Tuesday 2 February 2016

APAKAH MUKHRIZ TERPAKSA DIPECAT AKHIRNYA?

Persoalan demi persoalan terus timbul dalam kemelut mahu menukar Menteri Besar Kedah yang berlarutan sejak lebih seminggu lalu apabila kini 15 Adun pembangkang pula akan dipanggil mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, petang ini.

Kenapa wakil pembangkang mahu dipanggil sedangkan daripada 21 Adun BN yang ada, 19 daripadanya sudah dipanggil mengadap secara individu oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam?

Apa kaitannya Adun pembangkang dalam kemelut mahu menukar Mukhriz Mukhriz jika benar 19 daripada 21 Adun BN sudah menyetujuinya?

Daripada 21 Adun BN, hanya Mukhriz dan Aminuddin Omar yang tidak menandatangani akuan bersumpah itu.

Apakah ini bermakna daripada 19 Adun yang dipanggil semalam, tidak semuanya didapati bersetuju dengan pertukaran Mukhriz Mahathir apabila diminta berterus terang di depan Jemaah Pemangku Sultan Kedah walaupun masing-masing sudah menandatangani akuan bersumpah sebelum itu?

Logiknya kalau kesemua 19 Adun itu sudah seia-sekata mahu Mukhriz ditukar, tiada alasan lagi untuk menangguhkan pertukaran Menteri Besar Kedah yang baru kerana komposisi baru Adun akan menjadi 19-15-2.

Adakah disebabkan Jemaah Pemangku Diraja Kedah mendapati belum cukup majoriti yang jelas yang mahukan Mukhriz ditukar, lalu mereka memutuskan untuk mengetahui ke arah mana sokongan Adun-Adun pembangkang pula?

Bagaimana nanti jika kesemua 15 Adun pembangkang mahukan Mukhriz terus kekal sebagai Menteri Besar?

Jika daripada 19 Adun BN sudah berpecah, manakala 15 Adun pembangkang pula sekata menyokong Mukhriz, apakah nanti bermakna Jemaah Pemangku Sultan Kedah akhirnya akan memutuskan tiada keperluan sebarang pertukaran Menteri Besar di negeri itu?

Adakah UMNO akhirnya terpaksa memecat Mukhriz bagi meneruskan keegoan membuang anak Tun Mahathir itu?

Ahh...beranikah Najib? (SH 02/02/2016).

37 comments:

  1. Makin hari, makin menarik drama di kedah.mari kita sama- sama lihat dan ikuti episode seterusnya.mari kita lihat pengarahnya yg berpusat di putrajaya gagal menghabiskan skrip drama ini.semoga hero drama berdiri teguh..semoga Allah bersama mu mukriz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saksikan drama khas MB Kedah arahan karyawan Agung Lanun Mapudullung Sotong Kangkung.

      Arahan pertama beliau " Bila sauh dilabuh., layar dikembang" telah menjadi Box Office di London and Swiszerland dan semua station Tv di seluruh dunia.

      Pengambaran sepenuhnya di Port Dickson.Dibintangi oleh stuntman tersohor Mat Isa Samat

      Delete
    2. Sotong kangkung + Ubi sengkuang

      Delete
    3. Pemimpin-pemimpin parti Dumno mendabik dada kononnya merekalah pembela bangsa Melayu tetapi malangnya perbuatan mereka bercanggah dengan dakwaan mereka.

      Sekarang Dumno sibuk cuba menggulingkan MB Melayu yang disokong oleh rakyat Melayu di negeri Melayu. Sebelum ini Dumno telah menindas rakyat Melayu yang menetap di negeri-negeri Melayu yang diperintah oleh pembangkang Melayu! Pembela Melayu konon..... Cakap tak serupa bikin!

      Impian parti Dumno tidak akan tercapai sebab parti-parti pembangkang akan menyokong MB Melayu tersebut!

      Kita semua sedang menunggu kedatangan PRU14 untuk mengundi parti Islam dan menumbangkan parti sekular dan liberal !

      Delete
    4. Korang nak kata apa korang punya tahu la.jap i nak call talian hayat tuang amanat penasihat 25%

      Delete
    5. Anon 14:15 adalah balaci sifu roket penang mali yang menentang ajaran Islam dan cuba menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sebagi penduduk asal negara ini. Parti roket penuh hasad dengki dan bersikap perkauman!

      Haiya !....Kita olang mau tanya sama Anon 14:15 mengapa sifu roket penang mali membiarkan 26 kampung Melayu dirobohkan di PP semasa sifu roket berkuasa tetapi kaum roket mendapat milik tanah kekal 999 tahun semasa parti roket berkuasa di Prk.

      Haiya tipu punya olang! Lu Anon 14:15 manyak kuat kencing olang....hancing !

      Delete
    6. Hahaha mat mongol takde teloq nak pecat mukriz ah, baling batu dari jauh boleh laaaa... pastu sembunyik belakang badak air.

      Delete
    7. Ha3 walaONTA 1457 sudah mengamuk...ee seramnya!

      Delete
    8. Anon 15:11,

      Orang yang bersunat menjadi pengikut sifu roket yang tidak bersunat dan menentang hukum Allah....eeee seramnya!

      Jika pengikut-pengikut sifu roket mati, adakah mereka akan menemui Allah atau sifu roket di alam barzah?

      Sendiri mau ingatlah !

      Delete
    9. ni masa nk ngajar org2 atas sana, ingtlah bhw anda bkn lg disangka cerdik. satu persatu trdedah, rupanya anda si bodoh yg xblh diikut. apatah lg memimpin. cm kerana tamak, tiada jln lain nk kaya, trpksa jg mmburu kuasa. kedah akn ajar kamu kuasa kebijaksanaan. united we stand! long life mukhriz!!

      Delete
    10. Untuk apa kelangkabut tukar MB Kedah,sedangkn pru14 hanya tingal dua thun lagi.kasih peluanglah mukhris sampai abis penggal.klu mukhris d guling Dari MB kompom bn kalah of pru 14 nanti prcayalah.

      Delete
  2. Apabila syaitan bernafsu sudah mengkuasai diri sesaorang apa saja pandangan yang kita unjurkan akan dikira tak boleh pakai.Benang basah juga akan ditegakan,tetapi musim hujan telah berakhir sekarang ini musim kemarau mungkin benang itu akan kering dan tumbang,tungguuuu! kemusnahan menanti puak-puak ini dont worry be happy.

    ReplyDelete
  3. Kesimpulan drp Drama bersiri MB Kedah ini walaupun belum Tamat ialah:
    - Negeri Kedah bakal Melahirkan seorang lg PEMIMPIN yg berjiwa Rakyat..

    ReplyDelete
  4. Makanya yg benar tetap hak yg salah tetap batil...Insha Allah DS Mukhriz akan kekal sebagai MB...

    ReplyDelete
  5. Momentum Alor Setar boleh meruntuhkan Putrajaya. Bersedialah Rosmah.

    ReplyDelete
  6. Jika pucuk pimpinan UMNO dah nekad nak ganti MB Kedah lani, cayalah itu adalah keputusan mandotori dan pastinya suka atau tidak tetap akan berlaku. Tidak mustahil jika gagal maka senjata yang paling ampuh adalah seperti yg sdr. Shahbuddin andaikan.

    Apa pun saya tertarik dengan hujah Mahfuz Omar adakah kesalahan DSMM lebih besar berbanding DSNTR.

    ReplyDelete
  7. Semua pihak tau sokongan rakyat kedah untuk mukhriz solid molid. Isu MB pula berlarutan hampir 2 minggu, dia masih MB. Satu malaysia dah kenal kekuatan dia. Dia dah dapat respect kawan dan lawan. Masanya sudah tiba untuk mukhriz labelkan atau reinvent imej dia...kalau anwar dengan imej reformasi, mungkin mukhriz dengan imej transformasi. Soal samada dia kena pecat atau kekal umno, tak relevan, sebab umno pun tak relevan lagi. Muhidin, ku li, shafei pun tak relevan lagi. Saya rasa pembangkang lagi risau kalau mukhriz kena pecat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang lah yang akan kekalkan Mukhriz sebagai PM. Seperti kata Mahfuz cara UMNO macam berpolitik tidak bertempat. Yang teruk negara yang di sibuk negeri

      Delete
  8. Hei muhyidin yassin ngan shafie..xkan kamu nak menyepi shj....kahkahkah..sm TMY dilarang berucap dlm dewan sekolah hahahahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat dulu saja ada roti canai najib..
      Sekarang pun dah ada roti canai mahyuddin dan roti canai shafie.aduh..
      Entah-entah dah kena beli..sonyap je.

      Delete
    2. Tak kan tengok gani setahil je makan dedak ...

      Delete
  9. Berginikah bahasa dan contoh seorang yang mengelarkan dirinya mujahideen??? Mustahil seorang mujahideen berakhlak begini. Ketawa dan mempersendakan orang.

    ReplyDelete
  10. PAS akan selamatkan maruah Najib...
    21 adun UMNO + 8 adun PAS.
    Najib akan guna cash is king concept dgn PAS, pengkongsian kuasa pun nampak mula menggiurkan PAS, apa salahnya. Mukhriz akan tersungkur...

    ReplyDelete
  11. PAS akan selamatkan maruah Najib...
    21 adun UMNO + 8 adun PAS.
    Najib akan guna cash is king concept dgn PAS, pengkongsian kuasa pun nampak mula menggiurkan PAS, apa salahnya. Mukhriz akan tersungkur...

    ReplyDelete
  12. pembangkang lebih baik sokong mukhriz...x kan nak sokong ketua munafik...tunjuk jati diri anak kedah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa sistem 3 parti, parti pembangkang vs parti penasihat dan parti pemerintah.

      Delete
    2. Tuang punai sehat akan sokong 2.6b, cash is king!

      Delete
  13. meskipun majoriti hanya satu undi, ia adalah penentu iaitu sama seperti satu undi jadi penentu kedudukan Khalid di langkah kejang.

    ReplyDelete
  14. Nafsu dan hantu serta busuk hati telah menguasai fikiran adun umno di kedah ni itulah sebabnya jadi begini hancur umno lagi baik aaaaammmiiiiiinnñnn

    ReplyDelete
  15. Nafsu dan hantu serta busuk hati telah menguasai fikiran adun umno di kedah ni itulah sebabnya jadi begini hancur umno lagi baik aaaaammmiiiiiinnñnn

    ReplyDelete
  16. Jaga jaga jika istana murka.ketuanan melayu barangkali akan jd kentut melayu

    ReplyDelete
  17. Sukan adalah neutral. Justeru usah gunakan sukan untuk kepentingan yang sempit. #leavesukanalone

    ReplyDelete
  18. Kredibiliti Najib tercalar apabila Jemaah DiRaja memanggil semua adun-adun Kedah. Tidak banyak sikit nama Mahathir perlu di ambil kira apalagi alasan menukar dipersoalkan rakyat. Mukhriz sejak muda muda lagi tidak di kaitkan dengan gosip liar di bandingkan dengan Pemuda UMNO seangkatannya ..

    Salah seorang Jemaah DiRaja ialah seorang Puteri Raja Kedah yang hebat dan berpengetahuan tinggi.Selalu mendampingi rakyat secara bersahaja.

    ReplyDelete
  19. Kalau muhkriz gagal dijatuhkan,hang ni basah dgn geng2 ketua2 bahagian,malu wei..
    Mana nak letak muka.jangan dok kedah lagi.buat malu la.kebuluq sangat jadi menteri besaq.malu malu..geng2 hang pun malu malu.ajiz rahim..kemaluan hang makin hitam la..malu klu hang balik balen..kah..kah..pak jamil,lepah ni aku nak gelek pungkok kt hang..kah..kah...
    Mai kita gelak ramai-ramai..
    Kah..kah..kah

    ReplyDelete
  20. Ingat filem "Journey to the west"...watak dewa yang muka b*** telah ditiadakan dipapan iklan. Ironinya kita sekarang pun sama seperti tajuk filem iaitu sedang menuju ke negara barat (swiss, france, amerika dll) mencari jejak 1mdb.Watak2 penting dalam filem "Journey to the west versi malaysia" sedang ditiadakan penglibatannya dalam perjalanan mencari keadilan ke barat.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum....saya sebagai pemerhati politik dari jauh....tidak menyebelahi mana2 parti politik secara extreme ingin nyatakan bahawa cara menangani isu politik kedah dan negara cukup mengecewakan dan memberi tamparan buat saya sebagai rakyat malaysia dan anak jati kedah....walau saya menetap di luar negara, bagi saya cara pentadbiran DSN dan askar timbalan setia nya bermaharaja memerintah dalam rentak yg boleh difahami rakyat sebagai lebih rakus dan zalim dari pemimpin terdahulu dan terbukti salahlaku serta menipu rakyat dalam senyap dan sopan......bagi saya keputusan sekarang paling tidak adil dan saksama kerana Datuk Seri Najib berat sebelah dlm membuat keputusan....PEMBERONTAKKAN DAN PERNYATAAN AHLI2 UMNO SEBELUM INI UNTUK DATUK SERI NAJIB LETAK JAWATAN ADA DITERIMA ???? INI BERKAITAN MENTERI BESAR KEDAH ..TERANG-TERANG AHMAD BASHAH & RAKAN2 MEMBUAT KENYATAAN TERBUKA DI TERIMA DAN DIBERI SOKONGAN 110% KEPIMPINAN UMNO TERTINGGI DAN PUTRAJAYA ??? INI TERBUKTI KEPIMPINAN YANG HANYA BERTERASKAN RASUAH DAN GENGSTERISM PALING AGUNG DLM SEJARAH NEGARA MALAYSIA......KEPADA YANG BERANI ...TOLONGLAH BUAT LAPORAN POLIS DAN NYATAKAN KETIDAKPERCAYAAN TERHADAP KEPIMPINAN DATUK SERI NAJIB SEBAGAI ADIL DAN SAKSAMA MENGIKUT UNDANG-UNDANG & PERLEMBAGAAN NEGARA YG SEBENARNYA....PLEASE LAKUKN PERUBAHAN UTK NEGARAKU MALAYSIA TERCINTA & NEGERI KEDAH TERSAYANG....PLEASEEEEEEE...DARI RAKYAT YG PERIHATIN

    ReplyDelete
  22. Kan aku dah cakap,sapa suruh lawan Boss...last2 kena pecat...sepatutnya duk diam2 dulu,kumpulkan segala kekuatan.Apa dah jadi kat TSMY dan Safie Afdal...senyap membisu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...