Sunday 27 September 2015

MENELAH ANTARA ZAHID DAN MUHYIDDIN SEBAGAI PENGGANTI JIKA NAJIB DISINGKIRKAN


Tidak dapat dipastikan bilakah Najib Razak mahu berundur daripada  jawatannya atau apakah beliau benar-benar sedia berundur, tetapi di mana-mana pertanyaan yang tidak henti-henti  didengar ialah siapakah bakal penggantinya yang paling layak?

Pertanyaan itu tidak saja  ditanyakan oleh ahli dan penyokong parti politik atau mereka yang berminat dengan politik, tetapi juga oleh ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan swasta, golongan profesional, suri rumah, malah murid sekolah turut inginkan jawapan kepada persoalan yang sama.

Seorang murid sekolah berusia 16 tahun pernah bertanya kepada saya, antara Muhyiddin dan Zahid, siapa lebih bagus untuk menggantikan Najib?

Pertanyaan yang semakin meningkat dan dari pelbagai peringkat tentang pengganti itu membuktikan Najib pada hakikatnya semakin tidak dikehendaki dan kedudukannya kian menjauh daripada hati nurani rakyat.

Apatah lagi, walaupun berjaya mengelakkan dirinya daripada disiasat dengan menyingkirkan Gani Patail sebagai Peguam Negara, membubarkan pasukan petugas khas dan melengah-lengahkan pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, Najib kini bakal berdepan siasatan di peringkat antarabangsa pula.

Daripada sekian banyak negara yang diberikan laporan mengenainya berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta, sekurang-kurangnya Jabatan Peguam Negara Switzerland, Biro Penyiasatan Persekutuan atau FBI dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, dilaporkan bakal melakukan siasatan terhadap Najib.

Bersama asakan dalam negara yang mahukannya berundur, khususnya yang ditunjangi dan dilakukan tanpa henti oleh Tun Mahathir, hakikatnya sukar dijangka sama ada Najib mampu terus mempertahankan jawatannya atau terpaksa mengalah akhirnya.

Pelbagai perkara tidak dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa saja. Dalam masa yang sama, kita juga tidak tahu apa dan berapa banyak lagi "peluru"  yang dimiliki oleh Tun Mahathir untuk memaksa pemberhentian Najib.

Begitu juga, kita turut tidak tahu apa lagi pendedahan daripada media antarabangsa bakal menimpa Najib seterusnya yang tentu saja akan membuatkannya semakin dipandang serong oleh dunia.

Oleh itu, walaupun Najib mungkin cuba bertahan selagi mampu, kemungkinan beliau terpaksa berundur akhirnya kerana tekanan yang makin menghimpit dari pelbagai sudut, tidaklah mustahil sebenarnya.

Rata-rata orangramai menyebut dua dua nama sebagai pengganti jika Najib disingkirkan iaitu Zahid Hamidi yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO.

Ada yang mengatakan Zahid yang sepatutnya mengambil alih jawatan itu kerana kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan. Zahid juga dipercayai akan mendapat lebih sokongan daripada kalangan Ahli-Ahli Parlimen UMNO berbanding Muhyiddin untuk lebih dulu mengadap Yang Dipertuan Agong bagi mengangkat sumpah dan menerima watikah jawatan.

Walaupun agak kurang berpengalaman dan baru berada dalam kabinet sejak era kepimpinan Tun Abdullah Badawi berbanding Muhyiddin yang telah menganggotai kerajaan sejak 37 tahun lalu, kelebihan Zahid ialah kemesraan dan kepungannya yang kukuh di kalangan pemimpin pelbagai peringkat dalam UMNO.

Tambahan lagi, dengan kuasa kian bertambah sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri di samping Menteri Dalam Negeri sejak beberapa tahun lalu, Zahid memang tiada masalah untuk mendapatkan sokongan lebih baik daripada UMNO jika keadaan memerlukannya bersaing dengan Muhyiddin bagi jawatan Perdana Menteri itu.

Tetapi jika mengambil kira konsep parti menguasai kerajaan, ketiadaan Najib seharusnya membolehkan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam UMNO untuk mengambil alihnya. Ia akan membolehkan UMNO terus dihormati sebagai teras dalam BN.

Kecelaruan dan kejanggalan juga akan berlaku jika Zahid yang menjadi Perdana Menteri, tetapi Muhyiddin pula sekadar menjadi pemangku Presiden UMNO saja. 

Bayangkan saja suasana ketika mesyuarat MT, Perhimpunan Agung UMNO dan mesyuarat BN yang terpaksa dipimpin oleh seseorang yang bukan menjadi ketua kerajaan. 

Bayangkan pula Zahid yang menjadi Perdana Menteri tetapi tidak mengetuai UMNO dan tidak juga menjadi "kepala"  dalam BN.

Dalam hal ini, Tun Mahathir pernah menyatakan pengganti Najib sepatutnya diserahkan kepada UMNO menentukannya dan tidak syak lagi pandangan itu lebih memihak kepada Muhyiddin. (SH 27/09/2015)

26 comments:

  1. Tpm zahid bahasa English nya tak sebaik muhyidin.untuk menjadi pm bahasa English memainkan peranan yg amat penting,bayangkan nk berbicara dengan Obama tak kan nk gunakan jurubahasa atau bahasa isyarat,ini amat memalukan.muhyidin lulusan ekonomi um tahun 70an.adalah susah untuk menembusi gate um pd masa tu kalau kelulusan tak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara muhyidin dan zahid, dua-dua tak layak tapi muhyidin lebih steady dari zahid komedi yang berlagak macam gangster kampong.

      Delete
  2. Walaupun aku orang Perak....mintak simpang LA zahid jd p.M....jd t.p.M pun dah meloyakan bg aku.....ni aku nak bg tau sikit projek celoreng digital rela tu siapa yg dpt habuan??sedangkan anggota pga pun pakai yang lama Dan lusuh...???yang beria2 nak bwk bangla 1.5 juta orang tu siapa???....banyak lagi nak list kat sini takut ikon belia negara marah pulak....walaupun aljuburi dlm penjara,DNA beliau ada pada zahid....kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantu jawa dah mai.....

      Delete
    2. ..apasal dia ni ingat buntut dan jubor shj..keturunan jubur & buntut ke??

      Delete
    3. Anon 11.31 gua sokong lu cakap bro.. zahid bolih jual negara bro

      Delete
  3. Najib berundur? Itu umpama memakai sendiri tali gantung ke lehernya,Najib tanpa kuasa silap2 Zahid sendiri yg masukkan dia ke dalam. Muhyiddin ganti kemungkinan besar Najib ke dalam. Percayalah, Najib akan guna segala duit yg dia ada samaada hasil dari derma atau 1MDB utk kekal berkuasa. Majoriti org2 melayu, kalau diberi pilihan samaada pergi ke majlis yg dihadiri raja atau pergi ke majlis yg Najib adakan kerana mengagih agihkan duit.. rasa2nya kemana mereka akan hadir..??? Cash is king... kan???

    ReplyDelete
  4. Kebanyakan muka muka senior adalah liabiliti pada umno, ada macam macam isu. Ada muka fresh? Jawapannya tak ada. So kena ambik muka lama yang paling bersih di antara ahli MT. Saya cadangkan Mustapha.

    ReplyDelete
  5. Encik Din
    Dato Mustapha tidak tergolong dalam senarai ahli politik yang licik. Beliau lebih terkenal sebagai seorang teknokrat dan kurang berkarisma untuk mempengaruhi ahli UMNO dan memilih beliau sebagai pemimpin no 1 negara.
    Kita tidak ada kuasa untuk memilih Presiden UMNO. Yang mempunyai hak ini adalah perwakilan UMNO dan sebahagian ahli UMNO. Sesiapa saja yang dipilih oleh UMNO akan menjadi PM. ( itu pun kalau UMNO menang pilihan raya akan
    Dat). Tak kira lurus ke, bengkok ke, pandai berbahasa Inggeris ke, bahasa Perancis ke ... Tapi mesti Islam dan Melayu.
    Saya kerap terbaca dalam banyak blog bahawa kebolehan berbahasa merupakan satu kriteria utama untuk menjadi pemimpin utama. Saya tidak setuju dengan pandangan ini. Sila lihat sejarah - Mao Tse Tong, Chao En Lai, Suharto, semuanya tidak boleh berbahasa Inggeris. Namun mereka berjaya dalam menjalankan tugas masing2.
    Rumusan yang saya dapati ialah ramai penulis blog yang tidak menyokong Zahid Hamidi atas persepsi bahawa beliau bukan pemimpin yang baik semata-mata kerana kurang berupaya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Persepsi ini harus dihindari kerana ia memberi tempat yang amat penting kepada bahasa Inggeris seolah-olah tanpanya kegagalan akan menanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah nya zahid berlagak macam boleh berbahasa Inggeris.

      zaman sekarang agak janggal bila ketua negara tidak boleh berbahasa inggeris, Jackie chan berbahasa inggeris kerana belajar dan berguru. Mengapa zahid tidak belajar dan mengupah seorang guru persendirian dari sibuk ke hulu hilir dengan motor besar. Kerajaan UMNO BN menukar subjek sains dan matematik menekan kan supaya semua budak melayu boleh berbahasa inggeris, tak kan lah bakal PM dikecuali kan ? Pelajar ITM di pandang rendah kerana tidak mampu menguasai bahasa inggeris dan dijadikan alasan tidak mendapat peluang pekerjaan.

      Ada ketua negara yang boleh berbahasa inggeris tetapi mereka sengaja menguna bahasa mereka sendiri. dan negara mereka negara maju dan ekonomi mereka kukuh.

      Jika zahid tahu berbahasa inggeris, zahid tahu cerita pasal najib dalam WSJ dan Sarawak Report. Kerana tidak tahu lah Zahid tidak sokong Muhyiddin.

      Delete
  6. Setuju dengan 12:35. Zahid - maaf, yang ni Najib No. 2. Tambahan lagi Najib ada scary bini, Zahid ada scary bini campur scary anak perempuan. Muhyiddin - tak ada kaliber. Jadi Menteri Pelajaran, sistem pelajaran negara jadi huru-hara, ni jadi PM. Umno ni sebenarnya ada orang yang berkaliber tapi tak berkabel.

    ReplyDelete

  7. Zahid lebih kurang macam Najib. Zahid ada kes mahkamah kerana memukul bagaimanapun secara tiba-tiba di selesaikan tanpa kehadiran peguam. Zahid gagal mengurangkan jerebu selepas melakukan lawatan ke Indonesia baru-baru ini (Besuk sekolah di Selangor dan NS di tutup- Berita jam 1 PM). Zahid ada gaya Hj Hadi kerana suka menghukum dan menyalahkan orang lain. Zahid kalau berambut panjang tak tumpah macam penyanyi rock yang tumbuk perempuan. Zahid belum berpengalaman menghadapi krisis yang mencabar.

    Kenapa Mustapha ? Bagaimana Hishamuddin ? Kenapa dia senyap je?

    Antara Hisham dengan Zahid, Hisham lebih baik PR nya di peringkat antarabangsa dan hubungannya dengan awam jika kita kesampingan kan keburukan mereka berdua.

    Dan Najib kekal PM sehingga pemilihan UMNO nanti kerana Muhyiddin perlu disingkirkan sebagai Timbalan Presiden satu kerja yang mudah bagi Najib.

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat aku ikutlah hiraki dlm umno janganlah baru sebulan jadi tpm dah berangan nak jadi pm tetapi itulah perangai org umno jangan marah ya itu pandangan je

    ReplyDelete
  9. Pada pendapat aku ikutlah hiraki dlm umno janganlah baru sebulan jadi tpm dah berangan nak jadi pm tetapi itulah perangai org umno jangan marah ya itu pandangan je

    ReplyDelete
  10. Apa kata kita lambung duit?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambung duit??? Tak larat yop...RM2600 juta tu. Bila nak habis

      Delete
  11. takkan bekas exec bank antarabangsa dan bekas ceo bsn tak boleh berbahasa Inggeris?

    ReplyDelete
  12. Melayu sekarang cakap english berabuk pun tetap bodoh. Kalau najib yg pandai cakap dan kuat temberang tu pun takut bini dan dgr cakap tokay cina, takde maknalah pun kau pandai cakap english. Bodoh nak terer english pasal nak cakap dgn obama. Lepas tu kene kuda dgn barat. Bangang teori kau.
    Melayu hari ni hanya perlu pemimpin yg tak gadai, jual, belanja tanah2 rezab atau kerajaan sewenang2nya kat cina dan 1mdb. Biarlah pun jadi semak samun terbengkalai tanah tu. Daripada maju dapat kat cina buat projek rumah, last2 org melayu biasa susah nak beli pasal mahal nak buat apa? Lepas tu kene halau keluar kampung mcm kat penang. 
    Malaysia ni hancur bukan pasal melayu bodoh, tapi pasal banyak melayu terlebih2 pandai dan rasa diri smart. 
    Tak sedar diri konon nak kemajuan tapi sebenar bodoh mundur dalam agama dan kehidupan. Halal haram semua campur. Dah masuk neraka sok kau taulah kau pandai ke bodoh. 

    ReplyDelete
  13. Ini pasal politik antarabangsa.

    Parti UMNO adalah parti penjajah yang bercakap orang putih. Kenalah tahu bahasa inggeris, kan?

    Sekiranya Zahid jadi Perdana Menteri Malaysia tidak mampu menguasai bahasa inggeris maka duit rakyat akan di guna untuk membayar gaji seorang penterjemah. Pergi Jerman, se orang penterjemah. Pergi Sepanyol, se orang penterjemah. Kalau dapat macam Mahadir Lokman yang boleh bercakap 4 bahasa pun kena bayar gaji 4 orang.



    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Keduanya aku tolak tepi..adenan satem lebih layak mengantikan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni aku setuju ......tapi islam hancus

      Delete
  16. Slm....bukan senang wei jd PM skrg ni..kdg2 org luar cuma nmpk masalah dlm negara..tp xnmpak yg kekangan dari luar tu pun pyebabnya...

    Bukan salah najib seorang dlm hal ni... najib xkan berdiri sendiri tanpa sokongan majoriti dari menteri dlm kabinet..menunjukkan menteri2 dalam kabinet ni macam mengikut asalkan ada habuan..org2 camni lebih meloyakan dari najib..org yg berperinsip...akan keluar parti awal2 bila dah nampak negara dah menuju kearah yg xbetul.bukan melenting bila dah xde jawatan..dah menteri2 dlm kabinet yg meloyakan ni siapa yg pilih??? Bukan ker diorang ni adalah ahli2 parlimen di kawasan kita yg mengundi??? Kita yg pilih org2 yg meloyakan ni..bukan najib...kenapa kita nak salahkan najib seorang...kita bagi kambing jaga tanaman kita..lantik pulak lembu sebagai ketua...yg bodoh tu kan kita sendiri....

    Kita pilih pemimpin bukan kerana kebolehan utk memimpin..tapi kita pilih pemimpin kerana kebolehan utk memberi apa yg kita nak..dlm malaysia..pemimpin yg mengangkat hukum sebenar2 nya takkan dipilih..tak kira la dia dari PAS atau UMNO...

    Jangan cuma nak salahkan orang lain...allah xkan menghukum orang yg terbiar jahil dari agama...tp allah akan menghukum orang yg diberi sinar agama tapi masih melakukan kejahilan...

    ReplyDelete
  17. Slm....bukan senang wei jd PM skrg ni..kdg2 org luar cuma nmpk masalah dlm negara..tp xnmpak yg kekangan dari luar tu pun pyebabnya...

    Bukan salah najib seorang dlm hal ni... najib xkan berdiri sendiri tanpa sokongan majoriti dari menteri dlm kabinet..menunjukkan menteri2 dalam kabinet ni macam mengikut asalkan ada habuan..org2 camni lebih meloyakan dari najib..org yg berperinsip...akan keluar parti awal2 bila dah nampak negara dah menuju kearah yg xbetul.bukan melenting bila dah xde jawatan..dah menteri2 dlm kabinet yg meloyakan ni siapa yg pilih??? Bukan ker diorang ni adalah ahli2 parlimen di kawasan kita yg mengundi??? Kita yg pilih org2 yg meloyakan ni..bukan najib...kenapa kita nak salahkan najib seorang...kita bagi kambing jaga tanaman kita..lantik pulak lembu sebagai ketua...yg bodoh tu kan kita sendiri....

    Kita pilih pemimpin bukan kerana kebolehan utk memimpin..tapi kita pilih pemimpin kerana kebolehan utk memberi apa yg kita nak..dlm malaysia..pemimpin yg mengangkat hukum sebenar2 nya takkan dipilih..tak kira la dia dari PAS atau UMNO...

    Jangan cuma nak salahkan orang lain...allah xkan menghukum orang yg terbiar jahil dari agama...tp allah akan menghukum orang yg diberi sinar agama tapi masih melakukan kejahilan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...