Tuesday 19 January 2016

SEBAB KERTAS SIASATAN DIPULANGKAN BERBEZA ANTARA SPRM DENGAN BNM, TAPI BOLEHKAH KITA MENARUH HARAPAN?

Apabila Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan SPRM berkaitan derma  RM2,600 juta dan dana RM42 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak kepada agensi itu untuk penjelasan lanjut setelah lebih dua minggu melakukan penelitian, persoalan yang timbul ialah apa jadi seterusnya?

Apakah kertas siasatan itu sedang dijadikan "bola" untuk ditendang ke sana dan ke sini bagi tujuan bermain dengan masa sehingga keputusan paling munasabah dapat dicapai atau ia akhirnya bakal senasib seperti kertas siasatan Bank Negara Malaysia atau BNM terhadap 1MDB sebelum ini yang ditolak begitu saja?

Setelah berbulan-bulan melakukan penyiasatan mengenai isu paling hangat berkaitan seorang Perdana Menteri, SPRM akhirnya berjaya menghantar kertas siasatannya kepada Peguam Negara pada 31 Disember lalu bersama beberapa syor serta cadangan mereka.

Bagaimanapun semalam Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan itu kepada SPRM kerana inginkan penjelasan lanjut.

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM, " kata kenyataan pejabat Peguam Negara.

Dalam hal ini, jelas bahawa kertas siasatan itu dikembalikan bukan kerana tidak cukup keterangan, tiada bukti atau ditolak seperti kertas siasatan BNM, tetapi kerana Peguam Negara inginkan penjelasan lanjut berhubung beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM.

Jadi, apakah cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM itu sehingga Peguam Negara mahukan penjelasan lanjut mengenainya?

Kenapa Peguam Negara inginkan penjelasan lanjut, adakah kerana mereka tidak bersetuju dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan SPRM itu?

Adakah ini bermakna Peguam Negara mahu SPRM meminda  atau menggugurkan cadangan dan tindakan yang disyorkannya dalam kertas siasatan itu?

Logiknya, jika Peguam Negara berpuas hati dan bersetuju dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM, tidak ada sebab mereka perlu mengembalikan semula kertas siasatan itu.

Dalam hal ini, kenapa Peguam Negara tidak terus bersetuju saja dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM atau menolaknya terus jika tiada asas untuk pendakwaan?

Adakah Peguam Negara tidak terus menolak kertas siasatan SPRM itu kerana bukti dan keterangan yang ada terlalu sukar untuk diabaikan?

Hal ini berbeza dengan kertas siasatan BNM terhadap 1MDB beserta cadangan-cadangan tertentu yang ditolak untuk pendakwaan oleh Peguam Negara sebelum ini, tetapi kemudian dirayu oleh BNM untuk pertimbangan semula.

Namun, oleh kerana rayuan yang dikemukakan BNM tanpa disertakan bukti-bukti baru, maka  Peguam Negara menolaknya sekali lagi. Ia akhirnya tutup kes begitu saja.

Persoalannya kini ialah apakah SPRM kekal dengan cadangan dan tindakan yang disyorkan sebelum ini atau akan mengembalikan kertas siasatan itu berserta cadangan dan tindakan yang baru kepada Peguam Negara?

Walaupun SPRM menafikan laporan Sarawak Report bahawa terdapat 37 cadangan pendakwaan dalam kertas siasatan yang dikemukakannya kepada Peguam Negara, berapa sebenarnya jumlah syor yang dikemukakannya?

Adakah SPRM kekal dengan kenyataannya sebelum ini bahawa wang RM2,600 juta itu merupakan derma atau ia sudah berubah berikutan adanya maklumat-maklumat baru yang diperolehi?

Bagaimana pula dengan dana RM42 juta daripada SRC international, adakah ia juga derma sama seperti wang RM2,600 juta atau hanya wang sekecil RM42 juta tersebut yang menyebabkan ada sesiapa "tersangkut" untuk tindakan dan pendakwaan? ( SH 19/01/2016)

44 comments:

  1. Replies
    1. AG tu ingat kerta SPRM ni macam buat silang kata saja kot!!!!!

      Delete
    2. Cantikkkkk...sorang penipu sorang lagi pembelit

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Pergi balik pergi balik akhirnya 'tiada kes' dan 'tidak cukup bukti' untuk dibawa ke mahkamah. Ini adalah ramalan dan rekaan sahaja, tidak kena mengena dengan seseorang sama ada yg hidup atau pun yg mati.

    ReplyDelete
  4. Pergi balik pergi balik akhirnya 'tiada kes' dan 'tidak cukup bukti' untuk dibawa ke mahkamah. Ini adalah ramalan dan rekaan sahaja, tidak kena mengena dengan seseorang sama ada yg hidup atau pun yg mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olang utala cekap ,'pe mai pe mai ,tang tu jugak', sutak tatak halapan lagi maa aa .

      Delete
  5. Adakah logik anjing menyuruh babi mengambil wuduk? Mereka sama saja spesisnya iaitu najis mughallazah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong ye. Jangan hina anjing dan babi. Keduanya adalah mahkluk ciptaan Tuhan. Dan lagi, terlalu ramai manusia sifat mereka lebih teruk daripada anjing dan babi.

      Delete
  6. Kita tengok macam mana Apandi nak corner baring. Kertas Siasatan bukan tidak cukup keterangan & bukti akan perbuatan rasusah dan jenayah Najib/Rosmah.. Pandi nak tahu apa fasal SPRM nak tuduh Najib & Isteri dengan dakwaan rasuah dan pecah amanah. Kan mangkok hayun punya orang.

    Sokongan dibuat sebab ketrangan menunjukkan rasuah berlaku. Apa lagi nk penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja SPRM hanya menyiasat bukannya menuduh.

      Delete
    2. Anon 17:23

      Kerja pegawai penyiasat ialah menyiasat dan membuat perakuan berdasarkan siasatan utk menuduh atau tidak sipelaku jenayah. Kalau kerja Sprm adalah menuduh, tak payahlah hantar kertas siasatan kepada AG.

      Satu dunia tahu, Sprm hantar kertas siaatan dengan perakuan2 untuk menuduh Najib. Faham??? Mereka hantar kpd AG untuk mendapat izin samada perakuan mereka diterima atau tidak. Faham????

      Delete
  7. Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh SPRM, " kata kenyataan pejabat Peguam Negara.

    Gila ker nak SPRM cadangkan tindakan kpd pejabat AG. Kerja SPRM hanya menyiasat setakat itu sajalah. Melainklan SPRM ada kuasa untuk membawa perkara ni ke mahkamah. Tugas pejabat AG yang membawa kes ni ke mahkamah. Kalau SPRM ada kuasa untuk membawa perkara ini ke mahkamah maka adalahlah lebih baik tutup saja pejabat AG. Kalau ada pun hanya menambahkan birokrasi saja.

    Mamat AG ni tahu buat kerja ker tidak ni?

    ReplyDelete
  8. Masalah sebenar yang menyebabkan ting tong ting tong dalam siasatan kes duit 2.6 billion dan 1MDB ini adalah kerana yang dituduh dan disiasat masih diizinkan memegang kuasa dan tidak diundurkan atau direhatkan sementara sehingga siasatan selesai. Kalau kes begini tidak melibatkan PM atau VVIP, sudah tentu yang tertuduh telah lama digantung atau direhatkan sementara. Inilah keanihan dan luar biasanya siasatan terhadap isu 1MDB ini.

    Logik akal kalau seorang kepala perompak yang dituduh merompak dibicarakan, sedangkan badan siasatan yang ditubuh untuk menyiasat masih tertakluk dan dibawah kuasa kepala perompak berkenaan, adakah anda fikir kepala perompak berkenaan akan membiarkan siasatan membongkar segalanya tanpa campur tangan?. Terus menyiasat sedangkan badan siasatan harus melapor secara tidak langsung kepada kepala perompak yang memang cukup berkuasa, apakah kita boleh harapkan keadilan tertegak?. Bodohlah kita kalau percaya bahawa siasatan akan berjalan dengan adil dalam kondisi penguasa itu sendiri kepala perompak.

    Hakikatnya apa yang berlaku sekarang adalah Najib dengan segala kuasa yang ada dalam tangannya telah memperbodoh dan memperdungu rakyat Malaysia dengan segala akta, penguasa dan undang2 ditangannya. Jika Najib merasa beliau tidak bersalah, kenapa terlalu berat dsn enggan direhatkan sementara sedangkan amalan selama ini sememangnnya begitu. Samada Najib bersalah atau tidak, dalam situasi siasatan yang begini, saya secara peribadi percaya dan sangat yakin Najib sedang menyembunyikan sesuatu yang cukup besar. Bangkai gajah cuba ditutupnya dengan nyiru. Najib WAJIB dijatuhkan secepat mungkin dan rakyat harus bangun memperbetulkan segala caca marba sepanjang era Najib Razak ini. Dia sangat tidak layak sebagai PM.

    ReplyDelete
  9. Selawak report hanya kacau daun. Saja nak tunjuk pandai. Walhal persepsi yang timbul dari kepandaian yang ditunjukkan pelawak ini ialah ia ada 'orang dalam'...dalam Sprm...dan persepsi ini bakal merosakkan keseluruhan siasatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pulak kacau daun. Siasatan mengenai Najib ambik rasuah Rm42million dari SCR sudah selesai. Mereka memperakukan supaya Najib dituduh. Sekarang nanti utk dpt persetujuan Pandi yg bertindak sebagai Peguam Negara. Pandi nak tutup kes ni. Kalau tak de Sarawak Report, siapa akan bocorkan kejahatan Apandi???

      Delete
    2. Bengaplah kalau Selawak Report tak tahu makna prejudis dan ganggu siasatan melainkan tujuan asalnya hanyalah untuk cari publisiti tapi bukanya serius cari kebenaran.

      Delete
  10. 17:43

    semua ada "tuan". siapa yang beri makan dialah tuan. beza dulu dan sekarang ialah, dulu dulu semuanya dalam bentuk AP, lesen dan sewaktu dengannya.

    tuan dihormati sampai hujung nyawa. justeru tak ramai yang ketegak gigit tangan tuan meskipun tuan dah lama tak beri makan.

    si Brownie inipun ada tuannya. takdak tuan alamat tak cukup makan. kalau nak cukup makan kenalah ikut arahan tua.

    bezanya Brownie dan yang lain ialah pertukaran selera. siapa beri lebih dan naikkan selera akan jadi tuan baru.

    tak hairan kalau Brownie telah gigit tangan tuan yang dulu dan kini menikmati juadah lebih enak dari tuan yang baru!

    ReplyDelete
  11. Ramai yang tertanya-tanya kenapa susah sangat nak jatuhkan Najib dari kedudukan nya sekarang. Puncanya adalah rasuah dan ugut.

    Orang yang berpengaruh akan diberi apa saja kemahuan mereka. Dan orang berpangkat akan diugut dengan berbagai akta yang dikuasai oleh polis dan hakim dalam mahkamah.

    Dan ramai yang terlupa dan terlepas pandang sistem pentadbiran yang digunapakai oleh Najib adalah warisan Tun Mahathir cuma Najib menaik tarafkan sistem itu agar lebih ia lebih tegas kasar dan zalim.

    Dalam sejarah UMNO Baru, cara mencantas ahli dipraktik berbagai cara. Diantara nya guna cara fitnah seperti yang dialami Anwar Ibrahim, Ada yang diumpan dengan rasuah kemudian ditangkap oleh penguatkuasa rasuah. Pecat keahlian tanpa perlunya bukti kesalahan.

    Sebagai pemimpin parti dan ketua negara, apakah Najib yang dilihat takut pada Rosmah itu orang yang bodoh sehingga kita buta tidak melihat dia guna duit pembayar cukai memberikan gaji bertaraf menteri kepada penasihat nya ?

    Apa guna penasihat kalau bukan memberi idea cara mengukuhkan kedudukan sebagai ketua parti dan ketua kerajaan.....?

    Tapi yang pelik nya Tun Mahathir tidak ambil peduli tentang perubahan itu. Cara dia menjatuhkan pemimpin seperti Ku Li, Musa Hitam, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Pak Lah adalah sama. Iaitu tunjuk kelemahan mangsa kepada ahli parti, bila sudah ada sokongan maka mudah untuk di singkirkan.

    Dalam keadaan Najib jadi president dan perdana menteri suasana seperti itu tidak berlaku kerana Najib lebih awal mengawal semua ketua bahagian dengan RASUAH. Tiada satu pun suara dari ketua bahagian UMNO Baru membangkitkan isu RM2,600 juta, 1MDB dan kejatuhan nilai ringgit.

    Kekuatan presiden UMNO Baru terletak pada sokongan ketua bahagian, jika ketua bahagian pertahankan kedudukan Najib siapa yang boleh gugat kedudukan nya.

    Mampu kah ketua cawangan menentang ketua bahagian sedangkan sebahagian dari kekayaan yang mereka miliki adalah berunsur rasuah ? Pada kebiasaannya bila duit sogok sampai.....mereka akan bernyanyi "......biarkan, biarkan.....asalkan melayu yang merompak.....tak apa.....ini tanah melayu....melayu punya.

    Bila Najib dapat sokongan padu dari ketua bahagian kedudukan Najib dalam kerajaan BN menjadi lebih kuat. Secara automatik semua penguatkuasa undang-undang akan bersubahat dengan jenayah yang dilaku kan oleh Najib.

    Oleh kerana itu bukan pekara pelik jika peguam negara berperangai pelik dalam menyelesaikan kes Najib......sama seperti Ghani Pattail....membuat keputusan pelik terhadap kes pembunuhan Altantuya.

    Tambah pulak, semua penguatkuasa undang-undang berada didalam genggaman perdana menteri....siapa boleh dakwa Najib ?

    Percaya lah......Apandi akan jadi gila jika dia cuba menegakkan keadilan dalam memerangi jenayah rasuah dalam pemerintahan Najib.

    ReplyDelete
  12. Kah!...kah!...kah!...sepatutnya peguam negara dilantik oleh siapa?.Jadi mana mau patuh.

    ReplyDelete
  13. Nampaknya rakyat malaysia hanya masuk angin keluar asap janganlah terlalu mengharap akhirnya rakyat juga yg jadi mangsa biarlah mereka jawab depan allah di akhirat nanti mungkin di dunia mereka lepas amiiiin

    ReplyDelete
  14. Nampaknya rakyat malaysia hanya masuk angin keluar asap janganlah terlalu mengharap akhirnya rakyat juga yg jadi mangsa biarlah mereka jawab depan allah di akhirat nanti mungkin di dunia mereka lepas amiiiin

    ReplyDelete
  15. adalah satu perkara biasA kertas siasatan dipulangkan kepada pihak menyiasat, malahan mungkin berulangkali...
    emosi tidak perlu terburu buru mengatasi emosi.
    bagi tempoh pada ag sehingga hujung tahun ni, tak lama tu.

    ReplyDelete
  16. adalah satu perkara biasA kertas siasatan dipulangkan kepada pihak menyiasat, malahan mungkin berulangkali...
    emosi tidak perlu terburu buru mengatasi emosi.
    bagi tempoh pada ag sehingga hujung tahun ni, tak lama tu.

    ReplyDelete
  17. Supaya duit rakyat tidak terus habis kerana membuat siasatan yang tidak tahu bila boleh selesai. Marilah kita ramai-ramai (sebagai rakyat yang prihatin) menghalalkan saja penerimaan RM2.6 oleh Najib itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju.
      Tutup kes.
      Habis cerita.
      Kah... kah... kah...

      Delete
  18. hakikatnya Malaysia tidak mempunyai sistem yg memungkinkan pemimpin untuk diadili di mahkamah. apabila pentadbiran kehakiman, kepolisian, pencegahan rasuah tertakluk kepada kuasa2 eksekutif selagi itu cengkaman eksekutif akan menghalang apa2 inisiatif yang membawa mereka ke muka pengadilan. Apa yg boleh dilakukan oleh rakyat secara demokratik adalah mengundi parti yg menjanjikan reformasi ke atas pentadbiran negara yg mana kuasa2 eksekutif judisiari dan legislatif terasing jelas. Maka usaha dari seluruh segmen rakyat sama ada parti2 politik yg prihatin rakyat, NGO dan rakyat secara peribadi mesti bekerja keras untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya ke 14 nanti. selepas itu siasatan mesti dijalankan untuk mengesan kecurangan, rasuah dan salahguna kuasa oleh pentadbiran BN.....mereka mesti dipenjarakan dan harta benda dirampas....jika bersalah....

    ReplyDelete
  19. Jika ada dua kumpulan membuat siasatan sudah tentu lah ada perbezaan sebab bidang kuasa dan kepakaran masing-masing berbeza. Lagi pun bukan kah kertas siasatan BNM telah di tolak. Jadi apa kena mengena dengan kertas siasatan SPRM ??

    Apa yang perlu dibuat ialah AG hendaklah merangkumkan syor-syor atau tuduhan-tuduhan yang di buat oleh BNM dengan syor-syor atau tuduhan-tuduhan yang di buat oleh SPRM.

    Tindakan AG menunjukkan kepada rakyat SPRM dan BNM tidak reti buat kerja.

    ReplyDelete
  20. Elehhhh... Mcmlah korang tak tau. Sebelum dipulangkan balik kpd SPRM, itu kertas siasatan kena tapisan JPM, pastu kena saringan Presiden UMNO, pastu kena penilaian Penasihat 1MDB, pastu kena semak oleh FLOM, pastu kena audit dgn MOF, pastu kasi AG balik, pastu pulangkan semula kpd SPRM. Pusing2 keliling lagi.. Alih-alih KPj SPRM pencen masalah kesihatan. KPj baru kena buat siasatan semula dan tubuh pasukan baru ambik lagi berbulan2.... Pastu pastu pastu pastu... PAS pun jadilah UG dgn UMNO. PM selamat, duitnya selamat, gabungan songkok dan serban 2.6b ke... 4b ke... 42b ke... Semua jadi 'halal'..... Yg bodoh, rakyat. Yg bangsat, rakyat. Yg papa kedana, rakyat juga....

    ReplyDelete
  21. Kejayaan SPRM untuk tahun ini ialah menangkap dan mendakwa penjawat awam yang jual borang bauskit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes jual borang dengan kes jual negara..
      Jangan main-main .

      Jual borang lagi bahaya .

      Delete
  22. Case closed bro. No further action. Najib ni sebersih manusia. Mana ada dia niat nak menipu. Orang je fitnah dia ni. Dia ni mangsa politik. Kita tunggu saja umno melingkup.

    ReplyDelete
  23. Main teka lah ya..

    Penjelasan yang di perlukan ialah mengapa SPRM berjumpa dengan Pak Arab @ Pak Arab-Pak Arab sedangkan Bank Negara tidak berjumpa dengan Pak Arab @ Pak Arab-Pak Arab tersebut ?

    Mengapa kertas siasatan BNM tebal dan kertas siasatan SPRM nipis ?

    Mengapa SPRM tidak mengambil kira jasa-jasa Tun Razak dalam kertas siasatan ?

    ReplyDelete

  24. Apabila kes Saiful di tunda berkali-kali, beberapa pemimpin UMNO dan Menteri menyuarakan melewatkan perbicaraan adalah tidak adil kepada mangsa liwat.

    Keadilan mestilah berjalan dalam tempuh waktu yang munasabah.

    ReplyDelete
  25. apalah guna hidup didunia ini jawatan tinggi kalau setakat jadi barua
    kes simen adalah lambang pertahan kebenaran walaupun nyawa melayang

    ReplyDelete
  26. Pabila rakyat hanya mampu jadi keyboard warrior, pihak-pihak yang bertanggungjawap tidak dapat berbuat apa2, pihak parti pembangkang pula jadi mangsa wajib...dengan ini benarlah kata kadir kita punya 9 raja, pabila telah diluluskan segala undang-undang yang memusatkan kuasa kepada 1 orang maka dengan ini kita telah ada raja yang kesepuluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 itu tak betul. Sebenarnya ada berjuta raja yakni raja sehari di atas pelamin. He he

      Delete
    2. Berjuta raja pun tak betul sebab dulu memang raja sehari tetapi sekarang kerana gst. cuma jadi raja dari pukul 12 hingga pukul 2. .

      Delete
    3. 12 hingga 2 tu di Selangor dan Penang aje. Kat tempat lain 7 hari tujuh malam, bro. Kik kik kik.

      Delete
  27. UMNO ialah parti yg sudah mati...menunggu masa pengkebumiannya pd pilihanraya seterusnya sahaja kerana membiarkan saja karakter yg paling kontovrsial sarat dgn isu rasuah menjadi ketua negara, apa pulak menjadi ketua nsc..rakyat tidak akan memaafkan mrk2 ini langsung..semua ketua2 bhg dan MP2 yg membiarkan perkara ini adalah bersubahat secara langsung dan harus diadili kemudian mereka2 ini di dunia dan di akhirat

    ReplyDelete
  28. Kes sudah ada. Tapi masalah sekarang ialah bila seekor mamat itu diberikan tugas sedemikian, tujuan diberi tugas adalah untuk memikirkan cara untuk menjawab dan menolak segala yang dituduh. Itu tugasnya.

    Jadi sekarang mamat ini terpaksa menjalankan tugas yang diberi dan bukan tanggungjawab yang datang dengan kerja mamat ini.

    Ada dengar istilah berak batu ? Ia lebih teruk daripada sembelit sebabnya mamat ini sudah terbelit !!

    ReplyDelete
  29. Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT, saya sekeluarga sangat berterimakasih banyak kepada ( MBAH JOYO RATMO ) atas bantuannya saya bisa menang togel ghoib/riktual yang diberikan MBAH alhamdulillah itu bener-bener tembus,sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua, dan saya sudah buka usaha sendiri berkat bantuan ( ,MBAH JOYO RATMO),,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi ( MBAH JOYO RATMO ) di NMR (0822_9399_4847)atau ANDAH KURANG YAKING KLIK AJA DISINI! ini lah kisah nyata dari saya. Thenk”z Room,x Sobat…





    Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT, saya sekeluarga sangat berterimakasih banyak kepada ( MBAH JOYO RATMO ) atas bantuannya saya bisa menang togel ghoib/riktual yang diberikan MBAH alhamdulillah itu bener-bener tembus,sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua, dan saya sudah buka usaha sendiri berkat bantuan ( ,MBAH JOYO RATMO),,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi ( MBAH JOYO RATMO ) di NMR (0822_9399_4847)atau ANDAH KURANG YAKING KLIK AJA DISINI! ini lah kisah nyata dari saya. Thenk”z Room,x Sobat…


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...