Friday 26 February 2016

TAHNIAH BUAT ZAHID, PERMULAAN UNTUK MUHYIDDIN

Sebagaimana yang dijangka, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akhirnya digantung jawatannya sehingga pemilihan akan datang.

Sehubungan itu, Ahmad Zahidi Hamidi diberi kuasa untuk menjalankan tugas timbalan presiden UMNO sepanjang penggantungan Muhyiddin itu.

Oleh kerana pemilihan UMNO sudah dianjakkan kepada 2018 dan sebelumnya pula pilihanraya umum ke 14 terpaksa diadakan, penggantungan ini bermakna telah "membunuh"  terus masa depan Muhyiddin bersama parti itu.

Dengan perkembangan yang sama, maka yang seharusnya diberikan ucapan tahniah ialah Zahid Hamidi kerana berjaya menaik setakuk lagi dalam perjalanan karier politiknya.

Sebagai pemimpin yang sama-sama berasal dari Perak, Zahid juga tentunya rasa terhutang budi yang amat sangat kepada Nazri Aziz atas cadangannya mengusulkan penggantungan Muhyiddin itu kerana dalam masa yang sama turut menyebabkan peningkatan kepada martabat dirinya secara percuma dalam hireaki UMNO.

Kepada Najib, situasi itu belum tentu memberi kekukuhan kepada kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Apa yang berlaku selepas penggantungan Muhyiddin ini, bersama-sama isu 1MDB, derma RM2,600 juta serta pelbagai siasatan oleh beberapa negara luar berkaitan syarikat pelaburan itu, ia tidak mustahil akan terus menjebaknya dalam kemelut kegersangan sokongan yang tidak berkesudahan.

Muhyiddin pula, walaupun hanya digantung jawatan tetapi masih kekal sebagai ahli UMNO,  berdiam diri saja selepas ini hanya akan menyebabkan masa depannya mereput begitu saja.

Melalui UMNO, masa depan Muhyiddin sudah boleh dikira berakhir mulai hari ini. Bukan saja harapan untuk kembali memegang jawatan tertinggi dalam parti itu tiada harapan lagi, bahkan sudah pasti UMNO tidak akan mencalonkannya lagi untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Pilihan selainnya kini adalah ditangan Muhyiddin. Jika kena gayanya, penggantungan ini boleh dijadikan permulaan kepada pembukaan lembaran baru dalam perjalanannya sebagai pemimpin dan ahli politik.

Yang penting, buatlah pilihan yang terbaik dan terus bergerak ke depan bersama-sama harapan rakyat yang secara umumnya begitu dahagakan perubahan.

Lagi pun, penggantungan ini hanya menjadikan kariernya melalui UMNO saja yang sudah berakhir, tetapi rakyat masih lagi menyokong serta menyukainya. 

Oleh itu, jangan teragak-agak membuat pilihan dan "lawan terus lawan" kiranya masih ada semangat dan cita-cita dalam diri. (SH 26/02/2016).

57 comments:

  1. ENTER Tok Zahid !!! Laluan mudah untuk ke tampuk tertinggi parti dalam masa amat dekat. Presiden sedia ada nyawa dah hujung tanduk. Sabar sikit Tok Zahid, jangan gelojoh. Tuah akan datang mengolek.

    ReplyDelete
  2. Muhyiddin tidak punya banyk pilihan dgn usia yang kian lanjut.

    Samada bersara drp politik atau keluar berjuang mengginakan parti lawan,

    Paling malang ialah rakyat Malaysia yang ber PM kan najib dan seterusnya ber PM kan Zahid.

    ReplyDelete
  3. Mengekalkan Muhyiddin sebagai ahli hanya gula-gula. Alang-alang mandi biar sampai basah, eluk lah Muhyiddin keluar dari UMNO dan minta lah pandangan dari Mat Taib atau Tamrin.

    ReplyDelete
  4. Saya dah cakap.. Muhyiddin ni akan reput begitu saja. Dlm UMNO xder wujud pemimpin yg berani seusia muda spt Anwar yg berjiwa melawan.

    Malah di Malaysia ni, baru ada 2 sosok melawan baru muncul dlm sejarah moden slps sejarah tahyul wal badigol menghantui minda rakyat sesebelum ini dgn cerita kelabu asap Hang Tuah, Mat Kilau, Tok Janggut yg x tahu hujung pangkal..dan dipaksa terima.

    Mat Sabu adalah keduanya. Lain2 hampas belaka.. kahkahkah..

    Mukhriz? ShapeiApdal?? Baru meninggal dunia ka?? Masa jd menteri, dah kebas kow2. Skrg dpt makan pencen pun.. jadi la buat rezeki anak beranak sambil mereput..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba anda memberi pandagangan apa Yg perlu mereka patut lakukan... Gunakan bahasa Yg elok

      Delete
    2. Dalam UMNO beri pandangan adalah mengkritik Presiden.

      Bahasa menunjukkan bangsa (apa?)

      Delete
  5. kepada semua orang johor. apa sudah jadi....adakah orang johor akan berdiam diri sahaja. ayuh orang johor tunjuk keberanian kamu semua. jgn nak menang sorak aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang oooi...

      Zahid sudah buat lawatan ke negeri Johor dan mengadap Sultan Johor.

      Semua sudah ok.

      Delete
    2. org johor akan sokong najib walaupun dia penyamun sebab org johor taat pada president

      Delete
    3. Ahli umno johor pun dah pandai makan dedak...semangat setiakawan n kenegerian hancor

      Delete
    4. Kasi habit semua maa aa ,itu Shafiee Afdal bila lagi maa aa .
      Wa ingat Tun M pon nanti masti kena pecat dari UMNO ,manyak hebat .

      Delete
  6. Masa depan yang gelap kini menjadi gelita. Masa yang suram kini menjadi semakin menyeramkan.

    Bakal PM adalah orang yang pernah dibawa ke mahkamah kerana didakwa menumbuk individu sehingga cacat penglihatannya. Bagaimana pun ianya tiba-tiba selesai tanpa pengetahuan peguam mendiang Karpal Singh.

    Pemimpin yang buat jahat dan dapat melepaskan diri dari perbuatan tersebut adalah antara ciri-ciri untuk jadi Perdana Menteri Malaysia.

    Rungutan rakyat mengenai kemasukkan Bangla seramai 1.5 juta tidak menjadi kebimbangan sedikit pun kepada ahli UMNO.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah sikit...nak jadi pahlawan umno mulut mesti celupar

      Delete
  7. Mat Sabu???...nyondol bini orang hebatlah dia...ting tong ting...Syiah tong kosong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Sabu keluar PAS lalu tubuh AMANAH.

      Adakah Muhyiddin sehebat Mat Sabu?

      Atau jadi seperti anak raja yang sepatutnya bersuara lantang seperti Tun Mahathir? Apa nama... Tengku jugak lah.

      Delete
    2. Anon 20:44.
      Kau nampak ke Mat Sabu
      menyondol bini, anak dan emak kau.
      Kurang ajar. Puuiii...

      Delete
    3. Anon 00:23
      Tanya sendirilah kat Sabu Syiah tu...usung laki bini orang tu satu Malaya nafikan...last sekali sisuami tu bercerai jugak ngan bini dia lepas road tour tu...Sabu Syiah pun dapat jugak bini baru...masa tu awak2 kat mana...awak2 kat mana...

      Delete
    4. Usung dengan nyondol lain maknanya.

      Yang suka nyondol dia tak jadikan bini.
      Lepas road show, suami isteri bercerai dan kemudian kahwin pulak dengan Mat Sabu... ada Mat Sabu 'beli' bini orang dengan duit macam ... tak boleh sebut... nanti kena sekat pulak.

      Kes di bawa ke mahkamah syariah kan?

      Delete

    5. Kalau dah buta tu, tetap buta.
      Kalau dah tuli tu, tetap tuli

      Delete

    6. Kalau kaki Fitnah, tetap kaki Fitnah leerrrr...

      Delete
  8. orang johor? nak bela muhyidin?
    siapa?
    mat maslan,shahrir,Khalid,perempuan ala tomboy?
    jangan mimpi akar umbi dan pemimpin johor nak bela mereka tak akan berani.

    biar negara hancur,biar rakyat sensara tapi jangan umno hancur.
    selamat tuan-tuan bersatu hancurkan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Sabu???? Apa pula cerita kat Port Dickson? Siapa orangnya?

      Delete
  9. kalau mcm ni..org johor semua tak boleh pakai. boleh terima pemimpin pencuri

    ReplyDelete
  10. Perangai the so called leaders yg ada depan mata sekarang sungguh menyakitkan mata. Yang dungu, yang kurang ajar, yang bongkak, yang kaki bodek, yang tak sedar diri, semuanya lah... segala perangai yg tak patut ada pada seorang yg dipanggil pemimpin. Ni lah akhir zaman. Bila kuasa mengaburi mata. Satu hari kamu semua akan hilang kuasa and become nobody... sedarlah... you were there because of the people yang pilih anda. Sungguh memualkan tengok gelagat mereka. Macam hidup dan kuasa yang ada ini untuk selamanya. Menteri Agama dan ustaz2 jalankanlah tugas anda. Nasihatkanlah diorang ni. Janganlah melampau sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tidak patut di panggil pemimpin...

      Jika di bandingkan dengan luar negara, mereka ini tak akan terpilih walaupun sebagai ajk sekalipun.

      Tetapi oleh kerana pak ustaz ajak kita jangan pandang keburukan seseorang sahaja... sebagai manusia kita tak sempurna.

      Masalah nya tak ada ke yang lebih baik dari yang di pilih!

      Delete
  11. By this time I hope your speaking Englis is upgrade to Excellent level.

    HAHAHA ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. It will be one big joke on the international stage ... first non-effective English speaking DPM of Malaysia! by fast-forward channel promotion!

      Delete
    2. Lah,English TPM berterabur,buat malu,kelakar dengar,sakit perut dan telinga pemimpin tertinggi cap Ayam,pilihla TPM yg English oriented yg global.Jgn buat malu lah wei!!!Muka jawa takpe tapi mesti fluent English.

      Delete
    3. Koi rasanya mangkok ni pasti tak sempat jd PM,next pru Umno lingkup,tu yg pasti.

      Delete
  12. Hati2 dengan doa orang yang teraniaya.

    ReplyDelete
  13. org johor kata parti umno parti keramat..betul ke parti keramat...pemimpin pencuri..org johor berdiam diri...apa lah org johor...aku ingat kalau umno calon kan kambing jadi wakil rakyat. org johor akan pilih kambing...alo org johor guna la otak sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa maknanya 'parti keramat'? Politik bukanlah sesuatu yang keramat dan parti politik tidak pernah keramat. Cuma orang tidak berotak yang menerima terma ini. Tetapi dalam soal UMNO, memang UMNO parti keramat - sebab pemimpin dalam parti ini yang pandai berbohong, membuli dan mencuri semuanya disanjung tinggi oleh rakyat ..hehehe..memang keramat betul la..

      Delete
  14. Inilah kalau orangnya yang jadi PM akan ada seorang Setiausaha Poltik berbangsa Bangla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawa totok Indon mmg ngam dgn Bangla!!!

      Delete
  15. Tahniah kepada politik ketuanan melayu.Bila politik ketuanan bangsa melayu makin maju maka merudumlah politik kenegaraan berbilang bangsa negara malaysia.Sama2 kita tunggu bangla mengaku melayu, mungkin bangla lebih agresif mempertahankan melayu berbanding negara malaysia yang berbilang bangsa bila bangla mengaku bangsanya bangsa melayu.

    ReplyDelete
  16. Malaysia kian jauh ke dalam dark ages..lam hati sy ni rs pedih sgt tgk gelagat pemimpin2 celup yg ada skrg ni. Sblm ni sy xpnah mgundi sbb xyakin dgn mana2 parti..tp next pru sy pasti akan undi pembangkang.

    ReplyDelete
  17. Salam semua.Bagi pendapat saya, kalau majoriti rakyat hendakkan kemerdekaan dari segala jenis cengkaman yang berlaku sekarang, ini lah masanya segala tenaga digembelingkan untuk mrmbuktikan bahawa rakyat adalah kerajaan.
    Ini lah masanya untuk semua yang ssyangkan negara tercinta ini bersatu bergerak tanpa mengira fahaman politik dan agama, kita buktikan bahawa Johor dan Sabah bukanlah fixed deposit buat UMNO/BN.
    Ayuh YB Muhyidin dan YB Shafie, apa ditunggu lagi, nasi dah jadi bubur, perahu sudah di air, pengayuh udah di tangan, mari bersama kita bersatu.
    Biar satu hari nanti YB2 akan dikenang sebagai pembela Rakyat teramai. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  18. In 2008 when the ICJ passed judgement on Pedra Branca (Batu Putih) was the day I was so very sad as anak Johor. Its like something I hold dear albeit I do not own it but LOST FOREVER.....and I was 13,000 km away!

    Come 2016, with the latest episode with UMNO, it just reaffirmed my take is right to leave UMNNO few years back as Ahli Luar Negara. Now echoing what Mukhriz mentioned on the common saying, this will be the last nail on the coffin for UMNO but, do the hierarchy care at all????? Hell no for sure!

    So, March 27 must be the date for a start of 'PEOPLE MOVEMENT' to shift the ground under the CHIEF-PIRATE's feet and pull the carpet from under the lap-dogs' cabinet and let it be known that the rakyats have had enough of the abuses that is going on now!

    GE14 is too far a distance and its almost guaranteed that these crooks had already 'safe-houses' overseas the minute polling results will be prove showing rakyats's rage at the ballot box!

    ReplyDelete
  19. tak boleh nak ckp ape da..cuma doa dlam solat semoga Allah bukakan pintu keluar utk segala mslh ni..nasib rakyat makin teraniaya..Korang akan JAWAB depan Allah nanti..

    ReplyDelete
  20. Kepada semua ahli UMNO Baru.....jangan sebut lagi, saya sayangkan UMNO, hidup dan mati saya hanya UMNO, saya akan berjuang dengan parti UMNO sehingga ketitisan darah yang terakhir.... Kata-kata itu bukan lambang kesetiaan tapi kata kata itu menunjukkan diri sendiri lemah, bangang, dan bahalol.

    Lihat orang yang berkata mereka sayangkan UMNO semuanya kena pecat kemudian dihina. Termasuk lah dengan Anwar Ibrahim.

    Parti UMNO Baru adalah parti penyamun. Kamu mesti tukar ayat..."saya amat setia dengan parti penyamun sehingga akhir hayat saya." Yang ini baru betul. Tidak kena pecat. Dijamin.

    ReplyDelete
  21. Apa kata TSMY meletak jawatan sebagai MP dan diadakan satu PRK.untuk menilai perasaan rakyat terhadap PM.dan sokongan kepada BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak termakan dedak sebab punya lah banyak. Lori bawa dedak sampai kena halau pergi ke tempat lain

      Kat jembatan ada dedak. Tengah jalan ada dedak. Mesjid ada dedak. ...

      Delete
    2. satu cadangan yg bernas. saya setuju...tapi masaallah nye..org melayu johor angap umno parti keramat...org johor tengok parti umno mcm tokong hindu...johor..johor...johor

      Delete
  22. Hidup Muhyiddin! Kami rakyat Johor akan terus bersama mu.. kepada ALLAH kita berserah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Johor mesti tolak Khaled Nordin kerana dia pun termasuk dalam geng pembodek Najib.

      Delete
  23. Kuasa ketua parti ketuanan melayu umngok terlampau bermewah dengan kuasa.hakikatnya ini bukan pm pilihan saya tapi pilihan kalangan puak ketuanan melayu umngok samaada orang tersebut tersingkir kerana menegur kemungkaran atau naik pangkat kerana membodek kesedapan makan dedak.hebat dan sangat hebat, pilihan ketuanan melayu umngok tetapi hebat yang mampu menyusahkan rakyat dengan kos sara hidup tinggi kepada semua peringkat umur tanpa mengira bangsa berbilang bangsa.tahniah pilihan umngok (bukan pilihan rakyat marhaen)

    ReplyDelete
  24. Muhyudin tetap menang. Blessing. Sekarang beliau boleh cerita semua yang beliau tahu. Pantang kalah. Terus terang. Jangan takut. cerita semua...Jangan sekali-kali takut. Lanun Bugis sudah seperti telur di hujung.... tanduk... Rakyat tidak akan sokong lanun

    ReplyDelete
  25. RAKYAT SUDAH TIDAK BERMINAT LAGI DENGAN UMNO. HANYA SEGELINTIR DALAM MT YANG SEDANG KIPAS ORANG YANG YANG TIDAK DISUKAI RAKYAT. TANYA 10 ORANG, 10 AKAN TOLAK ORANG INI.

    MUKHRIZ, MUHYUDDIN DAN RAKYAT YANG SAYANGKAN UMNO BOLEH TERUS BERJUANG.... DAN KUMPULAN INI BERSAMA RAKYAT AKAN TETAP MEMANG.

    PENJILAT AKAN TEWAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang saya bangla mari....
      Zahid banyak bagus, abang.
      Abang tak da mari tanya sama saya ?...

      Delete
    2. Jawa totok komedi

      Delete
  26. Menteri Bangla nak jadi PM? Duduk kat kerusi pembangkang le selepas PRU14

    ReplyDelete
  27. Pemimpin lain secara peribadi perlu mengumumkan kehadiran pada 27 Mac sepertimana Tun umumkan dia akan hadir walaupun belum tentu samada kehadiran beratus ribu atau tidak.

    Jangan bila tahu beratus ribu rakyat akan turun baru lah nak umum.



    ReplyDelete
  28. melayu johor......bangun dari.mimpi...jgn mendiam diri.. umno bukan keramat lagi.. kalau org johor masih mendiam diri....nampak sangat org johor amat BODOH sekali..yang CERDIK hanya TMJ
    TMJ....tolong kejutkan melayu johor. melayu johor masih dlm mimpi...

    ReplyDelete
  29. Saya orang johor totok. Saya dn keluarga haramkan mengundi umno. Kami tidak anggap umno spt tokong hindu.ora g johor tidak semua banggang nk undi perompak duit rakyat.

    ReplyDelete
  30. Mahyudin dan umno dah tak penting lg.ABUP...PH kena ambik alih.kalau tidak najib tak rasa dok dlm sg.buluh..

    ReplyDelete
  31. TS Muhyiddin Yassin tu hanya digantong dari jawatan Tim.Presiden kerana dia dilihat gagal dan tidak mahu membantu Presiden Parti jer.. dia masih ahli UMNO dan berjawatan Ketua Bahagian .. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga masih ahli UMNO, begitu juga dengan Datuk Sri Shafie Apdal dan DS Mukhriz Mahathir masih lagi Ahli UMNO...
    Duduk baik2 jer dulu tunggu sampai permilihan nanti lawan lah .. TunM lawan Presiden, TSMY lawan Tim.Presiden, DSSA dan DSMM lawan Naib Presiden... baru meriah UMNO ni....Copy Paste dari fb

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...