Tuesday 29 September 2015

YANG DIPENJARA KHIR TOYO, PENGAJARANNYA ADALAH UNTUK KITA

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo akhirnya terpaksa merengkok di Penjara Kajang selama 12 bulan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak sebulat suara rayuannya untuk menukar hukuman itu kepada bentuk khidmat sosial dengan memberikan rawatan gigi secara percuma selama dua tahun.

Melalui keputusan mahkamah paling tinggi itu, hanya pengampunan Sultan Selangor saja lagi selepas ini yang dapat meringankan hukuman yang diterimanya itu.

Dengan tidur di penjara yang tidak pernah terduga olehnya, mungkin malam ini dan beberapa malam seterusnya Dr Khir agak sukar melelapkan mata atau hanya mampu berjaga sepanjang malam sambil mengenang nasib dirinya.

Sebagai manusia, memang kita bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya. Tidak bersimpati pula bermakna kita sebagai manusia sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan itu. 

Siapalah menduga daripada kedudukan yang tinggi sebagai ketua sebuah kerajaan negeri paling kaya, tiba-tiba menjadi penghuni penjara.

Namun, kita tidak boleh pula terlalu bersimpati dan kasihan sehingga menganggap perbuatan rasuah itu sebagai jenayah yang boleh dimaafkan. Dalam kehidupan dan beragama sekali pun, amalan rasuah memang amat ditegah kerana kesannya yang amat buruk kepada kehidupan serta tamadun manusia.

Oleh itu, dalam kita bersimpati kepada hukuman yang diterima Dr Khir ini, ia haruslah berpada-pada sebenarnya. Salah tetap salah dan undang-undang hendaklah dihormati.

Yang penting daripada kes Dr Khir ini ialah apakah pengajarannya kepada kita semua?

Kita semua yang dimaksudkan itu ialah pemimpin yang sedang memegang jawatan, mereka yang sedang mengejar kuasa dan sesiapa saja yang entah tiba-tiba diletakkan kuasa ke ribanya suatu hari nanti.

Kepada yang sedang gah dan megah dengan kuasa serta ghairah mengumpul kekayaan, kes Dr Khir ini seharusnya menjadi ulangan sekian banyak peringatan kepada mereka. Selain sudah banyak kes rasuah melibatkan pemimpin menjadi tontotan kita selama ini, apabila tidak lagi berkuasa, kes-kes lama juga bila-bila masa boleh diungkit semula.

Kalau mahu curi-curi makan juga, pandai-pandailah melakukannya. Tetapi sebijak mana pun melakukannya, janganlah dilupa bahawa hanya hukuman di dunia saja yang mampu dielakkan kerana di akhirat nanti, semua rakaman perbuatan kita tetap akan ditayangkan semula tanpa tapisan atau suntingan walau sedikit pun.

Kepada yang belum beroleh kuasa dan sedang mengejarnya, jadikanlah kes Dr Khir ini sebagai teladan untuk berkhidmat dengan jujur dan amanah serta takut untuk mendekati sebarang amalan rasuah.

Kita yang bukan siapa-siapa hari ini dan begitu kuat membenci rasuah, haruslah juga ingat bahawa jangan sementara belum ada kuasa saja menolak atau membenci rasuah tetapi berubah sikap apabila tiba-tiba ada kuasa dalam genggaman.

Rasuah haruslah dibenci ketika tidak ada kuasa, malah seharusnya lebih dibenci apabila mempunyai kuasa kerana rasuah semakin menggila apabila kian tinggi jawatan yang disandang.

Hari ini mungkin nasib Dr Khir Toyo, entah esok lusa barangkali nasib kita pula,  walaupun sekarang ini kita belum menjadi siapa-siapa lagi. Terlebih mustahak daripada segala-galanya ialah siapa pun kita hari ini, ambillah sedikit iktibar daripada apa yang menimpa Dr Khir ini. (SH 29/09/2015)

21 comments:

  1. Pepatah omputih 'what u reap is what u sow'
    apa yang kita tuai adalah apa yang kita tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Sebenarnya penjara boleh penuh sekira nya pendakwaan terhadap kesalahan rasuah tidak terpilih-pilih. Dari budak pejabat hinggalah kepada perdana menteri, boleh menjadi penginapan dipenjara.

    ReplyDelete
  3. bilik penjara perlu ada bersebelahan dengan bilik pemimpin yag berkuasa kerana mereka semua sudah layak kecuali masa dan nasib.

    ReplyDelete
  4. ada orang lain yang sepatutnya masuk penjara untuk paling kurang 260 tahun.

    ReplyDelete
  5. Aku harap menteri yg rasuah dan salah guna kuasa yg ada pd hari ini cepat2lah undur ditri atau bakal menjadi penghuni penjara biar dia rasa pula ini foa aku agar allah yunjukan kat dunia ni amin

    ReplyDelete
  6. Aku harap menteri yg rasuah dan salah guna kuasa yg ada pd hari ini cepat2lah undur ditri atau bakal menjadi penghuni penjara biar dia rasa pula ini foa aku agar allah yunjukan kat dunia ni amin

    ReplyDelete
  7. WELL GUYS..NAJIB TIDAK RASUAH..FAHAM..F B I DAH BUKTIKAN NOTHING WRONG WITH NSJIB..ANAK TIRI PUN BEBAS..TK BOLEH KA,DIA BELI RUMAH..DIA TUKANG BUAT FILEM..JHO LOW,PUN BEBAS..FBI DAH TUTUP KES..HANGPA,JE SIBUK..DEPA SIASAT HABIS SAMPAI LUBANG PUNGKOK CACING..SEMUA OK..FBI VERY PROFESIONAL U KNOW..TK PERCAYA TGU ANNOYNCEMENT FBI OR OBAMA NXT FEW DAYS..NAJIB IS CLEAN LIKE,A NEWBORN BABY..FAHAM........faham faham je le...tppa,nk sain ni..biag gadai alif ba ta...mampus korang..aku pe kesah..

    ReplyDelete
  8. WELL GUYS..NAJIB TIDAK RASUAH..FAHAM..F B I DAH BUKTIKAN NOTHING WRONG WITH NSJIB..ANAK TIRI PUN BEBAS..TK BOLEH KA,DIA BELI RUMAH..DIA TUKANG BUAT FILEM..JHO LOW,PUN BEBAS..FBI DAH TUTUP KES..HANGPA,JE SIBUK..DEPA SIASAT HABIS SAMPAI LUBANG PUNGKOK CACING..SEMUA OK..FBI VERY PROFESIONAL U KNOW..TK PERCAYA TGU ANNOYNCEMENT FBI OR OBAMA NXT FEW DAYS..NAJIB IS CLEAN LIKE,A NEWBORN BABY..FAHAM........faham faham je le...tppa,nk sain ni..biag gadai alif ba ta...mampus korang..aku pe kesah..

    ReplyDelete
  9. Prime Minister with power. Dia boleh buat apa yg dia suka. Korang peduli apa. Apa kena mengena dgn korang.

    ReplyDelete


  10. Patut suruh je dia buat sumpah laknat !

    ReplyDelete


  11. Pengajaran nya ia lah jangan guna kedudukan dan kuasa dengan beli harta seperti rumah.

    Pertama, orang boleh nampak harta tersebut. Kedua, harta seperti rumah susah nak bawak lari tidak seperti cincin dan beg tangan. Dan ketiga, beli harta yang tidak memerlukan banyak dokumentasi seperti perjanjian jual-beli, perjanjian dengan bank dan lain-lain kerana melibatkan ramai orang.

    Lebih baik kita ambil pengajaran dari Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

    ReplyDelete
  12. Menteri yg menjaga portfolio penjara seharus nya mengubal be berapa peraturan atau senang cerita demolish dan buat baru peraturan penjara spt sel ber aircond ada TV WiFi boleh bini dtg bermlm tikam empuk makan sedap spt udang ayam kerana pru 14 hampir menjengah dan jika mereka bungkus menteri banyak masuk dalam dan yg pasti keselesaan mereka perlukan tapi segala ini kenalah bayar,tapi tak apa duit mereka ni berkilo kilo

    ReplyDelete
  13. Saya rasa tak ada sapa pun ambil pengajaran. Selagi ada sedikit kuasa, semua boleh rogol punya. Apatah lagi kuasa tanpa batasan macam Najib Rosmah. Jika Najib Rosmah boleh buat maksimum 10000%, menteri-menteri kita dapat 1000% pun jadi la.

    Duit negara bukannya sikik. TNB yg ditubuhkan dgn dana rakyat, juga Petronas, juga SYABAS, juga pelbagai GLC..boleh dimiliki anak beranak dan kengkawan sang penguasa tanpa sebarang modal, inikan pula rumah Khir Toyo yg berege 6.5 juta tu?

    Tiris pulak bukan sikik-sikik.. skandal berbillion ni sudah lali kita dengar. Kuasa rakyat hanyalah satu ilusi negara Utopia. Demokrasi juga ilusi negara Utopia. Jika Saudi boleh buat contoh Islam bermazhab kambing, apalagi kita boleh harap?

    Berhentilah mengharap. Buat kerja masing-masing. Kerana mengharapkan orang lain menjadi baik dari kita adalah satu kerja yang sia-sia.

    ReplyDelete
  14. Kes neh terjadi sebelom 2008 sekarang dah 2015 tujuh tahun mahkamh baru bleh setle kes khir toyo.masih untung dp belom mati lagi.aku ingat sistem perinsangan dan mahkamah harus di revormasi.keja apa nacam neh.duit rasuah dah jadi taik.kes br setle.nak jadi negara maju.sampai bila pun tak bleh.

    ReplyDelete
  15. Khir toyol ni antara byk2 lembu dlm kubang umno..byk lumpur dibadannya. Lembu2 lain pun lbh krg dia sbb 1 kubang lh katakan.. Dipendekkan crita,next GE kita vote parti yg bkn cap kubang.sekian

    ReplyDelete
  16. Hari ke 233 Anwar di penjarakan. Hari 01 Khir di penjarakan.
    Anwar dipenjara pahala berjalan. Khir di penjara dosa berkurangan. Insyaallah.

    anon ... dari aircond ada TV WiFi boleh bini dtg bermlm .. lebih baik sediakan tali lembu yang akan di gunakan tahun depan !

    Kes neh terjadi sebelom 2008 sekarang dah 2015 .. anon, masa 2008 Khir Toyo masih muda dan masih sihat. .. sekarang dah tua dan masalah jantung. Kita minta lah Khir juga diberi rawatan dalam penjara seperti Anwar (Anwar lagi!!!) yang di nafikan hak mendapat rawatan yang sempurna.

    ReplyDelete
  17. KALAULAH KHIR TOYO PEMIMPIN PEMBANGKANG, PASTI RIUH RENDAH DIMAHKAMAH SEMALAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin pembangkang susah nak makan rasuah. Makan sikit je dah kena. Tenguk Azmin beriya-iya nak kenakan Azmin sampai di seru semua ketua bahagian cari bukti. Sebelum ini ada dua kes yang melibatkan pekerja parti pembangkan tetapi didapati tidak bersalah sebab kes sengaja di ada-adakan menjelang pilihanraya. Lagi eluk kalau lah Khir Toyo pemimpin pembangkang dan yang tangkap ialah kerajaan yang di pimpin oleh pembangkanG, Baru lah BERSIH !!

      Delete
  18. Tuan Admin....12 bulan belum cukup,sepatutnya maksimum.KT tu kan ketua kerajaan negeri,sepatutnya hukuman kepadanya di geruni org lain

    ReplyDelete
  19. Master...master...masterrr......nomborrrrrr.......pagi...roti bantal ngan teh tawar..tengahari...nasi..ikan jaket...sup terung....hehehh...petang...roti bantal..teh tawar....malam...nasi...ayam kuah minyak....apoo..dal..nak dal....tunggu bulan 13.....kakakkakakakakaka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...