Tuesday, 14 July 2015

Tuhan, Panjangkanlah Usia Mahathir....


Membaca posting terbaru Tun Mahathir Mohamad di blog chedet.cc yang ditulis dalam bentuk sajak bertajuk "Malaysia Tanahairku",  barangkali ramai yang tersentuh hati dan sebak dada ketika menghayatinya.

Ia bukan saja kerana luahannya mengenai nasib bangsa dan negara yang tidak jauh berbeza ketika berkuasa dulu, tetapi yang lebih mengharukan apabila bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu mengakhiri sajaknya dengan bait-bait..."biarlah aku pergi, mata terpejam rapat, nafas perlahan berhenti...."

Dalam rangkap sebelumnya pula, beliau menulis, "aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir."

Mungkin ramai yang bertanya, apakah maksud bait-bait tersebut itu?

Apakah "pergi" itu bukan saja bermakna kematian yang merupakan kepastian bagi setiap manusia tetapi bermaksud ingin menjauhkan diri daripada kemelut politik yang sedang berlaku sekarang lantaran kecewa kerana Najib Razak yang ditegur dan diasaknya agar berhenti demi masa depan UMNO dan negara, tetapi terus juga ingin bertahan dengan kuasanya tanpa memperdulikan bangsa dan negara akan rosak binasa?

Apakah sajaknya kali ini bermaksud beliau sudah dapat merasakan misinya untuk menurunkan Najib akan berakhir dengan kegagalan berikutan sikap degil Perdana Menteri untuk berundur, lalu ingin mengalah daripada terus melakukan asakan bagi mengelakkan keadaan lebih buruk dan membiarkan saja takdir menentukannya?

Baru saja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 90, apakah pula luahan rasa hati melalui sajaknya kali ini kerana Tun Mahathir sudah mula merasakan usianya mungkin tidak lama lagi di dunia ini?

Mungkin hanya Tun Mahathir yang tahu apa maksud sebenar luahan isi hati melalui sajaknya kali ini. Tetapi tentunya rata-rata rakyat Malaysia mengharapkan agar Tun Mahathir terus diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usianya oleh Tuhan.

Bukan saja kerana jasa dan sumbangannya terlalu besar untuk negara ini, kekalnya Tun Mahathir dalam persada politik negara dengan sikap prihatin dan pedulinya juga sebenarnya membawa banyak kebaikan negara.

Cuba bayangkan jika sejak bersara pada 2003 dulu, Tun Mahathir hanya diam dan tidak ambil peduli langsung mengenai politik negara?

Di mana hala negara ketika ini dan siapa menguasainya di belakang tabir?

Mungkin juga jika selepas keputusan buruk pada pilihanraya 2008 dan Tun Abdullah Badawi dengan "geng tingkat 4" tidak diturunkan kemudiannya, UMNO dan BN sudah berada dalam pengaruh luar atau tidak lagi menggenggam kuasa ketika ini.

Bayangkan juga, jika di era kepimpinan Najib yang boros dan suka bermewah ini, tiada lagi Tun Mahathir yang disegani dan dihormati dalam negara ini?

Kiranya tiada Tun Mahathir, semua orang  hanya diam dan mewah dengan budaya "cash is king", berapakah agaknya hutang negara dan penanggungan 1MDB ketika ini?

Di sebalik era kepimpinannya selama 22 tahun yang berwarna-warni, disukai dan dibenci, disanjung dan dipuji, tetapi dalam usia senja dan sepatutnya berehat saja, harus diakui bahawa Tun Mahathir sedang melakukan sesuatu yang betul untuk kita semua.

Tanpa kehadiran Tun Mahathir yang terus menegur dan bersuara, keadaan negara dan kesengsaraan rakyat barangkali lebih berlipat kali ganda jadinya.

Tetapi dengan Tun Mahathir kekal berani menegur dan bersuara, generasi yang lebih muda menjadi malu untuk jadi penakut atau hanya akur begitu saja.

Tidak mustahil juga jika tanpa adanya keberanian Tun Mahathir yang masih bersisa sekarang, sampai hari ini pun kita tidak tahu berapa banyak wang yang ada dalam simpanan peribadi pemimpin dan isteri mereka.

Tuhan, panjangkan usia Tun Mahathir sehingga kami rakyat negara ini benar-benar ada keberanian tersendiri.(SH 14/07/2015)

32 comments:

  1. Apakah pemimpin yang berteraskan cash is king boleh hidup aman damai setosa di atas timbunan harta.

    Semua orang akan sampai saat dan ketika, Allah juga bagi cash di dunia dan selebihnya selepas kematian.

    Mahathir telah melakukan yang terbaik sebagai manusia yang ada silap dan salahnya. Samada Najib undur atau tidak itu bukanlah kalah menang Mahathir kerana itu tidak menjanjikan UMNO akan pulih.

    Sudah banyak kerosakan di era Paklah dan makin jahanam di era Najib dan tidak mustahil umno gelandangan selepas ini.

    Hari ini adalah salah untuk kita menuding jari kepada Najib sahaja kerana seluruh kepimpinan umno malah digambarkan akar umbi juga turut menyokong Najib.

    UMNO - Kepala sudah busuk sampai ke ekor, buat perkasam pun sudah tidak layak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sometimes you sucks...but today, you has written one of the most sensible statement.....salute to you kluangman

      Delete
    2. Keluangman baru telan pil kuda sebab tu otaknya pulih sedikit. Tidak melalut-lalut sebab nak terus jadi barua umngok.

      Delete
  2. Aku memang cukup marah kepada Tun sebab singkirkan DS Anwar dengan cara yang keji dan terkutuk, namun sebagai orang yang akal yang waras aku juga mengakui jasa Tun Mahathir dalam membangunkan negara ini dan orang2 Melayu, Dulunya orang2 Melayu kebanyakan bekerja di kampung seperti menoreh getah dan terperangkap dalam kemiskinan dam kedaifan, apabila Tun memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur, Tun telah membawa banyak pelabur2 Jepun ke Malaysia dengan terdirinya banyak kilang Jepun seperti Matsuhista, Sony, dsb maka ramailah anak2 melayu yang menganggur di kampung dapat pekerjaan di kilang ini, ramailah anak2 melayu yang mempunyai pekerjaan dan berpendapatan kalau dulu bila musim hujan maka berikat perutlah tidak makan sebab tak dapat menoreh. Itulah antara jasa Tun yang tidak dapat sesiapa menafikan biar pun oleh musuh ketatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman TM bawa masuk pelabur dan rakyat dapat peluang pekerjaan.

      Zaman DSN bawa masuk pekerja asing - dapat buat komisen.

      Delete
  3. Tuan Shah, sebenarnya Mahadet dapat apa yang dia lakukan kepada negara ini. Angkara musibah yang melanda negara ini dibawah Najib adalah kerana angkara tangan Mahadet sendiri. Tuhan sudah tunjukkan balasan kepada manusia yang alpa seperti mahadet.

    ReplyDelete
  4. Saudara Faizalj jangan cepat melompat. Anon 9.15 berhujah dengan asas, cumanya bahasa yang digunanya kurang beralas. Jika saudara lahir di era lewat 60an dan awal 70an saudara akan tahu maksud Anon 9.15 dan komentar seangkatannya. Mahathir Mohamad bukan maksum, beliau juga pernah melakukan kesilapan. Karma itu pasti, what goes around comes around.

    http://bicaramindamerdeka.blogspot.com/2015/04/dr-mahathir-mohamad-vs-mohd-najib-razak.html?m=0

    ReplyDelete
  5. Anon 9:15 lebih selesa tonggeng punggongnya kat anu..war

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fikiran manusia yang tiada iman dan bertuhankan kepada manusia.

      Delete
  6. wahai kak rossy
    nak buat apa duit byk byk tuh...smpai puluhan billion hilang ?
    satu family kak rossy kenyang
    harta bertimbun rumah bertingkat luar negara taja wayang
    ingat lah duit bukan bley bawak mati
    perbuatan khianat sampai kiamat di lakhanat di caci maki
    jgn sampai anak cucu kencing kat atas kubur kak rossy

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. anu war memang jelas luar biasa kehebatan nya...semua org tahu...
    depan belakang atas bawah kiri kanan di tutoh di taji di jolok di gasaknya..
    kena bersyukur negara terselamat oleh tun mahathir
    tun abdullah failed
    najib also failed
    in muhyiddin we trust and respect

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan buat ajaran karut dan sesat di sini.Madey tetap mamak.Sehebat mana pun memang kaki kelentong.

      Delete
    2. Azhar Abdullah aku agak tidak berpuasa dan jika berpuasa pun hanya dapat lapar dan dahaga shj. Sudahlah menggunakan bahasa biadab malahan membuat fitnah pula persis kaum jahiliah.

      Delete
    3. Fitnah....

      Delete
  9. Tun tu lama dalam UMNO. Dia sangat arif tentang hati budi, sensitviti dan cara berfikir orang orang UMNO. Sejak Tun meletak jawatan langsung tiada perubahanama. Pak Lah tak bawak perubahan. Najib pun sama, tak bawak perubahan juga. Kalau ada pun perubahan yg mundur, tu pun tak melibatkan ramai, cuma menteri menteri yang duduk dalam DS Najib sahaja. Apa tak mundurnya, tiap kali keluarkan kenyataan - mulut yang keluar dulu, esok baru fikir. Pemalas betul, nak fikir pun malas.

    Ok berbalik kita kepada Tun dengan puisinya. Seperti yang saya katakan dikata tadi, Tun tahu dimana letaknya soft spot orang orang UMNO ni. Dan sesuai sangat lah dgn masa dan usianya puisi diterbitkan , dan hasilnya puisi ini telah berjaya menyentuh perasaan sebilangan besar warga UMNO yg rata rata bukan saja sudah hilang arah tapi sudah kehilangan pendirian pun. Juga pertimbangan

    Saya sendiri pun susah nak fikir kat mana yg urat urat ni terbelit dalam fikiran mereka sehinggakan tidak dapat membezakan antara intan dan permata.

    Soalan mudah, apa sebenarnya jasa Najib selama ini kepada bangsa dan negara sehingga mereka sanggup mempertahankan DS Najib sebegitu sekali. Jawapan mudah: DS Najib sebenarnya tidak berbakti langsung malah satu butir jasa pun tiada kepada negara.

    Kesimpulannya - Saya memang tak suka DS Najib dari dulu lagi.



    ReplyDelete
  10. Yang inmate member Najib tu apa lak menyampuk dari dlm cell tu. Apa dia ada ipad ke duduk dlm penjara? 
    Kau nafsu sendiri pun tak boleh kawal nak cerita kepimpinan dan refomasi. Kiasan orang ikut nafsu ni umpama haiwan. Tu pasal kau kene penjara masuk kandang. Bila manusia perangai mcm haiwan. Adalah sebab kenapa Allah tak ambik haiwan memimpin. Cuma binatang tu pandai sikit pasal dia tau pilih jantina pasangan jimak dia. Kau semua tutuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni gila ka.Hujah macam ni jenis manusia tak guna otak.

      Delete
    2. Anon 20:26, apa nak dihairankan sebabnya anon 16:29 itu bukannya penganut islam pun.

      Delete
  11. anon 16.29 bengong!! kalu tarak modai nak cakap,dok diam2 dalam kandang b***b*!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau sentap kenapa? kau macai gay tua eh?
      jangan taksub sangat dgn golongan LGBT ni. Ke kau jenis facebook pelangi. Najib tagteam dgn Anwar kau apa tau.
      Belajar kenal boneka macamana. Sifat dia penipu, pandai cakap, lakon, curi duit, mulut manis, kotey gatal, taat pada master, balaci jadi pemimpin.
      Walaupun kau pandai, tapi jangan mudah diperbodoh dan dibangang2 kat orang. Nanti kau hanya jadi umpama lembu yg taktau apa2. Orang suruh pegi demo turun, lepas tu menyondol sekatan polis ramai2 macam babi liar. Habis penat kena tangkap makan nasi briani lps tu cakap polis bagi nasi putih. Tak sedar dek untung punya babi. Polis pun makan biskut baghal.

      Delete
    2. Kau bangga melayu kena tipu dengan mamak.Melayu macam kau memang jenis bangang.Dengan mamak pun kau percaya.

      Delete
    3. Nak aku nasihatkan anon 19:24 supaya mengucap tak boleh, sebabnya dia ni bukannya penganut islam pun.

      Delete
    4. Anwar pun ada darah keling jugak tapi dia bisex punai dia liar. Lagi bapak penipu besar. Orang bodoh je suka melampau ikut nafsu walaupun belajar pandai. Pengikut dia pun samalah bangang kalau boleh termakan cakap dia.
      Islam aku bukan makbapak korang tentukan. Kau pun ntah islam ke kapir duk mengikut mak ayah dgn buku dari kecik. Munafik semua parti ada pelakunya dlm malaysia. Jangan perasan berimanlah. Korang pun sama je buat Nuar macam nabi maksum. Keluar sabda dgn ayat Quran je terus ingat nuar tu syeikh. Bengong. Syeikh mana main pelacur.

      Delete
    5. Apa Yg nak di hairankan...dua alam...keislaman seseorg bukan dr keturunan... Contoh dr prof redhuan teh

      Delete
    6. Orang kalau umur 30 ke 40 taktau nak menentukan selera seks pada laki ke pempuan boleh dikira midlife crisis . Tapi kalau umur 60 tahun atas masih tetap gak lagi buat perkara sama taktau lah krisis apa yg ada dlm diri dia.
      Ni pun dah jadi satu contoh buruk pemimpin berkrisis. Diri sendiri pun tak dapat nak handle camana nak jadi PM.

      Delete
  12. Orang parti UMNO tak kisah pemimpin makan duit awam janji Orang Melayu munafik memerintaj

    ReplyDelete
  13. saya rasa rangkap "aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir." tak ada kaitan dengan penguduran dari mengkritik najib dan perjuangan menurunkan pahlawan bugis. saya yakin Tun akan turus berjuang hingga keakhir hayat. InsyaAllah

    rangkap itu mmg itulah maksudnya

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Tun.. Katakana lah sesuatu yang benar.. Walaupun sakit dan pahit.. Dikesempatan yang ada, berilah kemaafan Dan pohon lah kemaafan, agar pergi mu bersih, dan gembira.. Orang2 yang baik dan beriman sentiasa berlapang Dada dan memaafkan sesama mukmin.. Orang akan mengenang kebaikan mu dan akan lupa kesilapan mu... Insyaallah.. Mudah2an usiamu panjang dan sempurnakan wawasan mu yang baik..

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...