Wednesday 2 September 2015

MAHATHIR MEMANG MAHU DITANGKAP POLIS....

Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebanyak dua kali dalam Bersih 4 bukan saja mengundang perhatian ramai serta kecaman daripada para pemimpin UMNO, tetapi turut memancing tindakan pihak polis untuk menyiasatnya. 

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri itu akan disiasat mengenai kehadirannya dalam perhimpunan tersebut serta dakwaan yang dibuatnya berkaitan rasuah terhadap pemimpin tertentu dalam UMNO.

Katanya, pihak polis akan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu.

Selain itu, terdapat juga pemimpin UMNO yang mahukan beliau diambil tindakan berikutan kehadiran dalam Bersih 4 yang disifatkan sebagai tindakan bersekongkol dengan gerakan parti-parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan BN.

Malah ada yang menyarankan agar dalam mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini, bukan saja Muhyiddin Yassin yang banyak membangkitkan mengenai 1MDB dan  derma RM2,600 juta yang diterima Najib, diambil tindakan pemecatan keahliannya sebagai ahli parti, tetapi patut melibatkan Tun Mahathir juga.

Bagi kebanyakan pemimpin UMNO yang pro Najib, serangan dan kritikan Tun Mahathir jauh lebih serius berbanding apa yang dilakukan oleh Muhyiddin.

Berhadapan kemungkinan akan dipecat bersama-sama Muhyiddin pada 9 September ini, Tun Mahathir juga sebenarnya akan berhadapan penyiasatan oleh pihak polis kerana kehadirannya dalam perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Apakah Tun Mahathir takut dengan semua tindakan itu dan beranikah Najib bertindak demikian?

Melihat kepada gerakan Tun Mahathir untuk menurunkan Najib daripada jawatannya sejak lebih setahun yang lalu, yang jelas beliau kini sudah sampai ke peringkat sanggup melakukan apa saja bagi mencapai matlamat dan tujuannya itu.

Menyerang melalui media, menulis di blog, memulaukan program melibatkan Najib, menjelajah ke beberapa negeri, mahu undi tidak percaya diusulkan di Parlimen dan akhirnya turun ke perhimpunan Bersih 4 adalah isyarat jelas mengenai kesediaannya melakukan apa saja untuk menjatuhkan Najib.

Selepas ini, percayalah,  lebih banyak tindakan mengejutkan bakal diambilnya demi meneruskan tekanan dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Najib.

Ketika di Bersih 4 baru-baru ini, antara serangan Tun Mahathir terhadap Najib ialah rosaknya sistem undang-undang yang ditunjukkan melalui pemecatan Peguam Negara, pembubaran pasukan petugas khas, gangguan terhadap Gabenor Bank Negara, ancaman terhadap siasatan SPRM dan menggagalkan peranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC yang dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya.

Dengan semua tindakan itu, kata-kata "tunggulah siasatan dahulu" atau "tunggulah laporan audit" sebelum meneruskan kecaman terhadap 1MDB dan Najib seolah-olah sudah tidak bermakna apa-apa lagi.

Dengan menghadiri Bersih 4, bahkan melakukannya sebanyak dua kali, Tun Mahathir kini bukan saja menunjukkan kebersamaannya untuk sehati dan sejiwa dengan rakyat, bahkan sedang cuba membuktikan kebenaran dakwaannya bahawa Najib sanggup melakukan apa saja melalui cengkaman undang-undang kepada sesiapa juga untuk terus kekal berkuasa.

Jika tangkapan dilakukan terhadap Tun Mahathir, bermakna benarlah semua semua dakwaannya selama ini.

Disiasat dan ditangkap polis serta dipecat daripada UMNO tidak lain adalah kemahuan Tun Mahathir sendiri untuk lebih menjadikan Najib kian ditolak rakyat. Jika ketika era Tun Abdullah dulu, beliau bertindak keluar UMNO sebagai klimaks meneruskan tekanan, pengorbanannya sekarang beralih agar dipecat dan ditangkap pula atas arahan Najib.

Tun Mahathir sekarang seperti sedang menari dan mengalunkan muzik agar Najib dan para pemimpin UMNO turut melangkah dan menggoyangkan mengikut irama yang diorkestrakan olehnya. 

Memecat dan menangkap Tun Mahathir bukan saja menyebabkan rakyat lebih memihak kepadanya, bahkan ahli dan penyokong UMNO di peringkat akar umbi juga akan lebih berpecah kerananya.

Kiranya Najib merasakan beliau mampu bertahan sehingga tarikh PRU 14 akan datang sebelum menyerahkan kepada rakyat membuat penentuan, memecat dan menangkap Tun Mahathir akan membuatkan "tarikh perginya" lebih awal daripada itu.

Membiarkan Tun Mahathir bebas lepas dan terus-terusan menyerang Najib tanpa diambil apa-apa tindakan pula, khususnya berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta akan membuatkan Najib lebih sukar berhadapan rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Secara nyatanya, Najib sebenarnya semakin tidak mempunyai pilihan lagi dalam berhadapan dengan Tun Mahathir ini. (SH 02/09/2015)

23 comments:

  1. Ini lah perbezaan yg amat ketara antara Najib & Tun Dr. Mahathir.

    Seorang ahli politik akan memikirkan tentang Pilihanraya akan datang tetapi seorang Negarawan akan memikirkan tentang generasi akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Malaysia tua muda dan kanak2 pun tahu dan boleh bezakan di antara najib dan Tun Mahathir.
      Jasa najib dan jasa Tun kepada rakyat jelata macam langit dgn bumi lah.
      Hari ini ada rakyat jelata ambil peduli dgn najib? Kalau ada pun hanya lembu lembu
      peliharaannya saja dalam karbinet 1MDB tu
      Lembu lembu ini hanya mengharapkan sangat habuan RM2600 juta tu.Tak henti henti melelih air liur di mulut sebab dah lama sangat dok nganga dok telan air liur basi. Malam pun tak lena tidur. Asyik dok mimpi duit tu.
      Rakyat jelata tak ambil peduli dah kat najib ni. Dia nak tergolek dia nak terlentang itu dia punya pasal. Rakyat jelata langsung tak peduli kpd manusia korup dgn lembu lembu korup peliharaannya. Rakyat tak hairan pun apa najib nak buat dan apa najib nak kata. Itu semua sampah belaka.
      Lebih cepat si bangsat tu berambus lagi baik.
      Kalau najib sentuh saja Tun Mahathir seluruh rakyat jelata tak kira latar belakang agama politik dan bangsa tak akan berdiam diri.cubalah dulu baru tahu.

      Delete
    2. Tuan 1915, bukan 2600 juta je yg ada dlm akaun Najib Rosmah. Mungkin 1elah cecah RM 3 trillion dah.

      Di Malaysia, tekanan rakyat hanya boleh dibodohkan dgn kuasa2 badigol dlm jabatan2 kerajaan. Ini kerja enteng, lantik saja anjing2 suruhan menjadi ketua, insyaAllah sumuanya beres. Mereka akan jadi jurucakap merangkap anjing2 yg setia. Anjing yg betul2 setia ni ada bodo sangap dan ada juga yg cerdik. Kategorinya tetap sama iaitu menganjingkan diri ke tahap maksimum tanpa ada rasa malu dlm diri lagi. Lihat saja gelagat Ketua Polis Negara, beliau adalah anjing paling tahap gaban. Kalo dulu kita boleh kihat Hasan Malek Ayam, Ahmad Maslan 4 Flat, Ismail Sabri Unta berusaha bersungguh2 menunjukkan siapa lebih sempurna menjadi anjing daripada anjing, kini Ketua Twitter yg ambil alih.

      Sekadar tangkap penjara atau sentuh Tun Mahathir, ini kerja mudah. DSAI jauh lagi ramai pengikut pun dah rakyat xboleh berbuat apa, inikan pula nak tangkap ayam tua Tun M. Politik Mesia bro.. bukannya Quran. Kahkahkah..

      Delete
  2. Minta TOLONG

    Datuk paduka Ibrahim Ali supaya daftar PERKASA sebagai party POLITIK

    Kerana kami yang bakal di pecat oleh Umno tiada lagi platform untuk berjuang!!!

    Tolong ayoh Hing !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apply la kat Amanah, itu pun nak kena tunjuk

      Delete
    2. Selalu eaa aa , nama tatak selupa bikin maa aa ,kalau atak amanah tatak payah taruk nama ,mesti olang bolih pecaya maa aa .

      PAS ,parti Islam ,lain olang tatak Islam ,manyak susak itu macam lea aa.

      Delete
  3. Tengok sekarang satu dunia tertumpu kepada apa yang Tun Dr Mahathir dan agenda beliau menyelamatkan Malaysia dari dimufliskan oleh PM diktator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM tong sampah aka pahlawan bugis
      TPM tong kosong. Cakap tak serupa bikin
      Kabinet 1MDB kandang lembu lembu yg kena cucuk hidung. Lembu lembu yg sehati sejiwa
      Semua ni bakal dipencenkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Hanya masa saja yg akan menjadi kenyataan.

      Delete
  4. PARTI BARU amanah INI HANYA AKAN BERTAHAN JIKA
    DAP DAN PKR TERIMA SEBAGAI GABUNGAN DALAM PAKATAN
    AKHIRNYA
    PAS TERPAKSA BERTAHALUL SIASI DENGAN PARTI amanah INI DEMI SURVIVAL
    KERANA
    PAS AKAN KALAH TERUK DIPANTAI BARAT TERUTAMANYA DI SELANGOR
    KERANA MENGHARAP UNDI MELAYU YG LEBIH KE UMNO DAN PR
    DI KELANTAN JUGA
    BAKAL TUMBANG KEPADA BN KERANA PERTANDINGAN 3 PENJURU

    PILIHAN YANG ADA PAS BERTAHALUL SIASI AKHIRNYA DGN AMANAH
    KECUALi
    PAS KAHWIN DGN AMENU@AMNO DAPAT LA HADIAH KELANTAN DAN TERENGGANU
    LAIN-LAIN
    OLEH; anak kecil main api

    ReplyDelete
  5. Itu hadir bersih manyak salah kah ?, kalau atak salah kasi tangkap semua olang lor rr ,apa pasat satu olang saja maa aa mau kasi siasat ,lain olang apa hat ?.

    Tun tulun belisih tatak pakai baju belisih , Uncle Lim & DAP punya taikor pakai baju kuning tatak tulis belisih .

    Wa manyak helan maa aa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang tak nak ajuk najib asyik bercakap bahasa inggeris aje. takut kat bos? banggang punya orang

      Delete
  6. Najib akan masuk perangkap Mahathir apabila Mahathir ke mahkamah. Tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  7. Makanya pilihan ini yang terbaik. Dua pemimpin terbaik Malaysia perlu kembali bersatu dan bersatu tak semestinya berkuasa. Usaha perlu digerakkan semula. Dalam keadaan kedua-dua BN dan PR berantakan manakala negara menuju lembah maut, rakyat memilih 'forgive and forego'. Rakyat mahu 'move forward'. Bahagian 1 dan 2.

    http://bicaramindamerdeka.blogspot.com/2015/04/mantan-pm-dan-tpm.html?m=1

    ReplyDelete
  8. Tun engkau memang pejuang bangsa negara n agama bukan seperti najib pelingkup bangsa negara n agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiiiiii najib...perkhidmatan anda tidak diperlukan lagi
      Anda boleh balik kampong. Tanam jagong..

      Delete
    2. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

      Delete
  9. Tun engkau memang pejuang bangsa negara n agama bukan seperti najib pelingkup bangsa negara n agama

    ReplyDelete
  10. sembang lebih nak siasat lepas ltu lesap
    ada berani ka mau siasat itu matde
    yang duk ada dalam jawatan lani pun banyak hamba matde dulu
    tak payah belagak la semua orang tau
    malam sikit la jawapnya

    ReplyDelete
  11. Kepala butoh najib

    ReplyDelete
  12. Apabila sampai masanya Allah pula akan memanggil sorang2 untuk di soal apa kah yang kita telah buat semasa di dunia. Adakah kita benar2 telah menjalankan Amanah Allah atau sebaliknya..KEBESARAN dan KEKUASAAN hanya milik dia..

    ReplyDelete
  13. samalah ko madey, 22 tahun memerintah apa ko buat dengan ekonomi melayu...dasar mamak kaki putar belit..hidup ko jaga kroni je

    ReplyDelete
  14. saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan




















    saya AHMAD SANI posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan




















    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...