Tuesday 23 February 2016

BAEEKKK PUNYA LAMBUNG!!

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyifatkan Perdana Menteri, Najib Razak seorang pemimpin yang memiliki ramuan lengkap yang diperlukan untuk terus mentadbir parti dan negara serta sama sekali bukan seorang "penyamun" seperti yang digambarkan oleh musuh-musuh politiknya.

Malahan, tegas  Ahli Parlimen Ketereh dan bekas menteri itu, keyakinan terhadap Perdana Menteri masih kukuh untuk terus menguruskan negara, ekonomi dan parti keramat UMNO.

"Najib memiliki segala "ingredients"  untuk melakukannya.

"Saya tidak fikir Najib seorang watak "penyamun"  seperti yang cuba digambarkan atau beliau seorang yang mencari jalan nak menghancurkan UMNO bila naik jadi presiden....tidak," katanya lagi.

Ulasan Annuar mengenai watak "penyamun"  yang sering dikaitkan dengan Najib tidak lain tentunya berkaitan dengan wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang mengalir masuk ke akaun peribadinya, tetapi telah dibersihkan oleh Peguam Negara sebagai tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Selain derma berbilion ringgit yang dikatakan daripada keluarga Diraja Arab Saudi itu itu masih menimbulkan banyak misteri, yang lebih menjadi "lawak antarabangsa"  ialah bila Najib dikatakan tidak mengetahui dana RM42 juta yang diterimanya itu datang daripada SRC, sebuah anak syarikat milik Kementerian Kewangan.

Orang kata, inilah kelebihan pemimpin veteran bila berkata-kata. Hujah dan cara mereka berbicara serta melontarkan idea untuk menggembirakan "boss yang berkuasa" memang tak terlawan dek pemimpin-pemimpin muda.

Seolah-olah tidak memperdulikan segala fakta berkaitan dengan isu wang tersebut yang telah menyebabkan gelaran "penyamun" itu memenuhi seluruh cakrawala dunia dan begitu melekat dengan Najib, yang penting ialah Perdana Menteri yang boleh memberikan banyak kenikmatan di dunia, harus disokong dan dipertahankan sebaik-baiknya.

Dulu Salleh Said Keruak sudah berkali-kali melakukannya dan akhirnya diberikan jawatan menteri, apa pula agaknya "hadiah misteri" yang bakal menanti Annuar selepas ini? (SH 23/02/2016).

43 comments:

  1. Najib bukan penyamun.saya pun bukan penyamun.orang jahat tak mengaku dia jahat.
    Haaa...ini lah anuar musa,spesis najib.mana la nak mengaku jadi penyamun.baik punya kipas selepas dapat jawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agoknyer anuar musa ni baru bangkit dari lena yg panjang (beratus tahun)..kita tengok sape yg kena

      Delete
    2. Anuar pernah disiasat BPR semasa menter dulu . Cash is king ... sama dgn bosnya.

      Delete
  2. siapa yang pernah mengaku diri sendiri jahat.tunggu dan lihat sahaja hadiah yang bakal diberikan.jadi pengerusi mara pun lingkup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musang mesti curi ayam..

      Delete
    2. BENAR Anon 10:51.

      Masaalahnya ayam2 masih tetap undi musang utk menjaga rebannya. Dulu, kini & selamanya..

      Delete
    3. sebab ayam-ayam tu dah tukar agama ....agama baru mereka kata yang halal dah jadi haram dan yang haram dah jadi halal ...

      Delete
  3. Inilah kualiti pemimpin Malaysia yg ada sekarang ni(pemakan dedak tegar), bersatulah wahai bangsa Melayu yg patuh pada ajaran Islam untuk menumbangkan pemimpin korup ini(kesemua pemimpin UMNO),hanya rakyat yg berkuasa menjatuhkan mereka semua,ketepikan perbalahan politik kepartian yg tak berkesudahan(berpolitik secara matang),saranan YB pokok Sena&Tun M haruslah disegerakan demi masa depan depan negara kita,dasar yg mereka Buat hari ini akan memberi kesan kepada generasi akan datang (silap haribulan negara kene Cagar?),moga rakyat malaysia diberi kekuatan/kesabaran menghadapi pemimpin yg seolah-olah "HIDUP MAHU MENONGKAT LANGIT",Rakyat yg berkuasa menentukan corak kepimpinan negara,Allah dah tunjukkan segala apa yg berlaku(dalam negara MALAYSIA),sama ade rakyat mahu berfikir ataupun tidak?

    ReplyDelete
  4. Inilah kualiti pemimpin Malaysia yg ada sekarang ni(pemakan dedak tegar), bersatulah wahai bangsa Melayu yg patuh pada ajaran Islam untuk menumbangkan pemimpin korup ini(kesemua pemimpin UMNO),hanya rakyat yg berkuasa menjatuhkan mereka semua,ketepikan perbalahan politik kepartian yg tak berkesudahan(berpolitik secara matang),saranan YB pokok Sena&Tun M haruslah disegerakan demi masa depan depan negara kita,dasar yg mereka Buat hari ini akan memberi kesan kepada generasi akan datang (silap haribulan negara kene Cagar?),moga rakyat malaysia diberi kekuatan/kesabaran menghadapi pemimpin yg seolah-olah "HIDUP MAHU MENONGKAT LANGIT",Rakyat yg berkuasa menentukan corak kepimpinan negara,Allah dah tunjukkan segala apa yg berlaku(dalam negara MALAYSIA),sama ade rakyat mahu berfikir ataupun tidak?

    ReplyDelete
  5. Penyamun memberi pengiktirafan kepada Ketua Penyamun. Tahniah 1 Penyamun 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Malang sungguh Malaysia ada org mcm annuar musa.dah tak kenal penyamun bila perut dah kenyang.

    ReplyDelete
  7. Dah tak boleh buat apa dah En din,UMNO dah rosak,bila mungkar pun boleh dilihat baik bermakna barakah dan rahmat pun dah hilang,sebagai umat islam parti seperti ini wajib ditolak,sudah pasti mereka yg diatas itu akan mengulangi mungkar yg sama sekiranya diberi kuasa.

    ReplyDelete
  8. Dah tak boleh buat apa dah En din,UMNO dah rosak,bila mungkar pun boleh dilihat baik bermakna barakah dan rahmat pun dah hilang,sebagai umat islam parti seperti ini wajib ditolak,sudah pasti mereka yg diatas itu akan mengulangi mungkar yg sama sekiranya diberi kuasa.

    ReplyDelete
  9. Menteri2 kita mmg cap Ayam ..makan dedak sampai buncit perut. Kebatilan depan mata di sanjung. Kuasa yg Ada di salah guna kan. Malang lah rakyat mempunyai pemimpin spt ini. Lebih memalukan pemimpin berugama Islam tapi perangai spt munafik, penyamun dan penipu. Malu kita kpd negara2 bukan Islam.

    ReplyDelete
  10. Bila lagi Bro nak naik dengan cepat ......nie le masanya masing-masing MENTERI/Ahli MT UMNO nak ampu BOS.. Tengok je Menteri Pelancungan yang Cap AYAM Timb Presiden UMNO yang dilantik oleh ahli UMNO sendiri dia boleh bagi WARNING....kelakar le macam LAWAK PARODI.....

    ReplyDelete
  11. Assalam Bro,UMNO tidak hancur TETAPI pemimpinnya yang menghncurkan UMNO.Ahli-ahli UMNO di akar umbi mestilah bangun menentang segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin UMNO yang dah lupa diri.......

    ReplyDelete
  12. Nauzubillah Min Zalik! Apa dia orang ni mata rabun, telinga pekak dan otak bebal ke? Langsung tidak ada maruah gamaknya. Kesian betul!

    ReplyDelete
  13. Sanggup berpura2 demi jawatan dan wang.
    ke depa semua.ni dah kena bomoh
    haha...

    ReplyDelete
  14. Episod yg berlaku merupakan perjalanan ke arah kehancuran kerjaya najib razak. Belum pernah yg salah mengatasi yg benar. Negara kini bukan lagi diuruskan utk menjana ekonomi utk rakyat,sebaliknya hanya memuja betapa hebatnya org bernama najib razak. Mudah dan jelas....isu2 yg terpalit dgn beliau semua di jawab oleh pembodek. Secara gentleman...ada beliau berdepan dgn pertanyaan rakyat? TIDAK!
    Jadi masihkah beliau layak memimpin negara.....?

    ReplyDelete
  15. Apa kata umno pilih calon2 bangla bertanding PRU nanti...bersandarkan tahap IQ umno sekarang, bangla punya IQ layak...para puteri umno pun sure excited, berkempen untuk calon2 mirip shah rukh khan, kan kan kan

    ReplyDelete
  16. Jangan salahkan ahli-ahli kerana memiliki sifat sedemikian (sifat pengikut). Tudinglah induk apabila selama 50 tahun hanya memberanakkan pengikut, tidak kepala.

    Namun realiti ini bukan khusus dan terasing dalam Umnu. Induk Dap juga 2x5, memiliki baka dan pewarisan serupa bilaman "penikam belakang" bernilai sifar pada LGE.

    ReplyDelete
  17. Low class kalo jd penyamun jer..Nie kepala penyamun la..jumpe kepala penyangak baru2 nie

    ReplyDelete
  18. Aku suka dengar lagu...
    GOBLOK GOBLOK GOBLOK.... lagu Jawa kot.

    ReplyDelete
  19. Tak tahu menahu rm42j wang src masuk ke dalam akaun bank tapi belanja sakan guna kad kr sampai rm2/3j?

    Kalo nak butir apa yg dia beli perinci-perinci dan tepat hingga ke 1 sen terakhir pun boleh di sediakan serta merta kalau penerang umnob mahu.

    Pasti dia tak mahu kerana pada akhir kalam kesimpulannya ialah kita bercerita mengenai bukan seorang penyamun tetapi seorang lagi penyamun (konon-konon anggota penerang) yang cuba menerang kesucian penyamun utama dalam plot cerita.

    Sekali lagi saya mahu mengingati para hadirin: dia tak bangang. Dia adalah penyamun satu calit yang melindungi penyamun entah berapa paku di bahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puhhhhh....siap guna credit card lagi.
      1 untuk dia
      1 untuk bini

      Delete
  20. Yg bercakap ni pun sama je soalanya penyamun ke tak penyamun ke depan allah nanti di padang mahsyar jawablah termasuk org yg menyokongnya lagi satu klu tak penyamun bersumpahlah dgn nama allah barulah cakap itulah dia penyamun tarbus aaammmiiiinnnn hai lah penyamun

    ReplyDelete
  21. Penyamun tarbus...abis duit tu 'ghaib' ka?! Atau turun dr langit?!

    ReplyDelete

  22. Apalah nak dihairankan sangat.

    Ingat kisah Ali Baba dan 40 orang penyamun.

    Setiap orang penyamun tu ada kepakaran sendiri.

    Macam filem P.Ramlee tu.

    Ada sarjan, ada hakim, ada doktor, ada askar Jepun.

    Macam tu la bapak penyamun kat Malaysia
    ni.

    Bapak penyamun rembat berbiliyon-biliyon.

    Ketua penerangan pulak rembat berapa banyak agaknya?

    Ingat lagi tak kes RM36.5 juta lesap kena rembat masa dia jadi menteri dulu?

    Duit yang lesap kena rembat tu peruntukkan untuk rakyat miskin di Kelantan.

    Hak fakir miskin pun habis kena balum.




    ReplyDelete
  23. ITU KALU JIUMPE ITU URANG GIELE ,DIYEE TAK MENIGAKU DIYEE GILEE...YITU PENYIAMUN PUN TIYDAK NYIAKU DIA PENYAMUNNN

    ReplyDelete
  24. Ada satu kueh bangkit, campur tepung dengan kelapa,ini olang otak sakit, kes dia dulu kita tak lupa.

    ReplyDelete
  25. Najid bukan penyamun! Cuma tak tahu nak terangkan macamana rupa muka Pak Arab, macamana cara dia dah pulangkan derma, macamana akaun nya boleh murah rezeki terima 42J lagi dan bayangkan hanya berapa kerat sahaja hamba Allah dalam Malaysia ni yang percaya kat Najid antaranya Tan Sri Anuar Musa.

    ReplyDelete
  26. Yg bercakap ni pun sama je soalanya penyamun ke tak penyamun ke depan allah nanti di padang mahsyar jawablah termasuk org yg menyokongnya lagi satu klu tak penyamun bersumpahlah dgn nama allah barulah cakap itulah dia penyamun tarbus aaammmiiiinnnn hai lah penyamun

    ReplyDelete
  27. Najib tak salah. Najib tidak bersalah. Yang salah ialah para pengundi yang masih terhegeh-hegeh nak undi Najib/UMNO/BN dan yang sewaktu dengannya.

    Siapa pengundi yang bijak mengundi Najib???

    UNdilah kit semua...undi dengan bijak. Undilah BN!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak musang pun tak bersalah sebab masuk reban orang curi ayam. Sebab nak tangkap ayam hutan susah. Tangkap ayam kampong senang. Gemok gemok lagi

      Delete
    2. takut sgt psal 'melayu' n takut DAP memerintah. xfikir yg sendri dikencing org2 melayu, tanah air sendri dijual dek org melayu sendri. makin teruk, mkin mundur mkin merana disebbkn bangsa melayu sendri. fikir jauh kedepan. jgn kebelakang. bla nk maju klu penakut n asik mkn dedak? selepas najib kluar pun dlm UMNO penuh dgn dedak yg msih terjelir2 lidah nk mkn dedak. dh sebati dlm drah dgg UMNO. ckup2lah dgn UMNO tu.kna ajar mereka tu rakyat ni ade kuasa mengundi ditgn gunalah betul2. dh terlalu sakit hati dgn kerenah melayu durjana pemakan dedak menteri2 bodoh bangau ni.

      Delete
  28. Ado sekor anok musang atah julai mokte
    kudung ekor perut lapar jalan cari makan

    Kejadian tuhan dipanggil nama musang
    asalnya dale hutan sejenis mamalia

    Kalu pasal jakit kok dehe dialah yg paling pandai
    jatuh jare jare kerana dia tak sobar

    Pandai pandai musang melompat jatuh tanah jugok
    tak wi gambar ore jahat jale telajok mangok

    Ore jame ritu pakat hambat musang
    bimbe ko woh kayu takuk tokdan besar

    Nyor derian duku kalu dan nye kerit musang
    pendek tahun tu nyor derian takdan nak jual

    Ore sekepung musang sekor berambat hari hari
    nya pakat likung nya pakat pekong tupai takleh lagi

    Sakat bedil ado musang habih mati
    hok ni lah saya raso kita sangat rugi

    Kita manusio tinggi mana pun kita ngaji
    nak wat musang sekor tentu sekali nya tak jadi

    Loni kapung atau bandar jare buleh tgk
    bapok musang ibu musang jale bawak anok

    Rasa kesian sungguh tgk sekor ke anok musang
    kerana telajok kuruh sapa tokleh nak niti pagar

    Bulu bulu pun habih luruh air mato bederai derai
    mari dale baruh bekali kena racun tebaka

    Ado sekor anok musang atah julai mokte
    kudung ekor perut lapar jalan cari makan

    ReplyDelete
  29. "ingredients" tersebut ialah :

    1. Tiga besen wap air kepunyaan isteri.
    2. Tujuh besen air mentera.
    3. Otak lembu (sebaik-baiknya jenis nfc)
    4. 500 kg sayur kangkong.
    5. Dedak secukup rasa.
    6. 100 tong air mata rakyat....

    ReplyDelete
  30. Cerita begini untuk mengelirukan melayu, seolah-olah keadaan semua ok.
    UMNO masih kukuh.

    Najib memang tidak mahu menghancurkan UMNO tetapi kelemahan dan keutamaan dia yang menghancurkan negara.

    Negara menjadi lebih teruk dan kebelakang. Banyak keputusan yang dibuat tidak menjadi dan rakyat semakin tersepit.

    ReplyDelete
  31. ada share harta samunan ni

    ReplyDelete
  32. Hanya jauhari kenal manikam.

    Penyamun yang tergamak sapu RM36.5 juta duit rakyat termiskin tentu sahaja boleh kenal kepala penyamun yang sapu berbiliyon biliyon.

    Ada 2 tahun lagi tempoh hayat penyamun-penyamun semua. Enjoy la selagi boleh sebab lepas 2 tahun jel menanti. Aminnn.

    ReplyDelete
  33. Memang Najib bukan penyamun.

    NAJIB KEPALA PENYAMUN.

    ReplyDelete
  34. Rahman @ pandir Dahlan awat dah senyap??

    ReplyDelete
  35. เว็บไซด์เกมออนไลน์มหาสนุก เครดิตฟรี pgslot โบนัส100 เกมสล็อตอออนไลน์ เล่นง่ายได้จริงไม่มีโกง
    https://www.hotbookmarking.com/thanks/?ajax=0

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...