Saturday 27 February 2016

AYUH MUHYIDDIN, MULAKAN GERAKAN RAKYAT SEKARANG JUGA

Kenyataan media Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya, Muhyiddin Yassin setelah MT parti bertindak terhadapnya sekurang-kurangnya menggariskan empat fakta penting:-

- perlunya reformasi institusi yang menyeluruh yang bertujuan menghadkan kuasa Perdana Menteri serta menjadikan beberapa institusi seperti Jabatan Peguam Negara, SPRM, PDRM dan BNM mampu berfungsi dengan bebas tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa.

- Najib Razak sedang menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik serta keruntuhan institusi demokrasi sedang menjadi tatapan dengan penggantian kemunculan seorang diktator baru.

- telah ditunjukkan bukti oleh bekas Peguam Negara, Gani Patail mengenai kemasukan wang sebanyak RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadi Najib dan ia sah merupakan satu perbuatan jenayah.

- keperluan mengenepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk satu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintergriti.

Kenyataan penuh Muhyiddin Yassin boleh dibaca di sini - https://goo.gl/ghPbjP.

Apa yang perlu  Muhyiddin lakukan selepas ini? Masih sesuaikah hanya dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan saja?

Sementara Muhyiddin sudah mula mengajak rakyat agar bangun menentang kezaliman dan kemungkaran, menuntut perubahan institusi, menggambarkan munculnya seorang diktator baru dalam negara serta mengesahkan perbuatan jenayah melibatkan seorang Perdana Menteri turut berlaku, tiada pilihan lain yang harus dilakukannya selain terus bergerak ke hadapan.

Bersama pelbagai kelompok lain yang juga mempunyai kebimbangan yang sama seperti parti-parti politik pembangkang, NGO serta disertai oleh Tun Mahathir Mohamad, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan lain-lainnya, Muhyiddin sudah sewajarnya menggerakkan program jelajahnya ke seluruh negara mulai sekarang untuk terus menekan dan mengasak Najib secara konsisten dan tanpa henti.

Gerakkanlah kekuatan "berani kerana benar"  yang selalu dilaung-laungkannya sehingga akhirnya bukan saja Najib dapat disingkirkan, bahkan yang lebih penting ialah impian mewujudkan sebuah negara baru dengan refomasi menyeluruh yang dicita-citakan itu.

Apatah lagi Rafizi Ramli sudah pun menghulurkan salam persahabatan kepadanya berikutan keinginan melakukan reformasi institusi itu. Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim juga turut menyebut perkara yang sama.

Jika sekadar mengeluarkan kenyataan demi kenyataan saja, tetapi jasad tetap terkepung di bilik berhawa dingin yang selesa, percayalah bahawa Najib akan terus tersenyum meskipun dilabel sebagai diktator baru atau dicop dengan perlakuan jenayah sekali pun.

Muhyiddin, mulakanlah sekarang dan berhentilah sekadar berpencak di pentas media saja!! (SH 27/02/2016).

67 comments:

  1. Ayuh Muhyiddin,ayuh rakyat Johor dan Malaysia.Marilah kita bersama-sama berganding bahu menghapuskan penyelewengan yg dilakukan oleh Najib dan UMNO.Sampai bila lagikah kita berterusan ditipu dan diperbodohkan oleh Najib.
    Rakyat Malaysia perlu lakukan perubahan.
    Rakyat Malaysia perlukan pemimpin yang amanah dan jujur.

    AYUH RAKYAT MALAYSIA...AYUH

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..yes..yes...go muhyudin..teach that bastard..we know u cam do it. we will back u up

      Delete
    2. Another Anwar dah muncul!!!

      Bodoh sgt politik Muhyiddin ni...

      Delete
    3. Mau lawan mesti atak luit maa aa ,tatak luit apa macam mau lawan maa aa .

      Tatak bolih lawan pakai air lior saja lor rr .

      Delete
    4. Mohyuddin..konon bersih tapi kerja malas..nak hancurkan parti bolehlah..eloklak keluar parti..pembangkang kurang pemimpin..nanti jumpa pru14..siapa hebat siapa penghianat parti..

      Delete
    5. lufang ni lupa pelupa la
      boleh mintak derma ma
      lu tak tau ka, lufang ?
      bukan sikit sikit bilion bilion pun boleh mintak
      pakai tatak abis boleh kasi balik
      tatak salah punya

      Delete
  2. Woi..najib da 40 tahun berkecimpung dlm sepak terajang hahaha. Tp pengecut menggunakan hulubalang dedak..haha Elok Najib dipecat oleh YDPA sebab gagal membantu Agong tadbir negara secara bermaruah dan dihormati oleh negara luar..khalas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia sebenarnya OK ajer...
      Cuma sebab terlalu byk fitnah yg berleluasa akibat dengki khianat,...inilah puncanya.

      Delete
    2. Ok??
      Masih mimpi lagi 19:25 ni.
      Kalau netul fitnah,saman la wsj,mahadhir,mahyiddin,mukhriz.
      Kalau fitnah,kenapa takut sgt dgn siasatan sprm,tukar pegawai sprm.ganggu siasatan sprm.
      19:25.bpa percent ko dpt?

      Delete
    3. Nak saman??? Bila nak selesai?..Najib tak bododh. memang mereka ni nak Najib saman...supaya masuk perangkap

      Saiapa yg takut siasatan SPRM?? Siapa tukar pegawai SPRM?? Siapa ganggu siasatan SPRM??... Ini contoh fitnah. Yg cuba nak burukkan Najib. Bagi bukti dakwaan kamu!!!

      Delete
    4. Nak tanya anon 1933 &1943 (org sama ni).. Tolong jawap sat.. Kenapa mula2 najib hang tak mengaku ambik duit masuk dlm akaun dia mula2 kata fitnah lepas jilat balik kata ada duit dlm akaun.. Sapa fitnah sapa ni.. Sekarang akaun sapa yg pernah masuk duit bilion2.. Satu saja jawapan.. Tunjukkan org yg menderma tu..

      Delete
    5. Sangat mesra sampai rakyat dpt gst..

      Delete
    6. Apa sudahnya kes saman Liong Sik ?

      Dia kemudian berani lagi dari melayu memimpin UMNO yang bacul dengan memberitahu jika Malaysia... dengan Rosmah sekali hendaklah di disingkir.

      Kalau tak nak saman jangan melalak kata negara dan ekonomi merundum.

      Delete
  3. TSMY di pecat tapi Zahid yg untung ....

    ReplyDelete
  4. dah letih menunggu...biarlah orang umur 90 tahun buat kerja....

    ReplyDelete
  5. Dulu DSAI ada bagitau yg Najib tu bahaya tapi time tu tak seorang pun ahli umno yang percaya.Tapi sekarang sudah jadj kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya kepada pembangkang. Sebab Najib mesra rakyat.

      Delete
    2. Sgt mesra sampai rakyat dpt gst

      Delete
    3. Meja banyak kosong sebab tidak ada orang hadir meraikan majlis 40 tahun Najib dalam politik.

      Mesra lah tu....

      Delete
  6. Diktator baru??? Siapa pula diktator lama???

    ReplyDelete
  7. Muhyiddin perlu buat akuan brsumpah yang telah diberi taklimat dari sprm, bnm, dan AG .. Buat lh seprti IP Bala dlm kes Altantuya dulu. Kita gembarkan lagi..

    ReplyDelete
  8. Kokok yg syok didengat. 3-4 hari ja.. hot2 chicken shit.

    Berperut boyot adalah status elit UMNO. Nak berjuang apa lagi kalo berperut boyot 30an pun.. dah mcm haramjadah dah cara berjalan. Inikan pula dah lebih 40 tahun..

    Nak berperang.. hantar askar2 yg berperut boyot. Lps tu ikhlas kerana Allah Taala.. kahkahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lain tak bacul dan tak dayus mcm kau yg sanggup jadi batu api kat sini saja. Duduklah kat rumah peluk bini kau.

      Delete
  9. Adakah TSMY akan dikenakan tuduhan 'meliwat' selepas ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis lah yg menunjukkan intelek kamu..
      Nampak sangat kebodohan

      Delete
    2. Itu nama nya kena sindir....

      Tapi memang ada betul jugak sebab senjata UNNO Bontot SiLpoll.

      Delete
  10. Diktator lama tidak menyusahkan rakyat sebaliknya membawa bermacam macam kemajuan dan dihormati olih negara lain. Tetapi diktator baru ini sangat menyusahkan rakyat dengan pelbagai kos yang meningkat serta memalukan negara dan rakyat yang mempunyai LANUN BUGIS sebagai pemimpin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diktator lama meninggalkan beban kepada generasi sekarang...tgklah TOL, letrik, tambang ERL dsb....semua tu perjajnjian boodh masa dictator lama....sekarang kita yg kena tanggung

      Delete
    2. Awat ditaktor baru takda kuasa ka nak ubah.. Taktau tadbir negara baik turun cara terhormat..

      Delete
    3. Najib tak buat apa-apa pun. Semua yang ada ini usaha Mahathir. Itu yang perjanjian lama dia tak buat apa-apa, malah perjanjian baru versi Najib lagi teruk..... jual tanah pada China dan beli tanah dengan harga yang mahal oleh TH.

      Ambik pulak duit masuk akaun sendiri...

      Delete
    4. Diktator lama bawa hasil yang hebat pada negara dan rakyat...beban tol? Rakyat dapat jugak ikut lebuhraya yg selesa...ko nak lalu jalan jam teruk kat bandar?

      Erl...letrik...semua bagi alasan kenaikan kos iaitu SALAH SATUNYA GST. sape buat gst hah? Diktator baru kan? DAH LA TAK BUAT APA2 YG BAIK UTK NEGARA. HUTANG ADA LA. itu pun org bangang macam 19.30 tak dapat fikir ke?

      Ni diktator baru ni..jual aset spt tanah kerajaan jauh di bawah paras harga semasa kat 1 company..pastu terpaksa jual pada negara asing apehal?

      Delete
  11. Dulu semasa Pak Lah jadi PM,TSMY berpakat dengan TUN menjatuhkan Pak Lah,sapa yang jadikan Najib sebagai PM.
    Sekarang terkena kat batang hidung sendiri,what goes around come around,hukum karma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat

      Delete
    2. The true colour of Muhyiddin, terserlah sekarang ni...Allah nak tunjukkan.

      Tak usah berselindung disebalik kononnya nak tegakkan kebenaran dan menbenteras kezaliman....hipokrit man for year 2016

      Delete
    3. Bukan true color muhyiddin.. Color najib la. Mula2 nmpak baik dgn mulut merahnya.. Lepas dpt tau duit masuk akaun.. Ermmmm takmau dah ada presiden mcm ni

      Delete
  12. Pak Budin,kami berjuang melalui blog bapak sajalah.kami mengkomen dengan berapi-api untuk menunjukkan perasaan tak puas hati kami kepada pemerintah.Nak turun ke jalan raya macam takde selera le pulak sebab takde "KEPALA" pencetus semangat ummah yang kredible.Yang dok ada sekarang hanya yang suam2 kuku sajolah.

    Kami rakyat di jalanan kena cari makan.Kalau sapa2 naik jadi PM pun kami tetap kena cari makan dengan cara biasa jugak.Tadaknya goyang kaki boleh wang beribu-ribu RM masuk ke akaun peribadi.Cumanya kalau dapat PM baru yang berintegriti dan berimej bersih hati kita rakyat ni berbunga-bunga la jugak.Ada la semangat lebih nak mencari rezeki sehari-hari.Kalau keadaan ekonomi merudum pun kami mungkin boleh sabar sebab mengenangkan pemimpin2 negara pun turut mengubah lifestyle,tidak mewah melampau seperti sekarang ini.

    Apapun itu semua sekadar mimpi disiang hari pengubat luka sajalah.Ahli politik tetap ahli politik.Sedih tengok pejuang dari masa lampau macam Shahrir samad dan Musa Hitam dah macam penagih dedak tegar.Orang politik seperti mereka le yang patut bersatu dahulu baru rakyat akan ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hari hari disumbat dgn berita fitnah , yg buruk ajer yg kau Nampak.

      Tak bersyukur langsung duduk di Malaysia..

      The key word is: In Malaysia fitnah telah berleluasa...Hinggakan rakyat keliru. Yg benar dianggap salah dan yg salah dianngap benar

      Delete
    2. Fitnah?...apalah kau ni AMCT?...duit masuk akaun sendiri...fitnah ke?...belajarlah berfikir sikit...jangan menyokong membabi buta.

      Delete
    3. Tgk dari komen2.. Rasanya ada keyboard warior dari pihak najib dan kawan (penyokong).. Rasanya org yg sama komen byk tempat.. Hati2 blog ni mungkin dlm perhatian kot...

      Delete
    4. Itu lah dulu UMNO yang fitnah Anwar Ibrahim. Sejak itu lah mulanya fitnah berluas-luasa.

      Rakyat tak keliru. Sebab rakyat tak lagi percaya dan yakin pada Najib. Ahli UMNO pun tak percayakan Najib sebab itu pemilihan di tangguhkan.

      Jika Anwar Ibrahim dipaksa bersumpah, mengapa Najib tak mahu bersumpah apabila Tun Mahathir cabar dia sanggup bersumpah !

      Delete
    5. yg kau kata fitnah tu silalah perbetulkan
      jet peribadi
      scorpene
      mcm2 lah tak kuasa aku key in

      Delete
  13. Saudara Shah,

    Kenapa tidak TSM membuat laporan polis berdasarkan taklimat Ghani Patail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhyiddin buat laporan polis, nanti Muhyiddin pulak yang kena tahan polis. Tak belajar ke daripada apa yang telah berlaku ke atas Khairuddin (dan Matthias Chang)?

      Delete
    2. Kenapa takut ditahan polis.DSAI sanggup dipenjara kerna perjuangannya.Kalau setakat bercakap kosong,buang masa je.

      Delete
  14. Ini adalah masanya utk semua pihak gembeling tenaga menggerakkan massal bagi menjatuhkan regim Najib dan sekutunya. Ketepikan sementara perbezaan ideologi dan fahaman politik. Tidak hanya kepala saja yg perlu dicantas malah bhgn tubuh lain yg ikut mempertahankan kepala yg sudah busuk dan berulat ini juga perlu dicincang lumat. Pembersihan menyeluruh barisan kabinet WAJIB dilakukan kerana telah terbukti barisan yg ada inilahbyang turut membenarkan dan menghalalkan kebusukan yang berlaku. Malaysia tidak mungkin akan berubah jika kelompok pimpinan pemakan dedak ini terus dikekalkan hanya kerana mahu selamatkan parti. Dahulukan negara berbanding parti. Sudah terang lagi jelas,pimpinan atasan dalam UMNO BN yang ada sekarang adalah kumpulan pemimpin yang tidak berprinsip, mementingkan diri dan bukan berciri pejuang sebenar yg mengutamakan rakyat. Isu 1MDB dan krisis dalam UMNO BN skrg ini telah membogelkan secara menyeluruh bahawa majoriti kepimpinan atasan dari UMNO sama sekali tidak layak dibenarkan terus menerajui negara. UMNO hanya menternak golongan pemimpin makan dedak dan tidak pejuang berjiwa rakyat. Maka gerskan massal menjatuh regim Najib ketika ini MESTI memastikan bahawa kerajaan baru dan pengganti nanti adalah 100% bebas dari muka muka jenis pemakan dedak yang ada sekarang, tidak cuma Najib tetapi keseluruhannya yang ikut bersubahat. Jika ini tidak mampu dilakukan, usaha ini hanya menjadi sia sia kerana Total Reform yg diharapkan sekadar slogan saja dan ucapan kosong saja. Kesilapan besar orang2 Melayu ialah kerana membenarkan penguasa menyingkirkan kepimpinan berprinsip yg berjiwa rakyat spt Dato Sri Anwar Ibrahim disingkirkan. UMNO dan pimpinannya sedang menghadapi karma kerana dosa dosa kepimpinannya. Intan dibuang ke lumpur dan kaca dibelai dan dijaga dipuja, inilah padahnya. Tun Mahathir dan semua pimpinan UMNO perlu muhasabah diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..setuju...semasa TUN berkuasa pihak tertinggi PAS gelarkan dia Maha Firaun...ramai orang muda lupa pada sejarah..

      Delete
    2. Mahathir penjarakan Anwar.
      Najib penjarakan Anwar.
      Anwar berdoa sepanjang masa.
      Maka hukum karma pun bermula.

      Delete
    3. Tapi Najib lebih dari itu.

      DAJJAL.

      Delete
  15. Si lunchai tetap terjun dengan labu labu nya juga

    ReplyDelete
  16. Hapuskan undang2 yang menindas rakyat dan gubal undang2 yang mengawal perilaku pak menteri.

    ReplyDelete
  17. Ade aku kisah..lihat rakyat marhaen kat bawah nie sama....buat keje tambahan utk carik duet kena hambat penguatkuasa....org politik da bersara pun kena jaga kepentingan keluarga sendiri...rakyat perlu untuk undi shj

    ReplyDelete
  18. Saya tak nampak dlm satu dua hari ini TSM akan mengambil sesuatu tindakan 'counter' yg drastik dan positif. Dia akan bercakap sorang-sorang saja gamaknya.

    TSM sepatutnya tahu bahawa sebatang lidi tak mampu membersihkan sampah-sampah yg banyak berkeliaran. Sebatang penyapu lidi akan lebih efektif.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Parti-parti pembangkang jangan menyibuk.
    Biarkan orang-orang UMNO berperang.
    Bukankah kita mahu lihat UMNO hancur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...101% setuju...lagi cantik to'wan pesan...tuang kerosene tambah...petrol x yah lah...mahal

      Delete
  22. Civil disobedience ada la permulaan reformasi cuma tsmy yang on sya ikut.seluruh rakyat harus bangkit.sya dari pulau mutiara yg lain mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan lebih berfaedah kalau kamu pantau agar pulau mutiara kekal sebagai sebuah pulau dan bukan disambungkan dengan daratan dengan cara manambak laut? Tak ada kena mengena?

      Delete
  23. Mappudulung,puti rino,tahid,nazris,keduak,dalang,lina lgbt,sabre chik,mat sabre,maselang,acis black baling,pandi kutti dn kbab disiasat dan hukum.yg lain dari komponen kayveas al yahudi,kepala maicci jgn lupa samy ollu juga.

    ReplyDelete
  24. Ayuh muhyyidin teruskan perjuangan awak,awak seorang pahlawan,awak seorang yg benar dan kita bersatu singkirkan najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak bodek sekalipun janganlah nampak sebiji macam frasa rethorik yang dilafazkan oleh pengikut ikon reformasih kepada ikon berkenaan susulan ikon tadi ditendang dari Umnu. Buatlah sesuatu yg baru dan original agar lebih berimpak.

      Delete
  25. Nak tergelak baca text TMY ni..sebab sekadar meluah aje tak bertindak tak ya lah susah melaung buat bingit telinga je...orang orang POLITIK semuanya tidak ada buah keberanian..asyik asyik bermaklumat memberi semagat ...helo kalau berani kamu letak kekuatan kamu beramai dengan mengundur diri kamu dari mengwakili rakyat di kawasan masing masing ada BERANI? Baik Pembangkang mahu pun parti lain..bagi menentukan bertapa cuaknya NAJIB dgn macai macainya...PASTI KAMU TIDAK BERANI sebab hilang tempat suap makan kan...KALAU KAMU MELAYU YG PERJUANGKAN HAK DAN MARUAH MELAYU ATAU RAKYAT MALAYSIA..
    .Kamu semua letak jawatan segera dan bangkit kan kebenaran DEMOKRASI..Sikit sikit NASIB BAIK NEGARA KITA MADIH AMAN itu je jeruk yg kerap di semagat juangkan....PORAH punyai orang POLITIK...YANG KETAGIH KUASA dan orang ni lebih teruk penyakitnya dari PRANG YG MENAGIH DADAH...

    ReplyDelete
  26. Pejuang pejuang hebat saperti Nelson Mandela dan Aung Sang Su Kyi tidak gentar dan takut masuk penjara demi perjuangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjuangan ikhlas untuk kebaikan dan tidak ada agenda untuk naik makanya di akhirnya mereka berjaya.

      Mereka tidak meletakkan jawatan sebagai motivasi sebaliknya jawatan yang disandang hanyalah kebetulan.

      Delete
  27. Dah jadi ahli UMNO biasa, jadi peringkat cabang dan ketua cawangan secara auto kini berdepan masalah sokongan moral.
    Walaupun orang dalam UMNO membuat pelbagai tuduhan terhadap TSMY tapi cakap-cakap beliau sangat berharga sehingga BOS pun tak berani sue.BOS pun tak kasi macai report polis.

    ReplyDelete
  28. Teringat video masa tsmy berucap di janda baik...siapa di barisan depan? Lupa pulak

    ReplyDelete
  29. "Mungkin ramai yang tidak mengetahui pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama Umno datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya,"

    "Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang Umno akan ditolak rakyat jika Najib terus memimpin parti

    "Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya"

    diatas adalah kenyataan yg dia buat. kemungkinan dia tidak ada bukti atau dapat mengemukakan saksi tapi dia ada lagi satu jalan bagi memperkenalkan siapa dia pemimpin2 utama umno itu; buat sumpah laknat. dia ada berani ka?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...