Sunday, 29 March 2015

Hudud Hanya Alat Memecahkan Lawan?


Sebetulnya masih tidak diketahui bilakah usul persendirian yang mahu dibawa oleh Presiden Pas, Haji Hadi Awang berkaitan pindaan Enakman Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau dalam bahasa mudahnya undang-undang hudud, mahu dibentangkan di Parlimen.

Yang jelas, ia tidak mungkin sempat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang walaupun Haji Hadi sudah menghantar notis mengenainya.

Tetapi berdasarkan kenyataan dua pemimpin kerajaan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz, usul itu juga belum pasti dapat dibentangkan dalam sesi yang berikutannya.

Ini kerana Parlimen, kata mereka, akan mengutamakan terlebih dahulu aturan urusan berkaitan kerajaan sebelum usul persendirian. Hanya setelah selesai bab kerajaan, barulah usul persendirian diberikan laluan.

Tetapi urusan pembentangan berkenaan kerajaan pula adalah banyak dan sentiasa bertambah. Tidak mustahil pada sesi Parlimen berikutnya pun usul persendirian Haji Hadi ini masih tiada ruang untuk mencelah.

Jika begitu, ia mungkin hanya dapat dibentangkan dalam sesi berikutnya lagi, lagi dan lagi. Semuanya tidak pasti.

Bagaimanapun, pada ketika ini isu hudud ini sudah terlalu meluas diperkatakan dan mulai bertukar menjadi senjata untuk memusnahkan pihak lawan pula.

Hudud seolah-olah telah menjadi alat politik untuk kepentingan pilihanraya akan datang. UMNO yang melihat kesepakatan dalam PR perlu dimusnahkan agar BN terus dapat mempertahankan kuasanya, sedang berusaha ketika ini menjadikan hudud sebagai alat untuk melaga-lagakan antara Pas dengan DAP.

Ramai pemimpinnya menyokong Pas dan mengecam DAP kerana dianggap mencampuri urusan berkaitan Islam. Pas juga dipuji kerana cekal dan berani untuk menegakkan hukum Allah walaupun pendirian sebenar UMNO sama ada menyokong atau menolak usul persendirian Haji Hadi nanti belum lagi dapat dipastikan.

Sementara Najib Razak sedang melengah-lengahkan masa untuk menyatakan pendirian berhubung perkara ini, apa yang diharapkan oleh UMNO ialah hudud in berupaya memecah-belahkan PR dengan cara Pas keluar atau ditendang daripada gabungan itu.

Jika Pas keluar dan kemudian bertanding secara sendirian dalam pilihanraya nanti, ia tentulah rahmat besar bak bulan jatuh ke riba bagi UMNO.

Tetapi Pas juga menyedari hal ini.  Tidak semua pemimpin dalam Pas mahu berpecah daripada PR. Memang ada kelompok tertentu dalam Pas yang merasakan PR ini ibarat "motor buruk"  yang  selalu rosak, namun ramai juga yang percaya kerosakannya masih boleh diperbaiki lagi berbanding menjadikan BN sebagai "motor ganti".

Sebab itu, Pas juga menuntut agar Najib segera menyatakan pendirian rasminya berkenaan hudud ini. Jika UMNO menyokong, parti itu berisiko untuk bermasalah dengan rakan-rakan komponen yang lain dalam BN manakala jika menolak pula bemakna sokongan selama ini termasuk menawarkan diri dalam Jawatankuasa Teknikal hanyalah retorik semata-mata. Ia juga menyebabkan UMNO hilang nilai Islamnya di mata pengundi Melayu.

Jika hudud memungkinkan Pas terus bermasalah dengan DAP, hudud juga sebenarnya menjadikan UMNO serba-salah antara menjaga hati rakan-rakan bukan Islamnya dalam BN atau mahu menunjukkan ia juga parti yang memperjuangkan Islam dan penegak hukum-hukum Tuhan.

Akhirnya, selain hudud untuk kepentingan  politik, ia juga adalah senjata politik untuk menyerang dan memusnahkan pihak lawan. Perkara yang lebih realistik sebelum hudud dilaksanakan seperti kekangan Perlembagaan, sokongan majoriti dalam Parlimen, persediaan dan sebagainya tidak lagi dihiraukan.

Hudud lebih diperkatakan dari sudut dan kepentingan politik semata-mata, terutama dalam mendepani hambatan pilihanraya umum akan datang.

Bila mahu dilaksanakan hudud? Entahlah... (SH 29/03/2015)

14 comments:

  1. Kesilapan dan tidak matang ada pada DAP sendiri yang melatah dan melenting walaupun tahu keupayaan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebenarnya terhad dan banyak rintangan.

    Semua ini kerana Guan Eng sangat ego dan bodoh sombong, keras kepala nak tunjuk kuat. Jika bijak dan matang - tidak ada keperluan pun berkrisis dengan PAS kerana PAS sendiri perlu mempamerkan dirinya sebagaimana perlu di hadapan penyokongnya sendiri.

    Seperti DAP, dia sendiri boleh berdrama dengan pengundi cina semata-mata untuk kekal disokong.

    Sekurang-kurangnya belajarlah dengan MCA yang masih jinak dan sokong Najib walaupun marah dengan UMNO Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen kau macam budak-budak.Weii dah 30 tahun Hudud ni dijaja kesana-kemari walhal last kali umno dah kencing Pas yang bangang tu.

      Delete
    2. Oleh kerana ko hanya pandai membangang aku panggil ko Mat Bangang..!!!!

      Delete
    3. Seandainya tindakan Guan Eng menetang hudud dianggap kebudakan, ego dan keras kepala. Akan tetapi bagaimana pula tingkah laku Hj Hadi yang bila bercakap dia menfitnah (kes pil kuda), bila berjanji dia memungkiri (kes MB Selangor) bila bertanding pilihanraya Hj Hadi menikam rakan sendiri (kes meletakkan calon Pas di Kota Damansara dll) bila ditegur beliau lupa etika politik Islam ( kes menghalau ahli Pas yang tidak sependapat dengan beliau)
      Perlakuan ini agaknya perlakuan matang, bersifat dewasa dan lembut hati. Mantap sungguh pandangan pro UG. Harap- harap pandangan seperti inilah yang akan merealisasikan slogan Pas - Pas Untuk Semua.

      Delete
  2. jangan termasuk dalam kelompok yang menjadikan hukum Allah taruhan
    walaupun persendirian tapi besar maknanya
    quran tidak ada keraguan padaNya jadi petunjuk hanya untuk orang orang yang bertaqwa
    kalau tak betaqawa itu yang lawan sampai macam orang kurang siuman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapalah kau ni bangang sangat?Hudud ni semua nak tutup kelemahan Pas d Kelantan yang telah rembat banyak balak.Bila banjir datang salahkan Tuhan pula.Walhal otak kau tu yang bangang!

      Delete
    2. Oii Mat Bangang udah udahlah buat dosa kering.

      Delete
  3. Islam pun tak suka dan tak menggalakan penganut atau umatnya menjadi bodoh, kurang berfikir dan otak kemetot.

    Ini semua salah bangsa Melayu yang majoriti di negara ini bilamana seorang pengecut, bapuk, korupsi, pembohong, munafik, penakut, dayus dan tiada pegangan agama seperti Najib Razak ini pun diangkat sebagai pemimpin atau perdana Menteri yang berkuasa. Kamu semua rasalah nikmat dari pilihan kamu semua, jangan salahkan orang lain. Ada golongan yang digelar ulama pun bodoh dan penakut untuk menyatakan kebenaran dan hanya tahu membetulkan serban sahaja dan menjaga periuk nasi anak-menantu dari berjuang membela kebenaran untuk rakyat. Sebenarnya kamu semua yang meruntuhkan Islam dan bukannya orang kafir.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebai Pas semua tak berguna.Takda apa jasa pada islam dan melayu.Takda kerja,hanyalah kerja tangkap jin.bangang punya manusia!

      Delete
    2. Mat Bangang wayar putus....kah...kah ...kah

      Delete
  4. Hahaha...lawak betul kerja tangkap jin...apa nak sibuk sama BN... Lantak la...PAS nak Hudud...buat la dulu di Kelantan... Kalau semua dah mantap...buat je di negeri lain..

    ReplyDelete
  5. I think it is undeniable PAS wants to implement Hudud. How what cause a lot Chinese voters was certain PAS leaders stated that non-Muslim voters supported Hudud? This is what amazed me! As a season politician, I am certain they will understand what non-Muslim voters really feel. It is either the Ulama wing do not understand politics or they are using Hudud to win Malay voters and ignore non-Muslim voters. In addition, PAS politicians that represent mixed race areas need to understand they represent voters of all races and not one race only. Thus, if they do things that only serve one race then they lied about "PAS for All".

    Thus, a lot non-Malay voters felt Hadi Awang lie to us about PAS for All. What he done seems like PAS for Malay or Muslim voters and ignore others! It seems like PAS President is no different from UMNO. Lastly, non-Malay is not against Malay leadership but we want leader like Tunku Abdul Rahman and Tun Dr Ismail that treat all races fairly!

    Salam

    ReplyDelete
  6. Usul belum ke mana Pakatan Rakyat sudah berperang. Baik punya strategi.

    ReplyDelete
  7. Dulu ‘PAS ganti Umno’, kini PAS jadi Umno

    PAS ganti Umno adalah cogan kata yang paling banyak

    digunakan menjelang pilihan raya umum 2013. Cogan kata

    itu lahir selepas kemenangan besar PAS pada pilihan raya

    2008.

    Banyak veteran PAS tidak bersetuju dengan maksud mendalam

    cogan kata itu. Mereka berkata ia seperti doa. Apa sahaja

    yang buruk dilakukan Umno akan diikuti PAS sebagai

    ‘penggantinya’.

    contoh nya:
    1malangnya pada 2015, semua itu diputar balik ke

    belakang. PAS telah mencontohi Umno yang tidak mahu

    jawatan presiden dipertandingkan.
    2.PAS telah berubah 360 darjah, daripada parti yang

    mengamalkan demokrasi Islam kepada parti autokratik yang

    lebih teruk daripada Umno.
    3.PAS sebaliknya meletakkan Hadi sebagai satu-satunya

    pemimpin sepanjang hayat, tidak boleh dicabar dan tidak

    akan meletak jawatan .
    4.Pengumuman mursyidul am yang baharu dibuat pada 12 Mac

    dan lewat empat hari juga menimbulkan persoalan. Adakah

    perlantikan Haron semata-mata strategi untuk mengelakkan

    ahli PAS mendesak Hadi mengambil jawatan tersebut dan

    mengosongkan kerusi presiden? Memandangkan Haron tidak

    mempunyai kebijaksanaan politik sebagaimana Nik Aziz yang

    melayakkannya memegang jawatan tersebut.
    5.Adakah seorang yang pernah ‘menyeberang’ seperti itu

    layak menjadi ketua tertinggi PAS?
    Haron yang satu ketika dahulu pernah menjadi Naib

    Presiden PAS ketika era kerajaan perpaduan dengan BN

    pada1972-78 ‘meningalkan’ PAS buat sementara waktu ketika

    parti itu lemah. Beliau kemudian timbul semula di sisi

    Anwar Ibrahim dan dikenali sebagai kawan baik ‘Pak

    Sheikh’ ketika itu.Sebelum itu, beliau dikatakan dekat

    dengan Umno.
    6.Suatu ketika dahulu PAS sering memperlekeh Umno dengan

    mendakwa Mahathir menyingkirkan Anwar kerana tidak mampu

    berdebat dengan timbalannya itu. Kini, PAS juga hampir

    berperangai sedemikian.
    Sangat mengarut apabila ditubuhkan satu jawatankuasa yang

    menyiasat tuduhan Timbalan Presiden Muhammad Sabu dan AJK

    PAS pusat Dr Hatta Ramli mahu menjatuhkan presiden pada

    pemilihan Jun 2015
    7.Suatu ketika dahulu, PAS sering menjenakakan amalan

    politik dalaman Umno yang berebut untuk bertanding

    menjelang setiap pemilihan, dan mendakwa puak tertentu

    dalam Umno yang tidak berpuas hati akan mengupah samseng

    memukul lawan.
    Kini, perangai itu didakwa telah merebak dalam PAS.

    Samseng didakwa membakar kereta Dr Hatta kerana cuba

    menjatuhkan presiden dan menumbuk muka Dr Dzulkefly

    kerana mengkritik ulama.
    --
    Apa nak jadi dengan PAS?
    Umno telah berkuasa lebih 55 tahun. Maka wajarlah jika ia

    mula jadi ‘nyanyuk dan gila’ kerana berada di usia tua.

    Mereka telah puas menjarah kekayaan negara dan tidak

    mengapa jika mereka berlawan sesama sendiri. Lebih

    daripada itu Umno adalah parti sekular yang tidak

    mementingkan agama dan tidak mengikut jalan Allah.

    Tetapi kini rakyat mentertawakan PAS kerana belum pun

    berjaya memerintah negara, namun telah berebut dan

    bertumbuk sesama sendiri. Lebih tenat parti itu

    dianggotai oleh pak lebai, guru agama dan ulama’
    >> Akhirnya PAS benar-benar menggantikan Umno.

    Menyedihkan.<<

    ReplyDelete