Wednesday 6 January 2016

AAMINNNNNNNNNNN UNTUK PEGUAM NEGARA...

Menepis ramalan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa kemungkinan tiada kes bagi siasatan SPRM terhadap derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak, Peguam Negara Apandi Ali  berkata, beliau akan bertindak dengan adil, teliti dan mengikut undang-undang.

Sambil menyatakan beliau akan membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih, Apandi yang dilantik sebagai Peguam Negara dalam pertukaran mengejut menggantikan Gani Patail pada Julai lalu, juga mengatakan tiada sesiapa boleh memberi tekanan kepadanya.

Saya akan kaji kes tersebut mengikut undang-undang. Saya juga tahu undang-undang, beritahu seluruh dunia bahawa saya seorang yang faham undang-undang, tegas Apandi lagi.

Berhubung jangkaan Tun Mahathir bahawa kemungkinan tiada kes dalam siasatan SPRM terhadap Najib sepertimana penolakannya terhadap cadangan Bank Negara dalam penyiasatan 1MDB sebelum ini, Apandi meminta Tun Mahathir agar tidak menggunakan kaedah  psikologi terbalik terhadapnya.

Katanya, ramalan itu hanyalah  percubaan memberikan tekanan kepadanya dalam membuat keputusan dan Tun Mahathir perlu berhenti mencari jalan keluar melalui taktik itu.

Benarkah ramalan Tun Mahathir itu berupa tekanan psikologi terhadap Peguam Negara atau memang ia merupakan jangkaan majoriti rakyat?

Lalu, berapa ramaikah yang kembali menaruh harapan dengan kenyataan terbaru Apandi ini?

Bagaimanapun, jika benar seperti kenyataan Apandi bahawa beliau akan meneliti kertas siasatan SPRM itu dengan adil, tanpa pilih kasih, tanpa rasa takut, mengikut undang-undang dan tiada sesiapa yang boleh memberi tekanan kepadanya, didoakan semoga rahmat Tuhan sentiasa bersamanya.

Setelah berbagai insiden berlaku dalam mencari kebenaran mengenai dakwaan berkaitan derma RM2,600 juta yang termasuk di dalamnya dana RM42 juta daripada SRC International dengan antaranya pemecatan anggota kabinet, penyingkiran peguam negara, penangkapan dan kacau ganggu terhadap pegawai SPRM, pembubaran PAC dan pasukan petugas khas serta pelbagai lagi, satu-satunya harapan kini ialah di tangan Apandi Ali sebagai pengganti Gani Patail.

Di sebalik mungkin masih ramai yang ragu-ragu dengannya, peluang juga juga harus diberikan kepadanya, sekurang-kurangnya sehingga beliau membuat keputusan mengenai siasatan SPRM itu.

Sementara penantian itu, mudah-mudahan Tuhan sentiasa membuka pintu hatinya untuk menegakkan kebenaran demi rakyat dan negara sambil mengotakan segala kata-katanya.

Berdasarkan kenyataan Peguam Negara itu yang mungkin kita sama-sama boleh menaruh sedikit harapan kepadanya, marilah kali ini kita berdoa lebih panjang daripada biasa untuk beliau.

Aaminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.......(SH 06/01/2016).

47 comments:

  1. Makin tak percaya kecuali dia pun kena pecat juga...

    Bank negara cadangkan tindakan, biar mahkamah tentukan...kenapa tak bawa kalau faham undang undang.

    Biarlah mahkamah (pihak ketiga) membuat keputusan akan nampak cerdik dan ketelusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apandi ni sahabat paling akrab dengan najib. Lintas jalan pun berpegangan tangan

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Biar hakim yg menentukan sama ada betul atau salah.

    AG yg ni perlantikkannya menimbulkan tanda tanya yang besar tentang credibility oleh majority rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Steadylah Tuan Apandi.Tuan bukan hakim mahkamah lagi. Tuan hanya peguam negara.
      Jauh sangat bezanya tu.

      Delete
  3. UNDANG2 ITU ADALAH AMAT JELAS -

    1. Samaada RASUAH ataupun DERMA.

    2. RASUAH adalah satu KESALAHAN.

    3. DERMA adalah satu SUAPAN.

    4. KEDUA2NYA adalah JENAYAH.

    AMINNNNN....

    ~ Loyar Burok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu nak terima hampers masa hari raya, tahun baru cina pun tak boleh. Kata rasuah.

      Delete
    2. Hamper atau nasi lemak & teh tarik memang tak boleh. Berbillion boleh, maa...
      Kalau AG ini mendakwa, bukan saja rakyat Malaysia terkejut dan beramat syukur, seluruh dunia yang bertamaddun moden pun akan terkejut : masih ada kebaikkan dan harapan di bumi Malaysia.

      Delete
    3. Ohhhh berbilion boleh rupanya.Tak tahu pula.Tapi setiap kali PM dan menteri menteri buat open house catering biasanya ditaja oleh taukeh taukeh tu macam mana. Duit raya pun taukeh taukeh yg sponsored. PM dan menteri menteri tukang bagi saja boleh pula.
      Kenapa gitu ek..

      Delete
  4. 5 sen pun aku tak caye dgn mangkok ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau undang2 belajar kat oversea kehidupan mcm tu la..nak percaya susah skit la...tuan AG ada brani ka klau ini kes betul2 rasuah... Aku tgok dan lihat sahaja permainan politik...aku bodoh tak belajar undang2..tetapi bila dgr berita menteri kabine , pegawai kanan sprm, ada ganguan dlm siasatan BNM yg bodoh pun boeh jadi cerdik...entah la....

      Delete
  5. HAHAHAHA...........Ya latuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  6. Siapa yang lantik Tan Sri Apandi Ali?
    Siapa pula yg kena siasat dengan SPRM?
    Siapa yg lantik Pesuruhjaya SPRM?
    Siapa penasihat DYMM Pertua Agong?
    Tanya PM?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss Vee kau pergi cari Ahmad Maslan lah kalau nak jual ubat kuat

      Delete
    2. Miss Vee. Ko ni jantan ke betina?

      Delete
    3. Kalau nak berniaga,ko pergi chow kit la...

      Delete
  8. Kami menunggu keputusanmu wahai Peguam Negara yg bijakpandai..Tapi ingat!!! tanggungjawab kamu bukan atas dunia sahaja "Malaikat kiri & kanan akan mencatit setiap ape yg akan kamu umumkan nanti..kami menunggu penuh debaran..

    ReplyDelete
  9. Peguam tu cakap macam hebat sangat mungkin belum rasa nikmat RASUAH seperti yang dirasa oleh ketua bahagian UMNO Baru....

    Ghani setahil yang nampak cemerlang sebagai pakar undang-undang pun jadi haprak bila kendalikan pembunuhan Altantuya....semuanya kerana nikmat nya RASUAH.

    Macamlah semua rakyat Malaysia bangang macam ahli UMNO Baru.....sehingga tak tahu nak bezakan pemimpin yang menipu dengan pemimpin yang merompak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasuah boleh membuat manusia berubah.Hari ni miskin esok kaya.

      Delete
    2. Hari ini alim, esuk zalim.

      Delete
  10. Dlm nk bt kesimpulan tu ingat lh akan kpala anda yg putihnya lbh byk bndg yg hitam..jangkamasa ke kubur lbh pndek bndg usia yg dh anda lalui. Klu btol2 dihayati,mustahil org bijak pndai mcm anda terliur dgn gula2 si penipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangkok ni nak jadi ustaz pulak...pirahhhh lu....

      Delete
    2. Klu nk tegoq org,xyah tggu dpt title ustaz..setiap org bleh jd guru klu menegur utk kebaikan

      Delete
  11. Siapalah kita nak beri tekanan kpd peguam negara cuma kalau tidak jujur jawablah dihadapan allah nanti dan terimalah balasanya aminnnnnn

    ReplyDelete
  12. Siapalah kita nak beri tekanan kpd peguam negara cuma kalau tidak jujur jawablah dihadapan allah nanti dan terimalah balasanya aminnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun kena jawab dihadapan Tuhan nanti - kenapa biarkan pemimpin RASUAH menjahanamkan masa depan anak cucu kita..

      Dalam Quran itu, BALASAN Tuhan adalah TUNAI. Kita dukung Penipu & Penindas, kita tanggung Penipuan & Penindasan..

      ~ Amon Ra....

      Delete
  13. Klau punggong dah panas, orang sebut jer pasal punggong dia dah terasa macam api marak nak bakar punggong dia. Itu dikatakan psikologi. Kalau dia terasa jugak panas walaupun tak ada api, itu dikatakan psycho ataupon dah giler !

    ReplyDelete
  14. kesian... susah giler kes 2600 juta ni. padahal simple je. taik tu kalau buat kueh apam dia tetap taik.

    ReplyDelete
  15. Kenapa nak risau pasal reverse psychology kalau kita bukan bertindak ikut reverse gear ?

    Kenapa terambil sangat dengan kenyataan Tun M kalau dia hanya seorang yang "has been" ?

    Kenapa nak sangat jawab pasal kes 2.6 B dan 42juta kalau prosedur siasatan sudah diikut menerusi SOP dan secara telus dan jujur ?

    Mushkil .....

    ReplyDelete
  16. amat pandir Peguam Negara jika beliau menganggap rakyat percaya ada pendakwaan yg adil dan saksama ke atas Najib..bahkan rakyat yg berakal waras percaya beliau akan melaporkan setiap langkah kepada perdana Menteri untuk membina jalan mengelakkan dari dipertanggungjawabkan...

    ReplyDelete
  17. Biasalah jadi manusia ni kadang-kadang terasa juga habanya apabila ditiup oleh angin panas,mengalabah juga kadang-kadang apa boleh buat mesti turut orang yang melantik kita.bersabarlah Incik Mansor nanti pentuan Allah diatas tanggong jawab yang kita pikul.Sekiranya kita yakin " kepada DIA kita sembah dan kapada DIA kita bermohon ",lambat laun akan tersingkap juga kezaliman yang dilakukan itu.

    ReplyDelete
  18. Betullah tu kata AG dia tak heran dgn reverse psikologi dari Tun M... Tapi mungkin dia ngeri dan takut juga dgn forward psikologi (sondol psikologi) dari Puti Rhino..... Sang Kelembai jeling aje mau ketar lutut nak terberak dlm seluar. Silap haribulan tak pasal2 kena simen dlm tong dram, tak pun berkecai kena C4... Cari makan banggggg..... Haha..

    ReplyDelete
  19. Kalau Tak Sanggup Kena Pecat TAK PAYAH BUKA MULUT.
    Buat Rakyat Gelak ketawa.....
    Terlampau Banyak Tengok Wayang Cowboy!!

    ReplyDelete
  20. Tengah tenguk TV7 dimana sekarang siaran berita.
    Betul lah cakap Ahmad Maslan buat dua kerja.

    Dua orang di tahan kerana menyamar jadi Polis Pegiring dan Polis juga menahan dua buah motosikal yang sebiji serupa dengan motosikal Polis Pengiring PDRM .... HAHAHA ..

    ReplyDelete
  21. " Benarkah ramalan Tun Mahathir itu berupa tekanan psikologi terhadap Peguam Negara atau memang ia merupakan jangkaan majoriti rakyat?".

    Jawapanya Ia. Memang jangkaan majoriti rakyat belaka

    ReplyDelete
  22. Sehingga kini. Xde SIAPA2 pun berbuat APA2 pun yg bertindak positif keatas scandal 1MDB. Setakat ni "semua" hanya meng"cover" dan menyokong "pelan strategik" 1MDB. Maka hati rakyat terus terluka dan berdarah. Harapan atas kenyataan ini? Hahaha!!! Jauh panggang dari api! Mengulas balas cara ini pun dah dikira menyokong 1MDB!...

    ReplyDelete
  23. "Peguam Negara Apandi Ali berkata, beliau akan bertindak dengan adil, teliti dan mengikut undang-undang".

    Saya sangat yakin Apandi akan bertindak adil, teliti dan mengikut undang-undang dengan mencari mana-mana kelemahan dalam peruntukkan yang membolehka Najib tidak cukup syarat untuk di dakwa. Ada satu ayat yang paling penting dalam peruntukkan iaitu ' ATAU ' ..' ATAU ' .... ' DAN ' ...

    Last sekali semua tahu kan .. 'AUTA' ..



    ReplyDelete
  24. Setelah 1001 scandal, bagaimana mungkin xde siapa prsalah...Come on man! Mana "Common sense" rakyat Malaysia?

    ReplyDelete
  25. Tiada yang baru. Sistem yang sama telah digunapakai dulu, kini dan selamanya.

    Kalau itulah sistemnya, dan kalau ianya dipersetujui dulu, kini dan selamanya, nak mengeluh apanya.

    Ia boleh ubah tetapi kenapa tidak itu jadi tanda soal. Apakah oppo akan ubah? Hmm.

    ReplyDelete
  26. Fasal apa Pandi nk kaji kes ni sendiri?? Sebab apa dia tidak arah Ketua Bhg Pendakwaan Sprm dn Kamar Peguam Negara buat keputusan memandng dia ada kepentingn dlm kes ni, sban dia lantikan Najib. Beribu2 kes sudh msuk mhkamh dn dibicara tnpa Peguam Negara sndiri buat kputusan. Hanya Allah shj ketahui. Bukan kh adil dn tulus klau dia arah TPP2 yg kanan yg lebih pengalamn dlm ked taduah buat keputusan dn dia dmaklumkn shj. Gani Patail mengarahkn mendiang Kevin utk kaji kes n berurusan dgn Sprm.
    Mengikut Akta Sprm, sebarang pendakwaan kes rasuah hanya bolih dbicarakan slepas mendapat 'izin pendakwaan' dari PendakwaRsya yg mengikut undng2 bolih dn lazim diberi olin TPP.
    Soalan: Mengapa Apandi berkeras utk kaji n buat keputusan sendiri?????

    ReplyDelete
  27. Even the tiniest speck the size of a worm-hole that would get bugis 'Get Out Of Jail' card will be deployed and used as reasoning to justify not to prosecute! Needless to say, The Court of Public Opinion has already found Najib guilty as charge and we do not even need a Queen's Counsel! Its a hands down bloody easy guilty verdict, period!

    Having said that, it will make my day if AG do the utmost unthinkable! It would be out of this world experience.

    MLN

    ReplyDelete
  28. I Hope God will speak to him tonight or any other nights before he presents his decision papers.:)

    ReplyDelete
  29. AaaAmmiiiiiinnnnnn...

    Jika bicara sifat takut....

    1. Takut kepada Allah
    2. Takut kerana salah
    3. Takut hilang hilang kuasa
    4. Takut menzalimi orang lain

    Sama-sama kita tunggu apa yang kita akan dapat nanti.

    ReplyDelete
  30. Faham undang-undang, orang yang faham Al Quran pun ada yang dah tak senonoh..

    Jangan Apandi ambil keputusan reverse atas alasan Tun Mahathir mengguna kaedah psikologi terbalik sudah lah.

    Tetapi apabila Apandi menyebut mengenai reverse psychology dan menyebut nama Mahathir tidak banyak sikit, Apandi telah membenarkan dirinya di persoal.

    AAmiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn sampai 100 harakat pun lah, tanda-tanda dia akan di tolong oleh Tuhan tak ada ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...