Monday 21 September 2015

BERUNDURLAH NAJIB SEBELUM JADI PM ULANG ALIK PEKAN - JLN DUTA - PUTRAJAYA SAJA!!

Selagi Najib Razak masih kekal sebagai Perdana Menteri, keadaan dalam negara tidak mungkin menjadi lebih baik. Semua petunjuk ketika ini memperlihatkan segala-galanya akan bertambah buruk.

Najib mungkin dilihat berjaya menghalang siasatan di dalam negara terhadapnya melalui beberapa tindakan yang dilakukannya, tetapi penyiasatan di luar negara nampaknya semakin terbuka luas.

Sekurang-kurangnya dua negara iaitu Switzerland dan Amerika Syarikat melalui FBI dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap Najib berkaitan 1MDB dan penggubahan wang haram berikutan wang RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya.

Kiranya selama ini kita hanya biasa melihat dalam filem atau televisyen saja bagaimana FBI menjalankan kerjanya, semua itu mungkin akan menjadi kenyataan di depan mata kita tidak lama lagi. Lantas, jika berlaku, ia akan menjadi satu lagi sumbangan Najib kepada rakyat dan negara.
Berdasarkan beberapa laporan yang dibuat oleh Khairuddin Abu Hasan di London, Perancis, Hong Kong dan Singapura sebelum beliau ditangkap, tidak mustahil negara-negara tersebut juga akan membua kertas siasatan yang sama.

Melalui perjalanan masa seminggu dua lagi, tidak menghairankan jika kita akan mendengar negara lain pula mengumumkan mereka akan turut membuka kertas siasatannya terhadap Najib.

Dengan begitu banyak kertas siasatan dibuka di peringkat antarabangsa, moral Najib sejujurnya telah berkecai, bukan saja di mata dunia, bahkan juga dalam pandangan majoriti rakyat Malaysia yang tidak terkelabu dengan dedak yang ditabur di sana sini.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir Mohamad mula membayangkan kemungkinan Najib akan ditangkap jika ke luar negara berikutan yang ingin menyoal-siasatnya kini adalah polis antarabangsa dan bukan lagi dalam kawalan pihak berkuasa dalam negara.

Tidak keterlaluan jika akhirnya Najib tidak berani ke mana-mana lagi di luar Malaysia. Mana-mana polis dunia atau Interpol hanya menunggu beliau berada di luar Malaysia saja untuk menahannya kerana di Malaysia mungkin tidak semudah itu untuk melakukannya.

Jika ditangkap tentu saja memalukan, ketidakberanian pergi ke luar negara juga tidak jauh bezanya. Apalah gunanya menjadi Perdana Menteri sebuah negara yang merdeka kalau ulang aliknya hanyalah antara Pekan, kediaman peribadi di Jalan Duta dan Putrajaya saja.
Tetapi yang lebih memburukkan ialah negara akan terus terperosok ke lembah kehinaan dengan satu demi satu siasatan yang dibuka itu. Sejak merdeka dan sudah ada enam Perdana Menteri sebelum ini, tidak ada sesiapa pendahulu jawatan itu yang pernah memalukan negara sebegini rupa.

Imej kita sebagai negara Islam dan sederhana yang begitu disanjung sebelum ini jadi lebih bermakna lagi dan mengalahkan penurunan nilai mata wang yang sedang berlaku. 

Tidak seperti kemerosotan mata wang yang boleh diperbaiki, penyembuh kepada moral negara yang sedang menjunam itu ubatnya hanyalah dengan Najib sedia berhenti daripada jawatannya saja.

Dengan berhenti, bukan saja usaha memulihkan moral negara boleh diperbaiki melalui pemimpin baharu, malah UMNO juga lebih mudah memperbaiki imejnya.

Tidak dinafikan sokongan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap Najib ketika ini lebih disebabkan mereka terikat kerana masing-masing sudah menerima habuan daripadanya. Beberapa pemimpin UMNO seperti Shahrir Samad dan Ahmad Maslan yang didakwa menerima wang daripada Najib tidak menafikan perkara itu, bahkan bangga mengatakan "kalau bukan Presiden UMNO tempat meminta bantuan, dengan siapa lagi mahu mendapatkannya."

Najib juga tidak menafikan mengenai bantuan yang diberikannya atas alasan tidak semua Ketua UMNO Bahagian daripada golongan kaya dan berharta serta sesetengahnya hanyalah merupakan Penolong Pegawai Daerah saja sebelum menceburkan diri dalam politik.

Namun, dalam masa pemimpin UMNO terhutang budi dengan bantuan Najib itu, mereka juga sebenarnya sedang sengsara kerana wang yang diterima bagaikan tidak sepadan dengan beban kemusnahan sokongan rakyat yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

Dalam bahasa yang mudah, onar Najib sehingga siasatan dibuka di peringkat antarabangsa, mungkin tidak boleh ke luar negara dan menjadikan sokongan rakyat kian rapuh, telah membuatkan  UMNO dan negara seperti pesakit nazak yang hanya menunggu masa untuk tertanggal nyawanya.

Tidak ada-apa lagi yang boleh diperbaiki dan dipulihkan selagi Najib tidak berundur daripada jawatannya. Dengan sedia berundur pula, Najib sebenarnya akan menghadiahkan kegembiraan kepada semua kita.

Pengunduran Najib tidak saja akan membuatkan rakyat jelata,  mereka yang mahukannya berundur dan seluruh negara rasa gembira, bahkan percayalah, majoriti pemimpin UMNO juga akan berasa lega dengan tindakannya itu.(SH 21/09/2015)

33 comments:

  1. Jangan lupa gemenceh...disitulah bermula segalanya....hahhhhhhhaaaaahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Zeti BNM dah buktikan Najib dan juak2nya mmg MENIPU rakyat secara terang2an.
      Beliau berkata, kerajaan kena buat pencerahan ttg 1MDB jika nak pulihkan semula ringgit.
      Memang sah Najib dan suku sakatnya berbohong dgn menggunakan media sprt Utusan, BH dan TV3 dgn mengatakan isu 1MDB tidak akan menjejaskan nilai ringgit.

      Najib juga nak kena jawab, kenapa penggantung lesen The Edge ditarik balik?
      Kita tengok nanti adakah The Edge pulak yg akan saman kerajaan Najib sebab kurang bukti atau silap fakta.

      Delete
    3. Najib memang sah sah penipu. Kabinet 1MDB tu semuanya kerbau belaka.

      Delete
  2. Ya Allah...jauhkan bala dan bencana dari negara kami akibat perbuatan pemimpin pemimpin kami yang zalim.beri lah taufiq dan hidayah kepada mereka terutama kepada PM Mohd.Najib dan TPM Mohd.Zahid.sekiranya benar mereka ini zalim,menipu,mencuri,merompak dan merampas harta rakyat secara tidak benar,jatuhkan lah mereka Ya Allah dan berilah balasan yang setimpal di atas perbuatan mereka,hancurkan mereka,bangsatkan mereka dan hinakan lah mereka termasuk pemimpin pemimpin yang bersubahat dgn mereka.
    Ya Allah...sekiranya benar PM Najib berbohong di atas wang RM2.6bilion yang diterimanya,jatuhkanlah dia dgn segera Ya Allah..gantikanlah dia dengan pemimpin yang lebih baik dan lebih jujur Ya Allah.Pulihkan lah kembali kehidupan kami yang susah akibat perbuatan pemimpin pemimpin kami yang zalim dan menindas Ya Allah...
    Ya Allah Yang Maha Agung...dengarlah rintihan kami rakyat marhaen ini Ya Allah.Selamatkan lah negara ini Ya Allah.Kami sayang negara ini tetapi kami membenci pemimpin pemimpin yang menipu kami...amiiin Ya Rabbal A'lamin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah humaizati islam wal muslimin.....amin, amin, amin

      Delete
    2. Mau tangkap Najib atak belani kah ? .

      Delete
    3. Aamiin....makbulkan permintaan Ya Allah.

      Delete
    4. Itu najib lu punya tuhan ker.

      Delete
    5. Amin, ramai menteri2 Dan pemimpin2 umno yang lain tahu apa khianat yang Najib telah lakukan tetapi tidak berbuat apa2. Dengan tidak berbuat apa2, mereka bersekongkol dalam perbuatan khianat Dan merosakkan negara, agama Dan bangsa. Mereka2 ini lah yang merosakkan Maruah bangsa melayu Dan anakcucu melayu. Mereka inilah bangsat, sebangsat2 melayu.

      Delete
    6. Betul ker najib ada 3 juta ahli UMNO yg sokong kau????

      Yang dari langkawi yg saman kau tu termasuk dalam 3 juta tu ker najib?

      Buta kayu sungguh kau ni najib...betul betul kau ni buta kayu...

      Delete
  3. Sebenarnya aku dah benci dengar nama najib ni apa lagi undurlah undurlah kalau ada yg buat pehimpunan ada kata nak rampas kuasa dan haram dalam islam oleh itu undurlah........

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya aku dah benci dengar nama najib ni apa lagi undurlah undurlah kalau ada yg buat pehimpunan ada kata nak rampas kuasa dan haram dalam islam oleh itu undurlah........

    ReplyDelete
  5. Cuba kita rakyaat Malaysia tawarkan satu pakages yang boleh mententramkan hati beliau bagi laluan bersara.Kemungkinan satu laluan menang-menang semua pihak.Fikirlah dengan tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu package menang menang. Rasuah tetap Rasuah.

      Nobody above the law. Selamat jalan Romeo.

      Delete
    2. Ada satu package. Bukan, bukan penjara sebab kena jugak jaga maruah bangsawan dia.

      Apa kata serahkan semua duit rakyat yang dia dah ambil secara haram !

      Delete
    3. Bukan bangsawan tetapi BANGSAT..WAN

      Delete
  6. adios amagos najib...n tk luoa the maharani rosmah...keluar.lah dgn sehelsi sepinggang...harta kamu akan jd milik negara hatta panties bersize xxxxxxxxlllll yg harga beratus sehelai..blh lelong...mesti ramai nk buat kain cuci kasut...datok jy mesti beli..buat frame...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan buat kain cuci kasut .Tapi bagi panda betina pakai lah !

      Delete
  7. Kalau DS Najid tidak keluar negara banyak wang negara boleh dijimatkan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bik mama pun takleh shopping lagi.Padan muka kau wahai betina sial!

      Delete
  8. Malaysia ini kan Bolehland.

    Boleh di atur satu kemalangan kereta dan pengebumian yang palsu dengan penghormatan negara .. No problem.

    ReplyDelete
  9. tk dan nk panas kapetebang baru tu..baru nk mula plan nk gi melencong..ke swiss///cilakak punyo khairudin..

    ReplyDelete
  10. Penasihaaat.. 30%

    APCO.

    ReplyDelete
  11. Silap tu........Kazakhtan masih boleh pergi (janji bini puaka masih boleh ber-shoping, laki yang kena nasi kangkang, peduli apa).

    ReplyDelete
  12. Dengan adanya geng2 silat pekasa NAJIB rasa dia dah gagah perkasa bolih melindungi daripada apa2 ancaman.Geng silat ini sama saja dengan geng2 penari.mereka hanya pandai buat persembahan di majlis perkahwinan dan majlis2 yg dianjur olih UMNO.Belum ada orang termaut dengan silat melainkan road accident .Kalau bertemu BRUCE LEEatau CHUCK NORRIS mereka akan lari lintang pukang hingga seluar terlondeh.Konon handal tapi temberang sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahlawan bugis tu temberang saja

      Delete
  13. Eihh, apa pulak x leh keluar negara, kan dia sebagai PM ada immuniti antarabangsa. Kalo diplomat arab bley lepas jenayah merogol maids nepal mereka, tak kan PM malaysia x bley lepas ke sana ke mari cam biasa. Baru jenayah 'money laundering' bro (n maybe also foreign corrupt practice).....State officials including heads of state, foreign minister, diplomats etc. who carry out official acts abroad are immune by virtue of their offices as well as on personal capacities as long as they hold such offices.

    Kena tunggu dia resigns dulu bro.

    Tapi don't push your luck lah kalau kat US. FCPA mungkin bley lekat. FBI sdg siasat, kemudian tangkap masa dia ada kat US, bicara n jel. They will do it.

    Refer: 1. http://ejil.oxfordjournals.org/content/21/4/815.full#sec-5;
    2. http://www.mofo.com/~/media/Files/ClientAlert/2015/02/150217ConvictionMoneyLaundering.pdf

    ReplyDelete
  14. Melayu terbangsa T.
    Tampar Melayu
    Layar dah d kibar sauh dah d turun,pantang undur kebelakang
    FBI tangkap jgn x tangkap
    Biar aman msia
    Doh malang nasib ko najib
    2.6b melepas...hihihi...

    ReplyDelete
  15. Macam ada orang lain jampi kat dia ni? Liat semacam je..Wallahuallam

    ReplyDelete
  16. banyaknya duit DS Khairuddin pegi buat laporan ke negara2 luar.. bukan ke dia di isytihar bangkrap ke? sape yang belanja tiket kapal terbang dia?

    ReplyDelete
  17. Kalau najib undur semua pembodek dia pun kenalah undur jugak. Tak ada tempat untuk lintah darat yang boleh memparasit sana sini.

    ReplyDelete
  18. Kami malu dengan PM Malaysia yang banyak skandal ini. Undurlah DSN sebelum kamu terus-terusan membawa aib. Dan bawa sekali panglima-panglima kamu yang 2x5 tak tahu malu. Integriti dalam bakul sampah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...