Friday 19 February 2016

ZAHID KETEPIKAN NAJIB?

Ketika Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing secara serta merta di Sarawak pagi tadi, ia sebenarnya dilakukan hampir serentak dengan waktu ketibaan pulang Najib Razak daripada lawatannya ke Amerika Syarikat sejak seminggu lalu sedangkan Perdana Menteri sudah mengumumkan mahu berbincang terlebih dahulu dengan timbalannya berkaitan isu itu sejurus pulang ke tanahair.

Memetik laporan Berita Harian, Najib berkata akan mengadakan perbincangan dengan Zahid berhubung cadangan kontroversi kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sekembalinya ke dalam negara nanti.

Beri peluang saya berbincang dengan Ahmad Zahid sejurus pulang, kata Najib di akhir lawatannya di California, semalam.

Tetapi dengan Zahid mengumumkan penangguhan tersebut hampir serentak dengan waktu ketibaan Najib di KLIA, adakah keputusan itu dibuatnya sendiri tanpa menunggu perbincangan yang dikehendaki oleh Najib itu?
Kenapa Zahid begitu tergesa-gesa membuat pengumuman sedangkan "bossnya" sudah menyatakan mahu berbincang terlebih dahulu?

Mungkinkah ini yang membuatkan Najib terus bergegas ke pejabatnya sebaik tiba daripada KLIA dan tidak terus pulang ke kediamannya sepertimana biasa? (SH 19/02/2016).

22 comments:

  1. Big mama marah la tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ingat yang kata Jangan balik lagi baik si Rosmah...

      Delete
  2. Apa yang you nak peduli sangat En Din , kerajaan najib ini mana ada sistem , lu buat apa lu suka la asal ada fulus , atau lu buat apa yang boleh buat gua pun bukan pandai sangat act saja lebih, atau lebih teruk lagi tolong zahid kau orang semua asal coverline aku sudah la aku jadi PM lain lain kau orang pandai pandai la ye ,memang tak pandai melingkup ada , kah kah!!!!

    ReplyDelete
  3. Mampuihlah hang najib oiii

    ReplyDelete
  4. Ehwah Ehwah...

    Najib terkejut beruk dengan jumlah 1.5 juta orang. Ramai tuuu.

    Tapi bila di tukar 'orang' dengan angka 'RM. RM'

    Jadi perbicangan 'berapa aku dapat dan berapa kau dapat'.
    Tak adil. Aku punya rendah, apasal kau punya tinggi, begitulah episod seterusnya.

    ReplyDelete
  5. Pesanan kepada PM,berundurlah sebelum kamu diundurkan,malaikat maut menjengok manusia 70kali sehari(sama ada kita sedar atau tidak)kalau 2.6b itu boleh melepaskan kamu dari azab sakaratul maut teruskanlah,kumpulkanlah khazanah negara ini semahu-mahu kamu,buatla ape yg kamu mahu,KUASA DITANGAN KAMU,Tapi satu kamu harus ingat..Kamu,kami,semua rakyat akan MATI!!!!!DUNIA kamu boleh terlepas/dilepaskan tapi Ingat!!! Mahkamah Allah taala.TAUBAT sebelum ajal menjemput, ambilah iktibar atas kematian yg menimpa sahabat-sahabat kamu.

    ReplyDelete
  6. 1.5 juta pekerja bangla tu cuma satu usaha mengalihkan isu 1mdb semata.

    ReplyDelete
  7. mulut zahid x boleh pakai.pagi cakap
    lain ptg cakap lain.bangla pun jadi
    pening.alamat kurang masyuk

    ReplyDelete
  8. Membuat sesatu keputusan oleh menteri yang ada sekarang umpama ketuk gendang (kosong).Macam DK menyarankan saman WSJ,beranikah mereka?.TSRA menaya adakah mereka berbincang sebelum membuat sesatu kerja?. Hanya hampas saja yang kita boleh nampak dengan menteri-menteri yang ada sekarang.Memalukan.

    ReplyDelete
  9. Sila pasti kan Zahid ni di tendang keluar sekali dgn Najib nanti. Dah nampak sgt Zahid ni Ada perangai nya mcm Najib. Plan dia hanya nak kaya kan diri dia dan sedara mara dia. Penyakit $$$ dah berjangkit di kalangan menteri2 kita.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya damage done sama ada bincang atau tidak dgn bos itu adalh sendiwara politik selepas ni aku tak heran mereka kata kerajaan kerajaan bn dan umno sentiasa mendengar suara rakyat itu semua mainan politik nak cari populariti hentikanlah rakyat tetap benci kat umno n bn aaaammmmniiiinnnn

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya damage done sama ada bincang atau tidak dgn bos itu adalh sendiwara politik selepas ni aku tak heran mereka kata kerajaan kerajaan bn dan umno sentiasa mendengar suara rakyat itu semua mainan politik nak cari populariti hentikanlah rakyat tetap benci kat umno n bn aaaammmmniiiinnnn

    ReplyDelete
  12. Sila pasti kan Zahid ni di tendang keluar sekali dgn Najib nanti. Dah nampak sgt Zahid ni Ada perangai nya mcm Najib. Plan dia hanya nak kaya kan diri dia dan sedara mara dia. Penyakit $$$ dah berjangkit di kalangan menteri2 kita.

    ReplyDelete
  13. Najib kaki rasuah..ambik RM2.6billion dari 1MDB dan RM69million duit Pension Fund. Orang2 bodoh shj nak ikut Najib dan ikut perintah Najib.

    Utusan ckp Zahid ni bodoh. Tapi ada cerdik sikit. Najib akan tanggohkan kemasukan Bangla. Drp bugis korup tu dpt nama, Zahid checkmate dia. Lagi pun adik dia dh merajuk selpas dibelasah olih netizen@.

    ReplyDelete
  14. Tuan salleh keruak,tuan kaki kipas,tuan kaki jilat...
    Kalau ada unsur-unsur fitnah,saman je.kami rakyat malaysia dah malu.dah tak ada integrity.mana nak letak muka kalau pergi ke luar negara.
    Kami ni bukan macam muka najib atau rosmah yg tak tahu malu.jangan kt malaysia hari-hari buat penafian.
    Tolong lah sama WSJ

    ReplyDelete
  15. Zahid tangguhkan pengambilan Bangla untuk sementara dia mencari pengganti adik nya yang telah menarik diri dari urusan kemasukan Bangla ke Malaysia. Bila Zahid dah dapat pengganti atau ejen yang baru, Bangla akan dibawa masuk serta merta

    ReplyDelete
  16. Bangladesh Expatriate Minister ckp penghantaran pekerja bangla akan tetap dihantar ke Msia mengikut MOU yg telah ditandatangan. Kata beliau, statement dari Msia just "eyewash" utk meredakan kemarahan rakyat Msia. Kpd rakyat pula ini nk alih pandangan dari isu besar lain, hakikatnya menampakkan bahawa pentadbiran Msia caca marba.

    ReplyDelete
  17. Serampang dua mata.. Projek fulus dan projek IC utk PRU

    ReplyDelete

  18. เกมออนไลน์ เครดิตฟรี joker slot online คลิกเลย
    https://www.slotxd.com/jokergaming123

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...