Friday 15 January 2016

ADUHAI...TUN RAZAK TAK SAYANG BINI RUPANYA

Di sebalik pelbagai pujian dan sanjungan yang berterusan terhadap Tun Razak Hussein, meskipun sudah 40 tahun meninggal dunia, kelemahan paling ketara Bapa Pembangunan itu ialah beliau "tidak cukup sayang"  kepada isterinya, Tun Rahah Noah.

Sebagaimana yang diceritakan oleh anak kepada kawan Tun Razak, Taib Andak iaitu Kalsom Taib, Bapa Pembangunan itu pernah tidak membenarkan isterinya menyertai lawatan rasminya kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Sebaliknya, Kata Kalsom, Tun Razak meminta isterinya, Tun Rahah menggunakan duit sendiri untuk membeli tiket kapalterbang jika ingin mengikuti lawatan itu.

Perkara yang sama juga berlaku ketika Tun Razak melakukan lawatan rasmi ke Burma (Myanmar) apabila Tun Rahah turut diminta membeli tiket sendiri untuk lawatan itu, ujar Kalsom lagi.

Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara yang pernah menjadi setiausaha sulit Tun Razak pula berkata, bapa Najib itu bukan saja seorang yang berjimat cermat, tetapi juga tidak akan berbelanja sewenang-wenang untuk isterinya.

Tun Razak, menurut Tun Hanif, suatu ketika cuba untuk membeli perhiasan intan replika untuk Tun Rahah, tetapi apabila dibawa oleh seseorang ke kedai yang asli, beliau lantas tidak jadi membelinya atas alasan, "saya tidak sekaya kamu" untuk berbuat demikian.
Aduhai...kesian Tun Rahah, rupa-rupanya Tun Razak tidak cukup "sayang bini"  seperti anak sulungnya sendiri, Najib yang kini juga menjadi Perdana Menteri. 

Berbeza dengan Najib yang bukan saja sentiasa membawa Rosmah Mansor untuk ke mana-mana bersama dengannya, bahkan kadang-kadang memberikan terus jet eksekutif dan kapalterbang untuk kegunaan isterinya itu.

Dan sudah tentu, semuanya turut ditanggung beres dengan menggunakan wang kerajaan. 

Bukankah semua itu tandanya "sayang bini"?

Perhiasan diri dan barang kemas Rosmah pula, rasanya tak perlu diceritakan lagi....ya ampunnnnn meriahnya....

Dalam hebatnya Tun Razak, tak terlawan beliau dari segi "sayang bini" dengan anaknya sendiri, malah Tun Rahah pun rupa-rupanya ada "kekurangan nikmat dunia" yang hanya terdedah kepada umum setelah 40 tahun kematian suaminya. (SH 15/01/2016).

45 comments:

  1. Najib bukan tak sayang bini,tapi takut dgn bini.maklum lah rosmah sebenarnya perdana menteri. Apa arahan rosmah kena ikut.
    Hancur malaysia

    ReplyDelete
  2. DNA ada tp langsung tidak mahu mencontohi allahyarham..
    elok gak simenantu belajar drpd mak mertua tu, sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  3. tu pasal jibgo nangis terkenang kisah bapanya yang gagal menyayangi isteri tetapi lebih kepada sayang rakyat dan negara. macam mana mereka kata bapa borek anak rintik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tak ya juga. Munkin ini baru betul "bapa borek anak boros"

      Delete
  4. Satu lagi, Tun Razak ketika keluar negara untuk mendapatkan rawatan penyakit leukemianya yang menyebabkan beliau menghembuskan nafas terakhir itu, pun tidak membawa isterinya bersama. Tun Razak benar2 memegang amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

    Disudut yang lain pula, semua isteri PM sebelum Najib, langsung tidak pernah mencampuri atau menyibuk dalam hal urusan pentadbiran rasmi negara.

    ReplyDelete
  5. Tun Abdul Razak = Bapa Pembangunan Negara
    (Tun) DS Najib = Bapa Penyamun Negara

    ReplyDelete
  6. "Amal Mungkar Nahi Ma'aruf!"

    ReplyDelete
  7. Tun Razak: Perdana Menteri Negara Membangun.
    DS Najib: Perdana Menteri Negara Maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun najib perdana menteri Mongolia
      Tun Rosmah perdana menteri Malaysia

      Delete
    2. Adoi adoi geli hati. Hahaha kah kah kah.

      Delete
    3. Adoi adoi geli hati. Hahaha kah kah kah.

      Delete
  8. Najib patut malu dengan perangainya dan isterinya. ada bapa sebagai contoh terbaik langsung tak mahu mengikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut bapa cuma dapat dijadikan contoh bila bersara nanti tapi klu tak ikut dapat derma 2.6 biji

      Delete
    2. Kalau ikut bapa cuma dapat dijadikan contoh bila bersara nanti tapi klu tak ikut dapat derma 2.6 biji

      Delete
  9. Bapak buat jadi, anak buat tak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab anak dia bukan setakat banggang tonggang langgang tapi bapa jemuan

      Delete
  10. admin,
    Tun Mahathir tidak dijemput?
    Atau dijemput tetapi tak sanggup dan tak sampai hati nak datang?

    jemput pakai surat atau mulut?
    Zahid Hamidi selalu tukang jemput melalui media...macam tak bersuara sahaja.
    Takkan nak tanya Ku Nan boleh jemput ke tidak?
    Tolong dapatkan maklumat, yg benar...

    ReplyDelete
  11. admin,
    Tun Mahathir tidak dijemput?
    Atau dijemput tetapi tak sanggup dan tak sampai hati nak datang?

    jemput pakai surat atau mulut?
    Zahid Hamidi selalu tukang jemput melalui media...macam tak bersuara sahaja.
    Takkan nak tanya Ku Nan boleh jemput ke tidak?
    Tolong dapatkan maklumat, yg benar...

    ReplyDelete
  12. Ada umat takut kepada allah kerana apa yg dibuat akan dihitung diakhirat nanti tetapi ada juga orang yg takut pada bini depan bini pijak demut pun tak mati aku rindu juga nak dengar pendapat mahatir pula mengenai Pm kedua tu

    ReplyDelete
  13. Najib! sayangkan bini... bagi kapalterbang.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan duit dan segala kos enjoy2 guna duit rakyat????

      Delete
  14. Lebih banyak baik dari keburukan kalau bawa isteri. Lebih banyak buruk dari baik kalau tak bawa isteri.
    Makanya seteleh dinilai dan dicongak, pilihan bawa atau tidak adalah pilihan masing masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg kau merapu ni. Memang lah bawa tak bawa pilihan masing masing. Takanlah kau yg tentukan. Jadi apa yg kau mau bagi tau sebenarnya ?

      Delete
    2. Apa yg kau merapu ni. Memang lah bawa tak bawa pilihan masing masing. Takanlah kau yg tentukan. Jadi apa yg kau mau bagi tau sebenarnya ?

      Delete
    3. Mabuk ketum ni

      Delete
  15. Kenyataaan dari mereka2 yang pernah bersama dan mengenali rapat Tun Razak itu dizahirkan dalam situasi Najib yang dikenali sebagai PM pemboros dan takut begini. Kata kata dan testimonial dari mereka itu adalah gambaran bahawa mereka mereka itu juga sangat membenci dan meluat dengan cara Najib mentadbir Malaysia serta melayani bininya. Apa yang terkeluar dari mulut mereka itu melambangkan betapa golongan atasan dan vip ikut membenci cara hidup Najib dan Rosmah. Ianya satu ekspresi perasaan secara halus tetapi amat tajam. Tapi Najib ni jenis tebal kulit muka mcm tebal kulit xxxx, tetap tak sedar sedar diri undur berundur.

    ReplyDelete
  16. Didikan Tun Rahah... fhm2 jela..

    ReplyDelete
  17. Menitis airmata konon...

    ReplyDelete
  18. tanyalah kat Tun Hanif, dulu Tun Razak sedekah Genting buat pusat bisnes cabaret. Najib pulak harini jual tanah guna 1mdb, TPPA pun dipaksanya rakyat suruh terima. Sama tak situasi dan perangai kedua mereka dlm mentdabir tanah2 negara? Adakah ini semua faktor genetik?
    Mintak pandangan je, Tun Hanif org yag tau dan rapat dgn tun Razak.

    ReplyDelete
  19. Sayang bini ke nasi ke
    Perempuan Isteri dari Sofia Jane.... Cuma tanya jangan marah....

    ReplyDelete
  20. Tak baik ungkit2 kesalahan orang yang meninggal. Yg hidup ni ambilnpengajaran dan sempadsn mana yang baik dsn buruk perkara yang dah berlaku. Alfatihah untuk almarhum Tun Razak yg bnyak berjasa menbangunkan negara khususnya orang Melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nak ungkit, ada generasi yg tak hidup sezaman dgn tun razak jadi taktaulah dia macamana orangnya. Ada yg cakap dia baik, banyak buat jasa. kalau kita pandang Najib ni pun baik jugak bagi Brim, prima, tubuh 1mdb tapi disebalik tu ramai org hari ni duk maki hamun sumpah seranah dia. Pasal zaman internet ni info tu senang dapat. hakikatnya lagi banyak kejahatan yg berlaku dari kebaikan yg ditabur. Iblis dulu tipu hawa pun buat baik jugak. Dia suruh Adam Hawa makan buah je. Kan ke baik org belanja makan tu. Tapi akibatnya sampai hari ni kau duduk atas dunia.

      Delete
    2. Walaupun ada yg kata Tun Razak ni banyak jasa, suka tolong orang, banyak berbakti tapi bila kita bertanya dgn Allah Taala roh dia kat mana, Allah Taala jawap

      Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.
      dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Ya Allah keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".
      Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Ia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

      Roh tu dia menyesal, bagi dia apa yg dia buat dulu selain nak tolong orang dia juga nak bagi kesenangan dan keselesaan hidup utk anak2 dia. Namun hakikat dia hari ni kesenangan dan kemewahan yg dia bagi buatkan anak2 dia jadi sombong, kufur, derhaka dan ada jugak anak2 dia sampai tahap menyusahkan dan menzalimi kehidupan org lain. Selagi tak habis sumber2 haram tu dlm darah keturunan dia selagi tu dia duduk dlm neraka. Tu yg ada anak dia kena kejar dgn api neraka yg menjulang2 dekat dubai sbg satu petanda dia jugak akan ikut bapak dia ke neraka. Tu sebab Allah Taala campakkan roh dia dekat London. Pasal tanah melayu taknak dan tak boleh terima apa yg dia buat. Berapa ramai pulak org kampung dan melayu menyumpah dan doa utk dia masa tu kita taktaulah kan.
      Kalau awak tak percaya, awak tanya Allah Taala sendiri. Allah Taala tu hidup lagi. Semua rahsia Dia tau. Bukak Alquran nanti Dia jawap.

      Delete
    3. Awak ALLAH kah.............??????








      Delete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. Bapa tak borek, anak yang rintek melampau. Tunggulah PRU14, barulah betul-betul sedih dan menangis hiba.

    ReplyDelete
  23. Jika Najib teruk macam sekarang.. mana mungkin ayah dia banyak baik.

    Contoh yang anak ayah yang masih hidup ada. Si bapak Presiden. Si Anak Ketua Pemuda. Perangai anak macam si Bapak. Perangai si Bapak macam si anak. Dua-dua tak boleh di har.

    ReplyDelete
  24. Dengan Najib ini kena fokus. Dia ingat orang cerita pasal bini dia bukan pasal dia.

    Sepekara lagi, Tak guna dah mati baru nak sebut-sebut.

    Kalau betul Najib ikut langkah Tun Razak masa hidup ini lah di sebut-sebut segala kebaikan Najib. Ramai pemimpin yang bersedia memberi pandangan peribadi mereka terutama dari UMNO.Tin Razak pun jadi tak sehebat Najib!!

    ReplyDelete
  25. Pernah ker dia fikir maruah keluarga Tun Razak?
    Kalau seorang anak yg ada integriti maruah ibu bapa. Maruah keluarga akan dipelihara dengan baik.
    Najib adalah seorang PM yg hanya syok sendiri hidup dengan penuh slogan yg memuji muji diri dia sendiri.
    Inilah dia wajah orang yg tidak ada harga diri dan dayus.

    ReplyDelete
  26. Boleh buka syarikat baru bila 1MDB bungkus nanti
    1MTB 1 MALAYSIA TAKUT BINI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...