Monday, 1 June 2015

Kata Dua Letak Jawatan, Kenapa Najib Tak Sabar Tunggu Hasil Siasatan PAC?


Sebagaimana telah menjadi bualan ramai sejak semalam, banyak tanda tanya timbul jika benar Perdana Menteri, Najib Razak sudah ada keberanian memberi kata dua kepada anggota kabinetnya agar meletakkan jawatan jika tidak bersamanya dalam isu 1MDB.

Najib dikatakan memberi kata dua itu sebaik Menteri Kewangan Kedua, Husni Handzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB dalam mesyuarat kabinet, Jumaat lalu.

Dilaporkan juga, tiada ada seorang pun anggota kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib setelah diberi peluang berbuat demikian.

Bagaimanapun tidak pula dilaporkan sama ada setiap anggota kabinet diminta bercakap menyatakan pendirian masing-masing atau semua mereka hanya diam dan tidak memberi respon terhadap kada dua Najib itu.

Jika mereka diminta bercakap dan semua anggota kabinet menyatakan sokongan mereka, maka barulah ia boleh dianggap pendirian rasmi ingin terus bersama dengan Najib dalam kemelut 1MDB ini tetapi kiranya sekadar diam dan tidak memberi respon terhadap kata dua itu, tafsirannya boleh jadi berbagai.

Diam atau tidak memberi respon mungkin disebabkan ada anggota kabinet merasakan belum waktunya berbuat demikian, sedang menanti masa yang sesuai, mahu menunggu maklumat lebih detail mengenai 1MDB dan pelbagai lagi.

Atau mungkin juga ada yang beranggapan, "tak kuasa nak layanlah".

Selain diketahui umum beberapa anggota kabinet tidak sebulu dengan Najib dalam menangani isu 1MDB ini, bukan saja daripada UMNO, malah ada menteri MCA yang mengatakan terdapat hal berkaitan syarikat pelaburan itu tidak pernah dibincangkan dalam kabinet sebelum ini, mesyuarat kabinet Jumaat lalu juga tidak dihadiri oleh beberapa menteri.

Antara menteri yang dikesan tidak hadir ialah Muhyiddin Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi kerana kedua-duanya berada di luar negara.

Jadi, kenapa Najib memberi kata dua itu ketika Muhyiddin terutamanya, tidak hadir dalam mesyuarat? Mungkin ada baiknya jika beliau berani mengulangi lagi kata dua itu ketika Muhyiddin hadir dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Kiranya lebih berani, Najib juga seharusnya mengucapkan secara terbuka di khalayak ramai meminta menteri yang tidak bersetuju dengannya agar meletakkan jawatan sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum pemilihan 1987 dulu.

Selain itu, kenapa Najib tergesa-gesa memberi kata dua ini sedangkan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC belum pun habis melaksanakan kerja mereka?

Kenapa tidak tunggu kedua-dua laporan itu disiapkan dahulu? Apakah dengan memberi kata dua ini bermakna Najib yakin kedua-dua siasatan oleh Ketua Audit Negara dan PAC bakal memihak kepadanya?

Tidakkah sebelum ini Najib dan para pengampunya selalu meminta para pengkritik 1MDB agar bersabar menunggu laporan audit dan siasatan PAC?

Bagaimana pula jika kedua-dua laporan itu nanti mendapati banyak yang tidak kena dalam perjalanan harian, urusniaga dan pelaburan 1MDB itu?

Adakah jika laporan itu tidak memihak kepadanya, Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, sebagaimana termaktub dalam fasal 117 M & A syarikat pelaburan itu yang menghendakinya memberi kebenaran bertulis atas sebarang urusniaganya, mahu meletakkan jawatan secara sukarela pula?

Walaupun ada yang berpendapat kata dua Najib itu menunjukkan beliau sudah tidak boleh menahan sabar lagi dengan kritikan dan serangan Tun Mahathir terhadapnya serta mahukan pasukan kabinetnya betul-betul padu di belakangnya, ia sebenarnya belum tentu menjamin kemenangan berpihak kepadanya.

Kata dua ini mungkin merupakan tanda-tanda awal meletusnya perang yang lebih besar dalam UMNO. Dalam hal ini Najib hanya dilihat ingin mempertahankan kedudukannya sedangkan keyakinan ramai mengenai UMNO dan BN mampu menang dalam pilihanraya akan datang semakin menipis hari demi hari.

Ini bermakna jika ada pemimpin UMNO atau anggota kabinet yang mula bertindak berani memisahkan dirinya daripada menyokong Najib, habuan  menerima sokongan yang melimpah dari peringkat bawahan dan pertengahan dalam UMNO sedang menunggu mereka.

Berdasarkan klip video ucapan Muhyiddin di Janda Baik yang tersebar luas adalah bukti nyata isu 1MDB ini tidak menggembirakan majoriti ahli UMNO dan mereka yang berani menyanggah Najib akan menerima lautan sokongan dan dianggap hero dalam menyelamatkan masa depan UMNO serta BN.

Najib pula, dengan mula memberi kata dua, isyaratnya tidak lain ialah beliau semakin terdesak dan kehilangan idea lain untuk menyelamatkan kerusi Perdana Menteri dan Seri Perdana yang didiaminya. (SH 01/06/2015)

23 comments:

  1. Biasala.. Bila terdesak.. aku harap semua ahli parlimen letak jawatan.. atau buat usul dalam parlimen.. Tapi nak ke.. Yang masalahnya. kroni najiz razak pun ramai...

    http://bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini celita atak betut kah ?, Wa macam tatak pecaya lea aa . Tapi eaa aa , itu kebinit mau kasi keluar ,mesti atak kila-kila maa aa ,mana bolih itu macam keluar lro rr .

      Delete
  2. Najib lulusan ekonomi takkan xtahu congak jumlah rakyat Malaysia dengan ahli umno yang akan mengundi???kalau tun razak masih hidup pasti almarhum tidak akan mengaku anak si najib rosmah 42 billion ni....puih

    ReplyDelete
  3. Najib lulusan ekonomi takkan xtahu congak jumlah rakyat Malaysia dengan ahli umno yang akan mengundi???kalau tun razak masih hidup pasti almarhum tidak akan mengaku anak si najib rosmah 42 billion ni....puih

    ReplyDelete
  4. Mmg BEBAL najib ni...RAKYAT suruh undur diri dia buleh ugut MP pulak......ingat....RAKYAT tak mahu NAJIB LAGI......PAHAM ?

    ReplyDelete
  5. Mmg BEBAL najib ni...RAKYAT suruh undur diri dia buleh ugut MP pulak......ingat....RAKYAT tak mahu NAJIB LAGI......PAHAM ?

    ReplyDelete
  6. TIDAK ADA RASA KEHAIRANAN dengan kenyataan NAJIB dalam hal ini kerana NAJIB sendiri tahu bawah setiap orang di bawahnya mempunyai taraf pemikiran yang lembab lagi BERKEBODOHAN serta semunya mengharapkan sesuap nasi berani darinya... PERCAYA LAH tidak akan ada seorang pun BARISANNYA yang mengwakil rakyat BERANI KEDEPAN UNTUK TIDAK BERSETUJU DENGANNYA BUAT SELAMA LAMANYA SEHINGGA PILIHANRAYA akan datang memandangkan DUIT MINYAK KERETA PUN DAH NAIK.. gila lah kalau bertindak hanya pekara kecil ni.. sesuap NASI BERANI kenyangnya bukan untuk perut sendiri tetapi perut keluarga dan kuncu kuncunya.... NAJIB GELAK SAKAN sekarang ini keran baru dia tahu mereka mereka ini memang mudah di PERBODOHKAN sebab mereka mereka ni semuanya seperti dia yang TIDAK BERMARUAH dan BERKEPINTINGAN.... lagi pun siapa lah mereka kalau hanya setakat 1 juta utk setiap seorang masih tidak boleh habis duit yang masih berjumlah BERBILLION BELLION... MELAYU KAN MUDAH LUPA dan ini lah yang di takut oleh MAHATIR... sekarang tiba giliran MAHATIR untuk beri PROVOKASI MINDA yang paling mudah kat orang MELAYU supaya ORANG MELAYU DAPAT BEZA KAN NILAI DUIT DENGAN NILAI MARUAH.

    ReplyDelete
  7. Saya Najib rasa boleh mendapat SOKONGAN SECARA MUTLAK (total) dengan cara : membubarkan PARLIMEN dan PRU14 di adakan.

    Kalau dalam PRU tersebut, Najib memang dan apatah lagi menang dengan majoriti 3/4, maka Najib boleh dengan megah, dada terbuka dan tangan menjulang mendakwa :

    1. Pemimpin UMNO/BN bersama dengannya;
    2. Ahli-ahli UMNO/BN bersama dengannya;
    3. Rakyat bersama dengannya;
    4. Dia pemimpin yang dipilih oleh Rakyat.

    TAPI berani ka 'DIA' ???......

    ReplyDelete
  8. jangan jadi bodoh! Kena sokong la Najib.. Hilang jawatan, income susut dan kuasa tak der satu malapetaka..Biar nampak bodoh mcm ahmad maslan n hassan malek, janji menteri dan masyuk.. Pedulikan prinsip! Alah...geng pas pun bukan ada prinsip sgt pun.. Janji nampak alim ulamak..kalau nak jawatan berebut juga..nak jugak projek masyuk.. Nak jugak kaya dan ada kuasa...alah...pedulikkan.. Janji aku senang.. Rakyat pedulikkan.. Petrol naik? Gst? Nasibler.. Elaun aku pun melambak..pandai2 la korang nak idup.. Janji anak bini aku idup senang.. Sudah! Sudah! Sokong jer Najib!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai !!! Apa kena mengena dengan PAS pulak ?....Komen orang yang dah mendarah daging dengan UMNO memang macam tu lah agaknya...Dia asyik iangatkan PAS jugak , walaupun hal ini betul-betul satu kelambu UMNO !.. .

      Delete
    2. Secara loangsung memang topik ini tak ada kena mengena dengan PAS bang...tapi secara tak langsung ada perkaiatannya. Yang Tuang Presideng kau tu suruh orang terus sokong Najib bagi dia peluang perbetul kesalahan APE KE JADAHNYA! Presideng NGONG kau tu ingat Najib akan bertaubat nasuha...banyak lagi yang akan ditipu penyangak tu untuk menutup kesalahan lalu...orang macam ni Presideng mung suruh terus sokong. Gila ke ape Haji Hadi ni.....

      Delete
    3. Aku suka komen yg tak berkaitan tp sebenarnya berkaitan..org yg sentap tu gamaknya pas yg berwala'kan tuan presideng..skit ajer twist dah gopoh marah! Rilek ler bro..terima hakikat pas dah UMNO! Suka atau tak musti kena terima bro!

      Delete
  9. Najib berani kerna benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah...ya BENER...Kang Najib sama China tembam Jho Low telah sapu berbillion-bilion dari skim cepat kaya MDB. Kerna Tanti Rosmah yang suruh, kang Najib jadi berani bener....

      Delete
  10. Sokong bersyarat. Jika ternyata bersih berdasarkan laporan PAC, terus sokong, jika tidak bagaimana nak sokong. Amar makruf nahi munkar bukankah seharusnya begitu?

    ReplyDelete
  11. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap cakap-cakap Najib selama ini, semacam menunjukkan beliau sudah "nazak" dalam kerjaya politik.

    Beliau sekarang sudah "sesak" nafas dalam tingkah lakunya dan di hantui pelbagai "bayangan maut" 1MDB, GST dsb.

    ReplyDelete
  12. Belum lagi maaa...

    Lingkup..Wing masih adaaaaa. Masih boleh perlingkup lagi..

    Sikalang ini pahlawan Bugis banyak langsi oooooo. sebab dia pelihara itu hantu raya.

    ReplyDelete
  13. mana berani letak jiwatan nanti mari banyak siasatan

    ReplyDelete
  14. Aku ni pun memang BODOH macam Si Maslan tu sebab selama ni undi BN, apa aku dapat sekarang ni? MemBEMBANkan dan diZALIMI oleh pemerintahan Najib Dan Rosmah, Jangan la perasan kau akan disokong lagi Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak sedar? Jangan gitu bro.. kejap je ni. Nanti ok la bro. Boleh kasi undi utk BN lagi..biaq kow2 jene GST 26% mcm kat Europe, musti Ahmad Maslan cakap, kita sudah menjadi negara MAJUUUU..

      Hang anak beranak akan trus percaya lagi dan lagi..

      Delete
  15. Orang yang bertuhankan duit mana mungkin senang2 nak letak jawatan sekali pun mereka sedar tuan mereka penipu dan perasuah besar selagi duit ada masyuk poket. Tak kira la duit haram atau rasuah ke, orang2 begini tak sanggup nak hilang sumber rezki yang ada hanya kerana menongkah arus untuk menegakkan kebenaran. Spesis begini berlambak dalam parti melayu tertua di dunia iaitu UMNO. Janganlah biar diri diperbodohkan puak puak "hipokrit" aka lanun era moden ini kalau memang sayangkan negara ini.

    Lebih malang rakyat yang tidak pernah terbukti songlap dan gelapkan duit negara walau satu sen pun disumbat ke lokap dengan berbagai bukti yang direka sedangkan puak puak "haram jadda" yang kaya luar biasa ini walau pun gaji tidak seberapa langsong tak pernah dipersoalkan oleh penyokong fanatik mereka. Selagi penyokong puak bangang ni merasa habuan BR1M tu besar dan bagai anugerah dari syurga, selama itulah Malaysia akan terus menuju lingkup dan caca marba. Nyawa puak puak "haram jadda" ini kini cuma bergantung kepada penyokong2 yang "bengap" dan "IQ" tumpul.

    Makain lama makin terbongkar belang sebenar pimpinan parti "haram jadda" ini sejak Mentor dan Protege berperang sama sendiri. Dah penyamun didik perompak, hasilnya tetap sama saja. Mentor kencing berdiri, protege kencing berlari. Sopak dan kurap makin terdedah kini. Tapi Melayu bengap dan IQ sengkek ni bagaikan terus ketagihkan sopak dan kurap juga. Apa nak buat/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 01:19
      Hang kata UMNO parti melayu tertua di dunia? Aku musykil tentang ke'tua'an UMNO nih. UMNO yg ditubuhkan 11.05.1946 itu telah pun diharamkan pd 04.08.1988 oleh mahkamah dan UMNO yg ada sekarang ini ditubuhkan pd 18.08.1988 adalah merupakan anak haram UMNO yg telah diharamkan itu. Sebab itulah banyak tindakan UMNO sekarang ni macam haram sial ja!!!

      Delete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...