15 van?

    Adakah ia simbol kepada UMNO yang masih wujud di 12 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan?

    Jamal oh Jamal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro john doe, saya tidak lah pandai bahasa arab, kalo salah tolong betulkan..tak silap saya perkataan jamal ni ada dua makna
      1. Cantik
      2. Unta
      Saya fikir jamal yang ini maknanya unta....teruk betul perangainya tapi yg tak sedapnya pulak unta padang pasir pun tak perangai begitu..

      Delete
    2. Unta yg paling tepat. Anon 13:45 pernah tengok unta kahwin?. Mcm pas juga lah yg selalu gostan

      Delete
    3. Kahkahkah..yg ni lawak. Hahaha . Mmg padan perumpamaan tu. Haha

      Delete
    4. Bro anon. Saya baru online ni. Maaf lambat jawab.

      Betul jamal boleh bawa dua maksud tapi ejaannya berlainan.

      Cantik disebut Jamiil (جميل), kecantikan pula disebut jamaal (جمال)

      Jamaal adalah kata terbitan (masdar) sebab itu terjemahan yang betul ialah kecantikan dan bukan sekadar cantik.

      Ada pula jamal (جمل) tanpa huruf Alif memang maksudnya unta.

      Kalau letak jamal sahaja memang Agak bahaya sebab kebiasaan orang kita eja tanpa dua Alif seperti yang sepatutnya (jamaal).

      Tapi kalau Jamaluddin satu atau dua huruf Alif maksudnya dah sampai iaitu kecantikan deen dan bukan unta sbb maksudnya dah difahami.

      Nota : saya hanya menjawab soalan dan tidak berniat 'menguntakan' jamal yang sorang ni walaupun dia ni memang otak dah tak centre akibat dedak.

      Delete
    5. Tq bro john doe, untuk pencerahan...

      Saya rasa yang dok bawak keranda dan van jenazah pegi demo ni, memang tak dak alif la bro...
      13:45

      Delete
    6. Hehehe..

      Saya pun rasa begitu juga.. (Ini jawpaan khusus untuk Jamal yang sorang ni ya, dan bukan lain-lain Jamal yang ada di luar sana).

      Teringat pula seseorang kongsikan di FBnya pertanyaan bgmn mahu tukarkan namanya iaitu Jamal disebabkan ia dah jadi bahan ketawa rakan2 lain disebabkan Jamal yang sorang ni.

      LOL!!!

      Delete
  29. Dosa peribadi itu dng tuhan.... tapi hak rakyat selangor perlu seorang pemimpin tinggi moral dan akhlaknya.... rakyat selangor punyai moral jati diri dan.maruah yg tinggi.... takkan nsk smbil pemimpin yg rendah moralnya....

    van jenazah klu tak usung jer la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihlah Jamal Yunus yang paling tinggi moralnya

      Delete
    2. Tinggi moral dan akhlaknya..sape? Noh udang atau Jamal keranda? Hahaha

      Delete
    3. Kesian kat tok hadi si penggali kubur tu. Keranda byk. Mayat tak ada. Penat saja dia gali kubur.

      Tok hadi ni lurus. Dia bukanya tahu jamal nak rampas jawatan dia.

      Delete
  30. Kalau terus disimpan pembolot,pembelit sistem elit bangsawan UMNO BN , habis bangsa melayu bingai layu luntur. Habis tergadai tanah khazanah nenek moyang jadi Nanyang.
    Masok pula unsur jumud PAS lagi melayang teruslah akidah. Maka hiduplah melarat dalam budaya sampah songsang. Akal dikeluarkan diserah bulat pada Lobai Kingcin.
    Sapa melawan dilabel macam2 liberal la lgbt apa lagi lah.
    Hanya Rakyat terencat akal terima sistem bangsawan Elit Belit dgn Islam jumud bergabong.
    Tolaklah uMNObNPAS demi anak cucu cicit, sebelum..BANGSA ,NEGARA, MARUAH ditelan Komunis China.
    Usah berdalih, akal ada, guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu jadi macam Hambantota di Sri Langka.
      http://www.forbes.com/sites/wadeshepard/2016/07/27/china-just-asked-for-15000-acres-of-land-in-sri-lanka-for-a-million-worker-sez/#7569d18831cf

      Delete
  31. Nnpk ssgt puak Pakatan Putuih Harapan terdesak... cemas .. gelabah... meroyan sana sini dengan PAS... ari ari citer PAS .. nnpk ssgt PH terdesak ssgt...
    Perlu diulang banyak kali magukah Srlangor di pimpin oleh penternak pluralist sesat.. pejuang gay lgbt dlm masa yg sama menghancurjan kesucian agama Islam. ...?
    Mahukah dipimpin oleb MB yg rosak dan re dah moralnya... cat gerbang 10 juta.. cat satu stadiom Kote Baru batu 300 ribu... duit khairat kematian sonhlap 200juta duit itu utk tujuan fardhu kifayah hangus... sykt 2 ringgit kroni telan 32 billion sykt GLC di Srlangor... pemilihan parti dlm bilik hotel... sesama parti koyak kulit kepala berdarah.... oas tu makan askim lam jamban.... sah rosak sungguh akhlak dan moral pemimpin Srlangor

    pada rakyat Srlangor tolak pemimpin bermasalah yg rendah moral dan akhlak.... rakyat Selangor yg brrjiwa besar.. tinggi jati dirinya dan maruahnya masa untuk tolak pemimpin bermasalah ini...

    JOM UBAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Kita ubah....Kita nk ubah apa boss?!!! Kikiki....fakta yg Jamal tak cerdik ke boss?!! Jd Jamal cerdik.. Kwn ckp Jamal tu unta boss dlm bahasa Arab.. Unta nk ubah jd Porsche Cayenne ke boss?!! Kikiki

      Delete
    2. Tulisan budak darjah 2 yang tak tahu mengeja

      Delete
    3. Anon 11:25, Anon 11:39, Anon 11:51, Anon 12:36, Anon 13:18, dan Anon 13:59 adalah orang yang sama.

      Ulang perkara yang sama. Tak ada isi langsung

      Delete
    4. I setuju tolak pemimpin bermasalah.... hadi dan najib umnobn

      sapa yg nk pemimpin rendah moral dan rendah akal seperti mereka berdua.

      ye kita mesti berjiwa besar tolak sampah2 itu.

      ye sudah tentu kami cemas kerana jamal bawa keranda kosong.. seolah2 utk dirinya.

      jika jamal dan walaun tkde, kepada sapa kami nk belasah lagi. maka sunyi lah hidup kami tanpa pelawak2 kelas atasan.

      JOM UBAH Malaysia

      Delete
  32. aku membaca komentar balas dari sahabatku john Doe tempoh hari dan sejujurnya aku bersimpati melihatkan betapa gigih dan sukarnya sahabatku ini membela kepada tipu daya dan aib tuan2 politiknya, ermm sekali lagi urusan khilafiah menjadi hujahnya.

    kini frasa "laknat" menjadi keributan ?

    Sahabatku john Doe, terlalu klise hujah balasmu untuk "memuliakan" si pelaku liwat berbanding si pelaku rasuah. aku sudah mendengarnya terlalu kerap.

    usul fiqh untuk si pelaku liwat secara individu berbeza dengan usul fiqh sekiranya mahu diangkat sebagai pemimpin ummah (di dalam keadaan darurat sekalipun). dan diharamkan sama sekali si Muslim mengikut/memberi bai'ahnya kepada si pelaku liwat diluar keadaan darurat.

    sahabatku john Doe, kamu juga memberi helah mengapa tidak diturunkan bala sebagaimana yang ditimpakan kepada kaum Nabi Luth a.s, semata-mata mahu membela Anwar Ibrahim.

    ingatlah betapa istimewanya umat Nabi Muhammad saw sehingga ditahan segala azab yg maha berat di bumi berasbab salah satu mukjizat Nabi saw diatas Qudrat Allah SWT.

    namun betapa besarnya murka dan laknat Allah SWT kepada pelaku liwat dan lesbian (menjadi amalan dari para pemimpin dan si marhean) sehingga ditinggalkan kesan dari azab-Nya sehingga kini serta diberi ingatan melalui Al-Quran.

    sahabatku, benar pemimpin yg melakukan rasuah dan zalim akan memberi akibat buruk kepada si marhean yg dipimpinnya.

    kerana itulah kamu perlu lihat kesannya kepada dirimu sendiri, apakah telah dizalimi/dirampas hak2 kamu yang wajib ditunaikan si umara' akibat daripada perlakuan rasuah dan kemungkarannya yg lain ? atau aku perlu tuliskan satu persatu hak2 si marhean yg wajib ditunaikan oleh umara' ??

    bahkan lidahmu sendiri mengakui sangat senang untuk berlibur hanya untuk melepaskan "keletihan". apakah begitu besar nikmatnya dibawah sebuah pemerintahan yg zalim dan merompak duit2 kamu ?

    nauzubillahiminzalik.

    aku teringat satira politik diwaktu kuatnya era reformasi -

    "berikan kepada Anwar Ibrahim dua perkara yakni seorang teruna yg elok parasnya dan imbuhan hasil rasuah, maka kamu akan mendapati Anwar Ibrahim akan mengambil kedua-duanya sekali, si teruna sebagai pelempias nafsunya lalu diberikan habuan rasuah sebagai pengikatnya"

    "berikan juga kepada Tun Mahathir dua perkara ini maka kamu akan dapati dia juga akan mengambil kedua-duanya - imbuhan rasuah untuk diri,keluarga dan kroni, dan si teruna yg baik parasnya dihadiahkan kepada Anwar Ibrahim" maka gumam dan kelu lidah para pentaasub Anwar Ibrahim diwaktu itu.

    akhir kalam - sejujurnya aku sudi berbicara kepadamu John Doe selama mana kamu bersilat lidah untuk membela tipu daya dan melindungi aib tuan2 politiknya itu diatas niat sayangku kepada Islam dan bangsa Melayu.

    apa khabar si empunya blog dan sekalian penarinya ?

    ikhlas dariku unknown aka sahabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya unknown kalo diberi kat hang imbuhan dan wanita, hang pun peiwai..toksah dok gebang besaq la, tok guru hadi pun tumbang...aku nak tanya kat hang ni unknown..awat khalifah pemutus bahagian sungai besaq parti junjungan hang perangai ghopla lagu tu...awat hang tak pi nasihat ja kat dia..pasai hang tak nasihat dia, kebodohan dia jadi kebodohan hang tau tak, nak habaq mai..sini hang dok pong pang pong pang...ayat tu la, ayat ni la...pi la bantu dia..cakap ja baguih..

      Delete
    2. Unknown aka sahabat si pendusta agama.

      Bila masa aku muliakan seorang peliwat wahai penipu? Aku hanya memberikan fiqh di antara dua kejahatan mana yang lebih besar.

      Kamu telah membuat tuduhan jelas bahawa aku seorang pendusta agama, maka adalah perlu ke atasku untuk membuktikan sebaliknya.

      Seperti yang kukatakan dulu, tiada kebenaran melainkan kebenaran Allah dan demikian marilah kita pulangkan kebenaran ini kepada Allah kembali.

      Unknown pendusta agama,

      Ketika ini aku sedang beriktikaf di masjid menunggu azan. Maka aku telah melakukan sesuatu yang afdhal untuk paragraf berikutnya. Baca molek-molek paragraf berikutnya.

      Wallahi wabillahi watallahi, aku yg bergelar john doe bukan seorang pendusta agama seperti yang dituduh oleh Unknown ke atasku. Segala apa yang aku sampaikan adalah apa yang aku percaya adalah kebenaran. Dan demi Allah aku tidak dibayar untuk menulis, dan tiada sebarang bentuk kepentingan peribadi pun untukku muncul di sini melainkan demi kasihku kepada agama bangsa dan negaraku. Sekiranya benar aku berdusta atas nama agama demi habuan duniawi maka laknat Allah ke atasku. Dan sesunggunya sumpahku yang bertaip ini tetap akan mengikatku seolah-olah ia dilafazkan secara terang dan tetap akan mengikatku sekiranya ia dibuat secara muslihat.

      Demi Allah, aku melihat Unknown adalah seorang pendusta agama yang berdagang ilmu sasteranya bukan sahaja dengan kejahilan tetapi juga dengan penuh pendustaan dan putar belit kata-kata.

      Berputar belit kata-kata itu sifat yahudi. Beralasan bila diajak bersumpah laknat pula sifat nasrani.

      Unknown, aku dah bersumpah laknat ke atas diriku dan kemudian bersumpah atas nama Allah bahawa kamu adalah pendusta agama demi dedak dunia.

      Apa lagi Unknown, silalah bersumpah laknat bahawa kamu bukan pendusta agama dan tidak menerima sebarang imbuhan mahupun kepentingan untuk muncul.

      Buktikan kamu tidak bersifat yahudi dan tidak bersifat nasrani.

      Ada pula jawapan ilmiah kepada tuduhan bodohmu akan ku jawab kelak. Harap2 aku ada masa di sebelah malam ini untuk menaip jawapanku (almaklumlah isteri kekadang sentap kalau aku online lama sangat).

      Apa lagi Unknown, farudduhu ilallah. Walk ur talk wahai pendusta agama.

      Delete
  33. Awas kawasan tempias.
    Sahabat Lobai Kingcin sedang buat kerja

    ReplyDelete
  34. Ini semua kerja orang yang tiada pendidikan dan tidak berajar. Penyokong dia pula golongan yang juga tiada otak dan tiada pelajaran. Mungkin kaya harta tapi papa kedana dari segi rohani, moral dan mentaliti. Kalau begitu, akhlak beragama jauh sekali

    ReplyDelete
  35. perbuatan Jamal mengusung keranda tanpa jenazah tidak menghalalkan niat dan matlamatnya membuka segala macam kisah penyelewengan dan rasuah PKR,DAP dan PAS selaku kerajaan negeri.

    namun teringat aku kepada upacara "memperingati" dan memberi sembah hormat pada mendiang si polan kerana terjun dari bangunan SPRM dan membawa rahsia DAP bersamanya.

    kelihatan pada waktu itu Nizar Jamaluddin dan Anwar Ibrahim turut menyertai dengan lilin ditangan sambil menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat kepada mendiang.

    lantaran dari itu Nizar Jamaluddin diberi gelar sebagai Nizar Lilin. aneh dan lucu gelar itu tidak diberi kepada Anwar Ibrahim.

    dan upacara candle vigil di dataran penjara sungai buloh untuk Anwar Ibrahim juga cukup menghiburkan, katanya akan dibuat setiap malam sehingga Anwar Ibrahim dibebaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yANG PEMIMPIN2 UTAMA KAMU BERTUHANKAN,DUIT,DUIT &DUIT..sudah menjadi FAKTA..ada yg menjadi DEWA TO'KONG ,siap pakai baju dewa lagi..Setakat menghormati Orang lain dgn vigil lilin,bukan menyembah lilin ,itupun nak dibuat ISSUE.Bila Najib pergi ka dewa subramaniam di batu cave okay pulak??Apa la punya walaunta,dok melalak kat sini,yg pemimpinya dapat dedak juta-juta,anak siap dapat drive porche lagi,yg kamu dapat naik kapcai.

      Delete
    2. Apa guna kisah yg lalu diulang ulang, adakah untuk menutup kisah 1mdb duit yg hilang?

      Delete
    3. Objektifnya tanam kan kebencian pd pemimpin yg boleh gugat status quo.. Supaya kita akan balik menyokong tuan politik mereka. Jika ini berjaya di laksanakan habuan besar menanti.. Pelukan beruang dr big mama..kikiki

      Delete
    4. Hidup najib,!!! Hidup noh Omar!!! Azmin jahat makan aiskrim dalam jamban smpi terkoyak....Jamal kt dlm jamban jgk.. Kikiki

      Delete
    5. Ada kemungkinan jamal kat dlm jamban kot yg rakam azmin makan aiskrim tu..ye lah bab serbu2 persundalan ni kan keje dia..

      Delete
  36. sultan sultan belum mengeluarkan titah...mufti mufti masih terkurung dalam peti...jabatan agama masih leka bersenggama...ulama ulama masih kalut bercengkerama...pendawah pendakwah masih tertutup dibawah kawah sehingga tidak ada satu pun ayat yang keluar untuk menyuarakan kebimbangan terhadap isu isu agama islam yang makin dipersendakan....

    sepatutnya dalam isu agama islam yg suci sering dipersendakan sekarang dalam berbagai sudut seperti pembuatan makanan..perlecehan hukum islam...yang melibatkan tauhid dan fiqah...tak kira parti apa pun...bergabung dalam sepanduk islam...buat teguran ...buat pembetulan..ambil tindakan terhadap pesalah agama...

    hari ini...pertentangan tentang aqidah dan perlecehan agama kita hanya tertumpu kepada politik..sedangkan isu besar langsung tak diambil hirau...kalau pun rasuah dan gejala songlap duit dapat diatasi atau dibasmi...kalaupun pemimpin mungkar dapat kita kais keluar dari memimpin....kalaupun kita sudah dapat kembali pemimpin jujur dan negara kita kembali bebas dari pemimpin mungkar....apa tindakan yang kita mampu kita buat sekiranya setiap hari kita hidup dengan memakan...minum...pakai barang barang yang hampir semua dicemari dengan bahan bahan haram seperti babi dan arak...

    pembuat pembuat barangan ini majoriti cina....hampir semua makanan kering dan basah harian kita dicemari keharaman...

    kita berperang isu akidah sesama sendiri....tetapi setiap hari daging dan darah kita dicemari unsur haram...apa cerita...?..

    tengok isu binaan tokong menyerupai masjid di kelang...mana pencerahan dari sultan2...menteri islam...mufti selanngor dan mufti lain...jabatan agama islam...,..seorang pun tidak bersuara....

    sedang kita sibuk bertelagah sesama bangsa dan agama...kaum lain sibuk membunuh kita secara perlahan....mungkin itu sebabnya doa kita ALLAH tidak makbulkan...walaupun kita bersujud siang dan malam...tetapi darah dan daging kita dibina dari unsur yang haram...dan kita tidak berbuat apa apa....yang kita tahu...asal ada tanda halal dari jakim...?..nak bawa anak bini masuk kfc dan mcdonald juga sudah takut....kalau kita masih berlembut dan biarkan isu ini ...jangan hairan kalau satu hari kita bersujud diatas sejadah berbulu babi....

    ReplyDelete
  37. 15 COFFINS FOR FOLLOWING (Jamal's predictions):

    Najib Abdul Razak 
    – Prime Minister and Finance Minister
    Ahmad Zahid Hamidi 
    – Deputy Prime Minister and Home Minister
    Johari Abdul Ghani 
    – Finance Minister II
    Nazri Abdul Aziz 
    – Tourism and Culture Minister
    Hishammuddin Hussein 
    – Defence Minister
    Ismail Sabri Yaakob 
    – Rural and Regional Development Minister
    Anifah Aman 
    – Foreign Minister
    Khairy Jamaluddin Abu Bakar 
    – Youth and Sports Minister
    Noh Omar 
    – Housing and Local Government Minister
    Mahdzir Khalid – Education Minister
    Mohd Salleh Said Keruak 
    – Communications and Multimedia Minister
    Abdul Rahman Dahlan 
    – Minister in the Prime Minister's Department
    Azalina Othman Said 
    – Minister in the Prime Minister's Department
    Shahidan Kassim 
    – Minister in the Prime Minister's Department
    Jamil Khir Baharom 
    – Minister in the Prime Minister's Department

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau taik tak basuh..bodoh punya otak..

      Delete
    2. Ngam 15 orang. Aku pun heran nape jamal bawak sampai 15 keranda....rupanya simbolik 15 nak gol...innalillah. tq ya jamal.

      Delete
  38. takde ke sesapa org umno yg boelh mendidik tunjuk ajar jamban tu supaya mengikut saluran dan prosedur yg betul utk menyampaikan sesuatu bantahan.

    begitu sukar dan byk belanja dan masa diperlukan utk persediaan membuat lawak2 bodoh utk menyampaikan bantahan.

    dan hasilnya bantahan tidak sampai kerana tiada penyataan rasmi yg mengikut saluran.

    hasilnya hanyalah memberi imej dungu dan lawak kepada umno Selangor.

    mungkin tahun depan boleh gantikan Harith Iskandar utk menang award buat lawak. boleh juga naikkan nama Selangor di pesada lawak antarabangsa yg diiktiraf dunia.

    tapi lawak keranda ni tidak dapat mengatasi lawak tuala mandi lah. boleh cuba yg lebih baik.

    untuk lawak keranda saya bagi 2 bintang sahaja.

    sebab kucing peliharaan saya pun tk gelak melihatnya

    ReplyDelete
  39. Siap pemilik kenderaan PROTON SAGA '80 REG. NO WWF3000. Orang ramai ingin memulangkan serban yg tertanggal ketika memandu kenderaan tesebut dengan laju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar betul bro..Eh itu bukan ana punya pimpinan punya unta ka, sori silap kereta..tapi bukan ploton lo.. Itu wal porscheni al kayinni..hihihi

      Delete
  40. Kali terakhir kenderaan tersebut dilihat berada dibengkel TUKAR TUIB.

    ReplyDelete
  41. dajal2 yg komen dlm blog ni termasuk admin yg hari2 mencaci memaki bohong fitnah mengata kesat dan macam lg kerja jijik bukan kah menghina agama..tak sedar ke..mana pegangan agamanya..dasar manusia munafik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 18:43 ni hantu gila..

      Delete
    2. Kalo nak tahu anon 18:43 ni le, bapak segala dajal..

      Delete
  42. Musuh kami adalah agenda pluralisma murtad. . Syiah ..Liberalisme..G25..lgbt dan gay.... musuh yg menghancurkan kesucian islam... pluralisma dan syiah adalah lebih merbahaya dari yahudi isreal... mereka dikalangan kita yg petah berbicara.. lunak kata kata dan slogan yg hebat2... spt iskam madani.. islamic state fundmentalist..kepinpinan melalui ulama.. akhirnya mereka sudah BERSATU untik menghancurkan islam... akidah dan iman umat islam sunnah waj jamaah di Malaysia... memperlecehkan hukum hikum islam.. menokok tambah hukum iskam atas kebebesan dan democracy. .. mereka adalah barua barua penjajah dan ditambah dengan akhlak yg sudah rosak dan moral yg rendah.... Srlangor adalah contoh pemimpin yg rendah moral dan akhlaknya..
    .. sanggup kah rakyat sSrlangor merelakan diri mereka dipimpin oleh MB yg rosak dan rendah moralnya... isu ice cream jamban lansung tidak disanggah... tak brrani dicabar dan disaman ke mahkamah... tak ada moral bacul pulak tu...
    ... Rakyat Selangor mempunyi maruah dan jati diri yg tinggi... tidak rela lagi dipimpin oleh pemimpin yg rendah moral dan akhlaknya... PRU14 masa terbaik untuk mrnukar semua pimpinan yg korup dari segi moral dan pegangan akidah agamanya...

    ....maruah rakyat Selangor tinggi..


    JOM UBAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, adalah cabaran Allah kpd makhluk seperti Tuan sepertimana berikut -

      "Jika syurga itu khusus untukmu di sisi Allah, dan bukan untuk orang lain, maka *inginilah kematian(mu),* jika kamu memang benar.” (Q2:94)

      Amacam? Ada berani? Sanggup tak!!!???

      Delete
    2. Amacam? Ada berani? Sanggup tak!!!???..
      Kesian. Hantu pun boleh gila

      Delete
  43. Salam ya Salam sahabatku John Doe - aku tidak dapat menolong pada kegemaranmu melafaz sumpah sebagai jalan bela dirimu.

    pada mulanya aku sangka kamu sengaja untuk tidak mahu memahami pada maksud komentar balasku, kini sesungguhnya aku dapat mengesan engkau benar-benar tidak memahaminya (komentar ku). hmm, apa lagi yang hendak aku perbuat agar kamu mengerti ??

    tunjangnya - golongan marhean sepertimu berniat menumbangkan kerajaan dengan berasbabkan kezaliman dan segala macam kemungkaran yang ditimpakan kepada marhean.

    lalu aku tanyakan siapa pemimpin yg diangkat sebagai ketua kamu, yg kini khabarnya sedang perpakat dan menghancurkan (berkhianat sesama sendiri) lalu kemudian berpakat kembali.

    dan aku bawakan juga keadaan dan sifat tuan2 politikmu yg tidak ubah bagai kawanan serigala - juga membawa pelbagai kezaliman dan kemungkaran di negeri-negeri yang mereka kuasai.

    dan salah satu daripadanya adalah Anwar Ibrahim yang kamu memuliakannya sebagai pemimpin utama (didalam PKR serta sebahagian dari kamu memuliakannya sebagai ketua Pakatan Harapan). sedangkan kamu mengakui dia adalah bersifat biseksual.

    ada juga dari kalangan kamu yang berkata Tun Mahathir, ada juga yang memilih LKS/LGE mahupun Mat Sabu.

    Hakikatnya kuasa pemutus dari kalangan tuan2 politikmu, bergantung sepenuhnya pada ukuran kuasa yg bakal diperolehi melalui keputusan PRU. bukan bersandar pada batas Agama dan Bangsa. tidak terikat pada antara yg Hak dan Bhatil dan bukan termasuk didalam sifat tahalluf siasyi.

    sifatnya usul fiqh hukumnya tidak bersifat mutlak dan berubah mengikut zaman dan penguasaan ilmu yg dibuka hijabnya lalu kamu akan dapati para ulama akan selalu punyai ijtihad yg berbeza.

    sebahagian ulama membahagikan usul fiqh kepada dua bahagian
    1) fiqh Nabawi
    2) fiqh ijtihad

    kamu membawa usul fiqh yg mengatakan si peliwat membawa mudharat lebih kecil daripada siperasuah (didalam urusan pemimpin).

    secara mudahnya aku katakan padamu - kebiasaannya si peliwat tidak terhalang untuk melakukan rasuah demi menutup jenayah liwatnya tetapi ketahuilah si perasuah tidak akan menjadi peliwat untuk menutup jenayah rasuahnya.

    dan secara fiqh nya kamu akan dapati mudharat lebih besar adalah apabila diangkat sipelaku liwat sebagai pemimpin berbanding sipelaku rasuah.

    Allahurabbi - aku benar-benar berharap engkau mengerti wahai sahabatku, dan tidak perlu lagi engkau melafaz sumpah.
    kerana aku sedih melihatnya.

    Salam ikhlas dariku
    unknown aka sahabat


    ReplyDelete
    Replies
    1. Unknown si jahil yang sombong lagi pendusta agama lagi pemutar belit lidah sepeti yahudi lagi beralasan seperti Nasrani.

      Jawapan ringkasku; berani kerana berkata benar, takut kerana pendusta.

      I rest my case wahai pendusta agama.

      Delete
  44. unknown aka sahabat...

    kau pun sama nak mengata orang...kau pun apa kurang...kau sokong sangat kaki rasuah ..kaki belit...mak bapak kau pun dah jadi mangsa...tanpa kau sedar...sbb mereka dah kena permainkan sampai mereka tak mampu nak sekolahkan kau sampai ke peringkat yg lebeh tinggi...kalau tidak tak payah lagi dah malaysia memilih peliwat jadi tpm...sbb kau dah jadi tpm masa tu....tapi sbb kau tak nampu nak belajar tinggi maka kau jadilah begini....

    cuna hati hati...takut kalau kau terlalu baik...bini dan anak perempuan kau pun...atasan umno sapu...lps pakai bom sampai hancur....jaga jaga....😷😷😷😷😷

    ReplyDelete
  45. agaknya keranda tu untuk usung bangkai UMNOBN yang akan mampos dalam PRU 14 tak ? kengkadang tingkah laku orang bodoh/degil/gila ni dibuat tanpa sedar sebenarnya untuk menunjukkan kedudukan terakhir perjalanan hidup diorang.. mereka tak sedar kerana segalanya diluar perancangan diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju anon 14:50. Kita dididik tidak berbuat sesuatu yg melampaui batasan yg akhirnya akan memakan diri sendiri.

      Delete
  46. mungkinkah semakin ramai pemimpin dan penyokong UMNOBN ni dah jadi gila atau sasau cuba tengok bekas-bekas mangkok umno dah mula menjadi penyakit kepada umno sendiri. Mahathir berada di kedudukan teratas senarai diikuti Daim, Sabaruddin Chik, Muhyiddin, Safie Afdal, Mukhriz, ( mana pergi bekas MB Kelantan terakhir BN Mohamed Yaakob yang kalah pada PRU tahun 1990 dulu tak dengar apa-apa cerita pun tentang dia ? tetiba teringat kat dia ) sanusi junid hidup lagi ke ? ada sesiapa nak tambah senarai ni ? silakan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...