Tuesday, 28 July 2015

HARI GELAP BUAT MALAYSIA


Hari ini dianggap hari hitam buat Malaysia. Semuanya kerana satu sebab saja iaitu1MDB. Hanya dalam beberapa jam saja dalam hari ini, tindakan yang diambil Najib Razak untuk menyelamatkan karier dan masa depan politiknya telah menyebabkan suasana negara akan terus menjadi kelam dan gelap yang entah bila akan tiba waktu cerahnya.

Ia bukan saja berkaitan pemecatan Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, tetapi bersekali dengan Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO yang disingkirkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pemecatan menteri yang lain seperti Hasan Malek dan G Palanivel memang tidak menghairankan dan tiada kena mengena dengan 1MDB tetapi nasib yang menimpa Muhyiddin dan Shafie jelas kerana pendirian mereka mengenai syarikat tersebut.

Dalam apa yang dilakukan Najib hari ini, ia mencatat sejarah di mana Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO telah dimangsakan hanya kerana berani menyatakan kebenaran serta mahukan ianya ditegakkan berkaitan 1MDB.

Tidak pernah dalam sejarah UMNO, seorang Timbalan dan Naib Presiden UMNO diperlakukan sebegini rupa, bukan kerana mereka ada skandal atau apa-apa kesalahan jenayah yang lain, tetapi hanya kerana mengkritik sebuah syarikat pelaburan yang bermasalah iaitu 1MDB.


APA JADI DENGAN PETUGAS KHAS?

Sementara dengan penyingkiran Muhyiddin dan Shafie ini menyebabkan tiada lagi suara lantang yang berani mengkritik 1MDB, hari ini juga berlaku pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara.

Gani ketika ini sedang mengetuai pasukan petugas khas bersama SPRM, Bank Negara dan PDRM untuk menyiasat dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai dakwaan pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib.

Beliau diumumkan dipecat atas alasan kesihatan sedangkan biasanya jika seseorang itu menghadapi masalah kesihatan, tuan punya badan sendiri yang membuat pengumuman untuk mengundurkan diri.

Tetapi dalam kes Gani ini ia diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan tambah pelik apabila Gani kemudiannya memberitahu tidak tahu menahu mengenai pemecatannya itu.

Sudah tentu tanggapan umum ialah pemecatan Gani ini ada kaitan dengan siasatan pasukan petugas khas yang sedang diketuainya dan sudah melakukan lima tangkapan setakat ini.

Lalu, apa jadi dengan pasukan petugas khas dan hasil siasatan mereka nanti?

Ada juga yang mula meramalkan, siapa lagi selepas ini yang akan menerima nasib yang sama seperti Gani. Apakah Gabenor Bank Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Polis Negara juga sedang terancam kedudukannya?

Atau pemecatan Gani hanya permulaan amaran kepada yang lain-lain itu?


SIASATAN PAC JADI TERGENDALA - ANNUAR MUSA BAKAL GANTI NUR JAZLAN?

Selain itu, dalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC, Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Sama seperti pasukan petugas khas, PAC juga sedang menjalankan siasatan terhadap 1MDB dan dalam proses untuk memanggil Jho Low, CEOnya Arul Kanda Kandasamy serta bekas CEO Shahrul Helmi untuk proses pendengaran. Beberapa yang lain yang ada kaitan dengan 1MDB sudah pun dipanggil oleh PAC.

Nur Jazlan selama ini agak terbuka serta kritikal dalam isu 1MDB dan lebih mahukan kebenaran yang menjadi dambaan rakyat dapat ditegakkan dalam kemelut yahg menyelubungi syarikat pelaburan itu.

Beberapa kenyataannya dilihat menggembirakan rakyat dan seolah-olah ada harapan kebenaran dapat ditegakkan melalui PAC yang dipimpinnya.

Perlantikan Nur Jazlan lebih dilihat kerana kedudukannya sebagai Pengerusi PAC yang sedang menyiasat 1MDB dan bukannya kerana kelayakannya sebagai akauntan bertauliah atau untuk mengenang jasa ayahnya, Mohamed Rahmat yang pernah menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan.

Ini kerana jika faktor tersebut diambil kira, sudah pasti Najib melantiknya dalam kerajaan lebih dulu sebelum memberi jawatan kepada Ahmad Maslan yang lebih dipertikaikan rakyat kredibilitinya.

Bersama Nur Jazlan, empat Ahli Parlimen lain yang menganggotai PAC turut terlibat dalam rombakan kabinet yang diumumkan Najib hari ini. Mereka yang lain ialah Reezal Merican Naina Merican, Mas Ermieyanti Samsul dan Wilfred  Madius Tangau.

Kehilangan empat anggota PAC ini bukan saja menyebabkan sesi penyiasatan terhadap 1MDB akan tertangguh lagi sehingga perlantikan baru dibuat, malah hasil siasatan nanti juga mula menimbulkan keraguan.

Menjadi perbualan ketika ini bahawa bekas Pengerusi Mara, Annuar Musa akan dilantik sebagai Pengerusi PAC kerana beliau dilihat berpengelaman serta vokal mempertahankan kerajaan. Apabila khidmatnya di Mara tidak disambung pada 17 Julai lalu, beliau pada mulanya dijangka akan dilantik semula ke dalam kabinet, tetapi dengan ketiadaan namanya sebagaimana yang diumumkan Najib tengahari tadi, jawatan Pengerusi PAC adalah paling munasabah buat Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan itu.


ZAHID - DARI SETPOL JADI ORANG PALING KANAN NAJIB

Secara umumnya perlantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin sudah mula diperbualkan ramai sejak beliau pergi menunaikan umrah ke Mekah bersama Najib dan Hishammuddin tidak berapa lama dahulu lagi.

Diperbualkan bahawa berlaku perjanjian atau "baiah" di Mekah untuk melantik Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan dipersetujui oleh Hishammuddin berikutan Muhyiddin dan Shafie Apdal ketika itu sudah mulai kritikal mengenai 1MDB serta menunjukkan kecondongan kepada Tun Mahathir Mohamad.

Jika ikut nalurinya, Najib dikatakan ingin melantik terus sepupunya, Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan sekaligus calon penggantinya sebagai Perdana Menteri tetapi dibimbangi ianya menimbulkan serangan nepotisme terhadapnya.

Dengan itu, oleh kerana Zahid lebih berusia daripada Najib, beliau hanyalah watak Timbalan Perdana Menteri sementara saja sehingga ke suatu masa di mana Hishammuddin benar-benar boleh diterima sebagai bakal Perdana Menteri.

Walaupun Zahid agak popular dalam UMNO dan mendapat undi tertinggi sebanyak dua kali bagi jawatan Naib Presiden UMNO, ramai yang masih skeptikal terhadapnya berikutan pengalamannya yang belum cukup luas dalam kerajaan serta kedudukannya sebagai bekas Setiausaha Politik kepada Najib sebelum ini.

Bagaimana janggalnya bekas Setiausaha Politik menjadi Timbalan Perdana Menteri ialah seperti kita membayangkan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu, tetapi Timbalan Perdana Menterinya ialah Aziz Shamsudin atau Megat Junid Megat Ayob.

Atau ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri dulu, namun Timbalan Perdana Menterinya ialah Othman Desa atau Reezal Merican.

Bolehkah kita membayangkannya? Tentu janggal dan melucukan bukan?

Itulah yang berlaku kepada gandingan Najib dan Zahid ini dan yang demikian, kedudukan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tanggapan ramai hanyalah sementara dan sebagai "budak suruhan" semata-mata kepada Perdana Menteri.

Rakyat tidak akan meyakini Zahid, lebih-lebih lagi pengundi bukan Melayu langsung tidak menyenanginya sebagai pemimpin kerajaan. Orang Perak mungkin boleh berbangga kerana inilah kali pertama pemimpin negeri itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.


HARI UNTUK SELAMATKAN DIRI

Apa yang berlaku hari ini, melalui pemecatan Muhyiddin dan Shafie, penyusunan baru kabinet, penyingkiran Peguam Negara yang sekaligus menimbulkan keraguan terhadap peranan pasukan petugas khas dan melantik Pengerusi serta beberapa ahli PAC  ke dalam kabinet yang menyebabkan jawatankuasa itu dapat disusun semula dan dilengahkan daripada menjalankan peranannya, ia adalah semata-mata untuk mengekalkan kedudukan Najib lebih lama lagi di Seri Perdana.

Perlantikan Mahadzir Khalid sebagai menteri dan Johari Baharom, Ketua UMNO Kubang Pasu sebagai timbalan menteri pula tidak lain adalah untuk membendung pengaruh Mukhriz Mahathir di Kedah dan sekaligus sebagai persiapan untuk menghalang pengaruh Tun Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka inilah juga yang memainkan peranan menyekat kemenangan Tun Mahathir sebagai perwakilan UMNO Kubang Pasu ketika Mahadzir Khalid menjadi Menteri Besar Kedah dahulu.

Ia jelas memperlihatkan bahawa demi mempertahankan kuasa dan kedudukannya, Najib sanggup melakukan apa saja tanpa memperdulikan perasaan atau tanggapan rakyat yang semakin memburuk terhadapnya.

Ia akan membawa awan mendung berarak lebih tebal mengelilingi bumi Malaysia sehinggalah tarikh pilihanraya umum akan datang. (SH 28/07/2015)

21 comments:

  1. Hari gelap berpanjangan atau berakhir bergantung kepada Muhyiddin. Jika semangat Anwar Ibrahim menjelma dalam dirinya nescaya sinar akan kembali mencerahkan bukan sahaja dirinya malah seluruh rakyat Malaysia. Menjatuhkan keseluruhan 'crook' menjadi mudah dengan sokongan Dr Mahathir dan Harapan Baru (Pakatan Rakyat). Terserah.

    http://bicaramindamerdeka.blogspot.com/2015/07/pm-vs-tpm-muhyiddin-out.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Sy sambung komen sy d artikel tuan bloq sblum ini.C antara mat poyo dgn mat pointer tentu lah mat poyo lebih baik lgpun dia dah jd naib presiden umno najib cuma tak ada pilihan sj.tuan bloq jgn bimbang kita mesti betsangka baik dgn TUhan.mendung akan berarak juga nanti.kabinet baru dgn muka buruk tak akan dpt menutup bangkai gajah.bau busuknya telah berlegar d seluruh dunia.najib kata kabinet baru utk teruskan agenda pembangunan sebenarnya maksudnya adalah agenda utk merompak.bangunan besar telah ddirikan utk rompakan berlesen jd jgn sesiapa buat bising atau kata tak puas hati.jgn ada sebarang soalanpun.kalau tak fahampun buat bodo sj.kalau rakyat tanya buat muka tahi.tak selamat berjaya najib dgn muka kau yg dah nampak cam taik tu.rombakan kabinet hanya akan menambah keruh.

    ReplyDelete
  3. Kita tengok siapa yg tergolek lepas ni? Kita akan saksikan umno/bn akan hancur didepan mata madey kutty spt yg dikatakan Ustaz Fahdil Noor dulu. Madey akan saksikan kemusnahan negara ini semasa hayatnya.InsyaAllah ianya akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Semoga Allah selamatkan rakyat dari ditimpa bala angkara kezaliman umno/bn.

    Abuamir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak2lah kalau nak kata kat orang. Rumah tangga sendiri pun bercelaru dan lintang pukang. Syurga yg dijanjikan entah kemana. Lari pula dalam perjuangan. Sanggup ker cerai bini talak 3? Skrng tak pasal2 kena cari cina buta.

      Delete
  4. Lagi cerita panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    ReplyDelete
  5. Ini nama dia buang tebiat. Selalu orang sikap macam ni sedang menunggu calling of god atau panggilan Ilahi.

    ReplyDelete
  6. Buat apa nak berundur kalau peluang utk merompak masih terbuka.lagipun jika berundur nampak sgt bersalah.biarlah najib mati tercekik krn keangkuhannya

    ReplyDelete
  7. Awan mendung akan bearak juga n sinar pasti akan menjelma.semoga awan akan membawa segala kejahatan yg berlaku dlm negara kita bersamanya n menjadikan negara kita bersih dr segala kejahatan n tipu daya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di akhirul zaman kezaliman akan bermaharajalela....terimalah hakikat....kesejahteraan akan tiba apabila dajal musnah dan nabi Isa sebagai pemimpin.....jangan jadi golongan yang rugi...

      Delete
  8. Orang nak tukar ganti jawatan PM, kenapa TPM pulak jadi mangsa?

    Di negara lain seperti Jepun, kalau PM ada masalah dan di kritik ....letak jawatan, di Malaysia, orang yang mengkritik di gugurkan....gila....zaman edan kata Anwar Ibrahim...

    ReplyDelete
  9. Muhyi @ mat sembap

    Zahid @ badak air

    Dua dua akan dikorbankan untuk bagi laluan hisapudin jd tpm dan muflis botak jd mof.

    Sudahnya hisapudin jadi PM dan muflis botak jd TPM... Geng bangsawan ni jugak...

    Bodoh punyer melayu umno ... Pusing roda sama

    ReplyDelete
  10. SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    ReplyDelete
  11. Shah, don't you worry.. we may not have to wait until the next general election... That will have time to tell and us all to make the efforts... InsyaAllah. Now, on another matter of importance: on hindsight, with what's happening today in Malaysia that we love, truly it should have been the right move for you-know-who to step down temporarily while all investigations on the 1MDB are taking place. The fact that that didn't happen leads to what is called "the conflict of interests". And such conflict of interests has led him to make so many moves today which in his view will prolong his hold on power but which will only bring disservice to Umno, Malaysia and the ummah.

    ReplyDelete
  12. Jadilah ia sebuah kabinet penuh pengampu.ayuh geng muhyidin geng palani geng pee apdal tsunami.melayu india sabah pula.jika susah sgt kita bakor je najib tu.eh tak bleh bakor itu hantu kak limah boleh la.tp tak apa najib mmg akan terbakor akhirnya dgn duit haram bilion bilion nya itu.ingat kuasanya lebih besor dr kuasa Tuhan.Allah maha mengetahui kata najwa anak muhyidin najwa anak najib sedang enjoy menjoy dgn duit pappy nya.najwa latif sedang menyanyi.

    ReplyDelete
  13. Woww!! Wonderful day..
    Tiba2 Gani Patail dpt simpati walaupun dulu teruk kena maki
    Muhyiddin Yassin perli2 tauke kan dah kena talkin
    Shafie Apdal banyak skandal last2 kena bedal
    Salleh Keruak berbaloi menjilat naik taraf dah dapat kepak
    Zahid Hamidi senyum lebar terima qada' dan qadar

    (Jibby..??)
    Kalau aku tak cantas dia org senaklah aku kena cekau dgn Rossy
    Kalau aku tak rombak nanti apa aku nak jawab dgn proksi2

    ReplyDelete
  14. Itulah politik Malaysia. Dan orang melayu di sihirkan dengan perkara-perkara seperti ini. Perkara asas tentang tata kelola pentadbiran negara langsung tak der. Semua nak carik makan..nak ada pangkat..bodek kuat..dapat jawatan. Lepas tu, guna nama Allah swt dan agama untuk menghalalkan cara...Letih tengok situasi politik Malaysia..Ekonomi teruk langsung tak di tangani. Duit jatuh, barang mahal GST semua rakyat kena tanggung. Mereka yang juak2 diatas beretorik bagi janji manis! Yg kita pulak dok sokong la juak2 ni..Hanya di Malaysia...

    ReplyDelete
  15. Muka-muka pengampu dan muka-muka kitar semula dlm kabinet baru..alahai

    ReplyDelete
  16. Ini semua salah Tun itu kesimpulan aku. Dulu ada calon terbaik dituduhnya kaki liwat. Kalau betul pun kaki liwat itu dia dengan Allah, tidak songlap duit rakyat berbillion, sekarang semua rakyat terbeban dengan bencana yang dibuatnya, Duit komisen kapal selam RM 500 juta selamat, duit 2.6 billion masyuk, guna jet kerajaan macam hak peribadi Tak cukup duit cukai rakyat dengan GST Yahoo bestnya.Apa pun malasyia masih aman.

    ReplyDelete
  17. Najib semakin menambah onar yg dibuatnya.ya kumpul lg kejahatan org n Tuhan lihat semua.undur najib sebelum negara jd mundur.najib sesak dan terdesak.dia ingin mati dilaknat.masih ada masa utk bertaubat tp dia degil lg mcm firaun.akhirnya mati tenggelam.

    ReplyDelete
  18. Ini semua salah emak bapak engko....nape suka salahkan org lain?????sendiri buat sendiri tanggong ler!!!!!!

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...