Tulisan kali ini hanyalah coretan ringan dan santai saja. Tak perlu terlalu banyak berfikir, malah boleh dibaca sambil baring-baring atau ketika berbual dengan kawan-kawan.
Menulisnya pun ketika mata sukar nak tidur dan mungkin terus berjaga sehingga sahur nanti.
Sejak The Wall Street Journal atau WSJ menulis laporan mengenai pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah kira-kira AS$700 juta ke dalam peribadi Najib Razak pada Jumaat lalu, apa yang menimbulkan persoalan ialah mengapa tiada jawapan atau penjelasan yang tepat diberikan mengenai dakwaan itu sehingga ini?
Jawapan Najib hanyalah, "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", "saya tidak akan khianati amanah rakyat", "kalau saya nak menyamun, takkanlah saya guna akaun peribadi" atau ayat lain ala-ala memikat jiwa yang seumpama dengannya.
Semalam, ketika peguam Najib menulis surat kepada penerbit WSJ, Najib sekali lagi menulis di blognya mengulangi perkataan, "saya tak pernah ambil wang 1MDB untuk diri sendiri".
Kenapa diulang-ulang lagi jawapan syahdu sebegitu rupa?
Pendedahan WSJ sangat mudah iaitu mengenai kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib dan jawapan yang seharusnya diberikan juga menjurus ke arah itu.
Kenapa dijawab "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", "saya tak akan khianati amanah rakyat" dan seumpamanya?
Itu bukan jawapan. Kalau dalam peperiksaan, jawapan sebegitu tidak mungkin mendapat apa-apa markah pun.
Jawapan sebenarnya juga sangat mudah, kalau ada wang dimasukkan jawablah "ya" dan kalau tiada pula jawablah "tidak".
Sahabat saya, Mohd Sayuti Omar atau MSO mencadangkan agar Najib bersumpah. Ini pun bagus juga, kalau dalam kes Altantuya Najib boleh bersumpah, tentulah tiada masalah juga untuk melakukannya sekali lagi dalam kes wang bilion- bilion ini.
Sebagai pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri, jangankan menerima kemasukan wang sebesar AS$700 juta atau RM2.6 bilion boleh dicurigai dan merupakan suatu kesalahan, malah jika nilainya RM1 pun tetap kesalahan juga.
Termasuk hari ini, sudah genap seminggu sejak dakwaan itu ditimbulkan oleh WSJ tetapi masih tiada jawapan yang pasti dan meyakinkan daripada Najib.
Sebab itu jangan marah atau melenting bila Tun Mahathir Mohamad minta Najib menunjukkan buku akaun banknya. Ada pula yang menyoal, masa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dulu, pernahkah beliau menunjukkan buku akaunnya?
Maksud tersirat Tun Mahathir ialah kalau susah sangat nak mengaku "ya" atau "tidak", tunjukkan saja buku akaun bank sebagaimana nombor akaun yang sudah didedahkan oleh WSJ itu.
Biarlah buku bank berbicara jika mulut dan lidah sudah tidak boleh berkata apa-apa.
Memang Tun Mahathir tidak pernah menunjukkan buku akaun banknya dan kita pun tidak tahu kekayaannya, tetapi sepanjang berkuasa selama 22 tahun, beliau juga tidak pernah dituduh menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Kalau tiada tuduhan, apa perlunya Tun Mahathir menunjukkan buku akaunnya?
Yang rakyat ingin tahu daripada Najib sekarang ialah betul atau tidak berlaku kemasukan wang ke dalam akaun peribadi seperti yang didakwa WSJ itu, bukannya melencong kepada amanah rakyat yang tidak pernah dikhianati dan kegunaan wang untuk diri sendiri yang kononnya tidak pernah dilakukannya.
Sejauh mana rakyat dikhianati atau tidak, ada Najib menggunakan wang negara untuk kepentingan peribadi atau sebaliknya, biarlah Tuhan menghakiminya di kemudian hari. Masanya akan tiba di akhirat nanti dan Najib tak perlu kecoh-kecoh sangat mengenainya di dunia ini.
Yang dunia ingin tahu ialah tentang kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya, maka jawablah dengan jujur dan tunjukkan buktinya sekali. Mudah dan habis cerita. Rakyat pun pasti akan gembira dengannya. (SH 09/07/2015)
Najib sebenarnya cuma mengelirukan rakyat dan berusaha mengubah isu sebenar. Samada duit yang dimasukkan ke akaun Najib itu dibelanjakan secara betul atau tidak, apa yang menjadikan ianya satu kesalahan ialah memasukkan duit yang bukan mililk peribadinya ( duit 1MDB) ke akaun bank peribadi milik beliau. Ini isu sebenarnya yang dibangkitkan oleh WSJ.
ReplyDeleteJika benar apa yang didakwa WSJ bermakna Najib telah melakukan satu kesalahan kerana duit 1MDB bukanlah duit milik sendiri. Tapi Najib telah terlibat menguruskan duit berkenaan seolah olah duit itu milik diri dan bapak beliau sendiri. Ini yang tidak betul apatah lagi kalau jumlah yang dimasukkan itu dibelanjakan dengan cara yang tidak betul.
Saya bersetuju pandangan Tuan Shah bahawasanya Najib sedang berusaha mengalih isu untuk menutup kesilapan sebenar. Sebab itu Najib tidak pernah pun menafikan duit USD700 juta itu telah dimasukkan ke akaun beliau.
Sudah jelas kini Najib beranggapan duit 1MDB itu boleh saja dilakukan sesuka hatinya. Senang senang dipindahkan ke akaun peribadi. Jika Najib seorang PM yang beretika dan bermoral, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Kini Najib sedang sibuk bersilat lidah untuk menghalalkan perbuatan beliau selain cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru yang kecil. Dah terlambat pun kerana busuk bangkai sudah dihidu sana sini.
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteYang amat PELIK bin AJAIB, KABINET HAPRAK NAJIB masih menyokongnya sehingga ke masa ini. Najib pula masih tidak MALU untuk masih nak bergantung kepada jawatannya. Tak ada maruah diri ke ? Sebagai PM, sewajibnya sudah tahu masa untuk meletakkan jawatan secara bermaruah.
DeleteKabinetnya telah kena pukau
DeleteMARHABAN YAAA RAMADHAN . BULAN YANG PENUH BERKAH
DeleteAssalamu alaikum wr wb.
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH KASENG yang telah menolong saya dalam kesulitan,
Ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,
Sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH KASENG dan dengan senang hati MBAH KASENG mau membantu saya..,
ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubunginya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya 4D kemarin yaitu (5502)
silahkan hubungi MBAH KASENG DI ; (0823 1434 8847) Atau Untuk Lebih Jelasnya ; >>>>KLIK DISINI<<<<
INILAH KISAH NYATA YANG TAK BISA KAMI LUPAKAN SELAMA INI...!!!
TERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ??
DeleteTERIMA KASIH AKY RAJA SEBELUMNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 15 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWA KONTRAKAN RUMAH 500 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR AKY DI INTERNET KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERI AKY RAJA YAITU 4D,,BENAR2 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH AKY RAJA SEKARANG KELUARGA KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB AKY RAJA BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KELUARGA KAMI HUBUNGI AKY RAJA DI NOMOR,085=222=500=175,TERIMA KASIH..!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA MAKASIH YANG PUNYA ROOM ??
klik di sini.
Sifilis dalam seluar Najib makin merebak dan parah. Anti biotik tak mampu lagi merawatinya. Hanya menunggu saat akhir untuk punah . Tiada lagi potensi. Kerana leka berjalang, terimalah akibahnya.
ReplyDeletekita cari malam qqadar.....doakan supaya pemimpin dan penguasa zalim di laknat makhlok langit bumi.......bersih 2.0 kan silaknat ni dari bumi mesia
ReplyDeleteGaya Najib tak ubah seperti Anwar Ibrahim. Mengelabah, menipu dan terus menipu, degil dan buat alasan konspirasi Mahathir. Sejarah berulang
ReplyDeletenajib yang bermaalah kenapa kau kaitkan anwar?adakah anwar curi berbillion2?Jangan samakan najib dengan orang lain.Najib pemimpin umno yang melayu kena kencing selalu akibat bangang tak boleh diajar. Anwar bukan dari parti Umngok.
Deleteya benar,apa kena mengena dgn anuar. yg menyamun najib apa la you ni NFH. Penin Pil kuda ka?
Deletebetuiiii...jangan samakan Najib dan Anwar...ibarat kereta Axia dengan kereta Iriz...tak buleh disamakan sebab berbeza segmen nya..haha
DeleteAnwar duk penjara pun masih nak salahkan dia..pelik2.Kalau dia bebas ntah mcmana. Kalau Najib tu bagus sangat kenapa mengapa ada GST, harga barang naik, minyak tol naik? cuba jawab??
DeleteCap Ayam punya huhuhu
DeleteTak sangka sama sekali Pahlawan Bugis cukup pandai putar belit.Sama hebat dgn anuwar
ReplyDeleteLain ditanya....lain pula dijawab
I do not think people will accept that it is enough for Najib to swear by the Quran in the mosque on this matter. Najib has no more credibility with the rakyat, any words that come out of his mouth cannot be trusted, even if he says in the name of the Almighty.
ReplyDeleteHe has to show his bank account statements just like what Tun Mahathir says.
All these so-calle "investigations" by his subordinates, the IGP, BNM, MACC, AG, are all "wayang kulit". They will turn a blind eye on the crime.
WSJ tidak tuduh Najib salah guna wang negara (rakyat). Mereka hanya cuba buktikan yg wang sebanyak USD700 million dpd sykt2 yg ada hubung kait dgn 1MDB telah dikreditkan ke dalam Akaun2 Bank (Personal) Najib. Itu saja.
ReplyDeleteNajib nampaknya telah melatah dan bertindak seolah-olah terasa bersalah. Mengapa heboh sana sini yg dia tak pernah salah guna wang rakyat? Siapa yg kata dia begitu?
Najib sepatutnya bertenang saja. Jika ada wartawan2 bertanya jawablah, "tak mahu komen, hal ini sedang diuruskan oleh peguam2 saya". Habis cerita.
Mulai sekarang Najib berhentilah menjaja kuih 'saya tak pernah salah guna wang rakyat untuk kepentingan peribadi'. Nanti rakyat semakin menyampah dibuatnya.
'A man is not guilty until proven so...'
Semasa kecil dulu saya pernah membaca buku cerita mengenai Lebai Malang. Satu hari Lebai masuk ke sebuah gua lalu terjumpa harta karun peninggalan lanun bugis yang telah pupus lalu mengambil harta tersebut lalu menanamnya dibawah sebatang pokok rendang. Untuk mengingati tempat disembunyi harta karun ini, Lebai Malang memalang tanda lalu menulis disisinya "DISINI TIADA HARTA KARUN". Satu hari, beberapa lama selepas peristewa itu Pak Pandir melintasi pokok rendang itu lalu ternampak palangtanda Lebai Malang lalu menggali dan menbambil harta ditanam Lebai Malang. Setelah mengambilnya Pak Pandir pun menulis dibawah tulisan Lebai "PAK PANDIR TAK AMBIL HARTA KARUN INI". Dalam cerita ini agak agak Najib berlakun sebagai apa?.
DeleteAgak saya dia pegang 2 watak sekali - lebai malang & pak pandir, macam P Ramlee pegang 2 watak dlm filem Anak Ku Sazali. He he he....
Delete"Saya tidak pernah guna wang rakyat untuk kepentingan peribadi",kalau kita tafsir ungkapan itu sebenarnya Najib telah memberi jawapan bagi persoalan tersebut. Wang tersebut diakui Najib secara berlapik dan bermantik memang diparking ke akaun peribadinya. Cuma bukan utk kegunaan diri sendiri. Jadi duit itu sah digunakan utk tujuan promosi politik. Semakin kerap Najib ulang jawapan itu makin banyak timbul persoalan dan persepsi dan syak prasangka
ReplyDeleteAnwar dgn Najib 2x5 je perangai. Bagi sesiapa yg ingat lagi circa 1998. Ramailah rakyat tertipu dek kepetahan da bercakap. Akhirnya kantoi jugak.
ReplyDeleteNajib pun akan menerima nasib yg sama. Tunggu je lah
Kantoi apa bro, cakap macam orang mabuk jer..
Deletehampa bergaduh la woi..kita olang cina manyak happy tau kah...waa manyak suka maaa.
ReplyDeletenajib vs madet, madet vs anua, anua vs najib, mat sahabu vs hj adi, jijah vs zimin, nazri vs tmj palanevail vs subbramanniam........kita cina hali hali laye...panggang chiok
DeletePuppy : Mummy.. camner ni? Keledek dgn ubi yg kawan I kasi tu kan you yg banyak melantak. You juga yg terkentut kentut tapi org kata I pulak yang kentut...
ReplyDeleteMummy : Nasib you la.. Kan mmg sejak azali org pompuan kalau kentut mesti senyap2 aje.. Dah you sebelah I org ingat mesti you yang kentut. Kikikikiki... Tapi takpe, kita ada 14 hari macai kita dah uruskan. Sempat cari macai lain yg boleh mengaku kentut bagi pihak kita. Sementara tu you kontrol sikit you punya kentut.. bunyi kasi pelan2 sikit.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWalaupun mereka berjaya mensenyapkan Anwar di Sg Buluh namun mereka tetap tidak aman. Ini hukum karma
ReplyDeleteAnwar pun pak musang juga
DeleteTuan Shahbudin,
ReplyDeleteSaya rasa tidak yakin bahawa 'task force' Polis DiRaja, AG, MACC dan Bank Negara akhirnya akan menjumpai apa-apa kesalahan oleh PM pun dalam kes ini. AG Gani Patail dan Ketua Polis Negara nampaknya lebih minat nak cari siapa yang 'leak' dokumen-dokumen bank kpd Wall Street Journal dari menyiasat kesahihan laporan WSJ mengenai kemasukkan wang berbilion ke akaun PM.
Sedih sekali, saya bimbang Tan Sri Zeti Aziz Gabenor Bank Negara yg sebelum ini telah diiktirafkan antara Central Bank Governor terbaik di dunia, juga akan terpalit dgn skandal ini.
Saya amat berharap mereka ini tidak akan berusaha untuk cubaan 'cover-up'.
Zeti diiktiraf tu..ada citer baik boleh dikongsi punya..
DeleteMalaysia ni..penguasa ditubuhkan untuk jaga orang2 kaya dan pemerintah saja..
Kalo mat pet ujung kampung pun, polis boleh check PI MAI PI MAI 3-4 kali sehari.. inikan pula PM..
Bila kita tuduh, kena ada bukti.. ini memang agenda derang dari dulu lagi.. sbb sistem semua derang yg control..kalo rakyat yg control, menggelupoq la jawabnya..
Kalau Tuan Haji tak ambik duit 1mdb, apesal 1mdb mendapat satu pembelaan yg bersungguh dari MCMC? So untouchable.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSaya yakin satu hari nanti dalam bulan dan tahun ni rakyat malaysia bekal di kejutkan bahawa NAJIB didapati TIDAK MELANGGAR UNDANG UNDANG NEGARA DAN DIDAPATI TIDAK BERSALAH dan seluruh rakyat malaysia terima seadanya...sebab ini NEGARA MALAYSIA tiada rakyat yg GANAS DAN TIDAK BERMORAL seperti negara.SETUJU TERIMA PAKAI adalah nilai budaya malaysia yg amat di daulatkan oleh RUKUN NEGARA serta PERLEMBAGAAN Negara. RAKYAT tidak perlu gusar dgn masalah keruntuhan ekonomi negara kerena kita ada seorang pemimpin negara iaitu NAJIB yg bermaruah dan punyai haeta BERBILLION yg boleh di sumbat secara rela oleh semua rakyat..
ReplyDeleteLagi Bukti .... Jom Terjah !!
ReplyDeletehttp://scalar2u.blogspot.com/2014/06/smart.html
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete