Tuesday 16 February 2016

CERITA RM2,600 JUTA YANG TERUS BERBEZA-BEZA

Lupakan seketika pelbagai versi yang berbeza-beza mengenai wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak yang pernah kita dengar dan baca beberapa waktu sebelum ini yang antaranya dikatakan untuk UMNO menang pilihanraya, memerangi keganasan,  menegakkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, melawan DAP dan entah apa-apa yang lain lagi.

Ini pula cerita yang agak baru, setelah nama Najib Razak dibersihkan oleh Peguam Negara, tapi nampaknya versi mengenai wang tersebut masih juga berbeza-beza lagi.

Cerita 1
Dalam temubual dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ahad lalu, Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa berkata, derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak bukanlah "suatu jumlah yang besar"  untuk menghadapi satu pilihanraya umum.

"Anda mesti mempunyai wang yang cukup. Dalam sistem UMNO, pembiayaan hanya datang daripada presiden. Kami tidak pernah persoalkannya.

"Jentera dan semua orang dalam parti akan meminta wang daripada presiden, walau siapa pun presiden parti," tambah beliau.

Annuar juga menegaskan, adalah sangat tidak beretika untuk Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika parti tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghadapi pilihanraya.

Nampak logik dan masuk akal hujah-hujah beliau itu.

Soalnya, apakah Annuar terlupa dengan pengumuman Peguam Negara bahawa Najib sudah memulangkan sejumlah RM2,030 juta daripada wang derma tersebut atas alasan ia tidak digunapakai?

Bermakna, dengan pemulangan wang itu tidaklah banyak mana yang digunakan untuk menghadapi pilihanraya tahun 2013 lalu dan bagaimana Annuar tetap mengatakan wang RM2,600 juta bukanlah suatu jumlah yang besar?

Kenapa sebagai Ketua Penerangan UMNO, Annuar memberi jawapan sebegitu dalam usahanya mempertahankan Najib?

Cerita 2
Sekumpulan imam baru-baru ini dijemput menghadiri pertemuan dengan seorang menteri, yang antara lain intisarinya ialah memberi penjelasan berkaitan wang derma yang sama.

Dalam perjumpaan itu, menteri terbabit dikatakan mengesahkan wang yang diterima Najib itu memang datangnya daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Kata menteri tersebut, wang itu pula sebenarnya diperolehi hasil daripada faedah simpanan keluarga Diraja Arab Saudi yang diletakkan di pelbagai institusi kewangan di luar negara.

Oleh kerana keluarga Diraja Arab Saudi tidak mahu menggunakan wang faedah itu yang dianggap sebagai riba, maka ia didermakan kepada pelbagai negara untuk projek-projek pembangunan yang mana Najib menerimanya bagi mewakili Malaysia, demikian kata salah seorang peserta yang hadir mengulangi maksud penjelasan menteri berkenaan dalam perjumpaan tersebut.

Sekali lagi, adakah menteri terbabit juga terlupa dengan penjelasan Peguam Negara bahawa sebahagian besar atau sebanyak RM2,030 juta daripada RM2,600 juta telah dikembalikan semula oleh Najib kerana tidak digunapakai.

Kalau benar wang itu diberikan untuk projek-projek pembangunan, kenapa pula perlu dikembalikan?

Sekali lagi, kenapa dalam usaha pelbagai pihak mahu terus mempertahankan wang tersebut, jawapannya sering saja berbeza-beza dan tidak senada? (SH 16/02/2016).

33 comments:

  1. 2 tahun saja lagi. Tak lama dah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan SH,

      Atas nasihat dan rujukan kitab biru dari Parti Lebai, wang derma itu perlu dipulangkan semula setelah ditolak komisyen untuk Tuan2 P-sihat.

      Ini betul betul cerita lebai malang ,pemimpin kenyang rakyat kena temberang.

      Delete
    2. Kesian orang melayu/islam dlm negara ini, siang malam diperbodohkan oleh ahli ahli politik yang rakus dan gila kuasa dalam PAU (PAS AND UMNO).

      Delete
    3. Anuar musa ting tong ting tong

      Delete
  2. Been said before and will say it again....this LIES over 'DONATION' crap has taken a life of its own it kept changing so much so the LIES after LIES just cannot make the first LIE become legitimate, period!

    MLN

    ReplyDelete
  3. Anwar kata 2,600 juta tidak besar pon untuk hadapi pilihan raya. Tetapi Apandi kata wang 2,003 juta telah dipulangkan. Fening fening fikir hujah orang Kelantan mabuk budu ni.
    Jangan terlalu mengharap PRU 14 dua tahun lagi. Mungkin akta MKN digunakan untuk isytihar dhadurat

    ReplyDelete
  4. Bukti nyata yang macai najib BODOH - taat hanya kerana dedak.

    AG kata wang telah dikembalikan sebab singapura telah bekukan akaun najib.

    Alasan ini niat tutup soalan "Mana baki derma tu?"

    Sibodoh akan korek lubang pada kapal lanun si bugis - maka semua akan tenggelam dlm air lautan.

    ReplyDelete
  5. Banyak sangat jenis brand dedak ni...itu yang lintang pukang jawapannya.

    ReplyDelete
  6. Bila cerita sebenar sudah terbongkar, penjilat setia pahlawan bugis terpaksa mencari alasan untuk bela maka masing masing keluar dengan idea dan fantasi berkennan dengan cara duit itu diberi.

    ReplyDelete
  7. En.Din,
    Sekarang nampak dan jelas budaya yang di amalkan oleh puak puak pemimpin umno dan keseluruhan kepimpinan negara amnya ,iaitu pertahan dan bela pemimpin walaupun dengan cara pembohongan yang boleh buat seluruh dinia ketawa,

    Ada sesetengah penyokong najib lanun dan sesetengah orang melayu yang buta hati tak tahu lah samaada mereka sedar atau pekak ,dalam islam akhlak mempertahankan pemimpin ada hadnya ,sekiranya pemimpin itu ada keburukan pada pribadi seperti suka minum arak , kaki judi atau isteri tak tutup aurat kita wajib tegur tapi melalui saluran saluran yang tidak mengiabkan pemimpin berkenaan ,tetapi sekiranya pemimpin itu melakukan kesalahan melibatkan kepentingan rakyat seperti penyelewengan wang negara dan sebagainya beliau wajib ditegur secara terang terangan dan pemimpin yang tidak amanah wajib meletak jawatan kerana sudah terkeluar dari nilai nilai kepimpinan islam.

    Malangnya mereka iaitu ,barisan kepimpinan kerajaan dan sesetengah orang melayu islam telah menjadikan satu amalan budaya yang jijik iaitu mempertahankan pemimpin tiada amanah sebagai pemimpin dengan bermacam macam pembohongan ,yang si tongkol kayu orang bawahan pulah dah tak ada cara nak mempertahan pemimpin tak amanah boleh kata ini fitnah dan ungkit perkara lama ,kalau fitnah kenapa Najib lanun aka pengkianat bangsa tak berani langsung nak bersihkan segala tudohan dimakamah guna la otak sikit kenapa bacul sampai pecat AG Gani dan tangkap semua pegawai peniasat, sepatutnya kalau berani jalan yang paling baik ambil cuti pergi makamah bukti kan diri itu bersih kemudian dah bersih ambil balik jawatan ini tidak siang malam bohong kemudian tak berani sampai sekarang nak saman WSJ ,jelas segala tindak tanduk najib menunjukkan beliau bersalah dan seorang pemimpin tidak amanah ,mungkar dan tida integriti walau pun orangnya berlaga lemah lembut.

    ReplyDelete
  8. Inilah kisah pembelit negara cuba nak memperbodohkan kita... berhati-hatilah!

    ReplyDelete
  9. RM2.6billion datang dari 1MDB dan masuk akaun Najib melalui Petro Saudi..Tanore Findance/Falcon bank. Ini jelas kes money laundering act. Apandi sesumpah( disuruh sumpah d Masjid olih Mahathir)..sgt meyampah dgn orang2 yg telah membuktikan dia berbohong. Apandi memang sampah masyarakat.

    ReplyDelete
  10. Kalau di lihat dari jalan cerita rm2.6b ni semua org umno termasuk pak mdnteri kena kelentong oleh org yg yg dapat derma tu kejap dari arab sekejap ramai penderma lepas tu tujuan derma tu utk pilihanraya lwn dap dan lain2 yg habislah imam2 pun kena kelentong pendapat aku yg cetek ni 30j rakyat malaysia di kelintong oleh seorg manusia yg rakus harta rakus politik rakus kuasa nanti jawablah di padang mahsyar kelentonglah tuhan aaaammmmiiiinnnnnn

    ReplyDelete
  11. Annuar Musa..dia mentedarah duit PPRT. Ada fail siasatan BPR/SPRM. Di tutup sebab dibuang dari jawatan Menteri mcm juga Azalina. Habi duit Tourism Ministry dan juga Youths and Sports Ministry dia sapu. Tu fasl dia orang ni tak kisah tentang Najib ambik rasuah RM2.6billion.

    Harap apabila PH bentuk kerajaan, fail siasatan terhadap Azalina, annuar Musa dan Nazri disemak samula. Sebab apa tak de pendakwaan. Adakah BPR/Sprm syor dakwa tetapi tdk disetujui Peguam Negara.

    ReplyDelete
  12. Kalau di lihat dari jalan cerita rm2.6b ni semua org umno termasuk pak mdnteri kena kelentong oleh org yg yg dapat derma tu kejap dari arab sekejap ramai penderma lepas tu tujuan derma tu utk pilihanraya lwn dap dan lain2 yg habislah imam2 pun kena kelentong pendapat aku yg cetek ni 30j rakyat malaysia di kelintong oleh seorg manusia yg rakus harta rakus politik rakus kuasa nanti jawablah di padang mahsyar kelentonglah tuhan aaaammmmiiiinnnnnn

    ReplyDelete
  13. Itu la taraf menteri umngok sebodoh sektor 3B iaitu bodoh, banggang, bohong.Adakalanya bodoh banggang capayam 3.85 dan adakalanya bohong tahap 2.5 B dan 1.5 j

    ReplyDelete
  14. Kalau diikut jalan cerita dari mula hingga sekarang atau terkini mengenai wang 2.6billon, berbagai cerita dan putar belit dr pihak najib dan sekutunya.tapi yang nyata,kesemua ceritanya berbeza-beza.
    Iklas sya katakan,pemimpin gagal menyakinkan rakyat marhen dengan jawapan yang menyakinkan.kalau berterusan membelit rakyat,peluang UMNO dan BN amat tipis pd PRU14 dan seterusnya akan berkubur.
    Kepercayaan rakyat sudah terhakis.

    ReplyDelete
  15. Menteri UMNO kerja dalam sektor 3T

    - TOLOL, TAMAK, TIPU

    ReplyDelete
  16. Assalam Bro,kami ahli di akar umbi ni pun naik meluat dengan perangai sesetengah pemimpin UMNO.Kok ye pun nak membodek,biarlah berpada.Tak pernah ada jawapan yang benar-benar menyakinkan...bertambah bercelaru adalah.Parti UMNO tak bersalah tetapi pemimpinnya yang tidak jujur.Kami mahu Najib dan kuncu-kuncunya dibuang dari UMNO agar UMNO terselamat.......

    ReplyDelete
  17. BN confirm mampus dalam PRU14...

    ReplyDelete
  18. Babi pun nk makan dedak juga selain ayam & itik..

    ReplyDelete
  19. Kita semua sedar, jawapan dari persoalan 1MDB berbeza setiap orang yang cuba tunjuk pandai kononnya untuk menghalalkan cara Najib menerima dan menggunakan duit tersebut.

    Dari jawapan itu kita tahu Najib sebenarnya menyalah guna kuasa, pembohong, penipu, pencuri, pemeras ugut yang dikelirukan dengan akta dan udang-undang.

    Apa yang kita bicarakan adalah kesalahan yang perlu diadili di mahkamah tapi disebabkan UMNO Baru telah menukar sistem dalam perlembagaan negara yang memusatkan segala kuasa hanya perdana menteri maka dengan selamba peguam negara selaku peguam dan hakim menyelesaikan kesalahan Najib di bicarakan diluar mahkamah.

    Orang lain, belum tentu bersalah, KPN dengan pantas tweet anggotanya agar segera tahan, tangkap, kurung, dera dalam lokap. Kalau pendek umur mati kerana kena belasah.

    Tapi Najib masih boleh ketawa, kemana saja dia pergi diiringi oleh polis, seolah-olah dia tidak melakukan kesalahan sedangkan dalam akta SPRM mengatakan derma adalah berkaitan dengan suapan dan suapan itu bermakna rasuah.

    Timbul satu pertanyaan........ Apakah hanya Najib saja yang halal memberi dan menerima RASUAH, orang lain tidak boleh, haram dan mesti dikenakan tindakan undang-undang...?

    Inilah akibat rakyat memberi kuasa penuh pada Barisan Nasional sehingga mereka dengan mudah menukar sistem dalam perlembagaan negara mengikut kepentingan pemimpin mereka saja.

    Sekarang dengan kuasa yang diciptanya mereka berlagak kononnya negara malaysia ini bapak mereka yang punya.

    Oleh kerana itu bukan pelik jika Anuar Musa keluar kenyataan yang amat jelas bahawa RM2,600 juta bukan besar sangat dalam mengendalikan pilihan raya kerana ahli UMNO Baru menjadi kan rasuah sebahagian makanan dedak mereka termasuk diri beliau sendiri.

    Pembohongan yang gagal akan disusuli dengan bohong, dan bohong lagi kerana bohong sememangnya tidak ada kebenaran nya.

    Cuma satu pertanyaan pada para pembaca budiman.....sampai bila kita perlu menyanyi.... Najib curi duit dari 1MDB....biarkan...biarkan, Ooooiiii celaka ! Najib curi duit SRC....biarkan....biarkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annur musa gedebe pun tumpang semangkuk.MARA apa cerita skrng ni Annuar? Anak Musang pun pandai curi ayam jugak

      Delete
    2. Memanglah 2.6 bilion sikit bila sebahagiannya sudah dibekukan disingapura.

      Delete
  20. Mulai dari sekarang kita akan dengar versi dan teori baru dpd Annuar tentang derma RM2.6b dan 1MDB.

    Annuar akan beri penerangan, khasnya kpd ahli-ahli UMNO, tentang apa yg dia tahu, dan besar kemungkinan dia akan buktikan yang dia lebih tahu dpd Najib, Zahid, AG dan SPRM sendiri.

    ReplyDelete
  21. Mulai dari sekarang kita akan dengar versi dan teori baru dpd Annuar tentang derma RM2.6b dan 1MDB.

    Annuar akan beri penerangan, khasnya kpd ahli-ahli UMNO, tentang apa yg dia tahu, dan besar kemungkinan dia akan buktikan yang dia lebih tahu dpd Najib, Zahid, AG dan SPRM sendiri.

    ReplyDelete
  22. Spesis 3B - Bangsat, Barua & Butohpakhang. Korang ingat kami ni bodoh ke,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spesis 3B = spesis 3T

      Bodoh/Tolol - cap ayam 3.85

      Banggang/Tamak - Bilion 2.6

      Bohong/Tipu - Bangla 1.5

      Delete
  23. xminat pasal derma2 ni.dah tau alkisahnya.lebih berminat tentang dana 1MDB..jho low..goodstar..sharol helmi..tarek obaid yg telah menipu kita.timeline duit lesap dan kemasukan derma pun menarik minatsaya

    ReplyDelete
  24. Dia dh lama mengidam balik nak jd menteri.

    ReplyDelete
  25. Dia dh lama mengidam balik nak jd menteri.

    ReplyDelete
  26. Kenapa AG bg pihak Najib kata balance duit derma tok arab dkembalikan sbb tak digunakan?..sapa tau jawapan dia???

    Mampuih najib kalau dia tak kata lagu tu...SEBAB...PASTI pak2 menteri, ketua2 bahagian umno, ketua2 cawangan unmo, ahli2 umno, ketua2 kampung, Adun2 BN, Ahli2 Parlimen BN, Senator2, Pak Guard umah najib, Tukang Kebun umah najib MESTI MINTA DUIT DERMA TU..MAI SKET NAJIB TAKKAN MAKAN SEORG JER...dr Rabak n tak dpt rank title Billionair baik kata balance derma tok arab telah dgn suci hati dikembalikan...selamat aku (najib) dr brputih mata...bukan senang woi nak jadi billionair...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...