Wednesday 17 February 2016

SAMPAI BILA KITA HARUS TERTINGGAL BERBANDING NEGARA JIRAN?

Apabila Tun Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak akan putus asa daripada berusaha mengundurkan Najib Razak, ia seharusnya merupakan berita gembira buat kita semua.

Ini kerana ia menunjukkan masih ada harapan untuk menyelamatkan negara ini dan memulihkan kepercayaannya di peringkat antarabangsa yang kita semua sedari telah terjejas teruk sejak timbulnya isu 1MDB dan derma ribuan juta yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Yang kita paling bimbang ialah jika Tun Mahathir tiba-tiba berhenti daripada mahu menyingkirkan Najib, malah lebih mendukacitakan jika ada khabar-khabar beliau pun terkulai sama dengan "umpan dedak" yang kini banyak ditaburkan di merata-rata sasaran.

Tetapi dengan bekas Perdana Menteri itu mengatakan, "akan terus bangun, cuba dan cuba lagi", sekurang-kurangnya perjuangan menyelamatkan negara ini masih lagi ada sinarnya.

Harus disedari bahawa sejak merdeka pada tahun 1957, inilah kali pertama negara dibelenggu dengan imej paling buruk yang berpunca daripada skandal peribadi melibatkan seorang pemimpin yang kemudian diletakkan seluruh negara untuk menanggung bebannya.

Lantaran itu, untuk memulihkan kembali imej negara, tiada lain caranya selain memastikan Najib tidak lagi duduk di kerusi empuk yang didudukinya sekarang.

Selagi ada Najib, segala-galanya akan bertambah buruk dan terus buruk tanpa kesudahannya.

Penyingkiran Najib boleh dilakukan sama ada melalui tekanan dalaman sebagaimana yang sedang diusaha-gigihkan oleh Tun Mahathir sekarang atau jika ia berlarutan sehingga ke tarikh PRU 14 akan datang, maka tiada pilihan lain selain memastikan UMNO dan BN ditanggalkan kuasanya daripada mentadbir negara ini.

Tiada sesiapa, kecuali pencinta dedak, yang sanggup melihat Najib terus menjadi Perdana Menteri selepas tahun 2018 nanti kerana ia hanya akan menjadikan negara terus terperosok dalam ketidaktentuan yang memeritkan semua orang.

Jika kita terus gagal menyingkirkan Najib, kita seharusnya malu dengan negara-negara jiran seperti Filipina, Indonesia dan Thailand yang lebih dulu ada kesedaran berbuat demikian.

Marcos, Suharto dan beberapa Perdana Menteri Thailand yang dipenuhi skandal dan kebejatan sehingga busuknya menerobos ke seluruh dunia, lebih awal disingkirkan dan ditolak demi satu tujuan iaitu menyelamatkan negara.

Malah beberapa negara di rantau Arab dan Afrika juga sudah pun berbuat demikian sejak beberapa tahun yang lalu.

Apakah kita bangsa Melayu dan beragama Islam yang sembahyang lima waktu, puasa, selalu berumrah serta menunaikan haji, masih juga tidak dapat menilai antara pemimpin yang baik dengan pemimpin yang penuh dengan masalah?

Apakah juga, melalui sembahyang, puasa, umrah dan haji, kita masih tiada kesedaran dan kekuatan dalam  mentafsir betapa hitamnya imej dan masa depan negara disebabkan pemimpin yang dipenuhi skandal peribadi itu?

Apa sebenarnya masalah sebahagian kita sehingga pemimpin penuh masalah peribadi seperti Najib masih mahu dikekalkan lagi?

Menolak dan bersama-sama menyingkirkan Najib bukanlah untuk memberi kemenangan kepada Tun Mahathir atau sesiapa, tetapi segala-galanya untuk kepentingan dan masa depan negara serta anak cucu kita juga. (SH 17/02/2016).

60 comments:

  1. Selagi kita menobatkan pemimpin sektor 3D (DEDAK, DALIH, DUNGU) selagi itulah kita akan tertinggal arus modenisasi negara dunia.

    ReplyDelete
  2. Kemajuan yang berlebihan dalam sektor politik akan memundurkan sektor ekonomi dan pembangunan negara.Jika sektor ekonomi makmur dan pembangunan negara pesat membangun ini akan meletakkan sektor politik hanya satu syarat iaitu majunya sebuah negara disebabkan bijaknya golongan politik memakmurkan ekonomi dan modenisasi pembangunan dalam negara.Pada tahap Malaysia terkini belum lagi melepasi zaman gelap di eropah dan zaman wild west dinegara Amerika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemajuan politik bermaksud orang politik menguasai sepenuhnya segala jabatan kerajaan dan media.jabatan kerajaan dan media seharusnya dikuasai rakyat ini akan melahirkan orang politik yang baik seterusnya tidak menjerumuskan negara menjadi negara yang "sick nation" atau menjadikan negara sebuah "negara gagal".

      Delete
    2. Pekerja dalam jabatan kerajaan pun, kena makan dedak jugak. Lihatlah sendiri SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis, Askar.. you name it.

      Malah jangan lupa sektor2 agama, Jabatan mufti, pejabat zakat, yapeim, jakim..tok2 imam masjid..to name a few la.. yang mana para ilmuan agama, semuanya penagih dedak belaka dan kerjanya belajar agama tinggi2 dan kitab2 dibuat lapik punggung serta bekerja di sektor membodohkan orang ramai. Nabi2 mereka ialah Noh Gadut, Harussani, Kazim Elias, Fathul Bari..blablabla..

      Saya tiada niat menghina mereka..malah sebagai pembayar cukai tegar selama 20 tahun yang mana duit titik peluh gaji dan bonus saya serta setiap GST yang dikutip daripada saya, digajikan kepada mereka2 yang mengharamjadahkan rakyat ini, saya ada suara untuk memperkatakannya..biarpun sebesar zarah. Tetapi merekalah sendiri yang mambawa diri ke lembah kehinaan.

      Seperti ceramah ringkas Mat Sabu beberapa hari lepas di depan Penjara Sungai Buloh.. Kita ni rakyat yang bacul, pengecut serta penakut. Semuanya pemakan dedak tegar dan tak berani kedepan seperti rakyat Thailand, Indonesia, Mesir, Tunisia dll. Sembang bab negara, berdegar2..gunung pun boleh runtuh dan jadi debu... Khalas.

      Delete

    3. Patutlah penulisan tahap haram jadah.
      Penyokong Tok Guru Mat Sabun rupanya.

      Delete
    4. Seperti yang telah saya katakan, apa jua yang di beri oleh Kerajaan Najib sekarang ini adalah 'dedak'

      Tentera di berikan kenaikan gaji walaupun kita tak bantah tetapi bersebab. Sebab itulah di kira dedak.

      Jika besuk minyak turun 50 sen, percaya lah kita di beri makan dedak.

      Tukar kan lah 'dedak' sebagai hak rakyat yang sebenarnya. Nak bagi bukan sebab nak pertahan kerajaan Najib yang korup dan rosak.

      Delete
    5. Anon 09.41 mat sabu tak memperdaya dgn mcm2 muslihat menipu rakyat.mappudulung nak cuci bersih kau tak nampak.kau makan dedak byk sangat nanti sumbat powww..

      Delete
  3. Jika itu satu kebenaran, permudahkanlah usaha Tun dan kami Ya Allah !!!

    ReplyDelete
  4. Piliharaya ke 14 dan kedatangan warga bangladesh 1.5 juta. 2 perkara yg jelas tidak sinonim. tapi mungkin intim bila di campur dgn "dedak". tungguuuuu..... pasca PRU 14 datang.

    ReplyDelete
  5. Assalam Bro,aku tetap dan akan terus memberi sokongan kepada usaha untuk menyingkirkan Najib.Aku bimbang dengan nasib anak dan cucu aku di masa hadapan selagi Najib berkuasa.Semoga Allah merahmati Tun Mahathir.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan tetap bersama dan menyokong tuan shah dan ayahnda Tun Mahathir Mohamad

      Delete
  6. Perjuangan belum selesai Dan melayu Mudah lupa. Apa nak jadi dengan negara Dan rakyat Malaysia kini ramai yang sudah perbodoh2kan oleh segelintir pemimpin yang khianat. Sudah seolah2 hilang nilai2 murni Dan pelajaran agama.

    ReplyDelete
  7. Pemimpin2 bangang pon patut dibuang....memalukan! Bukan saja orang Pekan...orang kawasan lain pon kena sama2 bertanggungjawab menjatuhkan pemimpin bangang, seperti mana mereka (termasuk saya) bertanggungjawab meletakkan mereka di Parlimen. Saya malu dengan judgement saya pada 2013. Saya akan pastikan judgement yang lebih molek pada PRU nanti. Tiada yang lebih molek dari mengundi keluar umno.

    ReplyDelete
  8. Malaysia akan terus gagal kerana pemimpin telah sesat, mata mereka telah dikaburi kemewahan, pangkat dan duit rompakan. Sesiapa yang berani bersuara akan disumbat dalam penjara atau dianiayai hingga tidak dapat bersuara. Sekarang dengan 1.5m warga Bangla yang tidaklama lagi menjadi warga Malaysia, adakah peluang untuk mencerahkan masa depan negara ini? Salah siapa? Salah mereka yang memberi peluang kepada UMNO dan BN untuk terus berkuasa. MCA dan MIC ditolak oleh orang Cina dan India kerana mereka sudah bosan ditipu dan berani tukar tapi orang Melayu masih bergantung dengan harapan yang nasib mereka akan dibela UMNO. Mungkin satu hari nanti kita akan dibela menteri dari Bangla, sama seperti kita sekarang dibela menteri dari Jawa...yang masih menganggap Indonesia sebagai kampungnya, seperti yang dia nyatakan kepada penonton TV Indonesia semasa anaknya kahwin di sana...Tahniah warga bodoh Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Najib nampak mesra ngan Obama skrg..hahaha. Kepala penyamun jumpe menghadap kepala penyangak..

    ReplyDelete
  10. Shah, mungkin saudara terlepas pandang. Ada perbezaan ketara antara Malaysia dan Negara yang Shah sebut. Ini terletak pada Dasar yang diamalkan di Malaysia dan Negara-Negara tersebut. Saya malas nak cerita lebih sebab benda ini memang sensitif dan pembaca di sini pun ..... faham-faham jer lah ! Oleh sebab itu, mereka berjaya dan kita akan terus ketinggalan malah langsung tidak akan berjaya. Tunggu dan lihat sajalah dan Shah tentu tahu yang apa saya cakap ini adalah benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham tentang dasar, tapi sekurang2nya kita harus mencontohi semangat mereka dalam menolak pemimpin yang dilihat banyak skandal.

      Delete
  11. Sekali lg Dunia sedang mengkaji politik Malaysia yg sememangnya penuh dgn KEANEHAN...
    DEMOKRASI apakah yg diguna pakai sehingga jawatan PM begitu KEBAL..
    TEORI apakah yg digunakan sehingga yg nampak SALAH menjadi BENAR..
    HUKUM apakah yg dipakai sehingga yg HARAM menjadi HALAL....
    Namun HAKIKAT yg sebenarnya, Rakyat Malaysia sedang diUJI dgn KEKEBALAN DEMOKRASI yg Harus DIPERBAIKI selepas ini.....

    ReplyDelete
  12. Asalamualaikum Tun kami doakan agar tun sehiat dan dipanjangkan umur kami rakyat malayia menyokong atas gesaan tun untuk menyigkirkan pm sekarang kerana berbagai skandal rakyat menderita pemimpin bertambah kayaraya untuk mencari sesuap nasi pun susah lakukanlah tun semoga allah bersama rakyat yg teraniaya ini aaaammmiiiiinnn

    ReplyDelete
  13. Asalamualaikum Tun kami doakan agar tun sehiat dan dipanjangkan umur kami rakyat malayia menyokong atas gesaan tun untuk menyigkirkan pm sekarang kerana berbagai skandal rakyat menderita pemimpin bertambah kayaraya untuk mencari sesuap nasi pun susah lakukanlah tun semoga allah bersama rakyat yg teraniaya ini aaaammmiiiiinnn

    ReplyDelete
  14. Tuan bloger! anda seorang yang berani.Kami kagum pada kamu.Umno sudah semakin lemas.Mari kita sama2 semadikan dia diliang lahad.

    ReplyDelete
  15. PM sangat berkuasa. Dengan adanya Tun M sebagai check and balance, rakyat sememangnya menaruh harapan besar agar UMNO tidak dipinggirkan sebab akibat berpunca dari krisis kepimpinan yang memalukan.

    ReplyDelete
  16. Najib Razak adalah musuh no 1 rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  17. Ada peluang business ni...jodohkan awek2 kita dengan bangla. Kalau satu jodoh rm1000...potensi untuk kaya amat besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe mulakan dgn anak pompuan zahid bangladi dulu.

      Delete
    2. Hehehe mulakan dgn anak pompuan zahid bangladi dulu.

      Delete
  18. Tun,kita memang akan terus tertinggal di belakang selagi yg mewarisi pntadbiran ngra terdiri dr org sprti zahid hamidi, annuar musa,ahmad maslan n rmai lg seumpamanya sbg pelapis. Semuanya meletakkan matlamat nk kayakan dri n kluarga shj.Ni bkn soal jatuhkn najib shj,but the rest of umno bn. Tun sendiri cakap,yg cerdik pndai smua dh sertai pmbangkang. Jadi apa lagi yg tinggal dlm umno bn? Lembu kerbau ja tun..

    ReplyDelete
  19. Yang paling menjijikkan - mengapa masih harapkan Tun yang harus terus bersara??

    Mana anak muda yang akan warisi negara ini. Takkan nak tunggu Tun bertungkus lumus menyelamaykan Malaysia.

    Semoga Tun dirahmati dengan kesihatan yang sempurna.

    ReplyDelete
  20. Sehingga ke sa'at ini Tun masih lagi berusaha untuk menjatuh kan Najib mungkin kerana baru menyedari akan kesilapan nya melantik orang itu yang memiliki isteri yang "PELIK". Bukan kah sebelum ini Tun sendiri yang beriya iya mengangkat nya sebagai PM sehingga kan Mahyuddin Yasin turut menyokong pendapat Tun ketika itu, malah hingga ke Singapura pun dia masih bersuara agar Najib naik mengantikan Pak Lah yang tak mau menerus kan pembenaan Jambatan Bengkok. Kini apa sudah jadi dengan orang yang di sanjung sehingga dia berjaya membengkok kan Malaysia, Mahyuddin Yasin sendiri, Mau-kris dan beberapa orang lagi. Pada firasat saya usaha Tun itu tak akan berhasil kerana ada "PELINDUNG" dari isteri Najib sendiri.

    Apa yang di harapkan agar PRU ke 14 nanti akan ada perubahan, itu pun kalau orang Melayu yang sudah di "BONGSAI" pemikiran mereka mampu melepaskan diri dari ikatan itu. Itu lah pun merupakan harapan kebanyakan para pengundi Melayu. Kaum Cina dan sedikit kaum India sudah pun berubah. Namun begitu kita terpaksa berwas pada kepada kehadiran Mat Mat Bangla yang seramai 1.5 juta itu.

    Andai kata di PRU ke 14 nanti MNO/BN masih berkuasa walau pun Najib mampu kita singkir kan juga tidak bermakna kerana kesemua muka muka yang menjadi para pemimpin UMNO tidak mempunya "NUR KEIMANAN". Yang menjadi ukuran mereka setakat ini ada lah ucapan dan bahasa badan mereka.

    ReplyDelete
  21. Apa nak buat....kita orang Melayu ni agaknya sudah ditakdirkan jadi begini....yang berjaya, lupa daratan...yang kena kais teruslah berkais. Bukan Melayu tak pandai, tapi terlalu pandai!!!!

    ReplyDelete
  22. Seperti yang telah saya katakan, apa jua yang di beri oleh Kerajaan Najib sekarang ini adalah 'dedak'

    Tentera di berikan kenaikan gaji walaupun kita tak bantah tetapi bersebab. Sebab itulah di kira dedak.

    Jika besuk minyak turun 50 sen, percaya lah kita di beri makan dedak.

    Tukar kan lah 'dedak' sebagai hak rakyat yang sebenarnya. Nak bagi bukan sebab nak pertahan kerajaan Najib yang korup dan rosak.

    Seperti TH yang tidak ada kemampuan membayar dividen dan bonus tetapi tetap di berikan juga, begitu lah Kerajaan Najib ... penyimpan TH di kira di beri dedak ... Dalam tidak ada kemampuan, kita dapat bermacam-macam perkara seperti turun harga minyak, turunkan tol, turun get.... ingat lah rakyat kita di beri dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengambilan 9,000 orang sebagai Polis pada tahun ini perlu di ambil kira. Bahagian mana kah yang di isi? SB atau FRU ?

      Bagaimana pula mereka di latih? Mereka di latih seolah-olah mereka berhadapan dengan IS, bukan rakyat ? Polis dan Tentera menjalani latihan yang sama dan berapa kerap mereka berlatih dengan kedudukan Najib begini ?

      BTN tidak mampu menghadapi keadaan sekarang, sebab itu kedua-dua kategori ini di taburkan dengan dedak.

      Jika kita semua rakyat Malaysia ingin setading dengan negara jiran, jangan jadi jenis rakyat yang makan dedak. Jangan bila makan dedak terus jadi bodoh.

      Delete
    2. Bukan penyokong Tun sahaja yang sangat berharap pada suara Tun, yang menyalahkan Tun pun sangat berharap pada Tun.

      Najib risau dengan kelantangan Tun sebab itu dibawa masuk 1.5 juta Bangla. Sekirannya perisikan mendapati Tun berjaya meningkatkan kebencian rakyat terhadap kerajaan Najib, jumlah kemasukan Bangla akan ditambah 0.5 juta. Apapun jumlah tersebut tidak akan melebihi 2.6 juta.

      Silap Najib kerana melebihkan pembodek dari rakyat. Bagi Najib pembodek yang memastikan dia terus berkuasa. Pembodek sepatutnya menjaga rakyat seperti yang Najib harapkan tetapi se baliknya pembodek menjaga Tun supaya berhenti menyerang Najib.

      Delete
  23. The tyranny (kezaliman) of the powerful is met in Malaysia with the tyranny of the masses (rakyat). For dear Tun it seems he is doing what he is doing even if it were to be the very last thing he does before he goes away - whereas for so many of us - and this particularly true of the Malays? - we can't even get ourselves to register as voters! It is as if for so many of us we want or would let others to fight on our behalf for the new blessed Malaysia to emerge.

    Hasn't Allah swt made it clear in the Al Qur'an that He shall help those who help themselves?

    All that you dear Shah mentioned such as solah, pilgrimage to Mekah, etc. have been nothing but rituals to so many of us (who include me?)...

    Truly we need to understand that Malaysia is our responsibility. Malaysia is not just the responsibility of the current leaders or dear Tun and his supporters or the so called Opposition Parties and their supporters.

    But there is light at the end of the long dark tunnel for these days more and more of us compared to years ago who are in the know of this and who continue to act accordingly.

    It is just that there is a need for many more to be involved... and time appears to be running out for Malaysia.

    Where are you the sons and daughters of Malaysia, for Malaysia today is truly in need of you?

    ReplyDelete
  24. BN akan menang lagi pilihanraya ke 14 nnti.tak caya tengok la nnti.bila Barua Negara ni tabur dedak tiga empat kali ganda dari biasa pakcik2 kg dan makcik2 felda takkan lengah2 lagi memangkah dacing lama ni.dah perangai melayu...

    ReplyDelete
  25. Saya tertarik dgn satu artikel mengenai Pres. Obama dan Naib Presnya.
    Kisahnya begini; Biden terpaksa menjual rumahnya untuk kos guaman ansknya.
    Bila Obama d maklum, ia berkata pada Biden : Dont sell the house, i will give u the money tat u nd.
    Touching kan? Setiakawan org Christian. Kita d Msia, sdah buat salah habis mereka2 yg x sebulu dgn NR jadi mangsa.
    Bila kita nak sedar?

    ReplyDelete
  26. Saya tertarik dgn satu artikel mengenai Pres. Obama dan Naib Presnya.
    Kisahnya begini; Biden terpaksa menjual rumahnya untuk kos guaman ansknya.
    Bila Obama d maklum, ia berkata pada Biden : Dont sell the house, i will give u the money tat u nd.
    Touching kan? Setiakawan org Christian. Kita d Msia, sdah buat salah habis mereka2 yg x sebulu dgn NR jadi mangsa.
    Bila kita nak sedar?

    ReplyDelete
  27. Salam,
    Lari tajuk sikit, sekiranya najib berjaya diturunkan, saya mencadangkan supaya perlembagaan umno digubal supaya semua ahli umno boleh mengundi dalam pemilihan jawatan tertinggi parti. Bermula dari bahagian, negeri, dan pusat. Ini dapat menghindarkan berpuak2 dalam parti dan politik wang. Biar semua ahli yang menilai sendiri setiap calon yang menawarkan diri untuk bertanding. Sistem yang ada sekarang amat tidak adil dan tidak telus.

    ReplyDelete
  28. Salam,
    Lari tajuk sikit, sekiranya najib berjaya diturunkan, saya mencadangkan supaya perlembagaan umno digubal supaya semua ahli umno boleh mengundi dalam pemilihan jawatan tertinggi parti. Bermula dari bahagian, negeri, dan pusat. Ini dapat menghindarkan berpuak2 dalam parti dan politik wang. Biar semua ahli yang menilai sendiri setiap calon yang menawarkan diri untuk bertanding. Sistem yang ada sekarang amat tidak adil dan tidak telus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua Ahli2 dibenarkan mengundur..samada ahli2 nak pergi mengundi atau tidak itu terserah kpd ahli2..yg penting ahli dibenarkan mengundi..baru calon2 yg bertanding utk merebut jawatan akan turun buat kerja utk diri sendiri..ni asyik dok serah tugas MELOBI kpd RUNNER..Ahli2 pun calon tak kenal...

      Delete
  29. Jadikan kes najib sebagai sempadan dan teladan untuk parti. Sebab ini lah najib keras kepala dan buat apa saja yang dia suka termasuk beberapa menteri cap ayam yang menyokong. Saya fikir mereka belum gila untuk menafikan kenyataan siapa najib. Tetapi demi untuk kepentingan diri maka mereka menyokong najib dan mereka sama2 berpakat untuk mengekang sebarang usaha bagi menjatuhkan najib. Sejak kes 1mdb dan 2.6b menjadi isu, hanya berapa orang saja yang bersuara sama ada sokong najib atau tidak sokong najib. Kebanyakan hanya diam membisu, tunggu tengok kesudahan macam mana. Yang penting temolok mau jaga. Cakap sokong najib, nanti dimusuhi pengundi, cakap tak sokong najib, nanti hilang jawatan atau tak dicalon semula. Tetapi andainya jawatan parti semua ahli yang pilih, saya rasa dah lama najib kena usul undi tak percaya dari mkt.

    ReplyDelete
  30. Salam sahabat.
    PRU 14 PM wajib seorang seperti Khalifah Umar Al Khatab. Barulah tanah jawi INI akan kekal aman sejahtera Dan makmur. Jika gagal pasti cucu cicit kita akan kencing di pusara kita kelak kerana sudah tidak bekerja. Kerja remaja kita sementara belajar di pekan ..7E KFC McD dsbnya. Di kampung...kilang. Pembanjiran warga asing sektor peruncitan perlu kebijaksanaan agensi agensi kerajaan berkaitan. Kawalselia di semua peringkat pelaksanaan adalah sangat perlu ..malangnya ketidak kebertanggungjawab pegawai semua peringkat adalah di peringkat yang amat menggerunkan. RAHSUAH..HABUAN.
    Hanya PM berkriteria Khalifah Umar Al Khatab insyaAllah mampu menangani permasaalahan INI. Usaha sedang dijalankan oleh mereka yang prihatin bagi memastikan Malaysia kekal unggul sepertimana kita semua idamkan.
    Sokongan mantap kepada Tun Dr Mahathir perlu diterjemahkan mengikut keupayaan masing masing. Usaha penulis blog INI sangat sangat saya kagumi Dan sanjungi. Begitu juga komen sahabat sekelian...Dan kita janganlah sekadar sedap berbicara sahaja.
    Seandainya ada satu usaha menjatuhkan kepimpinanan BN sekarang ianya wajib tidak melanggar keharmonian negara. Kita tidak perlu Arab Springs.
    PM Najib HANYA boleh dijatuhkan oleh UMNO Dan ITU TIDAK AKAN BERLAKU.
    Jangan mengwujudkan ketidak ketenteraman awam sehingga DARURAT diistiharkan. Sebaliknya tekanan pelbagai pihak ditingkatkan. Cawangan cawangan UMNO bertindak menolak kepimpinan PM adalah satu usaha murni namun jika dedak ditaburkan ikhtiar INI beralih arah.
    Ingat IMPP.
    Bila tiba masanya sokong IMPP..Wassalam

    ReplyDelete
  31. Salam En Din

    Ini adalah antara artikel TERBAIK daripada En Din. Mari kita sama-sama berdiri teguh dibelakang Tun M, dulu kini dan selamanya...

    ReplyDelete
  32. Huh...smua komen angan2 dan berdegar32.....korang jgn mimpilah....YA ALLAH...panjangkan umur DS Najib dan biar beliau terus memimpin Malaysia ini...Bukakan lagi pintu hati pemimpin2 PAS agar terus menyokong segala idea dan usaha DS Najib....UMNO terus diuji dan ini bukti kewibawaan DS Najib dan Dati Seri Rosmah..
    aku x dapat apa2 pun...tapi boleh menilai sendiri smua fitnah yg dibuat kpd pemimpin umno...
    ayuh rakyat..belia...betua....kita sokong ds najib dan pas yg mesti be4gabung di alammaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni sama ada tolol atau terlampau tolol sbb byk sgt mkn dedak

      Delete
    2. Anon 17.19 ni agaknya graduan universiti umno.

      Delete
  33. Saya hrap kepada mereka2 yg ade mak ayah or rakan taulan di kg dan felda2 yg hanya mnonton tv3suku cuba2la terangkan perihal situasi tenatnya negara kita sekarang ini. Sebab sy cuba trangkn pada ayah sy pun dia xpercaya yg Najib ade 2.6bil dlm akaun n percaya saja berita dri tv3 suku. Jadi saya hrap ade gerakan2 msuk ke kg dn berucap n terangka situasi parti umno skarang. ini saja cara bleh undurkn najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan orang Felda kena guna helah. Pada dia orang tak masuk akal Najib yang guna duit itu. Jadi jangan sebut billion. Cakap juta je.

      Delete
  34. En Shahbudin

    Pada pendapat saya kebanyakan pemimpin melayu termasuk yg diangkat sbg ulama menjadikan Islam sebagai pakaian yg boleh ditukar mengikut citarasa dan suasana bagi menghalalkan cara...

    ReplyDelete
  35. En Shahbudin

    Pada pendapat saya kebanyakan pemimpin melayu termasuk yg diangkat sbg ulama menjadikan Islam sebagai pakaian yg boleh ditukar mengikut citarasa dan suasana bagi menghalalkan cara...

    ReplyDelete
  36. Hanya Melayu UMNO...Nie pemimpin ulung kamu..banggalah jd ahli UMNO..cantas bile da beri nasihat..ramai mkn dedak

    ReplyDelete
  37. Orang melayu tadak telor!
    Sembang saja berdegar-degar.
    Khalas.

    ReplyDelete
  38. Ulama hari ini hidup senang disisi pemerintah... kerosakan dibiarkan maharajalela...

    *Kenali dan sayangi Ulama'*

    Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.

    Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan
    pemecah-belah masyarakat.

    Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

    Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

    Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

    Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

    Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

    Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

    Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

    Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh
    pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang
    rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

    Semoga Allah SWT merahmati roh mereka. Wallahhua'lam.

    ReplyDelete

  39. เล่นเลยฟรีเครดิต สล็อต joker slot online แจกโบนัสมากมาย
    https://www.slot4u.com/joker123

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...