Friday 1 January 2016

SELEPAS SATU DEMI SATU DIJUAL, APA BISNES 1MDB SELEPAS INI?


Selepas 1MDB menjual keseluruhan segmen tenaganya, Edra Energy dan kemudian 60 peratus Bandar Malaysia, kedua-duanya kepada syarikat daripada negara China demi untuk melangsaikan hutang RM42 bilionnya, satu-satunya aset yang tinggal bagi syarikat itu ialah tanah TRX seluas kira-kira 70 ekar di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Edra Energy dijual dengan harga tunai sebanyak RM9.83 bilion, selain pembeli bersetuju menanggung semua hutangnya. Dilaporkan jualan itu akan mengurangkan hutang 1MDB antara RM16 bilion hingga RM18 bilion.

60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia pula dijual dengan harga RM7.41 bilion. Lebihan 40 peratus lagi yang masih milik 1MDB, sebagaimana disebut oleh Arul Kanda semalam, sedang dalam pertimbangan untuk dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan.

Bermakna, kemungkinannya dijual juga baki 40 peratus Bandar Malaysia itu. Cuma apabila ianya dijual daripada 1MDB kepada Kementerian Kewangan, ia tidak lebih umpama memindahkannya daripada tangan kanan Najib kepada tangan kirinya.

Ini kerana 1MDB diketuai Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihatnya, manakala Kementerian Kewangan juga diterajui olehnya.

Dengan 40 peratus Bandar Malaysia itu dipindahkan kepada Kementerian Kewangan, secara tidak langsung duit rakyat turut digunakan untuk melangsaikan sebahagian hutang induk 1MDB.

Jika penjualan kepada Kementerian Kewangan itu menjadi kenyataan nanti, ertinya lupuslah seluruh kepentingan 1MDB dalam Bandar Malaysia yang luasnya hampir 500 ekar itu.

Sebagaimana Edra Energy, akhirnya Bandar Malaysia juga tiada kaitan lagi dengan 1MDB.

Maka, yang tinggal hanyalah tanah TRX saja lagi. Tetapi tanah juga ketika ini sedang dipecah-pecahkan lotnya untuk dijual bagi memperolehi wang. Mungkin sebahagiannya turut terlepas ke tangan syarikat negara asing kerana yang dikejar oleh 1MDB ketika ini ialah wang.

Berikutan penurunan nilai ringgit dan hanya syarikat asing yang mempunyai banyak wang, sudah tentu potensi mereka memiliki sebahagian besar tanah TRX adalah juga tinggi.

Dengan menjual demi menjual harta yang dimiliki,  hakikatnya tiada apa lagi yang tinggal dalam tangan 1MDB. Tidak seperti kebanyakan syarikat perniagaan yang membayar hutang melalui keuntungan perniagaan yang dijalankan, 1MDB sebaliknya melangsaikan hutang dengan cara menjual satu demi harta miliknya sendiri.

Persoalannya, apakah perniagaan 1MDB selepas ini?  Edra sudah dijual, Bandar Malaysia sudah dijual 60 peratus dan  mungkin dijual sepenuhnya tidak lama lagi. Tanah TRX pula dalam proses yang sama.

Apakah bidang baru atau pelaburan yang akan diceburinya selepas ini?

Adakah tanah dan aset kerajaan yang lain pula akan diserahkan oleh Najib kepada 1MDB selepas ini untuk memastikan syarikat itu terus bernyawa dan ada perniagaan yang hendak dijalankannya? (01/01/2016).

20 comments:

  1. Spt Singapura terlepas dari genggaman negara..kita adalah mangsa kpd *treason* mangsa * hidden hand* pemimpin melayu skrg yg menjadi barua utk menjual negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila PRU 14 ni.???? Punah ranah negara kita, dah lah nak cari makan pun sikit punya susah skrng ni.Baru baru ni Syarikat Murphy Oil dah buang pekerja.
      Harga getah pun jatuh merudum.Makan pasirlah kita selepas ni.Orang miskin macam kami tak ada orang yg nak menderma. Orang kaya saja yg dapat derma.
      Apa punya malapetaka ni? Harapkan pagar pagar makan padi. Harapkan Perdana Menteri Perdana Menteri pun mencuri!!!!!
      Siapa nak tolong kami ni?
      Tun Mahathir tolonglah kami. Kami dah tak ada harapan lagi. Nak makan pun susah. Nak beli rakyat pun tak berupaya.Tolonglah Tun. Tolonglah kami. Kami dah tak ada tempat nak mengadu lagi selain kepada Tun. Nak beli baju sekolah anak anak pun perit. Harga mahal mengila. Kerajaan kata lain. Perniaga kata lain. Kami tersepit di tengah tengah.Mana satu yang betul ni?
      Tun kami kesianilah kami. Tolonglah kami.Kami minta tolong Tun sangat sangat. Kami sudah tidak ada harapan dan masa depan lagi. Selain Allah Taala Tun lah harapan kami. Jangan tinggalkan kami Tun. Tolonglah kami. Amin

      Delete
  2. Yang ada tinggal asset IMDB, hanya Najib.kita jual atau lelong.itu pun kalau orang yang ingin beli.kalau tak laku,kita campak je tempat buangan sampah..

    ReplyDelete
  3. Admin...tarikh kat hujung posting ni dah setahun berlalu, kah kah kah...ekaw poning ko apo? Yolah mano tak poning iyo tak, orang niago buek untung barulah bayar utang guno duit untung, ini nak boniago modal kocik bona utang menimbun ado bungo laee, jadi...nak bayar utang konolah jual aset. Ini namonyo ehh, niago taik kucing! Nak buek untung macam mano, taik kucing mano ponahnyo laku? Moral coritonyo jangan pocayo langsung kek Umno tu, dulu kini dan solamonya.

    ReplyDelete
  4. Elok Najib dan kuncu2nya masuk kubur dan jual sekali dengan tanah kubur tu kepada syarikat asing. Itu lagi baik. Lanun punya PM !

    ReplyDelete
  5. Lepas ni meniaga BABI la pulak sebab ada Melayu Bugis berperangai BABI yang bersekongkol dengan BABI tembam Jho Low merembat khazanah negara sambil menipu rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh. Babi haram. Derma tu amal jariah. Najib kan expert in donation? Lps ni 1MDB niaga donation.

      Delete
    2. 9.20.. mana bleh niaga donation.. niaga komisyen la sama..

      Xkan hang x tau.. sumer duit halal lagi toiyyiban..

      Delete
  6. Juai kepok leko

    ReplyDelete
  7. Woiii najib. Ikan rakyat pun RM16 sekilo. Kau dengan bini kau hidup senang lenang.Rakyat tanggung derita sengsara.Apa sial yg kau bawa kepada negara ni.

    ReplyDelete
  8. Kalau pun mdb bengkrap,najib kaya,kuncu2 dia kaya sbb diaorg dah sapu semua duit2 yg hilang tu.pastu guna duit,harta rakyat bayar hujang...apa patut hukuman utk laknat ni agak2 nya..??

    ReplyDelete
  9. Bro Din,macam mana pua dgn tanah yg dibeli mahal berbillion ringgit kat Air Itam,Penang.Mungkin ada rancangan nak jual juga kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan dijual lock stock and barrel kat China

      Delete
    2. 11.55

      "Bro Din,macam mana pua dgn tanah yg dibeli mahal berbillion ringgit"

      Hairan juga...Berapa komisyen orang tengah dan umno penang dapat?

      Yang ni pula kroni tak boleh kacau...

      TRX dijual murah pada 1MDB, kenapa murah sangat? adakah kerana najib terdesak? Selepas berjoli sakan?

      Bukankah kedua duanya bertujuan untuk tidak membebankan, menyusahkan rakyat?

      Delete
  10. Bisnes apa selain dpd terus menjual harta negara untuk bayar hutang bertimbun 1MDB. Siapakah yang dapat untung bisnes 1MDB. Orang luar bandar dan felda pun dah tahu agaknya.

    ReplyDelete
  11. Pokjip dan konco2 jadi hamba 1mdb dan rakyat jadi mangsa ekonomi.Betapa bodohnya penguruan ekonomi rakyat disuruh buat lebih dari 1 kerja untuk menampung perbelanjaan hidup.

    ReplyDelete
  12. Bersedialah kena maki hamun "haramjadah" kalau tak setuju.pisang berbuah dua kali bak kata orang felda

    ReplyDelete
  13. Nampaknya 1MDB bukanlah syarikat pelaburan strategik negara. Kepakarannya hanyalah untuk menjual aset strategik negara.

    ReplyDelete
  14. Keja 1mdb sonang aje bro.....buat hutang lagi....kan banyak lagi tanah kerajaan. Tak cukup semenanjung...tanah di Sabah & Sarawak kan masih banyak.
    Pulun habis2 harta negara....sampai tahap PutraJaya tepaksa menyewa dari China atau singapura.

    ReplyDelete
  15. Keja 1mdb sonang aje bro.....buat hutang lagi....kan banyak lagi tanah kerajaan. Tak cukup semenanjung...tanah di Sabah & Sarawak kan masih banyak.
    Pulun habis2 harta negara....sampai tahap PutraJaya tepaksa menyewa dari China atau singapura.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...