Tuesday 22 September 2015

PENGORBANAN PALING DITUNGGU SEMPENA HARI RAYA KORBAN TAHUN INI IALAH PENGUNDURAN NAJIB

Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz semalam telah bercakap mengenai keadaan ekonomi dan nilai ringgit serta kaitannya dengan isu semasa dalam negara yang seharusnya menjadi bermanfaat buat kita semua.

Bedasarkan laporan FMT, Zeti berkata:-

- nilai ringgit akan naik semula sekiranya isu 1MDB dapat diselesaikan.

- kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik. Kesemua isu berkaitan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan nilai ringgit naik semula.

- kami telah serahkan hasil siasatan Bank Negara kepada Jabatan Peguam Negara. Kini kami masih dalam perbincangan dengan jabatan tersebut.

Mengikut berita Malaysian Insider pula, Zeti berkata:-

- orang ramai berhak mendapat jawapan terhadap siasatan skandal 1MDB.

- semua siasatan itu sedang berjalan dan ia akan membuahkan hasil. Bagi Bank Negara, kami melihat dalam percanggahan kelulusan yang kami berikan kepada 1MDB secara spesifik.

- melahirkan keyakinan pihak terlibat dalam salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara itu akan dihadapkan ke muka pengadilan.

- masyarakat antarabangsa sudah menyatakan komitmen untuk menangani isu penggubahan wang haram dengan beberapa langkah tegas telah diambil. 

- dalam dunia sekarang, tidak ada orang dalam planet ini yang boleh bersembunyi.
Apakah perkara yang paling mudah untuk difahami daripada kata-kata Zeti ini?

Tentunya maksud sebenar ialah tidak lain agar isu berkaitan 1MDB yang disebutnya sebagai skandal hendaklah diselesaikan dengan segera jika mahu melihat nilai ringgit naik semula.

Bermakna juga, selagi isu 1MDB tidak selesai, nilai ringgit akan terus menjunam.

Tapi bagaimana untuk menyelesaikannya?

Jual tanah TRX? Cari pelabur asing dalam Bandar Malaysia? Struktur hutang? Atau bagaimana?
Zeti juga menyebut mengenai komitmen antarabangsa mengenai isu penggubahan wang haram yang tentunya sangat berkaitan dengan siasatan FBI mengenai wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib.

Siasatan FBI itu telah mengundang tarikan berita di seluruh dunia sehingga keyakinan pelabur asing tidak mungkin pulih dengan mudah selagi ia terus diperkatakan di mana-mana. 

Berpuluh negara telah menyiarkan berita mengenai siasatan FBI itu dan ini tentunya merupakan hentakan paling buruk terhadap imej negara di peringkat antarabangsa.

Bagaimanakah juga untuk melihat isu ini selesai?
Kedua-duanya iaitu 1MDB dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan RM2,600 juta hanya perlukan penyelesaian mudah iaitu - NAJIB LETAK JAWATAN DAN BIARKAN KEADILAN UNDANG-UNDANG MEMAINKAN PERANANNYA SELEPAS ITU. 

Sempena hari raya korban Khamis ini, percayalah, pengorbanan yang paling ditunggu-tunggu dan pasti seluruh negara gembira dengannya ialah jika Najib sedia berkorban meletakkan jawatannya demi masa depan negara dan 30 juta rakyatnya. (SH 22/09/2015)

23 comments:

  1. Najib haramjadah nak letak jawatan??selagi sibangsat rosmah tu hidup tak usah harap lah perkara tu akan berlaku.selagi itu juga lah dia akan memperbangangkan rakyat Malaysia seluruhnya...

    ReplyDelete
  2. Itu gabenor BNM punya cakap. Ketuanan pulak kata kalu nak pulihkan ekonomi umno ngan pas mesti lah bersatu baru lah ringgit naik. Kah tiga kali.

    ReplyDelete
  3. Nape la si Zeti ni dah kemudian2 gatai bukak mulut nih?? Tak sayang gaji ngan pangkat ker? Bior je le Abang Najib tu nak samun ker nak sapu ker..kalo yer pon..nape mase duit RM2.6 juta masok akaun Abang Najib tu ko tak berbunyi? Ajenye ko dengki la tu..tak pon lo udah berpakat nak gulingkan kerajaan kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkhidmatan Zeti tamat April tahun depan dan calun yang akan mengantikan nya ialah Mat Maslan atau Rani Kipidup.

      Sekurang-kurang dia lebih berani dari pegawai lelaki yang hanya bersuara selepas 4 tahun bersara.

      Mereka yang berjawatan tinggi didalam kerajaan selalunya mengharapkan dilantik sebagai lembaga pengarah selepas bersara. Zeti tidak .

      Delete
  4. "- kami telah serahkan hasil siasatan Bank Negara kepada Jabatan Peguam Negara. Kini kami masih dalam perbincangan dengan jabatan tersebut."

    lawak betul la. bukankah baru-baru ini peguam negara baru saja ditukarkan dengan org najib?
    ini samalah seperti mengadu kecurian kepada kawan pencuri sendiri. negara ini benar-benar seperti katun, tiada integriti...sejak berdekad lalu. janganlah berharap sangat dgn perkembangan terbaru.
    cuma yg diharapkan adalah penyiasatan yg dilakukan oleh pihak luar.
    sudah berpuluh tahun agensi-agensi penguatkuasaan negara tidak boleh diharapkan menangani skandal membabitkan pemimpin negara.

    hari itu nampak sedikit harapan dengan sprm bila menegaskan akan menyiasat kes 1mdb dgn penuh profesional sambil warga netizen memberi sokongan padu tapi last-last nampak lembik malah dilihat mempertahan pihak 1mdb pulak.

    kepada yg tak serik-serik dipatuk ular berkali-kali bolehlah mengharapkan perletakan jawatan najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat dah cukup meluat tengok sandiwara najib laki bini.

      Yang dia tahu nak gertak rakyat. Bagi amaran. Rakyat tak ada pelajaran ker. Nak gertak gertak nak takut takutkan orang.

      Macamlah orang hairan sgt kat dia

      Delete
  5. Najib tau diri dh terjerat dgn mslh btimbun sbb tu lah dia xmau letak jwtn..nnt lg truk dia kena

    ReplyDelete
  6. Bila FBI dh dpt bukti kukuh utk dakwa Najib, rakyat Msia bagi dia dua pilihan samada nk di dakwa di USA atau di Msia, kalau di dakwa di USA lagi la teruk, x pasal2 bontot jadi mangsa kalau di penjara d sana...x lama lagi la tu...duit2 1MDB kt luar negara dh jadi money laundering

    ReplyDelete
  7. Penyokong 1MDB dan sekelian semua sekali.
    Perhatian. Perhatian.

    Jika Kim Swee mengatakan bola sepak hanya dapat di kembalikan di peringkat asia akan mengambil masa 5 tahun .. berapa tahun untuk pulihkan ekonomi Malaysia? Itu sebab lah yang pakai baju merah di panggil bahalol !

    ReplyDelete

  8. 1MDB pulak dapat di selesaikan sekiranya Najib letak jawatan.

    Najib tidak berani melakukan nya seorang diri dan Najib perlukan kawan untuk melakukan pengorbanan.

    Di sini lah Hj Hadi sebagai ulamak perlu juga berkorban dengan meletak jawatan sebagai Presiden PAS .

    ReplyDelete
  9. Money laundering.... terlibat dgn banyak negara tu, mati hidup balik pun Biawak itu takkan letak jawatan. Kalau takde kuasa, habislah Biawak dan suku sakatnya, jadi selagi boleh Biawak rasa dia mesti terus berkuasa utk mengelakkan badan dari mendapat hukuman dunia. Jadi... dah bodoh sangatkah MT dan ahli2 parlimen dlm Malaysia ni? Dah tak ada akalkah? Dah bahalol sangatkah? Tak reti2 nak singkirkan Biawak itu? Singkirkan Biawak itu bukan bermakna gulingkan kerajaan. Bangang sangat ke apa? Dalam Umno dah tak ada pemimpin yg berkelayakan ke apa? Kerana dibayar 1 atau 2 juta dah buta perut....?????? Sedangkan Biawak dah songlap ribu2 juta pun masih lagi korang butakan mata hati dan akal??????

    ReplyDelete
  10. Kalau UMNO gabung dgn PAS nati erection boleh dapat undi dari Jin Islam nanti kah kah kah

    ReplyDelete
  11. "berkorban apa saja,asalkan bukan naywa,itulah permohonan kita rakyaat Malaysia"!. Tepat sekali saranan SH itu.Alhamdulilah sekiranya termakbul.Semoga Allah SWT membuka hati DSN amin!.

    ReplyDelete
  12. kalau baca tajuk, nak kira berapa bahagian ye untuk DS Najib korban?

    ReplyDelete
  13. Mengharap Najib undur serupalah mengharap kucing atau anjing bertanduk. Tak mungkin terjadi nampaknya....!

    Dia tak takut menghadai pilihan raya. Dia tahu cara dan jenis gula-gula yang akan digunakan bagi menawan hati para pemimpin umno/bn, masyarakat luar bandar dan peneroka-peneroka felda di seluruh negara. Dia tahu dan amat yakin akan menang pada PRU14 kelak.

    Saya yakin, tentu ada orang-orang yang rapat dengan dia hari-hari membisikkan kata-kata di telinga dia lebih kurang begini: "Jangan letak jawatan, lawan, lawan, you akan menang. Banyak cara you boleh buat... Bukan you sendiri yang kata 'Cash Is King'....."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi kita kena tunggu balak dia bertanduk ker

      Delete
  14. At least, Zeti dah berani bercakap kini. Mungkin dia dah dapat rasa bahawa dia takkan dalam tempoh 24 jam ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan seperti yang telah dialami oleh Gani Patail.

    Zeti tahu agaknya yang Najib akan gali lubang dalam untuk masuk sendiri jika dia tendang Zeti sekarang.

    ReplyDelete
  15. Najib nak berkoban letak jawatan mana mungkin dia syok d lambong org umno dia peduli apa yg susah rakyat kan kenapalah bodohnya org umno ni entahlah

    ReplyDelete
  16. Najib nak berkoban letak jawatan mana mungkin dia syok d lambong org umno dia peduli apa yg susah rakyat kan kenapalah bodohnya org umno ni entahlah

    ReplyDelete
  17. Orang yang sanggup berkorban ada ciri-ciri nya.

    Tapi kalau ciri-ciri seperti kena tangkap khalwat, cabut selepas bentang belanjawan, terpalit dengan kes mongollia, ada berjuta duit dalam akaun, ada bini yang guna khidmat bomoh, guna kuasa pecat orang.. jangan kan korban, nak jaga maruah pun tak reti.

    ReplyDelete

  18. Teruskan serangan ke atas Najib.

    Bermula dari pendedahan Rafizi kemud.ian kelantangan Mahathir, saman oleh ahli umno untuk bekukan harta Najib ..sekarang di siasat oleh FBI dan kenyataan Zeti

    Kena buat kronology untuk visualise kan ke dalam otak orang melayu teruatama ahli UMNO.

    Tak kan dalam masa terdekat ini nak masuk kan orang dalam tong lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...