Wednesday 9 September 2015

NAJIB MENGALAH DENGAN AKAR UMBI, TAPI ADAKAH MUHYIDDIN JADI "BISU" SELEPAS INI?

Mesyuarat MT UMNO yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama akhirnya memutuskan tiada mana-mana pemimpin dipecat atau digantung jawatannya sebagaimana spekulasi awal yang tersebar luas sejak beberapa hari lalu.

Ini bermakna Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan beberapa yang lain yang dihebohkan akan menerima hukuman akibat kelantangan dan sikap kritikal terhadap Perdana Menteri, Najib Razak berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta, tidak menjadi kenyataan.

Ia juga bermakna Muhyiddin akan terus kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri, begitu juga dengan Shafie kekal sebagai Naib Presiden UMNO yang mendapat undi kedua tertunggi, tetapi tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet.

Sekiranya tidak melakukan sesuatu yang memungkinkan diambil apa-apa tindakan selepas ini, kedua-dua mereka akan terus duduk dalam barisan kepimpinan tertinggi UMNO sehinggalah PRU 14 dan pemilihan parti yang sudah dianjakkan tempohnya sehingga tahun 2018.

Secara umumnya, ketidakberanian Najib Razak mengambil apa-apa tindakan terhadap Muhyiddin dan Shafie adalah kerana bimbangkan kesan lebih buruk kepada masa depan UMNO dan juga kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang mungkin di luar jangkaannya jika tindakan itu diambil.

Sebaik tersebar spekulasi kedua-dua pemimpin itu akan dipecat, pelbagai peringkat dalam UMNO menyatakan rasa bimbangnya jika tindakan itu benar-benar diambil kerana ia akan memberi kesan yang serius kepada perpecahan di peringkat akar umbi.

Dengan perpecahan yang bakal berlaku itu, bukan saja harapan mengekalkan kuasa UMNO dan BN di peringkat pusat dilihat akan bertambah sukar, malah ramai yang mengatakan beberapa negeri akan lebih mudah dimenangi pembangkang berikutan majoriti kemenangan tipis saja dicapai BN dalam pilihanraya lalu.

Reaksi menolak pemecatan Muhyiddin dan Shafie, selain dapat difahami melalui luahan beberapa pemimpinnya yang masih rasional, ia juga ditunjukkan di bangunan UMNO sebelum bersidangnya mesyuarat MT hari ini.

Walaupun kehadirannya tidaklah seramai ketika memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu, tetapi kesediaan mereka membawa poster, memakai baju T khas untuk menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin dan datang pula dari pelbagai pelusuk negeri, sudah cukup memberi mesej bahawa UMNO akan terus bergolak sekiranya berlaku sebarang pemecatan atau penggantungan.

Kehadiran ramai penyokong Muhyiddin dan Shafie di luar Bangunan UMNO juga  berjaya "menggerunkan"  Najib sehingga beliau dilaporkan terpaksa naik ke tingkat 39 untuk mempengerusikan mesyuarat ini dengan menggunakan lif khas melalui pintu belakang.

Akhirnya suara akar umbilah yang telah menyelamatkan kedudukan Muhyiddin dan Shafie ini lantaran kedua-duanya dilihat tidak melakukan sebarang kesalahan yang melanggar disiplin parti melalui teguran terhadap Presiden berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang diterimanya itu.

Menyingkirkan daripada kabinet memang kuasa Najib selaku Perdana Menteri, tetapi memecat atau menggantung jawatan mereka yang menang dalam UMNO melalui undi perwakilan tidak seharusnya meremehkan suara akar umbi itu sendiri.

Dan cuba bayangkan apa keputusan MT hari ini jika tiada sebarang reaksi bantahan daripada akar umbi UMNO?

Bagaimanapun, beberapa persoalan tetap timbul melalui keputusan mesyuarat MT UMNO hari ini. Antaranya:-

- Apakah Najib lebih disokong dalam UMNO dan suara mendesaknya berundur akan berkurangan dengan keputusan ini?

- Bagaimanakah pula pendirian politik Muhyiddin dan Shafie selepas ini? Setelah dinyatakan kedua-duanya  terus setia kepada parti dan akan bekerja keras untuk kemenangan UMNO dalam PRU 14 akan datang, adakah mereka juga akan taat setia kepada Najib?

- Adakah selepas ini Muhyiddin dan Shafie akan jadi "bisu" atau berhenti bercakap mengenai 1MDB dan wang RM2,600 demi menyelamatkan jawatan mereka dalam UMNO berikutan Najib turut menyatakan kedua-dua pemimpin masih perlu membuktikan kesetiaan mereka?

- Apakah Tun Mahathir Mohamad akhirnya akan jadi keseorangan dalam menegur dan mengasak pengunduran Najib daripada jawatannya?

- Mampukah Najib bertahan memimpin kerajaan sehingga PRU 14 dan apakah Muhyiddin dan Shafie akan turut mempertahankan kuasa Perdana Menteri sehingga tempoh itu?

Walaupun nampaknya Najib dapat meredakan keadaan buat sementara melalui keputusan MT hari ini, persoalan-persoalan baru tetap timbul sehinggalah pilihanraya umum dan pemilihan UMNO akan datang.  (SH 09/09/2015)

13 comments:

  1. Hari ini reda ,esok belum tahu lagi ,kuasa megatasi segala-galnya .

    ReplyDelete
  2. Saperti biasa DSN hanya tau create masalah tetapi tak tahu macamana nak selesaikannya....

    ReplyDelete
  3. Saperti biasa DSN hanya tau create masalah tetapi tak tahu macamana nak selesaikannya....

    ReplyDelete
  4. Makin berbelit pmainan najib..last skali jd mcm mee dlm mgkuk..berselirat habih.

    ReplyDelete
  5. Allah lebih mengetahui apa yang akan berlaku esoknya. Sesungguhnya perancangan Allah tiada siapa dapat mengelaknya kita tunggu!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Yang Ada dalam MT tu selama ni buat apa , semua macam yesman belaka

    ReplyDelete
  7. alau parti UMNO ni syarikat sendirian berhad milik najib. Dia nak buat apa pun dia punya sukalah. Rakyat pun tak akan ambil peduli. Rakyat pun tak mahu tahu dan tak mahu ambil tahu.Fullstop.

    ReplyDelete
  8. Penyokong Muhyiddin Yassin dan Shapie Apdal kena hati-hati dengan permainan abang Najib ni.....

    Laut tepi pantai arus lembut tak semestinya tidak ada apa-apa ...... selalunya tusnami besar akan menyusul kemudian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena hati-hati sbb pahlawan bugis ni main kat tepi tepi pantai jee..maklum la, layar je kembang tapi labuh sauh

      Delete
  9. hahaha..Pahlawan Bugis masuk PWTC ikut pintu belakang..masih isu faktor keselamatan lagi kee..???
    Ni bukan Pahlawan Bugis kalau mcm ni..yg betulnye Pondan Bugis

    ReplyDelete
  10. I am afraid that all along there was never the intention to do anything horrible to the former DPM and geng. Instead, the game some people were playing before the meeting was to ensure that nothing on 1MDB would be brought upon during the meeting to lead to more problems for you-know-who. Shah and friends, have you been had by you-know-who and cronies? Anyway, for the former DPM and geng, it is really the case that for them to gain the people's support, they have to earn it. To continue to say that one is Umno totok and the like shall lead people to think that one does not deserve support, etc. After all, do the former DPM and geng think that Umno is in such good shape these days for it to deserve love, care and the like from the former DPM and geng? Think about it. And may Allah swt help us to be deserving for what we hope for to take place...

    ReplyDelete
  11. "PERHIMPUNAN MEMPERTAHANKAN MARUAH MELAYU" dengan MEMAKAI BAJU MERAH.Kalau hampa nak mempertahankan maruah melayu hampa semua tak payah pakai baju merah,PAKAI CAWAT DAUN PISANG CUKUP,baju terpaksa kena beli daripada saudagar "CINA"buatan orang asing.Hampa nak datang keKL tak payah naik bas kerana kena sewa bas dari" COMPANI CINA" cukuplah dgn berjalan kaki dan diKL nanti hampa tidor bawah jambatan ke atau tepi jalan kerana hotel2 banyak kepunyaan orang"CINA"Wahai Bani Melayu sedarlah diri bahawa bangsa kamu tidak ada membena,mereka bentuk, mencipta suatu apa pun untuk kemaknusiaan dari sekecil2 ciptaan manusia iaitu "JARUM" HINGGA SEBESAR2 DAN SECANGGIH CIPTAAN MANUSIA IAITU KAPAL ANGKASA DAN SETELIT DIANGKASA satu benda pun tiada orang melayu yang ciptakan.KONON nak mempertahan maruah melayu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...