Saturday 6 February 2016

BARU SEHARI TAKKAN DAH LULUS?

Semalam Perdana Menteri, Najib Razak melakukan lawatan sehari ke Kedah  di mana selain menghadiri beberapa program yang sudah diatur, kunjungan itu juga boleh dianggap untuk "meraikan"  pilihannya, Ahmad Bashah Md Hanipah yang dilantik sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Mukhriz Mahathir.

Dalam ucapan di salah satu majlis, Najib telah memberikan markah lulus kepada Ahmad Bashah, walaupun hakikatnya beliau baru sehari memegang jawatan itu.

Markah lulus itu pula diberikan semata-mata berdasarkan penilaian Najib terhadap kemampuan Ahmad Bashah memberikan ucapan.

Bukankah ini sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku kepada mana-mana pemimpin sebelum ini? 

Menteri Besar yang ada PhD pun tidak pernah diberi markah lulus hanya selepas sehari mengangkat sumpah pegang jawatan?

Mengapa Najib terlalu awal memberi markah lulus kepada Ahmad Bashah? 

Jika sudah berkecimpung dalam politik kira-kira 40 tahun, apa yang peliknya dengan kebolehannya memberikan ucapan di khalayak ramai itu?

Kenapa tidak boleh menunggu sehingga 100 hari misalnya sepertimana yang dicadangkan oleh Ahmad Zahid Hamidi, sebelum menilai dan memberi markah lulus kepada Ahmad Bashah sebagai ketua sebuah kerajaan negeri?
Tidakkah ini secara tidak langsung mengesahkan perlantikan Ahmad Bashah bukan saja pilihan Najib, tetapi juga memang perancangannya yang sudah sekian lama diatur?

Bagaimana pula, Pengarah Strategi BN boleh mengatakan pertukaran Menteri Besar Kedah itu tiada kena mengena dengan Najib?

Dalam hal ini, apakah dengan memberi markah lulus hanya dalam tempoh sehari selepas memegang jawatan memperlihatkan Ahmad Bashah benar-benar pilihan yang tepat atau "Guru Besar"  yang memberi markah itu ada masalah dari segi membuat penilaian dan pemarkahan? (SH 06/02/2016).

15 comments:

  1. Bashah lulus tp najib tak lulus sbb menteri Arab Saudi dah pecah lobang...penjilat najib sedang perah Otak nak bg alasan baru...

    ReplyDelete
  2. Tidak menghairankan. Fuad Zakarshi pon lulus Phd jugak.

    ReplyDelete
  3. Yang sediakan soalan, yang berikan jawapan, dan yang memeriksa kertas jawapan dan memberi markah adalah orang yang sama. Takkan tak lulus dalam masa sehari? Tak perlu belajar, tidur saja pun dah boleh lulus cemerlang. Malaysia Boleh!

    Shahrizat tak geleng kepala ke?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ini ayat2 standard dlm dunia melayu. Boss saya kat ofis pun sama ja kelaku dia. Mengkala anak2 buah yg dia berkenan, berak tengah jalan pun dikatanya wangi dan dipuji puja selama berbulan2.

    Bagi staff2 yg bagus dan professional serta berkebolehan bertaraf dunia sekalipun, jika kebolehan staff2 ini boleh menggugat kebolehan org2 atasan yg sedia ada, maka akan dicari jalan supaya kebolehan dan kemaraan staff2 begini dapat disekat dipulau diperlekehkan dilambat2kan dihalang secara strategik oleh orang2 atasan atas pelbagai alasan ofis politik dan agama. Walhal kebagusan itu tidak ada kene mengena dgn tuhan pun, mereka berani claim mendapat restu Tuhan atas apa yg dilakukan kpd pekerja bawahan yg bukan feveret mereka.

    Ini mmg standard/piawaian Melayu dimana2. Nak berubah??? Tidak mungkin kerana kelakuan Melayu2 begini, telahpun terbukti ribuan tahun berbudaya haprak begini.

    Tidak hairanlah kita ni masih bertaraf Dunia Ketiga.

    Inikan pula kaki bodek PM. Takkan la PM nak kutuk pula. Mustahil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg bodoh? Dua2 otak bawah par.....seorg terlajak bodoh..seorg lagi terlampau bodoh. Pilihlah...

      Delete
  6. Komen kait2 dgn Allah ni yg patut admin buang.. Mcm slalu.. Jgm emosi walau dlm komen

    ReplyDelete
  7. Kalau jadi MB kpd PM konpem mesti lulus dlm masa 1 saat jer tapi kalau jadi MB kpd Rakyat Kedah, bg masa 1 penggal pun belum tentu LULUS lg nihh...inilah POLITIK acuan DSN...Janganlah mudah sgt MEMBODOHKAN Rakyat..inilah BALA bila Cash is King...

    ReplyDelete
  8. Maksud najib yang lulus tu adalah berjaya menjatuhkan mukriz....najib perlukan pemakan dedak yang agresif seperti bashah...

    ReplyDelete
  9. Lulus sebab yang pemakanan dedak ramai juga yang datang Lagi pun apa susahnya jadi adun atau ketua bahagian. Ikut je. Mana ada tanya semua setuju atau ada pandangan lain?

    Apa yang di ucap oleh Ahmad Basha?

    UMNO akan lemah jika terus berpecah.
    Bersatulah untuk sama-sama majukan bumi Kedah yang bertuah.
    Saya sayangkan UMNO dan perjuangan saya bukan kerana jawatan.
    Dan yang dapat tepukan bila dia berucap , saya akan umumkan beberapa projek yang bernilai RM3billion...

    ReplyDelete
  10. Betul lah ckp Najib...dlm bab menipu rakyat, Bashah lulus ujian ikut criteria Najib.Bapak penipu.

    ReplyDelete
  11. Dey Bashah! Go back to sleep lah. Or i give u a big tight slap on yr face. U want ah?

    ReplyDelete
  12. Aku dulu masa interview nk mintak jawatan Pembantu Am Rendah N4 kene ada SPM sbb aku ada SRP. Tapi la ni ada SRP pon boleh jadil MB. Puii.. jilake punya PM!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org bawahan mcm tu la... Allah jua la tempat kita bergantung bukan padan Najib.

      Delete
  13. เว็บไซด์เกมออนไลน์มหาสนุก pgslot โบนัส100 เล่นง่ายได้จริงไม่มีโกง เกมสล็อตอออนไลน์ เครดิตฟรี
    https://www.prbookmarks.com/thanks/?ajax=0

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...