Sunday 13 September 2015

HIMPUNAN BAJU MERAH MULA CELARU, LEBIH BAIK BATALKAN SAJA!!

Beberapa hari sebelum himpunan baju merah pada 16 September ini, kecelaruan mula berlaku di sana sini dan sesama mereka yang terlibat dengannya.

Gabungan NGO-NGO Melayu yang diketuai oleh Jamal Mohd Yunus tetap mahu berarak dengan baju merah melalui beberapa kawasan di Bukit Bintang sebelum menuju ke destinasi akhir di Padang Merbok.

Pesaka yang dipilih sebagai penganjur pula hanya mahu berkumpul di Padang Merbok. Mereka juga tidak menetapkan sebarang tema warna kepada peserta, boleh berbaju merah, hitam atau apa saja.

Malah, Pesaka mengatakan baju merah bukanlah sebahagian daripada mereka.

Mungkinkah nanti himpunan 16 September itu menjadi berbelang-belang warnanya? Tak kelakar ke?

Lalu, di mana kesepakatan dan solidaritinya? 

Pesaka turut tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah kehadiran, tetapi Jamal mengatakan pihaknya akan mengumpul seramai 30 ribu peserta bagi tujuan itu.

Kenapa hanya 30 ribu? Mana angka yang diwar-warkan dulu kononnya sejuta peserta, 500 ribu, 300 ribu dan sebagainya?

Kalau nak lawan Bersih 4 dan menunjukkan sokongan kepada Najib Razak, bukankah jumlah yang munasabah ialah sekurang-kurangnya 500 ribu?

Jika tidak, malulah Pahlawan Bugis!!

Dalam pada itu, walaupun UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Abd Rauf Jusoh akhirnya mengakui penglibatan parti itu dalam mengerahkan kehadiran ahli-ahli UMNO seluruh negara ke himpunan tersebut, banyak pihak jelas tidak bersetuju dengannya.

Pakar sejarah, Dr Ramlah Adam nyata tidak senang dengan himpunan baju merah yang dirancang itu manakala adik Najib, Nazir Razak  pula mengatakan beliau akan meraikan kepelbagaian serta tidak akan berbaju merah sempena sambutan Hari Malaysia itu nanti.

Tun Mahathir, Rafidah Aziz dan ramai lagi semuanya juga tidak setuju.

Pemimpin komponen BN lagi tidak setuju dengan himpunan baju merah yang lebih bercorak perkauman dan hanya melibatkan satu-satu kaum saja serta dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan kepada kaum yang lain.

Dengan ini kebarangkalian untuk BN lebih menjarak daripada pengundi bukan Melayu selepas himpunan baju merah ini adalah paling mungkin sekali.

Dalam negara berbilang kaum, tiada sebarang himpunan melibatkan kaum patut dibenarkan. Jika ia berlaku, reaksi daripada kaum lain akan muncul selepasnya dan akhirnya semua kaum akan bebas berarak di jalan-jalan sepanjang masa untuk menuntut dan memperjuangkan hak mereka.

Apa jadi akhirnya? 

Sudah tentu keharmonian dan kedamaian sesama rakyat akan terjejas. Hubungan dengan jiran tetangga daripada kaum lain dan kemesraan dengan rakan berbilang bangsa serta pergaulan anak-anak di sekolah pastinya tidak seharmoni dulu lagi.

Semuanya akan rosak binasa.

Sebelum api ini memusnahkan segala-galanya, adalah lebih baik Najib Razak mengambil tindakan mengeluarkan arahan membatalkan saja himpunan pada 16 September ini.

Meskipun pada awalnya Najib mengatakan tiada halangan dan tidak melarang ahli-ahli UMNO menghadirinya, mungkin kerana merasakan ia untuk memberi sokongan kepadanya, lebih terpuji jika Najib segera menarik balik semua itu.

Sudah cukup isu 1MDB, derma RM2,600 juta dan isu Altantuya yang timbul kembali kian menghakis sokongan rakyat terhadapnya, himpunan baju merah ini juga tidak menyumbang apa-apa keuntungan atau bonus tambahan kepadanya.

Tidak seperti Bersih 4 yang ada asas perjuangannya, himpunan baju merah hanyalah medan pembodek dan pengampu mempamerkan aksinya sambil memasang angan-angan untuk mengaut laba diri sendiri sahaja.

Sekali lagi, demi keharmonian dan semangat Hari Malaysia, lebih baik Najib batalkan segera, setidak-tidaknya dapat juga menjimatkan lebihan derma RM2,600 yang masih disimpannya!! (SH 13/09/2015)

38 comments:

  1. Takut sangat dengan perhimpunan? Kalau takut tak perlu nak wujudkan BERSIH. Jangan jadi bodoh dan dipermainkan oleh pemimpin DAP yang sengaja menggunakan BERSIH untuk memburuk-burukkan pemimpin Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang yang bodoh, sibuk pertahankan pemimpin yg mmg dh buruk pon.

      Delete
    2. Hanya orang bodoh saja yg sanggup menjadi pencacai angkat tahi najib...

      Delete
    3. Dah mmg pemimpin Melayu buruk....kaki kipas semua ada..

      Delete
    4. Yg saya faham selama ni.. Umno takda la masalah besar sampai perlu tumbangkan (sbbnya parti mana yg takda masalah. Semua parti ada masalah sendiri).. Tapi punca masalah pada rakyat dan negara skarang ni berada dlm kalangan umno diperingkat tertinggi.. Iyaitu pemimpin2 tertinggi negara yg diketuai oleh najib.. (najib dan kawan2 pembodek).. Inilah punca dan masalah sebenar.. Inilah yg jadi fokus dr m atau rakyat utk tumpaskan.. Dap pkr (pembangkang) memang krja depa dari dulu membangkang.. Bukan pembangkang skarang yg gerakkan hati rakyat. Tapi oleh kerana hati terlalu rasa sedih dgn kepimpinan sekarang.. Ini bukan isu pembangkang atau bersih.. Ini tentang kegagalan pimpinan negara mengurus masalah dgn menambah masalah utk kepentingan peribadi. (baju merah lagi mengarut)

      Delete
    5. Memang bodoh dia ni tak tahu tujuan bersih.. ..ko dgn najib tu sama bangsat..ini bukan kaum la...kami melayu, cina n laain kaum sayangkan negara la..

      Delete
    6. Cukup2 lah para pemimpin perbodohkan orang Melayu. Yg Melayu dibawah ini jangan benarkan diri dipergunakan untuk mempertahankan sipenipu dan kaki kencing

      Delete
    7. Tak pernah dengar DAP memburukkan pemimpin melayu. Yang DAP hentam pemimpin melayu yg dah ternyata buruk kelaku. Yang satu tu tuhannya duit dan yang satu lagi tuhannya eksklusif untuk dia saja, orang lain semuanya barua, anjing dan penjual pil kuda. Lebih baik berkawan dengan cina DAP yang kafir dan makan babi dari berkawan dengan melayu Islam yang makan suap, menipu bangsa sendiri dan yang lebih teruk lagi melayu Islam yang menjahanamkan negara semata-mata nak selamatkan perut sendiri.

      Delete
    8. MELAYU Akan dibangsatkan oilh BANGSAT MELAYU yang saekor in.....

      Delete
    9. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Tolong fikir dalam sikit sebelum bagi komen sbb senang orang tahu pandai bodoh kita dari pendapat kita ni. Kalau perbuatan umno dengan najib bukan dah keterlaluan sampai orang Melayu sendiri dah sound termasuk adik pm sendiri, dapat ke penganjur BERSIH mengumpulkan orang yang sebanyak itu? Biar le si baju merah berkumpul. Umno nak bagi sokongan pun nak cakap bohong. Kalau tak bagi habuan ada orang datang ke?

    ReplyDelete
  3. "Mungkinkah nanti himpunan 16 September itu menjadi berbelang-belang warnanya? Tak kelakar ke?"

    "Tidak seperti Bersih 4 yang ada asas perjuangannya, himpunan baju merah hanyalah medan pembodek dan pengampu mempamerkan aksinya sambil memasang angan-angan untuk mengaut laba diri sendiri sahaja."

    Tuan Budin.. sejak akhir2 ni, tulisan tuan sudah bertukar menjadi lawak terkangkang dan mmg x tahan giler. Tuan disarankan belajar sikik2 selok belok standing comedian. Saya bagi 2 hari saja, tuan mmg ada bakat bernilai tinggi. Setakat Nabil ngan Afdlin Shauki, ternyata bakat tuan dah jauh tinggalkan derang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nyata Perhimpun Bersih dipelupuri ramai oleh bukan Melayu. Tetapi bukan pada tanggal hari kebangsaan 31 Ogos 2015.
      Mereka tetap menghormati tarikh keramat itu dan turut memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan dalam suasana aman.

      Ini baju merah pimpinan budak bodoh yg bernama Jamal nak buat perhimpunan dan perarakan pada tanggal 16 September 2015
      tu kenapa? Apa logic akalnya? Nak tunjuk apa? Nak tunjuk kuat? Atau nak ampu bodek Pahlawan Bugis yang kaya raya tu?

      Berterus terang sajalah Jamal oiiii...di sebalik perhimpunan ini kau nak menghimpun dana....Dana ini untuk keberuntungan diri kau sendiri.

      Delete
    2. Dapat Dana cari lubang puki Baru Dan tukar kereta Baru(typical umno)

      Delete
    3. Hahhhaaa...ini mesti pengikut Jamal ni. Marah sakan nampak pada Budin. Aku tengok yg jadi lawak terkangkang, siJamal tu. Baik kau suruh Jamal join Nabil atau Adlin..pada pibuat Perhimpunan baju merah yg tak kehaluan tu. Dh lah Jamal tu pelawak terkankang..ada juga pengikutnya...

      Delete
  4. Ramai bekerja di sykt, kedai2 cina. Begitu juga sebaliknya. Kerajaan x mmpu nk sediakn secukupnya pekerjaan. dah tu nk kena byr GST lagi. habis semua org stress. Politik PERUT telah ambil alih politik MELAYU. Cukup... sudahlah....

    ReplyDelete
  5. Kabinet Mesir pun dah letak jawatan sebab siasatan menteri pertanian mereka dalam tuduhan rasuah sebanyak RM1 juta. Yang terima "derma" masih lagi nak jadi pemimpin? Intergriti tercalar pun masih lagi nak sembang macam merak? Kesian-kesian.

    ReplyDelete
  6. Dulu di Perak najib sendiri yang arah batalkan perhimpunan yang dinamakan perhimpunan hidup melayu sampai baju,sticker dan button semua sudah diedarkan....Dan beliau jangan lupa dengan arahan beliau perhimpunan melayu pada tanggal 13 mei (tahun gua xingat)diterengganu dibatalkan.....sekarang boleh pulak perhimpunan melayu sampai nak jadi bangsa Barbar pulak...
    Najib mudah lupa marhaen tidak....motif perhimpunan ini babi dalam hutan pun tahu bro melainkan bangsat,bangang Dan haram jadah yang sudah disumbat dengan duit....dunia ni sementara!!!!

    ReplyDelete
  7. Sesabuah pertubuhan akan punah ranah/maju hanya dengan usaha ahli-ahlinya.Yang memimpin mempunyai pemikiran yang tajam dan bernas maka pertubuhan itu akan maju/naik tetapi bila pemimpinnya kurang bertenaga untuk kebaikan pertubuhan itu maka hasilnya menurun.Fikirlah yang mana baik bukan untuk diri tetapi umum.Soal takut atau berani ini semua tipu.

    ReplyDelete
  8. What if Tun Mahathir shows up at Padang Merbok at the last minute on short notice (like he did at Bersih rally) and talk to those present about the ills of Najib??? I wonder how the organisers would react?

    ReplyDelete
  9. Kami orang-orang planet nameck siap sedia turun kebumi untuk menghadiri perhimpunan pertahankan najib,tapi kalau kami datang dah bertukar warna pulak tema perhimpunan Dari merah ke hijau!!!matching ke hijau dgn merah????@h pedulikan warna...cina cina perlu siap sedia untuk bermandi darah kerana raja syaitan pikor akan bergabung dengan pendekar pahlawan bugis layar dikembang sauh dilabuhkan.....akan pupus semua cina2 di kl...salam satuuuuuuuuuu malayyyyyysia!!!(Vincent tan hulur jubo kami nak jilat)

    ReplyDelete
  10. Saya tidak pernah kenal siapa Jamal Yunos,hanya baca lewat akhbar.Tapi tak teror sangatlah Jamal.Menyusahkan orang ramai,setakat boleh anjur demo sekali,gah nya tiap hari.Saya cinta negara walau tinggal di luar negara(tak jauh seberang saja).Pernahkah si Jamal berniat jadi Ketua Demo dgn ahli 16juta?tak kan?Saya pernah redakan demo terhadap Malaysia oleh Laskar Merah Putih Indonesia yg ada ahli 16juta,sekarang dah tak ada.Saya bawa 7 petinggi Laskar Merah Putih ke Malaysia agar mereka faham negara kita.Jadi si.jamal ni kena fahamkan juga aspirasi sebahgian rakyat yg tak nak kecoh,yg tak mahu tunjuk hebat,tapi tunjuk kewibawaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bayangkan x jika beliau tpm Dan zahid hamidi pm???na'uzubillahminzalik

      Delete
    2. Anon 12.29:Di jauhkan AllahYang Maha Esa,Jamal berani mulut saja,bukan patriot.ada pengalaman peluru karet/getah terbang atas kepala dari polis yg nak amankan demo?tak pernah(sahabat2 saya dari laskar merah putih pernah)tapi sekarang mereka dah sedar dan jadi berwibawa pertahankan negara).Baju merah ada gambar pendekar melayu,pendekar melayu sejati berwibawa dan tak susahkan kita nak sambut Hari Malaysia.Nak sangat saya jumpa si jamal ni.

      Delete
  11. Anon 1210
    Saya agak komen saudara merupakan 'dark satire' atau 'extreme pessimism'.
    Saya berpendapat bahawa Islam yang kita anuti lebih suka kepada keamanan dan kesejahteraan serta menolak assobiah yang sempit. Violence beget violence. Everyone loses.

    ReplyDelete
  12. Biarkan vaju merah syok sendiri nak bodek najib barulah najib kata 3juta ahli sokong dia

    ReplyDelete
  13. Biarkan vaju merah syok sendiri nak bodek najib barulah najib kata 3juta ahli sokong dia

    ReplyDelete
  14. Suruh abang Jib dan Kak Mah duduk dekat dengan orang-orang baju Merah masa perhimpunan nanti dekat restoran di KL.

    Barulah kedai banyak buka. Pelancong banyak datang. Boleh bawa anak-anak.

    Di siar live dalam TV1, 2 & 3.

    ReplyDelete
  15. Hadoii frust laa si mamat tauke ikan masin jamal yunus kalo tak jadi himpunan baju merah ni.. nama dah ada dalam list najib bakal diangkat jadi menteri di PMO - sebagai jurucakap ikan masin Sungai Besar. Bangga weh bini-bini, mak pak, tok nenek kat kampong tu. Pasni tak yah dah masak ikan sawah hanyiag masak cuka.. leh makan hotel hari2 yahuuu.. 2.6biliun kan ado..

    ReplyDelete
  16. Bagi sedikit pencerahan, siapa yang tahu. Siapa siJamal ni. Apasal bodoh sangat nk ada kan Perhimpunan utk menyokong Najib, yang sah kaki rasuah dan terlibat dlm pembunuhan Altantunya.

    Aku tengok, Jamal ni macam orang kampong, yang kerja tangkap ikan shj. Tapi heran juga, banyak melayu2 yg bodoh nak sertai perhimpunan tu, Dapat duit dari Najib ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamal Yunos kaum kerabat Noh Omar MP Tanjong Karang yang dah kena turun takhta menteri lepas PRU-13 lalu. Dengarnya depa ni samseng-samseng macam si TPM Zahid tu gak. Apa jadi dengan adik Noh Omar (mat malaya) yang dicari polis Sabah kerana menembak mekanik Mei lepas? Pernah kena tangkap polis kerana mengedar dadah pada 2007 http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/08/Sabah-former-minister-brother-flees-home/
      Inilah contoh-contoh pahlawan Najib.

      Delete
  17. Apa orang UMNO sendiri kata :

    https://www.youtube.com/watch?v=2zgsqIS6GxA

    ReplyDelete
  18. Alamak tuan...semua gempaq saja laa...sampai masa nanti 'TERPAKSA DIBATALKAN ATAS NASIHAT POLIS ...', tunggu dan lihat saja...

    ReplyDelete
  19. Alamak tuan...semua gempaq saja laa...sampai masa nanti 'TERPAKSA DIBATALKAN ATAS NASIHAT POLIS ...', tunggu dan lihat saja...

    ReplyDelete
  20. Tuan Shah

    Selepas kerahan oleh Setiausaha Agung tidak berhasil, mereka akan menggunakan modal 'tiada permit' dan 'arahan polis' untuk membatalkan himpunan hitam, merah, coklat, warna warni mereka itu. Jika berhimpunan tanpa matlamat dan tujuan, inilah hasilnya.

    http://bicaramindamerdeka.blogspot.my/

    ReplyDelete
  21. Semua yang pakai baju merah mesti buat drug test. Banyak yang minum ayer ketum dan amik shabu shabu. Be careful tapi semua cepat melatah silat Rimau bila di sepak.

    ReplyDelete
  22. Harap dpt d truskan untuk mlihat sambutan.
    Jgn d halang kerana kita pihak yg mnjaga mreka..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...