Tuesday 23 February 2016

SOALAN-SOALAN UNTUK NAJIB


Adakah menjadi kesalahan bagi Muhyiddin Yassin bersuara di luar, selain daripada dalam mesyuarat MT UMNO?

Apakah Muhyiddin, walaupun masih berjawatan nombor dua dalam parti, tetapi telah digugurkan daripada kedudukan dalam kerajaan, hanya perlu diam dan tidak perlu lagi berkata apa-apa, terutama membuat teguran kepada pemimpin, parti dan negara?

Apakah Muhyiddin hanya boleh bercakap dan bersuara dalam mesyuarat MT UMNO saja, tetapi tidak dalam program-program parti dan kemasyarakatan yang lain?

Jika Muhyiddin hanya boleh bercakap dalam mesyuarat atau dalam perjumpaan tertutup kepada ahli-ahli UMNO sahaja, mengapa beliau dilarang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?

Mengapa juga mesyuarat pelbagai jawatankuasa yang biasa dipengerusikannya sebelum ini atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO, turut dibekukan sebaik jawatannya dalam kerajaan dilucutkan?

Berbanding Muhyiddin yang bercakap dengan ikhlas, jujur serta dengan niat menegakkan kebenaran, apakah ia lebih buruk daripada pemimpin-pemimpin UMNO lain yang berbunga-bunga memuji Perdana Menteri, tetapi semuanya adalah pujian palsu terutama berkaitan wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang secara umumnya budak-budak sekolah pun benar atau salah mengenainya?

Apakah jika ingin mengkritik dan memperkatakan sesuatu kebenaran, ia mesti dilakukan dalam mesyuarat MT saja, manakala jika ingin memuji, menggilap dan melambung Perdana Menteri, ia sebebasnya boleh dilakukan secara terbuka?

Demi keadilan, bukankah jika mengkritik secara terbuka tidak dibenarkan, maka memuji secara terbuka, lebih-lebih lagi pujian yang menyebabkan rakyat tertawa mendengarnya, seharusnya dianggap tidak beretika juga?

Akhirnya, jika Najib dapat memberi jawapan yang meyakinkan kepada semua persoalan ini, maka dipersilakanlah, terutama sempena sudah 40 tahun usianya bersepak-terajang dalam politik, sama ada menggantung jawatan, menggantung keahlian atau memecat terus keahlian Muhyiddin dalam mesyuarat MT akan datang ini. 

Nota: Tukang kipas, kaki bodek, pengampu, penerima dan pengharap dedak juga dipersilakan untuk tolong jawab bagi pihak Najib yang mereka kasihi itu. (SH 23/02/2016).

35 comments:

  1. Muhyiddin mempersoalkan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri kerana menerima duit derma dan kegagalan 1MDB .

    Muhyidin tidak mempersoalkan mengapa beliau dilarang merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?

    UMNO melantik Muhyiddin untuk membantu Presiden bukan membantu Perdana Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah nak jadi loyar buruk la 23:41.

      Nak bantu presiden macam mana lagi kalau presiden sendiri tak menunjukkan keperluan berterus terang bila ahli bertanya. Ahli kurang puashati dengan tiada nya jawapan yang boleh diterima akal dan sentiasa berubah-ubah.

      Suruh presiden kamu tu pegi saman Wall Street Journal cepat sikit. Boleh saman malu berbilion-bilion dollar..bila menang boleh tolong bayarkan hutang 1mdb. Ada gak baik nya..tak payah rakyat kena bayar.

      Kehendak rakyat senang aje..kalu tak buat,buktikan tak buat dengsn terangkan satu persatu macamana boleh ada deposit RM42 juta. Tunjuk dari mana datang nya. Presiden pernah jawab tak tuduhan ni ? Banyak tu RM42 juta. Kalau terangkan kepada majlis tertutup,tak main la. Pasal apa nak tutup tutup. Kita semua nak tahu. Ni Perdana Menteri kita ni yang dituduh ahli. Bukan sebarang ahli yang tuduh ni. Bekas Presiden dan Perdana Menteri yang satu dunia kenal yang buat tuduhan. Jawab la betul betul.Kasi jawapan sedekah mana pulak RM42 juta ni ? Kita semua nak tahu. Belanja macam mana kita tak patut tanya sebab itu akaun peribadi. Akaun ni dah tutup jugak ke ?

      Tuan 23:41, tuan tak musykil ke ?

      Toksah le emphasize technicality ni. Bukan dalam mahkamah.

      Muhyidin is free to say what he wants to say. We live in a free democratic country. Anyone can say anything. Saman le Muhyidin ni..kalau tak nak saman Wall Street Journal pun. Boleh kita semua temgok bukti. Cakap sama presiden kamu ni cepat sikit pegi saman. Hafarizam tak mau berbudi ke ? Hafarizam gostan ?

      Kita semua pun heran.
      Elegance silence doesn't help. This is affecting integrity of the givernment the people of Malaysia voted to administer the country. We want a givernment without baggage. Or at least resolve this blunder quick instead of having the world looking at watching this ugly opera.

      Put the country and its people FIRST not the president first.

      Faham 22:41 ?

      Delete
    2. 23:41

      I'll let fly a certain facts (bukan FITNAH yer) for you to nail into your dumb-head!

      Najib was lying through his teeth bending like hell saying he's not a thief stupid enough to bring the loot into the country and stashed it in his bloody PRIVATE-PERSONAL ACCOUNT, got it???

      Managed to dragged and thanking Haron Din to legitimised his 'first lie' but, but, but....that was before all hell broke loose and it was indeed 'The LOOT' made its way into his bloody 'PRIVATE_PERSONAL ACCOUNT', are you with me till now 23:41???

      Following that you see all LAP-DOGS jumping and went berserk (more like RABID-DOGS) churning out all sorts of LIES to cover the FIRST LIE until it came to rest as a what.....???? DONATION???? Who in a right frame of mind believe that stinking CHEAP-LIE???

      Its not only TSMY, the whole range of dumb-cabinet were in the DARK until it all exploded into Najib's face.....still with me 23:41???

      Upon which, Shafie Apdal & Muhyiddin questioned the legitimacy of the action by so bloody gelojoh called the Prime Minister, also holding Finance Minister, acting as Chairman-Advisor to 1MDB, President of UMNO semua dia hendak pakaliau....ada paham 23:41???

      Anon 23:41 if you don't believe there is a 'modern way' to fix a crooked mind like yours, then pergi lah 'URUT' cara tradisional untuk melenturkan urat urat dikepala mu itu. Nasihat jer...nak guna baik untuk kamu tak hendak, kamu jer yang rugi...tak ada masaalah!

      Borrowing 00:53 yag hentam 23:41 cukup simple, this is not only 'UGLY OPERA' it has become too STALE!

      MLN

      Delete
    3. Semua olang mesti ikut apa pemimbin cekap maa aa ,tatak bolih tanya and mesti tatak buat apa pemimpin tatak kasi buat .

      Itu macam baru atak kesetiaan kapada pemimpin dan negala ,baru betut maa aa .

      Delete
    4. Muhyiddin bantu dah la tu.. Bantu tegur apa yg tak betoi.. Bukan ikot apa yg salah

      Delete
    5. Heeeee ...dahsyatnya tegur pun tak boleh. Makin angkuh skrng ni.
      Menteri2 ramai mana? Rakyat ramai mana? Isssshhhhhh....takutnya aku

      Delete
  2. Umno tak relevan lagi. Full stop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Kita lihat 2 naib presiden yg mungkin ganti najib. Langsung tidak meyakinkan umno mampu meneraju negara ke hadapan

      Delete
    2. Yg sekor tu langsung tak boleh pakai macam taik ayam candu tetapi ada hati nak jadi PM. Hairan sungguh aku dgn mamat sekor ni. Tak reti nak ukur baju di badan sendiri
      Sanggup main cah keting. Ini paksaan namanya.
      Ketua wanita skrng pun terkinja kinja tergedik gedik tak tentu tempat. Tengoklah diri sendiri tu dulu. Tak guna masuk kampong keluar kampong konon nak beri penerangan sebab orang kampong pun kenal siapa dia mustahil orang nak percaya. Bagi kain batik orang ambillah tapi nak bagi undi lagi jauh panggang dari api

      Delete
  3. Kita lihat bagaimana pemimpin melayu memegang kuasa. Baik UMNO mahupun PAS.

    Berbagai helah digunakan untuk mempertahankan presiden yang mabuk.

    Adalah menjadi kesalahan besar apabila mendedahkan kebenaran dan untuk menutup nya individu berkenaan di katakan melanggar displin parti dan niatnya semata-mata untuk memecat individu-individu tersebut.

    Jika selepas dipecat, presidennya berubah tak apa lah juga tapi dengan kaki ampunya naik tocang.

    ReplyDelete
  4. Jwpn utk soalan en.budin tu simple sj..tp disebabkan demokrasi dlm msia dh ditukar menjdi democrazy,so jwpnnya xboleh ditrima oleh akal waras kita. Semuanya jd lintang pukang..on top nya kpla pnyamun,yg jd org2 bwhn pulak penyangak dan samseng.

    ReplyDelete
  5. Dedak terlalu penuh dalam mulut dan perut kenyang malah sengkak sampai nak bersuara pun dah tak boleh. Cuma mampu angguk angguk macam belatuk saja. Strategi Najib menjadi kerana dia tahu dalam UMNO BN ni golongan ketagih tegar dedak memang ramai. Dgn duit "derma" berbillion, bukan susah untuk bekalkan dedak kepada golongan berkenaan. Dan hari ini puak kenyang dedak hanya mampu angguk angguk setuju dengan Najib tanpa mampu bersuara. Lagi banyak dedak ditelan lagi kuat angguk angguk pada tuan pemberi dedak. Kabinet Malaysia adalah kabinet dedak

    ReplyDelete
  6. Apa la ada pada umno lg.dedah saja semua bg rakyat tau,tengok siapa yg panas bontot.

    ReplyDelete
  7. Mappudulung bengong. Cakaplah apa pun pelabur luar akan bawa masuk ke dalam negara berkarung karung billion. Namun pru 14 nanti tak ada orang nak tolong pangkah kau wahai mappudulung kangkung. Mati kangkanglah kau nanti

    ReplyDelete
  8. Jaga2 Shahbudin, banyak blog dah kena block spt Rakyatmarhaen, Dinturtle baru bebarapa jam tadi blog Mountdweller dah selamat diblock. Mungkin block ni akan menyusul. Selain blog pro UMNO, blog OmakKau dgn Ibu Hasyim, 2 blog aja yg akan selamat dari diblock sebab 2 blog ni banyak menolong kerajaan dgn menghentam DAP dan Amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku cuba buka blog Mountdweller beberapa kali tadi, memang tidak boleh dibuka. Mungkin blog itu telah disekat. Mereka fikir dengan menyekat aliran maklumat, rakyat akan percaya dengan dakyah mereka, piraah mabuk UMNO/BN!

      Delete
    2. Kalau ikut Blog Shah yang sepatutnya kena sekat....

      Agaknya, buat satu demi satu dan bermula dari blog yang tidak terlalu panas adalah lebih selamat.

      Delete
    3. Semakin disekat semakin meluat rakyat kepada mereka.
      Hari ini siapa nak baca surat khabar dah?
      Lain yg berlaku lain yg dikhabarkan
      Utusan Msia dan Tv3, taik pun mereka kata emas.

      Delete
  9. Klu blog ni tutup kita demo kat skmm dan ludah muka syed kera ramai2

    ReplyDelete
  10. Democracy are dying in Malaysia...

    ReplyDelete
  11. Berputar-putar mencari makan bagi yang miskin,tetapi yang menyalah guna kuasa berputar-putar bagi mencari jalan keluar.Kelentong apa saja bagi menyelamatkan diri.Dont worry be happy tak akan kemana dalam putaran anda, salah-salah tersepak kaki sendiri akan tersembam juga.Tunggu dan lihat,bersbarlah!.

    ReplyDelete
  12. Saya syorkan UMNO simpan hanya jawatan Presiden. Jawatan yang lain-lain boleh dimansuhkan sebab tidak ada fungsi langsung. Amacam?

    ReplyDelete
  13. Kami dari luar negara masih boleh buka blog yg di block di Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Kita kna tgk situasi n fenomena jib. Kalau seseorg PM buat betoi2 mengikut apa itu sains politik, jg kebajikan rakyat n betoi2 buat yg baik pd rakyat, bila ada isu ia tak memberi kesan kalau dikritik oleh pihak lawan atau org dlm sendiri sbb rakyat boleh menilai contohnya seperti Tun. Tp kalau buat byk yg tak baik bg rakyat contohnya mengamalkan kemewahan, anak n isteri bermewah ia memberi kesan dihati rakyat. Jd bila timbul lg isu yg xbaik, seseorg itu akan rs cemas dan mula utk sekat, singkir org yg kritik utk melindungi diri sbb dia tahu rakyat xsokong dia. Salah diri sendiri tp nk jugak berkuasa. Ni lah org yg xtau malu.

    ReplyDelete
  15. Syarat baru jadi ahli umno... lidah dipotong sebaik sahaja tandatangan jadi ahli umno.

    ReplyDelete
  16. Berdebat terbuka, tak berani.
    Sekarang Berblog pulak nak ditakutkan sedangkan ianya terbuka dan dua-dua masing-masing mempunyai blog pro rakyat dan pro UMNO.

    Demokrasi ialah pilihan. Jika pimpinan Najib tidak berani memberi pilihan pada rakyat itu tanda pemimpin pengecut.





    ReplyDelete
  17. http://wargamarhaen.blogspot.my/2016/02/penerbangan-dhaka-kul-untuk-hari-ini-23.html

    bila pulak bangla dimansuhkan pengambilannya.. 2-3 hari, penerbangan bangladesh bertalu2 masyuk..kahkahkah..

    ReplyDelete
  18. Tuan,

    Dari pagi saya berfikir jika semua blog di sekat apa tindakan yang boleh diambil.

    Kerana notis mengatakan kesalahan undang-undang tetapi tanpa kebenaran mahkamah. Sosma pun dibawa ke mahkamah. Membunuh pun dibawa mahkamah. Money laundering pun masuk mahkamah.



    Tapi bila menyekat blog, terus guna akta komunikasi begitu sahaja.

    Berapa lama sekatan tersebut? Jika blogger membawa kes ke mahkamah, ianya akan membuang masa. Jadi apakah jalan penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  19. tepat sekali soalan2 yang dikemukakan..si Muhyiddin ni dah kena handcarf dan mulut kena plaster kalau dia bersama syaitan2 dalam MT..so macamana nak luahkan kritikan kalau syaitan2 tu pula buat pekak dan buat buta ja?
    Saya bukan ahli UMNO, tapi yang Tuhan suruh berlaku adil walaupun terhadap diri sendiri, so jangan pula kerana membenci suatu kaum or in this case satu manusia, semua tindakan yang tak adil dilakukan kepadanya.
    BTW...saya harap UMNO lingkup forever, saya nak tengok kemana halatuju syaitan2 ni selepas itu.

    ReplyDelete
  20. ..dan Nazri yg berlagak dan bersifat spt 'anjing' Najib juga patut jawab.

    ReplyDelete
  21. Sekarang ni org yg bodek yg cari makan dedak yg nak cadangkan TSM digantung dari jawatan TPresident semua mangkuk ayun belaka ayuh TS terus bertindak senhingga umno ni lingkup rakyat dah menyampah dah kami bersama tsm aaammiiinnn

    ReplyDelete
  22. Sekarang ni org yg bodek yg cari makan dedak yg nak cadangkan TSM digantung dari jawatan TPresident semua mangkuk ayun belaka ayuh TS terus bertindak senhingga umno ni lingkup rakyat dah menyampah dah kami bersama tsm aaammiiinnn

    ReplyDelete
  23. Maybe perkataan KONSPIRASI akan diguna pakai selepas ini..kita Tunggu dan lihat jer lahhhhh....
    DSAI sampai kesudah maintain dgn perkataan KONSPIRASI....

    ReplyDelete
  24. Ringkasan cerita:
    PM berak & kencing, selepas itu dibungkuskan lalu diberikan kpd semua menteri-menteri. Pasti ada yg x tahu, akan makan dgn lahab oleh kelazatannya. Tentunya ada yg akan meminta tambahan tahi & kencing yg diberikan oleh PM.
    Namun ada yg tahu akan perihal tahi & kencing yang busuk,jijik, hancing, najis & sbgnya akan melempar @ membuangnya...
    Begitulah movie cerita PM Najis yg memecahkan rekod "box-office" antarabangsa dan seluruh planet di cakerawala ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...