Yang jelas, ia tidak mungkin sempat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang walaupun Haji Hadi sudah menghantar notis mengenainya.
Tetapi berdasarkan kenyataan dua pemimpin kerajaan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz, usul itu juga belum pasti dapat dibentangkan dalam sesi yang berikutannya.
Ini kerana Parlimen, kata mereka, akan mengutamakan terlebih dahulu aturan urusan berkaitan kerajaan sebelum usul persendirian. Hanya setelah selesai bab kerajaan, barulah usul persendirian diberikan laluan.
Tetapi urusan pembentangan berkenaan kerajaan pula adalah banyak dan sentiasa bertambah. Tidak mustahil pada sesi Parlimen berikutnya pun usul persendirian Haji Hadi ini masih tiada ruang untuk mencelah.
Jika begitu, ia mungkin hanya dapat dibentangkan dalam sesi berikutnya lagi, lagi dan lagi. Semuanya tidak pasti.
Bagaimanapun, pada ketika ini isu hudud ini sudah terlalu meluas diperkatakan dan mulai bertukar menjadi senjata untuk memusnahkan pihak lawan pula.
Hudud seolah-olah telah menjadi alat politik untuk kepentingan pilihanraya akan datang. UMNO yang melihat kesepakatan dalam PR perlu dimusnahkan agar BN terus dapat mempertahankan kuasanya, sedang berusaha ketika ini menjadikan hudud sebagai alat untuk melaga-lagakan antara Pas dengan DAP.
Ramai pemimpinnya menyokong Pas dan mengecam DAP kerana dianggap mencampuri urusan berkaitan Islam. Pas juga dipuji kerana cekal dan berani untuk menegakkan hukum Allah walaupun pendirian sebenar UMNO sama ada menyokong atau menolak usul persendirian Haji Hadi nanti belum lagi dapat dipastikan.
Sementara Najib Razak sedang melengah-lengahkan masa untuk menyatakan pendirian berhubung perkara ini, apa yang diharapkan oleh UMNO ialah hudud in berupaya memecah-belahkan PR dengan cara Pas keluar atau ditendang daripada gabungan itu.
Jika Pas keluar dan kemudian bertanding secara sendirian dalam pilihanraya nanti, ia tentulah rahmat besar bak bulan jatuh ke riba bagi UMNO.
Tetapi Pas juga menyedari hal ini. Tidak semua pemimpin dalam Pas mahu berpecah daripada PR. Memang ada kelompok tertentu dalam Pas yang merasakan PR ini ibarat "motor buruk" yang selalu rosak, namun ramai juga yang percaya kerosakannya masih boleh diperbaiki lagi berbanding menjadikan BN sebagai "motor ganti".
Sebab itu, Pas juga menuntut agar Najib segera menyatakan pendirian rasminya berkenaan hudud ini. Jika UMNO menyokong, parti itu berisiko untuk bermasalah dengan rakan-rakan komponen yang lain dalam BN manakala jika menolak pula bemakna sokongan selama ini termasuk menawarkan diri dalam Jawatankuasa Teknikal hanyalah retorik semata-mata. Ia juga menyebabkan UMNO hilang nilai Islamnya di mata pengundi Melayu.
Jika hudud memungkinkan Pas terus bermasalah dengan DAP, hudud juga sebenarnya menjadikan UMNO serba-salah antara menjaga hati rakan-rakan bukan Islamnya dalam BN atau mahu menunjukkan ia juga parti yang memperjuangkan Islam dan penegak hukum-hukum Tuhan.
Akhirnya, selain hudud untuk kepentingan politik, ia juga adalah senjata politik untuk menyerang dan memusnahkan pihak lawan. Perkara yang lebih realistik sebelum hudud dilaksanakan seperti kekangan Perlembagaan, sokongan majoriti dalam Parlimen, persediaan dan sebagainya tidak lagi dihiraukan.
Hudud lebih diperkatakan dari sudut dan kepentingan politik semata-mata, terutama dalam mendepani hambatan pilihanraya umum akan datang.
Bila mahu dilaksanakan hudud? Entahlah... (SH 29/03/2015)
Kesilapan dan tidak matang ada pada DAP sendiri yang melatah dan melenting walaupun tahu keupayaan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebenarnya terhad dan banyak rintangan.
ReplyDeleteSemua ini kerana Guan Eng sangat ego dan bodoh sombong, keras kepala nak tunjuk kuat. Jika bijak dan matang - tidak ada keperluan pun berkrisis dengan PAS kerana PAS sendiri perlu mempamerkan dirinya sebagaimana perlu di hadapan penyokongnya sendiri.
Seperti DAP, dia sendiri boleh berdrama dengan pengundi cina semata-mata untuk kekal disokong.
Sekurang-kurangnya belajarlah dengan MCA yang masih jinak dan sokong Najib walaupun marah dengan UMNO Kelantan.
Komen kau macam budak-budak.Weii dah 30 tahun Hudud ni dijaja kesana-kemari walhal last kali umno dah kencing Pas yang bangang tu.
DeleteOleh kerana ko hanya pandai membangang aku panggil ko Mat Bangang..!!!!
DeleteSeandainya tindakan Guan Eng menetang hudud dianggap kebudakan, ego dan keras kepala. Akan tetapi bagaimana pula tingkah laku Hj Hadi yang bila bercakap dia menfitnah (kes pil kuda), bila berjanji dia memungkiri (kes MB Selangor) bila bertanding pilihanraya Hj Hadi menikam rakan sendiri (kes meletakkan calon Pas di Kota Damansara dll) bila ditegur beliau lupa etika politik Islam ( kes menghalau ahli Pas yang tidak sependapat dengan beliau)
DeletePerlakuan ini agaknya perlakuan matang, bersifat dewasa dan lembut hati. Mantap sungguh pandangan pro UG. Harap- harap pandangan seperti inilah yang akan merealisasikan slogan Pas - Pas Untuk Semua.
jangan termasuk dalam kelompok yang menjadikan hukum Allah taruhan
ReplyDeletewalaupun persendirian tapi besar maknanya
quran tidak ada keraguan padaNya jadi petunjuk hanya untuk orang orang yang bertaqwa
kalau tak betaqawa itu yang lawan sampai macam orang kurang siuman
Mengapalah kau ni bangang sangat?Hudud ni semua nak tutup kelemahan Pas d Kelantan yang telah rembat banyak balak.Bila banjir datang salahkan Tuhan pula.Walhal otak kau tu yang bangang!
DeleteOii Mat Bangang udah udahlah buat dosa kering.
DeleteIslam pun tak suka dan tak menggalakan penganut atau umatnya menjadi bodoh, kurang berfikir dan otak kemetot.
ReplyDeleteIni semua salah bangsa Melayu yang majoriti di negara ini bilamana seorang pengecut, bapuk, korupsi, pembohong, munafik, penakut, dayus dan tiada pegangan agama seperti Najib Razak ini pun diangkat sebagai pemimpin atau perdana Menteri yang berkuasa. Kamu semua rasalah nikmat dari pilihan kamu semua, jangan salahkan orang lain. Ada golongan yang digelar ulama pun bodoh dan penakut untuk menyatakan kebenaran dan hanya tahu membetulkan serban sahaja dan menjaga periuk nasi anak-menantu dari berjuang membela kebenaran untuk rakyat. Sebenarnya kamu semua yang meruntuhkan Islam dan bukannya orang kafir.....
Lebai Pas semua tak berguna.Takda apa jasa pada islam dan melayu.Takda kerja,hanyalah kerja tangkap jin.bangang punya manusia!
DeleteMat Bangang wayar putus....kah...kah ...kah
DeleteHahaha...lawak betul kerja tangkap jin...apa nak sibuk sama BN... Lantak la...PAS nak Hudud...buat la dulu di Kelantan... Kalau semua dah mantap...buat je di negeri lain..
ReplyDeleteI think it is undeniable PAS wants to implement Hudud. How what cause a lot Chinese voters was certain PAS leaders stated that non-Muslim voters supported Hudud? This is what amazed me! As a season politician, I am certain they will understand what non-Muslim voters really feel. It is either the Ulama wing do not understand politics or they are using Hudud to win Malay voters and ignore non-Muslim voters. In addition, PAS politicians that represent mixed race areas need to understand they represent voters of all races and not one race only. Thus, if they do things that only serve one race then they lied about "PAS for All".
ReplyDeleteThus, a lot non-Malay voters felt Hadi Awang lie to us about PAS for All. What he done seems like PAS for Malay or Muslim voters and ignore others! It seems like PAS President is no different from UMNO. Lastly, non-Malay is not against Malay leadership but we want leader like Tunku Abdul Rahman and Tun Dr Ismail that treat all races fairly!
Salam
Usul belum ke mana Pakatan Rakyat sudah berperang. Baik punya strategi.
ReplyDeleteDulu ‘PAS ganti Umno’, kini PAS jadi Umno
ReplyDeletePAS ganti Umno adalah cogan kata yang paling banyak
digunakan menjelang pilihan raya umum 2013. Cogan kata
itu lahir selepas kemenangan besar PAS pada pilihan raya
2008.
Banyak veteran PAS tidak bersetuju dengan maksud mendalam
cogan kata itu. Mereka berkata ia seperti doa. Apa sahaja
yang buruk dilakukan Umno akan diikuti PAS sebagai
‘penggantinya’.
contoh nya:
1malangnya pada 2015, semua itu diputar balik ke
belakang. PAS telah mencontohi Umno yang tidak mahu
jawatan presiden dipertandingkan.
2.PAS telah berubah 360 darjah, daripada parti yang
mengamalkan demokrasi Islam kepada parti autokratik yang
lebih teruk daripada Umno.
3.PAS sebaliknya meletakkan Hadi sebagai satu-satunya
pemimpin sepanjang hayat, tidak boleh dicabar dan tidak
akan meletak jawatan .
4.Pengumuman mursyidul am yang baharu dibuat pada 12 Mac
dan lewat empat hari juga menimbulkan persoalan. Adakah
perlantikan Haron semata-mata strategi untuk mengelakkan
ahli PAS mendesak Hadi mengambil jawatan tersebut dan
mengosongkan kerusi presiden? Memandangkan Haron tidak
mempunyai kebijaksanaan politik sebagaimana Nik Aziz yang
melayakkannya memegang jawatan tersebut.
5.Adakah seorang yang pernah ‘menyeberang’ seperti itu
layak menjadi ketua tertinggi PAS?
Haron yang satu ketika dahulu pernah menjadi Naib
Presiden PAS ketika era kerajaan perpaduan dengan BN
pada1972-78 ‘meningalkan’ PAS buat sementara waktu ketika
parti itu lemah. Beliau kemudian timbul semula di sisi
Anwar Ibrahim dan dikenali sebagai kawan baik ‘Pak
Sheikh’ ketika itu.Sebelum itu, beliau dikatakan dekat
dengan Umno.
6.Suatu ketika dahulu PAS sering memperlekeh Umno dengan
mendakwa Mahathir menyingkirkan Anwar kerana tidak mampu
berdebat dengan timbalannya itu. Kini, PAS juga hampir
berperangai sedemikian.
Sangat mengarut apabila ditubuhkan satu jawatankuasa yang
menyiasat tuduhan Timbalan Presiden Muhammad Sabu dan AJK
PAS pusat Dr Hatta Ramli mahu menjatuhkan presiden pada
pemilihan Jun 2015
7.Suatu ketika dahulu, PAS sering menjenakakan amalan
politik dalaman Umno yang berebut untuk bertanding
menjelang setiap pemilihan, dan mendakwa puak tertentu
dalam Umno yang tidak berpuas hati akan mengupah samseng
memukul lawan.
Kini, perangai itu didakwa telah merebak dalam PAS.
Samseng didakwa membakar kereta Dr Hatta kerana cuba
menjatuhkan presiden dan menumbuk muka Dr Dzulkefly
kerana mengkritik ulama.
--
Apa nak jadi dengan PAS?
Umno telah berkuasa lebih 55 tahun. Maka wajarlah jika ia
mula jadi ‘nyanyuk dan gila’ kerana berada di usia tua.
Mereka telah puas menjarah kekayaan negara dan tidak
mengapa jika mereka berlawan sesama sendiri. Lebih
daripada itu Umno adalah parti sekular yang tidak
mementingkan agama dan tidak mengikut jalan Allah.
Tetapi kini rakyat mentertawakan PAS kerana belum pun
berjaya memerintah negara, namun telah berebut dan
bertumbuk sesama sendiri. Lebih tenat parti itu
dianggotai oleh pak lebai, guru agama dan ulama’
>> Akhirnya PAS benar-benar menggantikan Umno.
Menyedihkan.<<