Saturday, 26 September 2015

DAH DAPAT JAWATAN MENTERI, BODEK SIKIT-SIKIT CUKUPLAH SALLEH...

Semua orang sedar satu-satunya sebab Salleh Tun Said Keruak dilantik sebagai menteri ialah kerana kerajinannya membodek Najib Razak dan membelasah Tun Mahathir Mohamad.

Beliau yang sebelum ini merupakan Speaker DUN Sabah pada hakikatnya tiada merit untuk dilantik menganggotai kabinet memandangnya sudah ada wakil daripada Kota Belud dilantik sebagai menteri iaitu Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen kawasan itu.

Berdasarkan rekodnya sebagai pemimpin pula, pencapaiannya hanyalah sekadar "ala-ala" saja. Jika Salleh ada wibawa tulen, pasti Najib sudah melantiknya sejak 2009 atau selepas pilihanraya 2013 lagi dan bukan setelah berlakunya episod perbalahan Najib dengan Tun Mahathir.

Tetapi oleh kerana bodeknya membuatkan Najib terasak hingga ke dinding sambil bingit telinga mendengar bodekan tanpa henti, terutama apabila berkaitan 1MDB dan Tun Mahathir, maka jalan mudah ialah dilantiklah beliau sebagai menteri.

Maknanya, dengan melantiknya sebagai menteri, Najib mahu lebih selesa dan bebas bergerak daripada bodekannya yang melemaskan itu. Malangnya, bodek Salleh berterusan lagi.

Dengan adanya Salleh dan Abdul Rahman sebagai menteri, Kota Belud sekarang ada dua wakil dalam kabinet Najib. Seorang sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang dilantik Senator dan seorang lagi atas kapasiti Ahli Parlimen Kota Belud.

Apabila dilantik sebagai menteri, harapan ramai tentunya ialah agar beliau lebih terbuka dan melihat dunia ini dengan mata yang lebih luas lagi. Tambahan lagi portfolionya ialah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang dulunya adalah Kementerian Penerangan.

Sayangnya, beliau kelihatan masih terkongkong dan seolah-olah kekal berada dalam kepompong. Tindakannya menyalahkan pengkritik Najib yang bersalah memainkan sentimen perkauman dan bukannya berpunca daripada Perdana Menteri sendiri menunjukkan dirinya masih tidak dapat melihat hakikat yang sebenarnya.

Salleh merujuk sentimen itu dimainkan untuk menjatuhkan Najib dengan antaranya menjadikan laporan khas Channel News Asia, komen penganalisis daripada Singapura, Dr Ooi Kee Beng yang ditampil dalam rancangan itu serta kenyataan Tun Mahathir sebelum ini sebagai sandaran hujahnya.

Dalam hal ini, seharusnya Salleh tidak lupa apa reaksi Najib sebaik keputusan pilihanraya 2013 lalu. Bukankah Najib mengatakannya sebagai tsunami Cina?

Tidakkah ini bermakna Najib sendiri yang memulakan dan paling awal memasang sumbu api perkauman hanya semata-mata keputusan yang agak mengecewakannya dalam pilihanraya lalu?

Tidak cukup dengan itu, akhbar arus perdana turut menyimbah minyak untuk memarakkan api perkauman dengan pertanyaan, apa lagi Cina mahu?

Tindakan menyalahkan kaum tertentu dalam keputusan pilihanraya bukan saja mengecewakan rakyat pelbagai kaum, malah beberapa pemimpin ketika itu seperti Tun Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin dan Saifuddin Abdullah turut tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu.

Dalam himpunan baju merah pula, Najib secara jelas dan terbuka menyokong serta memuji perhimpunan itu walaupun menyedari ia bercorak perkauman, dengan mengatakan "maruah Melayu tidak mudah dicarik-carik" oleh kaum lain.

Tambahnya lagi, "sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar, tak buat apa...tiga kali tampar, tak buat apa...tapi empat kali tampar sudah melampau batas. Orang Melayu ada hak juga."

Tidakkah ucapan Najib ini sepenuhnya berbau perkauman? Adakah beliau Perdana Menteri untuk Malaysia atau untuk Melayu saja?

Adakah Najib sebenarnya faham matlamat dan tujuan perhimpunan Bersih yang sudah diadakan sebanyak empat kali itu? Adakah ianya bertujuan "menampar Melayu" atau untuk kepentingan negara dan berkaitan pilihanraya?

Bolehkah ditunjukkan satu daripada tuntutan Bersih yang bersifat perkauman dan telah "menampar hak-hak Melayu?"

Kepada Salleh, jawatan tertinggi yang boleh dikecapinya hanyalah sebagai menteri dan ia sudah pun menjadi miliknya. Jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri di masa hadapan mungkin agak mustahil mampu digapainya kerana lebih ramai pemimpin yang jauh lebih berwibawa sudah pun berada di depannya ketika ini.

Dengan itu, tidaklah perlu bodek berlebih-lebihan lagi terhadap Najib sebab tiada apa yang boleh diberikannya lagi selepas ini. Berilah peluang kepada orang lain yang belum ada jawatan untuk membodek pula. 

Satu-satunya cara untuk membantu imej Najib ialah dengan Salleh menunjukkan sedikit kredibiliti melalui jawatan yang sudah diberi. Bercakaplah sebagai seorang menteri untuk semua kaum dan jika mahu menyanggah sesuatu perkara, tampilkan fakta yang sebenarnya, bukan berpilih-pilih. 

Kalau mahu bodek juga, sikit-sikit cukuplah! Memilih-milih fakta itu hanyalah perbuatan macai bertaraf rendah, bukannya yang sudah menjadi menteri.

Sebelum menyalahkan pihak lain dalam isu perkauman ini, Salleh seharusnya kumpulkan maklumat terlebih dahulu. Jika malu meminta bantuan kakitangan kementerian, sekadar rajin mendapatkan bantuan "Mbah Google" sewaktu mahu tidur pun sudah memadai untuk membantunya. (SH 26/09/2015)

38 comments:

  1. Dengan kehadiran Salleh keruak antara badut terbaru najib ia dapat menceriakan kehidupan seharian saya yang selalu murung....terima kasih najib kerana melantik beliau!!!!I love pm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..dengan kenyataan2 bodoh nya itu bolih menceriakan tuan??? Ini sudah berat. Baik suruh Najib lantik Jamal Ikan atau Ali Tinju jadi timb Menteri kpada Salleh. Lagi bolih menceriakan kehidupan tahunan tuan.

      Delete
    2. Ini lah yg dipanggil komen sarcasm tuan.. kena paham dan disemat dalam hati xD

      Delete
    3. Keruak patut berkhidmat dgn Jabatan Bodek Negara

      Delete
    4. Pandai betul Salleh spin isu.
      Nak tunggu sekali lagi Najib sebut seko2 bodoh tak boleh diharap.

      Delete
  2. Tukang bodek memang tabiatnya selalu mengharap balasan, mana tahu selain jawatan, PeeEm buleh kasi 1% ke, 2% ke 25% ke.... banyak tu kalau persennya dari 2.6B derma. Hehehe.. kalau dpt persen jgn kata bodek, nganga mulut menadah masa PeeEm berak pun dia sanggup.

    ReplyDelete
  3. Salleh anak Keruak bukan menteri cabinet Malaysia. Dia adalah Menteri Kementerian 'Untuk Bodek dan Ampu Najib'.

    Macamana Agong bolih setuju lantikan orang bodoh macama ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju..knapa agong xbsuara atas dasar taqwa bila ngra diporak-peranda oleh bangsat bugis tu? Adakah undang2 yg myekat kuasa2 sultan oleh tun M dulu jauh lbh berkuasa dari amal maaruf nahi mungkar Allah taala?

      Delete
  4. sampai bila kebodohan raayat dan pemimpin perlu ditonjolkan kepada dunia....cukuplah...jangan jadi Malaysia bodoh

    ReplyDelete
  5. ahli tinju akan d lantik menjaga,bekas perajurit...jamal ikan bakar akan pegang potfolio peniaga kecil..dua dua,jawatan menteri penuh...oh ya,sblm itu jd senator..kenape...tak caye...tgk lah nnti...sekarang ni nk jd menteri bkn susah...janji bodek..nk harap ketua bhgn lain semua bisu je..ahli parlimen bn lg bisu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertambah besar la kabinet menteri ahjibgo
      sapa yg byr gaji menteri ...rakyat jugak
      fyi ahjibgo mpunyai anggota kabinet paling ramai dlm sejarah malaysia

      Delete
  6. ahli tinju akan d lantik menjaga,bekas perajurit...jamal ikan bakar akan pegang potfolio peniaga kecil..dua dua,jawatan menteri penuh...oh ya,sblm itu jd senator..kenape...tak caye...tgk lah nnti...sekarang ni nk jd menteri bkn susah...janji bodek..nk harap ketua bhgn lain semua bisu je..ahli parlimen bn lg bisu..

    ReplyDelete
  7. ahli tinju akan d lantik menjaga,bekas perajurit...jamal ikan bakar akan pegang potfolio peniaga kecil..dua dua,jawatan menteri penuh...oh ya,sblm itu jd senator..kenape...tak caye...tgk lah nnti...sekarang ni nk jd menteri bkn susah...janji bodek..nk harap ketua bhgn lain semua bisu je..ahli parlimen bn lg bisu..

    ReplyDelete
  8. Saleh Keruak...isu kecik topup RM10 kena gst 60sen tinggalan Ahmad Shabery tu pun belum setel-setel sampai sudah. Tu la akibat nya asyik membodek je 24 jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Palat lah keruak..makan gaji buta saja kau

      Delete
  9. 1.'tapi empat kali tampar sudah melampau batas'.
    yg aku nampak, dia yg dok tampaq melayu.
    2. kalau dia betui2 hargai sokongan melayu, istihar dividen & bonus asb tahun 2015 15% & nila 1 unit rm3.50.

    ReplyDelete
  10. Tak heran pun....komen apa yg nak komen.

    Komen sebnarnya benrgantung anda di pihak mana?

    Kalau anda di pihak kerajaan, komen tentu yg baik untuk kerajaan
    Tapi kalau anda benci kerajaan, tentu komen pun yak tak baik

    So, tak payahlah kata orang ni bodek la, mengampu la....
    Please la...jgn jadi bodoh!!!

    Yg penting kita kena bersama sama dn kerajaan yg dipilih untuk memulihkan ekonomi bukan nak menghancurkan...

    Kalau kerajaan gagal, tunggulah masa PRU 14 nanti...

    Ada org tak sabar nak tunggu, sebab takut nanti harga minyak naik, harga komoditi naik, ekonomi China kembali rancak, masa tu ekonomi Malaysia dan ringgit akan naik semula...

    Masa tu kata kata penipu yg kata ekonomi dan ringgit akan naik bila Najib tururn dan masalah 1MDB selesai akan terbongkar....

    Rakyat ditipu oleh Mahatjir , pembangkang dan blogger tajaan yahudi.

    Mahathir selalu cakap, Najib kena turun, baru ekonomi Malaysia akan naik semula dan ringgit akan naik semula....

    Betul ke???? Dia faham ekonomi tak??? ada 120 negara mengalami penurunan matawang berbanding US sekarang ni

    Malaysia agak ketara sebab bergantung pada minyak dan komoditi yg sekarang kedua duanya harga turun, dan jugak rakan dagangan Malaysia yg terbesar iaitu China, yg ekonomi nya pun jatuh dan matawang China yg diturunka nilai...sebab tu Malaysia terkesan dgn byk. Ditambah buruk lagi dengan kadar faedah di Amerika yg akan dinaikkan...semua ni meneyebabkan nilai ringgit jatuh berbanding US..

    semua ni diluar kawalan kita...

    memang faktor 1MDB juga menyumbang, tapi ianya lebih kepada persepsi...

    Persepsi buruk yg diberitakan yg bertujuan untuk merosakkan lebih teruk lagi eknomi Malaysia....tak ada satu pun dakwaan yg dibuat keatas 1 MDB yg telah dibuktikan...semuanya hanyalah berita yg tak sahih dan tak masuk akal. Blogger yg jadi agen yahudi di Malaysia pun menyumbang kepada persepsi buruk....


    Kesimpulannya bukan Najib yg patut turun, Tun M yg patut berhenti bercakap sebab mulut longkang dialah mencemar nama baik 1MDB....masih ingat tak bila dia kata 42 billion hilang/lesap????? .....inilah statement yg paling celaka yg keluar dari mulut longkang dia...

    Tun M perlu berhenti bercakap/menulis, insya Allah krisis ekonomi boleh reda sedikit.
    Yg pasti ada 3 faktor luaran diluar kawalan kita....itu kita kena terus berdoa agar harga minyak & komoditi kembali stabil dan ekonomi china kembali rancak....

    Saya yakin, dengan doa doa jemaah haji kita di tanah suci yg sentiasa mendoakan kesejhateraan dan keamanan negara Malaysia, akan dimakbulkan oleh Allah...Amin

    Ya Allah kau selamatkan negara Malaysia dan berilah hidayah kepada pemimpinnya ....Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah mulut tun M bcakap?? Klu stkat bckap xjd apa kot..tu tangan sapa yg dok bt keja smp utang ngra blipat kali ganda? Pahtu qekah rakyat plak..mmg tun M ada slh silap jgk sbb angkat hok jneh ni utk gnti tmpt dia.

      Delete
    2. kebodohan apekah yg dah merasuk kau ni Ano 14:26...kau kata kalau kerajaan gagal baru tukar. Mengapa kau begitu bengong sekali, bila dah gagal apa lagi yg boleh dibuat..??? Mencegah lebih baik dari mengubati.
      Aku tak paham betul tahap kebengongan kau ni di skala mana.
      Sapa ckp kita nak ubah kerajaan...kerajaan adalah kerajaan. Yg nak di jolok bagi turun adalah Bangsat yg merosakkan negara dan kerajaan yg kita kasihi.

      Delete
    3. Apa yg kau merepek ni Labu???

      Memang kita patut sokong Kerajaan Msia. Tapi tak semesti sokong Menteri bodoh dan PM yang kaki rasuah. Tak faham2 lagi kau Labu, antara Kerajaan Msia dan penjawat2 jawatan yang bekerja utk Kerajaan Malaysian.
      Untuk Msia maju, mestilah kita perlukan Menteri2 yang cerdik dan pandai yang bolih bekerja dan bukan habiskan masa membodek. Kita perlukan seorang PM yg jujur dan tidak kaki rasuah dan tidak mengunakan jawatan utk kepentingan diri dan keluarga, Barulah Kerajaan Msia bolih maju dan rakyat makmur.

      Delete
    4. Pi sokong pemimpin yang kaki rasuah dan yang rembat duit rakyat adalah satu perbuatan yang dimurkai olih Allah. allah tidak akan memberi hidayah kepada pemimpin sebegini. baik kau bertaubat,Labu.

      Delete
    5. Ehhh..nama baru salleh keruak si labu ker

      Delete

    6. Komen guna fakta lah. Kalau ya pun nak sokong kerajaan atau yang benci kan kerajaan.

      Tsunami Cina, kenapa bukan Tsunami Rakyat ?
      Apa Cina mahu, kenapa Cina sahaja ? Bagaimana orang melayu dan lain-lain ?

      Tun Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin dan Saifuddin Abdullah turut tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu. Adakah mereka di pihak yang benci kan kerajaan ? Kalau betul lah begitu maka Istana Johor pun benci kerajaan la.

      Bezakan lah Menteri seperti Salleh dengan beberapa Menteri UMNO yang buat kerja dan tidak kerap membuat komen membodek. Mereka membuktikan yang mereka mampu membuat kerja tanpa membodek yang melampau.

      Tidak susah nak kenal pembodek .. Salah satu dia akan jadi menteri sebab mengantikan menteri yang kena pecat.

      Bukan tak sabar nak tunggu tapi masa menunggu tu kena lah berusaha tak boleh lah bergantung pada 'dengan menanti' harga minyak naik, harga komoditi naik ... masa itu ekonomi pun naik dan ringgit pun naik. Kalau macam itu sia-sia dan merugikan ada ramai menteri yang kerja nya 'dengan menanti'

      120 buah negara yang mengalami penurunan mata wang. tidak ada SPRM yang kena siasat sebab siasat 1MDB, tidak ada pengadu yang kena tangkap sebab 1MDB. Ketua negaranya tidak terbukti menerima derma RM 2.6 billion.

      Ada kah hutang berbillion di luar kawalan kita?
      Ada kah membeli hartanah oleh anak tiri dan cina gemuk di luar kawalan kita?
      Adakah biarkan pemimpin rasuah dan salah guna kuasa di luar kawalan kita?
      Adakah beli tanah guna duit TH dan Mara di luar kawalan kita?

      Macamana pulak Bank Negara dan Kementerian Kewangan boleh menyatakan pertumbuhan ekonomi di JANGKA meningkat 5%? Kalau ini bukan kawalan, tidak perlu lah susah-susah buat kajian dan pergi luar negara cari pelabur .

      Yang kata 42 billion hilang itu bukan nya Mahathir tetapi pelabur/syarikat Arab. Itu lah lain kali cari fakta dan sebab itu lah semua kata 1MDB adalah punca segala masalah. Kerana 1MDB lah Muhyiddin di pecat dan Khairudin di tangkap dan PAC terpaksa mencari penganti kerana ahli PAC diilantik jadi Timbalan Menteri. Nak cari penganti pun makan berbulan-bulan.

      Tidak perlu suruh Mahathir berhenti bercakap/menulis kerana jika Mahathir lah penyebab krisis ekonomi, tangkap lah dan dakwa lah Mahathir kerana mengancam negara.

      Patutlah Najib berbaik dengan pemimpin PAS sekarang sebab nak kan orang bacakan doa rupanya. Apa kata UMNO hantar 500 ahli ke tanah suci dua minggu sekali mudah-mudahan harga minyak naik dan ekonomi rancak sebelum rakyat yang susah bertambah susah.

      Burung pun kena terbang cari makanan untuk anak-anak nya. Tuhan pun tidak mengubah nasib seseorang selagi seseorang itu tidak mengubah nasibnya sendiri.

      Delete
    7. Sejak keruak jadi menteri kerja dia sendiri pun dia tak pernah buat.

      Dia terlampau sibuk membela najib. Dia terlampau sibuk menulis dalam blog. Dia terlampau sibuk menghentam Tun Mahathir.

      Wahai keruak. Sedarlah diri tu sikit. Jasa kau kepada negara sebesar debu pun tiada. Kalau nak dibandingkan jasa kau dgn jasa Tun Mahathir kepada negara macam tujuh pertala bumi dan tujuh pertala lagit pun belum tentu ada sebesar debu pun.

      Oleh itu keruak janganlah kau melalak seperti anjing menyalak bukit...

      Delete
    8. Keruak aka Labu...adalah lebih baik kau menggeram telur kau sehingga menetas. Untung untung dapat juga menetas 2 ekor ayam sabung.

      Itu pun kalau ayam sabung.

      Kalau dapat ayam pondan terima sajalah dah nasib kau labu....

      Delete
  11. Saudara SH jangan lupa , mungkin jawatan yang disandang dalam UMNO bagi MP semporna akan hilang dari beliau,Jadi bila lagi nak jaga boss, mungkin boleh juga kiv nama beliau dalam log president sebagai penganti.Macam-macam boleh jadi siapa sangka apa yang berlaku dalam kabinet.Nasib KM Sabah buat masa ini sudah tetap,tak bergilir-gilir lagi.Dapat balik jadi KM sudah baik,

    ReplyDelete
  12. BIAR BODOH ASAL SETIA........

    ReplyDelete
  13. Tariq Aziz menteri Saddam Hussien mati dalam penjara, bodek punya pasal. Rakyat, menerusi mahkamah Iraq tuduh dia antara lainnya salah guna kuasa, menipu dan memutar belitkan fakta untuk mempertahankan rejim bosnya, si Saddam.Tapi sekurang-kurangnya Tariq Aziz tu bijak, bercakap pun penuh fakta dan logik.

    Anak Keruak dengan Pak Dahalan ni hampeh. Tin kosong dan otak udang. Dia ingat satu Malaysia ni macam pengundi dia - Bulih bah kalau kau...

    ReplyDelete
  14. Anon 14:26 tu bukan bengong..korang yang bengong..dia beria-ria bodek PM mungkin dapat duit..same cam si Salleh Kurap tuh..nape masih ramai lagi yang asal ade majlis yang PM atau menteri-menteri rasmi/hadir..berduyun-duyun join..kate menyampah kat diorang..walaupun korang kebulor camane pon..patut-patut toksah datang..sume pakat boikot..kalo diorang upah macam yang si Jamal Ikan Tongkol tu buat..buat derk jer..kalo jumpe diorang terhegeh-hegeh jumpe rakyat kat tempat awam..sume pakat ludah aaarghhtui kat tanah..korang rase PM dan menteri-menteri tu boleh tahan ker? Setakat buat demo 34 jam tu ape nak dikesahkan..lepas tu diorang tabor dengan brim atau turunkan rege minyak Dan buat majlis besar-besar..sejuuuk balik..korang nih patut malu la kat orang Indon, Nepal, Myanmar, Afrika atau orang Siam..cakap macam masyarakat mentaliti negare maju..pendokong demokrasi..yang sebenornye korang ni masyarakat ayam kampong jer..bile tabor beras atau dedak..meluru datang serbu..bile sedor nak kene semelih baru nyesal..piiiraah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara lain selain Malaysia, Polis, Tentera dan Mahkamahnya tidak djadikan alat perkakas pemimpin. Itu sebab bila buat demo, memberi kesan. Kita bukan demo sahaja malah buat lapuran polis tetapi yang kena tangkap siapa ? Yang menyiasat pun kena siasat. Apa yang kita lakukan sekarang akan sampai juga pada kemuncak nya.

      Ramai yang datang pada majlis Menteri ialah orang yang sama yang akan ramai kan majlis Menteri yang mewakili Kerajaan Pakatan Harapan. Tenguk je lah kat Selangor dan P.Pinang.

      Orang yang ramaikan majlis Menteri ini juga lah yang memeriahkan Jom Heboh dan Konsert Hiburan percuma.

      Orang jenis macam anon 14 26 suka makan dedak .

      Delete
    2. Bukan sekadar makan dedak tetapi pemuja setia si labu

      Delete
    3. Labu tak payahlah kau cari publisiti murahan orang pun tahu lQ kau rendah

      Delete
  15. Mana boleh sekarang ni kena bodek baru org nampak dan boleh hidup mewah betul atatu tak betul belakang kira janji dapat pulus danjawatan menteri he he he

    ReplyDelete
  16. Mana boleh sekarang ni kena bodek baru org nampak dan boleh hidup mewah betul atatu tak betul belakang kira janji dapat pulus danjawatan menteri he he he

    ReplyDelete
  17. Sebenarnya SSK in memang tak layak. Kami semua ketawa apabila najib melantiknya seolah dalam Umno ni tak ada yang lebih baik atau cerdik, Inilah cara najib untuk memperlekehkan ahli Umno tapi masalahnya tak dilihat juga oleh mereka.

    Dalam syiok SSK untuk membodek najib, terserlah kelemahan SSK dalam membalas fakta yang dikemukakan oleh CNA, WSJ, NYT dan juga Tun M.

    Nak bodek tak apa. Tapi jangan pula nak main telur sendiri !

    ReplyDelete
  18. kalau dia nak menipu orang kota belud, boleh lah. tapi orang KL dan Semenanjung, tak perlulah kau buang masa dan air liur basi engkau tu utk membodek macam tak KERUAN. nanti berKERAK air liur basi kau tu. Dengan adanya nak keruak ni dlm kabinet, Rahman Dahlan dah tak relevan lagi.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  19. Bajau stail...pukul dulu bicara kemudian..parang kuda..sabung ayam..GOLKAN HASBULLAH ..sapi sapi.. jalan bypass ranau pun projek.......aduiii...keruak...be a men lah...bikin malu bajau kota belud saja...kuat mangintu...seringit bos...kakkakakakaka..be a men lah sek...dah ko begeeh tekkk....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...