Selain Rafizi, Tian Chua, Hishammudin Rais dan Fariz Musa daripada PKR yang ditahan. Mohamad Sabu dan Khalid Samad daripada Pas juga turut ditangkap.
Mohamad Sabu ditahan di Pulau Pinang menjelang demonstasi Kita Lawan Sabtu lalu dan dilepaskan kira-kira 23 jam kemudian dan dilaporkan tiada soal siasat atau keterangan diambil daripadanya. Beliau barangkali cuma mahu "direhatkan" di balai polis daripada menyertai demontasi itu.
Khalid Samad ditahan setelah pihak polis berkunjung ke rumahnya pada jam 3.20 pagi selepas demonstrasi Kita Lawan berakhir. Tetapi perintah reman yang dipohon pihak polis terhadapnya telah ditolak oleh mahkamah.
Rafizi yang ditahan kerana menghasut berkaitan demontrasi dan seruan untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang ditafsirkan pihak polis sebagai ancaman, selain digari tangannya bahkan juga dibawa ke pejabat PKR untuk diambil beberapa fail dan komputer untuk membantu siasatan. Begitu juga dengan yang lain-lain daripada PKR.
Dalam kes penangkapan paling ramai melibatkan pemimpin pembangkang sejak Anwar dipenjarakan, mereka ditahan sama ada di bawah Akta Hasutan atau pun perhimpunan haram.
Tetapi penahanan dan penangkapan yang agak ramai dan sedikit luar biasa kaedahnya ini menimbulkan banyak persoalan kepada rakyat. Dalam kes Khalid Samad misalnya, agak janggal pihak polis datang dengan jumlah yang ramai di awal pagi ke rumahnya sedangkan atas kedudukannya sebagai Ahli Parlimen, lebih mudah dan molek jika pihak sekadar menghubungi dan memintanya datang ke balai polis saja.
Ramai yang bertanya, apakah semua ini hanya merupakan pendirian tegas pihak polis yang kini diketuai oleh KPN, Khalid Abu Bakar saja? Jika itu benar, mereka turut bertanya, kenapa hanya sekarang tiba-tiba mahu bertegas sedangkan sebelum ini tidak demikian?
Ada juga yang mengaitkan tindakan pihak polis ini adalah atas arahan Perdana Menteri yang dikatakan mahu menunjukkan ketegasannya serta tidak mahu berlembut lagi sepertimana yang dilakukannya sebelum ini?
Dikatakan bahawa bermula dengan pemenjaraan Anwar dan kini penahanan sekian ramai pemimpin pembangkang, ia adalah isyarat Najib tidak mahu bertolak ansur lagi terhadap pembangkang selepas ini.
Sebahagian yang lain pula mengatakan tindakan pihak polis ini adalah atas arahan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi untuk menunjukkan ketegasan dan tiada simpatinya terhadap Anwar Ibrahim dan para penyokongnya.
Beliau dipercayai oleh banyak pihak terpaksa berbuat demikian untuk mematikan segala sesok-sosek dalam UMNO yang masih berterusan mengaitkannya mempunyai perasaan yang sukar dilupakan terhadap Ketua Pembangkang itu.
Zahid didakwa melakukannya semata-mata kerana survival dan untuk memastikan laluan kerjaya politiknya lebih cerah di masa depan.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar juga dilaporkan bersungut kepada seorang bekas Ahli Parlimen yang mengunjunginya di Sungai Buloh baru-baru ini bahawa Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri turut bersikap lebih tegas mengenai layanan dan kemudahan yang diterimanya di penjara itu.
Anwar menyebut bahawa berbanding ketika beliau di penjara sebelum ini iaitu ketika Tun Mahathir menjadi Menteri Dalam Negeri dan beliau lebih dianggap "musuh utama" kepada bekas Perdana Menteri itu, apa yang dilaluinya di penjara sekarang jauh lebih sukar lagi.
Tetapi ramai juga yang beranggapan pemimpin pembangkang sengaja membuat provokasi atau tindakan yang membolehkan mereka ditahan bagi menimbulkan kemarahan rakyat dan seterusnya melimpahkan simpati kepada perjuangan PR.
Dalam hal ini selain dikatakan pihak polis termakan dengan strategi mereka, ia juga selari dengan apa yang Anwar pernah ucapkan sebelum ini bahawa pemenjaraannya akan menyebabkan sokongan rakyat kepada PR meningkat daripada 52 kepada 60 peratus.
Namun yang agak nakal lantas berkata, ini tandanya pihak polis turut menyokong PR. (SH 30/03/2015)
Kalau dah langgar undangx memang dah tugas Polis lah buat tangkapan,apa bengong benar kau ni Din.Tak kan nak tunggu arahan lagi dari atas.Warning sudah diberi,degil kena tangkaplah.Tak orang salah nak dihantar kad jemputan pula ke balai polis,mesti lah ikut SOP tangkap orang salah.
ReplyDeletePolis malaysia ni kerja jadi barua ja.Jangan jadi bangang!
DeleteTak kira ada Anwar atau tidak, rakyat tekad untuk tunjukkan tentangan mereka di peti undi dalam PRU 14 nanti. PAS dan DAP perlulah benamkan 'masalah' mereka demi servival rakyat yang ditindas.
ReplyDeleteYang bapak segala rasuah, hidup senang lenang ....
ReplyDeleteAdakah mereka bebas memprovokasi kerana mereka ahli pembangkang? Dah sah kena penjara atas keputusan mahkamah, kenapa pulak masih lagi nak ber'demo' menuntut pesalah dibebaskan? Takkan pihak polis nak biar je...
ReplyDeleteAnon 16:09
DeleteKamu ni banyak sangat minum 'Holly Water" itu sebablah hati kamu terlalu hitam dan muncungpun dah makin panjang macam muncung babi tunggal....
Dia ni mat bangang.GST dah sampai masih nak jadi barua umngok.
DeleteHolly Water apa kejadahnya? Tapi sdr saya fikir telah terlampau banyak minum air KETUM kot .........
ReplyDeleteHoly water tu air kencing syaitan.Yang banyak minum holy waer ni adalah pemimpin yang makan rasuah dan penyamun umngok.
DeleteNegara 1MALAYSIA ini menang unik dan aneh.
ReplyDeleteBanyak yang telah di perkatakan bahawa di Negara 1MALAYSIA jenayah jenayah yang di lakukan oleh pehak pemerintah walau pun dapat di bukti kan pehak "POLISI" tidak akan bertindak mungkin dengan beranggapan bahawa kesemua apa yang di lakukan oleh pehak pemerintah di kira "HALAL".
Tetapi tidak dengan Rafizi yang telah berjaya membukti perilaku "KESYAITAN" pehak pemerintah untuk di sebar kan kepada orang ramai segala "KESIALAN" yang telah di "USAHA" kan oleh pehak pemerintah, telah di perlaku kan saperti binatang. Yang bertindak itu lebih "SYAITAN" dari "AZAZIL". Jangan lah puak puak ini tersenyum kerana berjaya memalukan "BUDAK BAIK" ini dan mereka yang ingin menegak kan keadilan. Percaya lah bahawa senyuman kamu itu akan menjadi tanggisan yang hiba bila ALLAH mengkabul kan doa' doa mereka yang di zalimi.
Kepada "BUDAK BAIK" dan mereka yang berjuang untuk keadilan, aku berharap agar kamu semua beristiqamah dan tetap kan lah kaki kaki kamu di jalan itu. Di hujung terowong tidak akan berterusan dengan kaedaan gelap, percaya lah bahawa satu hari nanti cahaya "KEGERMELAPAN" akan terbit jua.
Sikalang polis manyak babut lor rr , itu kacau-kacau punya olang memang patut kasi tangkap maa aa ,manyak kasi susah lain olang lea aa.
ReplyDeleteKalau salah buat ,apa pasat mau malah ,bila tangkap ,tak mau tangkap jangan buat salah lah , boloh punya olang .
Butoh lu punya bapak lu lah.
Deleteselalunya tindakan berdasarkan arahan
ReplyDeletekebenaran kedzoliman ada sampai akhir zaman
Kerajaan macam ni hayat dia dah tak lama dah nak mampos.Lepas ni kita pula masukkan mereka dalam lokap.
DeleteSuatu hari ditakdirkan Pembangkang jadi Kerajaan, tak hairanlah akan melahirkan kan Generasi Rakyat yang Bahlul.
DeleteAnuWar Ibrahim biar dia Mampus kat dalam tu, yang Puak2 Bangang,Bahlul dan Bacul sibuk buat Demonstrasi tu buat apa jadi BODOH sangat..
ReplyDeletewah,hebat betul maki orang! ikut suka hati orang la nak demo ke apa ke asal tak kenakan gst sudah.
DeleteSemua dari Edge dan TMI sudah kena Tangkap....Tak bolih Tangkap atas Cerita 1MDB kenalah tangkap atas cerita Lain!!
ReplyDeleteGenerasi Rakyat yang Bahlul ialah dah tahu nak dikenakan macam macam cukai pilih lagi.memang baghal
ReplyDelete