Saturday 19 September 2015

MUHYIDDIN: TERUSKAN BERSUARA, KERUSI PERDANA MENTERI MASIH LAGI TERBUKA!!

Ramai yang menyangka setelah terlepas daripada pemecatan pada mesyuarat MT 9 September lalu, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akan terus berdiam diri atau setidak-tidaknya bertukar menjadi lebih berhati-hati dalam memberikan pandangannya terhadap sesuatu isu.

Ini kerana sebarang komen yang keras, berbeza atau tidak senada dengan pucuk pimpinan parti pasti mudah saja diangkat oleh golongan pembodek dan pengampu Najib Razak sebagai sesuatu yang bertujuan memburuk-burukkan parti.

Ada juga mengatakan Najib sebenarnya hanya menunggu silap sedikit saja daripada Muhyiddin sebagai alasan untuk menyingkirkannya daripada UMNO.

Dalam masa yang sama, jika Najib berhasrat mengenepikan Muhyiddin, tidak kira sama ada memecat atau menggantung keahliannya, ia juga dikatakan pasti mendapat sokongan penuh daripada Ahmad Zahid Hamidi yang ketika ini hanya menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi belum bertaraf pemimpin nombor dua dalam UMNO.

Namun ternyata kini Muhyiddin tetap sama. Sebagaimana beliau berani bersuara dan berkata benar sehingga jawatannya dalam kerajaan terpelanting sebelum ini, setelah tiada jawatan dan sedang diperhatikan salah serta silapnya, ketakutan untuk menyatakan kebenaran nyata tidak berubah.

Selain bersuara tidak setuju mengenai himpunan baju merah sebelum ini, Muhyiddin juga terus bercakap mengenai 1MDB dan wang derma yang diterima oleh Perdana Menteri.

Kebimbangan Muhyiddin mengenai isu perkauman dalam himpunan baju merah turut mendapat reaksi positif daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang bersetuju agar sebarang provokasi mengenainya hendaklah dihentikan dan tidak seharusnya dibiarkan.

Dalam satu majlis di Pagoh semalam, antara lain Muhyiddin berkata:-

- selagi masih bergelar wakil rakyat dan berjawatan dalam parti, beliau akan terus berkata yang benar demi kepentingan rakyat.

- kena buang sebab berkata benar tidak apa, hidup ini bukan kerana jawatan saja. Kita harus berani bersuara dalam sistem demokrasi berparlimen, jangan simpan dalam hati.

- hasil siasatan 1MDB sepatutnya didedahkan untuk mengetahui siapa yang bersalah berhubung skandal kewangan syarikat tersebut.

- macam 1MDB, SPRM dah siasat, polis dan Bank Negara pun dah siasat, Peguam Negara sepatutnya dah selesai siasat. Kalau ada yang salah, mesti beritahu kepada rakyat.

- jika ada yang salah, mesti ada hukuman atau penjara. Malaysia adalah negara yang ikut undang-undang. Curi wang kena tangkap, curi ayam pun kena tangkap. Semua yang buat jahat kena tangkap, tak boleh biar.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa dalam ucapannya, tetapi sasarannya tidaklah sukar difahami. Mungkin selepas ini jika masih tidak bergerak apa-apa, Muhyiddin akan bersuara lagi mengenai 1MDB yang menjadi kebimbangan ramai itu.

Dan rakyat harapan rakyat serta ahli UMNO peringkat akar umbi secara umumnya ialah mahukan beliau terus bersuara demi kepentingan ramai. Rakyat sebenarnya sudah letih dan muak mendengar suara bodek dan ampu atas sesuatu perkara yang salahnya amat nyata.

Meskipun tidak lagi berjawatan dalam kerajaan, suara Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua dalam UMNO tentunya mampu membuatkan ia lebih didengari berbanding jika orang biasa saja yang bersuara.

Menjadi harapan juga agar selepas ini Muhyiddin lebih memanfaatnya masanya yang banyak terluang untuk turun ke seluruh pelusuk negara mendengar rintihan dan ketidakpuasan hati rakyat mengenai pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara.

Mahu tidak mahu, harus diakui keadaan negara langsung tidak bertambah baik selepas Muhyiddin dipecat dan digantikan dengan Zahid Hamidi. Bukan saja sokongan rakyat tidak bertambah kerana masalah sedia ada yang disebabkan oleh Najib, malah adanya Zahid juga tidak menjadikan keyakinan kepada Najib dan kerajaan menjadi lebih baik.
Sebagaimana yang disebut dalam tulisan sebelum ini, masalah utama kepada negara dan UMNO ialah Najib dan ia sudah terlalu berat untuk dipulihkan oleh mana-mana juga pemimpin.

Lantaran itu, sekiranya menjelang PRU 14, keadaan sokongan rakyat tidak juga bertambah baik dan hari demi hari menjadikan BN lebih mungkin kalah daripada mencipta kejayaan, tidaklah mustahil akhirnya akan muncul desakan daripada UMNO sendiri yang mahukan Najib berundur.

UMNO dan para pemimpinnya hanya mungkin tidak berbuat apa-apa untuk mengundurkan Najib jika mereka lebih rela karam  dan tenggelam bersama Perdana Menteri yang semakin ketara ditolak oleh rakyat jelata.

Ketika itu, sebagai Timbalan Presiden UMNO, tentunya di bahu Muhyiddin yang berani bersuara dan berkata benar inilah disandarkan harapan untuk membawa kejayaan. 

Selagi berjuang, kerusi Perdana Menteri sebenarnya tidak pernah jauh daripada jangkauannya. (SH 19/09/2015)

9 comments:

  1. Soalnya, benarkah TSMY masih ada semangat yg kuat utk memimpin? Kita dah lihat bekas2 pemimpin dari Johor, terutamanya yg veteran bila tersingkir selalunya mereka senyap. Sekali sekala saja 'mencuit dan menjentik' sekadar nak tunjuk pada rakyat mereka masih ada. Contohnya DS Ghani Othman, kalah dlm PRU yg lalu pun tak mengapa, betapa leganya beliau dpt lepaskan 'beban' berat yg ditanggung selama jadi MB Johor. Kita faham kenapa DS Ghani senyap sahaja sekarang. Adakah TSMY pun bila masa berlalu, beliau akan senyap juga? Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. balasan kpd muhyidin kerana dulu bertanding timb pres umno guna sentimen melayu dan anwar pengkhianat

    skrg lu sudah hilang satu jawatang

    yg umno lu masih pegang

    bila kau bertaubat muhyidn maka insyallag ko boleh jd PM

    asalkan bukan hadi atau najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau najib boleh pecat mahyudin dgn Shafie kenapa MT UMNO tak boleh pecat najib pula?

      Nak tunggu apa lagi?

      Rakyat bagi mandat maknanya rakyat bagi amanah.Kenapa MT UMNO nak khianati amanah yg kami berikan?

      Delete
  3. Tahniah mahyudin kerana berani menentang org zalim allah dan rakyat bersama tan seri semoga tan sei cepat menduduki srii perdana kerana rakyat dah muak dgn najib

    ReplyDelete
  4. Tahniah Tan sri..tahniah kepada ahli umno yg ada pendirian utk membela rakyat, jujur, adil dan amanah. UMNO harus lebih matang jgn hanya pandai berckp. Apa yg berlaku sekrg amat memalukan setiap ahli umno. Puncanya kita tahu tapi tiada sebrg jawapan dan penyelesaian yg dibuat. Kepercayai rakyat makin terhakis. Rakyat di hempap dgn mcm2 masalah perumahan, gst, pekerjaan dab sebagainya. Duit makin jatuh perit rakyat sekrg.
    Macam mana rakyat nak.sokonh UMNO, yg kaya tetap kaya yg susah terus susah.
    Curi ayam.kene pejara, curi duit rakyat berbillion tak.jadi apa3 pun. Nak mintak pinjaman mcm.mengemis...Ni 1MDB company senalam daftar dah dpt mcm2 kemudahan. Mcm.mana rakyat tak.marah. Isu permumahan sedih terlalu perlahan.
    kita perlukan pemimpin dari kalangan org yg lahir dari bawahan kerana dia lebih mengerti susah rakyat.
    Renung2kan bersama..mana lebih utama PARTI UMNO atau individu..
    Selamatkan parti UMNO..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sye setuju sangat ngan pendapat awak...Kita tak perlu pm yg dari golongan bangsawan... Tak pernah hidup susah..sampaikan dia pikir semua rakyat Malaysia semua dah senang lenang macam golongan dia... Dia tak pernah rasa jerit perih rakyat yg hanya bergaji bawah rm1500 utk tampung hidup disaman gst nie.,sejak najib memerintah dia perkenalkan skim my second home warga asing... Dia tak pedulikan pun devaloper langsung tak berminat buat rumah medium dan low cost...sampai harga rumah semua sudah melonjak tinggi...natijah nya rakyat sendiri yg menanggung beban hutang isi rumah yg tinggi tidak setimpal gaji...janji dia untuk turun kan harga kereta pun belum dikotakan..zaman mahathir dulu...pemaju diwajibkan membina rumah medium dan low cost jika ingin mamajukan kawasan rumah yg mahal...

      Delete
  5. elllehhhh. Cakap aje ler. Tapi tak jadi aper.
    Macam mukul kompang majlis kawin. Pengantin malam nanti dapat c*pap, kita dapat lebam tapak tangan.

    ReplyDelete
  6. Aku akan tutup tv bila nampak muka najib atau bini dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun sama ngan ko bro...sampai tutup terus berita tv3 bila dengar dorang sampaikan berita yg putar belit dan menipu... Yg bersih4 tu pun depa putar belit kata bersih4 tinggalkan sampah kat jalan...padahal masa aku datang sana bukan main bersih kawasan sekitar perhimpunan tu...sebab yg dtg tu sangat berdisiplin buang sampah dlm plastik yg disediakan...satu lagi umno pengampu duk putar belit yg bersih nie rasis cina Sbb cina lebih ramai datang...aku pi sana tak rasa rasis pun...Semua bangsa dtg penuh semangat..tiap2 kali aku bertembung ngan cina dlm tren,depa pun senyum juga pada aku...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...