Thursday, 3 September 2015

NAJIB PATUT BERTUGAS DARI BILIK TIDURNYA SAJA


Isu wang sebanyak RM2,600 juta yang diterima Najib Razak secara peribadi daripada penderma Timur Tengah terus memberi hambatan kepadanya dari segi penilaian umum.

Setelah majoriti rakyat tidak percaya wang sebanyak itu sekadar derma dan sebahagian mereka telah menzahirkannya melalui kehadiran seramai 500 ribu orang dalam perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini, kini giliran Transperancy International pula menghambatnya dengan pertanyaan mengenai wang tersebut.

Pengerusi Transperancy International, Jose Ugaz ketika berucap di majlis pembukaan Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa di Putrajaya, secara terbuka dan berani bercakap di negara yang sedang ditadbir oleh Najib bahawa komitmen Malaysia untuk memerangi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan diberikan mengenai wang tersebut.

"Terdapat dua persoalan yang perlu dijawab oleh Najib iaitu siapa bayar wang itu dan kenapa, serta ke mana ia pergi?" katanya.

Selain itu, Jose Ugaz juga mengkritik tindakan kerajaan memecat Gani Patail sebagai Peguam Negara, membubarkan pasukan petugas khas, cuba menahan dan memindahkan pegawai-pegawai SPRM serta menggantung permit akhbar The Edge.

Ia bukanlah tindakan yang betul untuk sebuah kerajaan yang ingin melawan rasuah, tegasnya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Memandangkan persidangan antarabangsa mengenai rasuah ini dihadiri oleh peserta daripada 130 buah negara, tepukan bergemuruh itu adalah lambang ejekan dunia terhadap perilaku Najib.

Meskipun ramai pemimpin dunia terlihat memiliki kekayaan luar biasa dan sering dikaitkan dengan rasuah, tetapi tidak pernah berlaku di mana-mana bahagian di dunia ini duit ribuan juta yang masuk ke akaun peribadi ketua negara cuba dibanggakan sebagai derma dan seolah-olah halal diterima.

Bukan saja siapa pendermanya tidak pernah didedahkan, malah tujuan wang itu diberikan kepada Najib juga berbagai-bagai tujuannya.

Mulanya ia dikatakan sebagai dana politik, kemudian beralih sebagai sumbangan untuk UMNO memenangi pilihanraya, untuk memerangi IS atau Islamic State, menentang keganasan antarabangsa, melawan DAP yang kononnya didalangi Yahudi dan macam-macam lagi.

Pendeknya, jika ditanya kepada 100 pemimpin UMNO pro Najib mengenai tujuan wang itu diberikan, pastilah 100 jawapan yang berbeza akan diperolehi.

Bagaimanapun Najib masih membisu dan enggan memberikan sebarang jawapan yang pasti mengenai tujuan wang itu diterima dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, sebaliknya hanya berkata sedia menjelaskannya dalam perjumpaan tertutup kepada pemimpin-pemimpin UMNO.

Amatlah menghairankan kenapa benda yang sudah terbuka dan terdedah ke seluruh dunia hanya mahu diperjelaskan secara tertutup kepada pemimpin UMNO sahaja?

Bagi  yang berani seperti Pengerusi Transperancy International itu, mereka akan meluahkan pertanyaan secara terbuka bila berpeluang bercakap mengenainya.  Bagi yang tidak sanggup menyoal secara terbuka pula, tentunya sedang memandang wajah Najib secara sinis dan dengan pandangan penuh seribu tanda tanya.

Keraguan mereka terhadap wibawa Najib akan terus bertambah dan mungkin juga ramai yang tidak mempercayainya lagi, terutama pemimpin-pemimpin dunia dan negara maju yang selama ini lantang bercakap soal rasuah dan ketelusan di negara masing-masing.

Sebagaimana majoriti rakyat Malaysia mula mencebik bibir dan semakin ingin menjauhinya sejak isu wang  RM2,600 juta ini timbul, pemimpin dan masyarakat dunia pula pastinya lebih bersikap demikian terhadap Najib.

Bahkan, tidak mustahil di kalangan anggota kabinet sendiri ada yang secara diam-diam dan dalam hati turut sama memandang sinis dan hilang rasa hormat kepada Najib.

Dengan ini, Najib sepatutnya tidak lagi pergi ke mana-mana atau menemui sesiapa mulai sekarang. Beliau bukan saja memalukan negara, malah sepatutnya juga malu untuk bertemu dan berhadapan dengan sesiapa jua.

Sebaiknya beliau patut berhenti daripada bertemu rakyat dan berlagak seolah-olah suci di depan khalayak, begitu juga berhentilah daripada menerima kunjungan atau melawat ke mana-mana negara luar kerana pandangan sesiapa pun tidak lagi sama seperti dulu terhadapnya.

Mujurlah beliau tidak jadi merasmikan persidangan anti rasuah ini, jika tidak bukan kepalang malunya Najib diaibkan secara terbuka di hadapan orangramai dan peserta daripada 130 negara tersebut.

Namun, sebagai tuan rumah, kita tetap menanggung malu kerana topik perbincangan dalam persidangan anti rasuah kali ini bukan lagi melibatkan negara-negara seperti di benua Afrika misalnya, sebaliknya tertumpu kepada Malaysia sendiri.

Ini sekaligus bakal menjadikan indeks rasuah negara di peringkat antarabangsa akan mencanak naiknya dalam penilaian akan datang ini.

Untuk itu, jika masih ada perasaan malu yang tinggal bersisa, tetapi dalam masa yang sama ingin terus bertahan sebagai Perdana Menteri sehingga pilihanraya akan datang, Najib sepatutnya hanya sesuai mentadbir negara ini serta memberi arahan daripada bilik tidurnya saja.

Berkurunglah di Seri Perdana kerana hanya di sana ada yang tetap berbangga dengan wang RM2,600 juta itu.

Di luar dan di dunia yang terbuka, semua mata yang suci dan hati yang bersih sedang melihatnya dengan begitu jelek sekali sekarang ini. (SH 03/09/2015)

42 comments:

  1. Aii yaa !, En Budin ,apa mau keleja itu bilik tidor punya dalam lea aa ?, bolih jadi muka manyak pucat lor rr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini macam aar


      Waa sudah cakap PERKASA mesti mau register Politik

      Nanti. Aarh waaa angkat Pakatan 3.0

      DAP AMANAH PERKASA

      Ada cina ada nasi campur ada malayu

      Ini mcm semua extremist lagi baguusss ... Itu PKR lalang itu PAS haji itu UMNO mafiar boleh bungkus

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Kalau pemimpin Jepun, dah lama dia 'harakiri'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lebih tepat dia dah bunuh diri

      Delete
    2. Kat sini, harakanan, miss, tak kena....

      Delete
    3. harakanan nanti kena kak ros

      Delete
  3. Mungkin wang sumbangan untuk beli penthouse, hollywood movie, birkin bags, fancy diamonds, bunga hiasan dll kot??

    Maklumlah isteri surirumah, gaji PM tak seberapa, harta pusaka pun takde ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku mulai yakin dgn apa yg TDM kata. RM2600 juta dalam akaun peribadi najib tu duit IMDB.
      Cerita mengenai derma daripada tok arab itu hanya cerita rekaan sahaja. Sekejab kata nak bantu UMNO menang piliharaya. Sekejab kata sumbangan untuk menentang Islamic state. Sekejab kata sumbangan nak menentang syiah. Semua ni penipu belaka.Hinggakan Najib pun tak tahu apa nak jawap. Hanya lembu lembu karbinet yg tolong jawap.
      Cukup amat memalukan.
      Sekarang IGP pula nak rakam statement daripada Tun Mahathir tentang apa yg Tun kata dalam perhimpunan bersih baru baru ini.
      Sebagai IGP kau tak berasa malu ker siasatan keatas kes najib ditutup sedangkan kau seorang IGP.
      Ikan kecil kau tangkap. Ikan besar kau lepas. Mana integriti PDRM? Simpan dalam poket ker.???
      Sebagai IGP kau tak tengok ker ratusan ribu rakyat turun padang buat bantahan terhadap najib. Ini baru di Kl saja.
      Jumlah ini saja kerusi parlimen tengku nan dah terbang. Tengku nan pun dah bungkus. Tak payah nak tunggu PRU 14.
      Tiap2 hari najib beria ia bercakap dalam Tv3. Mata dia buta ker. Tak tengok ratusan ribu rakyat dah tolak dia dalam perhimpunan Bersih. Rakyat kencingkan dia ditengah jalan. Tak ada siapa yg dah nak dengar apa yg kau cakap najib oiiii..Orang kampong pun tutup tv bila nampak wajah kau.
      Mahasabah dirilah najib oiii.

      Delete
  4. Nasi Kangkang
    Lauk Kangkung
    UMNO Lintang pukang
    Pemimpin masih kelentung

    Nasi kangkang
    Lauk kangkung
    PAS lintang pukang
    Pemimpin masih berlagak maksum

    Nasi Kangkang
    Lauk Kangkung
    PKR lintang pukang
    Pemimpin masih mabuk ketum

    Nasi Kangkang
    Lauk Kangkung
    DAP kuasai pakatan
    Pemimpin dipanggil Tokong

    Nasi kangkang
    Lauk kangkung
    Rakyat sudah kepanasan
    RM dan saham semakin merudum

    Ya Allah, selamatkanlah tanah air ku
    Aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau yang mabok ketum,najib rembat berbillion2, kau salahkan anwar juga.Ini contoh penyokong umngok yang bangang macam celak.Umngok parti celaka tu memang benar sebab ada manusia macam kau.

      Delete
  5. Jangan takut tuan shahbudin nanti KPN atas arahan isteri ayam 4u akan memanggil Jose Ugaz utk memberi keterangan di balai polis dang wangi kerana cubaan konspirasi menjatuhkan kepimpinan negara kalau dia berani la
    Kahkah kah

    ReplyDelete
  6. Bagi Najib, mentadbir daripada bilik tidurnya ialah suatu tanggapan yang amat ngeri. Tiap malam tidur sebelah objek besar dan berat di bilik tidur. Jikalau siang hari juga kena tinggal di bilik tidur .....

    ReplyDelete
  7. Agaknya najib ni memang bebal tongok budak sekolahpun tahu rasuah n malu biarlah najib terjun dgn 2.6b kata luncai biarkan biarkan

    ReplyDelete
  8. Agaknya najib ni memang bebal tongok budak sekolahpun tahu rasuah n malu biarlah najib terjun dgn 2.6b kata luncai biarkan biarkan

    ReplyDelete
  9. Agaknya najib ni memang bebal tongok budak sekolahpun tahu rasuah n malu biarlah najib terjun dgn 2.6b kata luncai biarkan biarkan

    ReplyDelete
  10. Najib batal Nothing-2-Hide kerana isu keselamatan dan batal pergi IACC jugak kerana isu keselamatan.

    Macai-macai UMNO kata penganjur IACC itu Tranparency International (TI) adalah budak suruhan senate dan congress Amerika.. abis yang Najib beria nak host dan nak bagi ucaptama mula2 dulu apakah jadah. Mungkin masa itu tak keluar isu rasuah 2.6B Najib berangan nak guna platform IACC nak jadi champion anti-rasuah mcm berapi2 bersembur air lior bila berucap champion FELDA dengan haramjadahlah, sekorlah, bangsatlah.

    Nah tak semena2, Allah batalkan niat berpura2 sipenzalim ini dan sebaliknya memalukan dia didepan mata dunia sebagai perasuah No 1.

    Apakah nasib Malaysia ini, lepas satu kesatu musibah terjadi selepas Najib menjadi PM dari jawatan TPM dan dimasa sama selepas tragedi pembunuhan kejam Altantuya.






    ReplyDelete
  11. Tn. Budin....try tanya zahid hamidi....dia kata dah jumpa penderma tu?...Apa agaknya jawapan yang akan diberi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah...kali ni Zahid kata Pak Mertua dia pula yang menderma

      Delete
    2. Zahid komedi ni kaki kelentong lagi kuat dari najibul mongol.

      Delete
  12. Harini jugak Jose dipecat transparency international-salleh buah keduak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salleh Keruak ni sanggup jadi ayam sabung najib ...tapi taji pun dah patah

      Delete
  13. Selepas rombakan kabinet Jose tidak lagi menjawat jawapan tpm-ah jib gor

    ReplyDelete
  14. Jose kini bukan lagi ahli umno-MKT UMNO

    ReplyDelete
  15. Jose sendiri terlibat dengan rasuah pada sebelum zaman dinasour-blogger the unsppiner/cucu tok selampit/mymassa(shit)

    ReplyDelete
  16. Ini Jose maurinho ke??-Ahmad maslan

    ReplyDelete
  17. Kami akan bekerjasama dengan interpol untuk membawa balik Jose ke Malaysia untuk dipenjara seumur hidup-khalid burn(menunggu masa jadi duta selepas pencen)

    ReplyDelete
  18. Jibby si bahlol yg belayar tapi melabuhkan sauh itu takkan letak jawatan punya. Kalau turun habislah dia, umpama jatuh tangga terpijak tahi ayam kepala pula ditimpa pasu. Seluar habis koyak dan terlondeh. Tapi, kalau rakyat hilang sabar.... silap2 Jibby senasib macam Gadaffi nanti.. hendak macam itu kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak buleh tahan dgn ayat ..bahlol yg belayar tapi labuhkan sauh tu...hahaha keras perot aku

      Delete
    2. Hoi najib bangsat. Kau ingat kalau kau tak ada orang melayu mati kelaparan ke???

      Delete
    3. Jib ni..mcmana kapal nak belayar kalau sauh asyik dilabuhkan aje..biar bumi berkeping dua pun kapal Jib takan karam..sbb asyik main tepi jeti je tak belayar-belayar

      Delete
  19. Di Malaysia, PM sembunyi dalam kelambu.

    DI Singapura, kempen debat politik LIVE dalam TV.

    Rujuk : http://naimnikmat.blogspot.com/2015/09/inilah-perkara-yang-kerajaan-singapura.html

    ReplyDelete
  20. Penulis menulis dgn serius tukang komen buat lawak pula.lawak ada isi tak apa la.tunggu 9 sept pulak tuan penulis.semoga ada kemajuan dgn usaha kita

    ReplyDelete
  21. i'm untouchable, sape2 tak suka get out dari malaysia. pegi zimbabwe pun boleh. ikhlas dari bijan

    ReplyDelete
  22. Wahai ahli2 UMNO terutamanya pemuda2 UMNO bangkitlah perangilah kemungkaran ini dan pertahankanlah kebenaran demi menyelamatkan tanahair dan rakyat keseluruhannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1627 mereka ini mana ada batu...

      Delete
  23. tadi, aku terbaca blog pencacai najib. terserlah kebangangan mereka.

    ReplyDelete
  24. Amat menghairankan, Najib dan BN, dan UMNO tak ada muka untuk malu ke. Kerajaan Malaysia adalah kerajaan rasuah. Sudah macam inipun UMNO, Kabinet masih menyokong Najib

    ReplyDelete
  25. Anon 18:44,
    Najik mane tau malu..sbb dia kan spesis burung unta..saiz otak sama besar dengan mata..kalo terkejut atau takut..kambus jer kepala dalam tanah..dia pikir dia tak nampak orang..dah tentu orang pon tak nampak dia. Korang nyalak la bagai nak rak..ada dia kesah..

    ReplyDelete
  26. Malaysians should accept that technically there is no way to bring down DS Najib except in the next GE. This is the fact.

    ReplyDelete
  27. Kenapa kita masih mahu gelar Najib sbg PM? Banyak fakta yang boleh kita gunakan sbg bukti Najib bukanlah PM.

    Pertama, siapakah yang meletakkan beliau selaku PM?
    47% yang undi BN? Tak.
    3 million ahli UMNO? Tak.
    Saya, klo saya undi BN pada GE13 dulu? Tak.

    Ketua-ketua bahagian kot.
    Tapi siapa undi ketua-ketua bahagian? Tiada siapa pun undi KBs. Malah KB2 yg kawasannya kalah pun boleh undi mana2 presiden yg mereka mahu. (Jadi klo PM kata aku di Putrajaya ini atas ehsan mandat yg telah diberi adalah satu penyataan songsang dan bersifat kelentong semata-mata).

    Kedua, adakah beliau buat kerja macam seorang PM? Tak. Serius-serius saya katakan di sini kerja-kerja yang dia buat tak ubah seperti seorang bangsawan bugis, seperti yang dia sendiri uwar-warkan. Lihat sajalah 1MDB, siapakah "calling the shots"? Tak perlu saya bercerita dlm bab kerjanya. Berjela-jela panjang yg memerlukan banyak masa yang Budin pasti sudah sedia maklum.

    Dengan itu mungkin ada yang mendengus, la tu PM dulu2 pun bukanlah PM, ikut rumusan saya itu kan? Betul, kenapa hanya pada era Najib isu spt ini bangkit ek? Mungkin org lain pula buat tesis kenapa keadaan itu berlaku.

    algojo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...