Tuesday 8 September 2015

MT ESOK - TAK PECAT, NAJIB SENGSARA...PECAT PULA, LIMA NEGERI BAHAYA!!

Semua perhatian kini tertumpu kepada mesyuarat MT UMNO esok, 9 September untuk mengetahui sama ada Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpinnya yang lain yang agak kritikal terhadap Najib Razak akan dikenakan tindakan atau sebaliknya.

Mereka yang lain yang mungkin berdepan hukuman selain Muhyiddin ialah Naib Presiden UMNO Shafie Apdal, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Mukhriz Mahathir,  Ahli MT Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said, bekas Exco Perak Hamidah Osman dan Ahli Parlimen Sepanggar Jumat Idris.

Mereka ini diketahui kerap mengkritik Najib, terutama berkaitan isu 1MDB dan wang RM2,600 juta yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Banyak pihak meramalkan ketujuh-tujuh mereka ini bakal berdepan hukuman antara pecat, gantung keahlian atau diberikan amaran keras.

Bagaimanapun, Muhyiddin dan Shafie paling mungkin sekali menerima hukuman sama ada pecat atau gantung keahlian berikutan kelantangan mereka mengkritik Najib. Kedua-duanya juga sudah digugurkan daripada kabinet pada 28 Julai lalu.

Mukhriz pula, selain berdepan salah satu hukuman tersebut, kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah  dan Menteri Besar juga diramalkan akan digugurkan, bukan saja sebagai hukuman kerana kelantangannya mengkritik Najib, tetapi juga sebagai pantulan daripada tindakan bapanya, Tun Mahathir Mohamad yang tidak henti-henti mengasak Perdana Menteri hingga ke dinding.

Begitu pun dengan Aziz, Ahmad Said dan Hamidah,  hukuman yang menanti ialah sama ada pecat, digantung jawatan atau sekadar diberikan amaran keras saja.

Jumat pula sudah pun digantung kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Sabah beberapa bulan yang lalu dan dikhabarkan akan dipecat terus kali ini.

Bagaimanapun, beberapa jam sebelum mesyuarat MT yang dijangka berlangsung pada pukul 2.30 petang esok di PWTC, Tun Mahathir pula dijadualkan kembali daripada lawatannya ke luar negara pada jam 12.30 tengahari di Lapangan Terbang di Subang.

Sejak beberapa hari lalu, hebahan mengenai kepulangan bekas Perdana Menteri itu telah disebarkan secara meluas melalui SMS, Whatsapp, FB, Email dan sebagainya bagi tujuan menarik seramai mungkin orangramai menyambutnya.

Berdasarkan respon dan maklumat rambang daripada pelbagai pihak, dijangka ribuan orangramai daripada pelbagai latarbelakang ideologi politik akan menyambut kepulangan Tun Mahathir  berikutan suhu panas politik semasa dan kepulangannya pula hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT berlangsung.

Tidak memeranjatkan jika Tun Mahathir menggunakan peluang terakhir sebelum mesyuarat MT ini untuk terus melakulan "tembakan dan serangan"  bagi meningkatkan tekanannya terhadap Najib, setelah memeranjatkan banyak pihak dengan sedia turun ke himpunan Bersih 4 sebanyak dua kali baru-baru ini.

Apakah Najib tetap dengan pendirian untuk memecat dan menyingkirkan mereka yang tidak sehaluan dengannya jika ada peluru baru ditujukan kepadanya oleh Tun Mahathir esok?

Mampukah Tun Mahathir melalui serangan akhirnya nanti menghalang Najib dan MT daripada bertindak kepada Muhyiddin dan enam pemimpin lain itu?

Di sebalik hujan dan jerebu, tetap ada yang akan terasa kepanasan menjelang esok.
Bagaimanapun, rata-rata banyak pihak dalam UMNO bimbang sekiranya keputusan MT esok membawa akibat dan kesan lebih buruk kepada parti pada masa hadapan.

Ramai yang sedar, jika tiada sebarang tindakan diambil kepada Muhyiddin dan yang lainnya sebagaimana dijangkakan,  ia akan menyebabkan kesengsaraan kepada Najib dalam usaha memperkukuhkan parti kerana Timbalan Presiden UMNO dan rakan-rakannya itu tentu saja akan terus melontarkan suara yang berbeza dalam pelbagai isu selepas ini.

Dengan bantuan Tun Mahathir yang melakukan serangan dari luar, Najib bukan saja akan bertambah tidak selesa, malah mungkin menyebabkan hasratnya untuk bertahan lebih lama di Seri Perdana tidak kesampaian.

Namun demikian, jika pemecatan atau penggantungan kepada Muhyiddin atau yang lain-lain pula diambil, ia memang memberi keselesaan kepada Najib, tetapi kesan buruknya kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya umuk akan datang mungkin lebih teruk lagi.

Selain Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dijangka akan terus kekal dikuasai pembangkang, sebarang pemecatan atau penggantungan pada esok juga dijangka mengundang lebih bahaya kepada kekuasaan UMNO sekurang-kurangnya di lima negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak dan Kedah.

Di kelima-lima negeri ini, UMNO dan BN bukan saja menang dengan majoriti undi yang kecil, bahkan ketika ini perbezaan jumlah kerusi dengan pembangkang juga hanya boleh dibilang dengan jari sahaja. Dengan perpecahan yang kecil saja dalam UMNO sudah cukup untuk menguntungkan pihak pembangkang.

Jika sudah banyak negeri terlepas pegangan ke tangan pembangkang, tentulah boleh dijangka di mana kedudukan UMNO dan BN di peringkat pusat nanti.
Simpati rakyat dan ahli UMNO terhadap Muhyiddin dan Shafie sekarang ini ialah kerana mereka dianggap tidak bersalah dari segi jenayah atau moral sehingga dipecat daripada kerajaan, sebaliknya hanya kerana bertanya soalan, menegur dan mahukan jawapan berkaitan 1MDB dan derma peribadi yang menimbulkan keraguan ramai.

Sehubungan itu, suatu majlis sembahyang hajat turut diadakan di Johor malam ini untuk memohon perlindungan Tuhan terhadap perjuangan Muhyiddin demi agama, bangsa dan negara.

Apakah pilihan Najib esok agaknya? Meleraikan kesengsaraan dalam dirinya atau menambahkan lagi bahaya kepada UMNO untuk mengekalkan kuasanya? (SH 08/09/2015)

29 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak komen apa2 pon ok ja bro. Tapi jgn sampai main2 sifat Allah.. Utk tunjuk komen hang sempoi. Bodohh tu simpan sikit..

      Delete
  2. Gantung ja rasanya.. Diam la smua org nt.

    ReplyDelete
  3. Anon 15:36 Komen anda yang sebegini tidak sewajarnya di terbitkan...Anda mempermainkan sifat Allah SWT.
    Blog Admin, mohon lebih sensitif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya sokong.. Admin tolong padam komen2 org ada masalah otak dan rasa dia lebih pandai pada org.. Mohon anon15:36 jgn sombong.. Risau hang teriak terbaring dlm kubuq kot..

      Delete
  4. Semua yang berlaku adalah petunjuk dari Allah bagi mereka yang mahu berfikir. Malaysia terkenal hari ini bukan kerana kehebatan pemimpin dalam membuat kebaikan tetapi ada masalah integriti, menerima derma yang besar masuk ke akaun peribadi. Allah telah menimbul krisis antara Tun Mahathir dengan Ds Najib sehingga melibatkan peguam negara, SB, dan khairudin.Inilah antara watak2 utama dalam kes yang membawa pemecatan Anwar 1998, difitnah dengan liwat yang dasyat sehingga melibat berbagai2 orang. Namun 2015 Anwar telah berjaya didiamkan namun mereka tetap tidak aman, mereka bergaduh sesama sendiri, membuka aib masing2, duit masuk ke akaun peribada 2.6 billion yang benar2 masuk ke akaun berbanding dengan DS Anwar juga dituduh dengan tuduhan yang sama tetapi tiada tindakan sebab itu fitnah nak memburukkan anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat saya sejak awal politik dulu senantiasa ada org yg lebihkan kepentingan peribadi.. Kalu bukan kerana jawatan dan duit dah tentu yg mereka2 terlibat dgn apa2 yg diharamkan akan letak jawatan atas dasar amanah.. Oleh kerana penting kan diri timbul rasa hebat, takjub diri, sombong dan takbur sampai lupa yg lebih Maha Agung Allah.. Itu la yg penah terjadi pada azazil yg terhormat dulu.. Sbb sifat(sifat sombong iblis) itulah kita slalu diingatkan bahawa iblis musuh kita. Dan sifat inilah yg ada pada manusia lebih2 lagi bila berada diatas nikmat sementara tuhan (kekuasaan & kekayaan).. Pada pemimpin malaysia yg mengambil amanah.. Jgn sombong. Kelak tuan2 akan disoal.. Ingat

      Delete
    2. bebeno lah kamu berkata.......saya berharap puak unmo totok baju meroh adanya berfikiran spt kamu.....kita doa semuga ALLAH mentaufik dan menghidayati mereka, menjadi umat nabi Muhammad dan mendapat saafat diakhirat nanti..........SUBURKAN SUNNAH

      Delete
  5. Saya mohon sekali lagi agar komen diberi dengan sopan dan beradab. Kalau promosi judi togel pun saya padamkan, komen yang mempermain-mainkan Tuhan tentulah lebih tidak sesuai di sini.

    Terima kasih kepada semua pembaca yang prihatin dan budiman.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Sy sokong Din👍👍👍👍

    ReplyDelete
  8. Jika umno mendapat dua kayu iaitu kabinet kayu n mt kayu.kemungkinan besar umno akan jd kayu api nanti masa pilihan raya.tak ada pilihan lg najib atau umno.

    ReplyDelete
  9. Sy heran..awat org bsusah payah menipu org lain..pahtu makan duit yg bkn dr titik peluh sendiri..padahal Allah nampak smua tu. Bila mati,kita tak kmana pun mlainkan nk jmp ngan Dia jgk. Tak takut ka? Astaqfirullah.. Kat dunia ni biaq duit tak cukup xpa asalkan tak aniaya org. Toksah dok gila ke jawatan smp negara yg binasa..rakyat merana. Ya Allah..kami tak mintak pemimpin dr keturunan bangsawan..sbb itu bkn penentu iman..kami tak mintak pemimpin lulusan oxford mahupun yale klu berhatikan sorang yg jahil..kurniakan lah utk bumi malaysia ini sorg pemimpin yg meletakkan Allah dan rasul di depannya..kami berharap ya Allah..aamiin

    ReplyDelete
  10. Aku doakan agar najib leboh cepat dikelarkan dari sri perdana kerananya rayat menderia tetapi dia anak beranak hidup mewah dari kesusahan org lain amin semoga allah makbulkan doa rakyat malaysia

    ReplyDelete
  11. Aku doakan agar najib leboh cepat dikelarkan dari sri perdana kerananya rayat menderia tetapi dia anak beranak hidup mewah dari kesusahan org lain amin semoga allah makbulkan doa rakyat malaysia

    ReplyDelete
  12. Aku doakan agar najib leboh cepat dikelarkan dari sri perdana kerananya rayat menderia tetapi dia anak beranak hidup mewah dari kesusahan org lain amin semoga allah makbulkan doa rakyat malaysia

    ReplyDelete
  13. Bro...perkara kecik sgt bro..kecik sgt...apa susah..seluruh mkt kecuali zahid n hisham tajuddin ayo...pakat ramai ramai pecat najib..apa,ada hal ...solve all problem..sb yg paling besar isunya ialah najib yg memulakan kemelut ni..so buang je najib tu..kalu lg lama simpan..rakyat makin marah...last last umno kalah baru padan muka..sayang sekor tu ke sayang 3juta org ahli..ramai lg ahli umno yg lg bijak dari mkt...dan blh jd pm...buang je najib tu..duri lg berduri..

    ReplyDelete
  14. Bro...perkara kecik sgt bro..kecik sgt...apa susah..seluruh mkt kecuali zahid n hisham tajuddin ayo...pakat ramai ramai pecat najib..apa,ada hal ...solve all problem..sb yg paling besar isunya ialah najib yg memulakan kemelut ni..so buang je najib tu..kalu lg lama simpan..rakyat makin marah...last last umno kalah baru padan muka..sayang sekor tu ke sayang 3juta org ahli..ramai lg ahli umno yg lg bijak dari mkt...dan blh jd pm...buang je najib tu..duri lg berduri..

    ReplyDelete
  15. Apalah malang nasib rakyat Malaysia yang diperintah sebuah kerajaan haram jadah pimpinan PM haram jadah. Dah melalut auta dan pembohongan kerajaan haram jadah ini. memang wajar sangat digulingkan walau dengan apa cara sekali jua. Puta belit jawapan isu duit 1MDB terang terang menunjukkan betapa haram jadah dan korupnya kerajaan hari ini. Selagi lagi bini di Sri Perdana kekal tu kekal, tunggulah hari mampos dan ranap negara Malaysia. Cuma rakyat bangang tahap gaban saja yang percaya kerajaan Najib ini. Dan yang cerdik menyokong disebabkan kepentingan diri dan terikat oleh "jasa" Super BR1M dari Najib.

    ReplyDelete
  16. Apa pun sangkaan dan jangkaan orang akar umbi DALAM DAN LUAR UMNO ...NAJIB tetap dengan kekuasaannya...TIDAK ADA UMAT DALAM MALAYSIA NI BOLEH MENJATUHKAN NYA ...Percaya lah esok apa yg bakal di harap menjadi satu sejarah yg pasti semua tahu KEKUATAN DAN KEKUASAAN NAJIB amat mengerunkan semua lapisan umat manusia di BUMI MALAYSIA..ORANG MELAYU UMNO MEMANG MELAYU YG PATUT DI BANGSATKAN OLEH NAJIB YG MAHA BERKUASA DAN TEBAL KULIT MUKANYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali lg admin mohon padam komen anon di atas ni.. Kalu marah mcmana pon pada najub mohon jgn guna perkataan2 sifat milik Allah.. Perkataan "najib maha kuasa" (ditulis kerana marah kot) tak patut ditulis walau dlm apajua keadaan. Kerana hanya ALLAH yang MAHA BERKUASA.. Ini sifat tauhid jgn main2 bimbang syirik

      Delete
  17. Hebatnya politik dan kuasa di Malaysia ni. Mengubah seorang individu dari baik kepada pembohong, penyamun, penyangak dan sebagainya... Asal2nya konon membela bangsa agama dan negara, akhirnya bertukar rupa dan berbelang hidungnya. Dah tak ingat pasal mati agaknya. Atau mungkin mereka ada teori baru... Kumpul duit dan harta banyak2 di dunia, mungkin boleh beli 'syurga' selepas mati???????????

    ReplyDelete
  18. Buang Najib,ramai lg pemimpin Umno yg lebih berwibawa utk Negara dan Umno.Selesai masalah. Ganti dgn pemimpin spt muhyidin,shafie,mustafa Mohd but not zahid hamidi.

    ReplyDelete
  19. Sebaik mesyuarat bermula, Mukhriz akan buat komplen tentang pemecatan Anina oleh Teuku Adnan. SUA tiada kuasa pecat ahli. Kuasa dalam Perlembagaan adalah untuk MT dan bukan mana2 individu. Hatta Presiden pun tidak ada kuasa pecat ahlli. Masakan SUA ada kuasa berbuat demikian. Sebagai Pengerusi Umno Kedah Mukhriz perlu bersuara membela Anina. Boleh melawak tentang surat pemecatan yang sampai lebih awal dari tarikh ditandatangani.

    Muhyiddin akan sokong suara Mukhriz. Shafie juga akan menyatakan perkara sama bahawa SUA tiada kuasa memecat ahli. SUA hanya boleh memaklumkan keputusan MT memecat ahli. Jelas bahawa SUA telah bertindak melampaui bidang kuasanya dengan mengambil alih kuasa MT.

    Fokus mesyuarat akan terarah kepada isu pemecatan Anina dan bidang kuas SUA. Teuku Adnan kelam kabut kena asak. Presiden tidak akan membela beliau yang memandai memecat Anina tanpa arahan sesiapa.

    Seluruh MT patut rasa tercabar bila SUA bertindak mengambil alih kuasa mereka dalam isu keahlian sebegini. Senua MT patut balun Teuku Adnan dalam mesyuarat petang ini. Perlembagaan parti perlu dihirmati. Kaedah pemecatan tertera dengan jelas. SUA memang tidak berkuasa melucutkan keahlian sesiapa.

    ReplyDelete
  20. Teman baru balik dari kebun...tanah masih tk betgeran..ada lbh kurang 2,.6b..opps silap..ada200 org org kampong sbg peneroka..hampir 200 peneroka melay islam yg teroka dah lbh 25 tahin..tp masih tk dpt geran..teman nk kabi pd mkt...pecat je najib tu..selesai masalah...kalu tk pecst dia akan jd PACAT...DAH MENGKEDARAH

    DIA BELAH..TU LAH PACAT..SO PECAT JE PACAT YG BERNAMA NAJIB...AMAN TANAH AIR KU MALAYSIA

    ReplyDelete
  21. These robbers meet to plan to rob the Rakyat again?

    ReplyDelete
  22. These robbers meet to plan to rob the Rakyat again?

    ReplyDelete
  23. Solat hajat untuk Muhyiddin sudah.
    Semayang hajat untuk Najib bila? Kalau betul berhajat dgn Allah Taala buatlah seluruh negara biar Allah buktikan siapa benar sapa salah. Pasal Najib dah mintak tolong jemaah haji 1mdb dia doa dekat Mekah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...