Wednesday, 3 June 2015

Penyokong Najib Terpaksa Menunggu Lagi


Sejak pagi semalam, apabila tersebar hebahan mengenai kepulangan Muhyiddin Yassin dari luar negara bakal disambut secara besar-besaran dan kemungkinan beliau akan membuat pengumuman penting, yang paling gelisah dan tidak senang duduk ialah para penyokong Najib Razak.

Mereka menanti dengan penuh debar sambil di media sosial meramalkan pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku. Semuanya tergambar bernada bimbang.

Apabila ada yang melaporkan bahawa Muhyiddin bakal mengumumkan perletakan jawatannya sebaik tiba di KLIA, terdapat antara mereka yang meluahkan perasaan bahawa detik hitam dalam UMNO dan perpecahan di kalangan orang Melayu akan berlaku sekali lagi.

Secara tidak langsung ia menggambarkan ketakutan mereka terhadap gerak dan gertak politik Muhyiddin dan dalam masa yang sama juga menyerlahkan kekuatan Najib yang digembar-gemburkan selama ini tidaklah setara mana sebenarnya.

Kalangan para penyokong Najib hanya kelihatan lega apabila akhirnya mendapati sebaik Muhyiddin tiba di KLIA, beliau tidak membuat pengumuman apa-apa, malah tidak bercakap pun dengan puluhan wakil media yang sedia menunggu.

Lebih melegakan mereka ialah apabila mendapati orangramai yang menyambut Muhyiddin hanyalah kira-kira 200 orang saja dan ia tidaklah melebihi sambutan yang diterima Najib di kebanyakan acara meraih sokongan yang diadakannya di pelbagai tempat sejak kebelakangan ini.

Menjelang lewat malam tadi, para penyokong Najib seolah-olah telah mencapai kemenangan kerana kebimbangan mereka Muhyiddin akan membuat sesuatu pengumuman yang boleh menjejaskan masa depan "boss"  mereka tidak menjadi kenyataan akhirnya.

Ada juga yang mengucapkan syabas kepada Muhyiddin kerana kononnya tidak mudah melatah dengan provokosi yang ingin melaga-lagakannya dengan Perdana Menteri.

Sekali lagi, tanpa sedar mereka telah mengakui kedudukan Najib yang kian rapuh itu telah diselamatkan hanya kerana Muhyiddin tidak membuat sesuatu pengumuman yang mengejutkan sekembalinya dari luar negara.

Hanya kerana provokasi kecil-kecilan dan mainan persepsi di media dan laman sosial, penyokong Najib barangkali ada yang sudah hilang selera makan dan tak lena tidur sejak semalam.

Sebenarnya Muhyiddin memang tiada perancangan langsung membuat sesuatu keputusan atau pengumuman yang mengejutkan sekembalinya daripada percutian malam tadi. Jemputan menyambutnya hanyalah diedarkan kepada rakan, kenalan dan para penyokongnya saja.

Ia memang acara biasa setiap kali Muhyiddin pergi atau kembali dari luar negara. Ia adalah sebagai tanda kemesraan dengan Timbalan Perdana Menteri itu sejak sekian lama dan biasanya hanya diadakan secara kecil-kecilan atau sederhana saja.

Mereka yang menjadi penyokong atau biasa dengan Muhyiddin, tentu tahu bahawa adalah lumrah menerima pesanan ringkas bagi sebarang acara yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri itu.

Para penyokong dan mereka yang biasa dengan Muhyiddin juga tentunya arif bahawa amat mustahil bagi Timbalan Perdana Menteri itu membenarkan dirinya disambut secara besar-besaran dan kemudian disusuli pula dengan membuat sesuatu pengumuman penting mengenai masa depannya.

Sejarah politiknya sejak menjadi Menteri Besar Johor dan ketika mendesak Tun Abdullah mempercepatkan perletakan jawatannya pada 2008 dahulu jelas memperlihatkan Muhyiddin adalah seorang yang berhati-hati dan hanya membuat keputusan penting jika keadaan benar-benar memihak kepadanya.

Hanya kebetulan saja kembalinya beliau dari bercuti kali ini bertembung dengan kehangatan isu politik negara dan baru beberapa hari pula Najib memberi kata dua kepada anggota kabinetnya sama ada bersamanya atau mengundurkan diri jika tidak bersetuju dengan pelan hala tuju yang dibentangkan mengenai 1MDB.

Tetapi semua itu tidak sesekali membuatkan Muhyiddin perlu memberi reaksinya dengan segera.

Dalam kemelut politik semasa, terutama berkaitan 1MDB dan kritikan Tun Mahathir yang sedang menjadi isu besar dalam negara, sesuatu yang harus difahami oleh para penyokong Najib ialah pendirian Muhyiddin tetap sama dan tidak berubah berbanding sebelum ini meskipun tiada apa-apa pengumuman dibuatnya sebaik kembali daripada bercuti bersama keluarganya malam tadi.

Muhyiddin tetap Muhyiddin yang dulu. Pendiriannya mengenai 1MDB tidak berubah, begitu juga sikapnya terhadap teguran dan kritikan Tun Mahathir kepada Najib tetap sama seperti dulu.

Tidak disambut oleh puluhan ribu penyokong dan tidak bercakap dengan media, tidak bermakna tiada apa-apa, jauh sekali menjadikan Muhyiddin tiba-tiba berubah menjadi seorang "penakut" atau sanggup melutut kepada Najib.

Tidak meletakkan jawatan sekarang tidak bermakna tidak berbuat demikian di lain ketika, kekal dalam kabinet tidak juga bererti tidak boleh terus berbeza pendirian.

Yang nyatanya, penyokong Najib kena menunggu lagi dan akan terus berdebar-debar menanti langkah Muhyiddin seterusnya. (SH 03/06/2015)

Muhyiddin mengaminkan doa sebaik selamat tiba di KLIA...

Bersalam dengan rakan, kenalan dan penyokongnya yang menunggu sejak petang lagi...

Ceria sambil beramah mesra dan bertanya khabar dengan mereka yang menyambut kepulangannya...

Ini adalah antara ratusan yang menunggunya di KLIA...

19 comments:

  1. Kematangan dlm berpolitik.....come on TSM.

    ReplyDelete
  2. jalau ini sajalah sokongan TSMY jawapnya tak payah la nak lawan najib. UMNO pon cuma tunggu GE14 nanti la nak di talkinkan.

    ReplyDelete
  3. Syabas. Pendirian yg tak terburu buru. Biar yg disana saperti cacing kepanasan.

    ReplyDelete
  4. Aii Yaa , tatak itu sepunduk , " I Love TPM " lea aa .

    ReplyDelete
  5. Dah la BUDIN.....buan masa buat cerita.Kalau TSMY nak buat ,dulu masa panas ok la,sekarang ini silapx dia digugurkan.Kan orang kuat kau,TDM kata tidak ada orang yang layak jadi PM sekarang ini.Kesian lihat TDM sekarang macam merapu sekarang sebab terima maklumat yang tak lengkap dan ini membuat orang membuat tafsiran dia dipergunakan olih pihakx yang berkepentingan.Bagi kau Din bukan orang UMNO yang kena tunggu,tapi sebaliknya.Orang UMNO senyap aja,rakyat senyap aja,minyak naik,senyap GST mula reda,1 MDB banyak tak faham macam bloggers yang tunjuk pandai.....Good luck to you....

    ReplyDelete
  6. Kalaulah UMNO betul-betul adil kepada manusia, bela orang Melayu, sumbat ke dalam penjara sesiapa buat rasuah dan lain-lain ajaran Quran.....maka saya isytihar tinggalkan parti lain dan masuk UMNO.

    Apakan daya ..... UMNO sekarang sudang berlaku curang ...

    ReplyDelete
  7. Tan Sri Muhyiddin cerdik orangnya..Langkah silat politiknya tersusun kemas..Buat apa nak bunuh diri..Sampai waktu beliau akan keluarkan lah buah pukulan mautnya.Beliau tak melatah dengan acahan Tun kerana mungkin dia dapat membaca Tun berkemungkinan besar nak menaikkan anak Tun Hussin sebagai PM bukannya beliau.Logiknya mudah:atas faktor nak membalas budi dan Hisham nampak mudah dijadikan puppet

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Buat menyemak je komen kat atas ni patut la kena buang.byk bilion tu 1mdb hutang bank luar negara.berapa bilion cuba habaq mai cikit.baru dpt 1bilion dr ipic itupun org kecoh-kecoh bagai juga.meniaga apa jual lubuk emas lg ke.hasil derma tabung hj hari tu dpt berapa bilion.tabung amanah rakyat lain?felda pulak ceritanya huru hara juga.i say tak sempat la 1mdb mintak derma mcm gitu.felda hari tu kata dpt byk duit.durian runtuh la org felda dpt.sekarang durian sudah tinggal duri gamaknya.isi sudah dlarikan org entah kemana.jaga-jaga org felda jgn sampai tercucuk duri

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. Tak pa.. Nafas UMNO masih ada.. TSM tak mo gopoh...Takut nanti lagi cepat UMNO hancur.. Dia sekarang tgh control damage..Tunjukkan kesetiaan bagi kelangsungan UMNO dan diri sendiri.. Play time skit..lagipun UMNO dah ada talian hayat.. Geng PAS UG yg mesra UMNO sudah mula menguasai tampuk kuasa..so..tak pa..panjang lagi nafasnya..slow steady..game is still on!

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Bos .nak tanya apasal komen IBU halimah Malaysia sampai 2kali di delete?ada ugutan atau bunyi nya macam org mabuk todi.tak elok lah gitu.kasilah org lain baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamat lu baru keluar tempurung ke?

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  14. Ia bukanlah komen berkaitan artikel tetapi iklan nombor ramalan judi stau togel dalam bahasa Indonesia kononnya untuk cepat kaya. Saya sudah sebut dulu iklan seperti itu tidak dibenarkan di blog ini, maka setiap kali kali masuk, saya akan delete. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH GENEP,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH GENEP,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (((085-110-369-888))) MBAH GENEP JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH GENEP SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...