Thursday 28 January 2016

APA KHABAR ZAHID HAMIDI?

Antara pemimpin UMNO dan kerajaan yang banyak bercakap mengenai wang derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak ialah Zahid Hamidi.

Pada bulan Ogos 2015, tidak lama selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau mengatakan sudah bertemu dengan Ketua Pegawai Pelaburan dan pemegang amanah keluarga penderma tersebut.
Ketika Perhimpunan Agung UMNO Disember lalu pula, Zahid Hamidi memberitahu, penderma RM2,600 juta itu bukan seorang tetapi datangnya lebih daripada satu sumber.

Ia plural, kata Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru apabila Peguam Negara, Apandi Ali mendedahkan bahawa sebahagian besar daripada wang derma itu sudah dipulangkan oleh Najib kepada keluarga Diraja Arab Saudi pada Ogos 2013 lagi, laporan-laporan media antarabangsa mengatakan Raja Abdullah, pemerintah  Arab Saud yang mangkat pada Januari 2015 kemungkinan besar adalah penderma yang dimaksudkan itu.

Jadi, apa khabar Zahid Hamidi dengan maklumat terbaru ini? (SH 28/01/2016).

31 comments:

  1. Cakap orang putih pun merangkak termengah mengah macam nak mampuih macam mana dia boleh bersembang dgn king Abdullah tu.
    Mustahil king Abdullah bercakap jawa dgn dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "If there is hell"...ngeehehe! Tringat lg video yg en.budin pnah post sblm ni..tragis dengaq zahid cakap omputih. Tu pun siap ancam en.budin lg.

      Delete
  2. Sekarang ada ibu warganegara bangladesh melahirkan anak bangla, suatu hari nanti anak bangla ini lahirnya di bangla tapi akan menjadi seorang pemimpin dinegara malasia.Oleh itu doktrin melayu dan islam akan memusnahkan negara malasia, lebih bahaya dari doktrin komunis dan penganas.komunis dan penganas akan membuatkan rakyat bersatu tetapi banglasia akan membuatkan negara musnah dari dalam, lahir di banglasia tapi memimpin di malaysia.

    ReplyDelete
  3. Jagan terkejut beruk pula kalau Zahid beritahu dia sendir dah jumpa dan bercakap face to face dengan Almarhum Raja Abdullah. Maklumlah Zahid ni manusia luar biasa dan liar biasa. Kalau dulu dia tibai Big Big Boss tentang kronisma, jadi kali ni dia perlu ampu dan julang Bis Boss kerana dia tau bahana menibai Big Boss. Dia nak pastikan tak jatuh lubang sama buat kedua kali.

    ReplyDelete
  4. ZH ini satu apa pun tak tahu. apa punya nasib tpm macam dia ni

    ReplyDelete
  5. Dalang pencerobohan lahad datu dia belum umum lagi.Dia ini masih berhutang siapa dalang serangan lahad datu dengan rakyat tapi sebok2 nak jilat pundek pok jib pula

    ReplyDelete
  6. Najib dan kuncu kuncu yg iman letak dekat duit dan jawatan setakat hayat masih ada asyik menipu saja kerja utk cover line,dulu saya tak mahu percaya cerita cerita buruk najib,tapi bila terdedah dia asyik menipu semua cerita skandal dia dulu semua saya percaya,dari skandal kapal selam,altantuya,bekas pengerusi bank kena bunuh,kevin moralias kena bunuh,zaina zain 1MDB sampai la isu RM 2.6 b dan 42 juta,adoi punya dasyat pemimpin kita ada,serah pd allah la dah tak leh buat apa PRU lambat gi.

    ReplyDelete
  7. Najib dan kuncu kuncu yg iman letak dekat duit dan jawatan setakat hayat masih ada asyik menipu saja kerja utk cover line,dulu saya tak mahu percaya cerita cerita buruk najib,tapi bila terdedah dia asyik menipu semua cerita skandal dia dulu semua saya percaya,dari skandal kapal selam,altantuya,bekas pengerusi bank kena bunuh,kevin moralias kena bunuh,zaina zain 1MDB sampai la isu RM 2.6 b dan 42 juta,adoi punya dasyat pemimpin kita ada,serah pd allah la dah tak leh buat apa PRU lambat gi.

    ReplyDelete
  8. Zahid ni penipu yg tak cerdik.patut nya dia bgtau kat Malaysia cerita derma ni bukan najib yg suruh dia ckp mcm tu....siapa faham...kahkah

    ReplyDelete
  9. ZH,bentar lagi pasti Ada statement baru yg kluar..yang bisa buat kita tertawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid ni cakap besar saja tapi apa pun tarak. Otak udang

      Delete
  10. Najib n koncu terbelit sudah rasanya

    ReplyDelete
  11. Umno dan penderma 2.6billion tentu sgt gembira sekarang ini kerana golongan pro muslim brotherhood telah tersingkir dari PAS sebagaimana yg mereka kehendaki.
    PAS dan UMNO boleh meneruskan agenda bercumbu cumbu secara terangan2an, sebelum berkahwin secara resmi menjelang PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  12. Zahid ni dia jumpa wakil penderma tu. badan dia gempal sikit. berkulit putih dan bermata sepet. Sheikh Jho Al Low

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yg barulah komen yg terbagus bro/sis. Tepat sekali

      Delete
    2. Ini yg barulah komen yg terbagus bro/sis. Tepat sekali

      Delete
  13. Org umno ni cakap tak serupa bikin hebat penyokong2 umno pun sama je hidup ni jangan ingat nak cakap bohong je klu org umno totok semua kata ya je ingatlah sikit kita ni aka mati pangkat harta tak bawa masuk kubur itu je aaaammmiiiiƬiiinnnn yg bawa selimut putih je jeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerbau kerbau dalam kabinet 1MDB tu mana ingat itu semua. Baik kerbau jantan atau pun kerbau betina.
      Cuba kau tengok jamil khir baharom tu. Sejak bergelar menteri sekarang ni makin gemok perut pun makin buncit. Tapi kalau cakap bab agama no. 1

      Delete
  14. Mengikut situasi terkini...aku ada peluang jadi PM (zahid hamidi)

    ReplyDelete
  15. Blog Syed akhbar (syedoutsidethebox.blogspot.com) dan blog din turtle (dinturtle.blogspot.my) dah kena ban oleh skmm. Hampeh punya skmm dan najib, semua nak di ban. Camna nak jadi negara demokrasi kalau rakyat tak boleh bersuara dan memberi komen.

    ReplyDelete
  16. Khabar baik budin, jom ngeteh aku belanja, sambil sembang politik masa kini.,haha

    ReplyDelete
  17. Don't worry. Be happy. We make up the script as we go along.

    ReplyDelete
  18. Keluarga Saud kata lain. BBC kata lain. Zahid kata plural. Najib kata singular. Semua kata tak synchronize. Dasar penipu. Semakin melarat-larat dusta yang terkeluar dari mulut mereka. Allah saja maha mengetahui. Mohon pada Allah selamatkan rakyat Malaysia daripada pemimpin-pemimpin mungkar ini.

    ReplyDelete
  19. Ini bukan negara demokrasi. Najib dah tukar kepada negara yang mengamal kleptokrasi. Negara yang diperintah oleh pencuri.

    ReplyDelete
  20. Mempertahankan ketua biarle ada fakta dan bukti sahih. Fahamilah perasaan rakyat ketika ini yang mahu pemimpin bercakap benar,jujur dan amanah.
    Semua orang yang didapati melanggar Akta SPRM perlu berhadapan dengan muka pengadilan ,iaitu mahkamah. Adakah pemimpin kita takut berdepan SPRM di mahkamah?

    ReplyDelete
  21. Zahid ok je bro ..dia apa ada hal. Cakaplah apa nak cakap. Daripada nak masuk ISA dulu sekarang ni dah jadi DPM. Orang umno pun sokong dia macam taraf wali. Silap2 boleh jadi PM lagi. Apa dia cakap dulu walaupun tak masuk akal langsung, orang umno akan mudah lupa dan maafkan. Itulah culture umno.

    ReplyDelete
  22. Zahid ni kaki kencing.yang kena kencing orang UMNO yg bodoh- bodoh piang.dah kena kencing,anggok pulak cakap betul..betul..nasib ko la org umno..
    Sampai bila la nak di perbodohkan..
    Entah bpa per cent la ko org dapat..
    Nak selamatkan MALAYSIA ke atau pemimpin yng kaki kencing?
    Udah- udah la tu.berfikirlah dgn waras

    ReplyDelete
  23. Org umno ni cakap tak serupa bikin hebat penyokong2 umno pun sama je hidup ni jangan ingat nak cakap bohong je klu org umno totok semua kata ya je ingatlah sikit kita ni aka mati pangkat harta tak bawa masuk kubur itu je aaaammmiiiiƬiiinnnn yg bawa selimut putih je jeeeeeee

    ReplyDelete
  24. Ckap siang, tengok-tengok. Cakap malam, dengar-dengar.
    Kang tak pasal-pasal blog Pak Din ni kena katop dengan Skmmm. Nyaya.......Yang dibenarkan cuma puji-pujian ke atas Najib & konco-koncunya atau bergosip pasal artis.....HEHEHE.
    Hidup menjadi bertambah boring. Lambatnyaaaaaa PRU14.

    ReplyDelete
  25. Hari ni dah dia jual pulak nama almarhum Raja Abdullah, masa bagi talk keris 2314 cakap Raja Sulan. Mana satu ni TPM? Mentang2 lah Raja Abdullah dah takde. Ke korang salah bagi module.
    Tapi saya tetap nak tau Raja Sulan ni sapa? Pasai yang banyak muncul hari ni raja setan. Membohong tak sudah2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...