Tiga sekawan daripada kumpulan progresif Pas iaitu Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani telah ditawarkan menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat setelah berlaku "pembersihan etnik" dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.
Bagaimanapun ketiga-tiganya masih menimbang sama ada mahu menerima atau menolak tawaran tersebut dan adalah dijangka keputusan mengenainya akan dibuat selepas Aidilfitri nanti.
Dalam pemilihan itu, semua kumpulan progresif dibersihkan daripada memenangi jawatan di peringkat Pas Pusat, kecuali pejuang peneroka Felda, Mazlan Aliman yang "terselit" menang sebagai Ahli Jawatankuasa.
Beliau bagaimanapun meletakkan jawatan beberapa hari kemudian dengan alasan mahu menumpukan perhatian kepada NGO Anak yang diasaskannya.
Salahuddin dan Mahfuz tewas bagi jawatan Naib Presiden manakala Mohd Taufek pula kecundang bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas.
Beberapa tokoh penting Pas yang selama ini mewarnai politik negara, dikenali ramai dan memberi banyak sumbangan kepada parti itu seperti Mohamad Sabu, Husam Musa, Dr Mujahid, Khalid Samad, Hanifa Maidin, Nizar Jamaluddin dan ramai yang lain yang dicop sebagai kumpulan progresif atau profesional dalam Pas, semuanya kecundang di tangan kumpulan pro ulama.
Bagaimana proses mengenepikan kumpulan progresif ini berjalan kelihatannya sangat tersusun memandangkan dalam UMNO sendiri pun proses pembersihan sebegitu rupa tidak pernah terjadi di mana-mana pertandingan yang pernah diadakannya meskipun beberapa kali berlaku perebutan di peringkat pucuk pimpinannya.
Lantaran itu, ramai yang kecewa melihat bagaimana kumpulan progresif ini diketepikan, tambahan pula sebahagian yang memenangi jawatan baru-baru ini tidak begitu dikenali ramai dan masih hijau lagi. Mereka menang hanya semata-mata diletakkan dalam "cai" pro ulama.
Tidaklah menghairankan apabila Mohamad Sabu sendiri melihat bagaimana kumpulan progresif ini diketepikan tidak ubah umpama proses "pembersihan etnik" yang biasa dilakukan di negara-negara bekas kesatuan Soviet Union sebelum ini.
Persoalannya, apakah keputusan yang wajar bagi ketiga-tiga sekawan itu? Menolak atau menerima perlantikan yang ditawarkan?
Melihat bagaimana kumpulan progresif ini difitnah dan diaibkan sepanjang pemilihan lalu dengan gambaran antaranya mereka adalah tajaan DAP dan digelar Jebon, adalah wajar tiga sekawan ini menolak tawaran tersebut.
Kumpulan progresif harus memberi peluang sepenuhnya dan seratus peratus kepada kumpulan ulama mentadbir Pas dalam tempoh dua tahun akan datang ini kerana itulah yang dikehendaki oleh para perwakilan sebenarnya.
Biarlah pimpinan baru ini menentukan hala tuju Pas dan mencatur perancangannya tanpa campurtangan daripada kumpulan progresif ini. Berkembang atau menguncup dalam dua tahun sehingga pemilihan akan datang, Pas pro ulama inilah yang harus memikul bebannya.
Lagi pula, satu-satu Ahli Jawatankuasa Pas yang menang, Mazlan Aliman telah menunjukkan semangat setiakawan dan solidariti dengan tindakan terpujinya meletakkan jawatan kerana ingin "serentak seirama" bersama rakan-rakannya yang kecundang.
Dan kini adalah masanya pula bagi rakan-rakan yang tewas tidak menerima sebarang tawaran daripada Pas untuk menduduki apa-apa jawatan sekali pun. Bersolidaritilah pula kepada Mazlan Aliman.
Jika salah satu atau ketiga-tiga sekawan ini menerima tawaran itu, bermakna mereka tidak menghargai sama sekali pengorbanan yang telah dilakukan oleh Mazlan Aliman itu.
Salahuddin, Mahfuz dan Mohd Taufek tidak perlu risau mengenai masa depan mereka jika menolak tawaran sebagai Ahli Jawatankuasa itu kerana mereka akan lebih dihormati jika tidak menerimanya berbanding sebaliknya.
Lebih dari itu, Mahfuz yang kalah Naib Presiden juga sudah pun digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah baru-baru ini dan dengan itu tawaran sebagai Ahli Jawatankuasa tidak memberi banyak makna kepada nilai dirinya yang sudah ditolak dua kali sebenarnya.
Tindakan Pas tidak menawarkan sebarang jawatan kepada Mohamad Sabu yang kalah bagi jawatan Timbalan Presiden Pas juga menimbulkan tanda tanya seolah-olah beliau tidak diperlukan lagi dalam perjuangan masa depan parti itu.
Sebaliknya kepada Mohamad Sabu sebagaimana yang diucapkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas yang baru, beliau sekadar dirayu agar terus bersama-sama Pas dan tidak mencari wadah baru untuk meneruskan perjuangannya.
Tidakkah tindakan menawarkan jawatan kepada Salahuddin, Mahfuz dan Mohd Taufek ini seolah-olah ingin memecahkan kumpulan progresif yang ketika ini nampaknya sedang bersatu?
Setelah keseluruhan kumpulan progresif dilabel dengan pelbagai gelaran dan disingkirkan melalui "cai", kini mereka cuba dipecahkan pula dengan tawaran jawatan kepada tiga sekawan ini.
Rupa-rupanya benarlah dalam serban dan jubah pro ulama ini, siku dan lutut lebih banyak peranannya. (SH 22/06/2015)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteEn Budin, pada aku PAS sudah lama berkubur terutama slps Hadi jadi Presiden. Betul2 tak wujud lagi setelah TGNA meninggal. Waktu itu PAS memang betul2 macam sampah dgn anai2 tak henti2 memuji aruah TGNA dek berkuburnya PAS ini.
ReplyDeleteJika dilihat layanan terhadap profesional PAS slps muktamar betul2 mcm sampah. Memang benarlah telahan aku yg PAS ni parti kampungan. Takat hidup makan ubi kayu dan ikat batu ala nabi diperut, cukup boleh hidup, ini adalah satu kejayaan pada PAS.
Lagi menyerlahkan yg PAS ini ada hati nak berpadu2 dgn UMNO atas nama nak laksanakan hudud, jelas PAS adalah parti perkauman dgn menggunakan agama sebagai modal untuk mentololkan melayu.
Jika ditoreh kulit setiap ahli PAS pun, rata2 masih utuh dengan pegangan UMNO dan memperjuangkan melayu secara amnya. Yg bergagah nak kekal dgn PR ialah TGNA sendiri. Dgn pemilihan sblm muktamar pun kita boleh tahu kemana ujung pangkal perjuangan PAS akhir2 ini.
Kepompong kampung PAS ni tetap tak berubah sbb mereka bukannya nerminat nak berpolitik pun. Mereka nakkan agama dan hal politik langsung tiada harga pada mereka.
Dengan barisan cai yg ada, PAS akan terus hidup sebagai parti lebai2 kampung yg x faham ekonomi rakyat yg sudah lumpuh.
Namun sebuah ekonomi boleh berubah sekelip mata menjadi baik sekalipun dijaga oleh si luncai dengan hanya berdoa sahaja. Usaha dengan jampi serapah, semuanya boleh melegakan segala derita zahir batin.
Pastu jadi Parti Siku dan Lutut ataupun Parti Lebai dan Labu-Labu. Tunggu letak sungai jer...
DeleteTapi hat dok kat atas semua kaya bergaya macam pemimpin umno juga. Bila nak bertanding minta derma kat org bawahan.
DeleteSalehduddin, Mahfuz dan Taufik akan jadi budah suruhan Hadi kalau terima jawatan tu. Kan Ketua Majlis Syura Harun din dh keluar arahan Ahli dan Jawatankuasa Pas Pusat mesti mematohi Presiden Hadi.
ReplyDeleteCWC Pas dan ahli2nya nampaknya jadi macam balaci Hadi.
Tengok apa tindakan Selehuddin, Mahfuz dan Taufik nanti....
Anda pasti suka yang ni ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<
ReplyDeleteMiss Vee.. ada buat servis sampingan tak untuk duit raya ni? Saya nak servis yg geli-geli tu. Pasti saya suka. Berapa RM sejam ya?
DeleteSetuju, bagi Geng Ulama Siku dan Lutut pulak buat kerja sampai mencapai matlamat Pas, iaitu mencari keredhaan Allah. Mereka ini wala dan di pihak yang benar, sesungguhnya kemenangan sudahpun di tangan mereka. Hudud sedang dipertimbangkan oleh Dato' Najib.
ReplyDelete1. 'Ulama-ulama' PAS a.k.a Parti Serban Taliban sudah kecut perut melihat sokongan akar umbi dan penyokong atas pagar terhadap kumpulan profesional-progresif yang disingkirkan mereka secara 'block' Muqtamar lalu. Lebai-lebai sedar jika kumpulan progresif ini bersatu & menubuhkan parti baharu yang semirip PAS Geng Ustaz bakal menjadi sejarah dan parti 'Ulama' mereka kembali menjadi parti 'pondok' seperti sebelum Almarhum Ustaz Fadzil Noor mengambil alih kepimpinan.
ReplyDelete2. Usaha 'terhegeh-hegeh' terpaksa digerakkan. Presiden paksa-rela menjilat ludahnya sendiri setelah hebat mencela kumpulan profesional-progresif sebagai Jebon, Barua dan Tali barut PKR-DAP sehingga tergugur mereka dari Jemaah yang direstui Almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz. Ia bukan suatu tindakan yang mengejut. Selepas Ketua Dewan Ulama yang juga anggota Majlis Syura 'go head go stan' isu penceraian dengan DAP, lebai-lebai pula berdrama merekalah 'berhati suci berjiwa Islam' dengan mempelawa beberapa bekas AJK yang 'kurang keras' untuk menyertai saf kepimpinan baharu. Ini sebenarnya hanya untuk menutup tuduhan 'strategi terancang' kumpulan Geng Ustaz yang menjadikan pemilihan lalu paling kotor dan keji dalam sejarah PAS.
3. Tindakan lebai-lebai ini semata-mata menjaga kedudukan dan pengaruh mereka bukan sahaja dalam PAS tetapi di persada politik tanahair dan kesatuan Islam antarabangsa. Tindak tanduk Haji Hadi semenjak dua Muqtamar lalu tidak mencerminkan apa yang ditarbiahnya. Sikapnya yang panas baran dan kuat mencemuh itu telah menutupi warasnya untuk menghargai pengorbanan kumpulan profesional-progresif, yang rata-rata telah berjuang dalam Jemaah PAS lebih lama dari majoriti lebai dan 'ulama mee segera' yang menang dalam pemilihan lalu.
4. Selepas mendapat penghinaan terbesar dalam sejarah penglibatan mereka dalam Jemaah Islamiah dan pertubuhan politik, adalah wajar dan bertepatan kumpulan professional -progresif menolak tawaran jawatan tersebut. Malah adalah lebih afdal kumpulan professional-progresif meninggalkan jemaah yang dipimpin ulama-ulama yang memimpin mengguna siku dan lutut dalam jubah mereka serta bersegera menubuhkan wadah perjuangan baharu. Jika penyokong pro ulama gagal melihat dan menghargai pengorbanan kumpulan profesional-progresif selama ini, Melayu Muslim dalam PKR malah dalam UMNO serta bukan Melayu/Muslim akan menghargai dan menyokong mereka.
5. Doa lebai-lebai yang 'hanya mencari keredhaan Allah bukan kemenangan ke Putrajaya' akan diperkenankan Allah sedikit masa lagi. Mereka ditaqdirkan menjadi para pendaqwah yang baik. Dan Allah akan memaqbulkan doa kumpulan professional-progresif untuk kekal berjuang mempertahan serta mengembalikan hak-hak rakyat yang terinaya. Dan kumpulan ini ditaqdirkan bergerak dalam Jemaah baharu yang lebih baik dan sempurna. Insha'Allah.
Setuju dgn pandangan anda.
Deleteaku tak setuju langsung....
DeleteKalau niat untuk berdakwah maka berdakwahlah kenapa nak berpolitik, kenapa nak berparti...bila dah berparti sudah tentu berpuak...Bila berpuak saja cari nahaslah...macam PAS skrng ni
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSenang cakap Pas ini memang tidak boleh diletakkan harapan oleh rakyat Msia.Bankrup idea,bohong,mulut celupar,pandai cakap kerja hancur dan yg paling bangang selalu buat uturn setelah sesuatu kptsn dipersetujui.
ReplyDeleteKalo perintah negara, duit hilang akan disalahkan takdir Allah. Salah urus sumua datang drpd Allah. Melayu2 professional pun dok kene pebodo jer dgn lebai2 kampung ni.
DeleteWe are cheated islamically. Cheating in islamic way is good for lebai2 kampung.
Sedarlah, ramai melayu masih otak kampung walaupun keluar dan tinggal di bandar. Otak2 felda ini terus berkembang dgn hidup ditipu lebai kampungan untuk mendapat syurga dgn rasa sedikit nikmat berjimak.
Gereja2 di eropah sunyi sepi apabila Bishop niagakan agama Kristian. Apakah kita juga dpt melihat masjid2 kita akan terus sunyi sepi disebabkan mufti2 dan lebai2 kampung niagakan Islam?
Kena tanya khalid gerejalah
Deletehuh....macam mana dia orang lilit serban macam tulah mereka belit orang..pembohong saja PAS ni.
ReplyDeletetak dapat dinafikan.....akhirulzaman,,,islam akan dihina, sehina hinanya, yang mengaku islam akan hebat menghina islam.........maka benarlah sabda rasullah.......sesungguh siksaan Allah itu amat pedih.
ReplyDeleteDah jelas PAS buat kerja serupa kepalabutuh, kendian gunakan islam untuk mengkepalabutuhkan orang, jika terkena atas batang hidung sendiri, baru lu menggelupoq nak paham dan mula nak maki balik.
DeleteTolonglah jangan membodohkan orang menggunakan agama. Kelak agama anda akan dicaci. Sendiri mau ingat.