Friday 29 January 2016

AHMAD MASLAN TERUS MALANG

Kesian dengan Ahmad Maslan, dalam waktu terdekat ini saja sudah  dua kali beliau diturunkan pangkatnya oleh Najib Razak. 

Orang lain membodek dan mengampu dapat naik pangkat, beliau diturunkan pula pangkatnya.

Sebelum ini, beliau diturunkan pangkat sebagai timbalan menteri di kementerian paling senior iaitu kewangan kepada timbalan menteri juga di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri, kini jawatannya dalam UMNO sebagai ketua penerangan pula diturunkan kepada ahli MT lantikan saja dengan pengkhususan mengetuai biro IT.

Jawatan Ketua Penerangan UMNO yang disandang oleh Ahmad Maslan sejak Najib menjadi Presiden UMNO bermula 2009 lalu kini diambil alih oleh Annuar Musa, seorang bekas menteri dan Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan.

Jika penurunan pangkatnya sebagai timbalan menteri di kementerian paling senior kepada yang  kurang senior sebelum ini dikaitkan dengan kegagalannya memberi penerangan berkaitan GST sehingga timbul pelbagai kekeliruan dan momokan, barangkali pertukaran jawatan dalam UMNO ini kerana Najib juga tidak puas hati dengan prestasinya dalam memberi penjelasan berkaitan isu-isu semasa dalam negara.

Dengan  mengetuai biro IT yang berperanan dalam hal-hal siber dan digital untuk UMNO, Ahmad Maslan pasti tidak akan banyak bercakap seperti selalu lagi, sebaliknya akan lebih kerap bermain di medium media sosial dan alam maya saja.

Agaknya dalam perkiraan Najib, pointer 3.85 yang dimiliki Ahmad Maslan tidak cukup sesuai untuknya terus banyak bercakap dan memberi penerangan di sana sini.

Pointer itu hanya sesuai untuk bermain dengan dengan gajet-gajet dan menjaga alam maya semata-mata.

Sabarlah Mat...main Facebook, Twitter, Whatsapp dan Telegram banyak-banyak sajalah lepas ini!! (SH 29/01/2016).

18 comments:

  1. Kepada amngok bodoh total...tiada apa yang menjamin kedudukan mu selain tersingkir pada bila2 masa.saya cuma kambing hitam gst

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah cuba buat 4-5 kerja tapi ini pula nasib yang saya terima.....jawa atau bugis mana yang lebih melayu?

      Delete
    2. yg trbodoh kongsi tmpat teratas dgn keruak

      Delete
  2. Itulah dia kalau tuhan tu nak ambil apa2 dari kita sekejap je cuma kita tak perasan dulu dalam satu hari buat tiga kerja sebab nak cari duit tapi sekarang tinggal dua kerja je apa macam mu gkin lepas ni tinggal satu jawatan je dan pada pru14 nanti akan hilang semua jawatan pula moral ceritanya jangan terlalu angkuh dan sombong allah berada dimana2 tunggu je bila nak ambil segala2nya nanti di padang mahsyar lagi susah nak jawab selamat maju jaya 3.85 aaaaammmiiiiiiiiinnnnnnnnn itulah umno

    ReplyDelete
  3. Itulah dia kalau tuhan tu nak ambil apa2 dari kita sekejap je cuma kita tak perasan dulu dalam satu hari buat tiga kerja sebab nak cari duit tapi sekarang tinggal dua kerja je apa macam mu gkin lepas ni tinggal satu jawatan je dan pada pru14 nanti akan hilang semua jawatan pula moral ceritanya jangan terlalu angkuh dan sombong allah berada dimana2 tunggu je bila nak ambil segala2nya nanti di padang mahsyar lagi susah nak jawab selamat maju jaya 3.85 aaaaammmiiiiiiiiinnnnnnnnn itulah umno

    ReplyDelete
  4. Mana ada mat maslan malang bro. Seluruh ahli umno yang malang. Annuar Musa ni lagi teruk. Bro tunggu jelah.

    ReplyDelete
  5. BN bakal bungkus lam PRU 14 kat Kedah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kat Kedah je... nengok lah nanti. Lepas tu sekor2 menteri lanun nih masuk jel.

      Delete
  6. Duit PPRT pun dia kebas.. Apalah dosa sangat dgn kebas duit taja bola Qu Puteh dan duit MARA..

    Padan muka..xdpt lantik buaya, lantik pula singa. Tak dpt singa, lantik siamang dan orang utan. Rakyat mesia xder hal punyer. Mentaliti cincai kontol bertelur di dahi.

    Menteri bodoh, rakyat lagi2lah bodoh. Cerdik langsung xder.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib mebas duit KWAP melalui SCRI sebanyak RM42juta + 27 juta. Dia ckp tak tahu siapa yg masuk. Tapi dia guna. Apandi yg bodoh dan korup ckp tak de kes.

      Annuar songlap duit PPRT. Last2 yg kena tuduh KSU dia Dr Aziz. Ambik kau, ikut lagi ckp org politik.

      Presiden, kaki rasuah. Ketua penerangan Umno mestilah kaki rasuah. Mat Maslan harapkan pointer shj. Oh silah..najib dh kasi dia RM2juta.

      Delete
  7. Semua menteri lantikan UMNO yg ade kat Malaysia ni "SEMUA KAKI PELINGKUP BELAKA", harap PAS lagila dapat dok sebelah NAJIB lupa terus LUPA masalah RAKYAT/NEGARA,nak tegur PM pun jadi malu2 kucing,Mufti dah lama disimpan dalam peti besi, Dato Taki...kene tipu dengan abg Jamil terus kelu lidah nak tegur pasal TH,maklumlah dah naik pelamin bersama..asal ade Fulus semua benda lulus..YAPIEM nye ISU selesai bawah kapet.MELAYU mudah lupa,mudah kene beli,mudah kene jual.TAK MUSTAHIL ALLAH AKAN GANTIKAN BANGSA LAIN MEMERINTAH MALAYSIA SUATU HARI NANTI.

    ReplyDelete
  8. Malaysia dibawah Najib menuju 'self destruction'..

    ReplyDelete
  9. Mana ada malang bro.

    Selagi dapat makn dedak, stay ajelah.
    AM, kan gila glamour.
    Nnt hari2 boleh nampak muka dia dlm media maya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...RM2juta Najib kasi dia. Dia ni lagi smart dari Shahrir yg dpt hanya RM1juta.

      Delete
  10. Bedal jer bro...janji ada masyukkk....muka mau tebal

    ReplyDelete
  11. Moralnya...jangan menipu. Apatah lagi menipu secara besar2an. Berjuta rakyat kamu tipu. Kamu fikir kamu berada di atas selama2nya?

    ReplyDelete
  12. Merengek apabila boss bagi kerja lebeh sikit (menteri 3 kerja),dont worry be happy dah ditarik balik bolehlah relek sikit.Kerap sikit balik Johor jumpa pengundi takut nanti kena tolak tepi.

    ReplyDelete
  13. Jangan jadi macam Ahmad. Jadilah seperti Rashid.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...