Monday, 14 September 2015

KETIKA PESERTA TURUN SAMBIL MENELAN ASAP JEREBU, SIAPA PEMIMPIN UMNO BAKAL IKUT SERTA?

Himpunan aman rakyat bersatu atau baju merah pada 16 September ini sudah pun mendapat kelulusan daripada pihak polis berikutan Persatuan Silat Kebangsaan atau Pesaka telah diberi kebenaran oleh DBKL untuk menggunakan Padang Merbok bagi tujuan tersebut.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, walaupun beliau tidak bersetuju dengan demontrasi tetapi perhimpunan 16 September ini tetap akan dibenarkan kerana sudah memenuhi kriteria di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Beliau juga memberi jaminan akan mengerahkan anggota polis yang secukupnya untuk mengawal bagi memastikan keselamatan semua orang yang menghadiri perhimpunan itu.

Bagaimanapun kelulusan ini difahamkan tidak termasuk perarakan berbaju merah yang dikendalikan oleh Gabungan NGO-NGO Melayu yang bermula di beberapa tempat di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Petaling sebelum turut berkumpul di Padang Merbok sebagai destinasi akhirnya.

Perarakan baju merah ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak, termasuk semua parti komponen BN kerana ia dibimbangi boleh mencetuskan huru-hara dan menjadikan hubungan kaum yang tidak selesa dalam negara.

Di Kota Bharu, Kelantan semalam telah berlaku provokasi menjelang himpunan baju merah di mana patung Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dibakar di dalam satu majlis yang dihadiri oleh Fatmi Che Salleh, Ketua UMNO bahagian tersebut yang juga bekas Setiausaha Politik Najib.

Dalam masa yang sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor turut mengajak seluruh rakyat menghadiri perhimpunan pada 16 September ini bagi menzahirkan sokongan kepada kerajaan dan para pemimpinnya.

Ini kerana, katanya, perhimpunan itu ialah sebagai satu cara untuk rakyat meluahkan rasa cinta dan sayang kepada negara.

Namun demikian, beliau yang lebih dikenali dengan Ku Nan menyatakan tidak dapat menghadiri perhimpunan itu kerana bertembung dengan acara lain yang sudah diatur lebih awal.

Najib Razak dikhabarkan turut tidak  menghadirinya kerana sudah berlepas untuk satu program di London pada tarikh 16 September itu dan kemudian terus ke New York untuk menghadiri Persidangan PBB.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO dan kerajaan juga masih belum kedengaran janji mereka untuk menghadiri perhimpunan itu yang tujuan besarnya ialah untuk menyatakan sokongan kepada Najib dan kerajaan yang sedang dipimpinnya.

Habis, siapa pemimpin UMNO dan kerajaan yang hadir nanti? Adakah Zahid? Hishammuddin? Khairy Jamaluddin? Yang lain-lain?

Pemimpin yang sudah terbuang, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, adakah teringin untuk datang sama?

Berapa ramai menteri yang akan menunjukkan muka agaknya?

Apakah hanya yang menyokong saja perlu hadir sedangkan pihak yang disokong langsung tidak perlu memunculkan diri mereka?

Kenapa sehingga ini tiada kerahan kepada pemimpin untuk menghadirinya?

Berapa ramai Ketua UMNO bahagian yang sanggup datang daripada 191 jumlah semuanya di seluruh negara?

Apakah hanya peserta daripada golongan marhaen dan gurkha saja yang dikerah hadir sambil menelan asap jerebu, manakala semua pemimpin tertinggi UMNO dan kerajaan hanya berehat dan bersantai di acara lain dalam dewan tertutup dan berhawa dingin?

Atau sebenarnya ramai pemimpin UMNO yang takut menghadiri perhimpunan baju merah ini kerana bimbang akan dihukum oleh pengundi bukan Melayu dalam pilihanraya umum nanti?

Tidak seperti Bersih 4 di mana pemimpin utama semua partinya menghadirkan diri, mungkinkah dalam perhimpunan baju merah ini, hanya penyokong saja yang bersungguh hati?

Bukankah lebih gah jika semua menteri dapat menghadirinya, walaupun jumlah pesertanya tidak dapat mencecah 500 ribu sebagaimana Bersih 4 yang lalu? (SH 14/09/2015)

37 comments:

  1. ..hahhaaaa..hanya gurkha melayu yg bodoh atau yg bolih dibeli dgn imbohan shj yg hadir. Jamal ikan masin..dia ada agenda tersendiri dlm membodek Najib.

    Perhimpunan yg menunjukkan betapa bodohnyadan hinanya budak2 gurkha melayu yg bolih ditipu olih siJamal...

    Kalau cerdik, duit imbohan yg Jamal beri...ambil. Lepas tu semasa perhimpunan, pi McDonald atau KFC makan memakan. Lagi berfaedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro...itu yang jamal bagi. Tetapi berapa banyak RM sebagai DERMA yang jamal akan kumpulkan untuk diri dia sendiri

      Delete
    2. Rakyat Malaysia semuanya cintakan negara ini sebab tu perhimpunan bersih 4 suruh najib T.U.R.U.N.

      Sayangnya najib tak faham bahasa kerana kepala otak dia bercelaru dan jiwanya semakin kacau. Dia ingat perhimpunan Bersih 4 lebih kurang 500 ribu orang menunjukkan tanda sokongan dan tanda kasih sayang mereka terhadapnya.

      Pada mata najib dia melihat lebih 500 ratus ribu orang yang berarak itu membawa placard I LOVE PM.

      Oleh yang demikian, Najib terjerit jerit selama 2 hari berturut turut dan hingga ke hari ini...I AM FOR YOU....I AM FOR YOU....I AM FOR YOU.....

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Kalau tak ada kalangan pemimpin Umno pro- Najib yang turun padang pada hari tu maka jelaslah Umno hanya mempergunakan orang melayu sebagai perisai. Yang berdarah nanti orang melayu yang seperti kaldai dicucuk matanya. Yang ketawa terbahak-bahak dalam keselesaan penghawa dingin sambil tengok berita di tv ialah Najib dan semua panglima Umnonya. Seruan kepada bangsa cina dan lain-lain agar jangan endahkan perhimpunan ini. Biarkan si baju merah berpesta sakan sendirian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku nan mustahil akan turun. Dia akan duduk terkangkang sahaja kat rumah sambil tengok Tv

      Delete
    2. Mestilah dia tengok tv duduk terkangkang,cuba kau suruh dia tengok tv duduk berkepit...fuh boleh sesak nafas dibuatnya.

      Delete
  3. Kepala kepada perhimmpunan ini sah dah menyeleweng dan korup kemudian buat perhimpunan pula bagi rasuah pada kuncu kuncu bawahan dan macai macai untuk hadir untuk tunjuk sokongan agaknya kalau tak ada duit huloq (hulur) , mungkin kurang atau tiada sambutan kut jadi perhimpunan adalah dari kumpulan korup lebih tepat namanya . Betul kata orang putih its a corrupt groups which corrupt absolutely. korup semua .

    ReplyDelete
  4. kalau najib adalah penyembah kaki kumpulan iluminati yahudi,orang melayu yang hadiri perhimpunan ini adalah anjing belaan pemimpin umno!!!!!

    ReplyDelete
  5. Shahbudin ni sembang je kuat. Apapun, semasa BERSIH tidak pulak meroyan seperti sekarang. Nampak sangat shahbudin ni sengaja untuk memburuk-burukkan perhimpunan yang pro kerajaan. Bukan seperti DAP yang berselindung belakang BERSIH dengan melaungkan slogan anti kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. What are u?? Bengap,bongok..? Name it.

      Delete
    2. spesis lembu melayu.... asyik salahkan DAP aja.... tujuan diadakan himpunan bersih pun tak faham faham lagi... tu la, suka sangat makan dedak guna duit brim, langsung tak boleh berfikir

      Delete
    3. otak babi lagi cerdik daripada hang tak ada otak la....malu saja

      Delete
  6. otak babi lagi cerdik daripada hang tak ada otak la....malu saja

    ReplyDelete
  7. Apa nak jadi orang melayu ni.. asyik jadi keldai tunggangan orang politik. Yang duduk berjemur telah jerubu tu korang ingat Ahjibgor kenal ke korang? Jamal ikan ikan bakar masin tu peduli ke nasib korang? Diaorang jual slogan "maruah melayu" tapi sebenarnya nak tunjukkan konon-kononnya Ahjibgor masih mendapat sokongan ramai walaupun dia telibat dalam urusan yang diragui berunsur rasuah berskala besar. Korang kena kencing lagi beb..

    ReplyDelete
  8. apa punya PM hari u/tahun pembentukan malaysia dia lari pi makan angin luar negara.

    ReplyDelete
  9. Kenapalah bodohnya kau nak pakai baju merah utk sokong najib dia pun tak ada bersukaria di london dan lepas tu ke us dgn duit 2.6b aku sedih org melayu macam kau bangsat dan barua ni nak bela najib sedih sedih memalukan

    ReplyDelete
  10. Fahamilah apa itu demokrasi,tak payah terok sangat mengeluarkan ungkapan tidak beradap.Bila menceburkan diri dalam politik jilatkah atau ludahkah adalah biasa.Apa yang dikatakan oleh gedohom memang benar,pemimpin hilang hari Malaysia ada patutkah?.

    ReplyDelete
  11. Bila dah lega sikit dia mula la buat naik jet semula.lepas london tu nak bershoping kat mana pulak kak rm tu.ya la rm bilion bilion buat apa nak simpan.nanti ada yg dengki pula

    ReplyDelete
  12. En Budin eaa aa , itu belisih ,lu atak tulun kaa aa ?.

    ReplyDelete
  13. Tuan, mungkin tuan boleh buat analisis berikut...


    undi tidak percaya di australia (tony abott) = DEMOKRASI
    undi tidak percaya di malaysia (najib) = KUDETA


    HAHAHHA...


    ReplyDelete
    Replies
    1. DAN
      ...pemimpin2 parti tidak suka tony Abbot dan suruh dia letak jawatan, Ketua Polis Aust tak ambik pot pun;

      ..pemimpin Umno dan orang ramai tak suka Najib sebab kaki rasuah dan salahguna dana awam & suruh letak jawatan, Khalid KT(weet)N cakap ada usaha nak guling kerajaan dan tindakan tu adalah aktibiti untuk menjejaskan parliamentary democracy & polis kena siasat sampai London dan Australia.

      Dunia bolih faham dan maklum akan maruah Najib dan kebodohan Khalid Twitter..Polis2 UK dan Aust akan berkata, " what the fuck this stupid Msian IGP is doing".

      Delete
  14. Saya harap Dato Ahmad Maslan (3.85) dapat sama2 turut hadir memberikan inspirasi & sepatah dua kata2 semangat kpd peserta melayu yg bersama.

    Tak perlu kata2 berbunga, cukup satu ucapan ringkas yg jujur, tulus lahir dari hati jiwa nurani yg murni mengenangkan nasib2 melayu di tanah air tercinta ini.

    Tabeek Dato !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ucapan Ahmad Maslan mesti merangkumi kenyataan berikut, " aku dtg sini sokong Najib sebab dh dapat RM2 juta. Kalau aku tahu dia dpt RM2,600 juta, mesti aku mintak RM200 juta. Aku 3.85 bodoh juga sebab dpt RM2juta. Kamu sini lagi bodoh...dpt berapa juta berdiri sini sokong Najib????'

      Delete
  15. Ketika peseta baju merah turun berhimpun menelan asap jerebu pada Hari Malaysia, 16hb September, ke manakah perginya Najib dan bininya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping ke London

      Delete
    2. Kak ros makin lama makin mengancam badannya,kan..macam ketupat hentak.maklumlah,ada 2.6b..bleh mkn apa sj. Kami ni nk mkn kfc sbulan skali pn nazak..

      Delete
  16. 1. Si jamal dgn pesaka pun conflict pasal title perhimpunan
    2. Agenda perhimpunan pon x clear
    3. Baju kaler ape pon x sepakat
    4. Komponen BN pun x setuju ada perhimpunan
    5. Penguatkuasa pun sekejap kata haram sekejap kata sah
    6. Lokasi perarakan dr mana ke mana pun x sepakat
    7. Yang disokong pun x janji nk datang perhimpunan

    Kesimpulan:
    3 lapis kebodohan = Si bodoh yg x tau dia bodoh lalu membodohkan rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ingat Jamal bodoh ke??? dia dh dapat RMjuta dari Najib, tu sebab dia mati2 buat perhimpunan tu.

      Yang 3 kali bodoh adalah melayu2 yg ikut Jamal. Mereka bodoh...tak tahu mereka bodoh...dan senang diperbodohkan olih Jamal. Jadi ini perhimpunan melayu2 3x Bodoh...

      Delete
  17. Anony 1259

    sy sependapat dgn anda. Agenda perhimpunan tak clear. untuk Malaysia? untuk Najib? untuk Melayu? untuk Kerajaan? MANA SATU DAAAA

    HARI MALAYSIA PM DI LONDON? sebagai org Sabah, sy rasa terkilan sekali. Macam TAK PENTING jak HARI MALAYSIA ni?????

    "mun paham bisai"

    ReplyDelete
  18. Harap lain kali klu tulis artikel dlm kontek umno,jgn guna perkataan "seluruh negara" sbb kmi d swak tiada umno atau lbih mudah tdk suka umno.
    Gunakan prkataan sluruh mlya-sabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarawak itu negeri. Ibu negeri Sarawak Kuching
      Oleh demikian Sarawak adalah sebuah negeri di dalam sebuah negara yang bernama Malaysia.

      Sarawak bukannya sebuah negara.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  19. De ramai yg mnyokong DAPig disini..slmt maju jaya..maklumat dihujung jari telah mnghncurkan bumi timur tengah..ucpn pada muka jk itu yg dipilih..di bumi mlyu ini clan mlyu Islam berpch byk kumpln..golongn kafirun bijk mgmbil peluang..terlalu cerdik tp kurg bijk..ambe setuju dg pndgn Dr.Riduan Tee ttg isu ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...