Friday 11 September 2015

GANJARAN HIMPUNAN BAJU MERAH, SIAPA BAKAL JADI MENTERI SELEPAS INI?

Apa pun hujah dan alasan yang cuba diberikan mengenai himpunan baju merah pada 16 September, ia tetap tidak dapat lari daripada agenda UMNO untuk mempertahankan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak.

Najib yang bermasalah berikutan isu 1MDB dan "onar"  menerima wang RM2,600 juta yang disifatkan "duit haram" oleh Tun Mahathir Mohamad, memilih himpunan merah ini untuk membuktikan beliau tidak terjejas apa-apa dengan dua isu besar itu.

Daripada kedua-dua masalah yang dihadapi Najib itu diletakkan sebagai beban UMNO memikulnya sebelum ini, ia kini cuba dialihkan kepada isu perpaduan Melayu, kebangkitan Melayu, maruah Melayu dan seumpamanya dengan matlamat agar seluruh orang Melayu turut sama menanggung perbuatan Najib itu.

Setelah mesyuarat perwakilan UMNO bahagian-bahagian yang baru berakhir menunjukkan adanya kocakan tidak bersetuju dengan Najib sehingga ada usul memintanya bercuti atau berehat buat sementara waktu sehingga siasatan mengenai 1MDB dan wang RM2,600 juta diselesaikan, satu-satunya cara untuk menunjukkan Perdana Menteri masih dikehendaki ialah melalui himpunan baju merah ini.

Lantaran itu, Najib akan melakukan apa saja, termasuk mengeluarkan belanja tak terhad bagi memastikan sokongan memihak kepadanya terserlah melalui himpunan baju merah.

Alasan himpunan Bersih 4 yang kebetulan lebih ramai bukan Melayu menghadirinya dan lebih bergema desakan meminta Najib berundur telah dijadikan alasan terbaik untuk menghimpunkan orang-orang Melayu untuk mempertahankan Najib pula.

Selain penglibatan beberapa watak yang rapat dengan UMNO di sebalik himpunan baju merah yang diletakkan atas nama gabungan NGO-NGO, maklumat mengenai kerahan kehadiran melibatkan beberapa pemimpin dan seluruh UMNO bahagian-bahagian juga bukanlah rahsia lagi.

Ada laporan mengatakan sebuah mesyuarat di ibu pejabat UMNO yang dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi UMNO, antaranya Setiausaha Kerja, Abd Rauf Jusoh, ahli MT Annuar Musa dan beberapa yang lain telah diadakan untuk menyelaras kehadiran ahli UMNO seluruh negara ke program 16 September itu.

UMNO sebuah negeri pula dikesan telah mengedarkan surat arahan kepada bahagian-bahagian agar memastikan jumlah kehadiran yang memuaskan dengan segala kos pengangkutan, makan minum dan lain-lainnya akan ditanggung oleh Ketua Bahagian berkenaan.

Setelah Najib sendiri tidak menghalang kehadiran ahli-ahli UMNO dalam program tersebut, Khairy Jamaluddin pula menyambutnya dengan nada yang sama atas alasan kenyataan Najib itu sudah mewakili pendirian parti.

Maka, secara tersiratnya himpunan baju merah ini tidak lain adalah semata-mata agenda UMNO untuk mengheret semua orang Melayu bagi mempertahankan Najib.

Demi untuk mempertahankan kedudukan Najib, UMNO kini seolah-olah tidak peduli sebenarnya tarikh 16 September lebih wajar diingati sebagai detik tertubuhnya Malaysia yang mencantumkan kepelbagaian kaum dan agama antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Jika UMNO benar-benar bersifat inklusif dan menghargai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini, 16 September tidak seharusnya ditenggelamkan dengan pesta bercorak perkauman dan untuk menjulang tinggi kedudukan Najib yang kian dipertikaikan semata-mata.

16 September sewajarnya disambut dan diraikan untuk memperlihatkan keeratan hubungan dan saling harmoni antara semua kaum di negara ini.

Dengan tiada satu pun komponen BN menyokong dan menyambut baik himpunan baju merah ini, meneruskannya bukan saja mengundang perbalahan dan perbezaan antara kaum yang kian ketara, malah akan meletakkan UMNO dan para pemimpinnya semakin jauh di hati pengundi bukan Melayu.

Yang jelas, mereka yang menganjur dan mengaktifkan himpunan baju merah ini hanyalah mengutamakan bagaimana untuk menyanjung, mempertahan dan memperlihatkan seolah-olah Najib terus mendapat sokongan rakyat dan sanggup mengenepikan segala asas kemajmukan dalam negara.

Mereka sedar Najib kini dalam keadaan tersepit dan memerlukan segala ruang sokongan untuk mempertahankan kedudukannya.

Najib pula, dengan kedudukan yang dimilikinya sebagai Perdana  Menteri, terlihat sedia memberi apa saja ganjaran kepada sesiapa yang paling menonjol membelanya.

Beliau bukan saja sanggup membesarkan jumlah menteri kabinetnya kepada seramai 37 orang dan meletakkan sehingga 12 menteri di Jabatan Perdana Menteri, malah pemimpin seperti Salleh Said Keruak dan Azalina Othman Said pun dijadikan menteri semata-mata kerana kesanggupan tidak henti-henti membela Perdana Menteri, khususnya dalam isu 1MDB dan wang RM2,600 juta.

Di ketika blogger UMNO terkulai lesu dalam membela Najib dan membelasah Tun Mahathir, Salleh berjaya mengambil kesempatan hanya melalui penonjolan tulisan dalam blognya dengan tetap melihat Najib sebagai pemimpin suci murni dan akhirnya terus dilantik ke kerusi kanan dalam kabinet.

Begitu juga dengan Azalina,  tangannya menggeletar geram apabila digugurkan oleh Najib pada 2009 ketika berbual dengan seorang kenalannya, tetapi telah berjaya menganggotai kabinet semula melalui usaha tidak henti-hentinya bersuara mempertahan dan membela Najib.

Selepas himpunan baju merah 16 September ini, siapa pula bakal dilantik jadi menteri agaknya?

Jika sudah mencatat sejarah meletakkan 12 menteri di Jabatan Perdana Menteri dan melantik segala macam penasihat bertaraf menteri untuk sekian ramai yang sudi mengampu dan membodeknya, tentulah tiada masalah untuk Najib menambah seorang dua anggota baru atau menjadikan jumlah kabinetnya lebih berganda lagi.

Adakah  kali ini giliran Abd Rauf, Annuar Musa atau Jamal Mohd Yunus pula bakal menerima habuannya? (SH 11/09/2015)

35 comments:

  1. Rata rata rakyat Malaysia telah menolak Perdana Menteri BANGSAT ni.

    Alangkah baiknya kalau dia pergi ke SEKINCHAN untuk menjadi perdana menteri di sana.

    Timbalan perdana menteri SEKINCHAN pula Jamal Yunos.

    Kedua dua ni memang TOYOL. Siapa yg tak kenal Jamal Yunos. Pelajaran pun tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah terdesak sangat najib pun tak percaya lagi kepada kekuatan sokongan 3 juta ahli UMNO .

      Najib beralih kepercayaan dan minta nyawa serta sokongan kepasa KETUA GANGSTER SEKINCHAN.

      Money is King

      Delete
    2. Jamal Yunos ikut perangai mentornya Noh Omar, kahwin lebih dari satu suka berpoya2 dengan artis2 tunjuk kemewahan kroni UMNO.

      Rakyat Malaysia mesti buat laporan Polis sebanyak mungkin keatas perhimpunan haram baju merah ditaja oleh UMNO dan Najib. Peniaga2 tulin di Low Yatt dan Petaling St patut menyaman Jamal yunos dan UMNO kerana kehilangan mata pencarian dan ketakutan kerana perhimpunan haram baju merah. Warga Malaysia bukan Melayu diKL patut buat sebanyak laopran polis keatas Jamal Yunos dan UMNO kerana hasutan dan ugutan untuk menggunakan kekerasan keatas bukan Melayu semasa perhimpunan haram baju merah.

      Rakyat Malaysia patut boikot semua perniagaan Jamal Yunos dari ikan bakar Sekinchan, kereta impot Italy di Jalan Pahang dan pasaraya perkahwinan di Setiawangsa kerana sifat perkauman yang membabi buta untuk pertahankan Najib.

      Delete
    3. Jamal yunus tak berpelajaran? Patutlah dia persoalkan pasal kemelayuan TDM. Tak ada ilmu rupanya...tapi bodoh2 dia kaya jugak kan?Cara mana dapat hasil tu? Patutlah buta babi betul pertahan najib...ada sbb rupanya!
      Ikan bakar setiawangsa dah bungkus....lagak je lebih harga nak mampus cekik darah. Datuk dia tu apa sumbang bakti dia?

      Delete
    4. Mana ada lagi Sekinchan ikan bakar atau ikan segar Sekinchan 1Msia.
      Grant dah dapat. Bisnes pun bungkrupt.
      Bisnes sekinchan ijan bakar Jamal ni kosmetik saja.
      Bila dah dapat grant dia pun tutup kedai lah.
      Untung dapat grant beribu ribu kali ganda.

      Delete
    5. Jamal ni yang terkenal dalam cerita P. ramlee sebagai Jamal Pak Tongko.

      Delete
    6. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    7. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. anon 19:51
    tiada pelajaran itu ada lah pra syarat untuk menjadi menteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hahahahaha

      Delete
    2. Banyak cakap bohong, lama lama jadi menteri

      Delete
  3. Bila kita tersedak memerlukan air untuk minum,bila terdesak kita memerlukan orang yang diberi julukan "vested interest" bagi menegekan benang basah.Dont worry be happy! nama-nama anda akan di kiv untuk masa depan jika layak menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  4. Ada hikmah disebalik apa yg berlaku sekarang nie..saat ini rakyat boleh menilai sendiri keikhlasan calon2 pru14 nanti...Al maklumlah time mengundi semua cakap nak berkhidmat utk rakyat...walhal sekarang dah boleh nampak muka2 yg kaki kipas utk kepentingan poket masing2..walaupun pelbagai putar belit yg digemburkan, rakyat sekarang pasti bijak menilai yg mana intan atau kaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tuan x kan x tau.. ingat rakyat ni cerdik sangst ka nak menilai? Taraf ulamak Hadi Awang ngan Harun Din yg ada PhD pun, masih bodo piang berpolitik. Inikan pulak makcik pakcik kampongan.

      Tak ramai yg mampu menilai intan dari kaca yg ada. Rembatlah duit berapa trillion pun, bunuhlah sesipa yg Najib berahi bunuh depan khalayak sekalipun..polis dan sistem kerajaan yg sedia ada, tetap membela apa saja yg UMNO BN buat apa kebejatan sekalipun.. malah UMNO BN tetap menang pilihanraya. Jika UMNO BN boleh kalah pilihanraya, sudah pastinya pilihanraya diharamkan. Tak ke pelik UMNO suka pilihanraya dan x suka berdemo. Sbb dgn berdemo, dia sudah tau dia kalah, xdpt bawa ramai ke jalanraya. Dia suka pilihanraya sbb dia tau boleh tipu sesuka hati derang jer.

      Rakyat tetap x boleh berbuat apa jugak. Mmg malang hidup kita. Nak buat apa lagi melainkan teruskan baki hidup yg ada saja.

      Delete
    2. Akan dicari lebih ramai calun yg berbibawa kali ni kot.

      Adakah Jamal salah se orang daripada calun yg berbibawa ni

      Delete
  5. Himpunan baju kuning = untuk pelbagai kaum (perpaduan pelbagai kaum)
    Himpunan baju merah. = hanya Melayu sahaja= seolah2 menghasut kearah perpecahan kaum (bakal mengundang tragedi 13mei..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah selamatkanlah negara tercinta ini daripada malapetaka.

    ReplyDelete
  7. Jamal yunus ni se ekor haram jadah, bangang atau bangsat? Tlg kasta kan sikit.....nampak mcm seekor penjilat tegar dlm pembikinan...

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan Shabudin.saya ada buat Press Release mengenai 16 Sept Rally di Sinar Harian 11 Sept 2015(page 2)

    ReplyDelete
  9. Tuan Shahbudin,

    3 nama yang tuan sebut iaitu Abd Rauf, Annuar Musa dan Jamal Mohd Yunus ni jangankan sanggup anjur dan hadir demo menyokong Najib, malah kalau cirit birit di bontot Najib pun sanggup mereka jilat dan telan asalkan ada peluang mendapat kedudukan lebih baik dalam kabinet. Najib memang suka sangat dengan orang orang jenis macam ni sebab jiwa pencacai mereka cukup kuat dan mudah dijadikan lembu yg dicucuk hidung.

    Kaum Melayu sentiasa mundur salah satu sebab adalah kerana ada ramai spesis macam ni yang membabi buta sokong untuk perut dan tembolok sendiri tanpa peduli masa depan majoriti melayu lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudia tuan.. tepat sekali tulisan tuan. Sama kuat kussa psikik yg ada pd En Budin.

      Delete
  10. Berhimpunlah semahunyer. Kalau boleh seramai yang mungkin. Kalau perhimpunan yang direstu oleh pemerentah dalam suasa yang padat dan tegang dan tanpa motif yang jelas....hati-hati sikit yer.
    Mungkin kawalan keselamatan akan kurang. Peserta mungkin membawa benda-benda pelik......hati-hati yer.
    Kalau peserta membawa benda-benda pelik, kalau tak guna...tak bermakna....hati-hati yer.
    Tengok saja dalam stadium dua tiga hari lepas....macam nak berperang. .....hati-hati yer.
    Saya harap golongan yang bertentangan pendapat atau bertentangan bangsa dan kaum dengan peserta perhimpunan tersebut, tidak berada dipersekitaran itu. Bimbang berlakunyer provokasi.
    Harap-harap berhimpunlah dengan aman. Nak larang berhimpun?....siapalah saya ni. Jadi, selemah2 iman saya, saya mengharapkan peserta perhimpunan tidak merosakkan harta awam serta tidak berlaku perkara2 lain yang tidak diingini

    ReplyDelete
  11. UMNO semakin di rosakan.

    ReplyDelete
  12. Himpun lah ramai manapun...kalu x pangkah undi tak guna juga....dua dua side sama je....undilah parti mudhalvan...terbaru dan pro rakyat...

    ReplyDelete
  13. Jamal yunus pasti akan dilantik oleh najib sebagai menteri pengumpulan bini dalam negeri Dan menteri tugas2 khas ikan bakar.....

    ReplyDelete
  14. Pengampu najib bolehlah pakai baju T merah nanti masyok macam dia juga yg kayaraya dia sibangang ni dapat rm10 pun dah happy

    ReplyDelete
  15. Pengampu najib bolehlah pakai baju T merah nanti masyok macam dia juga yg kayaraya dia sibangang ni dapat rm10 pun dah happy

    ReplyDelete
  16. DI MALAYSIA sekarang ini orang yg cakap benar dan bolih diterima pakai ialah PUAK2 dari SABAH saperti KERUAK,R.DAHLAN,PANDIKAR YG TERMULIA,dan dari KL pula adalah TPM, TEUKU NAN,ISMAIL SABRI,AHMAD MASLAN,AZLINA OTHMAN ,AG APANDI,dan jamal yunus,Mereka2 ini terlalu jujur dan betul kalah kitab2 HADITH BUKHARY DAN HADITH MUSLIM. Kononnya merekalah yg paling pandai dalam dunia ini.Semua macai2 UMNO terima bulat2 cakap mereka termasuk blogger terkenal ROCKY BRU dan OMAK KAU

    ReplyDelete
  17. Penganjur bersih dikata tidak patriotik kerana bersih 4 dibuat hampir hari kemerdekaan tapi yg ni disokong plak walau dibuat pd 16 Sept iaitu hari malaysia..... Mmg dh pening & kena p berubat mamat sekor ni.... Siapa yg tak patriotik sebenarnya....

    ReplyDelete
  18. kasi ajar sama cina-cina di malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko berfikir tahap rendah la...x boleh berfikr waras...x tahu apa yg berlaku...pergi bual sorang sorag sana.....i

      Delete
    2. 13:03 ini komen orang bodoh..

      Duit tabung2 Melayu kena sedut oleh pemimpin Melayu dia tak sedar..

      Ashik2 nak salahkan bangsa lain..

      Betol2 bonggok punya mentaliti..

      Esok2 pemimpin Melayu rogol anak bini dia, tetapi bila jiran Cina dia repot polis, dia mengamuk dgn jiran dia pula..

      Betol2 bahalol punya bangsat lah kau nie!!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...