Friday 17 February 2017

JAWATAN DUNIA JUGA YANG UTAMA....


Walaupun Hadi Awang seperti memberi bayangan hampir pasti untuk memutuskan  jalinan kerjasama politik dengan PKR dalam Muktamar Pas April nanti, kepentingan jawatan dan kedudukan mungkin menjadi halangan utamanya.

Hadi bertegas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu atas alasan parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah dan jika perkara itu menjadi pegangan rasmi, ia dengan sendirinya melibatkan PKR yang memang sah, bahkan sudah lama ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

Hubungan dengan PKR akan diputuskan dalam Muktamar Pas April nanti, tegas Presiden Pas itu lagi.
Bagaimanapun, pendirian Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad bukan saja berbeza, malah mungkin menjadi titik tolak dalam keputusan pada muktamar nanti.

Menurut beliau, meskipun sekiranya hubungan Pas dengan PKR berakhir selepas Muktamar pada April itu, mereka tidak akan berundur daripada jawatan sebagai Exco  serta pelbagai kedudukan lain dalam kerajaan negeri Selangor.

Alasan beliau ialah Pas perlu menghormati pilihan rakyat Selangor yang telah memberi mandat kepada ketiga-tiga parti iaitu PKR, Pas dan DAP dalam pilihanraya 2013 yang lalu.

Kita tidak boleh lari daripada mandat yang telah diberikan kepada kita, ujar beliau kepada sebuah portal dalam talian.

Pulak???

Jadi, apakah yang boleh dijangka akan diputuskan oleh Pas tentang hubungan dengan PKR dalam muktamarnya nanti?

Terus bekerjasama atau putus segera?

Barangkali susah juga mahu meneruskan kerjasama dengan PKR kerana Hadi sudah mengatakan Pas tidak akan bekerjasama dengan sesiapa yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

Tetapi, bagaimana Pas hendak memutuskan hubungan dengan PKR sedangkan Iskandar dan Pas Selangor mahu terus bergayut kepada jawatan dalam kerajaan negeri yang sedang disandang sekarang?

Siapa lagi orang penting dalam Pas atau rapat dengan Hadi yang ada jawatan tinggi dan gaji besar dalam kerajaan negeri Selangor?

Hmmmm....rasanya apa keputusan pada Muktamar nanti sudah boleh dijangka. (SH 17/02/2017).

88 comments:

  1. Sah langkau keraguan, PAS parti yang keliru berpaksikan auta, berkepalsuan untuk terus hidup falam fantasi berwajah atau imej islam palsu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandat sbg adun dan ahli parlimen..betul....exco dan jawatan dlm glc bkn mandat tp anugerah kerajan negeri

      Delete
    2. Apa yang susahnya.....

      Mandat rakyat yang ramai memilih ADUN
      Mandat ahli yang sedikit memilih Hadi sebagai presiden

      Ramai lebih afdal dari sedikit.... jadi gugurkan Hadi.... Habis cerita

      Delete
    3. Islam di turunkan berperingkat bermula dgn nabi Adam a.s dan disudahi oleh junjungan Kita rasullullah mohamad ibni abdulla...tidak ada agama di dunia yg memberi jaminan atau garenti melainkan Islam yg Allah janji dlm al Quran telah sempuna dan di redhoinya... Ni ada yg nak buat tambahan atau di label kan Islam atau tempelan Islam.. Mereka adalah kaum yg menjual agama nya bg pendapat laba dunia yg sedikit... Sesungguhnya mati itu benar, siksaan mungkar dan nangkir itu benar dan syurga serta neraka itu benar.. Kepada kawan dari parti sendiri dan parti lawan Kita renungan lah... Kita Mencari tabayun.. Nukilan ikhlas al fadhil ustaz abuya datuk seri panglima Dr labu bin labi al hak al Intani wal peraki.. Lujnah penerangan parti bebas chop kunci..

      Delete
    4. .

      Hadi gagal menyatukan umat Islam dengan cara yang betul dan terbaik. Cara Hadi banyak yang mereng dan di lihat banyak mudarat nya dari baik nya.

      Sewajarnya Hadi letak jawatan sebagai Naib Presiden Ulamak Sedunia.

      Apa alasan pun termasuk ianya satu kerja yang bukan mudah Hadi tetap dikira gagal bukan kerana usaha susah payah dia tetapi kerana banyak sangat keburukan dia dengan cara dia.

      Wallahualam.

      Delete
    5. Anon 10:40

      Hadi bukan saja gagal menyatukan umat Islam. Hadi gagal menyatukan PAS warlords yang telah keluar membentuk Amanah. Hadi gagal menyatukan PAS warlords yang masih ada dalam parti termasuk Iskandar dan TITM. Hadi juga gagal menyatukan akar umbi yang banyak sudah menjadi 'harumanis', menunggu masa sahaja meninggalkan PAS.

      Kalau selalu sangat gagal, apa gunanya masih kekal presiden????

      Delete
    6. Barang sape yg maukan tuang presideng pas satu2 nya parti Islam dan lain bkn Islam merangkap naib ketua ulamak meletalkan jawatan.. Org itu adalah musuh Islam.. Mereka telah jatuh kapir.. Ye kapir harbi.. Yg membunuh akan dia diberi pahala,jika juga terbunuh pun dpt pahala.. Faham molek2 tu.. Kikiki.. Kihkihkih.. Ahaksss..

      Delete
    7. Banyak sangat menipu Allah, manipu umat islam di malaysia.
      Akibat nya hari ini cakap lain,;esok cakap lain. Jumpa mamat cakap pasal islam, jumpa sami cakap kebajikan dunia.
      Jika panjang umur nampaknya 'cakap sorang sorang'.
      Kita tunggu dan lihat bijak sangatkah manusia ini berani menipu Tuhan.
      Dunia.....dunia....ante auta...

      Delete
    8. Kahkahkah....kan aku da cakap!


      Pakai serban ke pakai jubah ke pakai songkok ke...kalau bab pangkat & harta memang ostad2 & lebai2 pun tersungkurrrr


      Pemimpin2 PAS memang tak dinafikan, ilmu agama penuh di dada, tapi IMAN & TAQWA boleh beli timbang kati kahkahkah.

      Cakap tak serupa bikin la lebai oiiiii!

      Delete
    9. Tunggang ugama lagi best dari tunggang todi, tunggang kuda, tunggang unta blablabla.

      Tunggang ugama duit datang melayang2.

      Delete
    10. Hadi mesti Jadi............!!

      Delete
    11. Parti Alamak SeMalaysia (PAS) dipimpin oleh alamak agung sedunia sedondong dengan Penipu@Penyamun Al Emdibi AlJholo....hebat hebat.

      Wala' jangan tak wala'.

      Delete
  2. KENYATAAN terbaru Tun Dr Mahathir untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara PAS dan PPBM. Kenyataan beliau itu adalah ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bahawa jika PPBM meneruskan hubungan dengan DAP, maka hubungan yang cuba diusahakan adalah tamat. Tempoh sebulan adalah tidak perlu.




    Ia menjelaskan dua perkara besar. Pertama, PAS serius dengan pendiriannya menolak DAP dan siapa pun yang ada hubungan dengan DAP. Selepas PAN yang juga ditolak kerana pengkhianatannya terhadap PAS, PPBM semakin dekat atau secara tidak rasminya ditolak oleh PAS. Adapun PKR, PAS secara serius mengkaji hubungan dengannya.

    Kedua, persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan IKATAN semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan PH. PPBM telah mengukuhkan pendiriannya untuk menjalin hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).

    Kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga adalah nyata. Kerana itu, DAP, PAN, PKR dan PPBM terus menerus menembak PAS dengan senjata beratnya bahawa PAS adalah rakan Umno. Kerana itu juga, Umno mengurangkan tekanan dan perseteruannya terhadap PAS. Tujuannya sama. Menidakkan PAS sebagai satu kekuatan dan pilihan terbaik bagi menggantikan BN mahupun PH.

    Bagi PH, undi PAS adalah undi Umno. Maka jangan undi PAS. Bagi Umno, undi Umno adalah undi PAS. Maka undilah Umno. Tujuan mereka walaupun berbeza tetapi bertemu di satu titik iaitu kemenangan adalah sama ada untuk Umno BN ataupun untuk PH. Hilangkan kemenangan untuk PAS.

    Adakah itu sukar buat PAS? Ya, PAS sentiasa sukar perjuangannya. Tetapi kemenangan dan kekuatan PAS hari ini adalah hasil kesabarannya menempuh kesukaran demi kesukaran. PAS sentiasa yakin bahawa motivasi perjuangan Islam adalah 'beriring kesukaran adalah kemudahan'.

    Umno tidak mampu lagi selain berbuat baik kepada PAS. Rekod buruk Umno terhadap PAS mesti dipadamkan demi survival Umno. Manakala PH tidak pula mampu memomokkan rekod buruk PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dulu sebagai peluru ampuh buat membedil PAS. Mereka walaupun benci tetapi terpaksa akur jasa PAS dalam PR. Jika mereka menidakkan, peluru itu akan melantun balik kepada mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Justeru sebaik-baik senjata mereka untuk membunuh PAS adalah menghujahkan perbuatan baik Umno kepada PAS sebagai bukti bahawa PAS dan Umno adalah satu. DAP menjaja PAS menyokong Umno. PPBM menjaja PAS makan dedak Umno. PKR menjaja PAS menyokong kezaliman. PAN hanya ikut kata. Mabuknya belum habis. Setianya dengan DAP memang lejen. Satu dalam sejarah negara.

      PAS menolak untuk tunduk kepada tekanan musuhnya. PAS akan kekal melaungkan ingatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia bahawa penyelesaian terbaik adalah dengan kembali kepada Islam sebagai cara hidup. Ia suara yang tidak akan padam dengan jaminan Allah. PAS setianya dengan Islam adalah lejen. Satu dalam sejarah politik negara.

      Walau baik mana sekali pun Umno terhadap PAS, PAS akan kekal bersendirian melawan Umno. Umno adalah musuh tradisi PAS dalam politik. Jika Umno ikhlas berbuat baik, itu hak dan kewajiban semua untuk berbuat baik. Jika Umno bersandiwara atau hanya berlakon semasa susahnya kini, lambat laun Umno pasti akan terjun ke dalam lubang digalinya sendiri. PAS telah siap siaga menolak sebarang sandiwara. PAS telah lama beriman dan mengajar rakyat bahawa dunia ini adalah sandiwara. Yang selamat adalah yang hidup istiqamah dan berwaspada di jalan Allah. Di tikar sejadah ubudiyah mahupun di karpet merah kemewahan.

      PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana Umno membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai. DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti. PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang.

      Lebih malang adalah rakan lama dalam perjuangan, IKRAM. Semoga Allah memilih yang terbaik daripada kalangan rakan-rakan dalam IKRAM untuk segera menyedari kesilapan dan memadamkannya. Jangan mabuk politik DAP macam PAN. Mabuk laut tak apa.

      Orang bertanya mana bahaya antara Umno dan DAP? Saya berkata, bahaya Umno bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya menanti. Hapuskan bahaya dirasai. Hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan.

      Delete
    2. 10.12,

      Adakah anda berfakta atau berauta?

      Berkebenaran atau berkepalsuan?

      Berealiti atau berfantasi?

      You appeared to be confused. Can you explain further? I do not see your logic in today's reality

      Delete
    3. Anon 10:12

      Hang ni sape???? Haji Hadi ke?????
      Kalau bukan jangan mimpilah Haji Hadi nak ikut cakap hang. Kalau Haji Hadi kata semua ahli kena menyokong BN, apa yang hang boleh buat.... TITM pun tak mampu bersuara.

      Sudah-sudahlah nak berauta

      Delete
    4. 10.40

      Saya berealiti. PAS dan UMNO parti MUNAFIQ.

      PAS tuduh Umno parti KAFIR..KAFIR.. KAFIR

      UMNO tuduh parti PAS PARTI AJARAN SESAT, PARTI AJARAN SERONG, PARTI AJARAN SEWEL.

      So....sapa berauta....anda kah saya?

      Delete
    5. .

      Lebih banyak negara sekular yang lebih maju dan yang menduduki tangga terbawah rasuah.

      Tidak ada kurang nya sekular jika niat kita memegang kuasa kerana Allah Taala. Jika kita ber pegang pada Allah dengan takwa dan iman, yang sekular pun nampak macam Islam.

      Tetapi kalau niat berserta kan nafsu yang Islam nampak lebih teruk dari yang sekular.

      PAS parti Islam tetapi menghalau Mahfuz apabila Mahfuz bersuara menegur pemimpin PAS. Sistem sekular pun ada peraturan keatas ahli yang tidak sehaluan, bukan menghalau !

      DAP Melaka mengantung pemimpin nya yang kemudian mengambil keputusan keluar parti !

      Untuk mendapat keberkatan yang lebih maka perlu nya sebagai orang Islam mengikut tuntutan agama. Itu lebih berkat dari sekular.

      Mencanang dan menyebut berulang kali mengaku PAS mahukan cara dan mengikut Islam belum tentu itu yang PAS lakukan.

      Delete
    6. Anon 10:49

      Aku (Anon 10:40) agak pening dengan komen balas hang ni.

      Aku komen Anon 10:12 yang nampak dari postingnya adalah walaun PAS (yang akan sentiasa menggunakan hujah PAN adalah ajen DAP).

      Tetiba hang komen pula... quote "PAS dan UMNO parti MUNAFIQ" Kalau hang Anon 10:12, tak kan hang nak kata PAS parti munafiq.

      Fenin.... fenin

      Delete
    7. Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Lim Kit Siang patut jadi orang pertama yang menyokong usaha kerajaan menubuhkan petugas khas siasatan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada 1990-an.

      Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata ini peluang terbaik untuk Lim yang juga ketua Parlimen DAP membuktikan usul dibawa pada 1993 dan 1994 berkaitan isu itu di Dewan Rakyat, benar-benar berasas.

      “Beliau sebelum ini begitu lantang di Dewan Rakyat mengemukakan pelbagai usul termasuk mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada 1990-an,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

      Sehubungan itu, katanya Lim seharusnya tampil ke depan untuk membantu pasukan petugas khas meneliti semua fakta berkaitan.

      Rabu lalu, Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada 1990-an.

      Pejabat Perdana Menteri berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang tertentu.




      Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.

      Azalina berkata Lim sebagai seorang ahli Parlimen yang berpengalaman seharusnya menyokong usaha kerajaan dan bukannya mempolitikkan penubuhan pasukan petugas khas itu.

      Katanya, Lim perlu konsisten dengan pendiriannya dalam isu itu kerana sikap berubah-ubah prinsip akan dinilai penyokong DAP.

      “Keputusan Kabinet menubuhkan ‘task force’ itu membuktikan yang kerajaan sentiasa terbuka dalam semua perkara yang menyentuh kepentingan negara.

      “Kerajaan akan tetap berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dalam menyiasat apa-apa perkara untuk memastikan tiada sebarang penyalahgunaan dan penyelewengan dalam tadbir urus negara.

      “Kerajaan BN juga sentiasa bersandarkan kepada prinsip keadilan seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah,” katanya.

      Delete
  3. Munafik istilah Islam, Hypocrite dalam bahasa Inggeris...2 x 5 sama 5 x 2......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Munafik ke hypocrite ke semua tu x penting, ostad2 & lebai2 PAS suruh rakyat semua husnuzon & taat pada ulil amri.

      Perghhhhh...da mcm maqasid bagi pandangan plak aku ni hehe.

      Hadi bawang...bila nak tambah bini lagi?

      Delete
  4. Umno gagal bela rakyat cuba ride on PAS on regious issue.

    PAS gagal tonjol imej islam lebih pada munafiq rela ditiduri untuk dedak demi survival sempit.

    Rakyat marhaen akan pilih.....

    ReplyDelete
  5. Hanya orang yang bodoh dan bahalol Saja Akan sokong parti pas nie !!!
    Parti yang gila kuasa and gila duit
    Hadi Awang, bila nak saman SR on 90 juta ???
    Ceehhh, Nama Saja tok guru tapi cakap Tak serupa bikin....
    Malulah ....eloklah kawan dng najib pencuri yg Tak Ada teloq nak saman WSJ tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengata org ko yg lebih

      Delete
    2. sentap ke orang kata kat tuang presideng hang?? walaunta laaa dengan presideng kluk klek tu...kalau presideng suruh hang makan tahi nescaya kau makan tahi....walaunta punya pasal...

      Delete
    3. OOI 11.16
      Mengata Kepala otak hang Laa!!!
      INi kenyataan laa, bangang!!!
      Hang nie buta,pekak and bisu ka?
      Dulu Hadi kata umno kapiaq, laa nie dia jilat pungkok najib pencuri duit rakyat...Malu Lah Sikit bahalol ooi
      Org yg bodoh and bahalol Saja Akan sokong PAS nie !!!
      Kononnya DAP Tak nak, tapi kat selangor duduk satu meja ???
      Piraaaah.....ceeehhhh !

      Delete
    4. Kita bertabayun dan bertahlul siyasi di mana ada kepentingan Islam (dibaca ada habuan fulus) oleh kerana di peringkat pusat dh talak 3,tp di Selangor talak blum boleh jatuh krn masih ngandung kerajaan pakatan..faham molek2 tu.. Guano mu x fahang2..

      Delete
    5. di mana ada kepentingan Islam (dibaca ada habuan fulus) ..
      ----------

      Bro labu.. Ente memang genius daaa... Faham dgn tepat maksud sebenar tahaluf siyasi bagi diorang ni.

      Hat's off. Hehe..

      Delete
  6. Mungkin apa yg Hadi lalui skrang kifarah perbuatan lampau beliau. Contoh, mengkafir org yg bukan ahli PAS dan sbgnya.
    Mungkin ini lah balasan org yg play God.
    Celaru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. .

      Bagi saya bukan balasan tapi siapa Hadi sebenarnya pada ketika itu.

      Dia membawa sikap dia begitu sepanjang masa sehingga ke hari ini. Tetapi hari ini terserlah apabila orang sejenis dengan dia yang pegang tampok kekuasaan.

      Mahathir melakukan kesilapan yang sangat besar tetapi sikap dia tidak teruk dan apabila di usia tua nya, sikap itu lah yang terserlah.

      Berjaga-jaga lah semasa umur hampir ke 40 tahun.. kerana selepas itu susah untuk tinggalkan yang buruk.

      Allah Maha Pengampun dan menerima taubat hamba Nya.

      Wallahualam.

      Delete
    2. Biar jahat di waktu muda tapi mati dalam iman
      dari terasa baik di waktu muda tapi mati tak tentu haluan

      Delete
    3. Walau apa pun tuan/puan biarlah kita memohon untuk mendapat kesudahan yg baik..

      Delete
  7. Partai PAS DAH CONFIRM GILA.
    Ini seban Lobai Kingcin Sadonia dh hirup kencing sendiri

    ReplyDelete
  8. Kepala P....K PAS!!! Bab di Selangor tak boleh lepas jawatan kerana mandat rakyat. Habis yang mereka desak MP dan ADUN Amanah yang menang atas tiket PAS semasa dalam PR yang lalu lepas jawatan dan menghina mereka bermacam cara, macam mana pula???. Bukan ke itu juga mandat rakyat???. Sebab tu tak pelik kalau rakyat Malaysia ni anggap PAS jual agama semata mata. PAS= Parti Agama Sesat!!! Memang jelas kebenarannya. Kalau tak kerana nama Islam, PAS = Parti Ahli Serabut saja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS - Parti Ahli Serban

      Dulu - Pas Untuk Semua
      Kini - Pas Untuk Dunia

      Delete
    2. Tabayun saudara.. Tahalul siyasi.. Astagfirullah hal azim.. Mengucap sedara.. Ulamak taraf dunia.. Kata2 nya adalah perintah Allah dan rasulnya.. Ahaksss..

      Delete
  9. Muktamar nanti...saya jangka PAS selangor akan diberi peluang buat pilihan sendiri...kih kih kih semua dapat jaga muka

    ReplyDelete
  10. PAS kalau nsk pulihkan imej pecat saja Hadi dan Musyridul am Hashim Cayman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musyridul Am ada porsche Cayman..hebat sungguh PAS PIS PUS..

      Delete
    2. Ketum korang ada private jet... Hebat hebat

      Delete
    3. Astagrhfirullah...mengucap sedara. Tak baik buruk sangka sedara. Berlapang dada lah. Husnuzon dgn ulil amri. Bersangka baik la dgn pemerintah.

      Cuba sedara tgk baik2, kereta Murshitdol Am PAS tu betul kereta proton saga.

      Kereta "potong" sedara, body cayenne tapi enjin saga tu kahkahkah.


      Perghhhhh...lapang rasa dada bila bersangka baik dgn ulil amri kahkahkah.

      Delete
    4. Ooo..

      Kira saga masuk bodykit Cheyenne la ye huhu..

      Delete


  11. Sepatutnya perkara ini tak Jadi isu. Apa pun yg PAS nak buat terpulang kpd kami, yg korang duk memyebuk sangat apa pasal??? Kami Ahli2 PAS sendiri pun tak memyebuk macam korang.
    Kami ahli2 Pas hanya mendengar arahan dp General kami. Bukan arhan ketum korang. Faham molek2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:25

      Allah bagi kamu akal tapi kamu tak mahu gunakan. Asyik nak ikut General yang tak habis-habis alih tiang gol, sekejap tahaluf siyasi sekejap tidak.

      Fatwa UMNO itu kafir dah tarik ke belum?????

      Delete
    2. .

      Bila kata PAS parti Islam ianya memberi kebenaran kepada orang Islam untuk menasihati PAS dan mempersoalkan teladan yang di tunjuk oleh pemimpin PAS.

      Semua ahli PAS termasuk saudara wajib wala tetapi wala ke benda jika sayangkan jawatan !

      Delete
    3. Fatwa itu untuk pengerusi Umno zaman tu saja

      Delete
    4. tuang presideng suruh makan tahi....hang makan tahi ke??? walaunta punya pasal....bergerak menentang arus...kih kih kih...al dedaki punya pasal...sampai geng-serban ni pakai kereta besar....porshe tetap dihati...kesian geng-geng walaun...boleh dedak untuk makan seharian jer...

      Delete
    5. Korang suka memaki
      ... Tu yang tak pernah memang

      Delete
    6. kami 0.09% PAS campur 2.6% UMNu...elok la tu

      Delete
    7. Alamak Agung Sedunia....

      Kah kah kah kah!!!!

      Delete
  12. Menanti muktamar. Mungkin banyak perkara yg akan diperjelaskan dalam muktamar tersebut. Atau hanya satu lagi wayang hadi and the geng. Yang saya nak tau sangat2 benar kah tuduhan SR dan Husam , jika benar mengaku saja itu lebih baik bagi kamu dan jika fitnah saman saja. Tidak ada jalan tengah dalam soal ni. Jika masih beralasan maka sudah terang tak perlu bersuloh lagi. Bagaimana kita nak mengistilahkan terima wang sebanyak 90j. Adakah ianya rasuah, hadiah, pemberian. Hadi telah diberi berbagai gelaran hebat oleh pengikutnya so live up to your title or be damn. Ada dua jenis golongan ulamak, golongan mana do you belongs to.

    ReplyDelete
  13. Digression

    Is hishamuddin and or ismail sabri resigning??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope, kalau resign boleh tulis dalam diari "hari ini dlm sejarah" haha

      Delete

  14. Jika PAS tak bersama Pakatan, yg rugi ialah :
    a Dap
    b Pkr
    c Ppbm
    d Amanah

    Setuju dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.... sebab PAS akan tetap letak calon atas alasan jual pil kuda

      Delete
    2. .

      Yang paling rugi Rakyat !

      Delete
    3. Menuduh Pas ko yg lebih

      Delete
    4. tak rugi pun...kalau Pas bersama pakatan, rakyat tak akan sokong pakatan....PAS dah ganti UMNO...perangai pun dah sama....

      Delete
    5. Rakyat dp aliran DAP PKR ppbm & Amanah akan rugi

      So cepat2 lah masuk pas atau umno atau mca

      Delete
  15. Pas menghirit Islam kedalam lumpur yang jijik bersamasama dengan kerendahan moral mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengata Pas ko yg lebih

      Delete
    2. bro....nak kutip elaun mencacai ke...agak2 laaa yer...

      Delete

  16. Petikan entry Tn Budin:-

    Siapa lagi orang penting dalam Pas atau rapat dengan Hadi yang ada jawatan tinggi dan gaji besar dalam kerajaan negeri Selangor?

    Komen:-

    Sebelum ni tersebar kata yang menantu Hadi ni ada jawatan di PERANGSANG dgn haji 30k sebulan. So far tiada penafian pun. Benarkah ini? Minta Tn Budin beri pencerahan sbb drpd petikan entry tu nampak memang Tn Budin dah tahu dan saja mahu pancing jawapan dari para pengomen.

    Inilah buktinya PAS adalah parti bolak balik yang tiada usul. Dalam masa yang sama mereka boleh buat 2 keputusan yang extremely contradictory to each other's usul. Lain di Pusat dan lain di Selangor.

    Kalau bekerjama dgn DAP tak boleh mengapa di Selangor masih dalam kumpulan kerajaan yg dianggotai DAP? Alasan bahawa ia pilihan rakyat adalah dangkal.

    Pertama disebabkan rakyat hanya memilih ADUN dan bukan memilih EXCO. Exco dipilih oleh MB dan MB dipilih oleh majoriti DUN.

    Kedua ialah kerana undi yang diberikan kepada PAS dulu termasuk juga dari kalangan penyokong DAP.

    Maka kalau PAS Selangor bermaruah mereka patut letak semua jawatan exco dan jawatan2 labtikan di GLC negeri.

    Setuju dgn konklusi Tuan Budin. Agama, bangsa, kepentingan umum mahupun maruah bukanlah pertimbangan mereka di dalam membuat keputusan. Semuanya demi habuan duniawi.

    Salute saya kpd mereka yang sanggup kehilangan jawatan demi kebenaran, spt TSMY, DSSA, DSMM, Anina, Ckgu Kamarulzaman, Hamidah Osman, Hamizura Osman dll.

    Kalau tidak kerana wujud golongan yang berani kerana benar dan tidak takut kehilangan jawatan dan harta seperti mereka ini barangkali negara kita sudah lebih teruk keadaanya daripada keadaan hari ini.

    Ayuh teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa pas menyertai PR. PKR dah lama bungkus di Selangor ni.

      Delete
    2. Kalau letak jawatan kang, miss soru lah pulak...

      Opps! Rezeki milik Allah. Tapi kuranglah upaya nak pakai porsche atau tambah cawangan

      Tak sedar PRU14 belum tentu jadi ADUN

      Delete
    3. Suruh Azmin letak jawatan... J Hadi yg pilih dia... Tak sedar diri tu.... Kalo ikut ketum , mama kipas Jadi mb

      Delete
    4. Hihihi.. Hidup pas!! Takbir..ahaksss..

      Delete
    5. Pas selangor mana leh letak jawatan, dah kena mandram duit dan kuasa,takut pada Allah ber kala kala..perasaan diri sudah alpa..tunduk pada dunia yg fana..

      Delete
  17. Bukannya kami tak tau tujuan korang nak kerjasama dg Pas.
    Pru nanti korang nak suruh org pas undi korang. Bila menang nanti korang balun semua isi2 tinggal kuah&tulang kpd pas...itu sebenar2 sebabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:08

      Terima kasih kerana menjelaskan apa yang samar sebelum ini dengan komen "Bila menang nanti korang balun semua isi2 tinggal kuah&tulang kpd pas"

      Maksudnya Hadi kata PAS cuma nak jadi penasihat tu auta aje le

      Delete
    2. Lemah sungguh iman kau ni anon 12:08 Gajah di depan mata kau tak nampak. Kuman di seberang lautan kau boleh nampak.

      Yg kita bercakap ni adalah pasal hari ini. Siapa yg dok balun harta negara? Siapa pula yg dok perabis duit rakyat? Kau faham tak kesusahan yg rakyat negara ini terpaksa tanggung termasuk diri kau dan anak bini kau sendiri.

      Dalam masyarakat Melayu orang2 yg buta huruf buta kayu mcm kau ni ramai. Islam bukan letaknya di jubah, di serban, di janggut atau pun di dahi. Sebab itulah aku kata iman pak turut ncm kau ni lemah. Nasihat aku bacalah buku byk2 fahamilah al quran dan sirah nabi baru dtgnya ilmu dan pengatahun.

      Kau mengerti ke tidak, wahyu yg pertama turun kepada nabi adalah lqrok, fahamilah betul2 lqrok itu apa. Nescaya kau tidak akan menjadi pak turut selama lama. Insyallah selepas ini kau tidak akan menjadi manusia yg buta hati dan lemah akal fikiran lagi.

      Delete
  18. Bila berdepan dengan jawatan dan duut, semu akan gelap mata termasuk tok imam dan tok lebai. Apatah lagi ularmak Pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi satu yg sedara lupa..

      Ostad2 & lebai2 PAS ni bab berjimak paling power!!!

      Kalau tak caye...try la offer sorg anak dara kat diorg, "bersih" dikerjakan kahkahkah

      Delete
  19. Jadi inilah yg dimaksudkan makan keliling. Bila nak lawan MB Selangor? UMNO Selangor pun sedang tunggu peluang tu. Tunggu dan lihat perkembangan politik di Selangor.

    ReplyDelete
  20. Sebab itu rakyat sudah kata lobai2 ni ckp mcm ular.
    Bila kat S'ngor nak terus pegang exco..tapi..dlm masa yg sama tak nak bekerjasama dgn parti2 politik yg ada hubungan dgn DAP dan PKR.

    Nampak sangant lobai2 ni berpolitik sbb nak jawatan dan pulus. Bukan pasal agama seperti mana ditonjol2kan

    Betul2 merosakkan org lah parti lobai dibawah lobai Hadi ni.

    Yg berkerjasama dlm politik dgn DAP dianggap mcm "kafir harbi" sepertimana malaun2 lobai selalu kata.
    Nasib baik aku dan keluarga2 aku dh tinggalkan parti lobai ular ni.

    ReplyDelete
  21. iF PAS CUTS OFF RELATIONS WITH PKR AT THEIR MUKTAMAR IN APRIL, THE SULTAN OF SELANGOR SHOULD CONDUCT AN EXERCISE TO DETERMINE WHETHER AZMIN HAS MAJORITY SUPPORT IN DUN SELANGOR. LIKE DONE BY THE FORMER SULTAN OF PERAK.

    IF NO MAJORITY SUPPORT, BUBARKAN DUN, FRESH STATE ELECTIONS, SEE IF UMNO/BN CAN WIN.

    WITH JAMAL IKAN BAKAR BEHAVING LIKE A LUNATIC, IRRITATING MORE AND MORE VOTERS, THEY'LL LOSE EVEN MORE SEATS AND THAT'LL DEMORALIZE THEM AT PRU14. THAT'LL PROVIDE EXCELLENT ATMOSPHERE TO GET RID OF NAJIB THEN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menagapa perlu di bubarkan .??

      Statistic kedudukkan ADUN Selangor setelah di keluarkan PAS , UMNO/BN serta Bebas adalah ...

      Pakatan Harapan 29 berbanding 27 yang lain .

      Pakatan Harapan terdiri dari PKR , DAP dan Amanah .

      So Azmin is still safe even after kicking out PAS .

      Delete
    2. Majoriti 2 tak mungkin goncang di gegar dek PAS mutuskan perhubungan dengan PKR?

      Kalau ada kemungkinan sikit pun, perlu ada tindakan Tuanku Sultan memanggil tiap seorang ADUN menentukan bahawa majoriti sokong Azmin.

      Delete
  22. .


    Malu lah dengan Jamal. Berani jugak Jamal letak jawatan sebagai Ketua Bahagian. Ketua Bahagian UMNO !

    Gila-gila Jamal pun, maruah Jamal lagi baik dari PAS Selangor.

    ReplyDelete
  23. Bukan mudah nak tolak dunia, tambahan pada parti yg memakai nama ugama...tak kira lobai atau org biasa, rugilah orang ditunggang nafsunya...

    ReplyDelete
  24. Perangai Hadi kebelakangan ni lain macam. Macam orang buang tabiaat saja. Biasanya sign macam ni petanda "bola nak masuk gol" saja. Sebelum ni arwah Harun Din buat tabiaat pelik, pertahankan Najib dan Rm2.6 billion tu. Tup tup tup dengar dia dah tak ada tak lama lepas tu. Tiap yang akan berlaku ada sign dan tanda tanda yang mungkin kita tak sedari sebelumnya tapi menyedari selepas segalanya berlaku. Barangkali tabiaat Hadi yang lain macam sekarang adalah satu dari "sign" berkenaan. Sempat ke Najib bercengkerama asyik masyuk dengan Hadi dalam election akan datang?.

    ReplyDelete
  25. khas buat bro labu labi...

    dalam satu topik perbincangan lain bro ada menyatakan...bro akn pasang kot untuk bertanding wakil rakyat di selangor....satu pendekatan bro yang sangat baik...andai itu menjadi kenyataan...cuma apa yang saya risaukan ialah....
    1.dalam keadaan bro sekarang ini pun yg sebagai org biasa...bro sudah ada isteri dari sabah dan sarawak....2 org...saya takut bila dah jadi wakil rakyat bro akan berpeluang tambah isteri lagi nemenuhi kuota...4 org
    2.apakah bro tidak teringin memperkenalkan taktik dan teknik bro kepada kami yg hanya ada satu barrel saja ni untuk menjadi ahli kumpulan bro?...
    3.ilmu yang baik itu wajib dikongsi sesama kita..
    4.best lho kalau ada peluang berganti pakaian...berbagai jenama
    5.tilikan dan kitab mana yang bro pakai..
    6.tidakkah bro takut kalau tambah cawangan menjadi cemuhan noh udang...jamal jamban...bijan yang hanya menggunakan satu barrel yang lama tu saja ...dah sampai naik karat dan kematu...
    7. 😆😆😆😆💪💪💪💪💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr cass,

      Semua nya tu ok.

      Tapi, sapa cakap "bijan yang hanya menggunakan satu barrel yang lama tu saja ...dah sampai naik karat dan kematu..."?

      Ada gerenti ke takda yang lain?

      Dan sapa cakap dah karat dan kematu?

      Buatan platinum mana boleh karat, Bang?

      Kematu tu kalau buah manggis tak cukup masak. Yang itu tuh aku rasa dah masak macam dah nak jadi tempoyak ......

      Delete
  26. PAS partai timpa perasan,obai kincin sadonia. Pong pang2 kna Buku 355 Mr Azlina yg punya. Walauunta gadai akal tak nampak permainan, hirup kincin berjampi,telan tark low seketul2. Lahanat lah merrka yg gadai agama bangsa. Tanah fh jd Nanyang

    ReplyDelete
  27. Lobai2 dah kemaruk dedak.

    ReplyDelete
  28. Itu lah wajah PAS yg sebenar! Yang bertopengkan islam demi kepentingan duniawi semata-mata

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...