Monday 28 September 2015

MUHYIDDIN, SHAFIE JANGAN DUDUK DIAM SAJA!!

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akan tiba di KLIA daripada lawatannya ke Bosnia dan Sarajevo, petang ini pada kira-kira jam 4.30 petang.

Mesej kepada rakan-rakan, sahabat dan penyokongnya agar dapat bersama-sama menyambut kepulangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah mula diedarkan sejak semalam lagi.

Di Bosnia minggu lalu, Muhyiddin telah bersama-sama dengan Tun Mahathir diberi penghormatan meraikan ulangtahun ke 20 keamanan Bosnia di mana rakyat negara itu begitu menyanjung tinggi dan terhutang budi dengan peranan yang dimainkan oleh bekas Perdana Menteri terhadap mereka selama ini.

Mengikut laporan media, ramai rakyat Bosnia yang menangis ketika Tun Mahathir mahu pulang kerana mengenangkan begitu banyak sumbangan dan peranan yang dimainkannya sejak negara itu bergolak.

Walaupun sudah dipecat daripada jawatan kerajaan bersama dengan Najb Presiden UMNO, Shafie Apdal, realitinya Muhyiddin belum ditinggalkan sepenuhnya, terutama oleh penyokong setia  ataupun daripada golongan pencinta kebenaran, walaupun tiada lagi "gula ditubuhnya" sebagaimana ketika berjawatan menteri sebelum ini.

Tetapi harapan ramai ialah agar Muhyiddin dan Shafie tidak sekadar berdiam diri saja dengan pelbagai isu yang melanda negara. 

Memang Muhyiddin dan Shafie dilihat kerap memberi kenyataan media berkaitan isu-isu tertentu, tetapi peranan mereka sebenarnya diperlukan lebih daripada itu.

Kedua-dua mereka perlu lebih agresif turun padang menghadiri pelbagai program, menerima jemputan NGO-NGO dan menemui seramai mungkin kelompok masyarakat bagi menyuarakan pandangan mengenai permasalahan dalam negara.

Sekarang ini terlihat hanya Tun Mahathir seorang yang begitu aktif, bukan saja menyuarakan pandangan dan kritikan melalui blognya, bahkan tidak henti-henti menghadiri pelbagai program dalam usahanya menyingkirkan Najib Razak atas kepercayaannya untuk menyelamatkan negara ini.

Dalam hal ini, Muhyiddin dan Shafie harus sama aktif dengan Tun Mahathir jika mereka benar-benar yakin keadaan negara sedang bermasalah ketika ini dan perlu dipulihkan dengan segera.

Berdiam diri hanya akan menyebabkan mereka semakin dilupakan, tidak dipedulikan dan akhirnya "mati kering" begitu saja.

Turun naik dan kehilangan jawatan adalah perkara biasa bagi mana-mana pejuang, malah kebanyakan pemimpin terbilang biasanya pernah mengalami pengalaman terbuang sebelum nama mereka dijulang. (SH 28/09/2015)

15 comments:

  1. Assalam Tuan
    Betul kata tuan, saya pun dah hilang kepercayaan pada TS Muhyidiin dan sorang lagi tu kerana terlampau diam dan membiarkan kita rakyat di aniayai.
    Hanya Tun M saja yg bersungguh.

    Hanya Allah saja yg dpt menolong kita skrg ni.
    Sedih dan marah serta kecewa menyelubungi kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..mereka yang mulai tp sekrg TSM.dan Safie senyap jer.macam org ketakutan miskin.

      Delete
  2. Muhyiddin isnt an outspoken one same goes to shafie. Wlupun dipecat krn bckp benar, tp 2org ni seolah2 xtau cmna nk trus memarakkan isu. Api dkat nk tpadam dah. Sib baik ada tun M.

    ReplyDelete
  3. Tun m tsmy dan dato shafie harus agresif supaya najib cepat di dakwa jika ada buat kesalahan penyelewengan kerana rakyat dah benci denganya

    ReplyDelete
  4. Tun m tsmy dan dato shafie harus agresif supaya najib cepat di dakwa jika ada buat kesalahan penyelewengan kerana rakyat dah benci denganya

    ReplyDelete
  5. Kalau tengokkan perangai TSMY and DSA.. dia orang tu macam tak layak aje nak jadi PM and TPM. Senyap dan sunyi. Takde initiative langsung nak selamatkan Malaysia (unlike Tun M). Rasanyalah lepas Najib dah berambus, lebih baik UMNO lantik Tun M jadi Presiden dan Rafidah Aziz jadi Timbalan Presiden.. lepas tu BN lantik Tun M as PM and Rafidah Aziz as TPM. Kalau kita tengok UMNO leadership sekarang, takde sorang pun yg layak jadi PM dan TPM.

    ReplyDelete
  6. TDM is the best...

    ReplyDelete
  7. Ingatkan semangat Jebat begitu meluap menguasai TSMY dan DSSA ttp rupa kecut juga. Alang2 sudah dipecat sepatutnya bersemangat utk kebaikan negara tp kecut juga. Takut kena pecat drpd umno n langsung jadi orang biasa biasa ajer. Totok umno konon, tapi klu totok yang merosakkan umno jadah apernyer. Harap Tun Mahathir ajer yg masih jitu. Harap Mukhriz... mcm tak bertelur.

    ReplyDelete
  8. Bersih baju kuning. Samseng UMNO baju merah. PAS baju hijau.

    Geng Muhyiddin Baju Hitam lah !!! Mana ada pahlawan melayu yang pakai baju kuning atau baju merah atau baju hijau bila bersilat lawan musuh. Kebanyakan hitam kan?

    Lakukan lah sesuatu kerana momentum rakyat sedikit menurun.

    Di saat Kerabat Johor menunjukkan ketidak-puasan hati dengan menyuarakan sindirian, Muhyidin boleh ontok-ontok (diam tak buat apa-apa, kata orang negori)

    Jangan kita baca apa yang akan Najib buat (strategik) tapi biar Najib yang baca apa yang akan kita buat. Ikut lah cara Anwar.

    ReplyDelete
  9. Harap-harap semasa di Bosnia adalah perbincangan di antara Muhyidin dengan Tun. Dan seterusnya bermula lah perancangan dan kerjasama antara mereka berdua. Dan kali ini Muhyiddin sendiri terkehadapan dan Tun hanya memerhati dari belakang sebagai general supaya senang Tun memasang perangkap.

    Ini tidak semua nya Tun kena buat.

    Dan pasti kan dalam isu ini ia nya berjalan seiring dengan Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
  10. Tun M perlu Anwar Ibrahim untuk turunkan Najib. Anwar orang yg bijak. Gandingan Tun M & DSAI mmg ngam. Percaya la pada gerak hati saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau buat lawak ke, atau aku nak kena mencarut.
      Anwar?
      Biarkan saja dia mereput di Sg. Buloh.

      Delete
    2. Lawak ? Sejarah telah membuktikan nya dimana Mahathir telah berjaya memujuk Anwar menyertai UMNO sedangkan ketika itu Anwar lebih kelihatan sangat secocok dengan perjuangan PAS.

      UMNO telah menenggelamkan PAS pada satu ketika dulu hasil kerjasama Anwar dengan Mahathir.

      Cantuman kedua-dua nya menjadikan UMNO satu-satu nya parti orang melayu sehingga PAS melalui Hj Hadi terpaksa menguna 'amanat' yang mengkafirkan orang UMNO.

      Ketokohan kedua-dua pemimpin ini mampu menumbangkan Najib kerana dari dulu hingga sekarang kita masih dengar 'ujudnya orang Anwar dalam UMNO'. Dan tidak rugi kita mengusahakan kerjasama antara Mahathir dengan Anwar sekali lagi.

      Delete
  11. Muhyiddin dan Shafei nampak tak semangat hanya mengikut lenggok semasa keadaan. Membiarkan Tun M seorang yang berusaha. Atau, adakah lemahnya muhyiddin shafei kerana mereka ini juga sudah 'dipegang' rahsia mereka oleh najib? Rahsia yang dulu2 dijadikan ugutan terhadap keduanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...