Sunday 6 September 2015

CORAT-CORET BERHARGA RM2,600 JUTA

Hakikat bahawa rakyat ketika ini begitu menyampah kepada Najib Razak dalam isu duit RM2,600 juta yang diterimanya bukanlah cerita dongeng atau rekaan semata-mata.

Di mana-mana hampir tidak terkecuali rakyat meluahkan rasa jengkel dan tidak puas hati dengan penglibatan Najib dalam isu tersebut.

Jika di bandar atau di kalangan mereka yang celik maklumat melalui internet, perkara itu mungkin bukan sesuatu yang asing, rupa-rupanya mereka yang tinggal di kampung dan kawasan pedalaman turut tidak terkecuali mempunyai pandangan yang hampir sama.

Selepas himpunan Bersih 4 baru-baru ini, saya berpeluang pergi ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu dan sambil-sambil itu dapat meninjau sejauh mana pendirian rakyat mengenai Najib sejak duit RM2,600 juta yang ditakrifkan sebagai derma timbul sebagai isu yang menjadi bualan ramai.

Dalam perjalanan pergi, saya sempat singgah menikmati kari kepala ikan di Raub dan kemudian singgah berehat sebentar di hentian Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan ke Tok Bali, Pasir Puteh.

Apa yang mengejutkan di kedua-dua tempat persinggahan itu, topik mengenai Najib dan wang RM2,600 juta jelas dapat didengar sebagai buah bicara perbualan masyarakat.

Di Raub, ketika sedang makan bersebelahan dengan sekumpulan lelaki Cina, jelas dapat didengar mereka menyebut perkataan "2.6 bilion", "Najib" dan "coruption" walaupun tidak memahami sepenuhnya perbualan mereka yang dituturkan dalam bahasa Mandarin itu.

Di hentian Gua Musang pula, ketika duduk bersebelahan dengan lelaki Melayu yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, daripada perbualan biasa dan berbasa-basi dengannnya, topik perbicaraan kemudian melompat kepada isu politik semasa.

Beliau kemudian merungut dengan harga makanan yang agak mahal di hentian tersebut, lalu berkata, "kita bukannya ada RM2.6 bilion dalam akaun pun."

Setelah beberapa lama berbual, baru disedari beliau rupa-rupanya hanya makan bakso tetapi tidak mengambil sebarang air minuman.

"Tak minum ke?"

"Malas beratur, lagi pun saya ingin jimatkan belanja. Kuah bakso ini pun macam minuman juga," katanya. 

Sedih rasanya sampai begitu sekali rakyat mahu menjimatkan belanja mereka.

Saya tinggal selama tiga hari di Tok Bali. Dalam tempoh itu saya sempat menemui pelbagai kelompok manusia, singgah bersarapan pagi di beberapa kedai menjual nasi dagang dan nasi berlauk, bertemu beberapa pegawai kerajaan dan swasta serta penduduk sekitarnya.

Dalam perbualan dan ketika mendengar mereka berbual sesama sendiri, jelas dapat dirasakan bahawa isu Najib dan wang RM2,600 juta yang diterimanya begitu menusuk hati masyarakat serta sukar diterima sebagai derma semata-mata.

Sekumpulan anak-anak muda pula terang-terang berkata, "ini perbuatan pemimpin nak kencing kita semua."

Ketika singgah menikmati air tebu di sebuah gerai tepi jalan, saya agak hairan kerana penjualnya, seorang pakcik berusia hampir 70 tahun menjualnya dengan harga RM1 sahaja tetapi menggunakan gelas yang agak besar.

"Kenapa murah sangat pakcik, ada untung ke?"

"Pakcik tak ambil untung banyak sebab dalam setiap gelas yang dijual ada "derma" kepada pembeli sebagai bekalan di akhirat nanti. Pakcik tak perlu jadi kaya raya macam Najib," katanya sambil tersenyum dan terasa ada kelas sindirannya.

Beliau seterusnya memberitahu bahawa bekalan tebunya diperolehi daripada penanaman sendiri di belakang rumahnya.

"Pakcik tak suka Najib ke?"

"Pakcik suka Najib tapi tak sokong dia." Perghhh...sekali lagi, tinggi sungguh kelas sindiran pakcik ini.

Saya kemudian turut berkesempatan menikmati sotong dan udang goreng tepung yang sungguh enak di Kuala Besut. Ketika mahu membuat bayaran, penjualnya kemudian berkata, "60 sen ni tak payah bayarlah, derma."

Kalau Najib dengar sendiri luahan hati rakyat ini, mahu merah padam muka dibuatnya.

Dalam perjalanan pulang melalui Lebuhraya LPT, saya kemudian singgah dan bermalam di Temerloh, Pahang untuk menikmati hidangan ikan patin dan masakan kampung pada keesokan harinya.

Dalam berbual-bual dengan orangramai yang ditemui, apabila perbualan melarat kepada isu politik dan hal ehwal semasa, rata-ratanya akan menyentuh mengenai Najib dan wang RM2,600 juta yang diterimanya.

Seorang peniaga ketika ditanya bagaimana perniagaannya dari segi kehadiran pelanggan setelah adanya GST berkata, memanglah ia agak menurun kerana orangramai kelihatan lebih berhati-hati untuk berbelanja di luar sekarang ini.

"Tetapi masih boleh untung lagi, cuma taklah sampai bilion-bilion," tambahnya dengan tersenyum.

Dulu tidak ramai yang pernah sebut atau tahu perkataan "bilion", malah mungkin tidak faham pun berapa angka kosong dalam satu bilion,  tetapi sejak Najib disahkan menerima wang sebanyak RM2.6 bilion atau RM2,600 juta, ianya menjadi tidak asing lagi bagi rakyat negara kita.

Mungkin ini satu-satunya sumbangan Najib dalam isu derma yang diterimanya itu.

Dalam ertikata lain pula, meskipun penduduk di luar bandar agak terkekang dengan maklumat berikutan kemudahan internet yang masih perlahan di kebanyakan tempat, tetapi mereka tidaklah menerima sepenuhnya berita yang sampai ke ruang tamu melalui televisyen atau akhbar harian arus perdana.

Bersama golongan bandar dan mereka yang celik internet, perlakuan Najib berkaitan wang itu nampaknya langsung tidak boleh diterima oleh kalangan luar bandar juga.

Meskipun dalam senyuman, sindiran dan kata-kata sinis yang boleh didengar di mana-mana sehingga ke kampung-kampung dan luar bandar, di sebalik Najib mungkin kelihatan lebih kaya dan bertaraf "bilionaire" sekarang ini, tetapi hakikatnya beliau semakin miskin daripada sokongan serta kepercayaan rakyat jelata. (SH 06/09/2025)

18 comments:

  1. Skrg nie bagi la dia senyum depan wartawan, amek gmbr konon d tgh org ramai tapi yg ramai tu bodyguard je la, mungkin skrg x terasa lagi kesan ekonomi, pasaran saham dh byk jatuh dah dan x tau bottom, ada harapan jatuh sbb harga minyak dunia pun x nmpk bottom, kiranya jatuh, ringgit mungkin akan cecah 4.50, no way la pelabur asing akan masuk, bila duit dh byk kluar, harga brg pulak naik, budak2 lepasan U, SPM every year, makin ramai la menganggur, rakyat makin terhimpit, si bangsat tu la akan jadi mangsa, dlm kena attack, luar pun kena jgk, lagipun dh byk duit dia kt luar negara kena frozen, masa tu sorry la menyinggai

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Hari hari mampos seorang Najib semakin dekat. Semuga beliau berambus dan mampos secepat cepatnya sebelum negara Malaysia mampos dek onar celakanya. Doakan agar pengkhiamat negara bernama Najib ini dilaknat segera andai itu yang baik buat semua.

    ReplyDelete
  3. Dulu di Negeri Sembilan ada VIP disembelih dan dikerat kerat sipuaka Mona Fandi. Hari ini VIP No 1 Malaysia jadi PM gila babi gara gara puaka betina Negeri Sembilan juga. Bila isu komisyen Scorpeen terbongkar, wanita Monggolia tiba tiba meletup dek C4. Kini isu 1MDB dan RM2.6 bilion duit lesap, bangunan Bukit Aman tetiba terbakar, pegawai siasatan ditemui mati terbakar, AG tiba tiba ditukar dan pegawai2 SPRM dipaksa tukar. Lebih menarik yang bertanggungjawab dengan 1MDB lesap entah kemana. Dan PM tetap bisu kaku tak menjawab malah PM NAjib tak hadir ke Konvensyen Anti Rasuah. Bukan kebetulan lagi tapi sememangnya PM Najib ni jenis celaka kerana dikuasai puaka ditempat tidurnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori nak betulkan...
      Kes VIP kena kerat Mona Fendy tu di Pahang laaaa

      Delete
    2. Ya..arwah datuk mazlan adun batu talam,pahang

      Delete
  4. Memang dia berdua puaka dan celaka dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  5. YA ALLAH YA RABBI..SELAMATKAN LAH NEGARA KAMI,..AMIINN

    ReplyDelete
    Replies
    1. daripada pemerintah dan penguasa yang zalim serta koncu kuncu mereka.......amin dan AMIN

      Delete
  6. Pada aku biarlah duit rm2.6b tu ditanam sama najib nanti dalam kubur sebagai bekalan d akhirat

    ReplyDelete
  7. Pada aku biarlah duit rm2.6b tu ditanam sama najib nanti dalam kubur sebagai bekalan d akhirat

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Bukan saja rakyat2 sejumlah 30 juta di negara kita yang tahu tentang 2.6 belliyon dan 1DMB, tapi selepas perhimpunan wakil dari 130 buah negara seluruh dunia dengan wakil lebih 1000 orang di IACC yang berlangsung baru2 ini, sekarang dah berbelliyon2 orang dari seluruh dunia sudah tahu tentang 2.6 belliyon dan 1MDB.


    ReplyDelete
  10. dulu2 mungkin orang kampung kurang pendedahan dgn isu semasa yg sebenar sbb hanya tengok berita TV3, RTM dan baca berita arus perdana saja. sekarang ni, silap2 pakcik yg jual air tebu tu pun dok baca whatsapps.

    ReplyDelete
  11. Silap2 perkataan 'DERMA' akan diharamkan. Sapa2 sebut akan dihukum....Oh Malaysiaku.

    ReplyDelete
  12. pok jib dan kak ros....smga ALLAH limpahi taufik/ hidayah keatas kamu....

    ReplyDelete
  13. Betapa tak berkatnya hidup seorg pemimpin apabila setiap hari dan waktu di sumpah seranah oleh rakyat yg marah...

    Bayangkan kalu dh berjuta2 org , malah berbilion2 manusia seluruh dunia menyumpah seranah dan memandang HINA Pemimpin yg di persepsikan sbg RASUAH BESAR oleh pertubuhan berkaitan anti-rasuah sedunia...

    Hidup pasti celaka seumur hidup, dan tiada keberkatan... bersama dgn mereka yg BERSUBAHAT DLM KABINET 1MDB.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...