Tuesday 5 January 2016

ISLAM DIJUAL DI MANA-MANA?

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mendakwa konsep patuh syariah yang diperkenalkan oleh syarikat penerbangan baru, Rayani Air, hanyalah untuk mendapat keuntungan dengan menggunakan nama Islam.

"Kita dapati pemiliknya bukan Islam. Jadi, orang bukan Islam yang patuh kepada ajaran Islam ada juga. Dia dapat keuntungan daripada agama Islam. 

"Sekarang ini macam-macam benda orang cari keuntungan daripada apa yang ditafsir sebagai kehendak Islam," kata Tun Mahathir.

Apa yang boleh kita fahami daripada logik kenyataan beliau kali ini? 

Walaupun menyebut Rayani Air sebagai subjeknya, tetapi dapat diterobos bahawa Tun Mahathir sedang membuka lorong fikiran kita untuk menilai apa yang berlaku sehari dua ini dalam negara.

Tun Mahathir tidak lain mengajak kita berfikir dengan mendalam dan tidak mudah sentimental serta "tangkap leleh"  apabila sesuatu dihidangkan atas nama agama di depan mata kita.

Janganlah apabila atas nama Islam saja semuanya  dikira borong sebagai perkara yang total baik dan tidak boleh dipersoalkan. Sesuatu perkara yang berlaku itu harus diteliti secara mendalam dan menyeluruh sebelum mahu menerimanya sama ada baik atau sebaliknya.

Makanya,  secara tidak langsung logik yang sama mengajak kita agar jangan juga mudah tersentuh dengan umrah, jubah, gambar di depan Kaabah dan berdoa di Raudah dengan seolah-olah dosa-dosa semalam "seseorang" itu sudah boleh dianggap sebagai kebaikan.

Sementara agama sentiasa menjadi alat paling mudah mengaburi pandangan, kita sebagai manusia yang ada akal fikiran  jangan sesekali terlalu mudah hilang pertimbangan hanya kerana dek luaran yang sesekali ditonjolkan.

Jika ramai yang terleka atau selagi masih ada yang terlena dengannya, selama itulah agama akan jadi komoditi untuk dijual beli bagi mencari keuntungan wang dan mengekalkan jawatan. (SH 05/01/2016).

45 comments:

  1. Agama bukan untuk mengawal orang lain tetapi untuk mengawal diri sendiri.Jangan sendiri tidak betul dan tidak patuh kepada agama bahkan cakap tidak serupa bikin.Bila melihat keadaan carcamabra dalam negara, saya percaya pelaku kepada kemungkaran @ munafik seperti memperlekehkan alam kematian seolah-olah syurga dan segala nikmat dan kuasa hanya ketika mereka masih hidup saja.memang belum ada lagi manusia bangkit dari mati untuk menceritakan siksaan alam kubur tapi ingatlah mati sementara masih hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Najib ada cash RM2.6 billion semua menteri menteri dan ketua ketua bahagian UMNO akan ikut dia, akan sokong dia.
      Cuba kalau Najib papa kedana. Ada ker orang nak ikut dan sokong dia.

      Delete
    2. Kita ini hidup zaman pre daajal, bayangan daajal telah pun muncul. Dia ada wang,dia masih ada kuasa, dia boleh beli semuanya, baik menteri, MP ketua Bahagian mahupun ketua cawangan, semua dalam cengkamannya.Pembodek pembodeknya tak perlu dicerita. Daajal ini lupa satu hari yang telah ditentukan dia akan mati ditombak juga.

      Delete
    3. Anonymous5 January 2016 at 16:33

      Agama bukan untuk mengawal orang lain tetapi untuk mengawal diri sendiri.

      Saya suka dengan ayat tersebut.

      Sekarang bukan masa nya untuk berdakwah. Sekarang untuk membuktikan apa yang kita buat mengikut Islam. Sekarang adalah masa mengiyakan apa yang Nabi Muhammad saw katakan, bukan mengungkit kisah Nabi saw. Dulu zaman Nabi saw begini lah, begitu lah.. Itu Nabi saw, kita macamana?

      Bila buat hal-hal yang menguntungkan, kaitkan dengan Islam. Nak jadi Penasihat UMNO pun nak kaitkan dengan Islam. Cakap aja lah nak jadi Penasihat. Islam tak Islam, orang yang akan nilaikan nya.

      Delete
  2. Najib ini kalau dapat selamatkan diri apa saja pun boleh dibuatnya ,aka berlakon kalah Shahruh khan mau di buatnya , belakon la najib selagi boleh ,kami ini tunggu ja bila na bubar parlimen ,pasal teguran Tun M sungguh jelas kalau masih tak faham lebih baik terjun jembatan Pulau pinang bhg tinggi sekali,nak harap menteri menteri bagi pandangan lebih baik cakap dengan kaldai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti kata "zamkata"adakah anda yakin pru14 akan berlaku?

      Delete
  3. Berfikir ni kalau suruh melayu buat, memang payah banyak. Melayu ni dah diajar untuk dengar dan patuh. Berfikir dah tak perlu, dengar saja cakap dan perintah ustad, selamat dunia akhirat. Ularmak pewaris nabi, jadi kalau melawan ustad serupa melawan nabi. Orang melayu terus jadi takut. Lama2 dari takut langsung jadi bangang, sbb otak dah makin lama makin kecut.

    ReplyDelete
  4. Hanya kaldai saja yang akan berkerjasama dengan Hadi PAS. Sebab sama sama Kaldai

    ReplyDelete
  5. Kalau semua org di dunia ini MASUK Agama Islam, kekayaan Tuhan tidak berlebih; kalau semua org di dunia ini KELUAR drp Agama Islam, kekayaan Tuhan juga tidak berkurang. Yg paling RUGI adalah mereka2 yg mengejar kepentingan dunia berasaskan Agama.

    \Alhamd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tengok langkah syarikat dari negara china (pembeli bandar malaysia) @ china railway group ltd.Semua orang tahu jual nama bangsa dan agama makin laku dalam negara dunia ketiga macam negara kita.apakah langkah penjualan asset negara kepada negara luar kita akan pejamkan mata pabila mereka buat seperti yang Tun suarakan pendapat.Apakah lagu "anak kecik bermain api" memang sudah tidak relevan lagi jika negara luar yang memiliki asset negara sudah pandai "jual agama" seperti sekarang dan akan datang.Apa2 hal saya teringat soalan keramat selepas pilihanraya pru 13 iaitu " apa lagi cina mahu? "

      Delete
    2. Patut la lepas PRU13 teruih yang malaun tu tanya apa Cina Mau ?

      Yang Melayu (terus layu) tak faham maksud pertanyaan tu...

      Rupa-rupanya, malaun tu nak tunaikan janji PRU pada Cina : Lu minta / mau, WA bagi.

      Untuk Melayu : Forget it. Spesis tu tak pa, depa jenis dok layu sahaja.

      Delete
  6. Janganlah berlaku pabila hendak menghalalkan dan mengabui mata rakyat, semua syarikat asing yang memiliki asset negara akan mengamalkan konsep patuh syariah.apakah kita jelmaan pak kaduk zaman moden, bersorak gembira tapi asset tergadai kepada pihak asing.

    ReplyDelete
  7. Orang kata Air Asia ada share milik Mahathir

    Jadi syarikat rayani air merupakan oencabar air asia.

    Kalau orang bukan Islam boleh buat mengikut Islam..Kenapa Mahathir nak marah?

    Mahathir kau memang MahaCelakak, Mahazalim, MahaSial Pukimak haramjaddah tua bangka susah nak mampos

    Apa orang lain buat, pada kau semua tak kena.. Kau sekor ajer Mamakkutty yg betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau salah makan atau sembelit tempat nya di tandas dengan kau kau sekali boleh masuk tenggelam dalam tandas.....bukan disini tempat nya ya!

      Perhaps chicken feed from bugis already staled, isn't it???

      Tu lah next time boleh lihat used by date dan salah kan bugis tuh bukan Tun M, OK?

      Delete
    2. Anon 19.10 kau dah makan ubat?

      Delete
    3. Nampak sangat penyokong najib sekoq ini macam nak hilang nyawa sesak nafas ,sampai mencarut tak cukup pen ,aku ingat lebih baik hang bagi tau Airport sepang mahathir yang punya lagi cantik tak cukup lebih baik hang bagi tau semua syarikat pernerbangan dalam malaysia mahathir yang punya baru ramai boleh caya....species mat maslan jugak ini.

      Delete
    4. Anon 19:10..print screen part yg kau tulis dan bawa pergi claim dedak kau...kesian.

      Delete
    5. Kalau orang kata anon 19:10 ni gila memanglah dia betul betul gila.

      Delete
  8. Sy berpendapat kbykn rkyat msia xmau mdoakan si najib mdpt taufik n hidayah slps brp mcm kesialan yg dibuatnya. Rata2 mdoakan dia n pasu bunganya mati mengejut..barangkali spt jamaludin jarjis,mungkin.

    ReplyDelete
  9. Adakah dengan pergi buat umrah saja kesalahan-kesalahan seseorang sprt menipu, rasuah dan menyelewengkan dana dan harta negara boleh terhapus begitu saja dan dia dianggap sudah bersih sprt sehelai kain putih?

    Adakah cara begitu untuk menegakkan Islam? Jika begitu nampak sangatlah Islam ini dipermain-mainkan untuk kepentingan diri dan dijadikan alat untuk melepaskan diri dpd segala kesalahan dan kedurjanaan yang telah dilakukan terhadap agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  10. Mereka buat dosa kpd manusia, minta ampun pd Tuhan..

    Umrah & Haji tidak lain adalah seperti perbuatan kesat kaki yg kotor sahaja, kemudian mereka balik kesini dan membuat dosa sesama manusia semula. Hujung tahun pergi Umrah/Haji sekali lagi..

    Mereka telah menyekutukan tempat & benda sebagai "rumah" Tuhan dgn menganggap diri mereka sebagai "tetamu" Tuhan sedangkan "Tuhan itu adalah lebih DEKAT drp urat leher" mereka (Q50:16).

    \Alhamd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Tuhan lebih DEKAT dari urat leher.
      Tapi yang orang cari ialah RahmatNya dan BerkatNya.

      Dekat tapi Jauh. Ambil pengajatan perjalanan ghaib, Israk dan Mikraj.

      Pasal Umrah/Haji bukan untuk hilang kan kekotoran kerana sebaik terlintas niat nak mengerjakan Umrah/Haji, bersihkan lah diri dari kesalahan dan dosa. Masuk lah kerumah Allah dalam serba-serbi bersih sebersihnya.

      Malangnya ramai ke sana seperti mengesat kaki yang kotor. Bila balik pengalaman yang ada setakat bercerita pemandangan di kota Mekah dan Madinah.

      Wallahhuallam.

      Delete
  11. Saya baru berkata2 didalam hati mengeni isu Rayani Air, jual Islam utk untung dan sedikit duit untung masuk sebagai derma dlm kuil hindu.
    Hari ni TUN M bersuara. Alhamdullilah.

    ReplyDelete
  12. Anonymous5 January 2016 at 19:10
    MUNGKIN MAK BAPA HANG TIDAK AJAR HANG SECARA AJARAN ISLAM SEBAB ITU HANG BOLEH MAKI ORANG, MENCARUT, AIR ASIA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN MAHATHIR,

    ReplyDelete
  13. konsep patuh syariah...RAYANI AIR..pemilik bukan islam..garis panduan dpd siapa..kalo lari dpd garis panduan kita bole buat apa..bukan pasal air asia bro...bukan pasal Tun..bukan pasal kepimpinan sekarang.xyah emo sgt2 sampai kasar bahasa.relex

    ReplyDelete
  14. Apa yg diperkatakan oleh Tun ade kebenarannya,membuka ruang untuk kita berfikir secara positif.Hari ini memang terdapat segelintir golongan Agama yg menjual agama untuk menghalalkan perbuatan mungkar yg berlaku di sekeliling mereka dari peringkat rendah sampailah ke peringkat atasan(negara) demi menjaga tembolok perut sendiri,rakyat disuruh redho,akur,taat....atas ape yg berlaku walaupun sampai satu tahap untuk menjual Negara?..Di cari hadis & dalil bagi menampakkan kewajaran atas tindakan zalim mereka ke atas rakyat..yang dipersalahkan bangsa cina,India dll.. atas nasib yg menimpa Bangsa Melayu. "Sedarlah kamu wahai pemimpin negara, kami rakyat akan MENYOAL kamu semua di mahkamah Allah ta'ala nanti"..Berbanggalah kamu dengan kemaksiatan yg kamu lakukan itu tanpa mengenal siang dan malam,kikislah khazanah kurnian Allah ta'ala untuk Bumi Malaysia ini semahu-mahunya selagi kamu bernafas tapi kamu harus ingat.. lambat-laun kamu semua akan MATI..."Mati itu PASTI..kami rakyat sekadar memerhatikan lakonan yg kamu lakonkan saban hari, dari berbagai skrip dan versi. Sebelum terlewat perbetulkanlah ape yg perlu,jangan sampai Nyawa sudah berada dihujung ...kelak,sesal tiada berguna, harta yg banyak tidak akan dapat membantumu, hanya kain putih sahaja yg kamu akan bawa bersama ke liang KUBUR.. TAUBATLAH KAMU (Pemimpin)SEBELUM TERLAMBAT.

    ReplyDelete
  15. Apa yg diperkatakan oleh Tun ade kebenarannya,membuka ruang untuk kita berfikir secara positif.Hari ini memang terdapat segelintir golongan Agama yg menjual agama untuk menghalalkan perbuatan mungkar yg berlaku di sekeliling mereka dari peringkat rendah sampailah ke peringkat atasan(negara) demi menjaga tembolok perut sendiri,rakyat disuruh redho,akur,taat....atas ape yg berlaku walaupun sampai satu tahap untuk menjual Negara?..Di cari hadis & dalil bagi menampakkan kewajaran atas tindakan zalim mereka ke atas rakyat..yang dipersalahkan bangsa cina,India dll.. atas nasib yg menimpa Bangsa Melayu. "Sedarlah kamu wahai pemimpin negara, kami rakyat akan MENYOAL kamu semua di mahkamah Allah ta'ala nanti"..Berbanggalah kamu dengan kemaksiatan yg kamu lakukan itu tanpa mengenal siang dan malam,kikislah khazanah kurnian Allah ta'ala untuk Bumi Malaysia ini semahu-mahunya selagi kamu bernafas tapi kamu harus ingat.. lambat-laun kamu semua akan MATI..."Mati itu PASTI..kami rakyat sekadar memerhatikan lakonan yg kamu lakonkan saban hari, dari berbagai skrip dan versi. Sebelum terlewat perbetulkanlah ape yg perlu,jangan sampai Nyawa sudah berada dihujung ...kelak,sesal tiada berguna, harta yg banyak tidak akan dapat membantumu, hanya kain putih sahaja yg kamu akan bawa bersama ke liang KUBUR.. TAUBATLAH KAMU (Pemimpin)SEBELUM TERLAMBAT.

    ReplyDelete
  16. Kenapalah melatah. Ianya adalah rayani air bukanya islam air.

    ReplyDelete
  17. Woi Haramjaddah Penyokong Mahathir_Umno..

    Kau baca nie...

    Pada aku Mamakutty Haramjaddah memang SIAL jenis manusia.
    Apa yg dia buat dulu, aku tak sokong pon kena tanggung..Kau bodoh nak mampus ikut mahathir..kau punya pasal lah

    http://www.ibnuhasyim.com/2016/01/dr-m-patut-malu-tidak-sokong-rayani-air.html

    Tapi Kafir yg buat airline nie ternyata lebih baik drp anak mahasewel mahacelaka mahadir dgn san miguel..

    http://www.ibnuhasyim.com/2016/01/dr-m-patut-malu-tidak-sokong-rayani-air.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih dedak ni...rasa kau hidup pun selepas tun memerintah... Baik tutup mulut kalau tak tau sejarah

      Delete
  18. ini omputih kata kettle call pot black...dua2 tu sama jee

    madet dengki sebab abang ajik dah rembat lebih

    YANG PASTI...raayak ngok juga yang MALANG
    anon 0209 u are right

    ReplyDelete
  19. Saya tidak hairan kata tun itu kerana pada masa ini ada pemimpin kita yg setiap kali bercakap mengunakan ayat al quran utk menasihatkan rakyat n mecari sokongan politik cuba dia cemin2 diri dan perbuatanya sendiri renong2kanlah

    ReplyDelete
  20. Saya tidak hairan kata tun itu kerana pada masa ini ada pemimpin kita yg setiap kali bercakap mengunakan ayat al quran utk menasihatkan rakyat n mecari sokongan politik cuba dia cemin2 diri dan perbuatanya sendiri renong2kanlah

    ReplyDelete
  21. Nape nak marah2 kat Tun... Pendapat dia betul. Adakah objektif dan niat pemilik Rayani Air untuk mendapat dan mencari keredhaan Allah?? It is just the untapped market. Apa2 pun Alhamdulillah ada juga orang terfikir untuk memberi servis ini walaupun sepatutnya dari seorang mukmin.

    ReplyDelete
  22. Banyak peristiwa2 agama zaman khulafak dulu pun jual agama dengan membodohkan muslimin lain.. antaranya peristiwa perang siffin dan tahkim.. ini dah lama dah jual islam untuk mengecohkan satu pihak yang mudah biol dan cair dengar istilah2 Islam..

    Pada yang kurang mendalami, memang senang ditipu dengan istilah2 arab dan Islam. Biasanya rakyat Malaysia terlalu menghormati ayat2 agama.. petik sikit saja... dah terasa macam disuruh masuk neraka saja.. padahal kene main dgn ostat2 ja..

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Vee ini pun cara Islam sebab bertudung.
      Dia cari rezeki untuk tampung perbelanjaan keluarga.

      Itu sebab lah Mahathir persoalkan tentang Islam di jual...

      Delete
  24. Ya, agama sudah dijadikan idea perniagaan tetapi benda ni bukannya baru. Dah lama cuma kita jer yang tak Nampak ..... !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bermula dari air botol dan kismis ..

      Sekarang air botol dan kismis pun dijual dalam pesawat ...

      Delete
  25. Yang tak eluknya bila semuanya Islam. Bermula negara Islam, bank Islam, mahkamah Islam, syarikat penerbangan Islam tapi rasuah nombor 3 terbaik di dunia. SampaiYapiem dan Institut Profesional Baitulmal (IPB) pun terlibat sama.

    Berhenti lah guna perkataan Islam ....

    ReplyDelete
  26. Hah memang betul, ada jugak couple yang kena kejar dgn api neraka kat Dubai. Sambung celebrate new year masuk Mekah konon2 boleh lari dari neraka. Balik Malaysia suruh ustaz Wajdi dasuki bagi ceramah jaga lidah.

    “Sesungguhnya seseorang hamba itu benar-benar berkata-kata dengan kata-kata yang dia tidak memikirkan apa yang dia ucapkan (akibat dan keburukan kata-kata itu), menyebabkan dia terhumban ke neraka disebabkan kata-katanya itu, neraka itu dalamnya lebih jauh dari timur dan barat”. Hadis sahih riwayat Muslim by Wajdi Dasuki not sure where he met Rasulullah.

    Memang betul apa yg dia tulis neraka mmg jauh, sampai ke Dubai pun dia boleh kejar ahlinya. Ni lah akibat bila pemimpin bodoh ada lidah taktau nak jaga baik, suka menipu berbohong atas nama agama. Ada mata taktau nak pandang benar salah. Suka ikut nafsu dan perasaan.

    ReplyDelete
  27. Saya ada tips nak elak neraka. Besok bila mati suruh anak awak kepilkan sekali gambar kenang2an awak suami isteri tangkap depan kubur nabi semasa kapan. Mudah mudahan mendapat. (Hadis riwayat sendiri takde kena mengena antara hidup dan mati. Hanya berkenaan dgn penipu pencuri)

    ReplyDelete
  28. Islam yg dibawa muhammad saw adalah bersifat universal. Itu adalah satu ciri hebat islam. Islam sesuai utk diamalkan oleh sesiapa shj tak kira muslim atau tidak. Sesiapa shj yg ikut ajaran islam pasti akan beruntung. Cuma dr segi hati dan iman akan ditentukan oleh allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sesiapa sahaja yang ikut ajaran Islam pasti akan beruntung.
      Yang untung lanun-lanun dalam Yapem dan Majlis Agama.

      Delete
    2. Jual Islam lagi untung. Modal tak banyak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...